Anda di halaman 1dari 4

Hadith 12

Melakukan kerja yang berfaedah

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Di antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya. [ Hadis Hasan, diriwayatkan oleh Tirmizi dan lain-lainnya] Makna Perkataan

( : ) Di antara kesempurnaan Islam seseorang. ( : ) Sesuatu yang tidak berkaitan dengannya.


Keterangan hadith dan kefahamannya 1. Membangunkan masyarakat yang mulia1 Islam terlalu memberikan perhatian terhadap keselamatan masyarakat supaya manusia dapat hidup di dalam keadaan serasi dan penuh kesepakatan tanpa wujudnya permusuhan dan perbalahan di antara mereka. Islam juga memberi perhatian terhadap keselamatan individu agar dapat hidup di dunia ini dalam keadaan bahagia, bermesra dan dimesrai, memuliakan orang lain dan tidak disakiti sehingga dia dapat keluar dari dunia (ketika mati) dalam keadaan berjaya dan beruntung. Antara perkara-perkara yang menimbulkan perpecahan di kalangan manusia, merosakkan masyarakat dan mencetuskan kebinasaan ialah campur tangan sebahagian
1

Dr. Mustafa al-Bugha&Muhyiddin Misto, alwafiy-syarah hadis 40:imam nawawi, 1998, Prospecta Printers Sdn Bhd. Hlmn 123-124

manusia terhadap urusan orang lain, khususnya di dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan mereka. 2. Menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berkenaan adalah merugikan dan tanda kelemahan iman Seorang muslim adlah bertanggungjawab terhadap semua amalan yang dilakukannya, bertanggungjawab terhadap setiap saat yang dihabiskan dan setiap kalimah yang dituturkannya. Oleh itu, apabila dia menyibukkan diri dengan segala yang ada di sekitarnya dan mencampuri halo rang lain yang tidak berkenaan dengannya, maka semua itu akan melalaikannya daripada menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya. Imam Tirmizi telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Seorang sahabat Rasulullah s.a.w telah meninggal dunia, lalu seorang lelaki berkata: Bergembiralah dengan syurga. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

( )
Apakah engkau mengetahui, mungkin dia telah berbicara pada sesuatu yang tidak berkaitan dengannya atau dia bakhil dengan sesuatu yang tidak membawa kekurangan kepadanya. 3. Hati yang sentiasa sibuk dengan Allah s.w.t tidak memperdulikan urusan orang lain yang tidak berkenaan dengan dirinya2 Muslim yang beribadah kepada Allah dalam keadaan seolah-olah dia melihat-Nya, menghadirkan dalam dirinya bahawa dia begitu hamper kepada Allah dan Allah juga hampir dengannya akan meninggalkan perkara yang tidak diperlukan. Ini menjadi bukti benarnya dia bersama Allah.

Dr. Mustafa al-Bugha&Muhyiddin Misto, alwafiy-syarah hadis 40:imam nawawi, 1998, Prospecta Printers Sdn Bhd. Hlmn 125-126

Diriwayatkan daripada Hasan al-Basri bahawa beliau berkata: Di antara tanda-tanda Allah berpaling daripada seseorang ialah Allah menjadikan kesibukkannya pada perkara yang tidak berkenaan dengan sendirinya. 4. Perkara-perkara yang perlu (berkenaan) dan tidak perlu (tidak berkenaan) bagi manusia Perkara-perkara yang diperlukan manusia ialah sesuatu yang berkaitan dengan keperluan hidup seharian seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan seumpamanya. Begitu juga perkara yang berkaitan dengan keselamatan hidupnya di dunia dan akhirat. Selain daripada itu ia tidak diperlukan. Perkara-perkara yang tidak diperlukan oleh manusia ialah matlamat-matlamat duniawi yang melebihi daripada keperluan asasi dan hajat (dhoruriat dan haajiat). Seperti memperbanyakkan harta benda dunia, mempelbagaikan makanan dan minuman, menuntut kedudukan dan kepimpinan serta suka sanjungan daripada manusia. Oleh itu, di antara dalil benarnya seorang muslim ialah menjauhkan diri daripada perkara-perkara tersebut. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat unsur-unsur menggadaikan agamanya. Perbuatan-perbuatan yang harus adalah perkara yang tidak member manfaat kepada manusia di dunia dan juga akhirat seperti bermain, bersenda-gurau dan perbuatan yang mencacatkan maruah adalah daripada perkara yang tidak diperlukan. Amat baik bagi seseorang muslim meninggalkannya kerana ia adalah membuang waktu pada perkara yang bukan menjadi tujuan manusia diciptakan. Berlebih-lebih dalam percakapan juga adalah di antara perkara yang tidak diperlukan. Kadang-kadang ianya boleh membawa seorang muslim kepada percakapan yang diharamkan. Oleh kerana itu, di antara akhlak seorang muslim ialah tidak banyak bercakap dan tidak masuk campur pada setiap khabar angin. Riwayat daripada Muaz r.a katanya:

( )
Wahai Rasulullah, apakah kita akan diazab (dipersoalkan) dengan semua perkara yang kita bicarakan? Maka Rasulullah s.a.w menjawab: Kamu ini wahai Muaz! Apakah ada sesuatu yang akan menyembamkan muka manusia ke dalam neraka selain daripada hasil lidah mereka. 5. Pengajaran hadis Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah. Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang. Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.
4

Anda mungkin juga menyukai