Anda di halaman 1dari 10

FIQH MUAMALAT

BAB SYARIKAH

SYARIKAH
Syarikah adalah salah satu bentuk muamalah dalam Islam. Ia berkaitan dengan pengurusan harta milik dan faedah yang didapati darinya oleh oarang yang terlibat. Syarikah adalah terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut.

BAHAGIAN SYARIKAH

MAKNA SYARIKAT
Pada bahasanya syarikat Harta adalah bermaksud mencampurkan harta milik dua orang atau lebih secara tidak ditentukan yang mana hak setiap keduanya. Ulama Maliki mengatakan : Keizina yang diberikan kepada rakaannya untuk menguruskan harta dengan setiap orang memberikan kepada yang lain dengan setiap seorang dari mereka kekal berhak untuk itu. Kata ulama Syafei: Sabit hak ke atas sesuatu untuk dua orang atau labih secara suyu ( )

DALIL BERKAITAN SYARIKAH


Dalil al Quran : ayat al Nisa : 12 Ayat 38 dari Surah Sad. Dalil Sunnah : ( ) . Bermaksud: Rasulullah diutuskan dan ketika itu manusia berurusan secarasyarikah dan Rasulullah memperakukannya.

HIKMAH DIHARUSKANNYA
Bagi membolehkan manusia melakukan kerjasama dalam melabur harta mereka dan memperolehi keuntungan darinya. Bagi membolehkan seseorang membangunkan projek yang besar untuk mendapatkan pulangan yang besar pada ia tidak berdaya dilakukan oleh seseorang sekirany dilakukan secara sendirian.

SYARIKAH UQUD
Maksudnya syarikah yang terjadi hasil perjanjian yang termerai antara dua orang atau lebih untuk bersama-sama dalam perkongsian modal dan juga perolehan keuntungan.

SYARIKAH MUFAWADAH
Perkongsian yang berasakan perjanjian atas asas persamaan modal dan kemampuan pengurusan dan lain-lain. Setiap orang akan menyerahkan urusan kepada rakan kongsinya secara mutlak. Setiap orang rakan kongsi adalah menjadi penjamin kepada urusan yang dilakukan oleh rakan yang lain.

SYARIKAH AL WUJUH
Dua orang yang dikenali oleh masyarakat ramai berkongsi dengan tanpa modal, tetapi menggunakan pengaruh mendapatkan barang dengan cara tanggungan / hutang kemudian menjualnya secara tunai. Para ulama berbeza pendapat tentang syarikat ini.

SYARIKAT AL ABDAN
Dinamakan juga Syarikat al A mal Perongsian diantara lebih dari seorang dengan mengunakan kebolehan bekerja. Kemudian berkongsi hasil pendapatan mengikut persetujuan. Syarikah ini juga , para ulama berbeza pendapat.

Anda mungkin juga menyukai