Anda di halaman 1dari 3

Mata pelajaran dan kelas : Pendidikan Moral / Tahun 5

Nilai / Tajuk : Hemah Tinggi / Menghadiri majlis perkahwinan


Masa : 8.00 9.00 ( 1 jam)
Standard Pembelajaran : 5.1.1, 5.1.2, 5.1.3, 5.1.4
Objektif Pembelajaran : Pada Akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat :
i) Menghuraikan cara bersikap sopan dalam majlis dan upacara masyarakat setempat
ii) Menjelaskan kepentingan bersikap sopan dalam majlis dan upacara masyarakat setempat
iii) Menceritakan perasaan apabila bersikap sopan dalam majlis dan upacara masyarakat setempat
iv) Berkelakuan sopan dalam majlis dan upacara masyarakat setempat

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran :
i) Tayangan video majlis perkahwinan.
ii) Secara berkumpulan, berdasarkan tayangan video murid menyediakan peta buih tentang cara bersikap
sopan semasa menghadiri majlis perkahwinan masyarakat setempat.
iii) Murid menjelaskan kepentingan bersikap sopan dalam majlis tersebut.
iv) Murid menceritakan perasaan mereka apabila bersikap sopan.
v) Secara berkumpulan, murid membuat simulasi bersikap sopan semasa menghadiri majlis perkahwinan
dan upacara masyarakat setempat.

EMK : i) kreativiti
ii) Bahasa

Bahan bantu belajar : i) rakaman video
ii) Kad manila
iii) Pen marker

Penilaian Pembelajaran dan pengajaran :
Tahap penguasaan 1 dan 2 bagi aktiviti menyenaraikan dan menghuraikan cara bersikap sopan dalam majlis
perkahwinan.
Tahap Penguasaan 3 bagi aktiviti simulasi cara bersikap sopan dalam majlis perkahwinan dengan bimbingan.

Refleksi : 15 orang murid telah mencapai standard pembelajaran.


KAD SIMULASI

Situasi 1
Secara berkumpulan, anda dikehendaki melakonkan cara bersikap sopan semasa anda
menghadiri majlis perkahwinan masyarakat setempat.



Situasi 2
Secara berkumpulan, anda dikehendaki melakonkan cara bersikap sopan semasa anda
menghadiri jemputan masyarakat setempat sempena Hari Gawai.















PETA BUIH





CARA BERSIKAP SOPAN
SEMASA MENGHADIRI
MAJLIS PERKAHWINAN
Mengucapkan
tahniah kepada
pasangan
pengantin
Tidak gelojoh
semasa menjamu
selera

Berpakaian sopan
Mengikut giliran
semasa
mengambil
makanan

Anda mungkin juga menyukai