Anda di halaman 1dari 5

MESYUARAT AGUNG PIBG SKS1 KALI KE – 24 SESI 2009/2010

MASA CUE(peristiwa) ANN (butiran penyampaian)


3.00 Ketibaan YB Perasmi Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Haji
petang Mohamad Sahfri b Abdul Aziz DIMP,SMP, Adun Bukit
Ibam, merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Pahang Darul Makmur.
Tetamu duduk Daun kayu di tengah gurun,
Nampak tinggi pohon cemara,
Tradisi Melayu turun – temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt, dan salam bahagia.


Yang Berhormat Dato’ Haji Mohamad Sahfri b Abdul
Aziz , DIMP,SMP, Adun Bukit Ibam, merangkap Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Darul
Makmur.

Yang Berusaha , Encik Mohd Nordin b Haji Daud,


Pengurus Felda Selancar 1.

Yang Berusaha, Encik Abdul Rahim b Sulaiman , YDP


PIBG SK Selancar 1 .

Yang Berusaha, Puan Jamilah bt Sabri , Guru Besar SK


Selancar 1.

Barisan guru penolong kanan, guru – guru dan ibu bapa


yang dihormati sekalian.

Pada majlis yang permai ini marilah kita memanjatkan


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta
limpah rahmat-Nya , kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun dan bersama – sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SKS1 kali ke -24 bagi sesi
2009/2010 ini.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita sama


– sama menadah tangan bermunajat, memohon berkat
agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu majlis
dengan hormatnya menjemput Ustaz Wan Anuar b
Wan Hussain untuk memimpin bacaan doa.

Selesai bacaan doa Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz
Wan Anuar b Wan Hussain di atas pimpinan bacaaan
doa itu tadi.

Ucapan Guru Besar Tuan –tuan dan puan –puan yang dihormati,
Majlis pada petang ini diteruskan dengan
mempersilakan Yang Berusaha , Puan Jamilah bt Sabri ,
Guru Besar SK SELANCAR 1, untuk menyampaikan
ucapan alu – aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Selesai Ucapan Guru Besar Demikian tadi, ucapan aluan oleh Yang Berusaha Puan
Jamilah bt Sabri Guru Besar SK SELANCAR 1. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.
Ucapan YDP PIBG Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang
Berusaha , Encik Abdul Rahim bin Sulaiman selaku YDP
PIBG SK SELANCAR 1 untuk menyampaikan ucapan.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Selesai ucapan YDP PIBG Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha , Encik Abdul Rahim b Sulaiman, YDP PIBG SK
SELANCAR 1 atas ucapan itu tadi.
Ucapan perasmian oleh YB Sidang hadirin yang budiman , kini majlis dengan
Dato’ Haji Mohamad sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang
Sahfri b Abd Aziz Berhormat Dato’ Haji Mohamad Sahfri b Abdul Aziz,
DIMP,SMP, Adun Bukit Ibam, merangkap Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaaan Negeri Pahang Darul Makmur
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan majlis perasmian Mesyuarat Agung
PIBG SK SELANCAR 1 Kali ke -24 bagi sesi 2009/2010.

Yang Berhormat Dato’ dipersilakan.


Selesai upacara perasmian Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulilah Wassala Tannabi;
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji
Mohamad Sahfri b Abdul Aziz , DIMP,SMP, Adun Bukit
Ibam , merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Pahang Darul Makmur atas ucapan dan
perasmian sebentar tadi.

Penyampaian cek Beralih kita ke acara seterusnya, iaitu penyampaian sijil


sumbangan kepada penghargaan kepada AJK PIBG dan cek sumbangan
mangsa kebakaran kepada mangsa kebakaran. Untuk menyempurnakan
majlis , dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji
Mohamad Sahfri b Abdul Aziz ,DIMP,SMP, Adun Bukit
Ibam , merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Pahang Darul Makmur dengan diiringi Encik
Mohd Nordin b Haji Daud , Pengurus Felda Selancar 1/
Encik Abdul Rahim b Sulaiman , YDP PIBG SK
SELANCAR1 .

Untuk itu dipersilakan , Encik Abdul Rahim b Sulaiman,


YDP PIBG, Encik Ahmad Refain b Hj Kaswan , NYDP
PIBG, Ustaz Wan Anuar b Wan Hussain , setiausaha
PIBG, Puan Zaiton bt Abdullah , Bendahari PIBG.

Ajk PIBG di kalangan ibu bapa , dijemput Encik Wan


Ashaari b Wan Mohd Ariffin , Encik Hamdan b Arsat,
Encik Hussin b Hj Abu Bakar , Encik Ahmad b Khalid,
Encik Mohd Kahfi b Idris, Encik Mohd Noh b Samuni,
Encik Mohd Zuki b Yusof , Encik Yaacob b Ajmain, Tuan
Hj Abdullah b Isa, Puan Siti Baniah bt Sukirman, Puan
Aimi Roslina bt Abd Rani, dan Puan Normala bt Sufian.

Ajk PIBG di kalangan guru , dijemput Encik Yusof b


Murkijan, Encik Kamarozaman b Abdul Rahman, Encik
Maskuri b Othman, Encik Mohd Azliza b Hj Alwi , dan
Puan Nong Rasidah bt Safurdin .

Seterusnnya, penerima bantuan kedai terbakar ,


dipersilakan , Puan Nor Aliza bt Adnan , Encik Supian B
Suratin, Encik Norazmee b Ahmad, Puan Suriani bt
Zainuddin, Encik Jaafar Sidek b Sulaiman , Puan Manis
bt Ismail , Puan Che Sariah bt Jusuh dan Encik Sadeli b
Kalam.
Selesai penyampaian sijil Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih , majlis
dan cek. dengan sukacitanya mempersilakan Encik Abdul Rahim
b Sulaiman , YDP PIBG SK SELANCAR 1, menyampaikan
Penyampaian cenderahati cenderamata kenang – kenangan kepada Yang
kepada YB. Berhormat Dato’ Haji M ohamad Sahfri b Abdul Aziz
DIMP,SMP, Adun Bukit Ibam , merangkap Ahli Majlis
Sumbangan mangsa Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.
kebakaran kepada PIBG

Bagi meneruskan majlis , sukacita dijemput Encik Jaafar


Sidek b Sulaiman yang mewakili lapan orang yang
mengalami kedai terbakar untuk menyampaikan
sumbangan kepada PIBG. Dipersilakan .

Selesai sumbangan Terima kasih diucapkan kepada Encik Jaafar Sidek b


Sulaiman dan kesemua mangsa kebakaran atas
sumbangan itu tadi.
Penutup Dengan ini berakhirlah sudah majlis Perasmian
Mesyuarat Agung PIBG SK SELANCAR 1 kali ke-24 sesi
2009/2010. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Haji Mohamad Sahfri b Abdul Aziz , DIMP,SMP,
Adun Bukit Ibam , merangkap Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur , Encik Mohd
Nordin b haji Daud , pengurus Felda Selancar 1, dan
hadirin sekalian atas kesudian hadir pada hari ini.

Gunung pantai tinggi mengawan,


Nampak dari padang temu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat


Dato’ Haji Mohamad Sahfri b Abdul Aziz dengan diiringi
Encik Mohd Nordin b Daud Pengurus Felda Selancar
1,Encik Abdul Rahim b Sulaiman YDP PIBG SKS1, Puan
Jamilah bt Sabri , Guru Besar SK SELANCAR 1, untuk
menikmati jamuan ringan di kantin .

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai