Anda di halaman 1dari 7

KUIZ

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

NAMA : _______________________________ NO. MATRIK: _________________

KUMP. : ___________

1. Falsafah bermaksud cintakan kebijaksanaan. Manakah antara kenyataan berikut


mempunyai kaitan dengan maksud falsafah tersebut?

A. Menterjemah ilmu kepada amalan.


B. Menghayati ilmu dalam perbuatan.
C. Menjejak ilmu merentas sempadan.
D. Menggali ilmu sehingga ke akar umbi.

2.
 Persekolahan umum 11 tahun.
 Kurikulum bercorak Malaysia.
 Penegasan kepada kualiti dan pengurusan pendidikan.

Manakah antara dokumen berikut mengandungi perkara-perkara tersebut yang menjadi


asas pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)?

A. Penyata Razak.
B. Laporan Rahman Talib.
C. Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979.
D. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995.

3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengandungi elemen-elemen dari falsafah


pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam.

Apakah yang boleh dirumuskan dari kenyataan tersebut?

A. FPK bersifat holistik.


B. FPK bersifat eklektik.
C. FPK bersifat dualisme.
D. FPK bersifat bersepadu.
4. Manakah antara berikut tergolong dalam proses pendidikan sebagaimana yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

I. Mendidik untuk mengembangkan potensi.


II. Mendidik dilaksanakan secara berterusan.
III. Mendidik sebagai satu usaha yang menyeluruh.
IV. Mendidik untuk mencapai kecemerlangan akademik.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV

5. • Analisis masyarakat semasa dan masa depan


• Pemahaman latar belakang sosio-ekonomi pelajar dan pengaruhnya
dalam proses pembelajaran serta pencapaian.
• Membantu merancang peluang pembelajaran yang adil dan bermakna.

Perkara di atas merupakan sumbangan disiplin ilmu yang menjadi asas dalam
pembinaan kurikulum. Manakah antara disiplin ilmu berikut berkait secara langsung
dengan sumbangan tersebut?

A. Sejarah
B. Falsafah
C. Psikologi
D. Sosiologi

6. Peraturan-peraturan disiplin pelajar di sekolah dibentuk dengan matlamat untuk


membentuk insan yang berakhlak dan warganegara yang baik.

Manakah antara cabang falsafah berikut berkaitan dengan kenyataan di atas?

A. Ontologi
B. Aksiologi
C. Metafizik
D. Epistemologi
Soalan 7 merujuk jadual di bawah,

Metafizik Epistemologi Aksiologi


I Kewujudan berbentuk Pengetahuan dibina Sesuatu nilai adalah tetap
nyata/ maujud menerusi interaksi
II Realiti tertakluk kepada Pengetahuan diperoleh Sesuatu nilai tertakluk kepada
tanggapan individu melalui pengalaman individu yang tidak semestinya
mengikut nilai-nilai yang diterima
oleh masyarakat
III Pengalaman Pengetahuan dibina Sesuatu nilai adalah tidak tetap
menggambarkan berasaskan pengalaman dan boleh berubah.
sesuatu realiti dan proses menyelesaikan
masalah
IV Kewujudan adalah Pengetahuan diperolehi Sesuatu nilai adalah bersifat
dalam bentuk fikiran menerusi proses mutlak
penaakulan

7. Berdasarkan ciri-ciri metafizik, epistemologi dan aksiologi yang terkandung di dalam


aliran falsafah barat, yang manakah mendasari falsafah pendidikan perenialisme?

A. I sahaja
B. IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja

8. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengambil Falsafah Pendidikan Islam sebagai asas


pembinaan kurikulumnya dan menghasilkan pertautan seperti yang digambarkan pada
rajah di bawah,

ROHANI & EMOSI

ROH

Ilmu Iman

AKAL JASAD

INTELEK Amal JASMANI

Apakah implikasi pertautan unsur-unsur tersebut terhadap pendidikan di Malaysia?

A. Ketauhidan ilmu
B. Kesepaduan ilmu
C. Pembudayaan ilmu
D. Pembangunan ilmu
9. Matlamat kurikulum di Malaysia adalah membangunkan modal insan menerusi
pemupukan perpaduan, individu berakhlak, warga berilmu dan pekerja yang mahir.
Pada peringkat manakah perkara tersebut perlu dilaksanakan dalam pembentukan
kurikulum?

A. Litupan kurikulum.
B. Reka bentuk kurikulum.
C. Pembahagian kurikulum.
D. Perkembangan kurikulum.

10. Manakah perkara berikut berkaitan dengan definisi kurikulum yang dikemukakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia?

I. Aktiviti luar bilik darjah.


II. Latihan profesional guru.
III. Peraturan-peraturan sekolah.
IV. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

A. I, II dan III sahaja


B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 11 adalah merujuk kepada rajah di bawah.

.
Y Penyusunan
kandungan
kurikulum

11. Manakah antara berikut terkandung pada garisan mendatar X dalam penyusunan
kandungan kurikulum?

I. Urutan
II. Litupan
III. Imbangan
IV. Integrasi
V. Kesinambungan

A. I dan IV sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, IV dan V sahaja
Soalan 12 dan 13 merujuk rajah di bawah.

INTELEK ROHANI

AN G
INS BAN
ILMU PENGETAHUAN IM
AKHLAK MULIA SE DAN NIS Y
XRMO
HA

JASMANI EMOSI

12. Apakah yang boleh dirumuskan terhadap X?

A. Pembinaan modal insan.


B. Pembangunan warganegara yang baik.
C. Pendidikan bersepadu dan menyeluruh.
D. Pembentukan insan seimbang dan harmonis.

13. Y merujuk kepada kesan akhir pendidikan di Malaysia.

Manakah antara kenyataan berikut dikaitkan dengan Y?

Dimensi Butiran
A. Intrinsik Berakhlak & percaya dan patuh kepada Tuhan.
B. Instrumental Kesejahteraan diri dan berketerampilan terhadap
pembangunan negara.
C. Intrinsik Membangunkan potensi yang ada pada diri secara
menyeluruh dan bersepadu.
D. Instrumental Bertanggungjawab & sedia memberi sumbangan
terhadap keluarga, masyarakat dan negara.
Soalan 14 dan 15 berdasarkan rajah di bawah.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat Pendidikan

Objektif-Objektif Sukatan Pelajaran

Kognitif, Afektif, Psikomotor


(Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani)

Mata Pelajaran Insan Baik Mata Pelajaran


(Teras & Elektif) (Teras & Elektif)

Isi Isi
Kandungan X Kandungan

14. Rajah di atas adalah berkaitan _______________

A. Model operasi KBSM.


B. Matlamat pendidikan KBSM.
C. Reka bentuk kurikulum KBSM.
D. Proses pengajaran dan pembelajaran KBSM.

15. Berdasarkan kepada analisis rajah di atas, manakah kenyataan berikut boleh dikaitkan
dengan X?

A. Dilaksanakan secara bersepadu.


B. Dilaksanakan secara menyeluruh.
C. Dilaksanakan merentas kurikulum.
D. Dilaksanakan merentas mata pelajaran.

PEMARKAHAN

X 10 = ___
15
SKEMA JAWAPAN

1. D
2. C
3. B
4. C
5. D
6. B
7. B
8. B
9. C
10. C
11. C
12. B
13. D
14. A
15. C

Anda mungkin juga menyukai