Anda di halaman 1dari 4

T

o
p

GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3

by rin yu mei on 2008-05-04, 03:05:52 am

1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90 darjah ke arah
tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan
kanan) di arahkan ke tempat membaling.

2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu tempat
hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya berdiri),peserta
akan berdiri hampir-hampir depan bulatan.

3. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok tengkuknya atau pun ia
akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di
kaki belakang atau di kaki kanan.

4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang “relax” .Tangan yang tidak
memegang peluru juga dalam keadaan yang “relax” tetapi dibengkok sedikit di siku dan
ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah
untuk menimbang badan.

5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala
kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan.

LUNSURAN : ( GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3

Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran dilakukan seperti
berikut:

1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan melunsur.

2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki bebas


pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke depan.
3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan.

4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan membaling.

5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan.


MEMBALING

1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lunsuran
dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki
lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan.

2. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang
kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk
“parabola” yang cukup berkesan.

3. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan
mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta
pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan.

SELEPAS MEMBALING

1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lunsuran
terangkat ke depan.

2. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta menimbangkan dirinya supaya ia
tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan
atas garisan bulatan.

3. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan diguna
untuk membantu menimbang badan.Kepala yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut
memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan.
rin yu mei
 
Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am
T
o
p

GAYA O’BRIEN( GAYA MEMBELAKANG)

by rin yu mei on 2008-05-04, 03:07:49 am

1. Gaya O’Brien adalah satu lagi gaya membaling peluru dan gaya ini adalah dianggap satu gaya yang
terkemuka dan saintifik.Sebagaimana yang telah diterangkan awal-awal tadi,gaya ini mendapat
namanya disebabkan seorang peserta yang namanya sendiri O’Brien.

2. Gaya ini juga dikenali sebagai Gaya membelakang sebab perdirian persediannya adalah dalam
keadaan membelakang ke arah tempat membaling.

PERDIRIAN PERSEDIAAN

1. Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah belakangnya dan ia akan
berdiri membelakang ke kawasan membaling.

2. Pesera tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula direnggang ke
belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh bergantung kepada tinggi badannya.

3. Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkandi rusuk
leher.

4. Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.

5. Kepalanya tegak memandang ke depan.

LUNSURAN

1. Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras pinggang.
2. Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan dibengkok di lutut dan dalam masa yang sama
atau serentak kaki ini juga akan dilunsur ke belakang(mengundur) terus ke depan bulatan untuk
kilasan membaling.

3. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan kaki yang
melunsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi.
4. Kesalahan biasa : ramai peserta tidak melunsur ke belakang tetapi mereka melompat ke depan.

KILASAN MEMBALING

1. Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti bahawa
peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat
lunsuran.

2. Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan
yang cukup kuat dan kencang.
BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING

1. Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah.

KESALAHAN BIASA

1. Pergerakan sangat keras.


2. Semasa lunsuran,peserta suka melompat.
3. Semasa lunsuran,peserta meninggikan badan.
4. Semasa kilasan badan,peserta berhenti selepas lunsuran dan kemudian baru berkilas.
5. Semasa membaling,peserta membaling dalam keadaan kaki berdiri yang hampir lurus(tiada
tekanan)
6. Selepas membaling,peserta masih terdiri di atas kaki yang berdiri.(Tekanan atau lunjakan dari
kaki belakang tidak cukup kencang)
7. Selepas membaling,peserta tidak ikut lajak pergerakan.(badan tidak terkawal)
8. Selepas membaling mata peserta tidak ikut memerhati penerbangan peluru.
rin yu mei
 
Posts: 26
Joined: 2008-04-30, 05:29:22 am

Anda mungkin juga menyukai