Anda di halaman 1dari 5

su Aktiviti Kokurikulum

AKTIVITI KOKURIKULUM

Kokurikulum pelengkap akademik


Keseimbangan dalam sistem pendidikan mampu lahirkan insan cemerlang

SEKIRANYA kita percaya kepada matlamat melahirkan insan yang sepadu dan seimbang,
paradigma yang sepatutnya digunakan ialah memberikan penekanan seimbang terhadap kedua-
dua komponen-akademik dan kokurikulum-dalam sistem pendidikan kita hari ini.
Keseimbangan ini tidak semestinya sama dari segi masa, tenaga dan dana diperuntukkan. Jika
kita mempunyai alasan kukuh untuk membahagikan masa, tenaga dan dana yang lebih kepada
akademik, maka, ia adalah wajar. Maksud seimbang di sini ialah kedua-dua komponen itu perlu
diberikan perhatian sewajarnya, yang bersesuaian dengan kepentingannya dan tidak ada
komponen dipinggirkan. Malangnya, sistem pendidikan kita terlalu menekankan akademik
malah kita terlalu berorientasi peperiksaan.

Justeru, apabila pada Januari lalu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
mengumumkan langkah mengkaji semula sistem peperiksaan hari ini bagi mengurangkan sistem
pendidikan daripada terlalu berorientasi peperiksaan, maka kita berasa lega.

Namun, masih ada tanda tanya. Tidak terlalu berorientasi peperiksaan tidak secara automatis
bermakna tidak hanya menekankan akademik semata-mata. Orientasi peperiksaan mungkin
dikurangkan. Tetapi, sekiranya perhatian terhadap kokurikulum masih juga kurang, maka
matlamat kesepaduan dan keseimbangan itu masih juga tidak dipenuhi.

Pada kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi Julai 2006/2007 lalu, buat
pertama kali Kementerian Pengajian Tinggi mengambil kira markah kokurikulum sebagai 10
peratus daripada keseluruhan markah yang dimiliki calon. Langkah ini baik dan dialu-alukan.
Tetapi, ia dibuat dengan kaedah pengiraan mereka sendiri, dan dengan tiba-tiba – tanpa
perancangan bersama warga sekolah menengah – maka ia menimbulkan kekeliruan.

Isnin lalu, Hishammuddin mengumumkan mulai tahun depan, kementeriannya akan mula
menilai dan memberi markah kepada kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah.
Pembabit\tan pelajar sama ada dalam kegiatan sukan, pakaian seragam atau kelab/persatuan
akan diberi merit mengikut peringkat diwakili (sekolah, daerah, negeri, negara), jawatan
(presiden, setiausaha, bendahari, jawatankuasa) dan tempoh masa penglibatan dan kehadiran.
Markah kokurikulum dicatatkan pada sijil peperiksaan, misalnya SPM, iaitu sama seperti
kelulusan ujian lisan dicatatkan. Jika diteliti Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum yang akan
digunakan, jelas bahawa untuk pertama kali dalam sejarah pendidikan kita, satu skim
kokurikulum yang komprehensif diwujudkan.

Lebih 90 peratus warga sekolah diberi taklimat mengenai panduan penilaian itu. Perincian
mengenainya akan diumumkan selepas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed
bersetuju dengan panduan penilaian itu.

Seperti tahun lalu, markah kokurikulum 10 peratus diambil kira bagi kemasukan ke IPTA mulai
sesi 2007/2008. Bezanya kali ini, ia dilaksanakan dengan lebih sistematik.
Sebenarnya, pengumuman terbaru Menteri Pelajaran itu adalah satu mercu tanda amat
signifikan. Dengan mengambil kira pelbagai aspek tidak dibicarakan dalam tulisan ini, misalnya
aspek spiritual, ini bermakna sistem pendidikan di sekolah akan menggunakan nisbah 90:10,
iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum. Ia bermakna kokurikulum mula
mendapat tempat lebih wajar. Ia juga bermakna sebahagian daripada persoalan kesepaduan
dan kesimbangan itu mula kelihatan penyelesaiannya.

Bagaimanapun, nilai 10 peratus bagi kokurikulum adalah masih rendah dan peruntukan lebih
wajar ialah 25 peratus.

Dalam konteks syarat kemasukan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof. Datuk Dzulkifli
Abd Razak menyatakan bahawa universiti ternama di luar negara memberikan pemberatan
lebih besar terhadap kokurikulum dan cirii disebut Profesor Universiti Harvard, Henry Rosovsky
(1990) dalam bukunya The University: An Owner’s Manual sebagai subjektif, qualitatif dan tak-
kuantitatif.

Menurut Richard Bradley (2005) dalam bukunya Harvard Rules untuk memasuki Universiti
Harvard, iaitu universiti terbaik di dunia, kelulusan akademik sahaja tidak memadai. Calon juga
perlu mempunyai ciri seperti ahli muzik, saintis, usahawan, ahli sukan dan sebagainya – yang
bertaraf dunia.

Berbalik kepada nisbah 90:10 tadi, persoalannya, bagaimana dengan sistem pendidikan di IPTA?
Adakah nisbah 90:10 ini hanya digunakan untuk syarat kemasukan sahaja? Atau, adakah seluruh
sistem pendidikan IPTA akan juga menggunakan nisbah sama, sehingga apabila mahasiswa
menerima ijazah atau diplomanya, maka manuskripnya akan menunjukkan markah pada nisbah
itu?

Bagaimana pula halnya dengan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)? Sekiranya nisbah 90:10
ini hanya digunakan sebagai syarat kemasukan ke IPTA sahaja, maka calon yang kurang markah
kokurikulumnya akan bertumpu ke IPTS. Kita tidak mahu kokurikulum hanya digunakan untuk
memenuhi syarat kemasukan ke IPT semata-mata; atau, dalam konteks mahasiswa, hanya
memenuhi syarat mendapatkan pekerjaan semata-mata. Jika ini paradigmanya, maka persoalan
insan yang sepadu dan seimbang itu masih belum dijawab.
Ada yang menolak kepentingan kokurikulum kerana mereka gagal dalam akademik akibat
kokurikulum. Premis ini tidak betul. Memang ada yang gagal akademik, tetapi bukan akibat
kokurikulum. Ia akibat faktor pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya, yang langsung
tiada kaitannya dengan kokurikulum. Maknanya, kalau ia tidak terbabit dengan kokurikulum
sekalipun, ia akan gagal juga.

Sekiranya ada yang gagal akademik kerana terlalu banyak menghabiskan masa dalam
kokurikulum, maka ini bukan masalah kokurikulum. Ia masalah pengurusan masa. Janganlah
kokurikulum pula dipersalahkan.

Sekiranya ada yang gagal akademik walaupun masa digunakan untuk akademik dan kokurikulum
adalah seimbang, maka, seperti dinyatakan seorang lagi Profesor Universiti Harvard, Harry R.
Lewis (2006) dalam bukunya Excellence Without A Soul, kajian membuktikan bahawa
penglibatan dalam kokurikulum yang seimbang tidak menggugat prestasi akademik.
Masalah kita ialah apabila pelajar merosot akademiknya, fokus kita ialah kokurikulum.
Sepatutnya, fokus kita ialah kualiti akademik ditawarkan kepadanya. Jika masalah pelajar itu
ialah akademiknya, maka perbaikilah akademiknya, bukannya menyekat kokurikulumnya.
Menyekat pelajar terhadap kokurikulum diminatinya bukanlah caranya untuk meningkatkan
minatnya terhadap akademiknya.

Kokurikulum mesti dilihat dengan paradigma bahawa ia mempunyai kepentingan seimbang


dengan akademik. Kokurikulum mesti dilihat sebagai pelengkap kepada akademik. dan sebagai
sebahagian daripada cara hidup.

Justeru, kokurikulum mesti diberikan ruang lebih luas dari sekolah rendah hinggalah ke
universiti.

INTI PATI

Keseimbangan antara kokurikulum, akademik

Maksud seimbang ialah kokurikulum, akademik perlu diberikan perhatian bersesuaian dengan
kepentingan dan tiada komponen dipinggirkan.
Orientasi peperiksaan mungkin dikurangkan, tetapi jika perhatian terhadap kokurikulum masih
kurang, maka matlamat kesepaduan dan keseimbangan masih tidak dipenuhi.
Ada pendapat menolak kepentingan kokurikulum kerana mereka gagaldalam akademik akibat
kokurikulum.

Sekiranya ada gagal akademik kerana banyak menghabiskan masa dalam kokurikulum, ia bukan
masalah kokurikulum.
Kokurikulum mesti dilihat pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara hidup.

Contoh Karangan Cemerlang SPM

Berilah aku seratus orang tua,aku hanya mampu menggoncangkan perahu yang tertangkup. Jika
aku diberi sepuluh orang pemuda,aku mampu menggoncangkan dunia". Memetik kata-kata
Soekarno,mantan Presiden Indonesia,jelaslah bahawa pemuda-pemudi khususnya mereka yang
masih berada di bangku sekolah merupakan harapan bangsa dan negara pada masa
hadapan.Justeru,menyedari akan hakikat sistem pendidikan hari ini tidak hanya mementingkan
pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pencapaian dalam bidang kokurikulum,
kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewajibkan aktiviti kokurikulum
kepada semua pelajar di seluruh negara. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum bukan
sahaja memberi banyak faedah kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama mendatangkan
pelbagai kemaslahatan kepada negara.

Kegiatan kokurikulum sememangnya mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar. Aktiviti


kokurikulum dapat menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan pelajar. Dalam hal ini,para
pelajar berkemungkinan bebas daripada masalah obesiti yang dialami oleh sesetengah
remaja.Sebagai bukti,perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan di Amerika
Syarikat,membuktikan bahawa 60 peratus kanak-kanak di negara itu menghadapi masalah perut
yang gendut kerana kurang senaman.Bagaimana kegiatan kokurikulum dapat memberikan
kecergasan? Hal ini kerana melalui kegiatan kokurikulum yang dijalankan,pelajar memerlukan
ketangkasan dan ketahanan fizikal. Sebagai contoh,aktiviti merentas desa dan ekspidisi
mendaki gunung boleh meningkatkan daya tahan dan stamina pelajar.Dalam masa yang sama
juga,peluh dan bahan-bahan kumuh yang berbahaya akan dibuang.Di samping itu,daya tahan
pelajar terhadap serangan penyakit juga meningkat.Oleh itu,berbekalkan tubuh badan yang
sihat,mereka akan dapat menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran,bak kata pepatah "otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas".Oleh
itu,jelas bahawa kegiatan kokurikulum mampu menjamin kesihatan serta mencerdaskan otak
pelajar sekali gus membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Seterusnya,kegiatan kokurikulum telah dijadikan salah satu syarat untuk melanjutkan pelajaran
ke pusat-pusat pengajian tinggi.Hal ini kerana KPM telah mengambil langkah drastik dengan
menetapkan sepuluh peratus daripada syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian tinggi melalui penglibatan dan pencapaian yang baik dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah. Menurut Dato' Hishamuddin Tun Hussin,Menteri Pelajaran Malaysia dalam Berita Harian
21 Jun 2006,keputusan tersebut bertujuan untuk melahirkan graduan yang serba boleh dalam
pelbagai bidang.Berdasarkan keputusan itu,para pelajar diwajibkan menyertai pelbagai badan
kokurikulum yang terdapat di sekolah.Dalam hal ini juga,segelintir pelajar yang aktif akan
diberi jaminan dan kemudahan untuk memohon dan mendapatkan sesuatu pekerjaan.Oleh itu,
para pelajar tidak lagi boleh memandang remeh terhadap aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah kerana berkemungkinan akan menjejaskan peluang mereka
melanjutkan pelajaran sekali gus mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pelajaran.
Selain itu,pelajar dapat memenuhi masa senggang dengan berfaedah melalui penglibatan
dalam kegiatan kokurikulum.Hal ini kerana dengan menyertai pelbagai kegiatan kokurikulum
penglibatan pelajar dalam gejala sosial dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.

Dalam masa yang sama juga,pelajar akan bersikap lebih menghargai masa yang terluang dan
sentiasa berpegang kepada kata-kata bahawa masa itu emas.Sebagai contoh,sekumpulan
pelajar yang menyertai aktiviti perkhemahan akan memperoleh banyak pengetahuan tentang
cara terbaik berinteraksi dengan alam.Mereka akan ditanamkan dengan perasaan cinta akan
alam sekitar,di samping mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing dengan peserta
perkhemahan yang lain.Dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang berfaedah remaja akan kurang
berhadapan dengan eisiko dipengaruhi oleh gejala yang bertentangan dengan norma-norma
masyarakat timue seperti budaya 'punk',hedonisme,vandalisme dan lain-lain lagi.Pada masa
yang sama,pelajar tidak akan mudah kehilangan arah atau petunjuk hidup sekiranya masa yang
terluang diuruskan secara efektif dan efisien.Justeru,remaja akan lebih bersikap positif dan
cenderung untuk melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah kepada
diri,keluarga dan masyarakat sekeliling.

Seterusnya,kegiatan kokurikulum yang dijalankan dapat menjalin hubungan silaturahim serta


menyemai nilai-nilai murni dalam diri para pelajar,Hal ini kerana melalui sesuatu
aktiviti,mereka akan berganding bahu melaksanakan tugasan yang diberikan.Mereka akan
bergaul mesra dan mengenali pelajar-prlajar lain yang terdiri daripada pelbagai etnik.Para
pelajar juga berpeluang memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain.Dengan ini
perpaduan dapat diwujudkan dan impian Malaysia untuk mempunyai masyarakat majmuk yang
harmoni tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin.Di samping itu,aktiviti kokurikulum juga
merupakan satu wahana untuk menyemai nilai-nilai murni dalam sanubari pelajar supaya
menjadi insan yang kamil dan soleh.Melalui aktiviti berpasukan,nilai-nilai murni seperti
bekerjasama hormat-menghormati,kesopanan dan sebagainya dapat diterapkan dan disebatikan
dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama,mereka juga diterbiah untuk mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.Secara tidak langsung,mereka juga turut melalui
proses pembentukan peribadi yang sempurna seperti peribahasa Melayu,sambil menyelam
minum air.

Selain itu,mungkin tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran para pelajar bahawa penglibatan
dalam aktiviti kokurikulum dapat mengharumkan nama sekolah dan negara.Hal ini demikian
kerana aktiviti kokurikulum merupakan titik permulaan untuk para pelajar mengembangkan
bakat yang terpendam dalam diri mereka.Sebagai contoh,atlit-atlit negara seperti Nicol
David,Shalin Zulkifli dan Lim Keng Liat dicungkil dan digilap melaui aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah.Bermula dengan bakat yang semakin terserlah kebolehan mereka
seterusnya digilap oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman.Oleh itu,untuk membolehkan
negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain dalam
bidang sukan,maka lebih banyak bakat harus dicungkil bagi mengharumkan nama Malaysia.Hari
ini,kita tidak harus terus bergantung kepada atlet veteran sahaja yang semakin menuju ke
kemuncak kerjaya mereka.Sebailiknya sebagai persediaan banyak usaha harus dilakukan supaya
bakat-bakat pelajar yang berpotensi dapat dicungkil dan dikembangkan.

Konklusinya,tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa aktiviti kokurikulum tidak membawa


kebaikan dan membuang masa sahaja haruslah dikikis,Demi mencapai visi kudsi Wawasan 2020
dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010,Malaysia memerlukan generasi
penggerak wawasan yang berkaliber,berwibawa dan berintelek selari dengan modal insan yang
memiliki minda kelas pertama.Amalan peribahasa sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian
tidak berguna haruslah dihayati dan direnungi bersama kerana peribahasa ini mempunyai
konotasinya yang tersendiri.Justeru,sama-samalah kita berganding bahu dan menggembleng
tenaga menjayakan visi ini.

Anda mungkin juga menyukai