Anda di halaman 1dari 6

MENINGKATKAN TAHAP PENGETAHUAN MURID DALAM PEMBELAJARAN SAINS DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH 5 E (ENGAGE, EXPLORE, EXPLAIN, ELABORATE &

EVALUATE) OLEH NORZANARIAH BINTI ABD HAMID SEK. KEB. TEBRAU BAKAR BATU JALAN SEKOLAH, KG BAKAR BATU, 80150 JOHOR BAHRU JOHOR ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid yang berhadapan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah. Murid murid hanya bertindak menghafal konsep sains tanpa memahaminya dan mengaitkan dengan alam sekitar. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi mendidik murid-murid untuk mendalami ilmu sains secara menyeluruh dan melahirkan generasi yang mampu mengaplikasikan dan mengaitkan ilmu sains dengan alam sekitar. Kajian ini telah melibatkan murid-murid tahap 3 dalam 3 aras pemikiran yang berbeza iaitu kelas Arif.. Perlaksanaan 5E dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sains telah memberi kesan positif iaitu telah meningkatkan tahap pemahaman Sains di kalangan murid-murid secara maksimum.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Daripada pemerhatian selepas 3 bulan mengajar dan melalui aktiviti yang dijalankan secara lisan, ujian bertulis dan secara eksperimentasi iaitu uji kaji, saya mendapati murid hanya menghafal konsep Sains dan tidak mampu megeluarkan idea dan menjana idea untuk mengaplikasikan ilmu sains yang dipelajari. Murid-murid hanya menghafal ilmu dan idea Sains semata-mata untuk peperiksaan namun untuk mengeluarkan idea dan mengaitkan ia dengan kehidupan seharian mereka tidak mampu untuk melakukannya. Hal ini berlaku setelah saya menyemak jawapan mereka melalui ujian bertulis yang dilaksanakan. Saya mendapati murid-murid mampu menjawab soalan yang mudah sahaja. Namun, mereka tidak mampu menjawab soalan yang agak tricky atau mengelirukan. Setelah melakukan ujian bertulis saya meminta murid-murid untuk melakukan amali dan mendapati mereka mampu melakukan amali mudah tetapi untuk memberi pendapat atau idea yang mereka peroleh melalui amali yang dilakukakn mereka tidak berjaya melakukannya. Apabila amali ujikaji dijalankan sya meminta agar aktiviti soal jawab dalam kelas dilaksanakan.. saya mendapati murid terkongkong dengan fakta yang dihafal dan tidak mampu menjadi kreatif dalam mengaitkan ilmu sains yang diperoleh dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan hasil tinjauan yang telah dilaksanakan saya mendapati hasil yang diperoleh amat membimbangkan. Murid-muid terlalu menghafal dan tidak mengaplikasikan ilmu yang diperoleh.

2.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid mempelajari subjek sains dengan hanya menghafal dan tidak memahami subjek sains yang dipelajari secara menyeluruh. Antara sebab kejadian ini terjadi ialah: 1. Murid mempelajari subjek Sains untuk peperiksaan sahaja atau terlalu exam oriented. 2. Murid kurang pendedahan terhadap sains yang menyeronokkan dan satu subjek yang sangat penting dalam kehidupan sekarang. Melalui pendedahan kaedah ini, saya berharap murid saya dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan dapat mengaplikasikan ilmu sains dalam kehidupan mereka. Apabila mereka memahami konsep Sains dengan betul mereka dapat menjawab soalan Sains dengan betul walaupun soalan tersebut mengelirukan kerana mereka telah memahami konsep tersebut dari akar umbi lagi. Sekiranya masalah ini tidak di atasi, murid-murid akan terus menghafal konsep sains dan mereka akan berhadapan dengan masalah ketika mereka berdepan dengan soalan yang agak mengelirukan. Mereka juga tidak mampu menjawab soalan sains bahagian B yang memerlukan pemahaman terhadap konsep sains yang mendalam.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk: i: Objektif Am Meningkatkan tahap penguasaan murid untuk mendalami setiap fakta sains yang dipelajari dengan menggunakan kaedah 5E. ii: Objektif Khusus Murid-murid mengaplikasikan kaedah 5E setiap kali mereka mempelajari sains.

4.

KUMPULAN SASARAN

Murid yang terlibat adalah seramai 36 orang iaitu 16 murid lelaki dan 20 murid perempuan. Semua murid terdiri daripada keturunan Melayu.

5.

PERLAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Awal Masalah Bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi, saya melakukan tinjauan awal masalah melalui ujian bertulis, uji kaji (amali) dan temubual. 5.1.1 Ujian Bertulis Ujian ini diberikan kepada setiap murid. Di dalam ujian ini terdapat 10 jenis soalan yang mempunyai tiga tahap kesukaran di dalam topik yang sama. Murid diminta menjawab soalan dalam masa yang diberikan. Ujian ini diberikan sebanyak dua kali iaitu pre dan post test dimana perbandingan dibuat sebelum dan selepas kaedah 5E dilaksanakan. 5.1.2 Uji Kaji Murid diminta melakukan uji kaji mudah iaitu eksperimen dengan bantuan guru. Mereka diminta melakukannya dalam kumpulan kecil dan bekerjasama dalam melakukan aktiviti tersebut. Uji kaji sebanyak dua kali iaitu pre dan post eksperimen dimana perbandingan dibuat sebelum dan selepas kaedah 5E dilaksanakan. 5.1.3 Temubual Murid diminta melaporkan hasil eksperimen dan berkongsi pendapat atas uji kaji yang dilakukan. Temubual ini diberikan sebanyak dua kali iaitu pre dan post test dimana perbandingan dibuat sebelum dan selepas kaedah 5E dilaksanakan.

5.2

ANALISIS TINJAUAN MASALAH 5.2.1 Analisis Ujian Bertulis Jadual 1: Analisa Ujian Bertulis Murid Tahun 3 Arif

Jumlah Soalan Yang Dijawab Jumlah murid dalam pre test. Jumlah murid dalam post test. Dengan Betul. Sebelum perlaksanaan 5E Sebelum perlaksanaan 5E 10/10 10 9/10 8 8/10 15 7/10 3 6/10 5/10 20 4/10 5 3/10 4 2/10 5 1/10 2 -

5.2.2

Analisis Uji Kaji (Amali) Jadual 2: Analisa Uji Kaji Murid Tahun 3 Arif

Jumlah markah amali yang Jumlah murid dalam pre amali. Jumlah murid dalam post amali diperoleh mengikut rubric Sebelum perlaksanaan 5E Sebelum perlaksanaan 5E amali. 5/5 10 4/5 15 3/5 11 2/5 20 1/5 16 -

5.2.3

Analisis Temubual Jadual 3: Analisa Ujian Bertulis Murid Tahun 3 Arif

Kriteria temubual

1) Penjelasan fakta sains 2) Huraian tentang penjelasan fakta sains 3) Aplikasi fakta sains dengan alam sekitar. 4) Idea yang dijana melalui fakta yang diperoleh.

Jumlah murid dalam pre Jumlah murid dalam post temubual. Sebelum temubual. Sebelum perlaksanaan 5E perlaksanaan 5E 36 36 15 36 1 35 33

5.4

PERLAKSANAAN TINDAKAN.

Murid diberi pendedahan secara lebih mendalam mengenai cara pembelajaran Sains menggunakan kaedah 5E. 5.4.1: Engage Engage bermaksud guru mencungkil minat murid dan memberi peluang kepada murid untuk mengeluarkan apa yang mereka faham mengenai konsep atau skill yang baru dipelajari dan membuat perkaitan mengenai apa yang mereka faham dan idea baru yang mereka fikirkan. 5.4.2: Explore Bermaksud murid diminta oleh guru untuk melakukan hands on aktiviti untuk mencari idea dan memahami permasalahan yang mereka temui dalam ilmu sains dan melahirkan mereka dengan pendapat mereka sendiri.

5.4.3: Explain Bermaksud guru meminta murid memberi penerangan secara saintifik dan terminology mudah dibentangkan oleh murid mengikut apa yang mereka fahami. 5.4.4: Elaborate Bermaksud murid diminta untuk mengaplikasi apa yang dipelajari dalam situasi yang berbeza dan membincangkan idea dan membandingkan idea yang mereka peroleh. 5.4.4: Evaluate Bermaksud murid membina kefahaman yang tersendiri dengan bimbingan guru dan menilai apa yang mereka ketahui sedia ada dan apa yang dapat mereka lakukan melalui ilmu pengetahuan yang diperoleh.

Dalam melaksanakan kaedah 5E ini refleksi perlu dilaksanakan pada peringkat awal sesi pengajaran, pertengahan dan pada akhir pembelajaran. Refleksi permulaan pengajaran: Apa yang guru fikirkan dalam tujuan pengajaran guru. Perhatikan perkara yang terpenting yang perlu diperjelaskan. Apakah yang diperlukan untuk mengcungkil idea murid? Teknik yang diperlukan untuk mencungkil idea murid? Adakah guru memerlukan idea dari murid dan apabila idea diberikan adakah bukti lukisan diperlukan. Apakah yang diperlukan untuk membolehkan objektif tercapai? Apakah perubahan yang perlu dilakukan untuk pertengahan pembelajaran?

Refleksi pertengahan pengajaran: Guru perlu memgambil berat tentang penglibatan murid di dalam kelas. Guru perlu memastikan murid menjana dan memberi idea.

Refleksi akhir pengajaran: Guru perlu memastikan murid mengaplikasikan idea dan dapat mengaitkan topic yang dipelajari dengan kehidupan.. murid dapat menterjemahkan ilmu pengetahuan mereka dengan cara mereka tersendiri.

6.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA: Pada kajian seterusnya saya akan memastikan murid dapat mengaplikasikan kaedah 5E dalam pembelajaran mereka secara aktif dalam setiap topic yang mereka pelajari.

Bibliografi

Australian Academy of Science (AAS) 1994. Primary Investigation. Canberra: AAS

Boddy, N. Watson, K, & Aubussen, P. 2003. A trial of the five Es: A referent model for constructivist teaching and learning. Research in Science Education, 33 (1) pp. 27-42.

Harlen, W. 1985a. Primary Science: Taking the Plunge. London: Heinemann.

Levinson, R. 2000. Thinking through science. Primary Science Review, 61, pp. 20-22.

Anda mungkin juga menyukai