Anda di halaman 1dari 1

Kadazan Dusun

TAHUKAH ANDA??

Kadazandusun merupakan satu kelompok masyarakat etnik peribumi yang terbesar di Sabah membentuk kira-kira 30% jumlah penduduk negeri yang dikenali juga sebagai suku kaum Dusun. Suku kaum Dusun ini sebahagian besarnya tinggal di Pantai Barat, Pedalaman, dan Pantai Timur Sabah. Kelompok-kelompok Dusun tersebut terdiri daripada 12 suku yang dikenali sebagai suku Dusun Papar, Dusun Putatan, Dusun Penampang, Dusun Ranau, Dusun Lotud, Dusun Kiau, Dusun Rungus, Dusun Tagas, Dusun Tempasuk, Dusun Tambunan, Dusun Tatana, dan Dusun Tungku atau Begahak. Terdapat suku kaum Dusun di Sabah yang dikenali dengan nama 'Kadazan'. Pada mulanya 'Kadazan' turut diklasifikasi sebagai bangsa yang sama serumpun dengan 'Dusun'. Apabila dimensi politik dilibatkan untuk mengelaskan suku-suku tersebut, keadaan menjadi tidak menentu. Bangsa Kadazan dan Dusun berkongsi bahasa dan budaya serupa, meskipun dengan perbezaan dalam dialek. Bangsa Kadazan, menduduki tanah delta yang landai, yang sesuai untuk sawah pertanian, manakala bangsa Dusun pula, biasanya menduduki kawasan-kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pendalaman Sabah. Perkataan "Kadazan" bermaksud "Kedai". Ini mengambarkan bahawa bangsa Kadazandusun ini menghuni dikawasan bandar-bandar, yang terdapat kedai-kedai, pendek kata kaum Khadazandusun ialah bangsa "Dusun" yang hidup didalam bandar. Dalam sebutan bahasa Malaysia ia disebut "Kekedaian" ataupun "Kekedazan" dalam bahasa dusun. Secara teorinya kaum ini sepatutnya hanya dipanggil bangsa "Dusun" dan bukannya Khadazandusun, memandangkan mereka ini adalah dari suku kaum yang sama. Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah. Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965). Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun. Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965). Teori Ketiga, Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220). Teori Keempat, Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai. Teori kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku kaum Bunun di Taiwan

Anda mungkin juga menyukai