Anda di halaman 1dari 3

Mendung hitam beralih jua SINOPSIS:

Sebelum keluar dari rumah,Milah meminta ibunya memberitahu ayahnya bahawa dia memerlukan duit untuk membayar yuran peperiksaan SPM.Pak Jusuh tidak mampu menjelaskan bayaran berkenaan.Kehidupan Pak Jusuh sebagai nelayan semakin terhimpit kerana hasil tangkapan ikannya berkurang.Hutang yang ditanggung oleh keluarga mereka semakin bertambah.Mak Limah mengungkit kisah lama,iaitu penolakan Pak Jusuh menjadi peserta tanah rancangan. Mutusami datang untuk mengutip hutang daripada Pak Jusuh kerana hutang berkenaan semakin meningkat.Mutusami terus mendesak Pak Jusuh menjelaskan hutangnya.Pak Jusus bertengkar dengan Mutusami kerana kegagalannya menjelaskan hutang.Mutusami memberi amaran akan membawa kes itu ke mahkamah.Pak Jusuh pula hilang sabar lalu menghalau Mutusami dari rumahnya. Sebagai ikhtiar untuk melunaskan hutang Mak Limah mahu menyerahkan radio miliknya kepada Mutusami.Hasil perundingan dengan Mak Limah,Mutusami menangguhkan pungutan hutang tersebut.Hal ini kerana Mutusami sedar akan kesempitan hidup keluarga Pak Jusuh. Pak Seman,salah seorang peserta tanah rancangan tanah rancangan mempelawa Pak Jusuh ke rumah menantunya yang mengadakan majlis kenduri kesyukuran.Pak Jusuh menceritakan kesempitan hidupnya pada masa kini kepada Pak Seman. Pak Seman pula mempelawa Pak Jusuh menyertai tanah rancangan.Akhirnya,Pak Jusuh mendapatkan pertolongan daripada Pak Seman umtuk menyertao tanah rancangan.Mereka akan berjumpa dengan Tuk Penghulu.

TEMA : Kesempitan hidup sebagai nelayan memaksa diri untuk menukar haluan lain yang lebih baik

PERSOALAN: Amalan berhutang akan memakan diri sendiri Berusaha untuk keluar daripada kesempitan hidup Peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka yang mahu mungubah kehidupan yang lebih baik Bertolak ansur dalam sesuatu perkara Masalah kewangan mampu mencetuskan sesuatu perkara yang tidak diingini Keprihatinan seorang ibu terhadap pelajaran anaknya

WATAK DAN PERWATAKAN Pak Jusuh Suami kepada Mak Limah Nelayan Bekerja kuat tetapi masih dihimpit kemiskinan Suka berhutang

Mak Limah Isteri Pak Jusuh Amat mementingkan pelajaran anaknya Berfikiiran terbuka

Mutusami Tauke kedai Bertolak ansur kepada pelanggan yang masih gagal membayar hutang mereka Tidak suka bergaduh

Jamilah Berusia 17 tahun Anak kepada Pak Jusuh dan Mak Limah

Pak Seman Seusia Pak Jusuh Pesrta tanah rancangan

PLOT: Permulaan-Sedang Mak Limah mengemas rumah,Jamilah bersiap-siap hendak keluar.Dia memaklumkan bahawa dia memerlukan duit untuk membayar yuran peperiksaan SPM Perkembangan-Pak Jusuh balik dari menangkap ikan di laut.Mak Limah memaklumkan Kepadanya mengenai yuran peperiksaan SPM Jamilah,namun Pak Jusuh pada waktu itu tiada wang.Mutusami pula datang ke rumah mereka untuk mengutip hutang yang tertunggak Klimaks-Pak Jusuh tidak mahu membayar hutangnya kepada Mutusami kerana tiada wang.Pak Jusuh berang setelah Mutusami berkers hati mahu mendapatkan wang t

Anda mungkin juga menyukai