Anda di halaman 1dari 5

BAITUL MUSLIM

 
Memiliki keluarga yang bahagia merupakan salah satu
daripada keperluan bagi seorang manusia. Institusi
kekeluagaan dianggap sebagai suatu unsur penting
membentuk kehidupan seseorang. Islam mengajarkan
bahawa kebahagiaan manusia bukanlah hanya di
duinia; tetapi matlamat yang lebih jauh ialah
kebahagiaan di akhirat.

Bagi orang bukan Islam mungkin mereka menganggap


kehidupan di dunia ini adalah segala-galanya. Ada di
kalangan mereka merasakan bahawa kekayaan dunia
mesti dikejar untuk mendapat kebahagiaan. Amat
rugilah bagi seorang muslim jika mereka juga
berfikiran sedemikian; kerana Islam mengajarkan
kebahagiaan di akhirat itulah yang lebih utama untuk
dicapai.
 
Dalam rangka untuk mendapatkan keluarga yang bahagia ini Islam telah menggariskan
beberapa perkara yang amat diberi perhatian. Pembinaan baitul muslim merupakan
suatu proses yang berterusan dan berputar. Seorang anak yang lahir dari sebuah baitul
muslim dengan izin Allah akan juga melahirkan anak pada masa akan datang. Proses ini
akan terus berlaku sehingga datangnya hari qiyamat.
 
Kepentingan mendirikan baitul muslim
Kepentingan untuk mendirikan baitul muslim bolehlah ditunjukkan dengan rangkaian di
bawah.
 
Individu Muslim -> Keluarga Muslim -> Masyarakat Muslim -> Negara Muslim
->Dunia Muslim
 
Rangkaian ini menunjukkan setiap satu nya memberi kepentingan kepada yang lain.
Keluaga muslim terhasil dari individu muslim. Dan keluarga muslim pula akan
membentuk masyarakat Muslim. Begitulah seterusnya. Matlamat akhir dalam hidup
muslim ialah untuk membina dunia yang ditadbir dengan Islam.

 
Ciri-ciri sebuah keluarga muslim:

Setelah mengetahui tentang apa itu keluarga muslim, mari kita lihat pula beberapa cirri
yang harus ada dalam sesebuah keluarga muslim itu.

1)       Menanamkan Aqidah tauhid yang mantap di dalam diri setiap ahli keluarga
Setiap ahli keluarga perlu ditanamkan dengan rasa takut kepada Allah. Individu
yang bertaqwa boleh dihasilkan daripada sebuah keluarga yang menanamkannya.
2)       Menghidupkan suasana keluarga dengan suasana Islam
Ini boleh dilaksanakan dengan menghidupkan amalan membaca solat jamaah, ta’lim,
tazkirah, usrah, makan bersama dan sebagainya.

3)       Menanamkan dalam diri setiap ahli


keluarga supaya berbangga dengan cara
hidup Islam, dan pada masa yang sama tidak
mengagungkan cara hidup kaum kafir

Contohnya mengamalkan membaca


cerita2 nabi sebelum anak-anak tidur,
bukan membaca kisah-kisah dongeng
yang tidak memberi manfaat. Selain itu,
ahli keluarga juga perlu ditanamkan
dengan perasaan izzah dengan pakaian
Islam, dan benci utk memakai pakaian-
pakaian kafir. Antaranya dengan
menerangkan hikmah2 Allah
memerintahkan supaya muslim
mengenakan pakaian muslim.

4)       Menanamkan semangat cintakan menuntut ilmu di kalangan ahli keluarga.


Sesungguhnya org yang takutkan Allah ialah golongan yang berilmu. Ilmu yang baik
adalah ilmu yang boleh membawa penuntutnya kepada mengenal Allah. Tidak
kiralah sama ada ilmu itu, ilmu kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya…semua itu
adalah ilmu yang baik jika dapat membawa seseorang itu kepada mengenal Allah.

5)       Setiap ahli dalam keluarga menjalinkan hubungan yang baik; saling ingat mengingati
antara satu sama lain.
Sesi muzakarah, muhasabah, mesyuarat dan sebagainya amat penting. Ini akan
melahirkan rasa kebersamaan di antara ahli keluarga.

6)       Menjalinkan hubungan baik dengan jiran-jiran.


Sentiasa menjadi contoh tauladan dalam masyarakat. Iaitu menjadikan keluarga
sebagai sebuah keluarga mithali, supaya masyarakat sekeliling dapat mengambil
sesuatu yang baik dari keluarga kita.
 
Banyak lagi cirri-ciri yang perlu dimiliki oleh
sesebuah keluarga muslim. Kita semua tidak
terlepas dari tanggungjawab menuntu ilmu
mengenainya. Kalau tidak dapat kesemua ilmu
itu tidak mengapa; yang pentingnya usaha
untuk mendapatkannya sebanyak mungkin
sebagai persediaan untuk mendapatkan
keluarga muslim ini.
 
Peringkat-peringkat untuk membina keluarga Muslim secara ringkasnya boleh
diterangkan dalam  3 bahagian ini:

1)       Tanggungjawab sebelum berumahtangga


Pendidikikan baitul muslim ini bermula dari awal lagi. Tindakan setiap pasangan
akan mempengaruhi sepanjang hidup mereka. Jika dicalari dengan tindakan-
tindakan yang menyalahi syara’; sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi keluarga
yang akan dibentuk..

Sudah jadi adat, pasangan yang ingin berkahwin menjalinkan hubungan atau apa
yang disebut sebagai ‘couple’ di masa sekarang. Sedangkan adat ini selalunya
menyalahi adab. Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan menyebabkan
banyak berlakunya penzinaan yang membinasakan nasab keturunan. Islam
menganggap keturunan adalah suatu kemuliaan yang sangat perlu diambil berat.
Duduk berdua-duaan antara pasangan kekasih; jika tidak berzina pun, ianya adalah
dilarang Allah. Dalam Al-Quran telah dinyatakan, jgn menghampiri zina. Oleh itu,
setiap perkara yang boleh menjerumuskan kepada penzinaan wajib dielakkan.

Setiap individu yang hendak mendirikan rumah tangga hendaklah mengambil berat
soal ini, kerana ia membabitkan soal keturunan sepanjang zaman. Anak-anak yang
akan di lahirkan dalam sesebuah keluarga terkadang akan mengulangi sejarah yang
pernah dilalui oleh ibu bapa mereka. Sebagai bakal ibu bapa, sudah tentu kita
semua tidak mahu melihat anak-anak kita nanti keluar bebas bersama-sama orang
yang bukan mahram mereka.
Tetapi ini lah yang menjadi salah satu dari masalah masyarakat pada waktu ini.
Masyarakat mengiktiraf adat walaupun kadang-kadang ianya menyalahi adab-adab
Islam yang seharusnya lebih perlu diutamakan.

2)       Tanggungjawab selepas berumah tangga


Selepas mendirikan rumah tangga, kedua pasangan suami isteri hendaklah sentiasa
berbincang, bermesyuarat bagaimana untuk membentuk keluarga yang soleh pada
masa akan datang. Perkara ini perlu bermula sejak malam pertama perkahwinan
lagi. Pasangan perlu merancang bagaimana langkah-langkah yang boleh mereka
ambil pada masa akan datang; tidak hanya menunggu bila mereka sudah memiliki
anak, sebab pada waktu itu, mungkin sudah agak terlambat. Atau dengan kata
lainnya, mereka kerugian masa kerana tidak merancang sedari awal lagi.

Terdapat banyak adab-adab dalam rumah tangga yang perlu diberikan perhatian.
Islam sebagai ‘way of life’ mengajarkan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-
besar perkara. Ini merupakan salah satu daripada banyak kelebihan kita hidup
sebagai seorang Islam. Islam menggariskan, suami dan isteri kedua-duanya
berperanan menghasilkan keluarga muslim ini.

Gabungan yang baik antara suami isteri


akan melahirkan anak-anak yang baik,
walaupun kita juga harus menerima
hakikat Allah mendatangkan ujiannya
dalam bentuk keluarga yang menjadi
musuh.

Mengenai cirri-ciri suami dan isteri yang


soleh dan solehah, terdapat banyak
sumber yang boleh dirujuk untuk dipelajari. Di sini akan dibincangkan beberapa
perkara yang perlu ada bagi pasangan suami isteri:

a. Menanamkan mawaddah wa Rahmah (rasa kasih saying)  antara suami isteri


Perasaan kasih saying ini akan memberikan ketenangan kepada pasangan.
Tidak akan sama antara kasih saying yang diredhai Allah dengan perasaan kasih
saying yang tidak diredhai Allah. Hanya orang yang menyemaikan rasa cintanya
kepada pasangannya yang halal akan dikurniakan Allah dengan perasaan ini

b. Berlapang dada dengan kekurangan pasangan masing-masing


Allah menjadikan lelaki dan perempuan dengan sifat saling lengkap-melengkapi.
Kekurangan suami akan ditampung oleh isteri dan begitu juga sebaliknya. Dan
perlu juga diterima hakikat bahawa manusia itu dilahirkan dengan kekurangan
masing-masing. Bahkan orang yang akan kita kahwini juga lahir dari keluarga
yang asing dari keluarga kita. Lahir di rumah yang lain dari rumah kita. Jadi
perlu diterima cara pendidikan keluarga yang diterima juga adalah lain dari yang
kita telah terima.

c. Saling bertolong bantu dalam urusan rumah tangga


Sikap ini amat penting untuk melahirkan rasa mawaddah dan Rahmah.
Pasangan akan terasa dihargai apabila dirinya dibantu oleh orang yang
disayanginya.

d. Mengamalkan qiyamuLlail bersama-sama dengan pasangan.


Suami merenjiskan air ke muka isteri untuk membangunkannya dari tidur pada
waktu malam. Begitu juga, jika isteri terbangun ditengah malam, ia akan
merenjiskan air di muka suaminya supaya sama-sama dapat bangun sebentar
kerana Allah.
 
Terdapat banyak lagi yang perlu dipelajari. Setiap seorang daripada kita hendaklah
menanamkan keazaman suatu hari nanti akan dapat menjadi seorang pasangan yang
soleh dan solehah.
 
3)       Tanggungjawab mendidik anak-anak dan ahli keluarga
   Perkara berkaitan ini sudah banyak disebutkan dalam cirri-ciri keluarga muslim di
atas. Kelaurga muslim yang telah dibina bertanggungjawab untuk melaksanakan cirri-
ciri yang harus dimiliki itu. Ia menjadi tanggungjawab kepada suami isteri dan juga ahli
lainnya.
 
Sesungguhnya keluarga yang bahagia itu adalah tempat untuk mengecas bateri
perjuangan. Ahli keluarga yang mempunya kejelasan dari segi akidah, fikrah islam, dan
sebagainya, akan banyak membantu dalam menguatkan individu muslim. Perjalanan kita
masih jauh. Semoga kita semua berada dalam kerangka perjalanan yang jauh itu, iaitu
dalam kerangka mewujudkan sebuah dunia yang ditadbir dengan kalimah Allah.
 
Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri
penulis sendiri. Hakikat keduanya dengan izin dan inayah Allah jua. Semoga artikel ini
dapat memberi manfaat pada kita semua, insha-Allah.

PENJELASAN LEBIH LENGKAP BOLEH DILIHAT DI DALAM BUKU MANHAJ DAURAH TADRIBIYYAH
KELUARAN LAJNAH TARBIAH DAN PERKADERAN PAS . TAJUK KE 19.

Anda mungkin juga menyukai