Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI Semasa menyiapkan tugasan ini saya telah menerima pelbagai jenis pengalaman serta feadah yang berguna.

Setelah membuat pelbagai rujukan serta kajian terhadap tajuk tugasan yang diberi saya telah mulai memahami dengan lebih baik tentang lompat jauh dan lari berpagar sama ada sejarah, peraturan, teknik serta ilmu-ilmu berkaitan. Kajian yang dilakukan terhadap sukan olahraga lompat jauh dan lari berpagar adalah amat bersesuaian dengan keperluan kami sebagai seorang guru pelatih yang bakal mengajar sukan atau pendidikan jasmani. Saya mulai merasai kepentingan tugasan ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugasan harian sebagai seorang guru yang berilmu tinggi. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah akan memerlukan saya mempunyai penguasaan ilmu sukan yang banyak dan mampu memberikan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar pada masa akan datang. Dengan ini pelajar akan mendapat ilmu sukan berkenaan lompat jauh dan lari berpagar dengan lebih mendalam dan dapat mengetahui teknik yang betul. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dari segi mengetahui lebih terperinci berkenaan lompat jauh dan lari berpagar serta mengetahui peraturan dan teknik sukan yang betul. Hasil kajian yang saya peroleh ini diharapkan akan dapat saya aplikasikan dan gunakan pada masa akan datang.