Anda di halaman 1dari 105

Anita Aruszi

Prolog

B
UNYI burung dan unggas yang
berkicauan menarik perhatiannya.
Beberapa spesies burung belatuk
yang jarang-jarang ditemui tertenggek pada sepohon kayu
yang saiznya sebesar sepemeluk orang dewasa.
Dari jauh, bunyi air terjun menderu jelas
menampar pendengaran.
Dia berpaling ke arah teman-temannya.
Kesemuanya nampak ceria sebaik saja mendengar bunyi air
terjun, menandakan mereka telah hampir tiba ke destinasi
yang dituju. Air Terjun Sungai Pisang yang terletak di daerah
Gombak, memang terkenal sebagai salah sebuah kawasan
rekreasi yang menjadi tumpuan para pengunjung.
“Okay guys, kita dah sampai. Tapi tempat
perhentian kita ialah di bahagian atas tebing sungai ni. Jadi
kita kena mendaki ke atas lebih kurang lima ratus meter lagi.
Then baru kita cari port yang sesuai untuk pasang khemah.”
Afiq selaku ketua ekspedisi Persatuan Rekreasi Alam di
universiti mereka memberitahu.

1
Tiada Sepertimu

“Ala... kat sini pun cantik apa,” rungut Emy yang


sudah kelelahan.
“Cik Emy oit, kita ni nak buat aktiviti abseiling,
bukannya nak bermandi-manda sambil main masak-masak
kat sini,” sampuk Zackry.
Kata-kata Zackry disambut deraian tawa teman-
teman yang lain.
Zara tersenyum melihat telatah Zackry yang gemar
mengusik Emy yang berbadan gempal itu. Lelaki itu sempat
mengerling ke arahnya sambil tersenyum nakal.
Selesai mendirikan khemah, mereka berehat
sebentar sambil mengalas perut masing-masing.
Tepat jam tiga petang, Afiq mula memberikan
arahan untuk aktiviti yang akan dijalankan hari itu. Lelaki itu
mengeluarkan peralatan abseiling atau kadangkala dipanggil
rapelling.
“Zara, kau ada bawa carabiners lebih tak? Aku
lupalah nak bawak tadi,” bisik Zackry perlahan, bimbang jika
ketua ekspedisi mereka terdengar bisikannya. Lagipun dia
tahu Afiq amat tegas dengan peralatan-peralatan yang akan
mereka gunakan nanti. Apatah lagi setiap ahli diharuskan
membawa peralatan sendiri.
“Don’t worry, ada dalam beg aku. Bukan setakat
carabiners… harness, descendeur, piton pun aku bawa sekali
walaupun tak perlu. Lagipun aku faham sangat perangai kau
yang selalu lupa tu,” tempelak Zara.
“Amboi! Piton pun kau bawak? Kau ingat kita ni
nak mendaki Gunung Kinabalu ke? Hammer tak bawak
sekali?” perli Zackry sambil tergelak kecil.
Zara turut sama melepaskan tawanya.

2
Anita Aruszi

“Okey, semua dah siap? Siapa yang nak jadi first


belayer?” Afiq bertanya.
Zackry mengenyitkan mata seraya mengangkat
tangannya.
Zara hanya menggelengkan kepalanya beberapa
kali. Dia dan Zackry selalu berebut menjadi orang pertama
yang melakukan first move. Tapi kali ini dia mengalah dan
membiarkan Zackry mendahului.
Zara melangkah ke hadapan lalu menjengah ke
bawah. Hui… boleh tahan jugak tinggi tebing ni. Mau sampai
tiga puluh meter ni, bisik hati kecil Zara.
“Kemaskan tali pada anchor tu Zack. Aku tak mahu
kutip mayat kau kat bawah nanti,” tukas Afiq.
Zackry menjeling tajam ke wajah Afiq yang sedang
tersengih itu. Amboi! Lancangnya mulut mamat ni!
“Ingat! Turun perlahan-lahan. Tak payah melompat
kecuali kalau tebing ni overhang,” pesan Afiq.
“Aku taulah Fiq! Ini bukannya kali pertama aku
buat benda ni,” rungut Zackry yang mulai bosan dengan
pesanan demi pesanan yang keluar dari mulut lelaki itu.
Kakinya melunjur ke arah tebing. Tangan kirinya
yang memegang tali bertindak sebagai guide hand manakala
tangan kanannya pula bertindak sebagai brake hand.
Sekejap sahaja Zackry sudah menuruni tebing bukit
itu dengan melonggarkan tali pada tangan kanannya. Gerakan
lelaki itu nampak mudah. Ternyata pengalamannya
melakukan abseiling sudah cukup mahir. Apabila kakinya
mencecah permukaan batu di bawah, teman-temannya yang
lain bersorak girang.
“Zara, kau punya turn!” jerit Zackry dari bawah

3
Tiada Sepertimu

tebing sambil membantu salah seorang teman mereka


mengawal pergerakan.
Zara yang baru mahu mengambil tempat untuk
melakukan abseiling tidak jadi apabila Afiq melarangnya.
“Zara, biar budak-budak first year buat dulu. Kau
dah terror buat benda ni!” jerit Afiq, cuba melawan bunyi
terjahan air terjun yang berdesing di telinganya.
Zara akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh
Afiq. Dia kemudiannya membantu ahli-ahli yang lain
melakukan abseiling.
Lepas seorang, seorang ahli kumpulan mereka
melakukan abseiling. Ada yang kelihatan yakin, dan ada juga
yang masih takut-takut meskipun sudah berulang kali
melakukannya.
Apabila tiba giliran Zara, dia sudah bersedia di
hujung tebing. Sesekali matanya menjengah ke bawah,
memandang kelibat Zackry yang menanti di bawah.
Untuk kali terakhir, Zara memastikan peralatannya
sudah diketatkan. Dia mula mencondongkan tubuhnya
menghadap ke arah Afiq yang menjaga tali utama.
“Sedia Zara?” tanya Afiq.
Zara mengangguk. Nafasnya ditarik perlahan. Dia
tersenyum memandang ke arah Afiq dan Kamil yang hanya
tinggal berdua di atas tebing bukit itu.
Mereka mengangguk memberikan isyarat.
Zara mula melonggarkan tali yang dipegangnya
sedikit demi sedikit, menyebabkan tubuhnya bergerak ke
bawah. Dia melepaskan tali di tangan kanannya. Suara
sorakan teman-temannya dari bawah membuatkan Zara
ketawa sendiri. Macam kera dalam hutan, bisik hatinya.

4
Anita Aruszi

Tiba-tiba bunyi sorakan itu tidak kedengaran lagi


sebaliknya berganti dengan teriakan panik daripada rakan-
rakannya.
Zara tertanya-tanya. Dia segera membawa tali di
tangan kanannya ke belakang untuk menghentikan
gelungsuran seraya menjengah ke bawah. Dia dapat melihat
semua temannya menunjuk-nunjuk ke arahnya dengan wajah
cemas. Zara segera mendongak. Dilihatnya sebatang pohon
kayu sedang mencondong ke arah Afiq dan Kamil. Aliran
darah di dalam tubuhnya bagaikan telah terhenti! Oh, Tuhan!
“Afiq, Kamil… pokok tu!” jerit Zara cemas.
Afiq kaget melihat pokok yang hampir tumbang ke
arahnya. Kakinya seolah-olah telah terpaku ke tanah.
Dada Zara seakan mahu pecah melihat pokok besar
itu menimpa Afiq dan Kamil sebelum melantun ke arahnya.
Kelopak matanya segera dipejamkan. Perasaan gementarnya
menguasai fikiran. Imej pokok besar itu melayang-layang di
hadapannya. Oh Tuhan, apakah ajalku sudah tiba?
“Zack!!!” jeritnya sekuat hati.
Tubuhnya menggeletar. Nafasnya tercungap-
cungap. Dia membuka kelopak mata. Peluh renik mula
membasahi dahi. Pantas matanya dilarikan ke arah tubuhnya.
Tidak ada satu pun cacat cela pada tubuhnya. Dia baik-baik
sahaja. Tubuhnya tidak hancur dimamah batang pokok itu.
Dia berpaling memandang ke arah bingkai gambar
yang terletak di tepi katilnya. Matanya menatap lama ke
wajah teman-teman seuniversitinya selepas mereka berjaya
menawan Gunung Nuang di daerah Hulu Langat.
Matanya cepat menangkap ke wajah Afiq yang
sedang tersenyum di dalam gambar itu. Melihat potret lelaki
itu, dia tidak dapat menahan sebak. Memang sudah

5
Tiada Sepertimu

ditakdirkan Afiq mati dalam keadaan yang menyedihkan.


Tubuhnya hancur dihempap pokok yang tumbang itu.
Tubuh Kamil pula melayang ke arah kawasan berair.
Hampir seharian pasukan bomba dan penyelamat berusaha
keras mencari mayat Kamil.
Sehingga kini, tragedi di Air Terjun Sungai Pisang
itu masih menghantuinya.
Zara meraup wajahnya. Meskipun kejadian itu
sudah dua tahun berlalu, namun ia masih memberikannya
igauan buruk. Sukar untuk dia memadamkan kenangan pahit
itu di dalam memorinya.
“Tuhan masih sayangkan Zara. Sebab itulah Tuhan
izinkan Zara terus hidup di sisi mama.”
Bisikan mamanya suatu ketika dahulu kembali
singgah di mindanya. Ketika itu dia baru sedar dari komanya.
Hampir enam bulan lamanya dia terlantar di katil hospital.
Dalam tempoh itu dia langsung tidak ingat apa yang
sebenarnya berlaku pada hari yang malang itu. Segala-
galanya kabur bak gerimis yang menerpa ke jendela biliknya
tatkala hujan turun membasahi bumi.
“Nasib baik ada orang cepat bawa Zara ke hospital.
Kalau tak, mungkin sampai sekarang….”
Kata-kata mamanya terhenti begitu saja. Dia
terdiam. Kata-kata wanita itu ditelan bersama kekeliruan
yang terus membelenggu dirinya.

6
Anita Aruszi

Bab 1
D
IA menghirup air fresh orange
sambil mengerling ke arah jam
di pergelangan tangan. Mulutnya
terkumat-kamit melepaskan keluhan. Tanda bosan kerana
hampir sejam menanti di dalam keresahan. Sesekali matanya
meninjau ke arah pintu masuk restoran itu. Namun orang
yang ditunggu sejak tadi masih belum menampakkan
bayangnya lagi.
“Sabarlah… biasalah kalau orang macam kita ni
kena tunggu klien,” celah Zackry yang duduk di sampingnya.
Anak muda itu bagaikan tahu apa yang sedang
bersarang di kepalanya ketika itu. Dia hanya mencebik. Tanda
tidak bersetuju dengan pendapat Zackry dan selebihnya
menunjukkan sikap protes.
Zackry ketawa melihatkan gelagatnya.
“Yang kau ni kalut semacam apehal? Takkan sebab
Datin Kamisah datang lambat, angin kau tu nak disambarkan
pada aku. Relakslah,” pujuk lelaki itu lagi.
Zara tersenyum hambar. Dia merenung lelaki

7
Tiada Sepertimu

berperwatakan riang itu. Jika bukan sebab Zackry ingin


memperkenalkan klien baru padanya, tak ingin dia menunggu
begini lama pada hari sepatutnya dia bersantai di rumah.
“Aku bukan apa Zack, malam ni aku kena balik
rumah ayah. Hari nikan hari jadi Romei. Aku dah janji
dengan budak ‘tyco’ tu nak celebrate birthday dia sama-
sama,” beritahu Zara.
Kata-katanya menarik perhatian Zackry. “Romei
dah balik dari Australia?”
Zara mengangguk.
“Semester break,” sahutnya ringkas.
Dia kembali termenung. Kalau dia gagal muncul
malam ini, tentu ‘masak’ dia dileter oleh ayahnya. Sudahlah
majlis perjumpaan keluarga yang diadakan malam minggu
yang lalu, dia juga gagal menghadirkan diri kerana
bermesyuarat sehingga ke malam.
“Don’t worry, aku rasa sekejap lagi datanglah Datin
tu. Lagipun kau kena dapatkan juga klien ni untuk penuhkan
kuota kau. Kalau tak… mengamuk Encik Hasyim tu nanti.”
Zackry mengingatkan.
Mendengar nama itu meniti di bibir Zackry, serta-
merta dia mengeluh panjang. Kata-kata Zackry itu ada
benarnya. Jika dia tidak dapat memenuhi kuota yang telah
ditetapkan oleh Encik Hasyim sehingga akhir bulan ini, tentu
leteran lelaki itu akan lebih pedas daripada leteran ayahnya.
Sekurang-kurangnya leteran ayahnya hanya sekejap sahaja
kedengaran. Tetapi leteran Encik Hasyim pula meleret-leret
sehingga ke bulan-bulan berikutnya. Inilah yang paling dia
tidak sanggup lalui. Beginilah jika bekerja sebagai ejen
insurans, sentiasa bersaing untuk memenuhi kuota yang
telah ditetapkan oleh syarikat setiap bulan.

8
Anita Aruszi

“Itulah… ayah suruh Zara kerja dengan ayah, tapi


Zara degil. Sibuk nak kerja kat syarikat insurans tu.”
Marah ayahnya beberapa bulan yang lalu masih
segar di dalam ingatan. Ketika itu dia baru mula berjinak-
jinak dengan dunia insurans setelah diperkenalkan oleh
Zackry. Malah baru enam bulan sebenarnya dia menerokai
bidang baru itu, meskipun dia mempunyai ijazah dalam
bidang Komunikasi Massa.
Dia sebenarnya bukan tidak sudi bekerja dengan
ayahnya, tetapi selepas menamatkan pengajiannya hampir
setahun yang lalu, dia ingin berdikari. Dia tidak mahu
bergantung kepada ayahnya yang memiliki syarikat
pembinaan atau melibatkan diri ke dalam kelompok dunia
korporat pak ciknya, Farid.
Dia lebih suka bekerja dalam keadaan di mana dia
tidak perlu masuk ke pejabat seawal lapan pagi dan pulang
tepat jam lima atau enam petang. Dan apabila Zackry
memperkenalkan kerja sebagai ejen insurans padanya, dia
terus menerima tanpa banyak soal.
“Syyy… dia dah datang,” bisik Zackry, hampir di
telinganya.
Dia segera menoleh ke arah pintu masuk.
Dari jauh, seorang wanita yang agak berumur
melangkah penuh bergaya, menuju ke arah mereka. Di
samping wanita itu, seorang lelaki tinggi lampai berwajah
tampan berjalan di sisinya.
Mata Zara mengekori gerak-geri pasangan itu
sehingga ke mejanya. Timbul tanda tanya di hatinya melihat
lelaki itu. Kedua-duanya nampak mesra bergandingan.
Anaknya barangkali, duga hati Zara.
“Datin,” tegur Zackry seraya bingkas bangun.

9
Tiada Sepertimu

Zara turut bangun dari kerusinya. Dia bersalaman


dengan wanita itu.
Bulat mata Datin Kamisah memandang Zara yang
kelihatan selamba.
“Siapa ni Zack?” tanya wanita itu sambil tersenyum.
Lelaki di samping Datin Kamisah turut merenung
ke arah Zara.
“Ini Zara Melissa, partner saya. Kalau Datin berhajat
nak beli insurans, saya syorkan beli saja dengan Zara. Dia
cekap uruskan semua ni,” canang Zackry.
“Tapi I nak ambil polisi insurans dengan you, Zack.”
Datin Kamisah seakan membantah.
“Sorry Datin, kuota I dah cukup. Kalau you nak beli
dengan I, you kena tunggu bulan depan. That’s why I syorkan
you beli dengan Zara saja. I guarantee, semua kebajikan you
akan terjaga,” ujar Zackry sengaja memberi alasan. Hanya
kerana mahu membantu Zara, dia sengaja mencipta undang-
undang sendiri.
Datin Kamisah terdiam mendengar bicara Zackry.
Biji matanya galak merenung wajah gadis di hadapannya.
Zara tersenyum sumbing. Senyum gugup
sebenarnya!
“Hmmm… kalau macam tu kata you, tak apa. I ikut
saja.” Wanita itu mengalah.
“Thanks Datin sebab sudi berurusan dengan saya.
Errr… boleh saya tahu Datin nak beli insurans ni atas nama
siapa?” tanya Zara sambil membuka failnya.
“Saya nak beli life insurance untuk Jerry. Jaherry
Razak,” balas Datin Kamisah dengan suaranya yang
kedengaran tegas dan selamba.

10
Anita Aruszi

“Siapa Jaherry Razak tu? Anak Datin ke?” tanya


Zara.
Wajah Datin Kamisah tiba-tiba berubah. Dia melirik
lelaki muda di sisinya yang tiba-tiba tersengih.
Zara yang menyedari situasi aneh itu tergamam.
Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia merasakan dirinya dipanah
tiga pasang mata. Kenapa pulak ni? Aku salah cakap ke?
Zackry tiba-tiba menyiku lengan Zara.
Gadis itu pantas menoleh pada wajah Zackry yang
masam manis merenungnya.
“Zara, perkenalkan ini Jaherry Razak. Kawan Datin
kita ni,” ujar Zackry memperkenalkan lelaki tegap tampan di
hadapan mereka.
Mata Zara membulat memandang lelaki itu. Kawan?
Takkan sekadar kawan sehingga bermurah hati mahu
membeli insurans nyawa atas nama lelaki itu pula?
“Jerry, you bagilah detail you pada Cik Zara ni. I
nak pergi ladies sekejap,” ujar Datin Kamisah seraya
melangkah pergi.
Zackry tiba-tiba turut meminta diri untuk beredar.
Alasannya ada hal di tempat lain.
Zara membeliakkan matanya, mencegah Zackry
berlalu pergi meninggalkannya begitu sahaja.
Sebaliknya Zackry tersengih lalu segera beredar
dari situ tanpa mempedulikannya.
Sepeninggalan kedua-duanya, Jaherry kembali
memandang Zara yang kelihatan serba salah. Dia ketawa
kecil.
“Don’t worry, dia tak marahkan you sebenarnya.
She’s very sporting,” cerita lelaki itu memulakan bicara.

11
Tiada Sepertimu

“Maaf Encik Jaherry, saya…”


“Please call me Jerry,” pintas lelaki itu.
Zara tersenyum nipis. Dia melirik fail sederhana
tebal di hadapannya. “Okey Jerry, boleh saya tahu apa
pekerjaan you?”
Zara memulakan intro pertama. Sememangnya
sebagai individu yang bertanggungjawab dengan bakal klien,
dia seharusnya tahu serba sedikit tentang lelaki itu.
“I? Buat masa ini I tak bekerja.”
Zara tersentak. Matanya terus menjunam tepat ke
wajah lelaki itu.
Jaherry nampak selamba menuturkan kata-katanya.
“Errr... you tinggal di mana? Alamat tetap you?”
Apabila lelaki itu menyebut alamatnya, hati Zara
tersentap. Dia hairan mendengar lelaki itu mampu tinggal di
kawasan kondo mewah sedangkan dia tidak bekerja. Ah!
Barangkali dia anak orang kaya, pujuk hati kecil Zara. Dia
terus mengambil beberapa maklumat penting lelaki itu untuk
diisi ke dalam dokumen-dokumen berkaitan.
“Cik Zara dah ada kekasih?” soal lelaki itu tiba-tiba.
Zara terpegun. Dia memandang Jaherry yang masih
memandangnya. Apa relevennya soalan itu? “Kenapa you nak
tahu?”
“Saja,” jawab Jaherry sambil tersenyum.
Zara menelan liur. Saja? Jawapan apakah itu? Dia
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah apa patut
dikhabarkan pada lelaki itu. Patutkah dinyatakan tentang
dirinya yang masih keseorangan sehingga kini? Gila! Apa
perlunya dia menjaja hal peribadi dirinya? Bukan maklumat
dirinya yang akan diisi di dalam dokumen perjanjian ini.

12
Anita Aruszi

“Takkan gadis secantik Cik Zara tak ada kekasih?”


simpul Jaherry setelah soalannya terbiar sepi tanpa jawapan.
Zara tersenyum nipis. Cantikkah dia? Rasanya
cantik lagi amoi yang jual sayur di Pasar Selayang.
“You pula bagaimana?” balas Zara. Dia ingin tahu
lebih lanjut tentang lelaki yang bakal menjadi ‘kliennya’ itu.
Belum sempat Jaherry mahu membuka mulut,
matanya mendadak memerhatikan ke suatu arah. Secalit
senyuman ceria terukir indah di wajahnya. Pantas tangannya
diangkat tinggi-tinggi lalu melambai ke arah tersebut.
Mata Zara segera menoleh ke arah yang sama
Jaherry memandang. Seorang lelaki bertubuh tinggi lampai
melangkah pantas ke arah mereka. Zara tercengang-cengang.
Siapa pula ni? Terkelip-kelip matanya memerhatikan adegan
Jaherry dan lelaki itu berjabat salam serta berpelukan. Kedua-
duanya nampak mesra.
“Kau nampak sihat,” komen Jaherry pada temannya
itu setelah pelukannya direlaikan.
Lelaki itu ketawa besar. Matanya sempat melirik ke
arah Zara yang kelihatan resah. Dahinya berkerut.
“Siapa ni? Takkan awek kut? Sejak bila kau berubah
selera?” soal lelaki itu, agak lantang.
Zara terkedu. Dia mulai berasa tidak senang
mendengar kata-kata yang terucap dari bibir lelaki yang
singgah ke meja mereka itu.
“Hei, kawan! Kau jangan nak cari pasal dengan
aku,” gelak Jaherry.
“Ini ejen insurans yang buah hati aku syorkan.
Beria-ia dia nak belikan insurans untuk aku,” sambung lelaki
itu lagi membuatkan darah Zara menyirap seketika.

13
Tiada Sepertimu

Buah hati? Siapakah yang dimaksudkannya? Takkan


Datin Kamisah? Namun mendengar perbualan kedua-dua
lelaki itu seterusnya, Zara sudah tidak senang duduk. Hatinya
tiba-tiba menjadi jengkel.

ZARA menutup telefon agak kasar. Hatinya panas mendengar


kata-kata Zackry yang seolah-olah mempersendakannya.
“Nantilah kau Zack, sampai kat pejabat esok tahulah aku nak
‘basuh’ kau cukup-cukup!”
Dia memandang wajahnya di hadapan cermin besar
itu. Dahinya berkerut seribu. Kata-kata Zackry masih
menyentuh gegendang telinganya.
“Kenapa kau susah-susah nak ambil peduli siapa
lelaki tu? Pedulikan saja soal dia, yang penting kuota kau
cukup bulan ni. Encik Hasyim pun gembira.”
“Tapi aku tak suka semua ni Zack.”
“Cik Zara, sejak bila kau jadi pejuang nilai-nilai
moral ni? Di Kuala Lumpur ni saja ada beratus-ratus lelaki
macam Jaherry tu. Takkan kau nak tolak semua klien macam
tu semata-mata dia ‘anak ikan’ Datin tu?”
“Aku nak tanya kau ni Zack. Sebelum kau bagi klien
ni pada aku, kau sebenarnya dah tahu siapa dia, kan?” serkap
Zara.
“Kalau aku bagitau, kau mesti reject dia. Aku faham
sangat prinsip kemanusiaan kau tu.” Suara ketawa Zackry
meletus dari dalam telefon.
Zara menggetapkan bibirnya. Sah, lelaki itu sengaja
mahu mengenakannya. Dia menarik nafas panjang.

14
Anita Aruszi

Jaherry dan Datin Kamisah masih menantinya di


meja tadi. Entah apa patut dia buat sekarang ini? Patutkah
dia terus berpura-pura tidak tahu status sebenar lelaki itu?
Atau patutkah dia ikut kata-kata Zackry agar menganggap
Jaherry sama seperti klien-klien mereka yang lain?
“Maaf cik, pelanggan yang duduk di meja ni tadi
terpaksa pergi dulu. Mereka pesan yang mereka akan hubungi
cik semula nanti,” beritahu gadis yang berpakaian uniform
restoran itu.
Zara terkedu. Dah pergi? “Bil-bil ni semua?”
“Semuanya dah dijelaskan.”
Zara mengeluh panjang. Dia segera mengambil fail-
fail yang dibawanya bersama sebentar tadi. Di luar restoran,
hujan sedang lebat menggila. Zara memandang langit yang
gelap. Entah sejak bila hujan mula turun. Semasa di dalam
restoran tadi, tidak pula dia perasan dengan keadaan cuaca
yang tidak berapa baik itu.
Malangnya tadi dia datang dengan menaiki kereta
Zackry. Jika dia tahu begini, lebih baik dia memandu sendiri.
Tidaklah dia terperangkap di tengah-tengah hujan lebat.
Matanya dikerlingkan ke arah jam di pergelangan
tangannya. Hampir pukul tujuh malam. Sempatkah aku nak
berkejar pula ke majlis makan malam nanti, duga hati Zara.
Dia memandang tubuhnya yang bersarung dengan blouse
dan jean. Inilah pakaian yang digemarinya sejak dulu. Jika
diikutkan hatinya, dia mahu terus ke rumah ayahnya. Tapi
mengenangkan pakaiannya tidak sesuai dengan konsep
majlis, Zara segera membatalkan hasratnya untuk menyertai
majlis tersebut. Dia sangat arif dengan sikap ayahnya. Sejak
muda, Bakhtiar Syuhaidin tidak pernah berubah. Tegas dan
dangkal sifatnya.

15
Tiada Sepertimu

Lamunan Zara terputus tatkala dia terdengar bunyi


siulan. Dia menoleh ke arah seorang lelaki yang sedang
bersandar di sebalik tiang sambil bersiul-siul. Ralit dia
mendengar siulan lelaki itu sehingga tidak sedar sebuah
kenderaan meluncur laju lewat di hadapannya. Dia terjerit
kecil apabila wajahnya terkena percikan air dari lopak di
jalanan. Sakit hatinya mengenangkan sikap pemandu yang
tidak berhati perut memandu laju sehingga dia pula yang
mendapat bahana.
“Alamak! Macam mana ni? Bodoh punya driver!
Buta ke? Tak guna!” Tak habis-habis mulutnya menyumpah
pemandu itu. Sakit hatinya Tuhan saja yang tahu.
Gerak-gerinya yang merungut panjang itu
membuatkan sepasang mata merenung singkat ke wajahnya.
Siulan yang tadi menjadi penyeri hilang seketika.
Teringat pada suara siulan yang kini membisu,
menyebabkan Zara menoleh ke arah lelaki di sebalik tiang
tadi. Dia tergamam apabila menyedari sepasang mata milik
lelaki itu singgah ke wajahnya. Dia sendiri seolah-olah
terpukau memandang lelaki itu. Apatah lagi menyedari lelaki
itulah yang menegur Jaherry sebentar tadi. Bebola mata
lelaki itu terus menerjah ke wajahnya membuatkan Zara
semakin gelisah. Dia memandang di sekelilingnya. Tidak ada
orang lain yang menunggu di situ kecuali mereka berdua.
Lelaki itu tiba-tiba ketawa.
Zara terpinga-pinga. Bukan ketawa itu yang
menjadikan dia bingung, tapi kerana matanya sudah tersilau
dek sepasang senyuman yang jelas menawan.
Langkah lelaki itu tiba-tiba diatur pantas ke
arahnya. Darah Zara segera menyirap. Serta-merta dia
berundur selangkah dua. Entah mengapa, dia bimbang

16
Anita Aruszi

berada di situ bersama lelaki itu. Apatah lagi sikap lelaki itu
agak ganjil di matanya.
“Berdiri kat situ dengan baju basah boleh buat awak
demam. Jom kita ke dalam,” ajak lelaki itu seraya menarik
lengannya.
Zara tersentak. Tiba-tiba dia naik radang. Pantas
tangan lelaki itu ditepisnya. “Yang kau pegang-pegang ni
kenapa? Kau nak aku jerit?”
Lelaki itu terkebil-kebil memandangnya. Beberapa
ketika kemudian lelaki itu tergelak semula. Bulat matanya
memandang raut wajah Zara yang masam mencuka. Macam
asam kecut, desis hati si lelaki. “Cik adik, aku cuma nak
tolong kau. Baju kau tu basah. Kalau kau tak nak demam, kat
dalam tu ada baju seragam pelayan restoran tu. Sekurang-
kurangnya aku boleh minta mereka pinjamkan untuk kau.”
Zara terkedu. Untuk seketika tiba-tiba dia rasa
bersalah. Dia telah buruk sangka terhadap lelaki itu.
“Tak payah, aku tak apa-apa,” jawabnya perlahan.
Kerana malu, dia menolak pertolongan ikhlas yang
ditawarkan oleh lelaki itu.
Mendengar kata-katanya, lelaki itu menjongketkan
keningnya.
“Tak apalah kalau kau tak nak aku tolong. Bukan
aku yang rugi pun,” balas lelaki itu lagi. Dia kembali bersiul-
siul sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding taxi stand
dengan wajah selambanya.
Zara diam-diam melirik ke arah lelaki itu. Matanya
tanpa sedar menjadi juri sesusuk tubuh tinggi lampai ala
model itu. Orangnya berkulit sawo matang. Nak kata
handsome sangat pun tak juga. Wajahnya boleh tahan, sedap
mata memandang. Apa orang tua-tua kata… sejuk mata

17
Tiada Sepertimu

memandang? Nampak cute dengan kemeja dark blue dan


seluar jean.
Tiba-tiba ingatannya singgah pada Jaherry. Dia
memandang ke arah lelaki itu semula. Dahinya berkerut. Dia
masih ingat salam mesra yang berpupuk di antara keduanya
sebentar tadi. Entah apa hubungan lelaki itu dengan Jaherry
agaknya? Kawan biasakah atau kawan satu profesion?
“Minggu lepas aku ke party Puan Sri Sulina. Dia
asyik tanyakan pasal kau saja. Aku rasa dia dah syok kat kau
la brader.”
Suara Jaherry berkumandang ibarat putaran
rakaman tape kepada kisah sebentar tadi.
“Aku ada target baru la bro,” jawab si lelaki.
Zara menggetapkan bibirnya. Dia naik geli-geleman
mendengar perbualan seperti itu.
Sudah-sudahlah wahai makhluk bernama lelaki. Di
mana-mana saja lelaki yang ditemuinya semuanya sama
sahaja. Apa sudah tidak ada lelaki normal dan baik di
sekelilingnyakah?
“Kau tak rasa sejuk ke berdiri macam tu dengan
baju basah? Kena demam baru tahu. Susah sangat ke nak
terima sekadar satu pertolongan kecil?”
Tiba-tiba lelaki itu bersuara, memecah kebuntuan
yang mula bersarang.
Zara terpanar. Bebola matanya tajam mengerling
sang jejaka yang selamba menuturkan kata-kata. Namun
serentak itu juga, jantungnya sekali lagi bagaikan hendak
luruh menatap renungan lelaki itu yang menikam tepat ke
wajahnya. Zara pantas memalingkan wajahnya. Hatinya serba
tidak keruan kali ini.

18
Anita Aruszi

Bab 2
D
ERAP langkah terdengar
sayup-sayup di telinganya.
Namun tidak dipedulikannya.
Tidurnya lebih penting. Bunyi tirai jendela ditarik kasar
menyebabkan tujahan cahaya tepat mengenai wajahnya.
Zara mengeluh, lantas menarik selimut menutup
mukanya. Matanya dipejam rapat. Dia ingin terus tidur.
Lagipun hari ini hari minggu. Inilah masanya dia berpeluang
tidur lebih lama dari biasa. Namun tidurnya terganggu
apabila selimutnya ditarik-tarik oleh seseorang.
“Ala mama, biarlah Zara tidur sekejap lagi. Hari
nikan hari minggu,” rungutnya dengan mata yang masih
terpejam rapat.
Tiada suara balas kedengaran. Zara lega kerana
mamanya seperti membiarkan dia terus bermalas di atas
katil. Beberapa ketika kemudian, selimutnya ditarik lagi.
“Mama, please... Zara nak tidur ni. Semalam Zara
sakit kepala, langsung tak lena,” adu Zara seraya menarik
semula selimut ke mukanya.

19
Tiada Sepertimu

“Anak dara tak baik tidur sampai tengah hari,” bisik


suatu suara garau di tepi telinga Zara.
Mata Zara terbuka luas. Sah! Itu bukan suara
mamanya. Habis tu, siapa? Takkan pencuri pula pagi-pagi
buta ni! Zara mengucap panjang. Janganlah apa yang bermain
di kotak fikirannya benar-benar berlaku.
Perlahan-lahan dia mengintai di sebalik selimutnya.
Serentak gegendang telinganya menangkap bunyi ketawa.
Hampir dia terpegun melihat seorang lelaki muda sedang
berteleku di tepi katil sambil menghadapnya. Zara bingkas
bangun. Bulat matanya memandang anak muda yang
memerhatikannya dengan wajah nakal.
“Romei?” Dia bertanya seakan tidak percaya.
“Ya, aku la ni. Siapa lagi kalau bukan Romei yang
handsome ni,” gelak Romei.
Zara segera mencapai bantai peluknya lalu
dicampak ke arah Romei.
Anak muda itu sempat mengelak seraya terkekeh-
kekeh ketawa.
“Damn you Romei! Siapa suruh kau masuk bilik
aku ni?” jerit Zara geram.
“Kenapa pula tak boleh? Sejak bila seorang adik tak
boleh masuk ke bilik kakaknya?” Romei bertanya nakal.
“Sejak kau tak pernah mau panggil aku kakak.”
“Ala... mengaku ajelah kau malu aku tengok muka
kau yang belum mandi pagi, kan?” usik Romei lagi.
Zara segera memasamkan muka. Dia terburu-buru
turun dari katilnya. “Macam mana kau masuk? Macam mana
kau dapat kunci rumah aku? Mama aku mana?”
Bertalu-talu soalan itu keluar dari bibir Zara.

20
Anita Aruszi

Romei tercengang. “Hei, slow downlah sis. Nak ke


mana tergesa-gesa ni? Bukannya ada kereta api tengah
menanti.”
Zara menunjukkan buku limanya menyebabkan
anak muda itu terkekeh-kekeh ketawa.
“Auntie dah berangkat ke KLIA pagi tadi. Dia nak
terbang ke Jakarta awal pagi ni,” ujar Romei selamba.
“Dia beritahu kau?”
“Tak. Ada nota kat atas meja makan.”
“Habis tu, kau masuk dengan apa?”
Romei terus tersengih lalu menayangkan segugus
anak kunci di hadapan muka Zara. “Kau lupa ke kunci ni
auntie yang beri kat aku sebelum aku ke Australia?”
Zara mengeluh panjang. Entah sudah tidak adakah
manusia normal di dalam keluarganya selain dia dan
ayahnya? Kadangkala perangai Romei dan mamanya sama
sahaja, padahal Romei bukan anak kandung mamanya.
“Sudahlah, kau keluar dulu. Aku nak mandi ni,”
suruh Zara.
“Kalau aku tunggu kat sini?’
“Kau nak mampus?!” jerit Zara seraya mencubit
lengan anak muda itu.
Romei terkekeh-kekeh ketawa saat tubuhnya
didorong oleh Zara keluar dari bilik itu.
Zara segera menutup pintu biliknya seraya
menguncinya. Romei tu bukan boleh dipercayai sangat,
gumam hati Zara. Beberapa ketika kemudian dia tersenyum
sendiri. Senakal-nakal Romei, hanya itulah adik yang dia ada
di dunia ini. Hanya itulah temannya untuk diajak berbicara
jika dia kesepian.

21
Tiada Sepertimu

Lahir sebagai anak tunggal memang membosankan.


Tetapi dalam usianya empat tahun, dia menerima kehadiran
seorang adik. Itu pun setelah ayah dan mamanya bercerai dan
lelaki itu bertemu jodoh dengan seorang wanita yang berasal
dari Kelantan.
Malangnya... sebaik sahaja lahir ke dunia ini, Romei
telah kehilangan ibunya.
Ibu Romei, Kamalia telah meninggal dunia semasa
melahirkan Romei dan sejak itu ayahnya tidak pernah
berkahwin lain. Romei pula membesar di bawah jagaan dan
asuhan adik perempuan ayahnya, Kastima yang dipanggil
mak cu.
Dia pula hidup bersama mamanya yang sentiasa
sibuk terbang ke sana ke mari. Kerjaya mamanya sebagai
Ketua Pramugari membataskan waktu untuk mereka sering
bertemu muka. Dia sendiri hairan kenapa mamanya masih
mampu bekerja di awan biru, biarpun hampir dua puluh
tahun lebih wanita itu terbang ke sana ke mari melihat dunia
luar. Namun diam-diam Zara akui, mamanya masih kelihatan
menarik meskipun sudah mencecah usia empat puluh lima
tahun.
Mendengar ketukan demi ketukan singgah di pintu
biliknya, Zara lekas-lekas mandi dan bersiap. Dia tidak mahu
terus diganggu dengan seribu satu kerenah anak muda itu
yang memeningkan kepalanya. Dari luar suara teriakan
Romei memanggil-manggil namanya membuatkan Zara
mengeluh panjang.

JUS mangga campur laici di dalam gelasnya hampir habis


diminum oleh Romei. Zara hanya menggeleng. Sejak kecil

22
Anita Aruszi

sikap Romei tidak pernah berubah. Sentiasa suka menjamah


makanan atau minumannya. Dia juga kadangkala terikut
dengan sikap anak muda itu. Sering juga jika mereka keluar
makan bersama, masing-masing memesan minuman dan
makanan yang disukai, tapi akhirnya gelas dan pinggannya
akan kekal di hadapan Romei dan begitu juga sebaliknya.
Kata mak cu, mereka seperti adik beradik kembar. Dia hanya
tertawa lucu mendengar komen Kastima.
“Tengok tu, habis laici aku kau makan. Tak acilah
macam ni Romei, ganti balik!” herdik Zara pura-pura
merajuk.
“Eleh, makan sikit pun nak berkira.” Romei
mencebik.
“Gila! Sikit apa macam ni? Semuanya sekali kau
dah bedal,” balas Zara, tak mahu mengalah.
Romei ketawa besar. Anak muda itu tunduk
memandang jus tembikai di hadapannya yang belum luak.
Belum sempat Zara bersuara, sepantas kilat Romei
mengambil jus tembikainya lalu dituang separuh ke dalam
gelas Zara.
Gadis itu terpempan sebentar.
“Romei!” Zara terjerit agak kuat. Hampir dia terlupa
di mana dia berada ketika itu.
Romei tergelak. “Hah sekarang hamba dah siapkan
jus mangga laici habis bersiram tembikai untuk tuan puteri.”
Zara terkedu sekejap melihat jus mangganya yang
sudah bertukar warna. Dia berkalih wajah memandang anak
muda itu. Romei terkelip-kelip memandangnya dengan muka
seposen. Dia tidak dapat menahan senyum. Berkerut-kerut
mukanya cuba menahan. Tapi akhirnya gerak-geri Romei
membuatkan tawanya tiba-tiba meledak.

23
Tiada Sepertimu

Mujur sajalah ayahnya, Bakhtiar tidak ada bersama.


Jika tidak, tentu panjang lebar leteran orang tua itu. Pasti ada
saja yang tidak kena dengan tingkah lakunya di mata lelaki
itu. Zara tersenyum simpul.
Melihat lesung pipit yang terukir di wajah Zara,
Romei turut tersenyum. Dia menopang dagu sambil
memandang wajah Zara yang redup dengan sepasang alis
mata yang indah terbentuk. Sejak dulu dia tidak pernah puas
menatap wajah kakaknya itu. Kadang-kadang kalau Zara
datang melawatnya di sekolah berasrama penuh, dia dengan
bangga akan memperkenalkan Zara sebagai kakaknya. Malah
semakin dia bangga jika ada teman-temannya yang memuji
Zara yang manis dan ayu biarpun tanpa disaluti mekap.
“Macam mana dengan beruang koala kat sana? Tak
rindu ke?” tanya Zara seraya menyuap sekeping sandwic ke
dalam mulutnya.
“Nak rindu apanya? Malaysia dengan Australia
bukannya jauh sangat pun.”
“Kenapa tak ikut kawan-kawan bercuti? Kenapa nak
balik ke sini?” tanya Zara lagi.
Romei membeliakkan matanya.
“Hai macam tak suka aje aku balik,” tukas Romei
pura-pura sedih.
Zara tergelak besar melihat mimik muka yang
ditunjukkan oleh anak muda itu.
“Bukan macam tu. Aku cuma confuse sikit.
Selalunya budak-budak yang belajar kat luar negara macam
kau ni, tak pernahnya nak balik time-time semester break ni.
Daripada balik Malaysia, baik ambil kesempatan pergi
melancong. Kau ni terbalik pulak,” komen Zara.

24
Anita Aruszi

“Itu orang lain, aku lain,” sambut anak muda itu.


“Aku lebih suka habiskan masa dengan famili,
terutamanya kakak comel aku ni. Nak berjalan, bila-bila pun
boleh,” jawab Romei.
“Yo la tu...” cebik Zara sambil menghirup jus
tembikai milik Romei yang masih tinggal separuh.
Romei hanya membiarkan. Matanya terarah ke
wajah di hadapannya.
Menyedari dirinya dipandang sebegitu rupa, Zara
mengerutkan dahinya. “Kenapa kau pandang aku macam tu?”
Romei tersenyum. Entah patut atau tidak dia
bertanyakan Zara perihal semalam. Lagi-lagi leteran ayahnya
membuatkan dia mula naik lemas. Jika tidak dapat Zara, dia
yang akan jadi mangsa ayahnya. Entah sejak bila lelaki itu
suka berleter begitu. Dulu tidak pula! “Sis, tanya sikit….”
“Hah, apa dia?”
“Semalam apesal kau tak datang dinner tu?”
Zara terdiam. Bukan dia tidak mahu datang, tapi
keadaan yang tidak mengizinkan. Lagi pula selepas dia balik
dari restoran tempoh hari, dia terus diserang flu. Mujurlah
baki ubat semasa dia sakit dulu masih ada. Nasib baik
sakitnya tidak melarat teruk.
Memang sejak dulu badannya lemah. Kerap jatuh
sakit jika berhujan atau berpanas di luar.
“Berdiri kat situ dengan baju basah boleh buat awak
demam.”
Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata lelaki yang
dijumpainya di luar restoran malam semalam. Pandai lelaki
itu menzahirkan kata. Tidak semena-mena dia terus diserang
selesema selepas pulang semalam.

25
Tiada Sepertimu

“Ayah macam mana?” tanya Zara tiba-tiba.


Sengaja dia mahu menghilangkan ingatannya dari
terus terkenangkan lelaki di restoran itu.
“Macamlah kau tak kenal ayah tu. Sedikit sebanyak,
berbunyilah juga mulut dia tu... tapi sekejap aje. Kenapa kau
tak ada semalam? Bosanlah aku dengan semua kawan-kawan
ayah tu,” keluh Romei.
“Sorrylah Romie, semalam aku ada hal penting.
Bukan aku tak nak datang celebrate birthday kau tapi tak
sempat. Tapi aku janji, lain kali kita keluar sama-sama. Aku
ganti balik kek birthday tu. Kau cakap saja kau nak apa,” janji
Zara.
“Betul?” tanya Romei dengan mata yang bersinar-
sinar.
“Hah! Jangan pulak kau fikir nak minta yang
bukan-bukan.” Getus Zara memberi amaran, menyebabkan
anak muda itu ketawa besar.

26
Anita Aruszi

Bab 3
B
AKHTIAR merengus tatkala
ternampak kelibat anak gadis
itu mengekori Romei dari arah
belakang.
Zara yang melihat reaksi ayahnya terasa sedikit
gugup, serba tidak kena. Mahu saja dia menghilangkan diri
ketika itu juga, kalau bukan Romei menarik tangannya
separuh memaksa. Entah mengapa, sikap perengus lelaki itu
tidak pernah berubah sejak zaman muda sehinggalah ke tua.
Agaknya sebab itulah jodoh mamanya dengan lelaki itu tidak
kekal lama.
“Ayah dah makan?” tegur Romei sambil bersalam
dengan lelaki itu.
Selepas Romei, giliran Zara pula mengikut jejak
adiknya. Tangan ayahnya dikucup lembut.
Terkelip-kelip mata Bakhtiar memerhatikan sikap
Zara.
“Dari mana ni?” tanya Bakhtiar entah pada siapa.
Wajahnya masam kelat.

27
Tiada Sepertimu

“Romei baru balik makan dengan Zara, ayah,” sahut


Romei.
“Kak Zara.” Bakhtiar membetulkan.
“Apa sedap betul bahasa kamu ni Romei? Zara tu
kan kakak kamu,” sambung lelaki itu.
Romei hanya tersengih seraya melirik ke arah Zara.
Zara ingin ketawa tapi tidak berani berbuat
demikian di hadapan orang tua itu.
“Ke mana kamu malam semalam Zara?” tanya
Bakhtiar sambil menghalakan matanya ke wajah anak
gadisnya.
“Kak Zara demam semalam ayah,” celah Romei
tiba-tiba.
Zara terpegun. Dia menjeling Romei, namun wajah
anak muda itu selamba sahaja. Zara mengalihkan
pandangannya semula. Hatinya berdebar-debar tatkala
matanya berpapasan dengan renungan si ayah.
“Betul kata Romei tu?” soal Bakhtiar ingin tahu.
Zara terus terdiam. Dia serba salah. Jari-jemari
Romei galak menguis-nguis tangan di belakangnya. Dia tahu
Romei mahu dia mengiakan kata-kata itu. Perlahan-lahan
Zara mengangguk. Terdengar keluhan kecil keluar dari bibir
ayahnya.
“Kalau tak sihat kenapa tak call ayah, beritahu
sepatah dua. Apa ayah ni dah tak penting dalam hati kamu?”
Bakhtiar kelihatan tidak senang hati.
“Bukan macam tu ayah, Zara tak larat sangat nak
telefon ayah masa tu.”
“Mama kamu mana?”

28
Anita Aruszi

“Mama tak ada ayah. Dia terbang ke Jakarta pagi


tadi,” beritahu Zara perlahan.
Bakhtiar merengus. Memang ragam bekas isterinya
itu tidak pernah berubah. Dari dulu asyik sibuk terbang ke
sana ke sini. Itulah punca kenapa mereka bercerai dulu. Dia
tidak betah beristerikan wanita yang lebih sibuk darinya.
Sepanjang perkahwinan mereka dulu, hendak bertemu muka
punyalah sukar. Dalam seminggu hanya dua hari dia dapat
bersua muka dengan Rubiah. Selebihnya dia hanya mampu
mencongak dengan jari.
“Kamu singgah di sini malam ni? Makan dengan
ayah,” pelawa Bakhtiar. Hatinya sudah mula sejuk. Lagipun
tidak guna dia terus marah-marah jika anak itu sendiri sudah
mahu menjenguk muka.
“Errr... sebenarnya Zara ada kerja lagi lepas ni
ayah.” Balas Zara memberi alasan.
Bakhtiar terdiam mendengar kata-kata anak
gadisnya. Entah kenapa, kadangkala dirasakan Zara seperti
sengaja mahu mengelak dari bertemunya. Kemesraan di
antara anak dan ayah bagaikan tidak wujud langsung di
antara mereka. Kadangkala dia kesal kerana terpaksa beralah
menyerahkan Zara ke dalam jagaan Rubiah dua puluh tahun
yang lalu.

MATA Zara dihalakan ke arah sekumpulan pejalan kaki


yang sedang melintasi petak kuning di hadapan keretanya.
Ingatannya tertumpu pada raut wajah ayahnya yang muram
sewaktu dia meminta diri mahu pulang tadi. Entah kenapa,
hatinya rasa tidak sedap pergi begitu sahaja. Demi Allah,

29
Tiada Sepertimu

bukan niatnya mahu mengelakkan diri dari lelaki itu. Cuma...


setiap kali dia berhadapan dengan lelaki itu, tidak tahu
kenapa, lidahnya lebih betah membisu.
Sewaktu usianya menjangkau tiga tahun, ayahnya
menceraikan mamanya dan berkahwin lain. Sejak itu dia
jarang-jarang melihat ayahnya. Maka tak mustahil jika
hubungan mereka dua beranak tidak mesra.
“Mama, kenapa ayah tak tinggal dengan kita?”
Pernah dia melontarkan pertanyaan itu. Hatinya
ketika itu mudah tercuit apabila teman-teman sekolahnya
dihantar oleh ayah masing-masing. Hanya dia yang sering
keseorangan menanti bas untuk pulang ke rumah.
Namun riak wajah mamanya tenang sahaja ketika
menjawab soalannya. “Ayah sibuk, dia tak boleh tinggal
dengan kita.”
“Habis tu, mama pun sibuk. Selalu tinggalkan Zara
sorang-sorang kat rumah,” sambungnya.
Ketika itu dia terlalu kecil untuk mengerti.
Mamanya pula hanya tertawa dengan telatahnya. Dan selepas
itu perbualan mengenai ayahnya tamat begitu sahaja.
Begitulah selalunya yang terjadi jika dia membawa isu
ayahnya di dalam perbualan mereka.
Ketika kereta yang dibawanya melewati sebuah
restoran, Zara menghentikan kereta. Matanya tertarik
memandang restoran yang dikunjunginya semalam. Entah
kenapa, terniat di hatinya mahu singgah minum di situ. Lagi
pula dia masih belum berkesempatan mahu merasa makanan
di restoran itu apabila Datin Kamisah dan ‘anak ikannya’
terburu-buru balik begitu saja semalam.

30
Anita Aruszi

Bab 4
D
IA masih lagi tekun
menyelesaikan beberapa kerja
yang terbengkalai di biliknya.
Makanan tengah hari yang dihantar oleh salah seorang
pekerjanya sebentar tadi langsung tidak disentuh. Hanya air
sahaja yang luak. Memang sudah menjadi prinsipnya sejak
dulu, jika bekerja harus bersungguh-sungguh. Dan itulah
yang selalu dilakukannya untuk sampai ke tahap sekarang.
Matanya masih ralit meneliti laporan perbelanjaan
bulan lepas yang menunjukkan peningkatan dari segi jumlah
keuntungan serta pusingan modal. Bibirnya melukis
senyuman lega. Tak sia-sia dia berpenat lelah selama tiga
tahun, jika hasil yang diperolehinya sebaik ini. Kadangkala
datang juga rintangan sewaktu dia mula-mula berniaga dulu.
Tapi dia tidak mudah melatah atau putus semangat. Setiap
rintangan dihadapi dengan azam dan kesungguhan. Dan
alhamdulillah, segala-galanya menjadi lancar selepas itu.
Tiba-tiba pintu di hadapannya ditolak kasar dari
arah luar. Lamunan singkatnya terus ranap dalam sekelip
mata.

31
Tiada Sepertimu

Matanya membuntang melihat kerut resah gadis di


hadapannya. “Apesal ni?”
“Encik Keifli, ada customer bergaduh kat depan.
Hakim dengan Kak Ros dah cuba leraikan, tapi tak boleh,”
beritahu Kristine, gadis Cina-Sabah itu dengan kalut.
Keifli tergamam. Bergaduh? Dia segera menutup
fail di hadapannya seraya meluru keluar dari bilik.
Dari jauh dia melihat beberapa pekerja dapur
sedang terintai-intai dari celah pintu. Suara riuh-rendah dari
luar, cepat ditangkap oleh gegendang telinganya. Dia segera
menguis bahu salah seorang pekerja.
Melihat kehadiran Keifli, Umie tersenyum simpul
lalu segera memberi laluan.
Keifli turut sama menjengah bersama pekerja-
pekerjanya. Dari jauh, dia nampak jelas pertengkaran dua
wanita di hadapan seorang lelaki separuh umur yang
kelihatan serba salah.
“Nak buat report ka bos?” bisik Amran dengan
loghat utaranya yang pekat.
“Kenapa tu? Perang dunia ketiga ke?”
“Huih, ini bukan perang dunia ketiga dah. Tapi dah
jadi perang torpedo US dengan Iraq,” sampuk Ruzaini, salah
seorang tukang masak di Restoran De’Raya.
“Apa kes?”
“Depa tu berebutkan jantan tua tu, bos. Isteri muda
tu datang makan-makan, lepaih tu muncul pulak isteri tua tu
dok marah-marah. Apa lagi cabai naik ke mulut la.” Amran
galak bercerita.
“Pandailah kau ni Am,” rungut Umie sambil
mencebikkan mulutnya.

32
Anita Aruszi

“Yang mana satu isteri tua tu? Yang rambut


kerinting tu ke?” Mata Keifli terperosok pada seorang wanita
yang nampak lebih tua dari yang seorang lagi.
“Dak aih, yang tua tu isteri muda. Yang muda tu
pulak isteri tua.” Amran membetulkan sangkaan Keifli.
“Awat jadi lagu tu, Am?” Keifli tiba-tiba berloghat
utara pula sambil menggaru kepala.
“Dunia ni bos, macam-macam ada,” balas Amran.
Keifli terkekeh-kekeh ketawa. Pekerjanya yang
seorang itu memang kuat loyar buruknya. Dia faham sangat
dengan sikap Amran itu.
Perlahan-lahan Keifli melangkah keluar, mendekati
aura-aura ribut yang tidak menampakkan tanda-tanda mahu
berhenti. Dia tercegat di hadapan wanita-wanita itu. Dari situ
dia dapat mendengar setiap bait kata yang mengancam pihak
lawan.
“Kau jangan nak cari pasal dengan aku. Kau yang
rampas laki aku.”
“Siapa yang rampas siapa ni? Laki aku tu bercinta
dengan aku dulu. Sejak zaman sekolah lagi. Secara teknikal,
sebenarnya kau tu yang perampas,” tuduh isteri muda.
“Macam mana ni Encik Keifli?” Rosnah berbisik di
telinga Keifli.
Entah sejak bila wanita itu muncul di sampingnya.
Keifli terdiam. Dia segera merapati kedua-dua wanita itu.
Wajah kedua-dua madu itu dipandang silih berganti.
“Puan, maaf saya mengganggu. Boleh tak kalau
puan-puan berdua selesaikan hal ni secara aman? Kalau
puan-puan tak keberatan, kami ada bilik rehat di tingkat
atas,” pujuk Keifli dengan nada lembut.

33
Tiada Sepertimu

“Awak ni siapa?” Isteri tua yang berwajah muda itu


memandang ke arahnya.
“Saya Keifli, pemilik restoran ni,” ujar Keifli sopan.
Walau bagaimana hiruk-pikuk sekalipun keadaan
restorannya, namun hati pelanggan mesti dijaga. Sudah
tertera kalimah itu di dalam diari semua peniaga sepertinya.
“Itulah abang dah cakap, jangan bergaduh. Malu
orang tengok ni. Apa-apa hal kita bincang kat rumah.” Si
suami yang berkepala hampir botak menyampuk dengan
wajah resahnya.
“Oh, baru tahu malu! Dulu you tak malu nak
kahwin lain. Anak dah dua, you cari jugak girlfriend lama you
ni,” sanggah wanita yang agak bergaya itu.
Lelaki itu terdiam. Cakap isterinya langsung tidak
dibantah.
Macam ni pun boleh pasang sampai dua, detik hati
Keifli. Dia menahan gelaknya daripada pecah.
“Begini puan, saya rasa baik puan-puan dan encik
naik ke tingkat atas. Berbincang baik-baik secara damai. Saya
berbesar hati nak belanja encik suami isteri bertiga merasa
hidangan istimewa di restoran kami. Encik tak perlu bayar,
ini hadiah daripada saya dan semua pekerja De’ Raya,” usul
Keifli masih dengan nada sopan.
Lelaki itu terdiam. Dia malu berhadapan dengan
orang-orang di sekelilingnya. Nampak sangat dia bukan
suami yang baik kerana tidak mampu mendamaikan kedua-
dua isterinya yang bercakaran.
“Tak apalah Encik Keifli. Terima kasih atas niat baik
Encik Keifli tu. Tapi rasanya baik kami beredar dari sini.
Kasihan pula kat orang lain yang terganggu sebab masalah

34
Anita Aruszi

rumah tangga saya ni,” ujar lelaki itu lemah. Dia memandang
kedua-dua isterinya silih berganti.
“Abang nak balik. Kalau kamu berdua tak rasa malu
nak bergaduh kat sini, teruskanlah bergaduh sampai esok.
Kalau tidak, ikut abang pergi dari sini,” tegas lelaki itu seraya
mengatur langkah beredar dari situ.
Kedua-dua wanita itu terjerit-jerit memanggil
suami mereka sambil tolak menolak mengejar sang suami.
“Wah bestlah bos ni, cakap macam tu pun dah boleh
selesaikan masalah,” puji Hakim yang sedari tadi hanya
menjadi pemerhati setia.
Rosnah turut tersenyum. Diam-diam dia kagum
pada majikannya itu. Sudahlah ada karisma, pandai pula
menyusun bicara. Sekejap sahaja masalah yang nampak
rumit jadi mudah di hujung suara Keifli.
Keifli hanya tersenyum. Sebenarnya dia bukan
berniat mahu menghalau pasangan suami isteri itu. Malah
dia ikhlas dengan kata-katanya, namun apakan daya kalau
niat baiknya ditolak mentah-mentah.
Keifli memusingkan tubuh, mahu beredar ke
pejabatnya. Masih ada banyak urusannya yang masih belum
selesai. Belum sempat dia melangkah, matanya terpandang
seraut wajah yang sedang memerhatikannya dari sebuah
meja. Langkah Keifli tidak jadi diatur. Macam kenal! Seketika
kemudian, bibir Keifli mula melemparkan senyuman. Gadis
malam semalam, detik hati kecilnya. Kenapa dia ada di sini?
Mahu singgah makankah?
Dia ingin melangkah menuju ke arah gadis itu,
namun gadis itu tiba-tiba berpaling. Keifli melihat gadis itu
mengambil tempat duduk di sudut anjung berdekatan kolam
buatan kecil, menghadap ke arah sekeping potret besar

35
Tiada Sepertimu

lukisan pelukis tempatan. Dia tidak jadi meneruskan langkah.


Obviously gadis itu sedang mengelak dari aku, hati
kecilnya berdetik. Mustahil gadis itu tidak perasan akan
kehadirannya. Bukankah mata yang bulat bersinar itu
memandang tepat ke arahnya sebentar tadi? Dia tahu gadis
itu masih mengingatinya. You know me but you don’t want
to get to know me.
Keifli tersenyum sendiri. Langkahnya segera diatur
ke pejabatnya. Sedikit pun dia tidak sedar, langkahnya diintai
oleh sepasang mata yang tekun menilik.

SEGELAS mug besar berisi kopi diletakkan di hadapan Zara


bersama sepiring jeli. Dia terpinga-pinga menatap mug
lebar yang agak cantik itu. Kopi di dalamnya masih berasap,
mengeluarkan aroma yang cukup enak. “Sorry, rasanya saya
tak pesan kopi ni.”
Pelayan lelaki itu hanya tersenyum simpul
mendengar kata-kata Zara yang jelas kebingungan itu.
“Rasanya ini kali pertama cik datang makan kat sini, kan?”
Lambat-lambat Zara menganggukkan kepalanya.
Macam mana dia boleh tahu pulak?
“Biasanya kalau pelanggan restoran ni datang
makan tengah hari di sini atau makan hidangan petang, kami
akan sediakan kopi percuma dan sedikit dessert. Ini memang
budaya restoran ni sejak dulu lagi,” jelas pelayan itu.
Barulah Zara faham kedudukan sebenarnya.
Hmmm.. not bad konsep restoran ni, diam-diam dia memuji.
Belum jauh pelayan itu beredar, Zara tiba-tiba

36
Anita Aruszi

pantas memanggil pelayan tersebut. “Errr... sekejap, boleh


saya tanya sesuatu?”
Pelayan itu tegak berdiri di hadapan Zara, sabar
menanti soalan gadis itu.
“Saya nak tahu, lelaki tadi tu siapa?” tanya Zara,
perlahan. Malu juga kalau-kalau pertanyaannya disalahertikan
oleh pelayan itu.
“Lelaki yang mana satu?” tanya pelayan itu.
“Yang pakai kemeja lengan panjang berjalur kelabu
tu. Lelaki yang bercakap-cakap dengan pasangan suami isteri
yang tengah bergaduh tadi,” jelas Zara.
“Ohhh... itu Encik Keifli, pemilik restoran ni,”
beritahu pelayan itu sambil tersengih.
Zara terkedu. Pemilik restoran? Pada mulanya dia
ragu-ragu, apakah lelaki yang nampak tenang meleraikan
pelanggan yang bergaduh tadi benar-benar lelaki yang
ditemuinya malam semalam?
Namun setelah bertentang mata dengan lelaki itu
tadi, dia mula yakin. Apatah lagi lelaki itu juga seolah-olah
mengenalinya. Mujurlah dia cepat-cepat berpaling. Berpura-
pura tidak kenal rasanya lebih baik dari dia berhadapan
dengan lelaki itu. Malu kerana peristiwa semalam masih
menebal di mukanya. Tak mungkin dia akan membiarkan
lelaki itu terus mentertawakan kebodohannya semalam.

37
Tiada Sepertimu

Bab 5
“M
ACAM MANA you buat
kerja ni Zara sampai
dokumen sepenting ini
pun pelanggan lupa nak sain? Apa yang tak kena dengan you
ni?” rungut Encik Hasyim seraya menggelengkan kepalanya.
Dokumen yang lengkap berisi, tetapi kosong tidak
bertandatangan itu dipandang serius. Beberapa ketika,
pandangannya beralih ke wajah Zara.
“Dah berapa lama you kerja kat sini? Dah enam
bulan, kan? Takkan benda senang macam ni pun nak kena
diajar,” sindir lelaki itu agak pedas.
“Saya tahu Encik Hasyim, salah saya. Memang saya
betul-betul lupa,” ujar Zara mengaku kesilapan dirinya. Dia
terlalu cuai. Keluhan panjang meniti keluar dari bibirnya.
Entah bagaimana dia boleh terlupa meminta Jaherry
menandatangani dokumen-dokumen yang telah diisi dua
hari sebelumnya.
“Apa kata Encik Hasyim?” soal Zackry ketika gadis
itu keluar dari bilik ketuanya.

38
Anita Aruszi

Zara tidak terus menjawab. Langkahnya diatur


lemah menuju ke mejanya.
Zackry mengekori dari belakang.
“Dia marah kau teruk ya,” duga Zackry bagaikan
mengerti apa yang sudah berlaku di dalam sana.
“Teruk? Huh! Dah jadi nightmare,” keluh Zara.
“Come onlah, takkan seteruk itu. Lagipun ini bukan
cerita tentang Freddy Nightmare of Elm Street,” canda
Zackry seraya tertawa polos. Sengaja dia mahu memancing
reaksi Zara agar bertenang.
“Memanglah bukan Freddy Nightmare, tapi Hasyim
Nightmare tu tetap ada.” Zara mencebik. Tiba-tiba dia
mengalihkan pandangannya ke wajah Zackry.
Anak muda itu tergamam. Renungan mata Zara
seperti ingin mengatakan sesuatu.
“Zack, kau rasa aku ni bersikap diskriminasi ke?”
soal gadis itu.
Zackry terpegun. Bulat matanya memandang Zara
yang kelihatan bingung. “Apesal pulak kau cakap macam tu?”
Zara tidak terus menjawab. Dia memusingkan
kerusinya menghadap ke arah Zackry yang turut duduk di
salah sebuah kerusi di situ. “Sebenarnya semua ni salah aku.
Aku yang berat hati nak accept dia beli polisi insurans ni
dengan aku. Sebab dia….”
“Sebab dia ‘anak ikan’ Datin Kamisah? Sebab kau
rasa dia tu gigolo, begitu?” pintas Zackry pantas.
Zara lambat-lambat mengangguk.
“Memang dah jelas tertulis kat muka aku ke?” tanya
Zara dengan wajah muramnya.

39
Tiada Sepertimu

Zackry tersengih. Wajah gadis teman satu


universitinya itu dipandang agak lama. Kadangkala memang
diakui hati gadis itu ada kerasnya, lebih-lebih lagi bila
bercakap soal prinsip atau moral. Tapi sekeras-keras hati
Zara, tetap jua terselit kelembutan serta santun jiwa seorang
gadis Melayu.
“Zara, biarpun Si Jaherry tu gigolo sekalipun, tapi
dia tetap manusia. Ada hak yang sama macam orang lain.
Kalau kau sisihkan dia semata-mata kerana kerjanya,
bukankah kau sama sahaja macam manusia-manusia lain
yang pernah kau bencikan dulu?”
“Habis tu, kau rasa apa patut aku buat?”
“Senang saja. Kau call dia balik dan tetapkan
pertemuan baru. Minta dia tandatangan borang-borang tu
semua,” cadang Zackry.
Zara terdiam. Dia akui kata-kata Zackry ada
benarnya. Seharusnya dia tidak bersikap berat sebelah semasa
menjalankan tugasnya. Meskipun dia jijik dengan pekerjaan
lelaki itu, tapi apa haknya untuk menilai lelaki itu luar dan
dalam? Zara… be real. Ini Kuala Lumpur, di sini ada pelbagai
ragam manusia. Di Kuala Lumpur ini saja ada berlambak-
lambak gigolo. Itu belum termasuk kategori gay atau
transgender.
“So?” Zackry bertanya.
Zara memandangnya tidak berkelip. Bibir gadis itu
diketapkan menampakkan dua lekuk di pipi.
“Yelah… nanti aku set up meeting baru. Puas hati?”
Zara tersengih akhirnya.
Lelaki itu ketawa, sempat mencuit hidung Zara
yang kecil lagi comel itu.

40
Anita Aruszi

Zara terkejut besar.


“Hey bro, jangan sentuh hidung aku!” herdik Zara
pura-pura marah. Sejak dulu, Zackry suka mempermainkan
dia begitu. Dia segera mengejar Zackry yang terus-menerus
ketawa melihat reaksinya.
Encik Hasyim yang baru keluar dari bilik pejabatnya
tergamam melihat tingkah laku Zackry dan Zara yang saling
kejar mengejar di ruang pejabat. Dia yang hendak marah,
akhirnya tidak jadi apabila melihat pekerja-pekerjanya ketawa
geli hati dengan adegan usik-mengusik di antara Zara dan
Zackry. Akhirnya dia turut sama tersenyum. Siapa yang tak
pernah muda beb!

SEBAIK meletakkan keretanya di kawasan parking tersedia di


kawasan itu, Zara lekas-lekas memasuki sebuah Fitness Club
di kawasan Damansara. Dia sebenarnya tidak pernah ke situ
sebelum ini, hanya pernah beberapa kali lalu kerana salah
seorang kawannya tinggal di kawasan berhampiran.
“Cik, kafeteria kelab ni di mana?” tanya Zara pada
gadis yang bertugas di kaunter pintu masuk.
“Kat sebelah hujung sana,” tunjuk gadis itu.
Zara berpaling ke arah yang ditunjukkan. Selepas
mengucapkan terima kasih, kakinya terus dihela memasuki
kafeteria tu. Setiap ceruk kafeteria yang dipenuhi ramai
pengunjung diperhatikan. Kebanyakannya datang mahu
melepaskan penat setelah lelah bersenam di situ.
Namun kelibat lelaki yang dicarinya gagal ditemui.
Zara mengeluh panjang. Belum sampaikah dia? Teringat dia

41
Tiada Sepertimu

pada kata-kata Jaherry yang mengajaknya bertemu di situ.


Mulanya dia menolak, kerana dia rasa janggal bertemu di
gym yang tidak pernah dimasukinya selama hayatnya. Tapi
lelaki itu tetap berkeras. Alasannya dia mempunyai rutin
senaman di situ setiap tiga kali seminggu.
Mata Zara terus meliar memerhatikan keadaan
sekelilingnya. Langsung dia tidak sedar seorang lelaki sedang
melangkah deras menuju ke arahnya. Serentak dia berpaling.
Tubuh lelaki itu begitu hampir, membuatkan dia tidak sempat
melarikan wajahnya, dan… serasa jantungnya terhenti
berdegup. Wajahnya masih tersembam ke dada lelaki itu.
Zara memejamkan matanya. Aduh, malunya!
“Sampai bila kau nak sorokkan muka kat dada aku
ni?” Suara itu melontar pertanyaan.
Perlahan-lahan Zara mengangkat mukanya. Zup!
Matanya berpapasan dengan seraut wajah yang tersenyum
memandangnya. Wajah si lelaki yang sering terserempak
dengannya sejak akhir-akhir ini membuatkan lidahnya kelu
dan dia terasa seperti mahu ghaib saat itu juga. Oh, Tuhan!
Please… hilangkan aku sekarang juga dari tempat ini!
Ternyata doanya tidak dikabulkan Tuhan saat ini….
“Hey it’s you,” tegur lelaki itu.
Zara terpegun sekali lagi. Kenapa denganku Ya
Allah? Sihir apakah yang dikenakan oleh lelaki itu terhadapku
kali ini? Sihir dari tujuh petala langit agaknya!
“Still remember me?” tanya lelaki itu.
“Sorry, I don’t know you,” jawab Zara. Dia segera
berpusing, mahu angkat kaki dari situ. Tapi entah apa
silapnya, muncul seorang pelayan dari arah bertentangan.
Dia tidak sempat mengelak dan...

42
Anita Aruszi

Prak!!! Dulang yang dibawa oleh pelayan itu


melambung ke arahnya.
Buntang mata Zara memandang bajunya yang
basah lencun itu.
Wajah si pelayan berubah pucat.
Melihat baju Zara yang berwarna putih kini sudah
bertukar warna, lelaki itu sudah tidak mampu
menyembunyikan tawanya dari terburai.
“Maaf cik, saya tak sengaja,” ujar pelayan itu.
Sedikit serba salah apabila melihat Zara yang kaget.
“Nanti saya bersihkan…” ujarnya tergagap-gagap.
“Tak… tak apa. Saya bersihkan sendiri,” ujar Zara
apabila pelayan itu cuba menghampirinya.
“Restroom kat mana?” tanya Zara. Dia cuba
berlagak cool sedangkan Tuhan sahaja yang tahu betapa dia
malu menjadi perhatian pengunjung-pengunjung di kafeteria
itu.
Pelayan itu menunjukkan ke suatu arah.
Zara terus mengatur langkah lemah menuju ke
arah restroom. Dia membersihkan bajunya sambil merungut.
Entah apa malang nasibnya hari ini. Mula-mula dia dimarahi
oleh Encik Hasyim, kini disimbah air pula. Sudahlah tu, dia
bertemu pula dengan lelaki yang menjengkelkannya sejak
beberapa hari yang lalu. Entah apa dia buat di sini? Asal aku
ada, dia pun ada. Kat mana-mana pun aku asyik nampak
muka dia aje, rungut Zara geram. Bengang dia apabila lelaki
itu terus-terusan mentertawakannya.
Sebaik dia keluar dari pintu tandas, wajah itu
terpacul lagi, betul-betul di hadapannya. Zara terpanar. Jelas
mata lelaki itu merenung tepat ke arahnya. Dadanya mula

43
Tiada Sepertimu

berdebar-debar. Kenapa dengan dia? Tak mungkin dia


menanti aku! Zara mengatur langkah sambil dengan
selambanya melewati tubuh tinggi lampai yang nampak segak
dengan tracksuit berwarna putih itu.
Tiba-tiba, tubuh lelaki itu menghalang laluannya.
Zara menggetapkan bibir. Entah mengapa, dia merasakan
lelaki itu seperti sengaja mahu mencari pasal dengannya. Dia
mendongak dengan wajah garang. “Kau nak apa?”
Lelaki itu tersenyum. “Maaf sebab ketawakan kau
tadi. Tiba-tiba aku teringat masa kau kena simbah air di
hadapan Restoran De’Raya. It is kind of weird when we keep
bumping into each other like this.”
Zara terkedu. Serta-merta wajahnya berubah merah
padam. Dia benar-benar malu apabila lelaki itu tiba-tiba
mengungkit kejadian malam itu. “Jadi? Kau nak cakap apa
sebenarnya?”
“Aku cuma nak beritahu, dekat tingkat atas ada satu
kedai jual pakaian senaman. Kalau kau rasa nak tukar baju
tu, baik kau beli baju tu kat atas.” Ujar lelaki itu lagi seraya
ketawa.
Mata Zara tunduk memandang pakaiannya yang
agak comot dengan kesan-kesan jus oren. Dan kata-kata
lelaki itu mula termakan pujuk olehnya.

“I tak tahu pulak yang Cik Zara pun suka bersenam di sini,”
ujar Jaherry ketika bertemu gadis itu.
Zara hanya tersenyum. Mulanya dia serba salah juga
mahu memakai pakaian itu, namun melihat ramai orang di

44
Anita Aruszi

situ berpakaian yang sama, dia cepat-cepat menangkis rasa


malunya. Lagipun memakai pakaian senaman itu, apalah
sangat jika dibandingkan dengan pakaiannya yang berbau
buah oren.
“Cik Zara nampak makin cantik dengan pakaian
tu,” puji Jaherry lagi sambil merenung wajah gadis di
hadapannya. Raut wajah gadis itu membuatkan dia terpesona
seketika ketika kali pertama mereka bertemu dulu. Kini tanpa
kehadiran Datin Kamisah, dia berani memandang Zara lebih
lama.
“Sebenarnya saya ajak Encik Jaherry keluar sebab
nak bincang tentang polisi insurans tempoh hari. Ada
beberapa dokumen yang saya lupa nak suruh Encik Jaherry
sain,” ujar Zara berterus terang. Lagipun dia tidak gemar
dengan kata-kata manis yang meniti dari bibir lelaki itu yang
kerap memujinya.
“Please, panggil saya Jerry saja.”
“Baiklah Jerry. So, can we discuss about the policy
terms now?”
“Tak payahlah serius sangat. Saya percaya Cik Zara
seratus peratus,” ucap Jaherry dengan suara lembut
mendayu.
Zara terkedu. Sikap lelaki itu mula melemaskannya.
Dia sedar, Jaherry sedang cuba mendominasikannya. Tanpa
bertangguh dia segera mengeluarkan dokumen-dokumen
penting dari dalam beg sandang yang dibawanya. Dokumen
itu segera diletakkan di hadapan Jaherry.
“Hari tu saya dah jelaskan pada Jerry tentang
kandungan polisi insurans di mana di dalamnya ada
dijelaskan secara lebih detail tentang tempoh jaminan,
jumlah pampasan yang diberikan dalam tempoh jaminan, caj

45
Tiada Sepertimu

yang dikenakan ke atas tempoh jaminan yang diberi serta


bagaimana mahu menuntut pampasan. Masih ingat lagi?”
tanya Zara.
“Ya, I ingat. Cuma satu saja I nak tahu. Bagaimana
kalau I mahu menuntut pampasan ni?”
“Kalau Jerry memenuhi kriteria syarat-syarat
perjanjian amanah di dalam polisi insurans, maka Jerry
berhak menuntut pampasan seperti yang terkandung dalam
Akta Insurans 1996 dan standard piawaian Bank Negara
Malaysia. Jerry boleh datang ke pejabat kami dan kami akan
bantu membuat proses tuntutan pampasan,” jawab Zara.
“Penting sangat ke insurans nyawa ni Cik Zara? I
tak terfikir sebenarnya nak menginsurankan nyawa I sendiri.
Lagipun kalau nak mati, sekarang pun boleh mati. Tak
begitu?” Jaherry tergelak-gelak kecil.
Zara terpegun mendengar kata-kata lelaki itu.
Sebetulnya ramai orang yang salah faham dengan konsep
insurans nyawa. Dan Jaherry bukanlah satu-satunya orang
yang berpendapat sebegitu.
“Jerry, insurans tidak pernah meletakkan harga
atau nilai pada nyawa seseorang. Tak pernah. Malah kita tidak
perlu kehilangan nyawa untuk mendapat pampasan insurans.
Dalam realiti, pampasan insurans tetap berbayar sama ada
kerana cacat keseluruhan, penyakit kritikal, kemalangan atau
rawatan hospital, tanpa perlu kehilangan nyawa. Jadi tak
mungkin ianya insurans nyawa.
“Life memberi makna lain selain dari nyawa. Dan
makna yang lebih tepat adalah kehidupan itu sendiri. Saya
ambil contoh jika kita nak buat pinjaman rumah di bank.
Untuk memastikan pinjaman kita tetap berbayar apabila kita
sudah mati kelak, pihak bank takkan suruh kita membeli

46
Anita Aruszi

pampasan dari pihak tertentu. Sebaliknya mereka hanya


mahukan jaminan perlindungan atau jaminan kewangan
supaya kalau kita meninggal dunia, pinjaman kita itu akan
dijelaskan oleh pewaris atau penjamin kita. Tapi siapa nak
jamin jumlah pinjaman sebanyak beratus ribu, sedangkan
pinjaman sepuluh ribu pun orang takut nak jamin. Sebab itu
pihak insurans akan sediakan jaminan perlindungan dari
risiko-risiko tertentu. Syarikat insurans tidak menjual
pampasan Jerry, sebaliknya kami hanya memberi jaminan
perlindungan,” jelas Zara dengan panjang lebar.
Jaherry ketawa kecil. “Pandai Cik Zara cakap, buat I
terus setuju. Kat mana I nak sain?”
“Kalau macam tu, Jerry tolong sain dekat sini,”
suruh Zara sedikit lega.
Lelaki itu terus melakukan seperti apa yang
disuruh. “Dah siap. Lupa nak tanya, Cik Zara nak minum
apa?”
“Errr... tak payahlah Jerry. Lepas ni saya kena balik
ke pejabat segera,” pintas Zara cepat-cepat memberi alasan.
“Duduklah dulu Cik Zara. Lagipun bukan selalu kita
boleh jumpa,” pinta lelaki itu.
Mahu tak mahu Zara terpaksa duduk semula.
Dengan cepat, lelaki itu memesan segelas jus
tembikai susu untuknya.
“I perasan Cik Zara macam tak berapa sukakan I.
Kenapa ya?” soal Jaherry tiba-tiba.
Zara tersentak. Alamak, dia tahukah apa yang aku
fikirkan tentangnya? “Kenapa Jerry cakap macam tu?”
“Entahlah, I boleh rasa.”
“Maaf kalau Jerry rasa macam tu. Tapi percayalah

47
Tiada Sepertimu

saya tak ada niat buruk. Hanya tertanya-tanya, itu saja,” ujar
Zara berterus terang.
“Cik Zara tentu nak tahu tentang hubungan I
dengan Datin Kamisah, kan?”
Zara tidak menjawab. Dia sendiri tidak pasti, apakah
dia mahu tahu sesuatu yang langsung tidak ada kena-
mengena dengan hidupnya.
“Ramai yang sangka I dan Datin Kamisah ada
hubungan yang istimewa. Tapi hakikatnya kami hanyalah
rakan perniagaan. Dan memang kami agak akrab sejak akhir-
akhir ini, tapi itu tak bermakna kami bercinta,” jelas Jaherry.
Zara memandang lelaki yang mempunyai iras-iras
Chinese look itu. Entah apakah dia patut percaya pada
kenyataan lelaki itu? Sebelumnya Jaherry mengaku dia tidak
bekerja, tiba-tiba dia mengaku rakan perniagaan Datin kaya
itu pula. Hish mana satu ni? Zara mula keliru.
“I dah lama kenal dengan Datin Kamisah tu. Dia
wanita yang aktif dalam persatuan dan kerap mengadakan
function-function amal. So, I banyak membantu dia
menguruskan majlis-majlisnya,” jelas Jaherry bagaikan tahu
apa yang bersarang di kepala gadis itu.
Zara ingin mengatakan sesuatu, tapi tidak jadi
membuka mulut sebaik terpandang kelibat seseorang di
kaunter kafeteria. Tajam mata Zara menatap ke arah lelaki
yang menyakitkan hatinya tadi. Melihat lelaki itu berpaling
ke arahnya, sepantas kilat Zara mengalihkan pandangan. Dia
tidak mahu bertentang muka dengan lelaki itu.
“Jerry!” laung seseorang kepada Jaherry.
Jaherry dilihat mengangkat tangannya. Zara
mengerling dengan ekor mata. Sekejap sahaja lelaki yang
berada di kaunter tadi sudah singgah di meja mereka.

48
Anita Aruszi

Melihat kehadiran Zara di situ, lelaki itu


menjongketkan keningnya sementelah melihat Zara lengkap
berpakaian senaman.
“Kau buat apa kat sini Kif?” tanya Jaherry.
“Aku kan part time instructor kat sini. Herman
minta aku tolong dia sementara dia dapatkan instructor baru.”
“Oh, macam tu. Oh, ya. Kenalkan, ini Zara Melissa.
Rasanya beberapa hari yang lepas, kau pernah jumpa dia di
restoran kau, kan?” ujar Jaherry.
Mata Keifli beralih ke arah Zara yang membisu
seribu bahasa. Dia sedar, gadis itu kelihatan tidak senang
dengan kehadirannya. Tangannya segera dihulur ke arah
gadis itu. “Keifli. Keifli Benjamin.”
Zara mengangkat muka memandang lelaki itu.
Mata Keifli bercahaya memandangnya. Melihat senyuman itu,
dia tambah sakit hati mengenangkan peristiwa tadi. Tapi
kerana Jaherry ada sama, mahu tak mahu dia memaksa diri
menyambut salam perkenalan yang dihulurkan oleh Keifli.
“Zara. Zara Melissa.”
Tangan mereka bersentuhan. Zara menyedari
sentuhan lelaki itu terasa hangat di tapak tangannya.
Renungan Keifli nampak lembut. Hanya dia yang terasa serba
tidak kena. Malunya masih menebal gara-gara kejadian tadi.
Zara cepat-cepat merungkai tangannya dari pegangan Keifli.
Matanya juga dilarikan. Namun dia sempat melihat senyuman
kecil yang bermukim di bibir lelaki itu.
“Kalau Cik Zara nak tahu, Restoran De’Raya yang
kita pergi tempoh hari sebenarnya milik Keifli. Dia ni bukan
sahaja pandai menguruskan restoran, tapi pandai juga
memasak semua jenis makanan. Terutamanya western food,”
canang Jaherry.

49
Tiada Sepertimu

“Tak payah memuji aku Jerry. Aku tak rasa Cik Zara
ni termakan umpan kau tu,” balas Keifli seraya tersenyum.
Zara terdiam. Jadi betullah Restoran De’Raya itu
milik Keifli seperti yang dijelaskan oleh salah seorang pekerja
restoran itu tempoh hari? Padanlah aku asyik nampak muka
dia kat situ, gumam hati kecil Zara.

ZARA mengeluarkan segugus kunci dari dalam tas tangan


lalu mula membuka pintu kereta. Dia masuk ke dalam perut
kereta sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Seketika,
nombor Zackry didail pantas.
“Helo Zack, aku ni. Tolong beritahu Encik Hasyim,
aku nak terus balik hari ni. Aku dah dapatkan tandatangan
Jaherry. Esok borang ni dah boleh ‘proceed’,” ujar Zara. Dia
mendengar seketika sebelum membalas, “okey, aku jumpa
kau di pejabat esok.”
Tanpa bertangguh, dia segera menghidupkan enjin
kereta. Tapi bunyi enjin keretanya yang tersekat-sekat
menyebabkan Zara mula bimbang. Kenapa pulak enjin ni?
Dia mencuba lagi dan tiba-tiba enjin itu mati begitu sahaja.
Alamak! Takkan baru hantar bengkel dua minggu lepas, buat
hal lagi? dia menggumam geram.
Zara keluar dari keretanya seraya membuka bonet
hadapan. Dia termenung panjang memerhatikan enjin
keretanya. Apa yang rosak sebenarnya? Sparkplug rosakkah
atau coil yang bermasalah? Otaknya benar-benar blur
berhadapan dengan objek mekanikal yang dipanggil ‘kereta’.
Sebuah kereta Toyota Camry melintas di
belakangnya agak laju. Zara berasa terganggu dengan bunyi

50
Anita Aruszi

enjin yang menderum bising. Dia berpaling acuh tak acuh.


Kereta yang telah maju ke hadapan itu tiba-tiba diundur
semula membuatkan Zara tercengang. Siapa pulak ni?
Cermin kereta diturunkan. Satu wajah menjenguk
keluar dari cermin tingkap yang terbuka luas.
Zara terpaku. Dia lagi!
“Apehal ni?” Keifli bertanya dengan wajah serius.
“Rosak,” jawab Zara sepatah.
Keifli keluar dari keretanya. “Minyak habis?”
“Bukan, tiba-tiba aje enjin ni meragam. Mulanya
enjin tersekat-sekat, lepas tu terus mati,” adu Zara.
Keifli terdiam. Matanya menilik ke arah enjin
sambil tangannya menyentuh beberapa palam dan karburetor.
Dia cuba mencari punca kenapa kereta gadis itu berkeadaan
begitu. Sejurus kemudian, Keifli tersenyum sumbing. “Oh,
patutlah... distributor ada problem ni.”
Zara tercengang. “Distributor? Apa tu?”
Selama ini dia belum pernah mendengar tentang
distributor. Kalau bateri, karburetor, coil atau sparkplug tu
pernahlah juga. Itu pun sebab Romei dan Zackry yang kerap
menunjuk ajar.
“Perempuan… kalau pasal bawak kereta semuanya
terror. Tapi kalau rosak sikit, mulalah panik,” sindir Keifli
sambil tersengih.
Zara mengerutkan dahinya.
“Cik Zara, distributor ni penyambung yang akan
menyambungkan arus elektrik melalui rotor dalam sesebuah
kereta. Dalam kes kau ni, brek penyambung distributor
contact kau ni dah patah. So, sebab tu enjin kereta tiba-tiba
mati,” jelas Keifli.

51
Tiada Sepertimu

“Macam mana nak baiki?” tanya Zara bingung. Dia


sebenarnya langsung tidak faham apa maksud Keifli. Amende
la mamat ni cakap?
“Tak boleh dibaiki lagi. Kau kena tukar dengan
distributor contact yang baru. Jangan bimbang, tak mahal
pun harganya. Murah saja,” ujar Keifli.
Zara tidak menjawab. Bukan soal mahal atau murah
yang sedang difikirkannya. Dia bimbang bagaimana dia mahu
pulang ke rumah dalam keadaan begini. Sudahlah malam ini
dia ada hal penting. Aduh, kereta ni pun satu. Mahal-mahal
aku beli, baru setahun dah naik lemak, Zara merungut di
dalam hati. Dia memandang ke arah pergelangan tangan.
Masih ada lima jam sebelum dia ke KLIA. Sempatkah
keretanya dibaiki sebelum itu? Zara resah.
Keifli hanya menjeling gadis di sisinya. Wajah resah
Zara, diam-diam menjadi santapan matanya.
“Macam nilah, aku nak balik ke restoran sekarang.
Kalau kau tak kisah, aku boleh tumpangkan kau. Kereta ni
kita panggil mekanik ambil. Lagipun aku ada kawan yang
buka bengkel tak jauh dari sini,” usul Keifli.
Zara serba salah dengan cadangan itu. Pertama,
sebab dia tidak kenal dengan lelaki itu. Entah baik atau jahat,
dia mula memasang prasangka sendiri. Kedua, dia benar-
benar sayangkan keretanya. Kalau hilang kereta itu, tentu
‘masak’ dia nak mencari ganti. Lagipun kereta itu hadiah
daripada mama apabila dia tamat belajar tempoh hari.
“Macam mana?” Keifli masih menanti jawapan.
Mengenangkan mamanya, Zara terpaksa bersetuju
dengan cadangan Keifli. Lagipun dia tidak mahu dihambur
oleh mamanya kerana tidak muncul di KLIA malam ini!
Dia duduk di samping lelaki itu di dalam kereta.

52
Anita Aruszi

Matanya mengintai gerak-geri Keifli yang sedang memandu


sambil berbual-bual melalui handsfree. Sebenarnya mamat
ni pun boleh tahan juga, desis hati Zara. Air mukanya manis
biarpun dia nampak selamba. Mata itu jika direnung dalam-
dalam, mampu mencairkan hati ramai gadis. Entah sudah
kahwinkah belum dia ini agaknya? Ah, damn you Zara!
Kenapa sampai ke situ pula? Aduh, malunya kalau lelaki itu
tahu apa yang sedang difikirkannya ketika ini. Zara mengeluh.
Dia cepat-cepat membuang setiap sangkaan yang mula
tumbuh.
Keluhan yang keluar dari bibir Zara jelas
kedengaran di telinga Keifli. Matanya berkelip-kelip
memandang si gadis. Entah apa yang dikeluhkan gadis ini
sebenarnya? Bimbangkan keretanya, barangkali!
“Kawan aku tu dah sampai kat kereta kau. Dia akan
baiki kereta kau kat situ. Lepas tu kunci kereta tu nanti dia
akan bagi kawan aku yang kerja kat Fitness Club. Kau boleh
pergi cari dia nanti. Namanya Herman, pengurus kat Fitness
Club tu,” beritahu Keifli.
“Terima kasih sebab tolong,” sebut Zara lambat-
lambat.
Keifli sekadar tersenyum. Sudi juga dia ni
mengucapkan terima kasih. Tapi macam tak ikhlas aje, bisik
hati kecilnya.
Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.
Sesekali mata Keifli mengerling ke arah gadis di
sisinya. Gadis itu tidak banyak bercakap. Sepatah yang
ditanya, sepatah juga yang dijawabnya. Kenapa? Takutkan aku
barangkali, bisik hati nakal Keifli.
Dia mengambil sekeping CD yang tersimpan di
dalam CD folder, sebelum memasukkannya ke dalam player.

53
Tiada Sepertimu

Seketika kemudian berkumandang suara Usher menyanyikan


lagu Same Girl.
Zara membiarkan sahaja lelaki itu ‘berduet’ dengan
Usher.
“Do you like music?” soal Keifli tiba-tiba.
Zara berpaling, memandang lelaki itu tanpa
berkelip. Meskipun dia tidak pasti dengan tujuan Keifli
bertanya, namun kepalanya digelengkan. Penipu! Di bilik kau
tu apa? Hampir sebeban rak CDnya dipenuhi dengan kaset-
kaset dan cakera padat penyanyi-penyanyi tempatan dan luar
negara. Zara tersenyum sendiri.
“Sweet!” ucap Keifli tiba-tiba sambil ketawa kecil.
Zara tergamam. Pantas matanya dilarikan ke arah
lelaki itu.
Ekor mata Keifli mencuri pandang ke arah Zara.
Bibir lelaki itu masih melemparkan senyuman.
“Kau cakap apa tadi?” Zara bertanya ingin tahu.
“Tak, aku kata dah lama aku tak makan gula-gula,”
balas Keifli sambil meluruskan matanya ke arah jalan raya.
Zara tercengang. Gila ke apa dia ni, tiba-tiba aje
sebut pasal gula-gula!
Keifli mengerling lagi. Dia seperti hendak ketawa
melihat wajah Zara yang kebingungan. Sememangnya gadis
di sisinya itu ‘manis’ jika tersenyum.

54
Anita Aruszi

Bab 6
Z
ARA bersesak-sesak di hadapan
arrival hall, menanti ketibaan
mamanya dari Jakarta. Entah
apa mimpi mama meminta menjemputnya di situ. Padahal
selalunya, mama akan dihantar pulang dengan van MAS terus
sehingga di hadapan pintu rumah mereka.
Lama dia menanti di situ, namun kelibat mamanya
tidak kunjung tiba. Zara mulai bosan. Dia mengerling
pergelangan jam tangannya. Hampir sejam dia menanti, dia
mula keresahan. Matanya galak memerhatikan orang ramai
yang lalu-lalang di hadapannya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera
mengusik poket beg sandangnya, lalu mengeluarkan alat
komunikasi tersebut. Melihat nama yang tertera pada skrin,
Zara mengeluh lega.
“Mama kat mana ni? Dah sejam Zara tunggu mama
tau,” adunya.
“Sorry sayang, mama ada hal. Tak boleh balik lagi.
Tapi mama nak minta Zara tolong mama.”

55
Tiada Sepertimu

“Tolong apa?”
“Begini sayang, anak kawan mama dari Filipina nak
datang malam ni. Flight dia sampai pukul sembilan malam.
Boleh tak Zara ambil dia dan hantarkan dia ke hotel tempat
dia menginap?” pinta wanita itu.
“What? Jadi mama sengaja minta Zara jemput
mama ni sebab nak ambil dia?”
“Ala... bolehlah sayang. Memang kalau boleh mama
nak ajak kita bertiga makan sama-sama malam ni. Tapi bos
mama panggil. Urgent meeeting antara staf,” pujuk wanita
itu.
Zara menarik nafas panjang. “Habis tu, macam
mana Zara nak kenal dia? Rupa dia macam mana?”
“Mama suruh dia tunggu depan kaunter check-in
dekat pintu masuk. Nama dia Gabriel. Okeylah sayang, bos
mama dah panggil tu. Nanti kita jumpa kat rumah ya. Mama
beli banyak ole-ole dari Jakarta untuk Zara.”
Klik! Panggilan itu terputus.
Zara merenung skrin telefon bimbitnya. Geramnya!
Hidup-hidup dia ditipu oleh mamanya kali ini. Kalau bukan
sebab mahu menjemput wanita itu, malas rasanya dia mahu
memandu selama hampir sejam menuju ke KLIA.
Dia memandang jam tangannya lagi. Jarum jam
hampir mencecah pukul sembilan setengah malam. Agaknya
Gabriel dah sampai kut. Dia melangkah perlahan menuju ke
arah kaunter check-in. Dari jauh dia terpandang kelibat
seorang lelaki memakai cap dan berkemeja T putih sedang
membelek-belek akhbar Star di tangannya. Zara memerhati
wajah yang terselindung oleh topi dan cermin mata hitam
itu. Diakah orang yang dimaksudkan oleh mama? Perlahan-
lahan Zara merapati lelaki itu. “Ehem!”

56
Anita Aruszi

Lelaki itu tidak memberikan sebarang respons. Dia


begitu ralit membelek akhbar di tangannya.
Zara mengeluh panjang. Pulak dah dia ni! Habis tu,
takkan nak jerit kat tepi telinga dia kut?
Tiba-tiba lelaki itu berpaling, seolah-olah menyedari
kehadirannya.
Zara tergamam namun dengan lekas tersenyum
simpul memandang lelaki itu. “Excuse me. Are you Gabriel?”
Lelaki itu tidak menjawab. Cermin mata hitam yang
dipakainya ditanggalkan menampakkan sepasang mata yang
sederhana besar, berwarna coklat.
“Who wants to know?” Dia membalas pertanyaan
itu dengan pandangan curiga.
“Actually my mom sent me here to fetch you up.”
“Auntie Ruby?”
Zara mengangguk.
Gabriel tiba-tiba ketawa membuatkan Zara
terpinga-pinga tidak mengerti. “Wow! I didn’t know that she
had such a lovely daughter. Glad to meet you, Zara.”
Zara terpempan apabila lelaki itu lancar menyebut
namanya. Mesti mama dah beritahunya awal-awal lagi, detik
hati kecilnya. Dia melirik lelaki berketurunan Filipina itu.
Rupanya seperti orang Melayu, cuma tinggi lampai dan
berkulit putih. Rupanya juga kacak, sama seperti lelaki-lelaki
Filipina lain yang sering ditontonnya melalui telenovela.
“So Gabriel, where do you want to go actually?”
“To Mandarin Oriental Hotel please. I have booked
a room there. But first, please call me Gaby.”
Zara mengangguk. Dia hendak mengangkat bagasi

57
Tiada Sepertimu

Gabriel. Namun lelaki itu terlebih dahulu mengambilnya.


Mereka segera menuju ke arah tempat letak kereta. Beberapa
minit kemudian kedua-duanya sudah berada di dalam perut
kereta, menuju ke bandar raya Kuala Lumpur.
Mulut Gabriel tak henti-henti memuji kecantikan
pemandangan malam di negara itu.
Zara hanya diam. Dia tiada mood mahu berbual-
bual dengan Gabriel. Ingatannya ketika itu tertumpu pada
seraut wajah. Entah kenapa….

MENDENGAR bunyi tombol pintu dipulas, Zara berpaling ke


arah daun pintu. Bebola matanya mengecil di situ. Volume
televisyen yang sedang ditontonnya diperlahankan.
Beberapa ketika, wajah mamanya muncul di sebalik
pintu. Wanita itu masih memakai seragam lengkap pramugari
MAS sambil membimbit troli bagasinya. Melihat Zara sedang
memandangnya, Rubiah tersenyum panjang.
“Belum tidur lagi, sayang? Zara tunggu mama ya,”
sapanya pada si anak.
“Kenapa lambat sangat balik? Dah pukul berapa
ni?” rungut Zara sambil mendongak pada jarum jam yang
menunjukkan pukul satu pagi.
Rubiah tidak menjawab. Badannya dihempaskan ke
atas sofa di hadapan Zara.
Terkelip-kelip mata Zara memandang mamanya.
“Mama dari mana sebenarnya ni?” soalnya seakan
curiga.
“Lepas meeting tadi, mama jumpa kawan mama.

58
Anita Aruszi

Kami pergi makan sama-sama,” jelas wanita itu sambil


menyelak anak rambut yang menutup matanya.
“Kawan tempat kerja?”
Rubiah menggeleng. Dia tersenyum simpul. “Kawan
baru mama. Zara tak kenal.”
Dia menarik nafas seketika sebelum menyoal,
“mama tengok kereta Zara tak ada kat tempat parking. Zara
pergi ambil Gabriel tadi dengan apa?”
“Zara guna kereta mama. Kereta Zara rosak. Besok
Zara nak ambil kat Fitness Club,” beritahunya.
“Fitness Club? Kenapa kat situ?” Rubiah
mengerutkan dahi. Hairan dengan jawapan si anak.
“Panjang ceritanya mama. Siapa Gabriel tu mama?”
“Dia tu anak kawan lama mama. Dia ditukarkan
kerja kat sini selama setahun. Besok mama nak bawa dia
pergi tengok apartmen yang mama carikan untuk dia. Zara
nak ikut?” pelawa Rubiah.
“Tak. Zara kerja esok. Gabriel tu betul ke orang
Filipina? Tak nampak sangat pun. Rupa Melayu adalah.”
“Ala... Filipina pun pernah jadi rumpun Melayu
dulu. Muka dia orang ni dengan kita lebih kurang aje.
Lagipun Gaby tu anak kacukan Melayu-Filipina. Ayahnya
orang Filipina. Maknya kawan lama mama dulu. Dia bekas
stewardess dengan MAS juga dulu. Dulu kan dia pernah
datang ke mari. Zara tak ingat dengan Auntie Ramlah?”
“Auntie Ramlah?”
Puas dia mengingati nama yang disebut mamanya,
tapi akhirnya dia mengalah. Ternyata dia memang slow soal
mengingati sesuatu, terutamanya wajah seseorang.
“Apalah Zara ni... dulu Ramlah tu suka sangat

59
Tiada Sepertimu

dukung Zara. Masa tu kalau dia balik bercuti dari Filipina, dia
akan singgah rumah kita main-main dengan Zara. Zara
dengan Gaby pun bukannya jauh sangat beza umur. Dua
tahun aje,” ujar Rubiah. Tersenyum dia seketika apabila
teringatkan kisah lamanya bersama temannya itu.
“Dahlah Zara, mama penat sangat ni. Mama masuk
tidur dulu ya, sayang. Zara pun jangan tidur lewat sangat.
Kesihatan tu jaga,” ujar Rubiah seraya bingkas bangun dari
sofa yang didudukinya. Dahi anak gadisnya dikucup lembut
sebelum dia mengheret bagasinya menuju ke bilik.
Zara hanya memerhatikan langkah mamanya tanpa
sebarang kata. Nafas yang ditarik terasa berat. Kasihan mama,
dalam usia melebihi empat puluhan pun masih terpaksa
bekerja keras. Sepatutnya pada usia begitu, wanita itu
seharusnya berada di rumah dan berehat. Bukannya berkejar
ke sana ke mari beberapa kali seminggu terbang di awan biru.
Tapi kalau dia bercakap pun, bukannya wanita itu mahu
dengar. Kata mamanya, bekerja sebagai stewardess sudah
sebati dengan dirinya.
“Bukan mama tak mahu berhenti, tapi pihak MAS
yang minta mama terus bertugas.”
Dia teringat kata-kata Rubiah beberapa bulan yang
lalu.
“Zara ingat mama tak sedar yang diri mama ni dah
tua?”
“Ya ke mama dah tua? Zara tak nampak pun? Mana
kedut-kedut mama tu?” Dia bersuara lebih kepada mengusik.
Rubiah tergelak besar.
Segera pipi gebunya ditarik oleh wanita itu. Dia
mengaduh keperitan.

60
Anita Aruszi

“Naughty girl. Itulah sayang, mama pun terasa nak


berhenti. Tapi mama nak tunggu Zara kahwin dulu. Nanti
kalau mama berhenti, mama boleh tinggal di rumah jaga
cucu-cucu mama. Taklah mama bosan sangat.” Rubiah
membayangkan impian yang masih terhampar kosong.
“That’s strange, mama cakap tentang cucu yang
mana ni?” Dia pura-pura tidak tahu apa yang dimaksudkan
oleh wanita itu.
Rubiah sekadar tersenyum. Tawa kecil meletus di
sebalik senyuman wanita itu.

MALAM itu tidurnya berteman resah. Dia sendiri tidak tahu


kenapa malam itu sukar benar dia mahu melelapkan mata.
Tapi yang pasti, dia terkenangkan seseorang. Bukan sekali dua
dalam satu hari ini dia teringatkan lelaki itu. Sudah berkali-
kali. Zara menepuk pipi. Terasa sakit. Aduh! Kenapa aku asyik
teringatkan dia ni? Bukankah aku menyampah dengan dia?
“Kat mana aku nak hantar kau?”
Pertanyaan lelaki itu siang tadi terhimbau di dalam
ingatannya.
“Kat mana-mana pun tak apa,” balasnya.
“Kat mana-mana? Alo cik kak, kat mana-mana tu di
mana? Aku bukannya driver teksi yang tahu mana-mana
tempat kat KL ni,” sindir Keifli.
“Hantar aku kat ofis cukuplah,” jawabnya perlahan.
Zara terfikir seketika. Buatnya Keifli campak dia kat
tepi jalan, siapa yang susah? Dia juga yang terima akibatnya.
Apa nak buat Zara... terima ajelah sindirannya, pujuk hati
kecilnya ketika itu.

61
Tiada Sepertimu

“Ofis kau kat mana?”


“Jalan Tekukur,” jawabnya ringkas.
Tiba-tiba ada satu ketenangan yang dirasainya
ketika dia berada di samping lelaki itu. Aneh! Dia tiba-tiba
berpaling, mengambil kesempatan mencuri pandang lelaki
itu. Tapi giliran dia yang terkedu apabila anak matanya
menyapa sepasang mata milik Keifli.
“Kau benci aku?” soal lelaki itu seraya tersengih.
“Benci? Kenapa pulak nak benci?”
“Yalah dari tadi kau macam tak sudi nak tengok
muka aku. Atau kau memang selalu begini? Lone ranger?”
“Merepek apa ni?” marahnya.
Keifli ketawa.
“Aku tak kenal kau, takkan aku nak terhegeh-hegeh
berbual macam dah kenal lama.” Dia menjawab, cuba
menutup gelodak rasa yang menyerangnya.
“Habis tu? Kau rasa aku ni orang jahat? Kalau kau
rasa macam tu, kenapa kau setuju naik kereta dengan aku?
Kau tak takut aku culik kau?” duga Keifli.
“Aku ada tali pinggang hitam. Setakat tulang
macam kau ni, bila-bila masa aje aku boleh kerjakan,”
balasnya selamba. Dalam diam, hatinya digeletek. Tali
pinggang hitam? He he he… usahkan kata tali pinggang
hitam, tali pinggang pelbagai warna pun dia tak ada.
“Oh... ada black belt rupanya.” Keifli ketawa geli
hati. Lucu dengan kata-kata itu.
“Kau dengan Jerry dah lama kenal?” Dia tiba-tiba
bertanya. Sengaja dia mahu mengalihkan perhatian lelaki itu
dari berbicara mengenainya.

62
Anita Aruszi

“Hmmm... Jerry. Agak lama juga kenal. Kenapa?”


“Dia tu kerja apa sebenarnya?” soalnya. Tiba-tiba dia
terfikir untuk menyelidik perihal Jaherry melalui Keifli.
“Dia kan klien kau. Kenapa kau tak tanya pada dia
saja?” balas Keifli acuh tak acuh.
“Dia kata dia berniaga.”
“Then, betullah tu.”
“Berniaga apa?”
Keifli merenungnya tidak berkelip membuatnya
tiba-tiba bungkam. Mata lelaki itu dengan cepat dialihkan
memandang ke arah jalan raya. Menyedari lelaki itu
menghentikan keretanya ke seberang jalan, dia terpinga-
pinga.
“Dah sampai. Yang mana satu ofis kau?” tanya
Keifli.
“Yang tu,” jawab Zara seraya menuding ke suatu
arah.
Mata Keifli terperosok ke arah sebuah bangunan
yang bercat warna biru dan kuning emas.
Zara membuka seat belt yang melingkari tubuhnya.
Namun seat belt itu agak payah dibuka.
Tiba-tiba kepala Keifli mencondong ke arahnya
membuatkan tubuhnya segera terdorong ke belakang,
mengelak dari bersentuhan dengan lelaki itu. Irama ‘rock
and roll’ di hatinya rancak berdendang.
Namun menyedari yang Keifli cuba membukakan
seat belt untuknya, dia jadi lega. Mata lelaki itu merayap ke
wajahnya. Dia terus dihimpit rasa cemas. Kenapa dia pandang
aku macam tu sekali? hati kecilnya berbisik! Renungan Keifli
terus menikam wajahnya. Dia sudah tidak tahan lagi.

63
Tiada Sepertimu

“Errr... thanks sebab hantar aku ke sini.” Ujarnya


sedikit gugup. Dia terus menolak pintu di sisinya lalu
terburu-buru keluar.

KEIFLI tersenyum sendiri. Kejadian siang tadi benar-benar


mencuit hatinya. Hairan juga dia kerana dalam tempoh tak
sampai seminggu, sudah tiga kali dia terserempak dengan
Zara. Wajah itu manis biarpun tidak bermekap tebal. Cukup
hanya disalut mekap tipis, gadis itu tampak berseri-seri.
Aduh! Kenapa pula aku tiba-tiba teringatkan dia ni?
Wajah Zara yang merah padam membuatkan
hatinya terusik. Dia pula sebenarnya tidak berniat lain. Hanya
bertujuan mengusik Zara yang kelihatan garang dan
berperwatakan keras itu.
“Kenapa tersenyum sorang-sorang ni? Dah macam
orang gila aku tengok kau ni,” tegur satu suara.
Keifli berpaling ke arah temannya, Azrul yang entah
sejak bila sudah berada di situ. “Bila kau balik?”
“Dari tadi lagi aku buka pintu tu. Tapi aku tengok
kau ni asyik termenung aje, dah tu senyum pulak sorang-
sorang. Kenapa ni? Dah angau ke?” usik Azrul seraya tertawa.
Tubuh temannya itu ditepuk-tepuk.
Keifli membulatkan matanya.
“Angau apanya, aku tengah tengok cerita tu,” ujar
Keifli seraya memuncungkan mulutnya ke arah channel HBO
yang sedang ditontonnya. Sengaja dia tidak mahu Azrul tahu
gelodak rasa yang mula berperang di jiwanya.
“Macam mana orang tua kau kat kampung?” tanya

64
Anita Aruszi

Keifli. Dia tahu Azrul baru balik dari melawat orang tuanya di
kampung. Anak muda itu memang kerap pulang ke kampung
setiap dua minggu sekali.
“Mereka sihat. Mereka kirim salam pada kau. Oh, ya
Mira asyik sebut-sebut nama kau. Dia kirim barang kat kau,”
ujar Azrul seraya membuka beg sandangnya. Dari dalam beg,
dikeluarkan sebuah kotak kecil yang berbalut cantik.
“Apa ni?” tanya Keifli seraya memandang lelaki itu.
Kotak kecil itu dibelek-belek dan digoncang. Sesekali isi di
dalamnya bergelodak melanggar ruang.
“Entahlah, aku pun tak tahu. Katanya dah lama dia
siapkan benda ni untuk kau. Bila kau nak ikut aku balik
kampung? Mira rindu sangat kat kau,” canang Azrul.
“Nantilah Azrul. Kerja aku kat restoran tu tak
pernah habis. Nanti aku cari kesempatan okey,” janjinya
seraya mengoyakkan kertas pembalut hadiah itu dengan
berhati-hati. Dia tidak mahu merosakkan sebarang usaha
Amira yang bersusah payah menyediakan hadiah untuknya.
Apabila penutup kotak itu dibuka, mata Keifli
bersinar-sinar menatap kulit siput yang terukir cantik dengan
manik-manik kaca berwarna-warni.
Azrul turut sama menjengah isinya. Dia terpegun.
“Cantik,” komen Keifli agak gembira.
Gadis kecil itu memang berbakat dalam seni
kraftangan. Kulit siput itu memang nampak cantik dan unik.
Siapa sangka kulit siput secantik itu dihasilkan oleh seorang
anak kecil yang baru berusia sebelas tahun.
“Sayang betul dia pada kau. Aku yang abangnya pun
tak pernah diberi hadiah macam ni,” rungut Azrul seolah-
olah berjauh hati.

65
Tiada Sepertimu

Keifli ketawa mendengar omelan temannya itu.


“Sebab kau tu tak pandai ambil hati dia. Cubalah
jadi abang penyayang sikit. Belikan hadiah untuk dia ke,
belanja dia makan ke... barulah dia sayang kau lebih,” balas
Keifli.
Azrul tersengih. “Aku sebenarnya tak kisah pun.
Lagipun memang patut Mira sayang kau. Kau dah banyak
bantu kami. Aku benar-benar terhutang budi pada kau, Kif.”
Keifli tersenyum nipis. Dia sebenarnya tidak suka
Azrul mengungkit kisah silam. “Kenapa tiba-tiba cakap pasal
hal ni?”
“Kadang-kadang aku malu dengan kau. Besar
sangat hutang aku pada kau. Tak terbalas rasanya,” luah
Azrul.
Keifli menepuk bahu lelaki itu. Bulat matanya
menjengah wajah Azrul yang agak muram. “Rul, kita kawan
kan? Sebagai kawan, aku patut tolong kawan yang dalam
kesusahan. Lagipun aku tak pernah minta balasan atas
pertolongan kecil yang aku berikan. It’s not a big deal, Rul.”
“Tapi pengorbanan kau terlalu besar untuk kami,
Kif. Kalau tak ada kau hari tu, entah ke manalah mak ayah
aku merempat. Bila terkenangkan mak aku menangis sakan
hari tu, hati aku ni sakit sangat,” keluh Azrul.
Terbayang di ruang matanya bagaimana emaknya
menangis-nangis merayu Penghulu Seman agar tidak
merampas tanah pusaka itu dari tangan mereka. Semuanya
gara-gara angkara pak ciknya, Husin yang meminjam duit
daripada Penghulu Seman dengan mencagarkan geran tanah
tempat mereka sekeluarga berteduh. Bila hutang tidak
berbayar, mulalah geran tanah yang belum dipecahkan
namanya menjadi sandaran.

66
Anita Aruszi

Mujurlah ada Keifli yang sudi menolong.


“Tapi semuanya dah selesai Rul, tak ada apa yang
perlu kau bimbangkan. Sudahlah, jangan kita ungkit lagi hal-
hal yang dah lepas.” Ujar Keifli mengejutkan lamunan Azrul.
Lelaki itu masih menatap kulit siput di tangannya sambil
tersenyum.
Azrul turut sama menguntum senyuman buat
sahabat rapat yang akan dikenang jasanya sampai bila-bila
pun.

67
Tiada Sepertimu

Bab 7
“K
UNCI kereta Cik Zara ada
dengan Keifli,” beritahu
Herman apabila gadis itu
datang bertemunya untuk menuntut kembali keretanya.
Zara terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. “Tapi
semalam dia minta saya datang ambil kunci kereta saya
dengan Encik Herman.”
“Memang betul, tapi semalam saya tak ada. Saya
terpaksa ke Johor, jadi Jim suruh Keifli datang ambil kereta
Cik Zara di workshop dia. Kalau tak salah, Keifli bawa kereta
Cik Zara ke restoran dia,” jelas lelaki itu.
Zara mengangguk, meskipun hatinya berang
kerana lelaki itu langsung tidak memberitahunya apa-apa.
“Kalau aku tahu macam ni jadinya, takdenya aku
bersusah payah ke sini awal-awal pagi!” keluh Zara sedikit
hampa.
Zara menahan sebuah teksi lalu terus menuju ke
Restoran De’Raya yang terletak di Jalan Indah. Lima belas
minit kemudian, dia sudah sampai di hadapan restoran itu.

68
Anita Aruszi

“Encik Keifli ada kat bilik atas. Dia ada tetamu


penting. Kalau cik nak jumpa dia, cik kena tunggu dia
sekejap,” ujar gadis bertocang dua itu apabila ditanya tentang
Keifli.
Zara terdiam. Dia memandang ke tingkat teratas
restoran itu. Terselit juga rasa kagum dia pada Keifli yang
mampu membuka restoran yang agak besar ini.
Zara hendak terus bertanya, namun gadis pelayan
itu sudah pun beredar. Dia mengeluh. Entah di mana lelaki
itu sebenarnya? Dia hanya mahu mengambil kunci keretanya
semula. Itu saja! Susah dia hendak bergerak jika tiada kereta.
Seperti orang patah kaki, susah dia hendak ke mana-mana.
Itu pun nasib baik pagi tadi, mamanya sudi menghantarnya
ke Fitness Club.
Kerana agak lama menunggu, Zara mula dihimpit
kebosanan. Kesabarannya memang tidak pernah bertahan
sehingga satu jam. Dia segera mendaki tangga ke tingkat atas
yang tidak pernah dijejakinya selama ini. Lagipun ini kali
ketiga dia mengunjungi restoran lelaki itu. Masih banyak
ruang di restoran itu yang belum dikitarinya.
Sesampainya dia di tingkat atas, Zara terpegun
melihat susunan dan dekorasi di situ yang nampak lebih
elegan. Di beberapa penjuru dinding terdapat beberapa buah
pasu besar berukir cantik yang dijadikan hiasan. Barangkali
ruang ini digunakan untuk tetamu-tetamu yang perlukan
privacy agaknya, bisik hati kecilnya.
Zara mencari-cari kelibat Keifli. Seketika bebola
matanya tertancap pada wajah Keifli, sedang berbual-bual
dengan seorang wanita yang membelakanginya. Keifli
dilihatnya tak henti-henti ketawa apabila berbual, bagaikan
ada perihal yang melucukan sedang diperkatakannya.

69
Tiada Sepertimu

Tiba-tiba sahaja Zara diterpa rasa cemburu. Siapa


wanita itu? Kekasihnyakah? Jika tidak, kenapa dia nampak
begitu asyik mendengar wanita itu bercerita? Ah, pedulikan
siapa wanita itu! Yang aku sibuk-sibuk ni kenapa pulak?
Bukankah lelaki itu tidak membawa sebarang erti pada aku?
Yang aku perlukan sekarang hanyalah kunci kereta supaya
senang aku balik ke pejabat selepas ni, bisiknya.
Dia nekad mahu mendapatkan Keifli, namun tiba-
tiba sahaja langkahnya terhenti. Bebola matanya terperosok
pada kelibat wanita yang bersama lelaki itu. Ternyata gerak-
geri wanita itu menarik perhatiannya. Tiba-tiba wanita itu
berpaling. Mulut Zara serta-merta terlopong. Hampir saja dia
mahu pitam melihat wanita itu bersama Keifli.
Rubiah turut tergamam apabila melihat Zara
sedang tercegat tidak jauh dari situ. Serentak bibir Rubiah
mengukir senyuman. Tangannya dilambaikan memanggil-
manggil si anak yang kelihatan kaku.
Keifli turut menoleh. Wajah lelaki itu berubah
sebaik sahaja melihatnya di situ.
Melihat kedua-duanya memandang ke arahnya,
Zara tiada pilihan lain. Dia segera melangkah menghampiri
kedua-duanya dengan wajah sebal.
“Zara buat apa kat sini?” soal Rubiah hairan.
Zara diam sahaja. Dia memandang Keifli yang turut
menatapnya.
“Kif, inilah anak I, Zara. The one and only,” ujar
Rubiah dengan senyuman yang memekar di bibirnya.
Keifli hanya tersenyum melihat Zara. Dia tidak
menyangka Zara adalah anak Rubiah. Kecilnya dunia ini!
“Zara... ini Keifli, kawan mama. Semalam mama

70
Anita Aruszi

lambat balik sebab keluar makan dengan dia nilah,” jelas


Rubiah.
Zara tersentak. Jadi semalam, mamanya bersama
Keiflilah? Tiba-tiba sahaja dia rasa tidak senang dengan
penjelasan mamanya itu.
“Zara duduklah sini, nak makan apa-apa?” tanya
Rubiah seraya menarik tangan anak gadis itu ke sampingnya.
Zara menarik kerusi di hadapan Keifli seraya
melabuhkan punggungnya di situ tanpa bersuara.
“Kenapa diam ni, mama tanya Zara nak makan atau
minum apa-apa tak?” Rubiah mengulang soalannya apabila
dilihatnya Zara tidak banyak cakap.
“Minum sajalah,” balasnya perlahan.
Keifli segera mengangkat tangannya ke arah
seorang pelayan yang ada berhampiran. Dia memandang ke
arah gadis itu. “Cik Zara nak minum apa?”
“Watermelon,” jawab gadis itu.
Pelayan itu mengangguk lalu beredar.
Kemudian, dia hanya menjadi pendengar saat
mamanya rancak bercerita dengan Keifli. Lelaki itu nampak
ralit mendengar cerita mamanya. Sesekali Keifli ketawa besar
mendengar kisah lucu mamanya semasa bertugas di Jakarta
baru-baru ini. Hati Zara semakin membahang!
Dalam diam-diam Keifli melirik raut wajah Zara
yang mencuka itu.
“Zara, mama nak ke restroom sekejap. Zara
berbuallah dulu dengan Keifli, nanti mama datang balik,”
ujar Rubiah seraya bergegas pergi.
Sepeninggalan Rubiah, mata kedua-duanya terus
bertaut.

71
Tiada Sepertimu

“Aku datang nak ambil kunci kereta,” beritahu Zara


perlahan.
“Kunci tu ada kat pejabat aku. Kereta kau pulak aku
parkingkan kat sebelah kereta aku,” balas Keifli sambil
menghirup minumannya.
“Macam mana kau kenal mama aku?” soal Zara.
“Kenapa? Salah ke?” tanya Keifli.
“Aku cuma nak tahu bagaimana dan di mana?”
“Pertanyaan kau tu seperti mengundang rasa
curiga. Apa kau takut mama kau ditipu lelaki macam aku?”
“Bergantung pada niat kau mendekatinya,” hujah
Zara berani.
Keifli ketawa kecil mendengar kata-kata itu. Wajah
Zara direnung agak lama. “Kalau kau nak tahu sangat apa
niat aku, kenapa tidak kau tanyakan saja soalan ni pada mama
kau? Aku rasa dia lebih sesuai menjawabnya dari aku.”
“Apa maksud kau?” Wajah Zara merah padam.
Hatinya berdebar-debar.
“Please! Jangan cakap dengan aku yang kau dengan
mama aku ada apa-apa hubungan.” Suaranya meninggi tanpa
sedar.
“Kalau ya pun kenapa? Mama kau bukannya budak-
budak lagi yang boleh dikawal dengan siapa dia mahu
berkawan,” kata Keifli selamba. Wajah yang masam mencuka
itu semakin seronok dipandang. Dia semakin terhibur kerana
berjaya memperolok-olokkan Zara.
“Jadi betullah kau nak pikat mama aku?”
“Apa salahnya? Mama kau wanita yang paling cantik
pernah aku jumpa. After all, age is just a number.”

72
Anita Aruszi

Telinga Zara berdesing mendengar kata-kata yang


tidak masuk akal itu. Dia mencerlung tajam ke arah Keifli
yang kelihatan acuh tak acuh.
“Look Encik Keifli, aku tak peduli apa kau dengan
kawan-kawan kau buat di luar. Tapi jangan sesekali kau
berani main-mainkan mama aku. Dia bukannya macam Datin
Kamisah yang kawan kau Jerry usung ke sana ke sini. Mama
aku wanita baik-baik,” tegas Zara.
Wajah Keifli segera berubah. Dia memandang gadis
itu dengan wajah serius. Tidak ada kata-kata terungkap di
bibirnya ketika itu. Secepat kilat dia bingkas bangun dari
duduknya. Wajahnya menentang ke arah Zara dengan
pandangan keruh.
“Aku tunggu kau kat pejabat aku, kalau-kalau kau
nak ambil kunci kereta kau,” ujarnya lalu beredar.
Zara terpinga-pinga. Dia mengepam bibirnya sambil
mengintai langkah Keifli menuruni tangga dengan perasaan
keliru. Kenapa dengan dia? Aku salah cakap ke?
“Eh, mana Keifli, Zara?” tanya Rubiah sebaik sahaja
dia kembali dari restroom.
“Dia ada hal kat pejabat dia. Errr... mama, Zara ada
hal ni. Zara pergi dulu ya,” ujar Zara lalu terburu-buru
beredar dari situ.
Rubiah tercengang apabila dirinya ditinggalkan
bersendirian begitu sahaja.
“Mana pejabat Encik Keifli?” tanya Zara pada
seorang pelayan lelaki yang kebetulan lalu di hadapannya.
“Kat sebelah sana,” tunjuk lelaki itu.
Dengan anggukan, Zara segera menghela
langkahnya ke arah yang ditunjukkan. Namun belum jauh

73
Tiada Sepertimu

dia melangkah, pelayan itu memanggilnya semula. Dia


menoleh ke belakang.
“Tapi cik, Encik Keifli baru aje keluar tadi,” beritahu
pelayan itu lagi.
Zara terkejut besar. Dah keluar? Kaki Zara pantas
menapak ke arah pintu keluar. Dia segera menuju ke kawasan
parking di tepi restoran itu. Apabila melihat lelaki itu sedang
bersandar di badan Toyota Camry bersebelahan kereta
miliknya, barulah Zara melepaskan nafas lega.
Keifli menoleh ke arah Zara yang tercungap-cungap
mengambil nafas. Dia mengeluarkan segugus kunci kereta
dari poket seluarnya lalu dilayang-layangkan di hadapan gadis
itu.
Zara memandang dengan perasaan sebal. Perlahan-
lahan lelaki itu didekati. “Berapa patut aku bayar pada kawan
kau yang baiki kereta aku ni?”
Dia bertanya sambil mencapai gugusan kunci di
tangan Keifli.
“Tak perlu. Semuanya dah beres.”
“Maaf Encik Keifli. Aku tak suka terhutang budi
dengan orang yang aku tak kenal,” tegas Zara.
Keifli terdiam. Bebola matanya menjunam tajam ke
wajah Zara yang nampak dingin. Aura permusuhan begitu
ketara berligar-ligar di sekeliling mereka.
“Baik. Kalau kau berhajat nak bayar, aku tunggu
kau kat tempat tadi malam esok. Kita bincang bayarannya
nanti,” putus Keifli seraya melangkah pantas ke arah
restorannya. Dia terus menghilang ke dalam restoran.
Zara terpaku. Nak aku bayar tapi langsung tak sebut
berapa harganya! Dia mengeluh panjang. Lama matanya

74
Anita Aruszi

memerhatikan ke arah keretanya yang mewujudkan semua


masalah ini. Kan bagus kalau kau tak rosak, tak buat hal…
wahai kereta!

APABILA dia pulang petang itu, mamanya sudah pun berada


di rumah. Wanita itu sedang khusyuk membaca majalah
tatkala Zara memulas tombol pintu.
Rubiah mengangkat kepalanya apabila menyedari
kepulangan Zara. “Baru balik?”
Zara mengangguk. Dia hendak beredar ke biliknya,
namun melihat mamanya yang masih meneruskan bacaan,
langkahnya tidak jadi dihela. Perlahan-lahan dia menuju ke
arah mamanya yang sedang santai di sofa.
“Mama, Zara nak tanya mama satu soalan boleh
tak?” pintanya berhati-hati.
“Zara nak tanya apa?” Rubiah menutup halaman
majalah. Matanya memandang tepat ke wajah Zara yang
kelihatan serba salah.
“Kenapa ni Zara?” tanya wanita itu dengan nada
lebih lembut.
“Emmm... Zara nak tanya pasal Keifli,” ujarnya
perlahan.
Rubiah tercengang. Kenapa dengan Keifli?
“Zara cuma nak tahu, mama dengan Keifli tu ada
apa-apa ke?” soalnya serba salah.
Rubiah tergelak besar. “Kenapa Zara tanya mama
macam tu?”

75
Tiada Sepertimu

“Zara… Zara takut mama kena tipu. Macam dulu.”


Terluah juga apa yang menjadi kebimbangannya selama ini.
Rubiah terdiam. Ketawanya mati. Dia tahu hingga
kini, Zara sentiasa mengingati kisah lamanya dengan Syed
Akram. “Zara, Keifli dengan Akram tu tak sama.”
“Jadi betullah mama ada hubungan dengan Keifli?”
Pantas soalan itu menerpa keluar dari bibir Zara.
“Zara janganlah risau. Mama dengan Keifli tu
kawan aje. Kami jumpa dalam kapal terbang masa dia dalam
perjalanan pulang dari Europe beberapa bulan lepas.”
“Zara takut dia ada tujuan lain berkawan dengan
mama,” luah Zara. Dia benar-benar risau dengan hubungan
kedua mamanya.
“Jangan bimbang sayang. Dah mama katakan Keifli
dan Akram tu tak sama. Dah dua bulan mama berkawan
dengan dia, mama tahulah siapa dia,” ujar Rubiah tetap
bertegas.
Zara terdiam. Sukar dia hendak menasihati
mamanya jika wanita itu enggan mendengar kata-katanya.
Namun jawapan tentang hubungan mamanya dengan Keifli
tergantung, sedangkan dia ingin tahu, apakah hubungan
yang terjalin antara keduanya, bersandarkan pada hati atau
sekadar hubungan biasa?
Mama, kenapa mama tak pernah serik-serik? keluh
hati Zara. Bukan sekali dua mamanya menjalinkan hubungan
dengan lelaki yang lebih muda darinya. Sudah terlalu acap
kali. Yang terakhir dulu bernama Syed Akram. Lelaki kacukan
Melayu-Arab yang nampak baik, tapi dalam diam-diam
rupanya lelaki hidung belang.
Tapi dia tak salahkan mamanya kerana wanita itu
memang memiliki daya tarikan yang tinggi. Dalam usia

76
Anita Aruszi

menjangkau empat puluh lima tahun, mamanya masih


kelihatan cantik lagi menawan. Malah kalau dia duduk di sisi
mamanya, ramai yang menduga wanita itu kakaknya.
“Mama kau cantiklah Zara,” puji teman-temannya.
Malah jika dia menjemput teman-teman
universitinya ke rumah, pasti ramai yang tertarik hati mahu
mendekati mamanya. Sesiapa pun yang memandang Rubiah
Hani akan senang dengan penampilan wanita itu yang mesra
orangnya. Tidak seperti dia yang sukar bergaul dengan orang
yang baru dikenali.
Tapi sikap mamanya yang mudah mesra itulah yang
membuatkan ramai orang suka mengambil kesempatan.
Sebelum Syed Akram, mamanya pernah ditipu hampir
RM10,000.00 oleh seorang kenalannya. Kononnya mahu
meminjam untuk membayar hutang bank, namun akhirnya
batang hidungnya pun tak nampak. Syed Akram pula tidaklah
sesak dengan wang ringgit tapi kaki perempuan. Beberapa
kali dia terserempak dengan lelaki itu berpelukan dengan
wanita lain. Setelah dikhabarkan berita itu, mamanya
bagaikan tidak mempercayai kata-katanya. Hanya beberapa
minggu selepas itu, baru dia dapat tahu tentang hubungan
mamanya dengan Syed Akram sudah pun berakhir.
Tapi anehnya wanita itu tidak kelihatan sedih
dengan perpisahan itu. Malah mamanya tetap ceria bagaikan
tidak ada apa-apa yang berlaku. Selepas Syed Akram,
mamanya pernah keluar dengan beberapa orang lelaki,
namun hubungan itu biasa-biasa sahaja. Tidak pula serius
sehingga dibawa pulang ke rumah dan diperkenalkan
padanya. Dengan Keifli, entah mengapa Zara juga
mengharapkan yang sama. Dia benar-benar tidak suka
mamanya bertemankan lelaki itu. Harap-harap tidak!
Janganlah sampai pisang berbuah dua kali!

77
Tiada Sepertimu

Bab 8
K
EIFLI menutup fail sederhana
tebal di hadapannya. Dia
memandang jam yang sudah
menunjukkan pukul dua setengah petang. Patutlah perutnya
berkeroncong, rupa-rupanya sudah lewat tengah hari. Dia
segera bangun dari kerusi lalu terus menuju ke dapur.
Kelibat Ruzaini, salah seorang chef di Restoran De’Raya yang
melintas di hadapannya dipanggil.
“Ada apa Encik Keifli?” tanya Ruzaini.
“Kak Jan, apa menu kita tengah hari tadi?”
“Lauk asam pedas, udang goreng masak merah,
sayur campur, ikan bakar cecah air asam, ulam dengan
sambal belacan. Sup cendawan pun ada. Encik Keifli nak
makan ke?” Ruzaini bertanya.
“Bolehlah, perut pun dah lapar ni.”
“Encik Keifli nak makan kat dalam ofis ke atau kat
luar ni saja?” tanya Ruzaini lagi.
“Emmm... kat luar saja. Saya tunggu ya,” ujar Keifli
seraya melangkah meninggalkan ruang dapur itu.

78
Anita Aruszi

Hampir lima belas minit kemudian, lauk-pauk itu


sudah terhidang di hadapan Keifli.
“Ada apa-apa lagi Encik Keifli?” tanya Umie yang
membawakan hidangan untuk lelaki itu.
“Tak ada apa-apa Umie. Awak boleh pergi sekarang.”
Keifli tersenyum. Belum sempat anak muda itu
mahu menjamah makanan, dia terpandang kelibat seorang
gadis tinggi lampai melangkah ke arahnya. Darah Keifli serta-
merta menyirap. Dia segera meletakkan sudu dan garpu lalu
memandang gadis itu yang sudah pun tersenyum-senyum
dari jauh. Nafasnya ditarik perlahan. Damn it! Dia lagi!
“You buat apa kat sini Mili?” soal Keifli sebelum
sempat si gadis membuka mulutnya.
“I nak jumpa you. Dah lama kita tak jumpa, kan?”
Gadis itu menarik kerusi di hadapannya seraya duduk.
Bersinar-sinar matanya memandang ke arah Keifli.
“I tengah makan ni. Apa-apa hal you nak cakap, you
cakap cepat. Jangan ganggu I kat sini,” balas Keifli garang.
“Tak nak pelawa I makan sekali ke?”
“Mili, you nak apa sebenarnya ni? Kalau you nak
sakitkan hati I, baik you lupakan saja niat you tu.” Keifli kian
bosan dengan kerenah gadis itu. Kemunculan gadis itu sering
menghuru-harakan hidupnya. Kali ini apa pula?
“I nak you balik pada I, Kif.”
Keifli memandang wajah Camelia yang serius itu.
“Kita takkan balik macam dulu Mili. Antara kita dah tak ada
apa-apa lagi. We are done. We are through.”
“Itu kata you. Tapi I tak pernah setuju dengan
keputusan yang you ambil dulu. Kif, I love you and I really
do,” akui Camelia.

79
Tiada Sepertimu

“Tapi cinta I pada you dah padam bila you ambil


keputusan tinggalkan I kerana lelaki tu. Sekarang bila dia dah
tinggalkan you, baru sekarang you datang cari I balik? Dah
terlambat Mili,” ujar Keifli.
“Cinta you pada I padam bukan sebab I keluar
dengan lelaki lain, tapi sebab dari dulu you tak pernah dapat
lupakan perempuan tu,” tuduh Camelia separuh geram.
“Jangan nak merepek!” marah Keifli.
“Bukan I yang merepek. I cuma cakap kebenaran
yang selama ini tertulis dalam hubungan kita. Dari dulu lagi
you tak pernah cintakan I, sebab you asyik terkenangkan
perempuan tu!” getus Camelia.
“Jangan sebut pasal Intan lagi, Mili!” pintas Keifli
dengan berang.
“Ha tengok, you yang sebut nama dia. Bukannya I.
Ini maknanya you masih sayangkan dia, kan? Sebab tu you
tak sabar-sabar nak putuskan hubungan kita. Come onlah Kif,
perempuan tu dah jadi sejarah dalam hidup you. Masih belum
lambat untuk you kembali pada I, Kif. Tapi kalau you berdegil
tak mahu terima I balik, I akan pastikan semua pekerja you
tahu siapa you yang sebenarnya,” ugut Camelia geram.
Darah Keifli menyirap. Merah padam mukanya
memandang Camelia. Kata-kata gadis itu menambahkan
barannya. Bukan sekali ini sahaja Camelia berani
mengugutnya, malah sudah terlalu acap kali sejak beberapa
bulan yang lalu. Namun sampai sekarang, tidak pula gadis itu
melakukan seperti apa yang dikatakannya.
“I akan beritahu mereka siapa you sebenarnya. I
akan terangkan pada mereka dari mana datangnya restoran
yang menjadi kemegahan Keifli Benjamin ini. Biar mereka
tahu cerita sebenar,” sanggah Camelia tidak berlapik.

80
Anita Aruszi

“Berani you ugut I ya?” duga Keifli dengan wajah


merah padam, menahan amarahnya.
Camelia hanya tersenyum sinis.
“Tapi itu semua takkan jadi kenyataan kalau you
ikut cakap I, Kif. Please, you must come back to me.” Rayu
gadis itu lagi.
Keifli menggenggam bucu meja sekuat hati. Jika
Camelia itu bukan seorang gadis, mahu rasanya dia
menampar mulut itu sekarang juga. Namun dia cuba
bersabar. Lagipun dia masih ingat di mana dia sedang berada
sekarang.

DIA mengatur langkah malas memasuki rumah besar dua


tingkat itu. Rumah yang sudah lama ditinggalkannya. Sejak
dulu dia bagaikan tidak sudi lagi menjejakkan kakinya ke
rumah itu semula. Namun panggilan yang diterimanya tengah
hari tadi, melembutkan hatinya untuk singgah seketika.
Seorang wanita berusia lewat empat puluhan
membuka pintu untuknya. Dia hanya memandang wanita itu
tanpa senyuman. Apatah lagi wajah wanita itu juga dingin
menyambutnya di muka pintu.
“Kenapa balik?” tanya wanita itu dengan nada
sombong.
“Kenapa? Saya tak boleh balik? Ini kan rumah mak
ayah saya.” Dia membalas selamba.
Wanita itu menjongket keningnya seraya berlalu
pergi dengan wajah masam mencuka.
Keifli melangkah masuk perlahan-lahan. Matanya

81
Tiada Sepertimu

meneliti setiap ceruk ruang di rumah itu. Masih sama seperti


dulu. Hanya beberapa perabot di rumah itu sahaja sudah
bertukar baru. Dia menarik nafas panjang. Cuba bertenang
meskipun hatinya bergelodak dengan emosi yang pelbagai
ketika berada di situ.
Kakinya segera mendaki tangga ke tingkat atas.
Sebuah bilik berdekatan tangga dipandang sepi. Dulu bilik itu
berpenghuni, tapi kini ketawa yang sering terdengar dari bilik
itu sudah tiada lagi. Semakin hilang ditelan masa.
Keifli meneruskan langkah ke sebuah bilik lain.
Tangannya diangkat tinggi-tinggi ke muka pintu. Daun pintu
diketuk perlahan. Tanpa menunggu balasan, dia segera
menolak daun pintu lebar-lebar. Terpacul di hadapannya
kelibat seorang wanita sedang menghadap sebuah jendela.
Wanita itu berpaling perlahan-lahan ke arahnya.
Dia tersenyum lalu mengatur langkah mendekati
wajah pucat di hadapannya. Tangan wanita itu digapai lalu
dikucup. “Macam mana keadaan ibu?”
Wanita itu tidak berkata apa-apa, hanya mengangguk
perlahan dengan senyuman yang hambar.
Keifli memimpin ibunya ke arah sofa yang terletak
di suatu sudut.
“Kif dah makan?” Halimah bertanya.
Keifli mengangguk. Bulat matanya memandang
raut wajah ibunya yang nampak tidak bermaya. Kasihan ibu,
detik hati kecil Keifli. “Kenapa baru sekarang ibu beritahu Kif
yang ibu tak sihat?”
“Demam sikit aje Kif. Ibu cuma hilang selera
makan. Lagipun ibu cuma nak jumpa anak ibu ni. Dah lama
kita tak jumpa dan bersembang panjang.”

82
Anita Aruszi

“Ayah tahu tak ibu sakit?”


Halimah menggelengkan kepala. “Dah dua minggu
dia out-station. Ibu tak dapat hubungi dia.”
“Habis tu, siapa yang bawa ibu ke klinik?”
“Faisal,” jawab wanita itu ringkas.
Keifli terdiam. Sedikit sebanyak dia bersyukur
kerana sepupunya yang baru menamatkan STPM itu tidak
seperti ibunya Qasidah, adik perempuan ayahnya yang
sombong dan berlagak tak kena tempat. Sudahlah
menumpang, tapi berperangai seperti dialah tuan rumah.
Padanlah asyik kahwin cerai, kahwin cerai!
“Kenapa Kif diam?”
“Tak ada apa-apa. Kif cuma risaukan ibu.”
“Kalau risau, baliklah ke rumah. Kita tinggal sama-
sama. Ibu sunyi kalau tak ada Kif. Ibu dah tak ada siapa-siapa
nak tumpang bermanja,” keluh Halimah sayu.
“Bukan Kif tak nak balik ibu, tapi ayah yang halau
Kif dari rumah ni.” Suara Keifli selamba ketika menuturkan
kata-kata.
Halimah terkedu. Dia merenung wajah dingin di
hadapannya. Sukarnya dia mahu menyelami hati anak itu.
Dia tahu hati Keifli terluka dengan sikap suaminya.
“Dia bukannya sengaja. Lagipun dia dah kahwin
dengan perempuan tu. Cukuplah Kif, ibu dah tak sanggup
tengok keluarga kita begini,” rayu Halimah sebak.
“Lelaki macam ayah memang tak tahu hargai
wanita macam ibu. Ibu pula terlalu mengalah, ikutkan saja
kerenah dia.”
“Apa nak buat, dia suami ibu.”

83
Tiada Sepertimu

“Suami yang baik takkan layan isterinya begini.


Ayah yang baik takkan halau anaknya sendiri kerana seorang
perempuan murahan,” sanggah Keifli tidak puas hati.
Sudah lama dia menjeruk rasa dengan sikap
ayahnya itu. Berbekam jua dengan sikap ibunya yang tidak
membantah. Hanya dia yang mempertahankan nasib ibunya.
Tapi akhirnya tewas jua dengan sikap keras kepala lelaki itu.
Halimah diam-diam merenung anak bujangnya itu.
Dia tahu sehingga saat ini, Keifli masih terasa hati dengan
sikap suaminya yang kaki perempuan. Tambah lagi anak
muda itu marah apabila tahu dia yang menandatangani surat
mengizinkan suaminya beristerikan Juliana (setiausaha
suaminya). Tapi dia ada alasannya sendiri. Bukan semata-
mata kerana dia mahu mendiami taman firdaus di akhirat
nanti, tapi jua kerana tidak mahu suaminya terus hidup
bermandikan dosa. Itulah sebab mengapa dia mengizinkan
suaminya bernikah lagi.
Tapi kerana keputusannya itu, dia telah kehilangan
satu-satunya anak lelaki yang dibangga-banggakan selama
ini. Kerananya, Keifli bertindak meninggalkan rumah selepas
bertengkar dengan ayahnya. Kini sudah hampir lima tahun
lebih anak muda itu tinggal bersendirian di luar.
Menjenguknya pun jarang-jarang sekali.
Dia buntu mahu memujuk Keifli kembali semula ke
rumah itu. Setiap kali diajak berbincang tentang ayahnya,
Keifli terus menolak. Halimah tahu, hati Keifli masih diamuk
dendam kesumat pada Qadrim, suaminya. Tanpa sedar dia
melepaskan keluhan berat. Hatinya pilu mengenangkan
perubahan sikap Keifli yang ketara. Dahulu anak itu periang,
suka mengusik dan ketawa. Tapi sejak lima tahun yang lalu,
dia jarang-jarang melihat gelak tawa Keifli. Senyuman anak
itu juga sudah jarang terukir di bibirnya.

84
Anita Aruszi

“Tunggu makan malam dengan ibu malam ni?”


pelawa Halimah.
“Tak bolehlah ibu, Kif ada temu janji malam ni.”
Keifli tiba-tiba teringatkan Zara. Datangkah gadis itu
bertemunya malam ini?
“Temu janji dengan siapa? Teman wanita?” duga
Halimah seraya tersenyum.
Keifli hanya tersenyum dengan serkap jarang
ibunya. Dia menggelengkan kepala. “Bukan dengan teman
wanita, dengan seorang kawan yang keras kepala.”
Hish! Simpang malaikat empat puluh empat jika
gadis itu menjadi teman wanitanya. Sudahlah garang, ego
pula tu! Tapi gadis itu manis dan menarik meskipun sikapnya
begitu. Entah mengapa, hati Keifli tiba-tiba terbuai
mengingatkan gadis manis yang telah mencuri perhatiannya
sejak akhir-akhir ini.

85
Tiada Sepertimu

Bab 9
Z
ARA resah menanti jarum jam
yang asyik berputar di hadapan
matanya. Mula-mulanya dia
pura-pura tidak kisah sambil menonton televisyen bersama
mamanya. Namun semakin lama masa berputar, dia semakin
cemas. Diam-diam dia mengerling jarum jam yang sudah
menunjukkan pukul lapan malam.
Rubiah yang sedang menonton siaran Berita TV3
sedikit sebanyak dapat menghidu sikap anak gadisnya itu lain
benar pada malam ini. Entah apa yang sedang difikirkan anak
itu sebenarnya?
“Zara nak ke mana-mana ke malam ni?” tanya
Rubiah tiba-tiba.
Zara tergamam mendengar pertanyaan wanita itu.
Matanya memandang mamanya. Dia gugup. “Kenapa mama
tanya?”
“Taklah. Mama tengok Zara sikit-sikit pandang jam
tu. Kalau nak ke mana-mana, pergilah sekarang. Nanti taklah
balik lewat sangat,” ujar wanita itu lagi.

86
Anita Aruszi

Zara terdiam. Patutkah dia pergi menemui lelaki


itu atau dia singgah saja esok untuk membayar hutang
membaiki keretanya tempoh hari? Bagaimana kalau esok
lelaki itu tidak ada? Lagipun hal ini harus diselesaikan secepat
mungkin, agar dia tidak perlu lagi bersua muka dengan
Keifli.
“Lagipun tak baik biarkan orang ternanti-nanti,”
sambung Rubiah lagi.
Zara terkedu. Apakah mamanya tahu ke mana dia
hendak pergi sebenarnya? Dia menjeling mamanya yang
selamba sahaja menonton televisyen.

DARI jauh, sudah jelas kelihatan kelibat Keifli yang sedang


ralit menggunakan laptop di salah sebuah meja kosong di
suatu sudut yang agak terlindung. Namun Zara tidak terus
mendapatkan lelaki itu. Entah kenapa, hatinya ragu-ragu
mahu menemui Keifli. Bagaikan ada sesuatu yang tidak
kena.
Dia memandang lelaki itu dari jauh. Wajah Keifli
serius menghadap laptopnya. Sesekali dia melihat lelaki itu
mengira sesuatu menggunakan kalkulator. Sibukkah dia?
Tiba-tiba sahaja Zara rasa kesal kerana membuat keputusan
untuk datang. Sepatutnya dia membayar sahaja duit itu di
pejabat Keifli keesokan harinya. Kedatangannya malam ini
seolah-olah satu temu janji pula.
Dia mengambil keputusan untuk berpatah balik.
Namun kelibat seorang pelayan yang datang secara tiba-tiba
dari belakangnya tidak mampu dielak. Dia terpanar. Pelayan
wanita itu juga terkejut besar. Sesaat kemudian, kedua-
duanya bertembung. Serentak!

87
Tiada Sepertimu

Zara terjerit apabila terasa cecair sejuk menyerap


baju yang dipakainya. Dia memandang tubuhnya yang sudah
basah lencun dengan jus buah-buahan yang datangnya dari
dulang pelayan itu.
Pelayan itu pula kaku dengan kejadian yang
menimpa. Wajah Zara yang merah padam dipandang serba
salah. “Maaf cik, sa… saya tak sengaja.”
“Mana awak taruk mata awak ni? Badan saya yang
besar ni pun awak tak nampak?” rungut Zara panas hati.
Namun suaranya tidak pula meninggi. Dia masih tahu malu
menjadi tumpuan pelanggan-pelanggan di situ.
“Maaf cik, nanti saya bersihkan baju cik,” ujar
pelayan itu.
Zara memandang gadis kecil molek itu. Timbul rasa
kasihan dia pada gadis itu. Dia tersenyum.
“Tak apalah, saya tak marah. Tapi lain kali hati-hati
ya,” kata Zara.
Gadis itu mengangguk lega.
Selepas gadis pelayan itu berlalu pergi, Zara
mengalihkan pandangannya. Namun menangkap raut wajah
tajam yang sedang merenungnya, dia tiba-tiba menjadi
gugup. Alamak! Mata Keifli sudah menggamit kehadirannya
di situ. Mahu tak mahu Zara terus melangkah menuju ke
arah lelaki itu.
“Ingatkan tak nak datang tadi.” Nada suara lelaki
itu kedengaran seakan menyindir.
“Datang, mana pulak tak datang. Lagipun hutang
kenalah dibayar,” balas Zara seraya menarik kerusi di hadapan
lelaki itu.
“Kau nak makan apa?” tanya Keifli.

88
Anita Aruszi

“Maaf, aku datang ke mari bukan nak makan. Aku


datang sebab nak jelaskan hutang. Itu saja,” pintas Zara.
Keifli tersenyum. Dia melirik gadis itu dalam-
dalam, menyebabkan Zara diterpa perasaan malu. Pantas
matanya dilarikan dari terus menentang renungan Keifli yang
tanpa sedar memukau perasaannya.
“Betul kau datang ni sebab nak bayar hutang aje?”
soal Keifli.
Zara mengangguk.
“Bukan sebab nak berdating dengan aku? Lagipun
kalau setakat nak bayar hutang, takkan pakai cantik-cantik
macam ni?” ujar lelaki itu sambil meraut penampilan Zara
dari atas ke bawah.
Zara tergamam. Dia memandang dress yang
dipakainya. Cantik sangatkah dress yang dibelinya tiga tahun
lalu di Singapura? Memang cantik, kalau tidak bertanda
dengan pelbagai kesan jus buah yang tumpah tadi.
“Atau kau sengaja pakai cantik-cantik malam ni
sebab nak pikat aku?” usik Keifli lagi seraya tertawa.
Zara terkejut. Merah padam mukanya menahan
usikan Keifli yang meluncur laju. Tiba-tiba sahaja dia diterpa
perasaan malu. Apakah lelaki itu menyangka yang dia sengaja
berpakaian cantik untuk pertemuan malam ini? Atau apakah
sememangnya dia sengaja berpakaian cantik untuk bertemu
lelaki itu? Zara mula keliru.
“Cik Zara…” panggil Keifli apabila dilihatnya Zara
seolah-olah termenung panjang.
Gadis itu tidak menyahut panggilannya. Keifli
merenung wajah itu. Hai, takkan berangan kut!
“Cik Zara!” panggil Keifli lebih kuat.

89
Tiada Sepertimu

Zara tersentak. Merah padam wajahnya menahan


malu diteriak begitu. Dia memandang Keifli yang tersenyum-
senyum. “Kenapa?”
“Baju tu tak nak tukar ke? Takkan nak terus pakai
dalam keadaan basah macam tu. Kalau kau nak, dekat bilik
persalinan pekerja ada baju lebih. Nak tak?” tanya Keifli.
Zara terdiam.
“Ops... aku lupa, kau tentunya tak nak pakai baju
uniform pekerja. Nanti dikatakan pekerja kat sini pulak,”
sambung Keifli sebelum sempat Zara mahu membuka mulut.
Terkekeh-kekeh lelaki itu mentertawakannya. Zara
menggetap bibir. Geram. Dia tahu lelaki itu sengaja
mempersendakannya.
Keifli tiba-tiba menutup laptopnya seraya bangun
dari kerusi yang di dudukinya.
Zara tergamam. Aik! Nak ke mana pulak dia ni?
Belum sempat dia mahu bertanya, lelaki itu menarik
tangannya lalu menghala ke arah tangga di situ.
“Kita nak ke mana ni?” soal Zara mula keliru. Sikap
Keifli benar-benar aneh di matanya kini.
“Ikut ajelah.” Bisik Keifli sambil tersenyum.
Zara terdiam. Meskipun kepalanya bersarang
dengan seribu pertanyaan, namun langkahnya tetap tersusun
mengekori lelaki itu menuruni anak tangga di situ.

MENYEDARI Toyota Camry itu berhenti di bahu jalan, Zara


tercengang. Pantas matanya dilarikan ke arah Keifli. “Kenapa
kita stop kat sini?”

90
Anita Aruszi

“Kau nampak tak kedai pakaian kat situ?”


Zara berpaling. Melihat sebuah butik pakaian, dia
terpegun. Matanya sekali lagi dipalingkan ke arah Keifli.
Dahinya berkerut.
“Apalah kau ni slow sangat.” Keifli ketawa.
“Cik Zara, takkan kau tak faham-faham lagi? Aku
bawa kau kat sini sebab aku nak kau beli pakaian baru untuk
gantikan pakaian kau yang dirosakkan pekerja aku. Jangan
bimbang, aku akan bayar semuanya,” sambung Keifli lagi.
Barulah Zara mengerti kedudukan sebenarnya. Dia
memandang ke arah Master Card yang dikeluarkan oleh Keifli
dari dompetnya. Apabila kad itu disua ke arahnya, Zara mula
ragu-ragu mahu menerimanya.
“Ambillah, takkan tak mahu. After all, memang
patut pun aku gantikan baju tu,” usul Keifli.
Lama kemudian, barulah Zara mencapai kad kredit
lelaki itu. Dia segera turun dari dalam kereta.
Keifli tetap tidak berganjak.
Melihat lelaki itu seperti tidak berniat mahu
menemaninya, Zara melangkah sendirian. Apabila tiba di
hadapan sebuah butik eksklusif, kakinya tiba-tiba terhenti.
Keifli yang mengawasi kelibat gadis itu dari jauh
tergamam. Hai kenapa tak masuk? Fikiran Keifli mula diterpa
pelbagai tanda tanya. Namun melihat Zara tiba-tiba beralih
arah memasuki sebuah kedai lain, Keifli tersenyum kecil.
Sangkanya gadis seperti Zara pasti akan memilih
butik berjenama itu. Tapi jangkaannya jauh meleset apabila
Zara memasuki sebuah kedai menjual pakaian yang kelihatan
biasa-biasa sahaja.
Dalam dua puluh minit kemudian, gadis itu keluar

91
Tiada Sepertimu

dengan blouse putih bereben kecil di belakang dan seluar


jean biru.
Melihat penampilan gadis itu, Keifli tergamam. Dia
merenung Zara dari atas ke bawah. Matanya seakan tidak
dapat dilarikan dari terus merenung gadis itu. Cantik!
Leka memandang, dia tidak sedar Zara sudah
menghampiri pintu kereta. Gadis itu segera memasuki perut
keretanya. Keifli masih ralit memandang. Gerak-geri Zara,
entah kenapa mirip benar dengan seseorang yang pernah
dikenalinya dulu.
“Okey, aku dah siap. Sekarang boleh kita bincang
pasal bayaran baiki kereta aku tu?” tanya Zara.
Keifli diam tidak berkutik. Soalan Zara tidak
dibalasnya.
Zara menoleh ke arah Keifli. Namun melihat mata
Keifli menjamah tajam ke wajahnya, Zara tiba-tiba terpegun.
Awat mamat ni pandang aku macam tu sekali?

92
Anita Aruszi

Bab 10
“T
HIS is Merdeka Square
which is also known as
Dataran Merdeka. This is
the first place where the Union Jack flag was lowered and the
Malaysian flag was raised when Malaysia declared
independence from Britain on 31st August, 1957. This is also
the place where our annual Independence Day celebration is
held every year,” jelas Zara pada anak muda itu dengan
panjang lebar.
Gabriel hanya mengangguk. Dia memerhatikan
kawasan sekeliling dataran yang dipenuhi dengan pelancong
asing. Rata-rata mereka sedang asyik mengambil gambar.
Sejurus matanya tertumpu pada beberapa buah bas yang
membawa pelancong singgah di bahu jalan. Ketika itu juga
matanya terpandang sebuah bangunan besar dengan menara
jam terletak di tengah-tengahnya.
“That building is lovely,” sebut Gabriel tiba-tiba.
Wajahnya menandakan kekaguman.
Zara mengekori anak mata Gabriel. Sejurus dia

93
Tiada Sepertimu

tersenyum. “That building is Sultan Abdul Samad Building.


The oldest and best known landmark building in this
country. It is decorated with bright lights every night and
this road will be closed in order for the people to enjoy the
night scenery of the area.”
“So, meaning that we can go out again and looking
for some fresh air here at the night?” tukas Gabriel,
tersenyum seraya memandang Zara.
Zara terkedu. Dia memandang Gabriel yang tak
putus-putus memandangnya. Dia menggetapkan bibirnya.
“Alamak, apesal mamat ni asyik pandang aku aje?”
rungut Zara sambil memalingkan wajahnya. Tidak senang
dengan cara lelaki Filipina itu memandangnya.
“Pardon? Did you said something?” sahut Gabriel
tercengang.
Zara tersengih seraya menggelengkan kepala. Nasib
baik kau tak faham Bahasa Melayu, detik hati kecil Zara.
“So can we go home now? My mom had asked me
to bring you home for dinner tonight. I think we should
make a move now, if we didn’t want to get stuck into traffic
jammed,” ujar Zara.
Gabriel hanya mengangguk riang.
“Zara, I’d like to go out with you again. That is, if
you don’t mind,” bisik Gabriel secara tiba-tiba.
Zara tergamam. Perhatiannya pada kereta yang
dipandunya terjejas seketika. Dia berpaling memandang ke
arah Gabriel.
Anak muda itu sudah mengalihkan matanya ke luar
tingkap kereta. Senyuman lelaki itu jelas terpancar di
bibirnya.

94
Anita Aruszi

Zara menarik nafas panjang. Irama dari lagu ‘Ain’t


Enough’ yang dinyanyikan oleh Aerosmith dari corong radio
seperti berlegar-legar di ruang fikirannya.

SETIBANYA di rumah, matanya lekas terpandang sebuah


kereta berwarna biru metalik, tersadai di halaman rumahnya.
Dahinya serta-merta berkerut. Macam kenal! Ada tetamu
lainkah yang dijemput mamanya selain Gabriel?
“Whose car is that?” tanya Gabriel.
Zara hanya mengangkat bahu. Dia sendiri tidak
pasti, meskipun dia seolah-olah pernah melihat kereta itu
dulu. Matanya memandang ke arah pintu yang terbuka luas.
Sesusuk tubuh berdiri menghadap ke arahnya. Zara
tersenyum lebar.
“Romei, bila kau sampai?” tegur Zara pada anak
muda yang menanti di hadapan muka pintu.
Romei terkekeh-kekeh ketawa. “Baru aje. Auntie
yang jemput aku datang makan sekali malam ni.”
Matanya tertumpu pada Gabriel yang berdiri di sisi
Zara. “Siapa ni?”
Gabriel turut memandang Romei. Bibirnya
melemparkan senyuman mesra.
“Ini Gabriel, anak kepada kawan mama. Gaby, this
is my brother, Romei.” Zara memperkenalkan kedua lelaki
itu.
Kedua-duanya berjabat tangan.
“Masuklah, dah lama kami tunggu. Perut aku pun
dah lapar ni. Dah lama tak makan masakan auntie.”

95
Tiada Sepertimu

“Kau memang selalu begitu. Hei, sejak bila kau


tukar kereta baru tu?” tanya Zara.
Romei tercengang. “Kereta baru?”
“Haah, kereta yang kat luar tu. Bukan kereta kau
ke?”
“Oh yang itu. Itu bukan kereta aku. Itu kereta
kawan auntie,” jelas Romei selamba.
Hati Zara berdegup kencang. Kawan mama? Siapa?
Belum sempat dia mahu bertanya pada Romei, matanya
terpandang sesusuk tubuh tinggi lampai sedang bercakap-
cakap dengan mamanya di ruang tamu.
Menyedari kehadiran Zara di situ, perbualan kedua-
duanya terhenti.
Rubiah tersenyum memandang Zara.
Namun mata anak gadis itu lebih tertumpu pada
lelaki muda di sisi mamanya.
Keifli kelihatan selamba memandangnya.
“Hah dah balik pun Zara. Mana Gaby?” tanya
Rubiah. Seketika kemudian dia terpandang kelibat Gabriel di
belakang Zara. Lelaki itu tersenyum memandangnya.
“Gaby, seronok keluar jalan-jalan dengan Zara?”
tanya Rubiah.
Gabriel mengangguk. “Seronok auntie. Harap-
harap lain kali Zara boleh bawa saya keluar lagi.”
Jawapan Gabriel membuatkan Zara tersentak. Bulat
matanya memandang Gabriel yang tahu bertutur dalam
Bahasa Melayu.
“Awak boleh cakap Bahasa Melayu, Gaby?” soal Zara
pantas. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang

96
Anita Aruszi

didengarnya. Jika lelaki itu tahu bercakap Bahasa Melayu,


kenapa dia asyik berbahasa Inggeris sepanjang malam ini?
“Sorry Zara, saya bukan sengaja tak mahu beritahu
Zara. Tapi Zara asyik menggunakan Bahasa Inggeris dengan
saya, jadi saya terpaksa bercakap Bahasa Inggeris juga,” ujar
lelaki itu sambil tersengih.
Zara terdiam. Dia mengalihkan pandangannya ke
arah Keifli yang masih memandangnya. Hatinya tiba-tiba
terasa panas. Dalam minggu ini sudah berkali-kali dia
dipermainkan oleh dua lelaki yang berlainan.
Selepas makan malam, Keifli menghabiskan
masanya di ruang tamu, berbual-bual dengan Romei yang
lincah dan peramah.
Mendengar Keifli memiliki restoran, Romei jadi
tertarik. Pelbagai soalan diacukan kepada lelaki itu.
Gabriel pula hanya mendengar.
“Amboi, Romei nampak asyik sangat bertanya. Ada
niat nak buka restoran juga ke?” usik Rubiah sambil
menatang sedulang kopi panas dan sepiring kek coklat.
Zara mengekori dari belakang
Romei tersengih. “Bukan setakat minat auntie, tapi
nak kumpul pengalaman sebanyak mungkin. Tapi ayah dah
syaratkan suruh habiskan study dulu sebelum nak rancang
apa-apa.”
“Sekarang Romei belajar kat mana?” Keifli
bertanya.
“Kat Australia. Monash University.”
“Hmmm… ancora imparo?” sebut Keifli lancar.
Romei tercengang. Dia memandang lelaki itu tidak
berkelip.

97
Tiada Sepertimu

“Abang pun belajar kat situ juga?” soalnya.


Keifli menggeleng.
“Tak. Tapi kawan-kawan abang ada sebut moto
universiti tu. Itu perkataan Itali yang bermaksud saya mahu
belajar, kan?” Giliran Keifli pula menyoal.
Romei mengangguk.
“Perkataan tu dipetik dari kata-kata Michael Angelo,
pelukis Itali yang terkenal tu. Sebab tu terdapat satu
cawangan universiti ni dekat Prato, Itali,” balas Romei.
“I tak sangka pengetahuan you mendalam juga ya,
Kif,” tegur Rubiah yang tertarik dengan kata-kata Keifli.
Keifli hanya tersenyum. Dia menyambut cawan kopi
yang dihulurkan oleh Rubiah. Matanya sempat dilarikan ke
wajah Zara yang asyik memerhatikannya sedari tadi.
Anak gadis itu cepat-cepat melarikan anak matanya.
“Errr... mama, Zara nak hantar Gaby balik ke
hotelnya sekejap.” Zara memberitahu mamanya.
Gabriel cepat-cepat menghabiskan baki kopi yang
diminumnya.
Rubiah hanya mengangguk.
“Pergilah, tapi balik awal sikit,” pesan Rubiah.
Mendengar kata-kata Zara, Romei menoleh.
“Sis, nak tumpang boleh? Tadi aku naik cab datang
ke mari,” pinta anak muda itu.
Zara mendengus. “Motor kau mana?”
“Rosak, masuk bengkel,” jawab Romei dengan
wajah sedih yang sengaja dibuat-buat.
Zara hanya menggelengkan kepala. Macam-macam
hal budak ni! Lambat-lambat dia mengangguk.

98
Anita Aruszi

Melihat reaksi Zara, Romei tergelak kecil. Huh


lega... kalau tidak, menapaklah dia balik ke rumah.
Melihat tingkah laku anak-anak itu, Rubiah ketawa
kecil. Kadangkala suasana beginilah yang dirinduinya dalam
rumahnya sendiri. Tapi apa boleh buat, Zara anak tunggal dan
Romei pula sentiasa bersama Bakhtiar. Rubiah termenung
sendiri. Jika dia teringatkan kisah lama di mana dia nyaris-
nyaris kehilangan Zara dahulu, hatinya jadi cemas semula.
Mujurlah umur gadis itu masih panjang. Jika tidak, pasti dia
akan sepi tanpa kehadiran seorang anak. Memandang kelibat
ketiga-tiga anak muda itu menghilang dari sebalik pintu,
Rubiah segera berpaling ke arah Keifli.
“Maaf Kif, Zara memang begitu. Dia memang
pendiam kalau bertemu dengan orang yang dia tak biasa,”
beritahu Rubiah.
“Tak apa. I don’t mind.”
Rubiah mengeluh.
Keluhan wanita itu membuatkan Keifli tercengang.
Wajah Rubiah tampak muram bagaikan ada yang merisaukan
hatinya.
“I patut beritahu dia tentang hal you, Kif. Dia
sepatutnya tahu semua ini,” luah Rubiah.
“Perlukah dia tahu?” soal Keifli.
“Tapi hati I rasa bersalah, Kif,” ucap Rubiah.
“Please don’t be. I lebih senang begini. In fact, I’m
glad that she’s okay now,” putus Keifli.
Rubiah terdiam. Dia tahu hati Keifli luhur. Pertama
kali dia bertemu lelaki itu dua tahun yang lalu, dia sudah
boleh membaca hati budi Keifli. Tapi ketika itu dia tidak
sempat mahu berterima kasih pada lelaki itu apabila Keifli

99
Tiada Sepertimu

menghilang tanpa berita. Hanya beberapa bulan yang lalu,


baru dia terserempak dengan lelaki itu. Dan dia sudah
beriltizam tidak akan melepaskan lelaki itu lagi. Tidak sama
sekali!

SEPANJANG malam itu dia tidak dapat tidur. Puas sudah dia
cuba memejamkan matanya, namun setiap kali itu jugalah
ingatannya pada peristiwa malam tadi menari-nari di dalam
kotak fikirannya. Entah mengapa, makan malam itu benar-
benar menguji kesabarannya. Dia benar-benar tidak senang
dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh mamanya terhadap
Keifli. Perasaan marahnya membuak-buak.
“Mama harap Zara tak kisah mama jemput Keifli
makan sekali dengan kita. Tadi Keifli yang temankan mama
beli barang-barang dapur untuk dinner ni. And in fact, he’s
willing to help me with the cooking. Dia memang pandai
memasak,” puji Rubiah seraya melirik ke arah Keifli.
“I tak buat apa-apa pun Ruby. You yang masak
semua ni. Bukan I,” sanggah Keifli.
“Tapi you yang ajar I cara nak buat western dish ni.
Kalau tak, mana la I pandai nak buat.” Ketawa Rubiah pula.
Dia memandang mamanya yang nampak gembira
malam itu. Matanya dialihkan ke arah Keifli yang kebetulan
memandangnya. Renungan lelaki itu singgah lembut ke
wajahnya. Dia menggetapkan bibirnya. Anak matanya
dilarikan seraya tunduk memandang makanan yang terasa
berat hendak masuk ke tekaknya.
“Kenapa Zara, tak sedap ke makanan tu?” soal
Rubiah ketika melihat Zara diam sahaja sepanjang masa.

100
Anita Aruszi

Dia mengangkat kepalanya. Wajah mamanya


dipandang. Bibirnya dipaksa melemparkan senyuman. “Tak,
makanan ni okey, cuma Zara yang tak ada selera. Sebab dah
makan fast food dengan Gaby tadi.”
“Macam mana abang kenal dengan auntie?” Tak
disangka-sangka, Romei mengajukan soalan.
“Jumpa dalam penerbangan semasa abang ambil
flight dari France. And when I saw her, I kept asking to
myself, who was that lovely woman with a bright smile,”
cerita Keifli dengan gaya selambanya.
Rubiah ketawa besar.
Romei dan Gabriel juga tersenyum.
Hanya Zara yang tidak senang dengan canda lelaki
itu. Selebihnya dia menyampah. Nampak sangat lelaki itu
sengaja mahu mengambil hati mamanya.
Derap langkah yang menghampiri dari arah
belakang membuatkan dia berpaling. Namun melihat wajah
itu menjengah masuk, dia segera memasamkan muka. Tugas
membasuh pinggan mangkuk diteruskan tanpa keinginan
untuk mengambil pusing kehadiran lelaki itu. Sakit hatinya
terus bermaharajalela.
“Aku nak hantar pinggan ni. Kau nak aku tolong?”
soal lelaki itu, entah sejak bila sudah berada di sampingnya.
“Tak payah, aku boleh buat sorang-sorang. Kau
tetamu mama aku, tak payah susah-susah nak bantu.”
Keifli berdiam diri, cuma matanya masih tertumpu
pada wajah Zara.
Tangan Zara yang dibasahi sabun sesekali menyelak
anak rambutnya yang berjurai menutup mata. Dia rasa
terganggu dengan anak rambutnya yang terjuntai itu.

101
Tiada Sepertimu

Keifli tiba-tiba mendekati Zara. Serentak tangannya


menguis anak rambut Zara sehingga elok terletak di tepi
telinganya.
Zara tergamam. Tingkah laku Keifli tidak diduga
sama sekali. Dia menoleh ke arah Keifli. Pandangan matanya
bertaut dengan sepasang mata milik Keifli. Renungan lelaki
itu bagaikan membawa bersama aliran elektrik ke dadanya.
Jantungnya bergetar tanpa dipinta.
Zara mengeluh panjang. Entah kenapa dengan
dirinya malam ini? Debaran yang dirasakan sepanjang malam
tadi, tidak reda sehingga kini. Sikap lelaki itu terhadapnya
membuatkan dia keliru. Meskipun mulutnya berkata tidak
suka pada lelaki itu, tapi setiap kali lelaki itu berada di
sampingnya, entah kenapa dia seakan menyenanginya. Malah
anak matanya sentiasa mengintai gerak-geri Keifli sepanjang
lelaki itu berada di rumahnya. Melihat lelaki itu melayan
mamanya terlebih mesra, apa yang dirasakan di hatinya
adalah perasaan cemburu. Cemburu yang membakar hatinya!

102
No. ISBN:- 978-967-5067-38-8
Jumlah muka surat: 755
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM24, Sabah/Sarawak: RM27
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM20, Sabah/Sarawak: RM23

Sinopsis:-
Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya
punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin
melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang ‘kotor’
manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya.
Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak
berhutang apa-apa di antara satu sama lain.
Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat
Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli
menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.
Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan
masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang
menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan
perasaan yang terbuku.
Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih
lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu.
Begitu juga dengan kemunculan semula Rania, rahsia
hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak
berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.
Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan
perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara
daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara
menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?

“Hidup bersamamu tidak pernah mudah... tetapi


salahkah jika aku mencuba?”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan


TIADA SEPERTIMU di rangkaian kedai buku MPH, Popular
dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise


No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai