11 anjakan yang digariskan oleh kementerian ialah:
1 Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti
dengan standard antarabangsa 2 Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris 3 Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni 4 Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan 5 Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah 6 Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan 7 Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia 8 Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian 9 Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta 10 Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja 11 Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
3. 0 Sejauh manakah penghayatan guru terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah dapat membantu mencapai konsep 1 Malaysia selaras dengan matlamat 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 Kesedaran kepelbagaian budaya dalam kalangan semua anggota masyarakat khususnya antara guru dan pelajar amat penting. Perkara perkara seperti bangsa, bahasa, adat resam, struktur masyarakat atau kelas sosial dan jantina harus diberi penekanan yang lebih mendalam oleh guru dalam bilik darjah dalam usaha mencapai konsep 1 Malaysia selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. Guru seharusnya membantu pelajar memahami kepelbagaian budaya yang wujud di bilik darjah seterusnya di negara Malaysia agar mereka dapat mengetahui budaya dan struktur masyarakat lain yang terdapat di negara kita. Dengan adanya pemahaman terhadap budaya masyarakat lain, guru mampu menyemai perasaan hormat , bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025 yang meliputi sebelas anjakan yang menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama. Seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, anjakan pertama adalah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Bagi mencapai tujuan ini dalam konteks pelbagai budaya guru mempunyai tanggungjawab yang tidak terhingga dalam bilik darjah. Untuk melicinkan peranan guru dalam soal pendidikan, kerajaan telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Bagi mencapai anjakan ini, pelbagai matlamat telah digariskan oleh kerajaan. Antaranya ialah seperti melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan semakan semula Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) pada 2017. Di samping itu, kerajaan merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016. Kerajaan juga telah melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun daripada tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6 tahun. Usaha mencapai anjakan tersebut berada dalam tangan semua kaum . Oleh hal yang demikian, kerajaan telah melancarkan pelbagai program program 1 Malaysia yang menekankan pendidikan kepada semua kaum.
Berteraskan Konsep 1 Malaysia, bantuan Persekolahan RM 100 Satu Malaysia mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat. Sebanyak 4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100. Bukan setakat sekolah kerajaan sahaja, lebihan daripada RM540 juta bantuan tersebut akan turut disalurkan kepada sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri. Ini merupakan salah satu matlamat kerajaan untuk mencapai anjakan pertama. Pemberian yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum akan dapat mengeratkan hubungan antara sesama insan di sekolah, dan antara golongan masyarakat miskin yang tidak berkemampuan. Bagi mencapai anjakan tersebut, kerajaan telah pun memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan demasiswa untuk kecemerlangan pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah. Melalui bantuan yang diberikan ini, bebanan ibu bapa juga dilihat dapat dikurangkan kerana anak-anak dapat menggunakan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan tulis dan buku-buku. Bantuan Anjakan 1 : Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa persekolahan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat dalam menyediakan anak-anak agar mendapat suasana yang selesa dalam proses pembelajaran. Kerajaan juga telah memperuntukkan pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebanyak RM 200 setiap pelajar yang berada di IPTA dan IPTS. Pemberian ini meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Matlamat utamanya, adalah untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Pemberian baucar ini daripada kerajaan dipercayai dapat membantu anjakan pertama. Hal ini demikian kerana, baru baru ini kerajaan telahpun menghadkan pembelian alat alat tulis kepada 20 % dan buku sebanyak 80 %. Dengan ini, para pelajar digalakkan untuk membeli buku buku ilmiah untuk memupuk sikap membaca dalam kalangan mereka serta menjimatkan perbelanjaan pelajar untuk membeli keperluan pengajian seperti buku-buku dan peralatan tulis. Justeru, pelajar tidak akan menyalahgunakan duit yang diberikan dengan membeli barang-barang bukan keperluan pembelajaran. Dengan ini kerajaan dapat merealisasikan anjakan pertama iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa dengan mengadakan pelbagai program yang berkonsepkan Satu Malaysia seperti Bantuan Persekolahan RM 100 Satu Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1 Malaysia ( BB1M) dan lain lain lagi untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira warna kulit. Dengan ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan mahasiswa yang bijak dan golongan cerdik pandai yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu masa nanti dengan corak kehidupan yang lebih baik dan berkualiti dapat diimpikan. Walaupun pelbagai usaha diambil oleh pihak kerajaan, tanggungjawab guru tidak terhingga dalam merealisasikan impian kerajaan untuk mencapai matlamat kerajaan dalam anjakan pertama. Guru merupakan pendidik yang mampu melahirkan modal insan yang mampu menjayakan aspirasi negara. Bagi mencapai anjakan pertama guru harus menggunakan pendidikan sebagai alat untuk mendidik pelajar dan sebagai alat perpaduan untuk menyatukan pelajar yang berbilang kaum dan agama. Hal ini demikian kerana, pendidikan yang standard dapat membantu mencapai perpaduan dan seterusnya membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam hidup mereka. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk mengeratkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Guru seharusnya menyampaikan pengajarannya kepada pelajar tanpa mengira status ataupun latar belakang seseorang murid. Guru seharusnya membina usaha usaha sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru harus mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah atapun guru- guru bahasa boleh berganding tenaga untuk menyediakan aktiviti aktiviti membaca dalam bilik darjah dilaksanakan pada setiap minggu mahupun setiap hujung minggu untuk menyemai sikap membaca dalam kalangan pelajar. Aktiviti aktiviti yang dirancang haruslah bentuk yang disukai dan diminati oleh pelajar dan bukanlah aktiviti yang mampu membosankan pelajar dan haruslah berkonsep 1 Malaysia. Guru bahasa bolehlah mengadakan pertandingan menulis cerita, karangan, menulis sajak, puisi dan berpidato setiap hujung bulan untuk meninjau sejauh manakah pelajar mengamalkan budaya membaca dan pengetahuan mereka selepas mengadakan aktiviti aktiviti membaca di kelas. Pertandingan yang disertai oleh pelbagai budaya mampu menjadikan lebih bermakna. Di samping itu, pelajar akan terdedah kepada pelajar yang berbeza daripadanya dari segi bahasa, bangsa, budaya dan adat. Dengan ini mereka akan dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat menjalinkan hubungan yang baik. Hal ini demikian kerana, budaya membaca akan membantu pelajar menimba ilmu pengetahuan yang lebih mendalam. Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondusif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Pengaplikasian KBSM dan KSSR di sekolah oleh guru dipercayai dapat membantu kerajaan dalam mewujudkan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Adalah menjadi tugas guru untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik, sosial dan vokasional. Guru perlu mengajar mengajar kumpulan pelajar yang berbeza budaya, adat resam, kepercayaan serta ragam. Dalam hal sedemikian guru harus mengkaji dan memahami budaya setiap kaum etnik pelajar dalam kelasnya untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan semua pelajar. Sesungguhnya, pelajar dalam sesebuah bilik darjah terdiri daripada etnik, taraf, sosioekonomi, latar belakang, keluarga, kawasan penempatan, budaya, adat resam, dan bahasa yang berbeza. Seorang pendidik tidak sepatutnya bertindak berat sebelah ke atas murid muridnya. Contohnya, apabila seorang guru mengendalikan sesuatu ujian di dalam bilik darjah, beliau haruslah berpatuh kepada peraturan peperiksaan dan tidak melanggarnya. Beliau tidak boleh menolong mana mana pihak ataupun khususnya kaumnya sendiri untuk membantu pelajar pelajar tersebut mendapat markah yang tinggi daripada kaum yang lain. Ini menunjukkan sikap pendidik yang tidak berkarisma keguruan. Beliau juga harus cekap dalam menyampaikan pengajarannya dan tidak kedekut ilmu. Guru harus peka terhadap kemahiran berfikir aras tinggi untuk menyediakan pelajar pelajar yang mampu berfikir aras tinggi pada 2016. Aktiviti aktiviti yang diadakan di sekolah juga harus menekankan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan mereka.
Anjakan kedua adalah memastikan setiap murid profesien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kerajaan juga telah memperkenalkan program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris di sekolah. Program LINUS menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun persekolahan. Ini merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3. Program ini dijalankan di semua sekolah dan dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Di Anjakan 2 : Memastikan setiap murid profesien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. sekolah, guru bahasa yang sedia ada akan melaksanakan program ini. Pihak sekolah perlu memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu. Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P. Beliau juga harus menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid serta digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan. Untuk mencapai matlamat anjakan kedua, guru seharusnya memastikan setiap murid profisien dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris. Bahasa ialat perwujudan budaya untuk manusia saling berkomunikasi. Guru seharusnya sentiasa memikirkan bagaimana mengaplikasikan pelbagai pedagogi yang bersesuaian dalam pengajaran supaya matlamat tersebut tercapai. Di samping itu, guru boleh mengaplikasikan bahasa dan budaya yang pelbagai daripada pelajar sendiri sebagai bahan pengajaran. Baru baru ini kerajaan telah melancarkan Kem Membaca 1 Satu Malaysia. Dalam usaha ini, kerajaan telah menggalakkan pelajar membaca dan menggalakkan pembelajaran bahasa Melayu dan Inggeris dalam hasrat untuk memantapkannya. Melalui usaha ini, pihak sekolah harus memainkan peranan penting dalam menghidupkan kem ini. Guru harus menyemai kepentingan mempelajari bahasa Melayu dan Inggeris dan menggalakkan mereka melibatkan diri dalam pertuturan dan penulisan. Sebagai usaha memartabatkan bahasa, guru boleh mengadakan sesi pergaulan bahasa Malaysia san Inggeris. Sebagai contoh, di sekolah guru harus menyemai amalan ucapan Selamat Pagi , Salam Sejaterah. Terima Kasih dan lain lain contoh pengucapan yang mudah dan bersifat universal dalam pelbagai bahasa pertuturan kaum kaum di Malaysia dalam bilik darjah. Tambahan pula lagi, pihak sekolah boleh membuka peluang untuk pelajar mempelajari bahasa tambahan di sekolah tetapi di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Pelajar pelajar yang berminat untuk mempelajari bahasa tambahan seperti Mandarin, Tamil, Arab, dan juga bahasa bahasa asing juga boleh digalakkan untuk diajar oleh guru yang berkelulusan dari ataupun di luar sekolah. Program program seperti Jom Berbahasa, Karnival Bahasa boleh diadakan di sekolah di luar waktu P&P boleh membantu pelajar menguasai bahasa tambahan. Usaha ini akan dapat menjadikan rakyat Malaysia yang berwawasan tinggi. Di samping itu, pelajar yang menguasai tambahan dapat meningkatkan martabat Malaysia dan akan berupaya untuk menjalin satu perhubungan yang akrab semasa meneruskan pengajian di luar negara. Guru juga boleh mengadakan pembelajaran koperatif dalam bilik darjah. Melalui pembelajaran ini, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan saling berinteraksi untuk kejayaan kumpulan masing masing. Secara tidak langsung, pelajar yang pelbagai etnik, taraf, sosioekonomi, latar belakang, keluarga, kawasan penempatan, budaya, adat resam, dan bahasa dapat mengenali budaya sesame mereka. Kesedaran ini mampu mengeratkan hubungan dan kerjasama dan toleransi yang diperlukan untuk membina konsep 1 Malaysia yang diidamkan.
Guru mesti berperanan dalam melahirkan rakyat malaysia dengan penghayatan nilai murni. Usaha ini haruslah dimulakan di bangku sekolah lagi. Sekolah merupakan salah sebuah institusi yang mampu menjadi agen berkesan ke Anjakan 3 : Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai arah menyatupadukan murid-murid pelbagai kaum di negara ini. Sekolah juga memainkan peranan yang penting dan berkesan dengan meletakkan agenda integrasi dan perpaduan sebagai agen paling utama. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan telah menjadikan Pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017. Guru harus menggunakan usaha kerajaan ini sebagai landasan untuk memupuk murid murid yang bermoral dan berakhlak tinggi. Di samping itu, Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum. Program RIMUP membolehkan perpaduan wujud dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya, agama dan wilayah. Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan RIMUP daripada aspek domain akademik dapat menyumbang kepada integrasi nasional. Oleh itu, pihak sekolah perlu meningkatkan lagi aktiviti yang berkaitan dengan akademik seperti bimbing akademik, program motivasi, seminar menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya. Program mentor-mentee yang melibatkan guru dan murid daripada pelbagai kaum dapat mengeratkan lagi perpaduan nasional disamping boleh membantu meningkatkan kecemerlangan akademik murid. Pihak sekolah perlu menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti daripada pelbagai kaum dalam program kecemerlangan akademik yang dianjurkan melalui kerjasama PIBG. Penglibatan ahli masyarakat pelbagai kaum terutamanya ibu bapa dalam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain. Mereka boleh dilibatkan dalam aktiviti perkhemahan, pameran dan permainan yang berunsurkan kebudayaan pelbagai kaum. Pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam usaha melibatkan ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum; Aktiviti sukan dan permainan tradisional kaum Cina dan India perlu diperkenalkan dengan lebih banyak supaya kaum lain dapat berkongsi dan mengenali budaya kaum tersebut. Masyarakat setempat juga perlu dilibat dengan lebih banyak dalam pelaksanaan aktiviti tersebut. Selain itu, sekolah juga perlu mengadakan jaringan kerjasama dengan Persatuan Sukan dan Kebudayaan daripada pelbagai kaum dalam usaha menambahkan lagi jenis dan kepelbagaian sukan dan permainan tradisional pelbagai kaum. Guru-guru sekolah juga perlu diberikan pendedahan dalam bidang sukan dan permainan tradisional pelbagai kaum. Bagi meningkatkan lagi penghayatan murid pelbagai kaum terhadap nilai patriotisme, pihak sekolah perlu mengadakan pelbagai program yang menjurus kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Pelbagai program berkaitan aktiviti patriotik seperti Bulan Kemerdekaan dan Majlis Membaca Ikrar diadakan di sekolah. Pihak sekolah harus mengambil usaha bagi memperkenal dan mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan murid sekolah pelbagai kaum. Contohnya dalam perhimpunan rasmi sekolah setiap minggu. Murid sekolah juga didapati kurang mengenali dan menghayati lambang-lambang negara seperti bendera dan jata negara. Oleh itu, lambang negara perlu diletakkan pada tanda nama, tali leher dan sebagainya. Sekolah juga, melalui aktiviti RIMUP perlu menggalakkan murid memiliki dan mengibarkan Jalur Gemilang, mengadakan pertandingan fotografi dan melukis sempena bulan kemerdekaan. Aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum serta mengetahui tempat-tempat bersejarah negara perlu diutamakan dalam aktiviti RIMUP. Aspek kenegaraan perlu ditekankan dalam aktiviti kurikulum (P&P) yang merentasi semua matapelajaran supaya murid dapat mengamalkan rasa cintakan negara dan semangat perpaduan antara kaum. Bagi mencapai anjakan ke -3, konsep satu Malaysia telah mengadakan Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendukung aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Melalui dasar ini kerajaan dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kecergasan jasmani, membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. Di samping itu, dapat memupuk perpaduan antara kaum serta dapat membentuk budaya sukan dalam kalangan murid. Tambahan pula, dasar ini memberi keseimbangan antara akademik dengan keperluan fizikal dan mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Program Senamarobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan diadakan pada tahun lepas di semua sekolah. Program ini merupakan suatu program yang diadakan untuk merealisasikan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai rutin sepanjang kehidupan mereka. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan. Program ini memainkan peranan penting untuk merealisasikan melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai. Di samping itu, sukan ini melibatkan penyertaan semua murid. Dengan adanya penyertaan semua murid, nilai - . nilai murni seperti bekerjasama , tolong menolong , saling percaya antara satu sama lain dapat dilahirkan dalam diri pelajar tanpa mengira warna kulit dan latar belakang keluarga. Program Larian Serentak Satu Malaysia diadakan untuk menekankan bahawa sukan adalah satu platform dalam pembentukan sahsiah murid - murid selain membentuk integrasi nasional. Larian berkenaan bertujuan memupuk budaya dan mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Di samping itu, untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Baru baru ini, Majlis Malam Kebudayaan Pongal Satu Malaysia telah diadakan secara besar besaran. Keistimewaan kebudayaan dan tradisi masyarakat beragama Hindu telah disaksikan oleh pelbagai bangsa rakyat Malaysia seperti pelbagai tarian kebudayaan India seperti bharathanatyam dan tarian klasik. Pelancaran sambutan perayaan seperti ini boleh diadakan di sekolah untuk memperkenalkan kepada pelajar yang pelbagai kaum dan bangsa tentang sambutan perayaan sesuatu kaum. Guru juga boleh menyuruh pelajar pelajarnya mengadakan sesi perbincangan ataupun pameran mengenai sambutan perayaan di Malaysia untuk mewujudkan perasaan menghayati dan menghormati warisan dan adat resam sesuatu kaum. Guru juga perlu meluangkan masa untuk hadir di majlis komuniti untuk menunjukkan sokongan moral kepada murid dan komuniti mereka. Contohnya, guru dari semenanjung Malaysia yang mengajar di Sarawak boleh menghadiri di majlis sambutan Hari Gawai untuk menunjukkan rasa hormat dan menghargai muridnya. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Di samping itu, sambutan hari Malaysia boleh dicadangkan disambut pada 15 atau 17 sep setiap tahun di sekolah. Pada hari tersebut, pertandingan pakaian tradisional semua kaum di Malaysia dam aktiviti mendeklamasi sajak, syair, pantun, aktiviti berwarna, dan menghasilkan kolaj yang mencerminkan perpaduan boleh diadakan bagi menonjolkan budaya Malaysia yang pelbagai antara murid sekolah. Citrawarna 1 Malaysia merupakan festival yang penuh dengan warna-warni dengan segala tarian tradisional dari seluruh pelusuk Malaysia. Ini merupakan anjakan kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai. Murid murid harus diajar warisan kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum. Dalam peringkat sekolah, guru guru boleh mengadakan persembahan nyanyian lagu lagu dan tarian tradisional pelbagai kaum. Contohnya, mengadakan Hari Anugerah Cemerlang ataupun semasa sesuatu majlis khas yang bertemakan atau menggambarkan kepelbagaian kaum di Malaysia. Guru boleh membimbing murid memenuhkan sudut Grafity Area untuk sudut 1MALAYSIA dengan aktiviti P &P berdasarkan tema daripada KSPK yang menggambarkan konsep 1 Malaysia. Di samping itu, cadangan aktiviti di peringkat seperti pertandingan sudut 1 Malaysia paling kreatif dan bermakna diantara sekolah atau zon juga boleh diadakan di sekolah. Guru hendaklah menjalinkan hubungan mesra dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. Guru boleh menjemput ibu bapa dan anggota masyarakat dalam sesuatu aktiviti untuk menonjolkan kehebatan budaya masing- masing. Contohnya, beliau boleh menjemput ibu bapa murid untuk mengajar murid menyanyikan lagu tradisional etnik untuk dipersembahkan pada hari guru atau pada hari penyampaian hadiah. Selain itu, guru boleh membawa murid melawat dan menjalankan projek di kawasan sesuatu etnik, contohnya lawatan ke perkampungan orang asli dapat mendekatkan murid dengan kepelbagaian cara hidup etnik di Malaysia. Dengan ini, pelajar dapat melihat corak budaya yang wujud di negara kita dengan lebih berkesan. Keterampilan dan kepimpinan bolehlah dilihat antara murid semasa aktiviti kokurikulum. Contohnya, pelajar yang pelbagai kaum menjalani perkhemahan. Mereka terpaksa menduduki khemah yang sama dan berkongsi kemudahan. Hal ini akan mengeratkan lagi perhubungan dan akan mengelakkan salah faham atau diskriminasi antara kaum. Pembelajaran yang berkesan bagi kumpulan pelajar yang pelbagai budaya ialah pembelajaran koperatif. Melalui pembelajaran ini, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan saling berinteraksi untuk kejayaan kumpulan masing masing. Secara tidak langsung, pelajar yang pelbagai etnik, taraf, sosioekonomi, latar belakang, keluarga, kawasan penempatan, budaya, adat resam, dan bahasa dapat mengenali budaya sesame mereka. Kesedaran ini mampu mengeratkan hubungan dan kerjasama dan toleransi yang diperlukan untuk membina konsep 1 Malaysia yang diidamkan. Sebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik minoriti akan berasa terabai dan tidak dihargai jika tiada unsur budayanya dalam P&P . Nama watak, tempat, makanan dan jenis pekerjaan yang melibatkan kaum boleh diambil oleh guru untuk dijadikan kuliah untuk menjadikan pelajar bermotivasi. Contohnya guru memilih adat resam pelbagai etnik di Malaysia sebagai sumber pengajarannya. Maka guru boleh menjadikan muridnya sebagai sumber dalam menyampaikan maklumat. Contohnya, upacara perkahwinan, upacara kelahiran dan kematian. Murid boleh membentangkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk yang diingini. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah dengan menggunakan boring pengurusan grafik untuk membolehkan murid menghayati kepelbagaian budaya. Aktiviti Gotong Royong Satu Malaysia yang diadakan di sekolah dapat menyemai benih-benih perpaduan kaum dalam kalangan murid yang berbilang kaum tanpa melihat pada warna kulit, agama, bangsa dapat berkumpul untuk menjayakan program ini. Melalui aktiviti ini sikap bertanggungjawab dan bertolak ansur dapat dipupuk. Dengan ini, anjakan ke -3 dapat dicapai dengan mudah melalui aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan dan pihak sekolah.
Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan, anjakan yang ke 7 adalah memanfaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Bagi mencapai hasil daripada anjakan ini, kerajaan telah memberi Komputer riba 1 Malaysia kepada pelajar dan masyarakat luar bandar merupakan satu perancangan untuk melahirkan generasi celik teknologi maklumat (IT). Perancangan jangka panjang ini adalah selaras dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 nanti. Sehubungan dengan itu, pelajar di luar kawasan bandar harus memanfaatkan kemudahan yang telah diberikan ini untuk meningkatkan taraf hidup mereka tanpa memundurkan diri mereka. Pemberian ini diharapkan mampu memberi pendedahan asas kepada pelajar mengenai kemudahan IT di samping membantu mereka meningkatkan ilmu pengetahuan mengakses internet. Dengan adanya komputer, para pelajar dapat menggunakannya bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran dan ilmu masing- masing dengan menggunakannya untuk mencari maklumat dan bahan-bahan pembelajaran yang terdapat di dalam Internet. Di samping itu, kerajaan juga telah melancarkan Broadband Satu Malaysia bersamaan dengan Pek Projek Komputer 1Malaysia. Dengan ini, murid murid dapatlah menggunakan kemudahan internet dengan lebih berkesan. Demikianlah, hasrat kerajaan untuk memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus. Selain tu, satu lagi program telah dianjurkan oleh kerajaan iaitu 1 Malaysia Pad Atau 1 Pad Teknologi Terbaru Malaysia . Dengan adanya usaha kerajaan Anjakan 7 : Memanfaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia seperti ini, murid murid akan diberi pendedahan kepada teknologi terkini dan mempunyai pengetahuan terknologi yang akan membantu mereka untuk menjadi rakyat yang berpengetahuan teknologi. Kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar , meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia. Sekolah hendaklah menyediakan panduan dan peraturan penggunaan komputer dan internet dan menyatakan dengan jelas tindakan yang akan diambil akibat melanggar peraturan dimasukkan ke dalam kurikulum internet bertujuan untuk memudahkan penyiasatan kes-kes penyalahgunaan kemudahan internet di sekolah. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar- pelajar sendiri mencari maklumat, memudahkan kolaboratif dan dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah. Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan. Walaupun terdapat masalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaan telah membuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program yang dilaksanakan adalah Program Latihan dan Pendidikan ICT diperluaskan lagi di peringkat sekolah. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju. Sekirannya, pihak sekolah dan kerajaan menjadikan sebelas anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2012 2025 sebagai panduan asas untuk mencapai matlamat matlamatnya maka tidak hairanlah hasrat kerajaan untuk mencapai perpaduan yang berbentuk konsep satu Malaysia tidak lama lagi. Secara tidak langsung, negara akan dapat merealisasikan pelan yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak. Kejayaan ini akan berupaya meningkatkan taraf Malaysia pada pandangan negara asing.