Anda di halaman 1dari 18

1.

Berdasarkan kepada konsep pendekatan ini yang boleh diaplikasi berasaskan kepada pelbagai
pemilihan tema, huraikan kelebihan, kekuatan dan cabaran berdasarkan ketiga-tiga jenis tema
dalam melaksanakan Pendekatan Bertema dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan mengguna pakai pendekatan bertema dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang
guru akan dapat menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran
artistik yang akan dapat membantu memenuhi keperluan pendidikan asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Pendekatan bertema ini juga bukan semata-mata digunakan
sebagai tajuk atau subjek tetapi tema digunakan bagi meneroka pengalaman manusia dari segi
pandangan atau yang boleh mencetuskan idea atau dapat menimbulkan isu. Bagi tugasan ini
fokus yang perlu dititik beratkan ialah kelebihan, kekuatan dan cabaran. Terdapat tiga jenis
tema iaitu tema persekitaran, masyarakat dan tema komunikasi. Kesemua tema ini
mempunyai kelebihan, kekuatan dan isu/cabaran yang tersendiri.
Kelebihan yang terdapat di dalam pendekatan bertema adalah bertujuan untuk
mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di mana apabila sesuatu tema digunakan gambar yang lebih jelas dan
persembahan atau penyampaian guru akan lebih kerana dengan adanya pendekatan bertema
guru boleh mencipta satu permainan untuk murid-murid ini sudah pasti murid akan berasa
lebih gembira ketiga belajar. Selain daripada itu pendekatan bertema juga dapat meneroka
serta menyemai daya imaginasi dengan lebih jelas. Bagi sahaja satu tema kepada murid sudah
tentu murid akan berimaginasi mengenai tema, contohnya bentuk sudah pastinya murid akan
berimaginasi dengan bentuk itu. Begitu juga bagi pelajar meluahkan perasaan melalui
pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu, contohnya guru meminta
murid melukis kereta bagi keluaran 10 tahun akan datang. Selain daripada itu kebaikan yang
diperoleh daripada pendekatan bertema ialah menyemai nilai empati, harmoni dan
pemahaman sesama insan yang pelbagai budaya, bagaimana ia terjadi? Dengan menggunakan
pendekatan bertema kemasyarakatan, maka murid sendiri akan merenung kembali kejadian-
kejadian yang berlaku contohnya alam sekitar bertemakan bencana alam.
Selain daripada mempunyai kelebihan, pendekatan bertema juga mempunyai kekuatan
dari segi persembahan di mana persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai
aktiviti dan kreativiti yang tinggi, mudah saja untuk memahami kekuatan ini contoh yang
boleh dilihat ialah penggunaan plastisin dalam membina bentuk. Selain daripada itu murid
juga berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal
sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang
diberi contohnya ketika mata pelajaran muzik semua di atas boleh dirangkumi contohnya
mendengar muzik sambil menari dan berlakon, dengan cara ini murid juga akan lebih
berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Melalui melukis berbentuk tema ia
memberi peluang menyamai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru murid. Selain
daripada itu jika kita meletakan tema dalam pembelajaran berbanding pembelajaran biasa,
kita akan dapat membezakan hasilnya di mana pendekatan bertema dapat menilai kefahaman
konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Dan yang paling penting pendekatan bertema
dapat menggabungjalinkan pengetahuan dan kemahiran, contohnya jika pembelajaran
bertemakan bentuk ia dapat mengabung jalinkan kemahiran membina bentuk dengan pelbagai
pengetahuan di samping belajar matematik.
Walau bagaimanapun harus diingat pendekatan bertema juga mempunyai isu atau
cabaran di dalam melaksanakannya. Jika seseorang guru tidak mempunyai kecekapan di
dalam bidang mata pelajaran tersebut maka pendekatan bertema ini tidak akan berjaya
disampaikan kepada murid. Dengan cabaran latar belakang murid yang berbeza ia sukar
untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan. Kecelaruan hasil pembelajaran berbagai-
bagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza menyukarkan murid memperoleh
pemahaman yang berkesan. Untuk menilai skop pemahaman juga amat sukar dan luas.
Seperti yang dinyatakan tadi dengan kebolehan murid yang pelbagai, ia menambahkan lagi
kesukaran untuk membuat penilaian contohnya dalam satu kelas kebolehan murid adalah
pelbagai, ada yang berkebolehan dalam bidang matematik, ada juga yang berkebolehan dalam
bidang bahasa malah yang amat menyukarkan apabila ada murid yang tidak mempunyai
sebarang kebolehan.
Dengan ini, sebagai seorang guru, pendekatan bertema perlu di gunakan dengan
kemahiran yang tinggi dan juga tahap kreativiti yang menarik. Sebelum menggunakan
pendekatan bertema pastikan kita barisan guru mengetahui apa yang ingin kita sampaikan
agar di akhir pengajaran dan pembelajaran objektif yang kita sasarkan tercapai.
2. Hasilkan sebuah persembahan digital menggunakan Ms PowerPoint yang membincangkan
penggabungjalinan proses pembelajaran serta aktiviti dengan menggunakan Pendekatan
Bertema bagi LIMA mata pelajaran (pilihan anda). Sertakan rancangan pengajaran bagi setiap
mata pelajaran tersebut. Persembahan hendaklah merangkumkan kreativiti anda
menggunakan elemen ICT seperti pautan internet, hyperlink dengan fail tertentu, gambar,
video, serta penggunaan ‘font’, animasi, warna serta keberkesanan format penyampaian.

1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Pengurusan Tingkah laku


Tahun/Kelas : Pendidikan Khas (Amanah)
Tarikh : 04/11/2009
Masa :12.00 tengahari – 12.30
Bidang : Emosi asas
Tajuk : Perasaan sedih, gembira, marah.
Aktiviti : Membuat mimik muka
Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:-
i. Mengenal emosi asas sekurang-kurangnya 2 dari 3
emosi.
ii. Melukis mimik muka sedih, gembira dan marah.
iii. Meniru dan membuat mimik muka sedih, gembira dan
marah.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menghadapi emosi seperti marah, sedih dan
gembira.
Penerapan nilai : Berkeyakinan, tekun dan sabar.
Persediaan Murid :
i. Kertas lukisan
ii. Pensel dan pemadam
Persediaan Guru :
i. Warna pensel
ii. Gunting
iii. Gam

KBKK : Kemahiran berfikir


BBM :
i. Gambar emosi
ii. Gambar rajah melukis gambar emosi
iii. Powerpoint

Penggabungjalinan kemahiran: Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni

PERKARA ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN


1. Guru menunjukkan - Gambar
Set Induksi - Soal jawab gambar emosi gembira
(5 minit) kepada murid
2. Guru menyoal murid
emosi yang terdapat di
dalam gambar

Langkah I - Suasana emosi 1. Guru menerangkan - Gambar


(10 minit) tentang emosi-emosi - Kad perkataan
yang selalu kita rasai.
2. Guru menunjukkan
gambar-gambar emosi
3. Murid diminta meneka
gambar emosi
berdasarkan kad
gambar yang
ditunjukkan oleh guru
Langkah II - Lakonan emosi 1. Melakonkan aksi - Simulasi
(10 minit) emosi secara spontan
oleh guru
2. Guru meminta murid
meniru guru
melakonkan emosi-
emosi asas
3. Guru meminta mmurid
melakonkan emosi-
emosi tersebut tanpa
bantuan guru

Penutup - Pengukuhan 1. Guru menerangkan -


(5 minit) emosi asas bertapa pentingnya
mengawal emosi diri
2. Guru memberi
panduan untuk
mengatasi masalah
emosi negatif.

2. LESSON PLAN
Subject : English Languages
Class : Pendidikan Khas (Amanah)
Date : 03/11/2009
Time :11.30 am – 12.00 am
Topic : Fruits
Sub. Skill : Reading and writing
Vocabulary : Apple, banana, watermelon and pineapple
Objective : By the end of the lesson student
i. Identify different kind of fruits.
ii. Fill in the blank with correct words at least 3 out of 4
fruits.
Previous knowledge : Pupil already know the fruits by eating the fruits before.
Language Focus : “Wh” questions
e.g :- What is this?
Sentence Pattern : Positive and negative statements
e.g :- This is an apple
This is not a pineapple
Element therapy : Speech therapy, reading, psikomotor therapy

CCTS : What are your favourite fruits?


Teaching Aid : Flash card, word cards, relia.
Moral Values : Fruit can make us healthy

Combining Multiple Skills : Mathematic and art

STAGE REMARK TEACHING/LEARNING AVA


Set - To arouse pupils 1. Teacher show the picture that
Inductions interest content a boy eating the fruits.
( 5 minutes) 2. Teacher asks the pupils to
guess what the boy in the
picture doing.

Step 1 - To provide 1. Teacher tells the pupils that - Flash cards.


(5 minutes) practice in they are going to learn about
pronunciation. fruits.
e.g. apple, 2. Teacher shows the models of
banana, the fruits
watermelon and 3. Teacher tells the taste of the
pineapple. fruits
- To provide in 1. Teacher displays the picture - Word cards
Step 2 developing of the fruits and also paste it - Flash card
(10 minutes) pupil’s reading with the word cards in the - Pictures
blackboard. The pictures also
came out with the shape and
colour of the fruit. e.g green,
yellow, red, circle, oval, big
and small.
2. By showing the pictures,
teacher explains to the pupils
how to draw the shape of the
fruits.
3. Teacher asks pupils to tells
the names of the fruits best on
the taste like sweet and sour.

- To check pupils 1. Teacher give worksheet and - worksheet


Step 3 understanding asks them to answer the
(5 minutes) of the lesson question.

- Final 1. Teacher tells pupils the moral


Closure assessment values.
(5 minutes) e.g : fruits can make us healty

3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata pelajaran : Muzik
Tahun/Kelas : Pendidikan Khas Amanah (low functions pupils)
Tarikh : 05/11/2009
Masa :11.30pagi – 12.00 tengahari
Bidang : Nyanyian
Tajuk : Lagu kanak-kanak
Aktiviti : Menyanyi dan menari
Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:-
i. Meningkatkan bakat dan minat dalam nyanyian
ii. Menguasi kemahiran mendengar

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mendengar nyanyian dari radio dan television
Penerapan nilai : Berkeyakinan, berdikari dan sabar.
Persediaan Guru :
i. CD lagu
ii. Lirik lagu
iii. Manila kad
iv. Kerincing

KBKK : Kemahiran berfikir


BBM :
i. CD lagu
ii. Manila Kad
iii. Alat Muzik

Penggabungjalinan kemahiran: Bahasa Melayu, Pendidikan Seni

PERKARA ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN


1. Guru menyoal murid
Set Induksi - Soal jawab sama ada mereka pernah
(5 minit) mendengar lagu kanak-
kanak
2. Guru meminta murid
menyanyikan lagu yang
mereka gemari
3. Guru menerangkan
murid akan
menyanyikan sebuah
lagu kanak-kanak
Langkah I - Mengenal lagu 1. Guru melekatkan lirik - Gambar
(10 minit) melalui lirik lagu di papan hitam - Kad perkataan
2. Guru membacakan lirik - CD
tersebut dengan diikuti - CD player
oleh murid
3. Guru memainkan lagu
kanak-kanak tersebu
dengan menggunakan
cd.( lagu rama-rama)
Langkah II - Menyanyikan 1. Guru memainkan cd dan - Peralatan muzik
(10 minit) lagu dan membiarkan murid - CD
memainkan mendengar lagu - CD player
peralatan tersebut.
muzik 2. Guru memainkan alatan
muzik sambil
menyanyikan lagu
dengan iringan dari cd
3. Pelajar diminta
menyanyi sambil
memainkan peralatan
muzik yang diberi oleh
guru
Penutup - Nilai-nilai 1. Guru menerangkan -
(5 minit) murni nilai-nilai murni yang
terdapat di dalam lagu
(lagu rama-rama)

4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Kemahiran Hidup (Masakan)


Tahun/Kelas : Pendidikan Khas (Amanah)
Tarikh : 04/11/2009
Masa : 09.00 pagi – 10.00 pagi
Bidang : Masakan
Tajuk : Penyedian sarapan pagi
Aktiviti : Menggoreng telur
Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:-
i. Mengenal peralatan masakan
ii. Mengenal bahan masakan
iv. Memasak telur goreng
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah merasai telur goreng di rumah atau di kantin
sekolah
Penerapan nilai : Bertanggungjawab, sabar dan bekerjasama
Persediaan murid : Kebersihan diri
Persediaan Guru :
i. Senarai bahan dan peralatan
ii. Menu sarapan pagi

KBKK : Kemahiran berfikir


BBM :
i. Peralatan memasak
ii. Bahan-bahan masakan

Penggabungjalinan kemahiran: Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni

PERKARA ISI AKTIVITI P&P CATATAN


KANDUNGAN
1. Guru menunjukkan - Gambar
Set Induksi - Soal jawab gambar menu sarapan
(5 minit) pagi yang terdiri daripada
telur goreng, nasi lemak,
sambal ikan bilis dan teh
panas.
Langkah I - Penyediaan 1. Berpandukan menu yang - Gambar
(20 minit) bahan-bahan diberikan pelajar diminta - Bahan-bahan
masakan mengenal pasti bahan- masakan
- Penyediaan bahan yang terdapat pada contoh:- telur,
peralatan menu fokus kepada minyak, air
masakan menggoreng telur dan panas, teh
menyediakan minuman uncang, gula
teh panas - Peralatan
2. Berpandukan menu memasak
murid diminta contoh:- kuali,
menyediakan peralatan dapur, sudip,
yang diperlukan untuk pinggan,
menggoreng telur. mangkuk ,teko,
3. Guru menunjukkan cawan, pelapik
gambar rajah rentas telur cawan, sudu
dan juga zat yang
terdapat di dalam sebiji
telur
Langkah II - Menggoreng 1. Guru menunjukkan - gambar
(30 minit) telur dan gambar cara-cara - peralatan dan
menyediakan menggoreng telur dan bahan memasak
teh (amali) juga menyediakan teh
panas. Guru meminta
pelajar memakai apron
sebelum memasak.
2. Murid diminta
menggoreng telur dengan
bantuan guru dan
pembantu pengurusan
murid
3. Murid diminta
menyediakan teh selepas
menggoreng telur.
4. Penyediaan peranggu
meja oleh murid dan juga
mengidang menu yang
telah disiapkan(nasi
lemak disediakan oleh
guru). Pelajar dibenarkan
merasai telur goreng
yang digoreng sendiri.
Penutup - Penilaian 1. Guru menunjukkan - Gambar
(5 minit) amali gambar rentas sebiji telur
kepada murid sekali lagi
dan menyoal mengenai
kepentingan makan
makanan berkhasiat.
2. Guru juga menerangkan
kepentingan menjaga
keselamatan diri ketika
menggunakan dapur dan
juga peralatan yang tajam
dan panas.

5. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Matematik


Tahun/Kelas : Pendidikan Khas (Amanah)
Tarikh : 10/11/2009
Masa :12.00 tengahari – 12.30 tengahari
Bidang : Bentuk
Tajuk : Mengenal bentuk
Aktiviti : Melukis bentuk
Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:-
v. Mengenal 3 dari 4 jenis bentuk yang diberi
vi. Melukis 3 dari 4 jenis bentuk
Pengetahuan sedia ada : Murid selalu menggunakan, melihat betuk di persekitaran
mereka.
Penerapan nilai : Berkeyakinan, tekun dan sabar.
Persediaan Murid :
iii. Kertas lukisan
iv. Pensel dan pemadam
Persediaan Guru :
iv. Warna pensel
v. Gunting
vi. Gam

KBKK : Kemahiran berfikir secara kreatif

BBM :
iv. Powerpoint
v. Kotak misteri

Penggabungjalinan kemahiran: Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni

PERKARA ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN


3. Guru meminta murid - Kotak misteri
Set Induksi - Soal jawab mengambil satu benda
(5 minit) dari kotak misteri yang
dibawa oleh murid
4. Guru menyoal murid
bentuk benda yang
diambil

Langkah I - Mengenal 1. Guru menerangkan pelajar - Powerpoint


(10 minit) bentuk akan belajar bentuk
2. Guru menunjukkan
gambar asas
3. Murid diminta menamakan
nama bentuk yang mereka
lihat di dalam tayangan
powerpoint
4. Guru meminta murid klik
pada setiap setiap bentuk
yang ada bagi melihat
nama bentuk tersebut
Langkah II - Mengenal dan 1. Guru menyoal pelajar - Powerpoint
(10 minit) melukis bentuk mengenai kegunaan bentuk
dalam kehidupan seharian
dan meminta murid
memberikan satu contoh
benda yang sama dengan
bentuk
2. Murid diminta menyemak
jawapan yang diberi
dengan contoh yang
terdapat pada paparan
yang ditunjukkan
3. Guru meminta pelajar
melukis gambar bentuk
dengan melihat cara yang
telah dipaparkan oleh guru.

Penutup - Penilaian 1. Guru meminta murid - Nilai KBKK


(5 minit) kefahaman menamakan bentuk yang pemikiran kritis
pelajar ditunjukkan oleh guru.
2. Guru menerangkan
kepentingan bentuk dalam
kehidupan seharian
manusia. “Cuba kamu
bayangkan jika tayar
kenderaan dicipta
berbentuk empat segi
sama. Apa akan terjadi?”

BIBLIOGRAFI

1. Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel.(2009). Seni dalam Pendidikan. Selangor: Meteor


Doc.Sdn.Bhd.
2. http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/produk/cdri/
3. Maryesky, M 92001). Creative Activities for Young Chidren. New York: Thomson
Delmer Learning
4. Isabell, R., & Aines, S. (2002). Creativity and the Arts with Young. New York: Thomson
Delmar Learning
5. Freeland, K., & Hammond,K. (1998). Curriculum for Integrated Learning: A Lesson
Based Approach. New York: Delma Publishers

Anda mungkin juga menyukai