Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN

Semua orang mahukan air yang bersih untuk diminum, untuk rekreasi dan untuk
bergembira dengan sekadar melihatnya. Sekiranya, air dicemari, ianya akan kehilangan
nilai ekonomi dan estetika kepada kita, dan akan menjadi ancaman kepada kesihatan kita
dan kehidupan ikan yang hidup di dalamnya serta hidupan liar yang bergantung hidup
kepadanya.

Air yang telah digunakan oleh komuniti di kenali sebagai air terpakai/air
kumbahan. Jika ianya tidak dirawat sebelum dilepaskan ke dalam saluran air, pencemaran
serius adalah jawapannya. Berdasarkan sejarah, perkara ini telah mengambil masa yang
agak lama oleh manusia sejagat untuk mengatasinya. Pencemaran air juga berlaku apabila
air hujan yang turun di kawasan Bandar dan kawasan perindustrian serta kawasan
pertanian dan operasi perlombongan membawanya kembali ke kawasan tadahan air
(sungai, tasik atau lautan) and juga ke dalam tanah. Untuk menjaga air terpakai dari
mencemarkan sumber air kita, kita perlu mengalihkan pencemaran sebelum air itu
kembali kepada persekitaran. Di kawasan bandar pada kebanyakkan negara membangun,
air kumbahan dari perumahan, perniagaan, dan perindustrian adalah dikumpul di dalam
pemparitan bawah tanah – kumbahan—dimana dibawa kepada satu atau lebih sistem
rawatan air. Kebanyakan sistem ini berada dilokasi yang berdekatan punca air dimana air
yang telah dirawat akan disalurkan.

Selain mempunyai sistem pemparitan kumbahan yang juga dikenali, dengan agak
aneh, sanitasi saluran najis – yang membawa sisa kumbahan ke loji rawatan, bandar dan
pekan juga memerlukan pemparitan ini untuk mengumpul air yang bergerak deras ini.
Sistem ini diperlukan untuk menahan dari berlakunya banjir di atas jalan raya dan
seterusnya mengalir ke kawasan perairan tanpa rawatan. Runoff dari pencemaran
kenderaan dan halaman membawa kepada sisa kumbahan yang mengandungi minyak dan
sisa dari automotif, yang mana turut mengandungi toksik logam dan campuran organik—

1
dan juga pestisid dan nutrien yang mengandungi fertilizer dari laman mahupun taman,
dan patogen mikroorganisma dari sisa haiwan.
2.0 TASIK TAI, DELTA YANGTZE, CHINA

2.1 Geografi
Tasik Tai merupakan tasik yang besar di kawasan Delta Yangtze, iaitu di
sempadan daerah Jiangsu dan daerah Zhejiang di China. Keluasan tasik ini
adalah 2250 km2 dan kedalaman di sekitar 2 meter. Tasik ini adalah tasik air
tawar yang ketiga besar di China iaitu selepas Tasik Poyang dan Tasik Dongting.
Tasik ini mempunyai lebih kurang 90 pulau-pulau kecil yang bersaiz di antara
beberapa meter persegi sehinggalah beberapa batu persegi. Antara pulau yang
terkemuka ialah Pulau Tiga Bukit atau dikenali sebagai Sanshan Islands, iaitu
Taman Negara Geologi China.

Rajah 1:
Kedudukan Tasik Tai di China
Tasik ini terkenal dengan industry perikanan sejak tahun 1970an. Selain
itu, daerah-daerah yang berdekatan jugaterkenal dengan kegiatan pelancongan
kerana sekitar Tasik ini dipenuhi dengan keindahan alam semulajadi dan
kewujudan pembentukan batu-batu kapur yang unik. Tasik ini membekalkan

2
sumber air kepada penduduknya yang dianggarkan dalam populasi 30 million di
daerah Wuxi.

2.2 Sejarah dan Data Pencemaran Air di Tasik Tai


Peningkatan ekonomi yang begitu pesat di rantau berdekatan menyebabkan Tasik
Tai telah diancam oleh pencemaran. Pada Mei 2007, tasik ini telah dipenuhi oleh
pertumbuhan algae yang berleluasa dan mengalami pencemaran cyanobacteria.
Kerajaan China telah memutuskan kejadian bencana alam terhadap malapetaka
alam sekitar ini. Pada Oktober 2007, kerajaan China terpaksa menutup dan
meyitakan 1300 kilang di sekitar tasik ini. Kini, majlis perbandaran daerah
Jiangsu dipertanggungjawabkan untuk membersihan tasik yang luas ini. Mereka
diberi tempoh sehingga tahun 2012 untuk melaksankan tugas pembersihan dan
pemulihan ini.

Rajah 2:
Kepekatan pertumbuhan alga toksik yang mengerunkan di Tasik Tai.

3
Tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China menentukan beberapa kawasan
pengurusan pencemaran yang penting, menetapkan dan melaksanakan penataan
perairan pencemaran air, dasar pentadbiran dan dasar pengawalan pengeluaranan
pencemar. Setakat penghujung tahun2002, kerajaan telah menaruh pelaburan
sejumlah lebih 40 bilion yuan RMB untuk perlindungan alam sekitar di kawasan
Sanxia. Dalam tahun 2001, 37 buah perusahaan pengeluaran pencemaran yang
berat ditutupi, jumlah pengeluaran air buang dari 60 buah perusahaan pengeluaran
pencemaran turun 15.6 peratus dibandingkan dengan tahun lalu. Jumlah pelbagai
pencemaran yang terhasil mencapai 8 ribu ton, antaranya pengeluaran oksigen
kimia menurun 48.3 peratus. Kawasan Tasik Tai yang tercemar dengan
kritikalnya dan mula diuruskan sejak tahun 2002, iaitu menyalur air bersih dari
Sungai Yangtze ke dalam Tasik Tai yang keluasan perairannya 36,9 ribu
kilometer persegi. Pelaksanaan projek ini sudah memperbaiki iklim perairan
kawasan Tasik Tai secara nyata, agar kadar pencemaran utama iaitu phophor,
nitrogen dan permanganate masing-masing menurun 56 peratus, 25 peratus dan 9
peratus dibandingkan pada empat tahun lalu. Mutu air bandar Shanghai yang
bersumber dari Tasik Tai meningkat secara nyata, orang yang mendapat faedah
mencapai ratusan ribuan. Walau bagaimanapun, pencemaran air kembali menular
pada tahun April 2008. Pertumbuhan alga yang bertoksik tersebut didapati akan
kembali pada setiap tahun dalam lingkungan bulan Julai sehingga September.

2.3 Gambar-gambar Pencemaran Air di Tasik Tai

4
Rajah 3:
Para nelayan yang masih mencari nafkah walaupun dibelenggu pencemaran air
yang dipenuhi dengan pertumbuhan algayang kritikal di Tasik Tai.

Rajah 4:
Pekerja yang sedang membersihkan tasik dengan mengeluarkan toksik di Tasik
Tai secara manual.

5
Rajah 5:
Kematian sumber ikan disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam Tasik Tai.

Rajah 6:
Penduduk sekitar Tasik Tai masih menggunakan air tercemar untuk kegunaan
harian mereka.
6
Rajah 7:
Loji rawatan dan pembersihan air di daerah Jiangsu juga dicemari.

Rajah 8:
Pembersihan Tasik Tai

7
3.0 JENIS-JENIS PENCEMARAN AIR DI TASIK TAI

3.1 Bahan Toksik – sejenis pencemaran berbentuk kimia yang tidak terhasil dalam
sistem akuatik. Penyumbang terbesar kepada pencemaran kimia ialah racun
rumpai, racun serangga dan bahan buangan industri.

3.2 Bahan Organik – pencemaran organik berlaku apabila lebihan bahan organik
seperti baja dan kumbahan memasuki air. Apabila bahan organik ini meningkat di
dalam tangki air, jumlah bahan hancur akan meningkat. Bahan hancur atau bahan
reput ini akan tumbuh pantas dan menggunakan banyak oksigen apabila ia
membesar. Ini mengakibatkan pengurangan oksigen apabila proses kehancuran
berlaku. Kekurangan oksigen akan membunuh organisma akuatik. Apabila
organisma akuatik itu mati, ia akan sama musnah dengan bahan hancur
berkenaan, sekali gus meningkatkan pengurangan oksigen berkenaan. Sejenis
pencemaran organik boleh berlaku apabila pencemaran bahan bukan organik
seperti nitrogen dan fosfat meningkat dalam sistem akuatik. Kadar tinggi bahan
berkenaan menyebabkan peningkatan keterlaluan tumbuhan dan rumpair. Apabila
tumbuhan dan rumpair itu mati, ia menjadi bahan organik di dalam air. Bahan
tumbuhan berkenaan akan reput dengan pantas, sekali gus mengurangkan kadar
oksigen. Proses pantas pertumbuhan tumbuhan itu kemudian diikuti dengan
peningkatan aktiviti oleh bahan hancur berkenaan dan dengan kekurangan kadar
oksigen yang dikenali sebagai eutrofikasi.

3.3 Pencemaran Terma – pencemaran jenis itu boleh berlaku apabila air digunakan
sebagai bahan penyejuk berdekatan kilang industri dan kemudian kembali kepada
persekitaran akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi, sebagai ia sepatutnya.
Pencemaran terma boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di
dalam air dan meningkatkan kadar keperluan biologikal oleh organisma akuatik
untuk oksigen.

8
3.4 Pencemaran Ekologikal – ini berlaku apabila pencemaran bahan kimia,
pencemaran organik atau pencemaran terma berlaku daripada persekitaran alam,
bukannya aktiviti kemanusiaan. Sebagai contoh, pencemaran ekologikal akan
meningkat daripada bahan aliran selepas berlakunya tanah runtuh, yang juga akan
meningkatkan jumlah kotoran dalam air. Contoh lain ialah apabila haiwan seperti
rusa mati lemas dalam banjir dan kemudian sejumlah besar bahan organik yang
mengalir ke dalam air. Kejadian geologikal seperti ledakan gunung berapi juga
boleh menjadi sumber kepada pencemaran ekologikal.

9
4.0 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN DI TASIK TAI

Pencemaran air di Tasik Tai berlaku adalah hasil dari aktiviti manusia sendiri yang lalai.
Salah satu aktiviti manusia yang menjurus kepada pencemaran air ialah pembuangan
sampah dan kumbahan secara tidak bermoral ke dalam Tasik Tai dan jaringan sungai-
sungai yang tidak terkawal. Sampah sarap yang dimaksudkan adalah dari pembuangan
sisa dari loji-loji yang begitu banyak di sekitar tasik dan juga kawasan
kediaman,perindustrian dan juga pertanian. Pencemaran yang disebabkan oleh
perindustrian biasanya dalam bahan-bahan kimia ,sisa toksik ,logam berat ,minyak dan
bahan radioaktif . Ini termasuk sisa-sisa dari sektor penternakan dan pertanian yang
menggunakan racun perosak secara berleluasa.

Rajah 9:
Saluran paip pembuangan sisa-sisa toksik dari sebuah kilang di sekitar Tasik Tai.

Bahan-bahan seperti pestisid dan bahan kimia lain di ditemui di dalam air yang
tercemar berpunca sektor pertanian.akibat dari penggunaan baja yang berlebihan.

10
Permusnahan terhadap alam sekitar yang serius. Contohnya penebangan pokok-pokok di
hutan bagi tujuan komersil. Ini bagi membuka penempatan baru untuk kediaman
manusia,atau bagi mendirikan kilang-kilang di sekitar tasik. Akibatnya, air akan
tercemar akibat dari perlepasan air-air sisa dari kilang-kilang ini dan sisi makan dan najis
yang dibuang oleh kawasan kediaman manusia. Ini akan mendatangkan kesan termal
dan juga sudah pasti akan mengakibatkan kandungan oksigen di dalam air sungai ,tasik
dan laut berkurangan dan seterusnya menjejaskan ekosistem .

11
4.0 LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MEMULIHKAN TASIK TAI

4.1 Kerajaan China telah menggunakan peluang menyediakan bandaraya model yang
bersifatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, mereka telah
mengintegrasikan program pencegahan pencemaran air di semua bandaraya
model.
4.2 Fokus telah diutamakan kepada konsep inovasi, mekanisme dan pengembaraan
haluan baru dalam mencegah dan merawat air tercemar di Tasik Tai. Disebabkan
kemajuan di negara China yang begitu maju, daerah Jiangsu telah menggunakan
konsep pengurusan alam sekitar melalui mekanisme komersil dan menggunakan
rawatan yang komprehensif melalui air di Tasik Wuli sebagai komponen yang
penting di Wuxi. Ini merupakan satu nilai tambah kepada faedah pembandaran
untuk meningkatkan keadaan alam sekitar dengan kos 5 billion Yuan. Dana
swasta telah menggalakkan sektor kemudahan perbandaran. Mekanisme pasaran
diaplikasikan kepada syarikat rawatan kumbahan daripada pelbagai perusahaan
dan operasi.
4.3 Bagi memperbaiki pengurusan air berkualiti, pihak kerajaan telah mengadakan
mekanisme kerja mengenai penilaian sasaran kualiti, maklumat di sempadan
kualiti, usahasama dalam mencegah pencemaran di tahap awal dengan
mengeluarkan amaran.

12
5.0 IMPLIKASI

5.1 Kesan-kesan kepada Tasik Tai

Kesan-kesan yang terjadi daripada pencemaran air di Tasik Tai ialah pelbagai
penyakit di kalangan penduduk di sekitar Tasik Tai yang begitu luas terjadi.
Salah satu yang kritikal ialah penyakit kulit yang kritikal disebabkan toksik pada
air yang digunakan untuk mandi, masak, minum dan mencuci. Ini amatlah sedih
kerana penduduk yang tinggal di sekitar Tasik hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan dan perkerjaan mereka adalah sebagai nelayan. Adalah agak sukar
untuk mereka untuk mencari nafkah bagi menampung kos perjalan dan perubatan
ke bandar mahupun desa. Keperitan ini berlaku apabila manusia-manusia yang
tidak bertanggungjawab telah mengabaikan kesejahteraan kehidupan sejagat
penduduk di sekitar Tasik Tai dan kemunculan mereka adalah untuk mengaut
keuntungan secara besar-besaran.

Sekiranya, sumber perkerjaan utama mereka telah terjejas, maka mereka


tidak dapat hidup seperti biasa lagi kerana sumber pendapatan mereka turut
terjejas. Kekurangan oksigen akibat keracunan pada air di Tasik Tai
menyebabkan banyak ikan dan hidupan laut mati dan mula pupus. Tanpa sumber
pendapatan ini, maka banyak penduduk terpaksa mencari pekerjaan lain di desa
dan bandar. Kemungkinan keadaan yang lebih buruk iaitu mengemis disebabkan
kebanyakkan mereka adalah tidak berpendidikan ataupun berpendidikan rendah
sahaja. Lama-kelamaan, kemungkinan populasi di sekitar Tasik Tai juga akan
turut pupus dan berhijrah ke tempat yang lebih selamat.

Pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya kepada manusia serta


spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh menjadi implikasi
13
kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah darah.
Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan
pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik
kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls
(PCB) boleh merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah,
demam panas, cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.

Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang


berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah
pantai, sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan
buangan kilang yang mencemari kawasan itu.

Akan tetapi, Tasik Tai merupakan tempat loji rawatan air untuk bandar-
bandar penting seperti Shanghai, Wuxi, Yixing, Zhoutie, Hanzhou, Nanjing dan
sekitarnyadi daerah Jiangsu. Sekiranya tiada langkah-langkah kecemasan tidak
diambil, kemungkinan besar penduduk-penduduk daerah Jiangsu akan terjejas
dengan ketoksidan sumber air mereka. Alam sekitar rosak dengan teruk terutama
di tempat yang mengalami pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan
kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah. Bagaimanapun,
pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut
memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat.
Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air.

Sejenis pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk


fizikal, seperti peningkatan suhu. Oleh kerana air dialirkan daripada kilang
industri, hampir 15 sehingga 25 miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam
sistem penyejuk air. Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan.
Dengan peningkatan pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh
menyebabkan kerosakan rumpair dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat
tumbuhan akuatik. Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air
14
sungai itu akan meningkat. Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan
ekologikal di antara sistem air dan hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu
walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain.

Kerajaan China haruslah sensitif terhadap penduduk kampung nelayan di


sekitar Tasik Tai. Walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk memulihkan
keadaan air tersebut, mereka harus prihatin dengan keadaan rakyat yang sering
terabai. Sepatutnya, kerajaan haruslah memberi subsidi untuk mereka agar
mereka dapat memajukan diri dan meringankan beban mereka dalam keadaan daif
mereka. Sekiranya, China dapat memulihkan dan memulihara keadaan Tasik Tai,
ia tetap akan menjadi tarikan pelancong ke Tasik Tai yang mempunyai keindahan
dan keunikan alam semulajadinya. Tibalah masa untuk kerajaan China
melaksanakan program penghijauan alam sekitar secara besar-besaran kerana
negara tersebut mempunyai perindustrian yang pesat dalam pelbagai bidang.
Dengan adanya program Bumi Hijau, negara-negara yang maju akan lebih tertarik
hati dengan penggunaan buruh asing di negara itu untuk menghasilkan bahan-
bahan dan peralatan domestik dan komersil.

Rajah 10:

15
Penduduk tempatan berhadapan dengan penyakit kulit yang serius akibat daripada
penggunaan air tercemar dalam kehidupan harian mereka.

5.2 Tanggungjawab Sosial terhadap Pencemaran Air

Masalah pencemaran air terutamanya apabila air itu merupakan sumber yang
digunakan oleh penduduk setempat, sekiranya tidak ditangani, akan
mendatangkan kesan yang buruk kepada manusia ,malah kepada bumi kita
sendiri. Sebenarnya pencemaran ini bolehlah kita katakan bermula dari rumah
kita sendiri. Contohnya penggunaan serbuk pencuci yang berlebihan semasa
mencuci pakaian samaada menggunakan mesin pencuci ataupun menggunakan
tangan .Pembuangan sisa-sisa makanan yang basah atau sisa-sisa organik
terutamanya ke dalam longkang secara terbuka .Sebenarnya kelakuan sebegini
boleh di elakkan sekiranyanya kita tahu menghargai alam semulajadi.Sisa-sisa
basah atau sisa-sisa organik ini ,boleh kita lupuskan secara mesra alam.Begitu
juga dengan botol-botol plastik dan botol-botol kaca. Kerajaan telah lama
memperkenalkan kempen kitar semula namun sehingga kini kelihatanya masalah
ini masih belum berjaya ditangani dengan berkesan.

Berbalik kepada sisa–sisa organik ini sekiranya hanya dibuang di dalam


longkang sudah pasti air longkang akan menjadi kotor dan tercemar oleh bakteria
yang boleh membahayakan dan boleh mengancam kesihatan manusia itu sendiri,.
Ini adalah kerana sisa-sisa makanan ini mengundang lalat-lalat dan pada
persekitaran yang sesuai bakteria boleh membiak. Pembiakan bakteria inilah
yang akan memburukkan lagi pencemaran air. Aliran air longkang biasanya akan
terus mengalir ke sungai-sungai berdekatan.

Satu cara yang mungkin agak praktikal dilakukan pada pendapat saya
ialah dengan menanam sisa-sisa makanan ini di tapak yang sesuai .Kawasan yang
dianggap sesuai mestilah letaknya agak jauh dari sungai-sungai atau terletak jauh
16
dari mana-mana punca air.Ini bagi mengelakkan proses larut resap yang juga
boleh mengakibatkan pencemaran air.Tapak penanaman sisa-sisa makanan ini
perlu di gali setelah beberapa bulan sampah –sampah di tanam dan kemudian di
timbus semula.Dalam tempoh beberapa bulan hasil dari tindakan bakteria di
dalam tanah akan mereputkan sisi-sisa organik ini,maka tanah di kawasan
tersebut menjadi gembur membentuk tapak tanah gambut yang subur ..Dengan ini
tapak penanaman sisa-sisa makanan ini boleh di majukan menjadi satu kawasan
pertanian yang mungkin boleh di lakukan secara komersial bagi tapak penanaman
sisa-sisa makanan yang luas. Sebaliknya pula s,ekiranya sisa-sisa makanan ini
ditanam di belakang rumah kediaman ,maka tapak ini boleh digunakan untuk
bercucuk taman.Secara tidak lansung ,kita dapat menjimatkan kos pembelian
baja-baja kimia,yang sudah semesti nya baja-baja kimia ini tidak begitu baik
untuk kesihatan manusia..Penggunaan baja-baja kimia ini juga boleh
menyebabkan pencemaran air.Bila sisa-sisa makanan basah ini atau organic ini di
kitar semua secara semulajadi maka sudah tentu sekali pencemaran air sedikit
sebanyak boleh di kurangkan ,Setidak-tidaknya ada usaha bagi menyelesaikan
masalah ini.Selain ini ,ia sudah pasti menjimatkan kos bagi sektor pertanian,dan
seterusnya mendatangkan pulangan hasil yang agak lumayan kepada pekebun-
pekebun yang terlibat dalam sektor pertanian.

17
6.0 KESIMPULAN

Alam sekitar kita ini saling terikat antara satu sama lain. Perkara yang sama juga berlaku
dengan pencemaran air. Pencemaran ini berlaku akibat daripada perbuatan manusia
memusnah alam yang semakin lama semakin menjadi. Pengendalian dan penggunaan
tanah yang salah akhirnya mengakibatkan tanah terhakis dan tanah ini akan memasuki ke
dalam sungai dan akan mengakibatkan sungai menjadi berlumpur. Ada juga tanah yang
dihanyut ke sungai dan kemudian memasuki ke dalam laut. Pembuangan sampah sarap di
merata-rata juga akan terus dihanyut ke dalam sungai oleh air hujan. Fenomena tersebut
dikenali sebagai air larian.

Pencemaran air ini sudah mula mengancam menusia dari dulu lagi, iaitu pada
Zaman Neolitik. Kematian secara besar-besaran yang disebabkan oleh air yang tercemar
telah berlaku pada Zaman Keagungan Rom. Ini merupakan kes kematian yang
disebabkan oleh pencemaran air yang terawal pernah direkodkan. Orang Rom pada
zaman itu telah membina sistem bekalan air yang canggih. Pada masa itu sebanyak lapan
aqueduct (saliran air) telah dibina untuk menyalurkan air ke bandar itu. Sistem bekalan
air ini bukan sahaja dibina di sekitar Rom malah di koloni-koloni mereka juga iaitu di
Gaul, Sepanyol dan Ingggeris. aitan di antara mikroorganisma, pembunuh yang terdapat
di dalam air dan penyakit yang dibawanya telah membuka jalan kepada penciptaan
penawar penyakit tersebut. Sebagai contoh Eberth menemui bacillus taun pada tahun
1880, Koch telah menjumpai kuman Kholera pada tahun 1883 dan Pasteur telah berjaya
menjumpai penawar untuk manusia menentang penyakit anjing gila pada tahun 1885.
Pada tahun yang sama juga Franklund telah memulakan rutin analisis biologi terhadap air
yang disalirkan oleh syarikat air di London dan berupaya menunjukkan bahawa
penurasan air melalui pasir boleh mengurangkan kandungan bakteria sehingga 98%.
Daripada itulah perawatan air moden diperkenalkan.
18
Aktiviti pembangunan memberi manfaat kepada penduduk. Namun begitu ia juga
merupakan salah satu sumber pencemaran yang sering dikaitkan dengan aktiviti ini ialah
bahan organik dari sisa pepejal, bakteria dan virus dari sisa manusia, bahan soda dan
amonia dari aktiviti pembasuhan, bahan terampai dan lain-lain lagi yang berkaitan
dengan aktiviti harian manusia. Sumber pencemaran ini boleh dikelaskan kepada sumber
berpunca dan tidak berpunca bergantung kepada kawasan yang terlibat. Pencemaran air
bawah tanah terjadi apabila hujan yang menimpa sampah menyerap ke dalam bumi. Di
dalam proses penyerapan ini, air tersebut akan membawa bersama atau menyerap
kebanyakan bahan kotor yang terdapat di dalam sampah. 1gelen (3.785 liter) minyak
petrol boleh mencemarkan 1 juta gelen (3.785 juta liter) air bawah tanah. Kehadiran
sedikit sahaja bahan eyanide di dalam air boleh membunuh kita serta-merta.

19
BIBILIOGRAFI

Chang, W. Y. B. 2002. Lake Tai (China): A large lake struggling to survive in the face of
regional urbanization. China: October 2002.

Jakobsson, E. 1996. Industrialization of Rivers: A Water System Approach to


Hydropower Development. Sweden

Fan, Z. 1999. Pricing Wastewater Treatment in China. China


http://www.idrc.ca/en/ev-8267-201-1-DO_TOPIC.html

Qian Shen, Bing Zhang, Junsheng Li, Hao Zhang, Mo Chen. 2008. Neural Network Modeling
for Retrieval of Water Quality of Lake Taihu from Field Spectral Measurement. Vol. 5,
pp.178-182, 2008 Congress on Image and Signal Processing, Vol. 5, 2008

Wang, X., W. Zhang. 2004. Modeling and simulation of point-non-point source effluent
trading in Taihu Lake area: perspective of non-point sources control in China. Science of
the Total Environment 325: pg. 39-50

20

Anda mungkin juga menyukai