Anda di halaman 1dari 56

BAB

1
PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

Kata orang bijak pandai, Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada
pembacaan. Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia
tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada
keluarga. Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi. Ketika berusia 18
bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara
beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum
mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian.
Contohnya perkataan mama dan papa. Kedua-dua perkataan ini boleh disebut,
dibaca dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama
pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh
berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak-kanak tidak boleh
membaca secara semulajadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara
yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca merupakan
kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan
bahawa kemahiran membaca bukanah satu perkara yang mudah. Masih ramai
kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak
boleh membaca dengan lancar dan baik.
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari
prasekolah. Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran asas
membaca pada ketika ini, maka murid-murid ini akan terus tercicir dan tidak dapat
bersaing dengan murid-murid yang lain di dalam kelas biasa. Kegagalan menguasai
kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan
lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan.
1

Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi sebarang
masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Salah satu
langkah yang perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu
bagi membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian muridmurid. Ujian diagnostik adalah salah satu ujian yang boleh digunakan untuk
menyaring murid-murid tersebut. Seterusnya kaedah bacaan secara didik hibur boleh
digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran membaca di kalangan murid-murid
prasekolah.

1.2

Latar belakang kajian.


Frasa belajar membaca bermula pada peringkat awal kanak-kanak. Selepas

tamat belajar di prasekolah, murid-murid sepatutnya telah menguasai kemahiran


asas membaca (kesediaan membaca). Membaca pada peringkat ini dianggap sebagai
peringkat awal bacaan atau peringkat kesediaan. Peringkat ini merupakan masa yang
penting dan menjadi landasan atau asas kepada perkembangan seterusnya. Pada
peringkat prasekolah, murid-murid akan membentuk persepsi kejayaan atau
sebaliknya sebagai pelajar (Rohaty, 1998). Kesediaan membaca merujuk kepada
kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak. Penyelidik-penyelidik dalam
bidang ini menerangkan aspek kesediaan membaca melalui istilah yang berbeza
seperti kemunculan bacaan atau emergent literacy (Sulzby, 1991), kesediaan
membaca (Downing & Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff, J. C., 1995; Yeo
2004, 2006, etc.), teachable moment perihal membaca (Dechant (1991), dan
kesediaan bersekolah (Kagan, 1992). Biar apa sekalipun istilahnya, kesediaan
membaca pada dasarnya dikaitkan dengan kemampuan dan keupayaan membaca
dalam kalangan murid-murid prasekolah, iaitu peringkat sebelum memasuki alam
persekolahan.

Masalah keciciran pembelajaran merupakan masalah yang sering kali


dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun di sekolah
menengah. Masalah ini juga merupakan akar umbi bagi permasalahan yang berlaku
di peringkat negara di mana masalah keciciran pembelajaran ini sekiranya dijangka
berterusan akan menyebabkan kepada masalah sosial yang lain. Senario semasa
inilah yang melanda murid-murid dan juga remaja-remaja sekolah pada masa kini.
Kita dapat perhatikan masalah disiplin murid-murid sama ada di sekolah rendah
ataupun di sekolah menengah semuanya adalah terdiri daripada murid-murid yang
mengalami masalah pembelajaran sama ada mereka tidak berminat terhadap
pelajaran tersebut kerana tidak faham atau mereka memang tidak berminat untuk ke
sekolah lagi.
Masalah tidak tahu membaca ini merupakan masalah yang utama bagi
murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran ini. Hal ini kerana membaca
merupakan kunci kejayaan bagi seseorang murid dalam proses pembelajaran.
Membaca bermula daripada mengenal, mengecam, menyebut huruf dan suku kata,
membatangkan dan membaca perkataan, ayat, seterusnya petikan ataupun karangan.
Sebenarnya apa yang berlaku kepada murid-murid ini adalah disebabkan beberapa
faktor yang mana pihak tertentu sering menyalahkan atau menuding jari kepada
pihak yang lain atas kegagalan mereka ini.

Pada 14 Oktober 2001, Utusan Malaysia melaporkan bahawa 100,000 murid


Tahun Satu hingga Tahun Enam tidak tahu membaca, menulis dan mengira.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) pula melaporkan
seramai 2400 orang murid Tingkatan Satu tidak boleh membaca.Menurut tinjauan
yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 2006, peratus celik huruf
3

murid-murid yang berumur 5-9 tahun telah merosot. Tahun 1996 kadar literasi 79%
sementara 2006, merosot kepada 75% sahaja.
Menyedari betapa kritikalnya masalah ini, maka pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menubuhkan satu Mesyuarat Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan, pada 22 November 2005 dan satu ketetapan telah dibuat supaya
masalah kegagalan membaca dan menulis dalam kalangan murid prasekolah perlu
ditangani dengan segera. Bertitik-tolak dari situ, satu kesedaran mula timbul untuk
menjalankan satu kajian dalam mencari kaedah terbaik untuk membantu murid
prasekolah menguasai kemahiran-kemahiran membaca. Diharap dengan kaedah
yang dijalankan dapat membantu

murid-murid ini lulus di dalam semua mata

pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini kerana membaca adalah kunci kejayaan
seseorang individu.

1.2

Pernyataan Masalah
Membaca adalah satu perkara yang penting di dalam kehidupan seharian

kita.Sekiranya kita tidak boleh membaca, maka terputuslah perhubungan kita


dengan dunia luar. Begitulah pentingnya kemahiran membaca untuk murid-murid
prasekolah. Seawal sesi pembelajaran di prasekolah mereka telah diterapkan dengan
kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira ) .
Kajian awal dijalankan untuk memperolehi data awal melalui ujian pra yang
di jalankan ke atas 20 orang murid prasekolah di salah sebuah sekolah rendah di
daerah Gombak, Selangor. Hasil ujian pra tersebut, seramai 15 orang murid yang
lemah dalam kemahiran membaca

telah dikesan. Kelambatan mengeja dalam

perkataan dan ayat yang panjang adalah masalah bagi murid-murid mereka.

Selain itu, terlalu banyak perkataan di dalam bahan bacaan menjadikan


mereka keliru, buntu dan mula malas untuk mengeja dan membaca. Masalah
membaca juga boleh mempengaruhi prestasi murid-murid dalam komponen lain
selain komponen perkembangan bahasa. Bagi murid yang kurang cekap dalam
membaca akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan mempengaruhi
keputusan mereka apabila masuk ke tahun satu. Justeru itu, masalah membaca harus
diatasi segera. Salah satu kaedah yang boleh mencetuskan minat membaca, adalah
dengan penggunaan kad bacaan dan kad ayat-ayat pendek yang mudah difahami
dengan harapan ia mampu menarik minat murid untuk minat membaca.
Kaedah ini sebenarnya bukanlah satu kaedah baru. Menurut Nik Safiah
Karim dalam bukunya Pendekatan Pengajaran Bacaan Peringkat Sekolah Rendah
(1998), kaedah ini telah mula diperkenalkan oleh Smith ( dalam Sofia Hamid, 1983 )
yang menerokai bidang penyelidikan tentang masalah membaca dalam kalangan
kanak-kanak bermula dari 1891 hingga tahun 1966 di Eropah. Smith ( dalam Sofia
Hamid, 1983 ) memperkenalkan kaedah ini sebagai ayat dan cerita pendek. Hasil
perkembangan semasa kaedah ini mula diubah suai menjadi satu kaedah baru yang
dikenali sebagai kaedah kad bacaan. Kaedah ini memerlukan guru menulis
perkataan yang mudah dalam satu kad bagi memudahkan murid membaca.
Seterusnya perkataan akan diganti dengan cerita pendek untuk peringkat seterusnya.

1.4

Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kelemahan-kelemahan

yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah dalam kemahiran membaca dan


menggunakan kaedah kad bacaan suku kata serta latih tubi untuk mengatasi

kelemahan tersebut supaya dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan


murid-murid prasekolah

1.5

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan

kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah di salah sebuah sekolah


rendah di dalam daerah Gombak, Selangor. Pendekatan kaedah kad bacaan suku
kata dan teknik latih tubi secara didik hibur digunakan untuk meningkatkan
kemahiran membaca murid-murid tersebut.

1.6

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dikemukakan bagi kajian ini ;


1. Adakah murid dapat membaca dengan lancar suku kata ( KVKV ) ?
2. Apakah kaedah dan cara yang sesuai untuk meningkatkan minat murid
terhadap kemahiran membaca ?

1.7

Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran kepada kepada

guru-guru prasekolah tentang tahap penguasaan kemahiran berbahasa khususnya


dalam kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah. Selain itu, diharap
tinjauan ini akan berguna kepada para guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa
murid-murid dan secara tidak langsung memberikan alternatif berkesan untuk

menarik minat murid-murid untuk belajar Bahasa Melayu seterusnya menguasai


kemahiran membaca.

1.8

Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Ianya bertujuan untuk

mengenal pasti aspek yang perlu diambil kira sebagai kajian yang perlu diberikan
perhatian yang khusus. Beberapa batasan kajian terpaksa dibuat bagi memudahkan
kajian ini dijalankan.
Batasan-batasan kajian yang dilakukan adalah seperti berikut:
i)

Pemilihan sekolah hanyalah kepada sebuah sekolah sahaja di daerah


Gombak, Selangor.

ii)

Responden yang dipilih adalah secara rawak iaitu melibatkan seramai 15


orang murid prasekolah.

iii)

Sampel ini hanya menyentuh tentang aplikasi penggunaan kad bacaan


secara latih tubi menggunakan teknik didik hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan

responden murid

prasekolah.
iv)

Maklumat yang diperolehi merupakan maklum balas daripada ujian pra,


ujian pasca dan proses pemerhatian. Ketekalan dan kebolehpercayaan
dapatan kajian ini bergantung sepenuhnya daripada kejujuran dan tindak
balas yang diberikan oleh responden.

1.9

Definisi operasional.
Bahagian ini akan menerangkan beberapa definisi penting tentang kemahiran

membaca, menulis, latih tubi dan pengajaran dan prasekolah.


7

1.9.1

Membaca.

Membaca adalah proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang


lambang-lambang bercetak atau bertulis, Harris dan Sipay (1980). Manakala Kenedy
(1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam
bentuk visual iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan,
menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan
seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya
( Marohaini Yusoff, 1999 ).
Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa
kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks. Membaca adalah satu
keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jedayang
betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai
bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik.
Melalui huraian di atas menunjukkan bahawa membaca bukanlah hanya
merupakan proses mekanikal yang melibatkan tulisan dan huruf semata-mata.
Membaca merupakan proses yang saling bertimba balik antara tulisan huruf dan
seterusnya proses menterjemahkan penulisan serta proses permaknaan perkataan
yang telah diterjemahkan tadi. Oleh itu membaca bukanlah satu proses yang mudah
tetapi melibatkan satu siri proses yang kompleks ( Zulkifley Hamid , 2006 ).

1.9.2

Kemahiran menulis.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai


oleh pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).
Melalui aktiviti menulis, pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang
8

berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk
berhubung dengan orang lain atau diri sendiri ( Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar
Hj. Abd Aziz, 1997).

1.9.3

Teknik latih tubi.

Teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karangmengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony (1990) mendefinisikan teknik
adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru mencapai
hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Manakala mengikut Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam
bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan
sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik
darjah di mana ia digunakan unruk mencapai sesuatu objektif.
Teknik latih tubi adalah aktiviti peengulangan fakta-fakta atau kecekapan
yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran di samping
menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.
Boleh digunakan untuk mnecapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar
akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataanperkataan serta tugasnya dalam situasi penggunaan perkataan-perkataan itu.

1.9.4

Pendekatan Teknik Didik Hibur

Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur.Dalam Kamus Dewan


(2000) mentakrifkan didk sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar. Manakala
hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.Ringkasnya, didik hibur
9

merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang


bersifat santai dan berhibur dengan penekanan perlaksanaan terhadap empat
komponen sastera iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi. Oleh itu, muridmurid dapat merasai keseronokan semasa belajar secara total kerana sesi
pembelajaran telah dirancang dengan sistematik.

1.9.5

Pengajaran

Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi ( Sharifah Alwiah,


1983; Tengku Iskandar, 1986; Yaxley, 1991 ). Sharifah Alwiah menganggap
pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar aktiviti seperti
menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu dan berbagai-bagai
aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai
suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan
komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley berpendapat pengajaran merupakan
satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan,
nilai dan makna. Yaxley melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan
pemikiran, perasaan dan penilaian.

1.9.6

Prasekolah

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan prasekolah


didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di
peringkat sekolah rendah. Pengalaman

prasekolah dan pembelajaran yang

berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan


kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki
alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd
10

Majzub (2003),pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada


peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang
individu. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang menyediakan
pengalaman pambelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun
dalam jangka masa tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah
formal. Pembelajaran tadika bukan merupakan pembelajaran wajib dalam
Pendidikan Malaysia.

1.10

Rumusan

Bab ini menghuraikan pernyataan masalah, tujuan kajian dan objektif kajian,
persoalan kajian, kepentingan kajian , batasan kajian yang dilaksanakan dan definisi
operasional.

Kajian

ini

juga

melibatkan

pembelajaran

membaca

dengan

menggunakan kaedah bacaan dan teknik latih tubi bagi mengatasi masalah
penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah.

11

BAB
2

TINJAUAN

2.1

KEPUSTAKAAN

Pengenalan
Terdapat beberapa tinjauan pustakaan yang telah dilakukan oleh para

penyelidik terdahulu mengenai masalah kelemahan murid dalam menguasai


kemahiran membaca ini. Permasalahan yang telah dikaji ini oleh pengkaji ini hampir
sama seperti mana yang hendak dijalankan, cuma bahan kajian sahaja dan reka
bentuk kajian yang berbeza. Hubung kait antara kajian ini akan dapat membantu
guru-guru serta murid-murid menangani masalah pembelajaran yang sering mereka
hadapi.

2.2

Tinjauan Kepustakaan Berkaitan Kemahiran membaca.


Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan ( PIPP ). Antaranya ialah pembangunan insan yang


merujuk kepada ilmu pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu
pengetahuan pula melalui membaca. Logiknya, individu tidak akan dapat membaca
dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini
ditegaskan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid
perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai
kemahiran membaca.

12

Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama ada
sekolah menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut
statistik daripada Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997)
menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysia
menghadapi masalah dalam membaca dan menulis iaitu tidak boleh menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan. Di dalam satu
kajian, didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan
sebelum kajian tersebut dijalankan. Itupun hanya separuh ( 20 % ) yang tidak dapat
menyatakan tajuk buku yang dibacanya ( Atan Long. et. al. 1984 ). Manakala dari
segi bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca
secara purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat
setahun dan juga Amerika Syarikat.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang
membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan
pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca
dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang
mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak
membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai
24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis
dan mengira. Laporan tersebut menunjukkan bahawa masalah membaca dalam
kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu diatasi segera.

13

Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan


sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira
ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan.

2.3

Kajian membaca dalam negara.

Pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca


berkembang sedikit demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan.
Kemampuan murid untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa
kemahiran membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan
sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang sama ada belajar,
menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji,
melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang,
mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati.
Menurut Yahya Othman (1988), proses membaca adalah usaha berterusan
yang dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna
teks yang dibaca. Di samping itu, proses membaca juga melibatkan analisis yang
dilakukan oleh pembaca semasa membaca bagi mendapatkan gambaran atau idea
yang terdapat di dalam teks. Atan Long (1983) , kebolehan mengenal lambanglambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara
(bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.
Abdul Aziz Talib (1989), pula memberitahu bahawa pembaca memerlukan
kemahiran-kemahiran tertentu dalam proses membaca, pengetahuan dan kemahiran
berkenaan bahasa yang digunakan dalam bahan yang dibacanya dan berkenaan
perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahasa itu. Sebelum kanak-kanak boleh
membaca mereka memerlukan pengetahuan asas berkenaan bahasa yang digunakan,
14

iaitu sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan cara-cara perkataan itu
disusun untuk menyampaikan maksud. Apabila kanak-kanak mua belajar membaca,
mereka lebih senang membaca bahan-bahan tulisan yang menggunakan bahasa yang
mengikut struktur-struktur linguistik yang mereka telah biasa gunakan dalam
pengalaman dan mengikut pengetahuan mereka sehari-hari.
Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid
menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur.
Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat

membaca akan menjadikan

pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa
kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007).
Menurut Mangantar Simanjuntak (1985), psikolinguistik menganggap
membaca itu sebagai satu proses yang aktif dan bersungguh-sungguh untuk mencari
dan menentukan erti. Pencarian dan penentuan erti ini dilakukan dengan cara
mengerahkan erti yang ada dalam otaknya kepada teks yang dibacanya dengan tiga
jenis sistem saran bunyi, sintaksis dan konteks. Nyatalah proses membaca
merupakan proses pengintegrasian idea, di antara yang ada pada teks dengan yang
ada pada pembaca.
Kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja
Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III mengatakan bahawa masalah membaca
bahasa Melayu memang wujud dalam Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca
Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA 2M 177 Jurnal Penyelidikan Pendidikan
IPTAR

2008 kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hasil kajiannya

menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar menunjukkan 18 % ada


mengalami masalah membaca.

15

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang


membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan
pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca
dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang
mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak
membelenggu kehidupan mereka kelak.
Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
(1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan
tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut
menunjukkan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu
perkara yang perlu diatasi segera. Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan
peranan pendidikan pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah
membaca, menulis dan mengira ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah
tersebut dikesan. Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga
dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk Reading
Success In The Intervension Classroom.
Menurut Yahya Othman (2005) , semasa membaca dan sekiranya andaian
kita sudah dapat dipastikan, teks itu akan menjadi lebih bermakna. Sekiranya
pengetahuan pembaca tentang sesuatu bahasa mencukupi dan boleh mengaitkan
maklumat dalam teks kepada apa yang sedia ketahui, pembaca sebenarnya sudah
memiliki situasi bacaan yang dianggap sempurna .
Dalam artikel tersebut beliau menyatakan masalah kegagalan membaca
menjadi semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan. Kajiannya
mendapati bahawa masalah membaca memang timbul pada murid lemah. Mereka
memerlukan lebih tumpuan daripada gurunya. Kajian yang dibuat oleh Holly M
16

Menzies (2007), dalam jurnal bertajuk Early Intervention In Reading: From


Research To Practice mendapati bahawa ada peningkatan sebanyak 75% murid
semakin boleh membaca jika mereka diberikan kaedah rawatan yang betul.
Banyak kajian yang telah menunjukkan wujudnya pengaruh taraf status
sosioekonomi keluarga terhadap pencapaian dan kebolehan kanak-kanak dalam
bacaan ( Juriah Long,1975; Asiah Abu Samah, 1977). Murid daripada keluarga
status ekonomi lebih tinggi didapati memperolehi pencapaian yang lebih baik
berbanding murid berbanding dengan pelajar . Pada umumnya murid-murid di
bandar menunjukkan kadar pembacaan yang lebih tinggi daripada murid-murid luar
bandar. Di Malaysia satu kajian telah dijalankan oleh Kibat (1978), ke atas
penduduk-penduduk Melayu di luar bandar di Negeri Selangor. Kajian yang
dilakukan secara temuramah di dua puluh lima kawasan pendalaman itu
menunjukkan bahawa 75.1% daripada penduduk luar bandar di Selangor membaca
akhbar, 14.4% membaca majalah dan 7.1% membaca buku .

2.4

Kajian membaca luar begara.

Banyak kajian mengenai minat membaca yang telah dijalankan sebelum ini
kerana masalah minat membaca bukanlah satu masalah yang baru. Jones (1986)
membuat kajian di New York ke atas murid-murid Tahun Tiga, Empat dan Lima
untuk mengetahui jenis pembacaan sebagai hiburan. Seramai 901 orang murid telah
dipilih yang terdiri daripada 343 orang murid darjah tiga, 309 orang murid darjah
empat dan 249 orang murid darjah lima yang dikehendaki memilih pelbagai jenis
buku iaitu fiksyen, sains dan teknologi, misteri, sukan, cerita fantasi, jenaka, puisi,
riwayat hidup seseorang, sejarah dan maklumat. Beliau mendapati kebanyakan buku
yang dipilih ialah jenis misteri dan sains serta teknologi.
17

Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap


membaca walaupun masih di dalam kelas prasekolah mendapati bahawa faktor
utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan
bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.Menurut Liew Phaik Guat
Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti mentafsir simbol atau huruf
ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada seseorang
individu. Selain itu, See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah
keupayaan pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda
dan kelancaran yang betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa betapa
pentingnya kemahiran membaca kerana setiap yang dilihat boleh ditafsirkan
maknanya apabila seseorang itu boleh membaca.
Bolt (1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid
darjah empat, enam dan lapan untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca
dengan persekitaran. Beliau mendapati kualiti persekitaran pembacaan dan cara
interaksi di rumah memberi kesan yang positif ke atas pembacaan murid-murid.
Tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi
minat membaca di kalangan ibu bapa menunjukkan korelasi yang rendah ke atas
pembacaan murid-murid.
Kajian Fitgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Perancis, ke atas muridmurid remaja di Perancis mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih
tinggi daripada ibu bapa mereka. Golongan remaja itu juga mempunyai minat yang
tinggi dalam peristiwa semasa dan selalu membincangkannya di dalam bilik darjah.
Mereka juga lebih mempercayai berita daripada televisyen berbanding dengan
akhbar. Namun begitu satu daripada empat murid-murid sekolah tinggi didapati

18

membaca akhbar setiap hari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah kesihatan
49%, pendidikan dan perkembangan 36% dan persekitaran 27%.
Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk
membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30 minit, tetapi kesetiaan murid terhadap
pembacaan akan meningkatkan kemahiran membaca mereka. Schorp (1986) yang
menjalankan kajian di Pennsylvania, ke atas 361 orang murid darjah empat
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan
dalam kecenderungan membaca. Kecenderungan membaca juga bergantung kepada
kemudahan mendapatkan buku, taraf pendidikan bapa, pekerjaan bapa dan
persekitaran di rumah.
Baker (1989), menjalankan kajian ke atas 96 orang kanak-kanak tadika
berumur 4 hingga 5 tahun di San Diego mendapati tiga faktor yang mempengaruhi
bacaan kanak-kanak tadika iaitu bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur,
kekerapan menggunakan perpustakaan dan taraf pendidikan ibu bapa. Moore (1992)
menjalankan kajian ke atas kanak-kanak tadika di Amerika, mendapati bahawa cara
kanak-kanak berinteraksi sesama teman sekelas dan guru mempunyai hubungan
yang signifikan dengan perkembangan bacaan kanak-kanak tersebut.
Manakala Bonacci (1993), telah membuat kajian ke atas kanak-kanak darjah
enam yang berkemahiran membaca dan tidak berkemahiran membaca. Seramai
enam puluh lima kanak-kanak telah disuruh membaca lapan petikan sains pendek
dan kemudian diuji perbendaharaan kata serta daya mengingat. Beliau mendapati
bahawa kanak-kanak yang berkemahiran membaca menunjukkan pencapaian yang
lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak berkemahiran membaca dari
segi perbendaharaan kata dan daya mengingat.

19

Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia


menghadapi masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-kanak yang berumur
sembilan tahun di Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan
membaca ( U.S. Department of Education, 1998 ). Seramai lapan hingga 12%
kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-kanak tahun satu menghadapi masalah
penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan membaca di
Amerika Syarikat dan Kanada ( J amieson, 2007 ).
Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat
prasekolah akan berlanjut dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan
seterusnya ( Catts, Fey, Tomblin, & Zhang, 2002; Lewis & Freebairn, 1992; Roth,
Speece, & Cooper, 2002; Snowling, Bisjop, & Stothard, 2000 dan Law, Boyle,
Harris, Harkness & Nye, 1998 ).
Riechorf (1997) menilai amalan pengajaran pemahaman membaca dengan
mengaitkan model membaca psikologi kognitif. Kajian ini bertujuan menilai
pengajaran membaca kefahaman yang diamalkan
bersesuaian dengan model Dolores Durkin yang dijalankan pada tahun 1978. Kajian
itu bertujuan mengenal pasti perubahan dan trend yang memberikan impak dalam
pengajaran pemahaman membaca.
Menurut kajian Coleman (1995), penggunaan strategi menggunakan peta
semantik dapat memberikan kesan kepada tahap pemahaman pelajar. Pelajar lebih
memahami teks yang dibaca dan dapat mengekalkan pemahaman. Ini menunjukkan
penggunaan strategi membacaseperti menggunakan alat berfikir yang sesuai dapat
meningkatkankemahiran membaca .

20

2.5

Peranan sekolah

Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran


membaca dalam kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan
dalam kemahiran membaca, mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk
memahirkan mereka dalam bacaan. Kelas pemulihan ini pula memerlukan guruguru yang mahir untuk mengajar mereka supaya mahir membaca. Di samping itu,
persekitaran sekolah juga penting untuk memotivasikan murid agar gemar membaca.
Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah penggerak yang melibatkan
proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani
Razali, 2004). Contohnya pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan
motto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan
membaca . Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada
murid untuk cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca.
Selain itu, sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini perlu
disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga
perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka
semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005)

2.6

Peranan ibu bapa.

Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran
rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian
Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun
masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong
mereka mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang
mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.
21

Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula
berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah.
Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat

meningkatkan

kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan


kemahiran membaca.
Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka
dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan
dan pemikiran. Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor
yang berkaitan dengan persekitaran rumah.

Faktor-faktor itu ialah terdapat atau

tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca
kepada

kanak-kanak,

masa

yang

diperuntukkan

bagi

membimbing

dan

menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau
model yang baik kepada kanak-kanak.
Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi
sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan. Ibu bapa juga perlu
menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini disokong oleh
Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan
penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru.

2.7

Kurikulum prasekolah kebangsaan.

Pendidikan prasekolah telah pun mempunyai kurikulum yang sesuai serta


strategi pengajaran dan pembelajaran yang secocok dengan perkembangan kognitif,
afektif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Kurikulum bukan sahaja meliputi matapelajaran dan pengalaman terancang yang berlaku dalam kelas tetapi meliputi juga
semua kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan dan interaksi sosial yang
22

dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah kelolaan sekolah
(Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).Ling Chu Poh (1990)
menyatakan kurikulum prasekolah perlu menitikberatkan pengalaman melalui
aktiviti terutama yang berbentuk permainan. Sebahagian daripada contoh permainan
itu ialah aktiviti permainan berbentuk projektif, imaginatif dan

fantasi,main

peranan, tiruan, tematik dan interaktif.


Penggubalan kurikulum yang bersesuaian perlu melalui suatu pendekatan
yang bersepadu dan mengambil kira perkembangan kanak-kanak di semua bidang:
fizikal, emosi,sosial dan kognitif . Dalam merancang kurikulum, penekanan perlu
diberi kepada pembelajaran sebagai suatu proses

interaktif. Guru perlu

menyediakan persekitaran untuk kanak-kanak belajar melalui penerokaan yang aktif,


interaksi yang bermakna dengan orang dewasa, kanak-kanak lain dan dengan bahanbahan ( Fein, 1979; Biber, 1984; Fromberg, 1986; Goffin & Tull, 1985; Kamii,
1985; Lay-Dopyera & Dopyera,1986).

2.8

Falsafah Pendekatan Didik-Hibur

Salah satu pendekatan dalam aktiviti komunikasi pembangunan ialah


menyalurkan maklumat bagi tujuan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat
dan untuk menggerakkan masyarakat melalui media massa. Dalam bidang penyiaran
(radio dan televisyen), pendekatan didik-hibur adalah satu strategi yang sering
digunakan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Bermula dengan gagasan Model
Penyerapan Inovasi oleh Rogers dalam tahun 1967, model ini terus berkembang
menjadi pendekatan-pendekatan yang lebih relevan seperti pendekatan didik hibur
dan Teori Pemasaran Sosial (Morris, 2002).

23

Pendekatan didik-hibur atau edu-tainment approach atau pendekatan hiburan


berpendidikan adalah satu proses merancang dan melaksanakan mesej media massa
bagi tujuan mendidik dan menghibur; dalam usaha untuk meningkatkan
pengetahuan audien tentang isu-isu yang penting dalam masyarakat; menyemai
sikap yang positif; mengubah kepercayaan dan nilai-nilai sosial yang kolot, karut,
dan merugikan; serta mengubah tingkahlaku tampak (overt behaviour) (Singhal dan
Rogers, 1999; dan 2002). Pendekatan ini bukanlah satu teori dalam bidang
komunikasi, sebaliknya ia adalah satu strategi atau pendekatan bagi tujuan
memperoleh perubahan tingkahlaku dan perubahan sosial. Bagaimanapun, beberapa
teori komunikasi seperti Teori Kognitif Sosial, Teori Penentuan Agenda, Teori
Penerimaan, Teori Penghakiman Sosial, Teori Penggunaan dan Pemuasan Media dan
beberapa lagi teori didapati turut menyokong pendekatan ini (Singhal dan Rogers,
2004).
Pendekatan didik-hibur menggunakan genre hiburan seperti drama radio,
drama televisyen, rancangan kartun, muzik, lagu, rancangan bual bicara atau
sembangsembang (talk show), komedi situasi dan juga iklan-iklan kemasyarakatan
dalam usaha mencetus perubahan sosial (Singhal dan Rogers, 2004). Dalam erti kata
lain, pendekatan ini menggunakan genre-genre media massa yang secara sepintas
lalu dilihat sebagai genre hiburan. Ini penting kerana genre hiburan mampu menarik
perhatian audien yang ramai, manakala mesej-mesej pendidikan disalurkan secara
yang tidak disedari oleh audien. Bagaimanapun, pendekatan ini tidak pula
mempersoalkan tentang dichotomi atau garis pemisahan, dan perbezaan kadar antara
unsur-unsur hiburan dan pendidikan di dalam sesebuah genre hiburan bagi maksud
tersebut.

24

2.9

RUMUSAN

Kajian Pustakaan membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh


pengkaji-pengkaji. Kajian-kajian yang dilakukan oleh mereka dapat mengenalpasti
kelemahan-kelemahan ataupun penyebab kurangnya minat membaca. Ini secara
tidak langsung dapat dijadikan panduan untuk menanam minat membaca dalam
kalangan murid-murid prasekolah. Faktor-faktor yang dinyatakan oleh pengkajipengkaji melalui kajian mereka dapat dijadikan panduan untuk memahami aliran
minat membaca murid seterusnya dapat membimbing murid untuk meneruskan
minat membaca. Semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan
keupayaan murid prasekolah bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana
terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan
membaca tetapi kita tidak boleh menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas
kelemahan ini. Seharusnya kita perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi
masalah ini.

25

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan
Bab ini membincangkan metadologi kajian yang digunakan dalam kajian ini.

Metadologi kajian merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang
pengkaji untuk menganalisis dapatan yang diperoleh. Menurut Amir Hassan Dawi
(20002:123), kaedah merupakan cara atau jalan yang menyelesaikan permasalahan
penyelidikan. Kaedah yang digunakan ini dapat membantu pengkaji dalam
mengumpul maklumat dan data yang diperlukan secara sistematik dan berfokuskan
kepada keupayaan kemahiran membaca murid prasekolah melalui teknik latih tubi
secara didik hibur dengan menggunakan kad bacaan suku kata.

3.2

Reka bentuk kajian.


Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan

kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga


membolehkan pengkaji membuat soalan

yang mempunyai kesahihan, menepati

objektif dan sesuai untuk sesuatu kajian. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian
secara kuantitatif dan kaedah kutipan pengumpulan data yang tertentu bagi
mandapatkan maklumat berhubung dengan kajian yang dikaji. Maklumat ini akan
diguna pakai bagi menjelaskan akan hubung kait antara program yang dijalankan
dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah.
26

Data yang dikutip adalah melalui ujian yang dijalankan oleh responden yang
dipilih. Data ini dapat dijadikan panduan bagi menyediakan ujian yang menyusul
kepada responden nanti. Kerjasama serta kolaborasi guru prasekolah ini akan dapat
membantu pengkaji dalam kajian ini. Guru prasekolah mempunyai kemahiran serta
kepakaran dalam bidang pemulihan di mana saranan serta pengetahuan dapat
digunakan untuk menolong responden-responden ini.
Sebelum proses dijalankan, ujian pra akan diberikan terlebih dahulu oleh
pengkaji untuk melihat tahap penguasaan responden atau murid-murid dalam
kemahiran membaca yang dipelajari. Daripada ujian pra ini kita akan dapat
mengetahui pengetahuan sedia ada responden serta setakat mana pencapaian mereka
dalam membaca suku kata atau pun ayat pendek. Kemudian barulah pengkaji akan
menggunakan ujian pos ataupun ujian penapisan kepada murid atau responden untuk
menilai semula akan keberkesanan program latih tubi yang dijalankan selepas ujian
pra tadi.

3.3

Populasi dan sample kajian.


Responden kajian ini adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah di

sebuah sekolah di Gombak, Selangor. Daripada 20 orang murid, seramai 15 orang


responden yang terlibat dan perlu dipulihkan. Responden terdiri daripada 8 orang
pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan. Kesemua responden berumur 6 tahun
dan sedang belajar di dalam kelas yang sama. Kesemua responden mempunyai
tahap pencapaian yang berbeza dari segi minat, bakat dan gaya belajar. Ini
mengakibatkan golongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu
kemahiran berbanding yang lain. Kesemua responden adalah penduduk sekitar
kawasan daerah Gombak, Selangor. Murid-murid ini adalah murid yang tidak boleh
27

menguasai kemahiran KVKV dan hanya mengenal abjad dan tahu akan pengkelasan
konsonon dan vokal sahaja.

3.4

Perancangan tindakan.
Hasil daripada tinjauan awal kajian yang telah ditetapkan, beberapa langkah

untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti melalui pemerhatian pada sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas telah dirangka. Bagi membantu muridmurid saya yang mengalami masalah dalam membaca perkataan dua suku kata
terbuka KV + KV, saya merancang untuk menggunakan teknik didik hibur bagi
membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi. Saya akan menjalankan satu
ujian pra sebelum saya menggunakan kaedah didik hibur. Setelah itu, saya akan
menjalankan beberapalangkah dalam memperkenalkan kaedah ini. Antara langkahlangkah yang akan saya jalankanadalah seperti berikut:

Langkah 1:
Saya akan mengajar murid membaca perkataan dua suku kata terbuka KV+ KV
dengan teknik latih tubi menggunakan slaid perkataan angry bird seperti rajah 1
melalui aktiviti nyanyian dan tepukan .

Rajah

1
28

Aktiviti yang akan saya jalankan adalah membaca perkataan dengan


menggunakan melodi

kalau rasa

gembira. Sebagai contohnya murid akan

bertepuk tangan sambil mengeja b..o.. bo..l..a...la sebanyak 3 kali dan menepuk peha
bagi menyebut perkataan bolabolabola.mengikut irama yang diperdengarkan.
Sambil mengeja mereka akan bertepuk. Murid akan menyanyikan semua perkataan
yang dipelajari pada hari tersebut.
Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir (2008) dalam kajiannya menyatakan
kajian Tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan murid untuk
menghadiri dan menumpu perhatian didalam bilik darjah (Tan & Shi, 2005).
Aktiviti seperti ini amat disukai oleh murid kerana yang begitu cenderung
terhadapmuzik dan kinestatik. Manakala penggunaan gambar angry bird adalah
disebabkan murid-murid ini begitu gemar mengumpulkan gambar dan alat tulis yang
bercorak gambar tersebut.

Langkah 2:
Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka
dengan betul dan lancar, langkah seterusnya yang akan saya jalankan adalah
menjalankan aktivitirekreasi melalui permainan domino sebagai pengukuhan dengan
iringan muzik. Murid dikehendaki membaca perkataan dengan iringan muzik tempo
laju. Pada tempo perlahan murid perlu mencari kad perkataan domino berdasarkan
gambar pada kad domino sebelumnya. Saya akan mengadakan pertandingan di
antara responden-responden ini. Murid yang dapat menyusun kad domino dengan
betul dan terpantas dikira pemenang.

29

Aktiviti ini dianggap rasional kerana murid dapat mengetahui sendiri


jawapan yang disusun sama ada betul atau salah berdasarkan kad yang disusun.
Murid perlu membaca dengan betul baharulah mereka akan dapat mencari gambar
yang betul untuk disusun. Aktiviti ini akan memberi kepuasan sekiranya murid dapat
menyusun dengan betul dan pantas.
Setelah menjalankan beberapa langkah di atas, saya akan menjalankan satu
ujian pos dengan menggunakan soalan yang sama dengan soalan ujian pra dan lima
soalan tambahan bagi melihat sejauh mana keupayaan responden dapat membaca
perkataan suku kata terbuka kv + kv.Selepas itu, saya akan menjalankan satu sesi
temubual terhadap responden yang terlibat tentang perasaan mereka setelah
menggunakan teknik didik hibur yang telah dijalankan.

3.5

Perancangan cara mengumpul data


Dalam kajian ini, saya akan mengumpul data awal berasaskan beberapa

sumber. Antaranya adalah seperti melalui temubual, pemerhatian, hasil ujian pra dan
latihan bacaan yang dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya
laksanakan.
Selain itu, sayaakan menjalankan ujian pra terhadap responden-responden
tersebut. Data-data akan direkodkan dalam borang rekod ujian bacaan dan borang
pelaporan penguasaan individu yang disediakan. Bagi melihat keberkesanan kaedah
yang saya jalankan ini, saya akan menjalankan satu ujian pos atau pasca untuk
melihat perkembangan dan kemajuan responden dalam kajian tindakan yang
saya jalankan. Saya juga akan menjalankan pemerhatian ke atas responden setelah
saya memperkenalkan teknik didik hibur dalam kemahiran membaca perkataan dua
suku kata terbuka.Instrumen yang dipilih ini akan dijalankan selama lima minggu.
30

3.5.1

Soal selidik temubual secara rawak.

Dalam tinjauan awal satu soal selidik secara temubual telah dijalankan secara
rawak. Persoalan yang dikemukakan adalah ;
Mengapakah murid-murid tidak suka membaca ?
Jawapan murid ;
Malas hendak mengeja, lambat mengeja , ayat terlalu panjang, tidak tahu membunyi
suku kata dan pelbagai alasan lagi.

Hakikatnya, mereka lambat mengeja sehingga menyebabkan mereka tidak faham


apa yang mereka baca sebelumnya. Oleh yang demikian kelambatan ini menjadi
punca mereka terlupa sukukata lain sehingga mengganggu kemahiran membaca
mereka. Justeru itu, penggunaan kaedah teknik didik hibur seperti yang diterangkan
di atas diharap dapat membantu murid prasekolah meningkatkan kemahiran
membaca.

3.5.2

Pemerhatian

Semasa tinjauan awal dibuat, kelemahan murid-murid telah dapat dilihat


dengan jelas di mana murid-murid tersebut tidak dapat membaca dengan lancar.
Kelemahan yang lebih ketara dapat dilihat apabila ujian pra dijalankan. Didapati
kesemua responden yang dipilih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan
baik. Mereka tidak dapat membaca dan mengeja walaupun perkataan yang diberikan
adalah mudah. Oleh yang demikian, satu kajian tindakan perlu dilakukan demi
membantu murid-murid ini meningkatkan kemahiran membaca mereka.

31

3.5.3

Ujian Pra

Untuk mendapat data bagi ujian pra, dua kaedah digunakan iaitu kaedah
secara lisan dan bertulis. Untuk kaedah lisan murid diminta membaca kuat satu
petikan di hadapan guru ( rujuk lampiran : Petikan Pendek Ujian Pra ). Guru
membuat penilaian terhadap bacaan murid . Untuk kaedah bertulis pula, satu petikan
pendek yang tidak lengkap diberikan kepada murid untuk dilengkapkan. Hasil ujian
pra yang pertama kali diadakan telah menunjukkan satu keputusan yang tidak
memberangsangkan, apabila 10 orang murid ini tidak boleh membaca, 5 orang
membaca dengan pelbagai kesalahan sebutan, dan hanya 5 orang sahaja yang dapat
membaca daripada 20 orang pelajar berkenaan. Jadi 15 orang pelajar berkenaan
adalah responden yang perlu diberi rawatan.

3.5.4

Ujian Pos

Dalam masa lima minggu rawatan diberikan, guru membuat sekali lagi ujian
bacaan lisan kepada murid. Didapati murid dapat membaca dengan lebih baik. 10
dari 15 orang pelajar berkenaan telah dapat menguasai kemahiran membaca dengan
baik. Guru telah boleh menyerap mereka kembali menyertai kelas biasa untuk
menerima sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

3.6

Reka bentuk kajian.


Satu kerangka teoris harus dipilih dan ditetapkan.Justeru itu saya memilih

model Laid Law (1992) sebagai reka bentuk kajian. Model ini mengandungi
panduan dalam menjalankan kajian. Kerangka konsep model ini mengandungi
empat peringkat iaitu peringkat tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

32

Pada peringkat tinjauan, pengumpulan data dijalankan untuk mengenal pasti


masalah yang wujud. Saya telah menjalankan pemerhatian di dalam bilik darjah,
menemubual responden dan guru kelas serta menyemak dan meneliti hasil ujian pra
yang telah dijalankan .Ujian pra tersebut juga dijalankan untuk mengenal pasti
punca sebenar masalah yang dihadapi responden.
Pada peringkat kedua ialah perancangan. Saya telah merancang pelan
tindakan untuk mengatasi masalah itu. Pada peringkat ketiga ialah pelaksanaan di
mana saya akan mengatasi masalah pelan tindakan yang telah dirancang. Ujian pos
akan dijalankan terhadap responden. Ujian ini bertujuan melihat perbezaan prestasi
yang berlaku kepada responden. Pada peringkat keempat iaitu peringkat refleksi,
saya akan menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan. Gelungan kedua perlu
dilaksanakan jika tindakan yang pertama tidak berhasil. Kerangka konsep ini
membantu saya menjalankan kajian. Berikut merupakan kerangka konsep yang
digunakan.

33

3.7

Kajian Rintis.
Bagi mendapatkan keesahan dan keboleh percayaan dalam kajian ini kajian

rintis digunakan. Kajian ini mirip kepada kajian sebenar tetapi jumlah responden
tidaklah mengikut responden-responden yang sebenar. Menurut Cohen, Manion
dan Morrison (2000), menyemak kejelasan dari segi aspek-aspek, arahan dan
susun atur soal selidik tersebut. Ia juga bagi mendapat maklum balas tentang
keesahan dan keboleh percayaan terhadap aspek-aspek soal selidik. Bagi
menjalankan kajian rintis ini saya telah memilih seramai 10 orang responden dari
kelas Tahun 1 dan instrumen kajian yang sama digunakan.

3.8

Prosedur pengumpulan data.


Prosedur pengumpulan data bermula dari ujian pra yang telah diberikan

kepada

kepada 15 orang murid prasekolah yang dikenalpasti lemah dalam

kemahiran membaca. Setelah selesai menjalani ujian pra , kumpulan rawatan yang
terdiri daripada 15 orang murid telah didedahkan dengan pendekatan didik hibur.
Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama lima
minggu . Ujian Pos telah dijalankan di akhir pembelajaran iaitu pada minggu
terakhir kajian .

3.9

Prosedur menganalisis data.


Data yang dikumpul akan dianalisis oleh pengkaji supaya memberi makna

kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan
untuk menganalisis data. Antara cara yang mudah adalah mengkelompokkan data
daripada sumber mengikut skor ujian yang dilakukan. Dengan cara membandingkan
data-data daripada ujian pra dan ujian pos itu, perkaitan antara data dapat dilihat
34

dengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan.
Setiap pengiraan data akan dimuatkan dalam bentuk jadual yang memudahkan
analisis. Pengkaji akan membuat olahan dan analisis sendiri berdasarkan data dalam
hasil kajian tersebut. Huraian lebih lanjut tentang penganalisisan data akan
dibincangkan dalam bab seterusnya.

3.10

Rumusan
Kesimpulannya, metodologi kajian dan prosedur kajian penting dalam

menghasilkan data-data yang diperlukan supaya hasilnya dapat dikumpulkan secara


sistematik. Prosedur kajian yang betul mampu membantu melancarkan proses kajian
serta menyusun data dengan betul dan tepat. Hasil yang diperoleh akan membantu
pengkaji membuat rumusan tentang kajian yang dijalankan. Dalam bab seterusnya
akan dibincangkan dapatan kajian dan proses analisis data yang telah dikumpulkan
dalam kertas ujian yang diedarkan. Hasil daripada penganalisisan data dalam bab
seterusnya akan menghasilkan data-data yang berguna kepada kajian ini.

35

BAB 4

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1

Pengenalan
Segala data yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijawab oleh

responden yang terdiri daripada murid-murid prasekolah yang berumur 6 tahun di


sebuah kelas prasekolah akan dianalisis dan dibincangkan. Data yang telah diproses
dipersembahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pentafsiran para pembaca.
Setiap jadual disertakan dengan penerangan dan perbincangan yang ringkas untuk
menambahkan pemahaman para pembaca.

4.2

Dapatan Kajian
Analisa data kuantitatif adalah berdasarkan data mentah yang diperolehi dari

kumpulan rawatan yang mengandungi 15 orang pelajar. Kumpulan rawatan ini


menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran penggunaan kad bacaan melalui
teknik didik hibur. Empat kaedah digunakan untuk mencungkil masalah daripada
responden iaitu soal selidik temu bual , pemerhatian, ujian pra dan ujian pos.

4.2.1

Analisis Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan sepanjang seminggu semasa proses pengajaran dan


pembelajaran , Komponen Bahasa dan Komunikasi. Hasil bantuan guru kelas ini
36

kelemahan responden dapat dilihat. Hasil pemerhatian ini diperkuatkan lagi apabila
10 orang atau 50% daripada 20 orang murid kelas ini adalah murid yang telah dipilih
mengikuti kelas pemulihan khas yang diwujudkan di sekolah ini.
4.2.2

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberikan untuk melihat tahap bacaan
murid.Manakala ujian pos pula dijalankan selepas rawatan diberikan untuk melihat
tahapkeberkesanan kaedah dalam kajian tindakan yang dijalankan. Oleh yang
demikian,penggunaan bahan yang sama adalah lebih mudah bagi melihat perbezaan
antarasebelum rawatan dan selepas rawatan diberikan.
Dua kaedah digunakan untuk menguji responden, iaitu kaedah lisan dan
kaedah bertulis.Bagi kaedah lisan responden diminta membaca satu teks petikan
pendek di hadapanguru. Guru akan menilai bacaan murid.
Teks Petikan
Ujian Pos / Ujian Lisan.

Buku
Bibi suka baca buku.
Bibi suka baca buku cerita.
Hari-hari Bibi baca buku cerita.
Mama beli buku cerita baharu.

37

Penilaian Bacaan Lisan Oleh Guru


Bil

Nama

Ujian
Kenal

Pra
Mengeja

& sebut
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

R1
R2
R3
R4
R5
R6
R7
R8
R9
R10
R11
R12
R13
R14
R15

huruf
/

Membaca

Ujian
Kenal

dengan

& sebut

baik.

huruf.
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

/
/
/
/

/
/

/
/

Pasca
Mengeja

Membaca
dengan
baik.
/

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

/
/
/
/
/
/
/

Jadual 1

Analisis Bacaan Lisan


Ujian Pra
Kategori

Jumlah pelajar

Peratusan

Kenal & Sebut Huruf

10 orang

66.7%

Membaca

8 orang

53.3%

0%

Jumlah Pelajar

Peratusan

Mengeja dengan baik

Ujian Pos
Kategori

38

Kenal & Sebut Huruf

15 orang

100%

Membaca

15 orang

100%

Mengeja dengan baik

10 orang

66.7%

Jadual 2

Graf Ujian Bacaan Lisan Pra dan Pos Kemahiran Membaca


Prasekolah

Rajah 2
39

Ujian pra dan pos menggunakan teks petikan yang sama untuk memudahkan
melihatkeberkesanan rawatan yang diberi. Hasil dapatan graf diatas menunjukan
berlakupeningkatan yang ketaraan dari ujian pra kepada ujian pos. Dalam ujian pra
hanya 10 orang dapat mengenal dan menyebut huruf, setelah rawatan dilakukan
peningkatan dalam ujian pos di mana semua 15 orang responden telah boleh
mengenal dan menyebut huruf. Dari segi mengeja pula, semasa ujian pra hanya 8
orang boleh mengeja tetapidalam ujian pos semua responden telah boleh mengeja.
Peningkatan yang mendadak berlaku di mana semasa ujian pra tiada responden yang
dapat membaca dengan baik tetapi selepas rawatan diberikan 10 orang responden
telah dapat membaca dengan baik.

Ujian Pra / Pos ( Ujian bertulis )


Lengkapkan

cerita

di bawah dengan jawapan yang

sesuai.

Bibi suka baca ________________.


Bibi _______________baca buku cerita.

40

Hari-hari Bibi _________________buku


cerita.
Mama ______________buku cerita baharu.

Analisis jawapan responden.


Bil

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15

Nama

R1
R2
R3
R4
R5
R6
R7
R8
R9
R10
R11
R12
R13
R14
R15

Ujian
Tidak

Pra
Jawapan

mengisi

salah

jawapan
/
/

Jawapan

Ujian
Tidak

Pasca
Jawapan

Jawapan

betul

mengisi

salah

betul.

jawapan
/

/
/

/
/
/
/

/
/
/

/
/

/
/

/
/

/
/

/
/

/
/

41

Jadual 3

Ujian Pra
Kategori

Jumlah Pelajar

Peratusan

Tidak Mengisi Jawapan

8 orang

53.3%

Jawapan Salah

3 orang

20.0%

Jawapan Betul

5 orang

33.3%

Jumlah Pelajar

Peratusan

Tidak Mengisi Jawapan

0 orang

0%

Jawapan Salah

5 orang

33.3%

Jawapan Betul

10 orang

66.7%

Ujian Pos
Kategori

Jadual 4
Analisa Jawapan Responden Ujian Bertulis Ujian Pra dan Pos

42

Rajah 3
Graf Ujian

Menulis Pra dan Pos

Berdasarkan carta di atas , jelas menunjukkan perbezaan yang berlaku dalam


ujian pra dan ujian pos. Telah berlaku peningkatan yang mendadak kepada bilangan
responden yang dapat mengisi tempat kosong dengan betul pada teks petikan yang
diberi dalam ujian pra dan pos. Peningkatan berlaku 100% di mana sebelum
tindakan hanya 5 orang dapat mengisi tempat kosong dengan betul tetapi selepas
rawatan diberikan 10 orang dapat mengisi tempat kosong dengan betul. Perubahan
ini

jelas

menunjukan

keberkesanan

rawatan

yang

diberikan

kepada

responden.Berdasarkan semua dapatan daripada instrumen yang digunakan didapati


peningkatan berlaku antara ujian pra dan pos yang telah dijalankan. 80 % responden
dapat menjawab setiap item yang diberikan secara keseluruhannya.

43

BAB

RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Rumusan dapatan kajian secara keseluruhannya adalah dibuat berdasarkan kepada


objektif kajian yang diutarakan dalam Bab 1. Selain itu, implikasi kajian dan
beberapa cadangan yang difikirkan sesuai dikemukakan bagi mempertingkatkan
tahap persepsi pelajar mengenai kemahiran membaca dan keberkesanan penggunaan
teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran.

5.2

Rumusan Kajian
Hasil

daripada

dapatan

kajian

tindakan

yang

dijalankan,

secara

keseluruhanya didapati bahawa tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini telah
berjaya meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid prasekolah di sebuah
sekolah di dalam daerah Gombak, Selangor. Perubahan positif yang terjadi hasil
dari kajian ini membantu menguatkan semangat untuk meneruskan lagi kajian ini
pada masa akan datang. Pemilihan fokus kajian ini amat bertepatan memandangkan
responden yang berada di dalam prasekolah sememangnya bermasalah dalam
pembacaan. Ini membenarkan lagi andaian bahawa Kaedah Kad bacaan suku kata
melalui pendekatan teknik didik hibur yang dicetuskan pada asasnya oleh Smith dan
diubah suai oleh beberapa pengkaji terdahulu ini amat bersesuaian dengan
responden yang dipilih.

44

Kaedah ini juga dikesan mampu menarik minat pelajar dalam mata pelajaran
lain jika digunakan. Contohnya dalam Komponen Kognitif, guru boleh menulis
perkataan yang ingin diajar di dalam kad-kad bacaan suku kata yang mudah dilihat,
difahami dan menarik minat pelajar untuk membaca perkataan berkenaan.Walau
bagaimanapun , pemerhatian terhadap responden perlu dilakukan dalam kajian
kedua untuk memastikan lima orang pelajar yang masih kurang mahir membaca
tersebut dapat membaca dengan baik seterusnya dapat memantapkan lagi kemahiran
membaca pelajar lain. Pemerhatian terhadap kajian kedua juga boleh memantapkan
lagi kaedah pengumpulan data yang dibuat.
Pemerhatian yang dijalankan oleh rakan penyelidik terhadap tingkah laku
guru mengukuhkan lagi tindakan yang dibuat semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pemerhatian ini bertujuan memastikan setiap yang dirancang
dilaksanakan dengan berkesan.Pada kajian pertama, kaedah pemerhatian terhadap
tingkah laku pelajar tidak dilaksanakan kerana pada masa itu pengkaji masih kabur
dan ragu-ragu tentang cara yang harus digunakan untuk membuat membuat
pemerhatian tersebut.
Pengkaji kabur dalam memilih aspek apakah yang perlu diperhatikan dan
dinilai sepanjang proses perlaksanaan tindakan dijalankan. Pada kajian kedua kelak,
pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap penglibatan responden dalam sesi
pengajaran dengan menggunakan senarai semak tingkah laku pelajar atau rakaman
video.
Ini adalah untuk memudahkan lagi pengkaji membuat analisis data secara
menyeluruh, berkesan serta bahan bukti kajian yang kukuh.Namun begitu dapatan
kajian ujian pos, pemantauan tingkahlaku guru, dan temubual hanya terbatas kepada
kumpulan responden yang dikaji sahaja dan tidak boleh digeneralisasikan kepada
45

situasi di luar sekolah tersebut. Walaupun begitu, dapatan kajian ini boleh
dimanfaatkan jika situasi kelas itu sama dengan situasi kelas yang terlibat dalam
kajian ini.

5.3

Implikasi Kajian
Responden cukup berminat dengan aktiviti nyanyian. Mereka menyanyi

dengan penuh minat dan situasi ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjaya
dan menarik. Elemen muzik yang diterapkan dalam nyanyian menjadikan mereka
begitu aktif dan telah memberikan penglibatan sepenuhnya. Ini terbukti dengan
pendapat Zulkifli Yaakob (2007) yang menyatakan muzik adalah sebahagian
daripada alam kehidupan pelajar yang tidak dapat dipisahkan.
Murid sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati
apabila dapat melakukan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Diperteguhkan lagi
oleh pendapat Raven (1977), yang menyatakan bahawa elemen muzik dapat
mengatasi masalah pelajar yang tidak berminat dengan subjek dan dapat menarik
mereka berminat untuk belajar.
Murid-murid dapat menyebut dan mengingati perkataan melalui aktiviti
nyanyian. Nyanyian diulang beberapa kali mengikut prosedur perancangan yang
ditetapkan. Hal ini ada persamaan dengan kajian BBC British Council Teaching
yang menyatakan penguasaan bahasa kanak-kanak perlu menghafal perkataan
tersebut beberapa kali melalui aktiviti nyanyian.
Kajian ini akan melihat dan mengenal pasti aspek lisan, kosa kata dan
penglibatan murid-murid di dalam bilik darjah. Aspek lisan merangkumi kemahiran
mendengar dan bertutur. Bagi aspek kosa kata pula merangkumi perkataan, istilah
dan ayat yang dapat dibaca, difahami dan ditulis. Manakala aspek penglibatan murid
46

pula merangkumi aktiviti menyanyi dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul di
samping melakukan gerak kreatif.Setelah dijalankan kajian, adalah diharapkan agar
keputusan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pihak yang berkaitan.
Hasil kajian juga mendapati murid-murid yang lambat atau lemah dalam
pelajaran berubah menjadi aktif melalui kerjasama dalam aktiviti nyanyian. Mereka
dapat bekerjasama dan berkeyakinan dalam aktiviti berkumpulan. Ini ada persamaan
dengan pendapat Ward (1976) yang menyatakan bahawa muzik boleh memberikan
sumbangan yang baik di mana muzik yang sesuai boleh dijadikan bahan didikan
kepada murid lambat melalui semangat berpasukan, bekerjasama, dan mendirikan
keyakinan diri.
Selari dengan Teori Behaviour oleh B.F Skiner yang menyatakan bahawa
sesuatu perkara yang dilakukan mestilah berulang-ulang untuk memastikan kita
mendapat hasil yang diharapkan. Oleh itu, untuk memastikan keberkesanan kajian
ini , kajian kedua dan seterusnya harus dijalankan supaya masalah murid yang lemah
dalam bacaan semakin berkurangan.Selepas kajian pertama, pengkaji bercadang
akan melanjutkan kajian ini ke kajian kedua dengan menggunakan fokus kajian yang
sama, memandangkan tindakan yang dilaksanakan dalam kajian pertama ini boleh
ditambahbaikan dengan menggunakan elemen muzik dan permainan bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran guru.Melalui sesi pengajaran dalam kajian pertama
pengalaman melaksanakan kajian, didapati bahawa pencapaian responden dalam
sesuatu bidang kemahiran itu bergantung kepada amalan dan gaya pengajaran guru
di samping bahan bantu mengajar serta scenario pengajaran dan pembelajaran yang
diwujudkan.

47

Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu dan
irama yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama
tentukan tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang
perkataan aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan
bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru perlu mengubah
suai atau menulis semula seni kata lagu, tersebut mengikut kesesuaian.
Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan
meminta murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada
perkataan berkenaan. Seterusnya guru mengedarkan seni kata lagu yang hendak
disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenal pasti beberapa
perkataan yang susah. Dalam masayang sama, guru boleh memainkan CD lagu
berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid. Buat latihan nyanyian
lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat.
Guru perlu memberi perhatian kepada sebutan murid-murid.Pastikan setiap
perkataan di dalam lagu tersebut disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa
kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Terang dan
latih mereka untuk menguasai ayat atau strukturnya. Gunakan gambar untuk
memperjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan untuk menggambarkan makna
secara jelas.Bagi aktiviti penutup , guru menyanyikan lagu bersama-sama murid.
Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang
aspek bahasa yang hendak diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta
menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek menggunakan kreativiti
sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam seni kata lagu
berkenaan. Guru juga boleh meminta murid untuk melukiskan gambar dalam lagu di
atas sehelai kertas A4 menggunakan lakaran yang tidak berwarna..
48

Kajian seterusnya harus dijalankan dengan lebih kreatif, praktikal dan


berkesan untuk memastikan masalah bacaan dalam kalangan murid bukanlah satu
isu besar lagi kerana jalan penyelesaiannya telah jelas. Situasi ini haruslah dijadikan
pengajaran supaya kita sebagai guru dapat mempertingkatkan lagi usaha agar muridmurid yang lemah dalam bacaan tidak lagi terus dibelenggu masalah yang sama
sepanjang hayat.

5.6

Penutup
Pada kesimpulannya, aktiviti nyanyian dalam didik hibur banyak membantu

dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah orang asli. Aktiviti sebegini


boleh ditingkatkan lagi dengan memberi pendedahan kepada para guru menguasai
komponen didik hibur terutamanya aktiviti nyanyian. Kepelbagaian kaedah dan
teknik guru harus dipertingkatkan dan ini berssesuaian dengan pendapat Abdullah
Hassan (1980) menjelaskan bahawa mengajar bahasa kedua kepada pelajar bukan
penutur jati memerlukan perhatian yang lebih teliti,dirancang dan dilaksanakan
secara semula jadi dan tidak terlalu formal. Oleh itu, pengajaran guru sewajarnya
menggunakan

pendekatan,

kaedah

dan

teknik

yang

bersesuaian

dalam

menyampaikan pengajaran.
Harapan pada masa hadapan , kaedah seperti ini akan terus dikaji dan
digunakan sebagaisatu cara menyelesaikan masalah murid lemah membaca. Jika
perlukan perubahan,biarlah perubahan itu yang positif supaya memudahkan individu
lain yang ingin menggunakan kaedah ini terhadap responden mereka.

49

RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib.(1989) Psikolinguistik dan Pengajaran Bacaan Di SekolahSekolah Rendah.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka..
Asplaila Ramli, Maslinda Mahmud. (2002). Meningkatkan Kemahiran Murid
Membaca Ayat-ayat yang mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku
Kata Terbuka Dan Tertutup KV + KVK.SK Sawah Dato. Johor
Atan Long et. al. (1984).A Survey on the Reading Habits and Interests of
Malaysian people. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik (1989), Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III
Jabatan Bahasa. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.
Baker (1989), How to reach and teach ADD/ADHD children. West Nyack, NY: The
Center for Applied Research in Education
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010).Aspek Seni Bahasa. Kementerian
PendidikanMalaysia, hlm. 21
Bolt (1992),Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan
Menggunakan Kaedah Kad Bacaan. Institut Perguruan Perlis
Bonacci (1993), Read me first for a users guide to qualitative methods. Thousand
Oaks: Sage Pub.
Charlotte J Bolling (2008), Reading Success In The Intervension Classroom.
Coleman (1995), Strategies For Improving Visuals Learning : A
Handbook For Effective Selestion, Design And Use Of Visualized Materials.
Pannsylvania: Learning Service,State College.
Durkin (1966). A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian people
. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka
Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications
Edward M. Anthony (1990). Beginning to read. Cambridge: MIT Press.
Harison Bt Othman(2005)Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran
Membaca Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis. Institut
Perguruan Perlis
Jones (1986), How to reach and teach ADD/ADHD children. West Nyack, NY: The
Center for Applied Research in Education
.
Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
50

Lumpur Fajar Bakti


Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd Aziz, 1997). Pengajian Melayu III :
Komunikasi Bahasa . Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd
Kamus Dewan (2000), Kamus Dewan Edisi kedua.Kuala Lumpue : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Liew Phaik Guat Selina (1998).The Effects of a Reading Program in
Preschool Education on the Reading Attitude among Children in Later
Years. Jabatan Pendidikan. Maktab Perguruan Sandakan.Mashitah
Marohaini Yusoff, 1999.Membina Budaya Membaca di Kalangan Guru-guru
Pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Jabatan Ilmu Pendidikan. Pulau
Pinang.
Mangantar Simanjuntak (1985), Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Moore (1992), Research design: Quantitative and qualitative. California:Sage Pub.
Morris, 2002, Reading instruction that works: The case for balanced teaching. (ed.
ke-2). New York: The Guilford Press.
Nordin Mamat, 2005 , Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong, Pahang:
PTS Publications Sdn. Bhd.
Noriah (1999), Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR & KBSM
.Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Sharifah Alwiah, 1983; Tengku Iskandar, 1986; Yaxley, 1991. Pengajaran
Pembelajaran Prasekolah. Masalah Pendidikan 19, 11-25
Downing & Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff, J. C., 1995; Yeo 2004, 2006,
etc. fine early readers solving problems : a case study. Reading. 29: 30 33.
Dechant (1991. The psychology of reading. Cambridge: MIT Press.
Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah. Kuala
Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Harris dan Sipay (1980). Memahami Proses Bacaan Daripada Perspektif
Psikolinguistik . Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka.30,(6) : 402-407.
DR. Henry Guntur Tarigan(1994) , Introduction to Instructional Technology,
Instructional Technology for Teaching and Learning
Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications.
51

Holly M Menzies (2007), bertajuk Early Intervention In Reading: From Research


To Practice
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka
Fitgerald (1992). Panduan kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur : Cergas (M) Sdn.
Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1994). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan :
Secara menyeluruh Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
(Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004), Membina Budaya Membaca di Kalangan
Guru-guru Pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Jabatan Ilm
Pendidikan. Pulau Pinang.
Riechorf (1997), Changing the rules: Education for creative
thinking. Journal of Creative Behavior,
Rohaty1998.Beberapa dimensi pendidikan prasekolah
menjelang
abad ke21 dan selepasnya. Aliran dan awalan pendidikan menjelang abad
ke-21. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Rosner, J. 1990. Pediatric Optometry. United States: Butterworth-Heinamann.
FatimahRosner, J. 1990. Pediatric Optometry. United States: Butterworth.Fatimah
See Bee Ean (2008). ajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan
Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis. Institut Perguruan Perlis.
Sulzby, 1991. KurikulumPendidikan Awal : Ke
Pendidik dan Pendidikan 12, 33-44

Arah

Pendidikan

Holistik.

Sofiah Hamid, 1983.Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa


Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar . Jurnal Pendidikan
Bahasa MelayuISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12
Trelease (1989), Reading and writing relations and their development. Educational
Psychologists, 35, 3950.
Westwood (2001), Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education.
Jurnal Penyelidikan : MPBL
Yahya Othman (1988), Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong, Pahang:
PTS Publications Sdn. Bhd.
Zulkifley Hamid , 2006. Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat
52

LAMPIRAN A

Teks Petikan
Ujian Pos / Ujian Lisan.

Buku
Bibi suka baca buku.
Bibi suka baca buku cerita.
Hari-hari Bibi baca buku cerita.
Mama beli buku cerita baharu.

LAMPIRAN

Ujian Pra / Pos ( Ujian bertulis )


53

Lengkapkan

cerita

di bawah dengan jawapan yang

sesuai.

Bibi suka baca ________________.


Bibi _______________baca buku cerita.
Hari-hari Bibi _________________buku
cerita.
Mama ______________buku cerita baharu.

LAMPIRAN C
CONTOH KAD BACAAN SUKU KATA
54

bi

bi

su

ka

ba

ca

bu

ku

bi

bi

su

ka

ba

ca

bu

ku

ce

ri

ta

ha

ri

ha

ri

bi

bi

ba

ca

bu

ku

ce

ri

ta

LAMPIRAN D

55

CONTOH KAD BACAAN CERITA PENDEK.


( aktiviti pengayaan )

KERETA BAHARU
Ayah ada kereta baharu.
Kereta ayah berwarna biru
Kereta ayah besar.
Kereta ayah cantik.

56

Anda mungkin juga menyukai