Anda di halaman 1dari 7

CARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

Soalan:
Bagaimana cara mengerjakan solat Istikharah. Adakah cara menunaikannya
sama dengan solat fardu? Bagaiamana pula dengan bacaannya, adakah
dimulakan dengan doa iftitah kemudian diikuti bacaan al-Fatihah?

Jawapan:
Dari segi sifat solat tidak ada bezanya. Dari segi rakaat pula, ia hanya dilakukan
sebanyak dua rakaat. Berikut antara ringkasan solat istikharah:

1. Niat di dalam hati ingin mendirikan solat istikharah tanpa melafazkannya.
2. Takbiratulihram.
3. Membaca doa iftitah, al-Fatihah dan surah.
4. Menyempurnakan semua rukun solat yang lain.
5. Membaca doa yang diajar oleh Nabi s.a.w sama ada ketika sujud, sebelum
memberi salam sejurus selepas membaca tahiyat akhir atau berdoa selepas
solat sambil mengangkat kedua-dua belah tangan. Doanya berbunyi:

` . | . . ` . . . . . .` . . .. . .` . ` . ..'` . | . . . ` .. . :` . . .` . | . . . . . . :` .` . - .` . | ` ` .` , ..
- .` . . . - . | ` . .` . . .` . : ` . .` , .. .` .` .` .. `. . .` | . ` . .` . | . . ` . .` . . . ` :. . . . ` .` . . ` ` . ` .` .
` _ .` . | . . . . ) .. ` . | `. . ` _ .` . | ` . . ( ` . .` . . .` .: ` . . ` . ` . : . . .` ` . `.` .` . .. ` . ` .` . .
.` . | . . . . ` :. . . . ` .` . . ` ` . . : .` . . . - . | ` _ ) .. ` . | `. . ` _ .` . | ` . . ( ` ` . . ` .` ..
. ` . . .` .. : ` .` . .` . - ` . ` ` . . ` ` . . ` . .` . .
Maksudnya:
Ya ALLAH! Sesungguhnya aku beristikharah kepada-MU dengan keluasan
ilmu-MU dan aku juga memohon takdir yang baik dengan takdir yang
ENGKAU miliki serta aku memohon kelebihan-MU yang Maha Agung.
Engkau sahaja yang mampu memberikan takdir baik bukannya aku.
ENGKAU sahaja yang Maha Mengetahui bukannya aku. ENGKAU Maha
Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya ALLAH! Sekiranya ENGKAU
Mengetahui urusanku ini baik buat diriku untuk agama dan kehidupanku dan
masa hadapanku (atau menambah: sama ada cepat atau lambat), tetapkan
takdir di sisimu agar aku melakukannya, permudahkanlah untuk aku
melakukannya dan berkati ia. Sekiranya ENGKAU Mengetahui urusanku ini
tidak baik buat diriku untuk agama dan kehidupanku dan masa hadapanku
(atau menambah: sama ada cepat atau lambat), jauhkan ia daripadaku dan
jauhkan diriku dari melakukannya, takdirkan aku dengan perkara yang lebih
baik di mana sahaja aku berada seterusnya aku redha dengannya. Hadis
riwayat al-Bukhari.

Jika tidak mampu berdoa dalam bahasa Arab, berdoalah dengan bahasa
melayu atau bahasa yang kamu mampu. Begitu juga bacaan surah, tidak ada
halangan kamu membaca apa-apa surah yang termudah. Wallahu alam.

AKIKAH ANAK MENINGGAL DALAM KANDUNGAN

Soalan:
Adakah perlu dilakukan akikah kepada anak yang dilahirkan tetapi telah
meninggal dalam kandungan dan telah cukup bulan?

Jawapan:
Disyarakkan melakukan akikah kerana telah cukup bulan berdasarkan dalil
umum daripada Salman binAmir r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:

. . ` . . . ` ` . .. . . . .. .` - ' `` . . . . . . .. . | . `` . . . _ .
Maksudnya:
Kelahiran anak hendaklah disusuli dengan akikahnya. Oleh itu, kamu
semua hendaklah menyembelih untuk tujuan itu dan menghilangkan
kotoran di kepalanya (bercukur). Hadis sahih riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai.

Menurut Samurah bin Jundub r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

` . . ` . ` , .` .`. . .. . . . ` .` .`. `` . . ``. | ` .` -` . . . .` . . . .. .. .` . .
Maksudnya:
Setiap anak yang dilahirkan terjamin keselamatannya disebabkan
melakukan akikah untuknya dengan cara menyembelih pada hari
ketujuh, memberi nama dan mencukur rambutnya. Hadis sahih riwayat al-
Tirmizi, al-Nasaai dan Abu Daud.

MUALAF TINGGAL PUASA BERTAHUN-TAHUN

Soalan:
Saya seorang mualaf yang telah memeluk Islam sejak berumur 18 tahun.
Sekarang, saya telah mendirikan rumah tangga sejak 15 tahun yang lalu. Pada
mula memeluk agama Islam saya telah belajar bagaimana cara mendirikan solat
seperti puasa, solat dan sebagainya. Tetapi, saya rasakan apa yang saya
lakukan seperti ada kekurangannya. Apakah hukumnya sekiranya sejak mula
berpuasa, saya tidak mengqadak puasa yang tertinggal bertahun-tahun lamanya.
Saya mula mengqadak puasa saya perlahan-lahan sejak setahun yang lalu.
Tetapi, saya lupa berapa hari yang perlu saya qadak. Adakah saya tergolong di
kalangan umat Islam yang terpesong jauh meskipun status saya mualaf?

Jawapan:
Puasa Ramadan termasuk salah satu daripada rukun Islam. Sesiapa yang
berbuka puasa kerana uzur syari seperti sakit, musafir dan mengalami haid atau
nifas, dalam masa yang sama golongan ini jika masih mampu berpuasa, dia
wajib mengqadak puasanya bagi hari yang ditinggalkan. Firman ALLAH S.W.T:

$2 $ & ? $& z&
Maksudnya:
Sesiapa yang sakit atau dalam musafir (bolehlah dia berbuka
kemudian wajib berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari lain. Surah al-Baqarah: 185.

Berbeza dengan golongan yang meninggalkan puasa atau ibadah lain
kerana malas. Malas tidak termasuk kategori uzur syari. Sesiapa yang
meninggalkan sesuatu ibadah kerana malas, ia termasuk perbuatan maksiat dan
pelaku dianggap berdosa. Ibadah puasa itu tidak boleh diganti lagi kerana bulan
Ramadan telah berlalu. Firman ALLAH S.W.T:

G `n !# 79`' ` `=9#
Maksudnya:
Sesiapa melampaui ketetapan ALLAH, mereka itulah orang-orang
yag zalim. Surah al-Baqarah: 229.

Kamu wajib bertaubat dengan taubat nasuha dan tidak akan mengulangi
pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalammasa yang sama, kamu
hendaklah memperbanyakkan amal soleh. Firman ALLAH S.W.T:

) Mt:# ` N$9#

Maksudnya:
Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu
menghapuskan kejahatan. Surah Hud: 114.

Selain itu, terpesong atau tidak seorang mukmin bukan dinilai sama ada
mualaf atau berstatus muslim sejak azali. Sekiranya kamu telah bertaubat dan
menuruti syariat yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, kamu dianggap seorang
mukmin sejati.
Jika sebaliknya, sama sahaja kedudukan kamu dengan orang lain sama
ada sejak azali memeluk Islam atau baru memeluk Islam tetapi tidak
mengamalkan perintah ALLAH dan Rasul. Kamu dianggap pelaku maksiat tetapi
masih belum terkeluar dari agama Islam. Wallahu alam.

HUKUM SOLAT DI BELAKANG IMAM SYIAH

Soalan:
Apakah sah solat di belakang imam yang berfahaman syiah?

Jawapan:
Dalam sahih al-Bukhari dinyatakan bahawa Abdullah bin Umar dan Anas bin
Malik r.a telah mendirikan solat di belakang al-Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi.
Sedangkan al-Hajjaj seorang fasiq (pelaku maksiat) dan zalim.
Menurut kefahaman saya, harus solat di belakang pengikut syiah, sufi,
pelaku maksiat atau ahli bidah yang masih terdiri dari kalangan ahli kiblat di
mana zahirnya masih dianggap muslim. Sabda Rasulullah s.a.w:

` . ,` . . . . ` . < . ` . ' .` - | ` . . ` .` , . . ` .< . ` .`.. . | ` . . ` . < . .` .. .`.
Maksudnya:
Golongan fasiq dan zalim itu boleh mengimami solat kamu. Jika tepat
apa yang mereka lakukan, kamu dan mereka akan mendapat
ganjaran. Kita salah apa yang mereka lakukan, kesilapan itu kembali
kepada mereka dan kamu mendapat ganjaran. Hadis riwayat al-Bukhari, kitab
al-Azan, hadis no; 653 dan Ahmad di dalam musnadnya, hadis no: 8309.

Inilah hukum bagi ahli fasiq yang tidak jelas kekufuran dan kesyirikannya
atau ahli bidah yang tidak melakukan bidah sehingga terbukti perbuatannya
mencapai darjat kufur atau syirik. Mereka hanya perlu dikenali secara zahir dan
tidak perlu diselidiki (tajassus) amalannya agar terbukti kesyirikan yang
dilakukannya.
Manakala semua kategori orang baik atau jahat yang jelas terbukti
kekufuran dan kesyirikannya, tentulah solat di belakangnya tidak sah menurut
kesepakatan ulama ahli sunnah wal jamaah. Umpamanya, solat di belakang
pengikut syiah yang beriktikad bahawa ada pengurangan di dalam mushaf
utsmani, mengkafirkan para sahabat, bertawasul kepada imam 12 dan
sebagainya. Wallahu alam.

MUSAFIR SOLAT ISYAK BERSAMA IMAM MUKIM

Soalan:
Apakah hukum musafir solat Maghrib di belakang imam ratib yang sedang
mengerjakan solat Isyak?

Jawapan:
Menurut pemahaman saya, musafir hendaklah menunaikan solat mengikut tertib
waktu ketika menjamakkannya. Dahulukan solat Zuhur diikuti solat Isyak. Begitu
juga antara solat Magrib dan Isyak walaupun kedua-duanya dilewatkan dalam
waktu solat kedua (jamak takhir).
Bagi persoalan ini, jelas sekali kamu sedang berada dalam waktu solat
kedua (Isyak) dan telah berniat untuk melakukan jamak takhir. Yang menjadi
kemusykilan ialah, ada perbezaan antara rakaat di sini. Saya ringkaskan
pendapat ulamakepada keadaan berikut:

1. Sempat solat tiga rakaat bersama imam.

a. Boleh menyempurnakan solatnya bersendirian (mufaraqah) ketika imam
bangun menyempurnakan rakaat keempat. Seterusnya, mengerjakan
solat Isyak secara qasar.
b. Duduk pada rakaat ketiga dan menunggu imam selesai menyempurnakan
rakaat terakhir, membaca tahiyat bersama imam dan memberi salam.
Seterusnya, mengerjakan solat Isyak secara qasar. Inilah pendapat paling
rajih menurut pengkajian saya.

2. Sempat selepas imam melakukan iktidal pada rakaat terakhir atau sempat
duduk membaca tahiyat akhir bersama imam.

a. Hendaklah menyempurnakan solat bersama imam dan selepas imam
memberi salam, sempurnakan rakaat solat maghrib. Seterusnya,
mengerjakan solat Isyak secara qasar. Wallahu alam.

Anda mungkin juga menyukai