Anda di halaman 1dari 2

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA (FEL)

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


SEMESTER: SEPTEMBER 2008
TUGASAN KURSUS (35%)

ARAHAN:

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menjawab dan
memberikan maklumat yang diperlukan dengan disokong oleh hujah-hujah
dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New


Roman” saiz 12 dengan langkau 1.5 dalam kertas A4 dalam 20 ke 25 muka
surat.

3. Tugasan hendaklah diserahkan dalam bentuk soft copy dan hard copy,
mengikut keperluan soalan pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.

5. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang
menyerahkan tugasan yang diplagiat akan dikenakan tindakan tatatertib.
SOALAN TUGASAN

1. Fenomena tingkahlaku sosial yang menyeleweng dari norma kehidupan yang


harmoni seringkali menjadi tajuk utama akhbar di negara kita. Ulas kenyataan ini
secara mendalam. Bincangkan faktor-faktor penyumbang (dari aspek
pembangunan keluarga) yang mendorong kearah kewujudan salah laku sosial
dalam masyarakat Malaysia.

Selain dari ulasan mendalam mengenai tajuk, perbincangan anda juga perlu:
• Nyatakan gejala tingkahlaku sosial yang dipetik dari akhbar atau sumber yang
telah dipaparkan untuk pembacaan.
• Nyatakan saranan-saranan anda SERTA saranan-saranan yang dipetik dari
akhbar, buku, majalah atau petikan ilmiah. Sumber-sumber petikan ini perlu
dimasukkan ke dalam rujukan/bibliografi.
(20 markah)

2. Dewasa ini kes penculikan kanak-kanak samada berakhir dengan penemuan


semula atau kematian kerapkali berlaku. Bincangkan perkara ini dengan
menyatakan beberapa contoh yang berlaku.

• Kes-kes sebegini boleh dielakkan atau dikurangkan sekiranya isu-isu yang


dibincangkan dalam subjek kesihatan diri dan keluarga ini diberi perhatian.
Bagaimana penekanan terhadap HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN
KELUARGA dapat menyumbang kearah penyelesaian masalah ini.

(15 markah)

[Jumlah: 35 markah]

Anda mungkin juga menyukai