Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN SENI DALAM PENDIDIKAN Muhamad Syaharil B.

Mohd Sukor Kelas j-QAF 2B 2008, IPSAH

SEMBILAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan, anda dikehendaki memberi contoh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak.

1.

Keinginan untuk bergerak Menggunakan kerusi roda pesakit di hospital sebagai kereta.

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Mempamirkan sesuatu lukisan yang dihasilkan di dalam kelas; atau dicop bintang apabila menyelesaikan sesuatu tugasan dalam buku aktiviti atau buku latihan.

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Memberanikan diri menyanyikan sesuatu lagu dihadapan kawan-kawan di sekolah atau memenangi tempat pertama dalam kuiz Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran dan sebagainya.

4. Keinginan untuk bersaing. Cuba menjadi mat rempit kecil dengan mengayuh basikal menggunakan satu roda bersama kawan-kawan.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Ketangkasan menghindarkan diri dan menyembunyikan diri ketika bermain sorok-sorok

6. Keinginan untuk meneroka. Menaip menggunakan papan keyboard komputer atau laptop. Kanak-kanak mencari huruf dan menekannya; atau mencari fail game yang disukainya tanpa diajar terlebih dahulu.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Menghasilkan dan melukiskan gambar kereta masa hadapan yang sangat canggih; atau kucing yang sangat comel.

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Menggunakan jari untuk membentuk jet atau kapal terbang; atau di dalam kelas guru menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Lebah. Semasa menyanyikan lagu, mereka bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang.

9. Keinginan untuk kefahaman Memahami tentang seketul alat permainan getah (plastersin) yang boleh dipegang, dirasa dan dibentuk seperti bola, huruf dan berbagai-bagai bentuk yang lain.

Anda mungkin juga menyukai