Anda di halaman 1dari 10

1996

Tema Hari AIDS Sedunia bagi tahun ini ( 1 Disember 1996 ) ialah “One World:One Hope” Satu Dunia :
Satu Harapan” adalah hasil perbincangan dari Seminar Antarabangsa Mengenai AIDS yang diadakan di
Vancouver pada Julai 1996. “ Ubat dan cara kombinasi rawatan yang baru membawa harapan kepada
pesakit-pesakit HIV, sekurang-kurangnya dikalangan mereka yang mampu mendapatkan rawatan ini. Dr
Peter Piot, Pengarah Urusan UNAIDS menyatakan “Dari aspek pencegahan, terdapat harapan baru.
Cabarannya ialah supaya semua orang yang dijangkiti ini mempunyai peluang yang sama untuk
mendapatkan rawatan.

Untuk pertama kalinya sejak wabak ini mula dikenalpasti 15 tahun lalu, kini terhadap usaha-usaha yang
lebih optimis. Dunia kini mempunyai peluang untuk meredakan kemaraan wabak AIDS, kesengsaraan
dapat dikurangkan mula menunjukkan kejayaan. Dengan bertemakan “One World. One Hope” Hari AIDS
Sedunia tahun ini memberikan perhatian masyarakat terhadap wabak ini secara lebih serius. Hari AIDS
Sedunia kini menjadi acara rasmi dibanyak negara. Ianya mendesak setiap golongan masyarakat supaya
lebih terbuka untuk membincangkan isu-isu dan masalah yang dihadapi berkaitan dengan wabak AIDS.
Adalah diharapkan agar hari seumpama ini akan dijadikan satu majlis yang diingati ramai.

Menurut sumber UNAIDS sebuah organisasi yang menyelaras tindakan pencegahan AIDS diperingkat
antarabangsa, wabak AIDS kini mula menunjukkan ianya semakin mengganas. Lebih 22 juta golongan
lelaki, wanita dan kanak-kanak kini dijangkiti HIV/AIDS. Lebih 3/5 kes berlaku di Afrika dan 1/5 lagi di Asia
yang mana majoritinya tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan rawatan terkini.

Setiap hari lebih 8,500 kes baru dikesan. Lebih 1000 terjadi dikalangan kanak-kanak di bawah 15 tahun.
Selebihnya berlaku dalam kategori umur yang produktif. Dikalangan wanita pula menunjukkan
peningkatan iaitu 42%. Lebih separuh darinya dikalangan remaja dibawah 25 tahun.

Keseluruhannya terdapat 8 juta yang merangkumi 1.5 juta kanak-kanak telah dijangkiti AIDS dan 6 juta
orang telah meninggal dunia. Lebih 9 juta kanak-kanak yang kehilangan ibubapa kerana AIDS.Ianya
bukanlah wabak dan ianya tidak akan hilang begitu sahaja. Di sesetengah negara penyakit ini mula
menunjukkan taringnya. Ada yang diluar kawalan. Penemuan kaedah rawatan yang terkini dimana
kombinasi ubat telah diperkenalkan mampu menyekat kemaraan AIDS, bahkan disesetengah pesakit
ianya mampu mengurangkan bilangan virus ini dalam tubuh mereka.

Ubat yang dikenal sebagai zidovudine (AZT) juga mampu mengurangkan transmisi dari ibu yang
mengandung kepada anak yang dilahirkan. Walaubagaimanapun oleh kerana kaedah rawatan ini
melibatkan kos pengendalian dan rawatan yang tinggi, hanya segelintir sahaja pesakit yang mampu
untuk mendapatkan kesannya. Dari aspek pencegahan, pelbagai langkah telah diambil yang
menyarankan masyarakat mengamalkan cara hidup yang lebih selamat telah menunjukkan kesan yang
positif.

Penggunaan kondom telah semakin menjadi popular. Golongan lelaki pula kini mempunyai bilangan
pasangan seks yang semakin sedikit atau kurang mengunjungi pelacur. Kadar kejadian penyakit STD
juga turut menurun.

Apa yang lebih penting, semua usaha-usaha ini adalah untuk mengurangkan perebakan jangkit an
HIV/AIDS. Seluruh dunia kini berganding bahu, samada negara maju atau negara yang dilanda
kemiskinan turut serta dalam aktiviti pencegahan dan promosi.
1997

Kempen AIDS Sedunia 1997 mempunyai visi untuk mengurangkan transmisi, perawatan yang
mencukupi, khidmat sokongan dan mengurangkan kesannya kepada kanak-kanak, keluarga serta
komuniti

Objektif Kempen

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat dunia mengenai betapa seriusnya masalah
HIV/AIDS dengan memberikan penekanan kepada usaha-usaha pencegahan dan pembentukan polisi
yang kukuh bagi mengekang perebakan HIV/AIDS serta mengurangkan bebanan kepada kanak-kanak,
keluarga dan komuniti akibat HIV/AIDS.

Objektif Khusus

 Meningkatkan kefahaman masyarakat dunia mengenai keseriusan dan kepelbagaian kesan


jangkitan HIV/AIDS dikalangan kanak-kanak, keluarga dan komuniti.
 Meningkat komitmen, pembentukan dan pengukuhan polisi serta menggiatkan usaha-usaha
pencegahan disamping mengurangkan bebanan yang dialami oleh kanak-kanak, keluarga dan
komuniti.
 Meningkatkan peluang pembelajaran berkualiti serta maklumat/mesej mengenai HIV/AIDS
dikalangan kanak-kanak, keluarga dan komuniti.
 Meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai perkaitan dan interaksi diantara hak kanak-
kanak dan manusia sebagaimana individu dengan jangkitan HIV/AIDS
1998

World AIDS Campaign with Young People : Force For Change

Lebih 30 juta orang telah dijangkiti HIV. Sekurang-kurangnya sepertiga daripadanya terdiri dari kanak-
kanak dan remaja berumur 10-24 tahun. Setiap hari seramai 7000 remaja dijangkiti virus HIV ini. Dalam
kata lain, hampir 2.6 juta kes baru dikalangan remaja dijangkiti merangkumi 1.7 juta di Afrika dan 700,000
di Asia Pasifik. Keseluruhannya, lebih 50% terdiri daripada kanak-kanak dan di sesetengah negara
melebihi 60%. Ini jelas menunjukkan bahawa masalah HIV/AIDS ini merebak dikalangan remaja.

Zaman remaja merupakan satu zaman yang penuh cabaran. Remaja gemar untuk mencuba, meneroka
sesuatu yang baru dan mula mewujudkan hubungan lelaki dan perempuan. Perlakuan seks juga
merupakan sebahagian dari penerokaan remaja ini. Mereka juga terdedah dengan pengaruh budaya liar
serta penagihan dadah. Mereka keliru dengan dunia yang penuh dengan ranjau.

Media yang memaparkan imej dan mesej yang mengelirukan. Merokok, dadah, seks menjadi tontonan
harian mereka. Mereka dinasihatkan supaya menjauhi perbuatan keji dan bahaya ini tetapi saban hari
mereka didedahkan dengan iklan yang menggunakan seks sebagai daya penarik. Maklumat yang
sebenarnya yang mereka harapkan tiada atau tersangat kurang. Untuk memburukkan lagi keadaan,
golongan remaja ini seringkali tiada peluang untuk mendapatkan pendidikan seks yang sewajarnya.

Menurut UNICEF, remaja yang tertekan akibat keadaan, mereka ini tercicir dari pendidikan formal, tiada
tempat tinggal, berkongsi jarum suntikan dadah dan terlibat dengan pelacuran. Apa yang jelas disini ialah
golongan remaja ini dipinggirkan dari hak mereka untuk mendapatkan semua itu. Kesannya mereka lebih
terdedah kepada jangkitan HIV/AIDS. Kesannya dapat dibukti di Zambia dimana 30% remaja yang
mengandung diantara 15-19 tahun yang pergi ke klinik dijangkiti HIV. Manakala di India angka ini
meningkat dari 2.3% kepada 3.5% dari tahun 1994 ke tahun 1996.

1999

World AIDS Campaign with Children and Young People: Listen, Learn and Live

Tema Kempen AIDS Sedunia 1999 memberikan penekanan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
untuk lebih peka terhadap keperluan dan kehendak kanak-kanak serta remaja. Ini perlu memandangkan
ramai kanak-kanak dan remaja yang telah dijangkiti dan sering menghadapi risiko dijangkit HIV. Diseluruh
dunia, lebih lebih separuh individu yang dijangkiti adalah mereka yang berumur dibawah 25 tahun. Setiap
minit, 6 orang remaja dibawah 25 tahun dijangkiti HIV. Tahun lepas sahaja, terdapat 3 juta kanak-kanak
dan remaja dijangkiti HIV

Samada kita suka atau tidak, bilangan remaja yang terjebak dengan permasalahan ini cukup
membimbangkan. Kebiasaannya kita bertanggungjawab untuk menasihati kanak-kanak dan remaja
tentang perlakuan yang perlu dijauhi dan amalkan cara hidup sihat. Sungguhpun demikian kita masih
gagal untuk mengatasi masalah ini secara menyeluruh. Remaja ini masih gagal untuk mematuhi dan
seringkali mempunyai informasi yang silap dan mencukupi untuk melindungi diri mereka.

Untuk itu pembentukkan polisi, program dan aktiviti untuk kanak-kanak dan remaja perlu lebih bersifat
terbuka. Minta pandangan mereka (remaja), ajak mereka bersama dalam proses perancangan program
serta cuba sedaya upaya untuk mengatasi stigma dan diskriminasi.Ibu bapa, pembentuk-polisi,
organisasi ugama dan pendidikan, media turut membentuk pemikiran, sikap dan nilai-nilai peribadi
2000

Lelaki Membawa Perbezaan

Wanita menghadapi risiko jangkitan HIV. Mereka seringkali mempunyai kurang kawalan terhadap bila,
dimana dan bagaimana perhubungan seks berlaku. Tetapi kepercayaan dan tanggapan “kelakian” juga
boleh meningkatkan risiko jangkitan melalui hubungan seks yang berisiko dan pengambilan dadah secara
suntikan. Ini seterusnya akan meningkatkan lagi tahap risiko mereka dan pasangan mereka untuk
dijangkiti HIV/AIDS.

Ramai lelaki tidak mengamalkan tingkahlaku yang bahaya seperti diatas, tanpa lelaki, peluang untuk virus
HIV merebak adalah tipis. Lebih 70% jangkitan HIV berlaku melalui hubungan seks diantara lelaki dan
wanita, 10% melalui hubungan diantara lelaki. Selebihnya 5% berlaku dikalangan penagih dadah yang
menggunakan jarum suntikan. Empat dari lima adalah lelaki. Untuk itu usaha melibatkan lelaki dalam
usaha mencegah HIV/AIDS adalah sangat wajar dan pasti meninggalkan kesan yang terbaik.

“Men make a difference” adalah bagi kempen AIDS Sedunia untuk tahun 2000 yang memberi penekanan
kepada peranan lelaki dalam usaha membenteras AIDS. Kempen AIDS Sedunia tahun ini mempunyai
tiga objektif utama;

 Meningkatkan kesedaran bahawa terdapat perkaitan yang rapat diantara tingkahlaku lelaki dan
jangkitan HIV

 Menggalakkan golongan dewasa dan remaja lelaki meningkatkan k.omitmen untuk mencegah
perebakan HIV dan memberikan perhatian serta kasih sayang yang sewajarnya kepada golongan
yang telah dijangkiti.

 Mewujudkan program pencegahan HIV yang memenuhi keperluan lelaki dan wanita
2001

“I CARE….DO YOU” adalah slogan untuk tahun kedua kempen AIDS Sedunia bagi tahun 2001 yang
memberi fokus kepada peranan lelaki didalam usaha memerangi wabak HIV/AIDS. Slogan ini
memberikan penekanan kepada peranan pemimpin dan golongan muda semasa berada diluar negeri
untuk berbincangan mengenai isu pencegahan dan penjagaan kesihatan secara terbuka. Kempen ini
melibatkan golongan lelaki terutama golongan muda, dalam usaha memerangi HIV/AIDS. Disamping itu,
meningkatkan peranan pemimpin poilitik dalam usaha-usaha menangani masalah HIV/AIDS.

Wanita dari seluruh dunia menghadapi risiko dijangkiti HIV/AIDS adalah lebih tinggi disebabkan mereka
tiada kuasa untuk menentukan dimana, bila dan bagaimana berlakunya hubungan seks. Kepercayaan
dan norma kehidupan seumpama ini meletakkan lelaki dalam keadaan yang lebih bahaya untuk dijangkiti.
Jangkitan HIV dan kematian AIDS dikalangan lelaki adalah tinggi disemua benua kecuali di kawasan
Sub-Sahara Afrika. Golongan lelaki muda adalah lebih berisiko tinggi berbanding dengan golongan lebih
tua. Satu dari empat individu yang dijangkiti HIV adalah golongan lelaki muda dibawah 25 tahun.

Sebahagian dari usaha untuk membenteras HIV/AIDS mestilah meliputi perubahan sikap dan tingkahlaku
golongan lelaki muda khususnya dari aspek cara mana mereka menanggap risiko dan cara mereka
bergaul untuk menjadi lelaki dewasa. Secara umumnya, lelaki diharapkan menjadi seorang yang gagah,
berani, sanggup menyahut cabaran dan lasak. Anggapan ini jika ditafsirkan melalui perbuatan akan
membahayakan kesihatan mereka dan pasanganGolongan lelaki pada hakikatnya kurang mendapatkan
perkhidmatan kesihatan berbanding dengan wanita kecuali dibeberapa buah negara dimana jangka hayat
waktu lahir adalah rendah dan kadar kematian sewaktu dewasa adalah lebih tinggi berbanding wanita.
Tetapi bagi remaja yang dibesarkan dengan anggapan bahawa orang lelaki tidak boleh sakit lebih
terdedah dengan risiko jangkitan penyakit. Untuk itu, perhatian perlu diberikan kepada keperluan
kesihatan golongan lelaki termasuk mereka yang telah dijangkit HIV/AIDS.Terdapat bukti kukuh dimana
golongan lelaki perlu lebih aktif dan terlibat dalam usaha-usaha memerangi HIV/AIDS.

Diseluruh dunia, didapati lelaki mempunyai lebih ramai pasangan seks berbanding wanita, termasuk
hubungan seksual diluar perkahwinan yang seterusnya meningkatkan risiko pasangan seks atau isteri
mereka yang sah dijangkiti HIV. Lebih 70% jangkitan HIV diseluruh dunia adalah menerusi hubungan
seks lelaki dengan perempuan. Manakala 10% berlaku melalui hubungan diantara lelaki dengan lelaki
dan selebihnya 5% berlaku dikalangan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan yang mana
majoritinya adalah lelaki. Kerahsiaan, stigma dan perasaan malu yang menyelubungi masalah HIV/AIDS
ini merupakan kesan dari tingkahlaku begini.

Masalah stigma ini telah mendorong lebih ramai lelaki dan wanita dari mengakui hakikat bahawa mereka
telah dijangkiti HIV.Dalam keadaan tertentu, lelaki lebih terdedah dengan risiko dijangkit HIV. Contoh
dimana ramai golongan lelaki yang terpaksa berjauhan dengan isteri semata-mata untuk mencari
pekerjaan. Dalam situasi begini dimana mereka sering kesunyian akan mendapatkan khidmat pelacur
untuk memuaskan nafsu mereka dan juga mudah terjebak dengan masalah pengambilan dadah. Didalam
situasi dimana lelaki akan tinggal dengan lelaki seperti dipenjara atau dalam angkatan tentera seringkali
berpotensi untuk terjebak dengan homoseksual.

Semua ini bukan bermakna tiada usaha pencegahan untuk golongan wanita dan kanak-kanak, bahkan
ianya sering melengkapi program pencegahan sedia ada. Usaha-usaha ini pada dasarnya akan
meninggalkan kesan kepada kedua-dua lelaki dan wanita.
2002/2003

“Live and let Live” merupakan slogan Kempen AIDS Sedunia bagi tahun 2002-2003 memberi fokus
kepada usaha-usaha untuk menghapuskan stigma dan diskriminasi. Penghapusan Stigma dan
diskriminasi merupakan masalah yang paling utama dalam kempen pencegahan HIV/AIDS.
Kebimbangan disisihkan dan didiskriminasikan seringkali menghalang pesakit HIV/AIDS daripada
mendapatkan perkhidmatan rawatan. Mereka seringkali bimbang jika status HIV mereka didedahkan
kepada umum.

Individu yang dijangkiti HIV atau disyaki mengidap HIV mungkin disishkan dari mendapat perkhidmatan
rawatan kesihatan, diketepikan untuk mendapat tempat berteduh dan pekerjaan serta disisih dari kawan
dan sahabat handai. Mereka juga seringkali bimbang jika status mereka diketahui, mereka akan tidak
mendapat kemudahan perlindungan insuran atau mungkin dilarang memasuki negara asing. Dalam kes
tertentu, mereka pernah dihalau oleh keluarga sendiri dari rumah mereka sendiri, diceraikan oleh
pasangan mereka dan ada kes dimana mereka ini didera dari segi fizikal dan kemungkinan dibunuh.

Stigma dan diskriminasi yang berkaitan dengan HIV/AIDS ini mungkin juga akan berlanjutan hingga
kegenerasi yang seterusnya yang kadangkala mengakibatkan gangguan emosi kepada anak-anak yang
mungkin kehilangan ibu bapa mereka akibat HIV/AIDS.

Dengan penekanan kepada masalah stigma dan diskriminasi, adalah diharapkan kempen ini akan
menggalakkan masyarakat supaya berfikiran terbuka dan lebih bersedia untuk memberikan bantuan
kepada mereka yang mengidap HIV/AIDS. Dengan cara ini akan dapat mempertingkatkan kekesanan
kempen pencegahan dan rawatan HIV/AIDS. Usaha-usaha memerangi HIV/AIDS hanya akan berjaya jika
masalah stigma dan diskriminasi ini dapat dikurangkan.

2003

Kempen AIDS Sedunia bagi tahun 2003 masih lagi memberikan fokus kepada usaha-usaha untuk
menghapuskan stigma dan diskriminasi. Penghapusan Stigma dan diskriminasi merupakan masalah
yang paling utama dalam kempen pencegahan HIV/AIDS. Kebimbangan disisihkan dan disikriminasikan
seringkali menghalang pesakit HIV/AIDS daripada mendapatkan perkhidmatan rawatan. Mereka
seringkali bimbang jika status HIV mereka didedahkan kepada umum.

HIV/AIDS masih lagi merupakan cabaran kesihatan awam yang utama di Malaysia. Sehingga kini masih
belum ditemui vaksin untuk mencegah dan ubat untuk menyembuhkannya. Kesedaran, pengetahuan
tentang HIV/AIDS, pengesanan awal kes, penjagaan kesihatan dan amalan cara hidup sihat merupakan
benteng utama menghadapi ancaman wabak HIV/AIDS.

Stigma dan diskriminasi merupaka rema kempen AIDS Sedunia bagi tahun 2002-2003. Tema ini dipilih
supaya kita menumpukan kepada isu stigma dan diskriminasi yang sering dikaitkan dengan HIV/AIDS
dan jika ditangani dengan baik boleh menghalang usaha-usaha mengawal wabak ini dari terus merbak.
2004

Kempen AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun. Tarikh ini melambangkan kemajuan
yang telah dikecapi dalam usaha membenteras HIV/AIDS dan usaha-usaha yang perlu digembeling
dimasa hadapan.

Kempen AIDS Sedunia pada tahun ini memberikan penekanan kepada Wanita, Remaja Perempuan, HIV
dan AIDS. Tenaga dan usaha akan difokuskan selama setahun untuk membenteras HIV/AIDS,
mencegah jangkitan baru, menggalakkan peluang yang sama untuk mendapatkan rawatan dikalangan
pesakit HIV/AIDS serta meringankan beban yang mereka tanggung selama ini.

2005

Keep the promise

The World AIDS Campaign (WAC) from 2005 to 2010 is calling on individuals and groups to support the
theme “Stop AIDS. Keep the promise” aimed at governments and policy makers. The intention is to
establish an international campaign to hold our leaders accountable for their promises and commitments
and take the action necessary to deliver on them.

Achieving this ambition requires more support and action than people living with and affected by HIV and
AIDS are able to generate on their own. What is needed is the involvement of more people from many
different walks of life whether they are individuals or groups whether they are part of a trade union or a
faith group or part of the women's movement or a young person wanting a better world in the future. 

“Stop AIDS. Make the promise” has been developed by the WAC to provide that opportunity for people to
get involved and make their voices heard and become part of a new global movement that will not accept
that we are doing enough for the- 40 million people and counting, who need us all to get involved in this
campaign.

Everyone can contribute whether that is by making your promise to support the campaign and its work or
by actively promoting the campaign with friends and colleagues.

The choice of ‘Stop AIDS. Keep the Promise’ arose from campaign consultations undertaken in 2003. 
At that time, when Women and AIDS was chosen as the campaign theme, two other themes emerged:
taking personal responsibility in the fight against AIDS, and accountability. Given the shift of the World
AIDS Campaign (WAC) to advocate for the fulfilment of the UN Declaration of Commitment on HIV/AIDS
and subsequent policy commitments on AIDS, the newly-established Global Steering Committee of the
Campaign recommended ‘Stop AIDS. Keep the Promise’ as the tag line of the World AIDS Campaign
from 2005 onwards.

The agreement by Heads of State and Representatives of Government to support the Declaration of
Commitment on HIV/AIDS marked a milestone in the history of the HIV pandemic. It sent a signal from
governments that urgency would be needed to address the devastation of the HIV pandemic with
leadership, honesty and action. While many countries have made their own commitments to fight HIV and
AIDS, this was the first time they gathered to recognise AIDS was a global crisis requiring global action.

The Declaration set out specific commitments leaders would work to fulfill upon their return home –
including prevention campaigns, reducing stigma, building health infrastructures, providing necessary
resources, and ensuring treatment, care and respect for people living with HIV and AIDS. In many cases,
these commitments included specific deadlines, making the Declaration a powerful tool to guide and
secure action, support and resources for all those fighting the epidemic, both within and outside
government.

To fight HIV and AIDS, the Declaration turns again and again to the theme of partnership among all
sectors of society – from governments and the United Nations system to business, labour, faith-based
organizations, the media, and, importantly, people living with HIV and AIDS. The World AIDS Campaign
focuses on that commitment to partnership and will call for the international community to be accountable
to the promises they made within the UNGASS Declaration of Commitment on HIV/AIDS and the
subsequent ones they made to ensure the targets contained in the Declaration are fully met. These
historic commitments to action in the fight against HIV and AIDS are not solely aimed at political leaders
but at us all. Everyone has a role to play in fighting HIV and AIDS. We hope you will be inspired by these
commitments and will support the WAC to ensure that everyone ‘Keeps the Promise’.
Statistic

Jangkitan HIV  dan  AIDS belum pernah dilaporkan


di Malaysia sebelum tahun 1986. Bilangan kes
mereka yang dijangkiti HIV telah meningkat tahun
demi tahun. Golongan remaja dan dewasa dalam
lingkungan umur 20 -39 tahun adalah golongan
Ahli Prostar tekun dan ceria mendengar  yang paling ramai dijangkiti HIV
ceramah HIV/AIDS
Sehingga Jun 2005, sejumlah kumulatif 67,438 orang telah dijangkiti HIV, di mana sejumlah 10,044
orang adalah pesakit AIDS dengan 7,673 kematian telah dilaporkan ke Kementerian Kesihatan.
Peningkatan yang ketara bilangan kes HIV yang dikesan bermula pada awal tahun 1990an, ini
berikutan dengan peningkatan aktiviti saringan yang dijalankan di kalangan penagih dadah di pusat
pemulihan dan tahanan serta juga di kemudahan kesihatan.

Bilangan Kes HIV, AIDS dan Kematian AIDS yang dilaporkan ke KKM 1986 - Jun 2005

HIV AIDS
TAHUN
Kes Kumulatif Kematian Kumulatif Kes Kumulatif Kematian Kumulatif
1986 3 5 na   1 1 1 1
1987 2 5 na   0 1 0 1
1988 9 14 na   2 3 2 3
1989 200 214 na   2 5 1 4
1990 778 992 na   18 23 10 33
1991 1,794 2,786 na   60 83 19 79
1992 2,512 5,298 na   73 156 46 134
1993 2,507 7,805 na   71 227 55 214
1994 3,393 11,198 na   105 332 80 379
1995 4,198 15,396 na   233 565 165 650
1996 4,597 19,993 na   347 912 271 1,123
1997 3,924 23,917 na   568 1,480 473 1,812
1998 4,624 28,541 na   875 2,355 689 2,686
1999 4,692 33,233 na   1,200 3,555 874 3,568
2000 5,107 38,340 na   1,168 4,723 882 3,568
2001 5,938 44,278 81 81 1,302 6,025 975 4,543
2002 6,978 51,256 165 246 1,193 7,218 887 5,430
2003 6,756 58,012 169 415 1,076 8,294 700 6,130
2004 6,427 64,439 3 418 1,148 9,442 1,065 7,195
Jun 2005 2,999 67,438 138 556 602 10,044 478 7,673
JUMLAH 67,438   556   10,044   7,673  

Anda mungkin juga menyukai