Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

_____________________________________________________________________
SMP PPG SEPTEMBER 2013
_____________________________________________________________________
HBMT2203_V2
TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS PART 2
_____________________________________________________________________
E-TUTOR :
PN. HALIMATUN BT. MD. YUSOF
TUTOR :
EN. SAPRI RAUPU

NO. MARTIKULASI

790127126014001

NO. KAD PENGENALAN

790127-12-6014

NO. TELEFON

012-8603651

E-MAIL

rohanamaruji1979@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM CAWANGAN TAWAU

7901271260140001/HBMT2203_V2

ISI KANDUNGAN

1.0

Pengenalan

2.0

Alogaritma Bertulis Standard dan Pengiraan Mental

3.0

Alogaritma Bertulis Standard Bagi Operasi Melibatkan Nombor Bulat


3.1

Penambahan dan Penolakan


3.1.1

3.2

Alogaritma Tradisional

Darab dan Bahagi


3.2.1

Pendaraban Sebagai Penambahan Berulang

3.2.2

Alogaritma Pendaraban dan Pembahagian

4.0

Miskonsepsi Dan Kesukaran

5.0

Cadangan Alogaritma Alternatif

6.0

Rumusan
Rujukan

7901271260140001/HBMT2203_V2

1.0

PENGENALAN

Matematik merupakan satu bidang ilmu ciptaan manusia. Matematik bermula


sejak zaman primitif lagi di mana manusia merasakan keperluan untuk mengira,
mengukur, menyimpan rekod dan menghubungkaitkan maklumat serta memahami
alam persekitaran. Bidang matematik amat luas dan ia merangkumi aritmatik, algebra,
trigonometri dan geometri. Merujuk kamus Oxford (1990), aritmatik adalah sains
mengenai angka. Ia merupakan asas kepada matematik dan meliputi empat operasi
tambah, tolak, darab dan bahagi. Walaubagaimana pun, kepenggunaan istilah
matematik dan aritmatik sering ditukargantikan oleh pelbagai pihak. Oleh itu dalam
tugasan ini aritmatik merujuk pada angka dalam empat operasi tambah, tolak, darab
dan bahagi.
Di zaman sains dan teknologi ini, penggunaan matematik telah bertambah luas
dalam semua lapisan masyarakat. Peranan yang dimainkan oleh matematik meliputi
pelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan dan simulasi, membuat keputusan dan
komunikasi (Noraini, 1995). Kajian Schickedanz et al. (1977) dan Laporan Cockcroft
(1984) menunjukkan manusia menggunakan matematik untuk menerangkan semua
unsur-unsur dalam alam, perdagangan, industri, mengembangkan logikal seseorang
dan digunakan dalam aktiviti harian. Asas yang kukuh dalam aritmatik membolehkan
individu menguasai bidang matematik dan seterusnya memajukan diri dalam bidang
pekerjaan profesional. Maka dengan ini, semua ahli masyarakat perlu berkebolehan
dalam aritmatik demi untuk menghadapi masa depan yang lebih cemerlang.
Mengikut laporan oleh Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Prestasi DaIam
Matematik (1993), kerajaan dan masyarakat telah menyedari akan pentingnya
matematik untuk menghadapi era baru di masa depan demi untuk mencapai wawasan
negara pada tahun 2020. Justeru itu, tidak ada individu yang dapat menafikan akan
kepentingan aritmatik di dalam kehidupan seharian. Menurut Amin (1993), kanakkanak yang baru masuk ke Darjab 1, sudah pun mempunyai pelbagai pengalaman
termasuklah pengalaman mengenai pranombor dan konsep-konsep asas aritmatik
yang lain semasa belajar di tadika.
Secara umumnya, pelajaran matematik dianggap sebagai satu mata pelajaran
yang susah kerana masih ramai di antara murid yang lemah dan gagal menguasai
dengan sepenuhnya kemahiran asas Matematik. Justeru, bagi membolehkan kanakkanak dapat mengira secara panatas dalam aritmatik mental, prosedur seperti kaedah

7901271260140001/HBMT2203_V2

alogaritma bertulis standard dan pengiraan mental telah ditekankan dalam Kurikulum
Pelajaran Matematik di sekolah. Peranan dan manfaat alogaritma dan pengiraan
mental dalam pembelajaran Matematik inilah yang akan kita bincangkan dalam
tugasan kali ini khususnya bagi murid-murid tahun 3 dan bagaimana ia dapat
membantu mereka dalam pembelajaran matematik di sekolah.

2.0

ALOGARITMA BERTULIS STANDARD DAN PENGIRAAN MENTAL

Alogaritma adalah kumpulan urutan perintah yang menentukan operasioperasi tertentu yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah ataupun
mengerjakan suatu tugas tertentu. Alogaritma merupakan urutan langkah arahan yang
logik. Setiap langkah dan arahan mengerjakan suatu tindakan aksi. Apabila suatu aksi
dilaksanakan, maka operasi atau sejumlah operasi yang bersesuaian dengan aksi itu
dilakukan oleh pemproses. Bila data yang digunakan benar, maka alogaritma akan
selalu berhenti dengan memberikan hasil yang benar pula. Pembuatan alogaritma
harus selalu dikaitkan dengan kebenaran alogaritma, yakni bila program selesai maka
hasilnya juga benar serta kompleks, lama dan jumlah masa proses dan penggunaan
memori. Terdapat beberapa ciri-ciri alogaritma iaitu tepat sasaran, fleksibel dan
portable, bersih dari kesalahan sistem ataupun logik, murah dan cekap, cepat waktu
dan didokumentasikan dengan menggunakan kaedah pensil dan kertas. Model boleh
digunakan bagi menjelaskan alogaritma untuk empat operasi asas matematik yang
merupakan gambaran prosedur setiap operasi itu. Dengan berpandukan prosedur
tersebut,

aplikasikannya

untuk

menggembangkan

alogaritma

setiap

operasi

menggunakan pensil dan kertas. Akhirnya, gunakan penaakulan matematik untuk


membuktikan alogaritam tersebut.
Penaakulan boleh dilakukan secara induktif melalui aktiviti matematik yang
melibatkan pengenalpastian pola dan membuat kesimpulan berdasarkan pola tersebut.
Elemen penaakulan dalam pengajaran dan pembelajaran mengelakkan murid dari
menganggap matematik sebagai hanya satu set prosedur atau algoritma yang perlu
diikuti bagi mendapatkan penyelesaian, tanpa memahami konsep matematik yang
sebenarnya. Penaakulan bukan saja mengubah paradigma murid dari sekadar belajar
kepada berfikir, malah memberi pengupayaan intelektual apabila murid dibimbing
dan dilatih untuk membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberikan
penerangan logikal, menganalisa, menilai dan memberi justifikasi. terhadap semua

7901271260140001/HBMT2203_V2

aktiviti matematik. Latihan sedemikian membentuk murid yang yakin dengan diri
sendiri dan tabah selaras dengan hasrat untuk membentuk pemikir matematik yang
berkeupayaan tinggi.
Berbeza dengan pengiraan mental. Dalam banyak kehidupan harian, pengiraan
tepat adalah tidak diperlukan. Sebagai contoh dalam urusan jualbeli, kita tidak boleh
bergantung semata-mata kepada hasil pengiraan menggunakan kalkulator secara
membuta kerana kesilapan menekan kekunci kalkulator adalah tidak boleh dielakkan.
Oleh itu, kebolehan untuk menganggar sesuatu hasil pengiraan adalah sangat berguna
untuk membuat keputusan yang bijak dalam situasi jualbeli. Justeru, kebolehan untuk
mengira secara mental adalah sangat berguna untuk membuat anggaran yang cepat. Ia
adalah melibatkan Pengiraan matematik yang dilakukan dengan menggunakan akal
fikiran semata-mata, Tanpa bantuan alatulis, alat mengira dan tidak terikat kepada
alogaritma. Nombor difahami sebagai suatu perkaitan antara kuantiti, bukannya digit.
Pengiraan yang kelihatan serupa boleh diselesaikan dengan menggunakan pelbagai
strategi. Dengan itu, murid dapat memahami perkaitan nombor dengan lebih baik,
memahami nilai tempat dengan lebih kukuh dan lebih yakin terhadap nombor dan
sistem nombor. Diantara teknik pengiraan mental ialah hukum tukar tertib, hukum
sekutuan dan hukum taburan membolehkan nombor disusun dan dicerakinkan supaya
mudah dikira secara mental.

3.0

ALOGARITMA

BERTULIS

STANDARD

BAGI

OPERASI

MELIBATKAN NOMBOR BULAT

Pelajar sekolah rendah perlu menguasai kemahiran mengira nombor bulat


selepas memahami konsep asas nombor. Empat operasi asas tersebut ialah tambah,
tolak, darab dan bahagi. Di peringkat prasekolah lagi dan tahun 1 operasi tambah dan
tolak telah diperkenalkan. Walaubagaimanapun, operasi ia akan terus diajar setiap
tahun dengan melibatkan nilai digit yang lebih besar. Berdasarkan kurikulum kssr
tahun 3 operasi yang melibatkan nombor bulat adalah tambah dan tolak dalam
lingkungan 10 000.

7901271260140001/HBMT2203_V2

3.1

Penambahan dan Penolakan

Dalam pengajaran penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor 4


digit, guru perlu memberikan penekanan terhadap kefahaman tentang konsep
dan proses pengumpulan semula dan penyelesaian masalah dalam kehidupan
seharian. Sewaktu merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan
pembelajaran, guru juga perlu mengambilkira beberapa aktiviti penting (
Bahagian Pendidikan Guru,1998,p:36). Penambahan ialah pengiraan secara
terus manakala penolakan ialah bekerja secara ke belakang. Pelajar akan
memperolah pengalaman secara tidak rasmi. Oleh itu, penggunaan benda
maujud

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

amat

perlu

sebelum

memperkenalkan simbol matematik. Penggunaan blok asas atau abakus amat


sesuai digunakan untuk pengajaran pengumpulan semula.Operasi tambah
adalah berkaitan dengan operasi tolak, yang mana penolakan adalah
songsangan kepada penambahan. Penyelesaian masalah dalam kehidupan
seharian adalah berhubung dengan masalah bukan rutin. Proses penyelesaian
masalah dapat membina pemikiran kritis dan kreatif pelajar.

3.1.1

Alogaritma Tradisional

Penggunaan model dalam pengiraan dapat menunjukkan alogaritma


dengan jelas. Pergerakan dalam penggunaan Blok Dienes untuk
mencari jumlah dua nombor dapat dihubungkaitkan dengan langkahlangkah dalam alogaritma untuk penambahan dan penolakan.
Pembinaan alogaritma akan membuktikan langkah-langkah dalam
alogaritma tambah dan tolak adalah logik.

7901271260140001/HBMT2203_V2

Ribu

Ratus

Puluh

Sa

Ribu

Ratus

Puluh

Sa

Ribu

Ratus

Puluh

Sa

1497

1422

Jumlah?
2 Ribu
9 Ratus
1 Puluh
9 Sa

Rajah 1 : Model dan bahasa

Alogaritma 1

Alogaritma 2

2
9

2
Rajah 2 : contoh alogaritma penambahan

7901271260140001/HBMT2203_V2

Alogaritma 1

Alogaritma 2

12

10

1
1

1
12 - 9 = 3

( 10 - 9 ) + 2 = 3

Rajah 3 : contoh alogaritma penolakan

3.2

Darab dan Bahagi.

Dalam tahun 3, pembelajaran darab dan bahagi hanya berfokuskan kepada


sifir 6, 7, 8 dan 9 sahaja. Sebelum memulakan rancangan dan memilih aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk topik ini, pengetahuan tentang
konsep darab dan bahagi perlu dikuasai. Pemahaman murid-murid tentang
konsep pendaraban boleh diterjemahkan dengan dalam bentuk paparan segi
empat tepat ataupun gambarajah.

Terdapat 3 baris dan 6


lajur. Oleh itu, bilangan
3 X 6 = 18

Rajah 4 : Ilustrasi pendaraban menggunakan paparan segi empat tepat

3.2.1

Pendaraban Sebagai Penambahan Berulang

Murid-murid mungkin akan membayangkan pelbagai idea bergambar


mengenai pendaraban dan pembahagian. Mereka juga perlu melihat
perkara ini dari segi simbol berangka. Oleh itu 9 X 5 = 9 + 9 + 9 + 9 +

7901271260140001/HBMT2203_V2

9 = ( 9 + 9 + 9 ) + ( 9 + 9 ) = ( 3 X 9 ) + ( 2 X 9 ). Terdapat beberapa
perkara yang murid-murid boleh belajar dari sini. Pertama, mereka
mengingatkan semula apa itu pendaraban. Kedua, idea kumpulan
diperkukuh. Sama seperti "ball-parking" adalah penting sebagai
tambahan (atau pendaraban), menyelesaikan masalah-masalah yang
lebih

kecil

dan

yang

lebih

mudah

adalah

sama

penting.

Masalah pembahagian ringkas (3-digit nombor dibahagikan dengan


nombor 1-digit) juga boleh dijalankan melalui penolakan berulang
seperti

berikut:

mempertimbangkan

contoh

988

Bayangkan, bagaimana membosankan apabila kita perlu menolak 8


daripada 988 berulang-ulang kali dan kemudian mengira berapa
banyak pula penolakan yang terlibat untuk mendapatkan jawapannya.

3.2.2

Alogaritma Pendaraban dan Pembahagian

Terdapat berbagai-bagai cara atau alogaritma untuk menyelesaikan


darab dan bahagi. Secara lazimnya, pendaraban dan pembahagian
dikira dalam bentuk menegak. Contoh di bawah tidak melibatkan
konsep pengumpulan semula. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat
bahawa apabila mengajar kedua-dua operasi, anda harus bermula
dengan contoh-contoh yang tidak melibatkan pengumpulan semula.

7901271260140001/HBMT2203_V2

Alogaritma 1
3

X
9

Alogaritma 2

4
6
4

4
6
4

X
2
6

3
6
9

Alogaritma 3
1

3
6
9

2
6
0
8

4
6
4
0
0
4

60

100

Rajah 5 : Alogaritma Pendaraban

Alogaritma 1

7
-

1
9
7
2
2

3
5
5
1
4
3

Alogaritma 2

5
1
7
1
5
6

1
9
7
2
2

baki
-

3
0
5
0
5
1
4
3

Rajah 6 : Alogaritma Pembahagian

5
0
0
1
0
1
0
1
5
6

Jawapan : 135

tolak 100 X 7
tolak 30 X 7
tolak 5 X 7
baki

10

7901271260140001/HBMT2203_V2

4.0

MISKONSEPSI DAN KESUKARAN

Miskonsepsi yang sering berlaku dalam tajuk nombor bulat ini adalah
melibatkan prosedur operasi yang perlu dilakukan seperti operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi. Miskonsepsi yang saya pilih adalah bagi operasi darab itu
sendiri yang banyak mempengaruhi jawapan murid di dalam tajuk tajuk yang
lain di dalam pembelajaran Matematik ini. Kesukaran yang saya perhatikan
berlaku di kalangan murid adalah mereka sering melakukan kesilapan sewaktu
melakukan pendaraban secara lazim terutama sekali bagi pendaraban.
Murid dilihat menghadapi kesukaran untuk menggunakan prosedur yang
betul.

Mungkin kerana bentuk lazim yang digunakan sangat serupa dengan

susunan nombor bagi bentuk lazim tambah dan tolak. Kekeliruan dan kesukaran
juga dapat dilihat ketika murid hendak mengumpul semula di mana murid tidak
mengumpul semula tetapi menulis semua nombor yang diperolehi daripada sifir
di dalam tempat jawapan. Seterusnya, murid mengabaikan digit yang perlu
dikumpul semula dan menulis jawapan bagi digit di belakang hasil darab setiap
digit. Namun yang paling ketara ialah murid tidak menguasai sifir.

5.0

CADANGAN ALOGARITMA ALTERNATIF

Bagi menyelesaikan kesukaran yang dihadapi murid ketika menjawab soalan


darab yang dilihat amat sukar dengan menggunakan bentuk lazim, saya menyarankan
satu alogaritma penyelesaian kepada kesukaran ini menggunakan kaedah tetingkap
atau

lattice Pendaraban menggunakan kaedah ini bagi saya amat sesuai bagi

murid-murid yang tidak menguasai sifir dengan baik cukup murid tahu membilang
sudah memadai. Selain itu ia juga sesuai jika melibatkan nombor yang lebih besar dan
digit yang banyak.
Bagi saya yang mengajar dalam kelas yang lemah kaedah ini amat sesuai.
Walau bagaimanapun, jangka masa menyediakan tetingkap perlu dipendekkan bagi
mengelakkan pembaziran masa ketika menjawab soalan. Bagi memahirkan murid,
bimbingan untuk membina tetingkap perlu dilakukan dengan kerap.

11

7901271260140001/HBMT2203_V2

Contoh :

23 X 13 = 299

Jawapan bagi soalan ini ialah 299 yang diperolehi dengan mudah . Murid hanya perlu
melukiskan garisan mengikut nilai digit yang diberikan. Seperti dalam contoh di atas
nombor yang berwarna hijau di wakilkan dengan garisan hijau iaitu 2 dan 3.
Kemudian darab dengan 15 di wakilkan juga dengan garisan yang berwarna hitam 1
dan 5. Seterusnya kita akan membilang persilangan diantara setiap garis tersebut
secara menyerong dan menuliskannya di bahagian bawah. Kemudian selesai sahaja
murid akan mendapatkan hasilnya hanya dengan melihat nombor yang terdapat di
bahagian bawah tetingkap. Bagi kaedah tetingkap ini, murid dapat gambaran yang
lebih jelas untuk melakukan pendaraban bagi mendapatkan jawapan . Latihan
berulangkali akan dapat membantu murid membina tetingkap dengan cepat dan betul,
seterusnya menjawab soalan darab dengan lebih mudah dan tepat.
Selain darab, murid-murid juga sering menghadapi masalah dalam operasi
bahagi. Masalah dalam bahagi selalu disebabkan kekeliruan untuk meletakkan
pembahagi dan nilai yang dibahagi di dalam palangnya. ( luar dan dalam rumah ).
Selain itu, murid juga sukar untuk memahami pembahagian secara atas dan bawah.
Kebiasaannya murid akan terlupa untuk meletakkan nombor di atas ataupun di bawah
walaupun telah diterangkan berkali-kali. Justeru, saya menggunakan kaedah palang
untuk memudahkan murid-murid membahagi tanpa perlu keliru atas dan bawah.
Bagi penyelesaian operasi bahagi menggunakan kaedah palang saya
perincikan penerangan saya seperti berikut. :

12

7901271260140001/HBMT2203_V2

8694 7 = 1242

jawapan

16

14

29

28

14

14

Berdasarkan kaedah di atas, murid-murid perlu membuat kotak terlebih dahulu


yang terdiri daripada empat baris dan dua lajur. Setiap baris adalah mewakili nilai
yang perlu dibahagi iaitu 8694. Ditulis secara ke bawah, di lajur yang kedua. Iaitu 8 di
lajur kedua baris pertama, 6 di lajur kedua baris kedua, 9 di lajur kedua baris ketiga
dan 4 di lajur kedua baris keempat. Dan pembahagi diletakkan di luar kotak seperti
dalam gambarajah di atas. Murid murid dikehendaki menulis sifir di sisi jalan
pengiraan. Walaupun tidak hafal sifir, murid telah dibimbing untuk menulis sifir
dengan membuat penambahan berulang. Melalui sifir yang telah ditulis, murid
dibimbing merujuknya.
Setelah selesai mengisi nombor yang akan dibahagikan dan sifir. Proses untuk
membahagi dimulakan dengan baris yang pertama. 8 7 = 1 maka 7 akan dituliskan
di dekat 8 dan ditolak mendapatkan baki 1. Kemudian 1 akan di bawa ke bawah dan
ditulis di sebelah 6 menjadikannya 16. Berdasarkan sifir, murid akan dibimbing untuk
mencari jawapan 16 pada sifir 7. Jika tiada, murid diminta untuk memilih nombor
kecil yang paling hampir dengan 16 iaitu 14. Maka 14 akan dituliskan di dekat 16
kemudian ditolak dan mendapat baki 2 yang akan dituliskan di sebelah 9 pada baris
ketiga dan menjadikannya 29. Dan begitulah seterusnya sehingga selesai. Akhir sekali
jawapan akan diperoleh di lajur yang pertama. Cara membaca jawapannya ialah dari
atas ke bawah. Melalui penerangan yang terperinci dan latih tubi berulangkali
menggunakan nombor nombor yang hampir serupa membantu mereka memahami
konsep pembahagian menggunakan kaedah ini. Saya menggunakan Teori Pelaziman
dengan mengulang ulang bagi mengukuhkan pemahaman.
Selain daripada alogaritma standard, kaedah mental juga amat penting.
Aritmatik mental adalah sangat berguna untuk mempercepatkan proses pengiraan.
Oleh itu, pengiraan mental ditekankan sebagai satu kemahiran utama dalam

13

7901271260140001/HBMT2203_V2

matematik. Namun, mengikut pengalaman penyelidik dalam pengajaran aritmatik


mental, keberkesanannya dalam membantu perkembangan mental kanak-kanak masih
disangsikan dan dipertikaikan oleh orang ramai di Negara ini. Setakat ini, kajian
mengenai keberkesanan aritmatik mental di negara ini masih belum dijalankan. lni
mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan oleh pihak
berkenaan. Maka, kajian penyelidik yang bertujuan mengenalpasti keberkesanan
aritmatik mental pada peringkat awal dalam membantu pencapaian aritmatik kanakkanak diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak pembuktian tentang keberkesanan
pencapaian aritmatik bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah iaitu berumur
antara 6 hingga 12 tabun.
Kemahiran dalam ilmu matematik dipengaruhi oleh faktor intrinsik dan
ekstrinsik. Faktor intrinsik dan ekstrinsik seperti pemahaman perkembangan dan
pemikiran kanak-kanak berasaskan kepada teori kognitif, kurikulum matematik di
Malaysia,

faktor

yang

mempengaruhi

pembelajaran

kanak-kanak

terhadap

matapelajaran matematik dan teknik pengajaran matematik yang dialami oleh kanakkanak berumur 6 bingga 12 tahun, iaitu kanak-kanak yang mengikuti Tahun 1 hingga
6 Sekolah Rendah. Kognitif merujuk pada proses dalaman dan hasil pemikiran
seseorang yang merangkumi aktiviti mental seperti mengingati, mengenal simbol,
menyelesaikan masalah dan lain-lain (Flavell, 1985). Di antara tokoh yang terkenal
dalam teori ini. ialah Jean Piaget, Lev Semanovich Vygotsky dan Kurt Fisher.
Hasil perbincangan ini diharapkan dapat menyedari orang ramai serta pihakpihak berkuasa tentang betapa pentingnya pencapaian aritmatik kanak-kanak. Justeru,
diharapkan Kementerian Pendidikan akan menggunakan pendekatan yang sesuai
dalam pembelajaran aritmatik kepada murid-murid sekolah rendah sebelum mereka
melangkah ke sekolah menengah. Pendekatan yang sesuai adalah merupakan asas
dalam aritmatik mental. Pencapaian yang baik akan mencetuskan sikap, minat belajar
dan memudahkan pemahaman konsep asas matematik kanak-kanak khususnya di
peringkat rendah.

6.0

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, matematik bukan lagi merupakan ilmu asing dalam


perjalanan kehidupan seharian kita. Sedar atau pun tidak, aplikasi ilmu itu sebenarnya
telah banyak membantu manusia melaksanakan pelbagai aktiviti dan tugasan secara

14

7901271260140001/HBMT2203_V2

lebih mudah. Melihat kepentingan itu, bermula daripada pendidikan pra sekolah,
sekolah rendah dan menengah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT),
matematik telah dijadikan antara ilmu utama yang wajib diajar oleh guru dan
dipelajari oleh murid. Fasa awal pendidikan matematik biasanya akan melibatkan
pengenalan kepada jujukan pengiraan nombor. la diikuti dengan pendedahan kepada
empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Ilmu matematik
secara umumnya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan konsep logik dan
penyelesaian masalah. Oleh kerana itu, kebanyakan implementasinya banyak
digunakan dalam aplikasi pengetahuan sains dan teknologi moden, bidang
perdagangan,

kewangan,

pembangunan,

astronomi,

penerbangan

dan

pengkomputeran. Kelebihan itu sekali gus menghapuskan persepsi sesetengah pihak


yang mengatakan matematik sebagai ilmu yang sukar dan rumit. Asasnya, matematik
merujuk kepada kajian mengenai kuantiti, pembilangan dan pengukuran objek secara
fizikal. Sebagai seorang guru perlu memainkan peranan penting menjadikan apa juga
subjek termasuk Matematik menyeronokkan. Menghafal formula memanglah susah
tetapi menggunakan formula tersebut dengan kerap untuk latihan menjawab soalan
menjadikannya mudah diingat. Guru juga perlu menggunakan pendekatan yang
mudah dalam menerangkan konsep matematik bermula dengan yang paling mudah.
Oleh itu, gurulah yang memainkan peranan penting untuk membawa pelajar mereka
memahami dan menyukai bidang ini.

( 2,885 patah perkataan )

15

7901271260140001/HBMT2203_V2

RUJUKAN
Chai Mei Ling.(2009).Oh, itu darab!Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tathun 2009(3),m/s 12-24
Chong Liep Kiong, Wong Woy Chun, Murugiah Velayutham & Kao Thuan
Keat.(2012).HBMT2203: Teaching of Elementary Mathematics Part II (2nd
ed.).Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd
Jabatan Matematik.(2011).Literasi Nombor:Modul Pembelajaran Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan. Kota Bharu: Guru Kampus Kota Bharu
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu
sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Nazrul Azim Shamsuddin.(2010).Utusan Malaysia:Matematik Tawar Pelbagai
Cabang Kerjaya,104,28

16

Anda mungkin juga menyukai