Anda di halaman 1dari 7

Kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara Mohd Yusuf Ibrahim Ulasan Keseluruhan Sejarah adalah suatu unsur

yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun kita tidak dapat memastikan apakah kepentingan sejarah terhadap menusia itu sendiri. Artikel ini menerangkan segala-galanya tentang sejarah, marilah kita menelusuri jalanjalan ini kearah memahami tentang sejarah itu sendiri, kerana ia memainkan peranan yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu. Apa yang peliknya, manusia itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk menyelami sejarah, terutama tentang dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna kepada diri mereka selepas banyak pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya lalu berbangga dengan merasakan hidupnya penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal dirinya selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi kenangan pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya. Ini berlaku kerana sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa depannya.. Semua ini adalah hasil usaha yang berterusan menjadi pendorong kejayaan seseoranng itu atau natijah kejahatannya yang berterusan menjadikannya menjalani hidup yang sengsara seperti hari ini. Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain adalah sebagai sumber abstrak dan nyata, apa yang dikatakan sebagai abstrak itu adalah kerana adalah mustahil bagi manusia itu untuk menghidupkan kembali sejarah yang telah berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya, manusia itu pernah melihat sesuatu peristiwa dan apabila mengingatkannya kembali, ia tidak dapat mengngat dan menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa, bahkan adakalanya manusia itu gagal memahami peristiwa itu sewaktu kita memerlukannya.

Juga dikatakan sebagai sumber nyata bagi manusia itu, kerana manusia itu mampu membentuk dan menggambar kembali sesuatu peristiwa itu, walaupun buka secara keseluruhannya. Ini bermaksud peristiwa itu pernah berlaku dan boleh digambarkan semula secara sekadar yang diingatinya. Natijah dari kajian sejarah sebagai sumber abstrak dan sumber nyata, dapatlah kita simpulkan bahawa tiada manusia yang tidak mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi manusia itu untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya kecuali manusia itu hilang ingatan. Proses menyimpan dan mengingat ini tidak akan terputus, bahkan jika ia terputus seperti kejadian hilang ingatan, akan mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan manusia itu sendiri. Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat pada hubungan sejarah dan manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu adalah manusia dan sejarah itu saling perlu memerlukan kerana kesedaran manusia itu tentang kepentingan pengalamannya yang lalu. Sejarah yang berkaitan dengan manusia juga berkait dengan agama dan orang-orang agama. Contohnya, orang agama berkonsepkan bahawa hidup manusia ada permulaan dan pengakhiran yang terakhir, iaitu kiamat. Bahkan kita juga sedar yang perjalanan sejarah sama ada manusia, mahupun dunia sedang bergerak menuju kematian dan kiamat, dan itu adalah pengakhiran sejarah selama ini. Hasilnya, setiap manusia yang waras akan memandang masa depan yang cemerlang dengan merujuk sejarah lalunya, sama ada menebus kembali kehidupan yang lalu ke tempat yang lebih baik, atau mengekalkan kejayaannya dahulu. Namun, bukan mudah untuk menebus atau mengekalkan kejayaan kerana ia berdasarkan kesedaran insan, ditambah pengalaman dan kewarasan serta kekuatan azam dan cita-citanya. Sejarah juga membuktikan bahawa ada yang gagal menebus kembali, bahkan menjadi gila dan bunuh diri atas kekesalan yang dihadapi. Hubungan manusia dan sejarah juga dapat dijadikan sebagai petunjuk dengan melihat masa lalu untuk melangkah masa depan dengan penuh keyakinan dan kekuatan. Kesimpulan yang dapat diperhatikan ialah sejarah amat penting kerana ketiadaan masa lalu akan menyebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa depan. Perancangan amatlah penting untuk memastikan masa depan terjamin dan hidup didalam sentosa sentasa. Namun, perancangan hanya perancangan kerana yang menentukan perjalanan hidup kita adalah Tuhan Yang Maha Esa, adakalanya ketentuan Tuhan menyebabkan kita menderita, atas nama ujian Tuhan yang pasti membalas dengan

balasan yang baik di sisi-Nya. Namun, kita sebagai hamba sangat dituntut untuk berusaha mengubah nasib diri dan keluarganya untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik, dan sejarahlah sebagai landasan untuk keluar dari hidup sengsara yang membelenggu. Sejarah dengan manusia sangat mempengaruhi antara satu sama lain, sehingga banyak skop yang dapat disentuh dan dikupas. Seterusnya, kita melihat sejarah dan kepentingan dari sudut psikologi dan falsafah manusia itu sendiri. Orang-orang Barat dan sekular sangat menyanjung sejarah, sehingga ada yang menganggapnya sebagai falsafah dan agama. Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang beragama Islam, kerana Islam adalah tidak terpisah dengan kehidupan penganutnya, sedang orang sekular itu bukan sahaja memisahkan dirinya dengan agama, bahkan keyakinan terhadap Tuhannya sudah musnah dan hanya bergantung pada nilai-nilai murni yang boleh berubah-ubah mengikut akal fikiran mereka sendiri. Kita juga lihat sendiri tentang takrif sejarah iaitu satu kumpulan masa lalu dan ilmu pengetahuan yang menerangkan keadaan yang sedang berlaku. Sejarah bila dihayati, sama ada tentang diri, keluarga, masyarakat, dan negara serta dunia akan menyebabkan kita sedar akan perkembangan diri dan persekitaran serta kesan pergerakan dunia keatas kita. Orang barat juga menganggap sejarah sebagai suatu ilmu yang tidak boleh dikaitkan dengan kegunaannya, seperti ilmu sains gunaan. Maksudnya, pengkajian sejarah itu hanyalah untuk mencari atau mewujudkan kebenaran tanpa mempunyai motif yang lain, contohnya kepentingan sesutau pihak. Namun, ada juga dari kalangan orang barat sendiri yang menganggap ilmu sejarah itu sebagai omong kosong belaka, kerana bagi mereka peristiwa didalam sejarah itu boleh disalahgunakan dan menmbulkan bahaya didalam politik dan struktur masyarakat. Asas anggapan mereka itu kerana sudah terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah itu telah disalahgunakan,diselewengkan dan dipalsukan untuk mencapai tujuan tertentu bagi golongan yang berkepentingan tertentu. Membincangkan tentang sejarah yang diselewengkan ini, terkenang pula cerita dari anak benua India, dimana didalam satu pilihanraya, kerajaan yang pro-Hindu telah menang besar dan cukup anti dan benci terhadap Islam, sama ada agama, bangunan bersejarah Islam, mahupun masyarakat Islam di India itu sendiri. Kemuncak kebencian itu, dapat dilihat dengan keengganan kerajaan itu untuk mengiktiraf sumbangan dan mengakui pemerintahan Islam yang telah berlangsung selama beberapa abad yang lalu didalam buku teks sekolah di negara itu.

Bahkan, ia menonjolkan maharaja-maharaja Hindu sebagai raja yang baik, adil dan banyak meninggalkan sumbangan dan membina bangunan-bangunan yang megah di India, termasuk mengatakan Taj Mahal dan bangunan Islam yang lain sebagai kepunyaannya. Ini dilakukan untuk menghalang generasi baru dari menganggap negara itu sebagai negara Islam dan mencantikkan sejarah negara tanpa pengaruh kuasa Islam. Kejadian ini menimbulkan kemarahan umat Islam di India dengan alasan kerajaan India mahu menghapuskan masyarakat Islam. Akhirnya, peristiwa itu senyap tanpa ada pembetulan dan maaf dari parti kerajaan itu. Ini membuktikan sejarah amat penting hingga kandungan buku teks sekolah digubal semula bagi memastikan generasi baru tidak faham peristiwa sebenar, dan kepentingan parti itu tercapai dengan menipu sejarah. Sebenarnya tindakan itu hanyalah mempamerkan perbuatan keji, pengecut dan kejam kerana akhirnya orang tetap akan mengetahui kepalsuan dan kebenaran yang sejati. Akhirnya, dapat kita sedari bahawa sejarah bukan sahaja menyedarkan, menerang dan mengajar sahaja tetapi ia adalah sesuatu yang sedag bergerak bersama-sama kita, dan pelengkapnya, kita juga adalah manusia bersejarah dan bahan sejarah. Seterusnya, kita memasuki bahagian menenai kepentingan sejarah dan kaitannya dengan sesebuah negara. Sesebuah negara memerlukan sejarah untuk melaksana, melengkap dan melancarkan lagi kegiatannya. Ini kerana, Herodotus (Bapa Sejarah Dunia) mengatakan bahawa terdapat pengulangan atau kitaran diantara sejarah semua tamadun dan negara secara bergantiganti, umpama roda. Setiap tamadun mempunyai persamaan daei segi kelahiran dan kewujudan, lalu melalui perkembangan dan zaman kemuncak kejayaan, yang akhirnya membawa kepada keruntuhan tamadun dan negara itu. Peristiwa yang berlaku berzamanzaman dahulu, akan berlaku lagi pada zaman atau generasi seterusnya, walaupun peristiwa yang berlaku adalah berbeza tetapi tahap-tahap perkembangan diantara tamadun adalah sama. Ini dapat dijadikan sebagai petunjuk, dan pengajaran serta iktibar bagi generasi seterusnya dalam memacu negara kearah yang lebih gemilang. Ada pula yang menganggap sejarah itu sebagai suatu falsafah yang berulang-ulang dan memberi pengajaran, kerana ia memperlihatkan tentang tindak laku (perbuatan) orang masa lalu dan akibat dari perbuatan itu. Oleh itu, manusia perlulah belajar tentnag sesutu peristiwa dengan merujuk sejarah agar mendapat pengajaran. Proses kitaran itu juga menunjukkan hidup sesebuah negara itu berada dalam pusingan yang tidak putus-putus, dimana sistem

pemerintahan yang lain pula akan menjalani dan mengalami kitaran tersebut. Hakikat yang boleh diterima disini ialah sejarah itulah yang berulang, bukan tamadun atau bangsa itu. Contoh yang boleh dilihat ialah pada rakyat tamadun China suatu ketika dahulu sewaktu mengguna sistem maharaja, berbagai keturunan mengganti pemerintahan yang bersandarkan kepada tanda-tanda kemarahan Tuhan (banjir, kemarau dan kemelesetan ekonomi) dan kebangkitan keturunan lain, lalu rakyat akan memberontak dan mengguling pemerintah, menggantikan dengan keturunan yang baru dengan menggunakan sistem pemerintahan yang sama, iaitu sistem maharaja. Dalam merenung tentang konsep sejarah yang berulang itu, kita lihat pula sesebuah negara itu adalah suatu entiti yang mempunyai sistem politik, ekonomi, agama dan kerajaan serta penduduk yang menghuninya. Wujud suatu penerusan didalam lingkungan sejarah, bahawa pergerakan dan peristiwa yang berlaku disepanjang sejarah perkembangannya adalah berulang-ulang. Berbagai contoh dapat dilihat dari berbagai tamadun, termasuk tamadun Islam semenjak kelahirannya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga zaman malap Bani Uthmaniyah, adalah sama dengan kewujudan tamadun-tamadun dunia yang lain. Kemunduran tamsdun Islam itu pula disebabkan oleh kebangkitan bangsa dari Barat yang mengambil alih peranan kuasa besar dunia dengan memegang politik, ekonomi dan organisasi sosial masyarakat dunia. Dan hari ini, dapat pula kita lihat ambang permulaan kejatuhan empayar barat yang pasti runtuh, dengan diganti oleh satu bangsa yang lain. Maknanya yang berulang hanyalah perkara yang besar, tetapi tidak melibatkan perkara-perkara yang kecil. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sejarah memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup matinya sesebuah negara, bahkan negara itu akan gelap jika tidak memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ini kerana pertalian antara masa lalu dan kini adalah sangat jelas. Masa kini adalah hasil atau kesan dari gejala sama ada dari segi sains, ekonomi mahupun politik, yang akhirnya akan menjadi sebahagian dari sejarah negara itu. Jadi, tidak dapat tidak, ahli ekonomi dan politik negara itu tidak akan dapat melihat selain sejarah sebagai sumber rujukan yang sangat berguna, untuk mencerminkan keadaan masa lalu, kini dan masa depan. Ketiga-tiga elemen itu tidak akan terpisah dan mencerminkan antara satu sama lain. Namun, tidak mustahil ia terpisah disebabkan revolusi dan pemberontakan, yang bertujuan untuk menyingkirkan sistem negara itu dan berbeza dari yang lalu, atau dengan kata lain, ingin mengubah sejarah negaranya. Tetapi,

ia belum tentu dapat menghapus langsung sejarah negara itu. Tidak mustahil juga pemberontakan itu berlaku untuk menegakkan sistem yang lama, setelah sekian lama diseleweng oleh golongan tertentu. Berbagai pemberontakan dan revolusi telah berlaku didunia ini, Revolusi Perancis 1789, Revolusi Rusia 1917 dan Revolusi Iran 1980-an. Mereka memberontak untuk menegakkan apa yang dipandang sebagai adil dan sesuai bagi mereka. Sampai suatu masa, ada revolusi yang diperjuangkan dahulu hancur disebabkan ketidaksesuaian dengan rakyat, dan ada pula yang diterima hingga muncul sistem yang lain yang dipercayai mampu menyelamat dan membahagiakan manusia. Jadi perhubungan diantara masa-masa itu, mampu membawa manfaat dengan menjadikan masa kini adalah merujuk kepada masa lalu, untuk kepentingan masa depan. Terpaparlah dimata kita betapa pentingnya sejarah sebagai faktor penting didalam sesebuah negara itu. Sejarah juga amat penting didalam memilih kepimpinan, dimana sejarah sesebuah organisasi, dan sejarah kehidupan para pemimpinnya, serta sejarah kemampuan mereka membangun, mendidik, dan berkhidmat kepada masyarakat, dijadikan sandaran didalam membuat pemilihan pemimpin, demi memastikan negara selamat dan terpelihara dibawah naungan mereka. Oleh itu, dalam ayat yang lain, sejarah adalah jalan yang menjadi landasan dalam memeilih pemimpin yang jujur, berani, adil dan berkebolehan memimpin. Betapa besarnya peranan sejarah itu dalam sesebuah negara dan masyarakat, tetapi ramai yang tidak sedar. Ini kerana, pemimpin memaimkan peranan penting dalam memacu negara dan rakyat, agar tidak membawa negara kearah kehancuran dan kebinasaan negara itu. Contoh yang dapat dilihat ialah, negara Jerman dan pemimpinnya, Hitler yang membawa negara dan rakyat itu kearah perang dan kemusnahan yang memberi kesan sehingga hari ini. Kesalahan meletakkan pemimpin yang betul dan waras akan mengelakkan berlakunya berbagai-bagai perkara yang tidak sepatutnya terjadi dari berlaku, seperti kepimpinan Jepun yang mengikut emosi tanpa pertimbangan, hingga negara itu diheret kepada perang dan mengakibatkan dua bandar utamanya hancur sama sekali. Demikianlah betapa berperanannya sejarah yang mempunyai berbagai kegunaan dan manfaat terhadap sesebuah negara dan bangsa, termasuk individu itu sendiri. Memang benarlah sejarah sebagai ilmu masa silam yang amat penting, kerana kesejahteraan mampu lahir hasil manusia menjadikannya sebagai teladan dan sempadan bagi individu, bangsa dan negara serta agama tercinta.

Pendapat Pengulas Setelah diterangkan akan segalanya mengenai kepentingan sejarah terhadap manusia dan negara, dapatlah dinyatakan mengenai pendapat pengulas mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh penulis artikel ini. Mengenai isu satu, dibawah tajuk kepentingan sejarah teradap manusia, pengulas bersetuju dengan penulis mengenai manusia secara fitrahnya sangat tertarik dengan masa lalu terutama tentang diri, keluarga, negara dan agama individu itu. Demikian juga, pengulas bersetuju mengenai sejarah sebagai sumber yang abstrak dan nyata didalam kehidupan manusia. Ini kerana tidak dapat dibayangkan hidup tanpa masa lalu sebagai panduan dan kenangan sepanjang hidup manusia. Sehubungan itu, adalah tepat mengenai gambaran penulis tentang hubungan sejarah dengan manusia didalam kehidupan manusia itu sendiri. Natijah dari perbincangan ini, dapatlah disimpulkan bahawa sejarah amat penting dan mempengaruhi manusia disegala aspek, kerana yang bersejarah itu adalah manusia itu sendiri. Begitu juga mengenai pandangan pengulas mengenai kepentingan sejarah terhadap negara, dan hubungan diantara keduanya. Sejarah yang membabitkan negara ini dilihat sebagai berulang-ulang antara tamadun-tamadun yang secara bergilir-gilir menguasai dunia dan khazanahnya. Sejarah yang membuktikan tiada yang kekal dalam pembangunan manusia kerana ia adalah hukum Tuhan atau Sunnatullah yang menjadi ketetapan bagi manusia demi kesejahteraan mnusia itu sendiri. Segala yang terjadi pasti terdapat pengajaran dan hikmah dari Tuhan yang mentadbir segalanya, termasuk sejarah itu sendiri. Begitu juga peranan sejarah didalam proses pemilihan pemimpin, dalam memastikan pemimpin yang dipilih itu dapat menjalankan pemerintahan dengan cemerlang dan gemilang, serta tidak membawa negara dan rakyat kearah kehancuran, sebaliknya membawa keamanan yang hakiki. (bukan keamanan yang dibawa oleh para ratu cantik dunia yan menjelajah seluruh dunia mengatakan world peace, tapi tidak membawa sebarang kebaikan, bahkan tidak berkesan menghalang Amerika dan Israel meneruskan peperangan dan keganasannya) Dengan kebernasan pendapat penulis, saya sebagai pengulas juga, bukan sahaja bersetuju, bahkan turut menyokong apa yang dikatakan sebagai sejarah yang memainkan peranan yang penting, didalam kehidupan seseorang manusia dan sesebuah negara yang bertamadun.

Anda mungkin juga menyukai