Anda di halaman 1dari 2

20 PETUA BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN

Published on 26 July 2009 by Wan Zulkifli in Artikel

http://www.wanzulkifli.com/20-petua-berkomunikasi-secara-berkesan

1.                  Fahami idea anda sejelas-jelasnya sebelum berkomunikasi.  Sekiranya apa yang
anda akan sampaikan tidak jelas pada anda, maka ia juga tidak akan jelas kepada orang lain.

2.                  Ambil kira persekitaran (iklim sosial, adapt, keadaan fizikal) di mana komunikasi
itu akan diadakan.

3.                  Berundinglah dengan orang lain, jika sesuai untuk merancang komunikasi. 
Perundingan lazimnya membolehkan seseorang mendapat pemahaman tambahan dan
keobjektifan.

4.                  Gunakan bahasa gerak-geri untuk menyampaikan perasaan sebenar anda.  Pastikan
bahasa gerak-geri anda tidak bercanggah dengan mesej lisan anda.  Lihat Rajah 1 untuk contoh
bahasa gerak-geri dan mesejnya yang mungkin.

5.                  Gunakan bahasa gerak-geri untuk menggalakan komunikasi.  Contohnya


mengekalkan tentangan mata, mengangguk kepala untuk menandakan anda faham dan
membongkok ke depan untuk menunjukkan minat.

6.                  Jadilah pendengar yang baik.  Jangan mencelah semasa orang sedang bercakap. 
Dengar baik-baik mesej yang ingin disampaikan oleh penutur serta perasannya yang tersirat
tentang perkara yang dibincangkan.  Berikan perhatian penuh anda kepada penutur.  Beri
tumpuan pada perkara yang dikatakan, dan bukan pada cara penyampaian.

7.                  Amalkan sikap terbuka terhadap apa yang sedang diperkatakan. Jangan buat
pertimbangan atau penilaian sebelum penutur itu menamatkan ucapannya.

8.                  Jangan mengulang komen anda semasa orang lain bercakap.

9.                  Sahkan kefahaman anda. Nyatakan semula atau paraphrase apa yang dikatakan oleh
penutur untuk mengesahkan kefahaman anda.  Anda boleh berbuat demikian seperti berikut:  “Saya
ingin memastikan yang saya benar-benar faham apa yang tuan nyatakan tadi.  Tuan mengatakan …
Betulkah begitu?

Bahasa Gerak Geri Mesej Yang Mungkin


Terlalu kerap mengedipkan mata Bimbang
Mengerutkan dahi Bingung atau marah
Mata terbuka luas & berwaspada Ghairah
Mengekalkan tentangan mata Berminat dan yakin
Tapak tangan terbuka Terbuka dan jujur
Menggosok-gosok tapak tangan Harapan positif
Jari-jari bergendang atau sentiasa melihat jamTak sabar atau bosan
Kedua-dua tangan digenggam di belakang Yakin, dokumen atau bersikap tinggi diri
kepala
Kedua-dua tangan di pinggan Bersikap agresif atau tidak menyenangkan
Mengangkat bahu Kurang pengetahuan atau pemahaman
Merengangkan leher Tidak pasti atau was-was
Tangan bersilang Bersikap bela diri atau negatif
Postur bongkok Tidak berminat atau bosan
Mengurut dagu Membuat keputusan
Bongkok ke depan Berminat atau senang dengan apa yang
berlaku

Rajah 1 Contoh Bahasa Gerak-Geri dan Mesej Yang Mungkin

10.             Jangan memonopoli sebarang perbualan atau perbincangan.

11.             Buat catatan apabila orang yang bercakap menyampaikan maklumat penting.

12.             Bercakaplah dengan lantang dan jelas. Sebut perkataan-perkataan dengan betul.
Janganlah menggunakan “um” dan “ah” semasa bercakap.

13.             Berterus-terang dan gunakan kata-kata yang mudah dan persis.

14.             Gunakan mesej “Saya” untuk melahirkan perasaan anda tanpa membuat orang lain
bersikap mempertahankan diri. Contoh mesej “Saya” ialah seperti berikut: “Apabila anda tidak
membalas panggilan saya seperti yang dijanjikan, masa saya terbuang menunggu panggilan 
anda dan ini menyebabkan saya berasa marah terhadap anda”.

15.             Sesuaikan tahap komunikasi anda dengan tahap orang lain berkomunikasi dengan
anda.

16.             Jadilah seorang yang empatetik; cubalah melihat sesuatu daripada sudut pandangan
penutur.

17.             Pilih tempat dan masa yang sesuai untuk menyampaikan sebarang kritikan membina.

18.             Kurangkan atau hapuskan sumber gangguan apabila anda berkomunikasi.

19.             Perbaiki kemahiran komunikasi bertulis anda.

20.             Buatlah seperti apa yang dikatakan. Pastikan tindakan-tindakan anda menyokong
komunikasi anda.

Anda mungkin juga menyukai