Anda di halaman 1dari 7

DOSA KERING @ DOSA BODOH YANG MENYEBABKAN SYIRIK

MAKNA DOSA
DOSA ialah satu ungkapan yang bermaksud pembalasan BURUK di dalam NERAKA bagi manusia yang melakukan perkara yang DIHARAMKAN oleh ALLAH. Banyak istilah yang dijumpai dalam Quran tentang maksud DOSA. Dua daripadanya adalah seperti berikut : 1. ( Adz-Dzanb): Ertinya, sesuatu yang mengikuti. Semua perbuatan yang menyalahi akan diikuti oleh pembalasan di dunia atau akhirat. Kata ini dalam Al-Quran diulang sebanyak 35 kali. 2. ( Al-Mashiyah): Ertinya, melanggar dan keluar dari perintah-perintah Allah swt. Suatu ungkapan tentang perbuatan manusia yang melanggar batas-batas kehambaan. Kata ini dalam Al-Quran diulang sebanyak 33 kali. Dalam hadis dosa juga diungkap dengan kata-kata misalnya Jarirah, Jinayah, Zillah, atsrah, ayb, dan lainnya.

PUNCA DOSA
Perkara yang ditegah Allah TIDAK semestinya HARAM. Haram bermakna BERDOSA. Berdosa bermakna HARAM. Tetapi sesuatu yang DITEGAH Allah tidak semestinya berdosa atau

haram. Perkara yang ditegah Allah tetapi bukan berdosa atau haram ialah melakukan perkara yang SIA-SIA dan MAKRUH. Melakukan kesalahan meskipun dosa kecil hukumnya adalah HARAM. Semua yang berdosa walaupun dosa kecil akan menerima azab Allah di dalam API NERAKA melainkan mereka yang TAUBAT NASUHA dan mendapat keampunan Allah. 5 perkara atau perbuatan yang DITEGAH oleh Allah iatu : 1. Sia-sia (tidak berpahala dan tidak berdosa jika dilakukan) 2. Makruh (tidak berdosa jika dilakukan tetapi dapat pahala jika dielakkan. Boleh menjadi HARAM jika berulang-ulang) 3. Dosa Kecil (kesalahan yang tidak disebut dalam Quran) 4. Dosa BESAR (jika dilakukan masih ISLAM) 5. Dosa BESAR (jika dilakukan terkeluar dari Islam @ KAFIR) Dosa berpunca dari 3 jenis perbuatan yang DITEGAH oleh Allah. 1. Perbuatan yang dihukumkan HARAM (DOSA KECIL). 2. Perbuatan yang dihukumkan HARAM (DOSA BESAR). (Masih Islam tetapi boleh menjadi KAFIR jika berterusan melakukan dosa besar sepanjang hayat) 3. Perbuatan yang dihukumkan HARAM (DOSA BESAR). (Yang menyebabkan terkeluar daripada Islam) Tiga jenis perbuatan yang dimaksudkan pula ialah perbuatan : 1. Perbuatan LIDAH,

2. Perbuatan ANGGOTA dan 3. Perbuatan HATI. CONTOH-CONTOH PERBUATAN DI ATAS ADALAH SEPERTI BERIKUT : Contoh Perbuatan LIDAH Yang DITEGAH Allah Bercakap seorang diri yang tidak ada maksud. Mengulang 2 kali berturut-turut bacaan fatihah dalam solat. Berbohong seperti lembu dikata kambing. Menipu melalui perkataan. Bercakap besar mengatakan kelebihan diri. Menokok tambah peraturan agama seperti mengeluarkan perkataan menghalalkan JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA yang HARAM dalam Islam. Contoh Perbuatan ANGGOTA Yang DITEGAH Allah Berjalan mundar-mandir tanpa tujuan. Memakan buah-buahan yang menyebabkan nafas berbau. Membunuh binatang tanpa sebab. Makan dikhalayak ramai pada bulan Ramadhan. (Boleh menyebabkan KAFIR jika tidak berpuasa sepanjang hayat) Meniru perbuatan orang kafir seperti menyembah berhala dan sebagainya. Memberi sumbangan seperti wang ringgit untuk membina rumah ibadat orang kafir. HUKUM Sia-sia Makruh Haram (MASIH ISLAM) Haram (TELAH KAFIR) HUKUM Sia-sia Makruh Haram (MASIH ISLAM) Haram (TELAH KAFIR)

Contoh Perbuatan HATI Yang DITEGAH Allah HUKUM Berangan-angan tanpa matlamat. Sia-sia Bercita-cita tanpa tindakan yang sewajarnya. Makruh Menganggap tak bersembahyang itu perkara biasa. Haram Memandang ringan tentang perbuatan yang berdosa. (Masih Islam) (Boleh menyebabkan KAFIR jika memandang ringan terhadap PERINTAH atau TEGAH Allah sepanjang hayat @ tidak mahu taubat) Menganggap TIDAK MENGAPA terhadap Haram (Telah perkataan atau perbuatan yang JELAS MENGHINA Kafir) Islam atau hukum Allah. Dosa yang PALING BAHAYA ialah yang berpunca dari HATI kerana amat-amat TERSEMBUNYI. Tiada sesiapa yang tahu melainkan Allah. Kebanyakan manusia TIDAK mengambil berat tentang dosa ini. Kenapa? Apa puncanya? Tidak lain tidak bukab kerana JAHIL. Penyakit JAHIL inilah yang SANGAT MERBAHAYA. Untuk membuat yang haram seperti mencuri sekalipun, perlukan ilmu. Tanpa ilmu, si pencuri akan mudah ditangkap. Apatah lagi untuk melakukan yang WAJIB seperti menjauhkan diri daripada api NERAKA Allah. Setiap mukallaf wajib tahu jenis-jenis dosa dan akibatnya. Dosa akibat perbuatan lidah dan anggota, NYATA, ZAHIR dan JELAS. Justeru sesiapa sahaja boleh menegur dan memberi nasihat agar segera bertaubat. Tetapi TIDAK bagi dosa yang terbit daripada perbuatan HATI. Tidak ada makhluk yang tahu dan tidak ada sesiapa yang akan memberi nasihat atau menunjukkan kesalahan itu melainkan Allah. Itulah yang dimaksudkan sebagai DOSA KERING atau DOSA BODOH didalam blog ini.

Dalam erti kata lain, dosa kering itu ialah dosa besar yang diperolehi TANPA SEDAR akibat kebodohan atau kejahilan sendiri.

CONTOH DOSA KERING YANG LAIN


PERBUATAN ANGGOTA 1. Memberikan makanan yang haram kepada orang kafir. 2. Memberi derma untuk membina rumah ibadat orang kafir. 3. Meniru cara ibadat atau cara menyembah orang kafir. 4. Meniru perbuatan kafir seperti tanda salib pada dada. 5. Menggantung sesuatu lambang yang menjadi simbol pertubuhan atau amalan orang kafir. 6. Menunjukkan isyarat bersetuju atau reda dengan sesuatu perbuatan lidah atau hati yang membatalkan Islam. 7. Menghalang perlaksanaan perintah Allah seperti solat dan undang-undang Islam dengan kuasa yang dimiliki. 8. Membiarkan anak-anak menonton filem-filem yang memaparkan perlakuan dosa besar atau cara ibadat orang kafir TANPA mengajarkan mereka bahaya dari sudut akidah. 9. Membiarkan anak-anak atau orang dibawah tanggungan atau rakyat tanpa didikan agama yang sekurang-kurangnya selesai FARDU AIN. PERBUATAN HATI 1. Menganggap orang kafir boleh melakukan yang haram. 2. Menganggap benda haram seperti arak dan babi, halal atau boleh dimakan/minum oleh orang kafir.

3. Menganggap undang-undang Islam tidak sesuai untuk Negara yang majoriti orang kafir. 4. Menganggap Nabi Muhammad s.a.w. belum wafat. 5. Menganggap makna sebenar Tuhan lain daripada makna Allah. 6. Menganggap agama Islam sama sahaja dengan agama lain. 7. Menganggap dirinya sudah ditentukan oleh Allah sebagai ahli neraka sejak azali. 8. Menganggap al-Quran sama seperti bahan bacaan atau bahan rujukan ciptaan manusia. 9. Bersetuju dalam hati dengan cara sembahyang orang kafir. 10. Bersetuju dalam hati orang kafir tetap dalam agama kafir. 11. Menganggap lambat laun, orang bukanpun akan masuk syurga. 12. Mengangap Agama Islam adalah ciptaan manusia bernama Nabi Muhammad s.a.w. 13. Tidak merasa apa-apa atau tidak sedih atau tidak marah melihat orang yang membuat dosa besar seperti berzina, pergaulan bebas, merempit, meninggalkan solat, puasa, minum arak dan sebagainya. 14. Merasakan Islam itu cukup sekadar nama atau pengakuan atau melalui upacara tertentu. 15. Merasakan ilmu atau amalnya telah mencukupi untuk hidup sebagai orang yang mengaku Islam. PERBUATAN LIDAH 1. Mengatakan Islam agama yang tidak sesuai dengan zaman. 2. Memuji keindahan rumah ibadat orang kafir. 3. Memuji cara ibadat orang kafir.

4. Memuji orang yang memusuhi agama Islam atau musuh Allah yang menghina Islam. 5. Memuji agama orang yang bukan Islam. 6. Mengagungkan orang bukan Islam melebihi Allah. 7. Mengatakan Quran itu mempunyai persamaan dengan buku tulisan orang yang bijak pandai.

Wallohualam Lihat keterangan lanjut tetang DOSA dan hukumnya di http://www.siapaallah.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai