Anda di halaman 1dari 6

Reflektif Jurnal Amalan Profesional

Salleh @ Salahuddin

Nurul Asyikin Bt Ya

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF3603

AMALAN PROFESIONAL

REFLEKTIF JURNAL

NAMA

NURUL ASYIKIN BT YA SALLEH @ SALAHUDDIN

NO. MATRIKULASI

831001055474001

NO.KAD PENGENALAN

831001-05-5474

SEMESTER

MEI 2014

PENSYARAH

PN HJH BADRUL MUIN BT MOHAMAD ADAM

EMEL

nur_kasihku2000@yahoo.com

ALAMAT KAMPUS

OPEN UNIVERSITY
KAMPUS BUKIT TUNGGAL
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
~1~

Reflektif Jurnal Amalan Profesional


Salleh @ Salahuddin

Nurul Asyikin Bt Ya

Pada bulan Mac sehingga bulan Mei 2014 saya dikehendaki menyiapkan sebanyak 4
tugasan EPIC (HBEF3603) Amalan Profesional. Bulan Mac 2014, antara bulan yang paling
sibuk kerana berada di awal tahun, banyak perkara perlu disediakan dan dikemaskini. Tambahan
pula saya dilantik sebagai Ketua Panatia Matapelajaran Sains, mengajar subjek Bahasa Malaysia
tahun 1,Sains KSSR Tahun 4 yang baru bermula tahun ini , Sains Tahun 5 dan Sains tahun 6.
Tambahan pula bulan Mac bermula kedatangan jemaah Nazir ke sekolah untuk kelayakan
mendapatkan Ba`iah dari kerajaan negeri. Oleh yang demikian, saya perlu membahagikan masa
dengan sebaik-baiknya kerana terpaksa menguruskan Fail Kurikulum, Fail Hal Ehwal , dan Fail
Kokurikulum. Di samping itu juga, keperluan mengurus bilik-bilik khas yang berada di bawah
penyeliaan saya sebagai ketua seperti Bilik Sains dan Bilik kesihatan Tambahan pula masih
mempunyai anak-anak yang masih kecil di rumah yang perlu mendapat perhatian dan tumpuan
sepenuhnya. Pada waktu malam biasanya saya akan bangun membuat tugasan-tugasan EPIC
khasnya. Kekangan masa membuatkan saya sedikit sebanyak agak tertekan ,namun saya
tekadkan azam untuk menyelesaikan semua tugasan dengan baik. Saya juga telah menggunakan
forum dalam EPIC OUM untuk mendapatkan nasihat, tunjuk ajar dan panduan melalui tutor EOS
dan rakan-rakan sekuliah.
Bagi sesi praktikum ini, saya memilih untuk menjalani praktikum selama 8
minggu di SK Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala
Terengganu,memandangkan saya adalah salah seorang tenaga pengajar di
sekolah ini.

Saya memilih tajuk Gerhana dalam Tema Menyiasat Alam

Semesta bagi tahun 6. Saya mengajar kelas terakhir bagi tahun 6 iaitu kelas
6 Cerdik yang terdiri daripada 25 orang murid. Kebanyakan murid adalah
bermasalah dalam pembelajaran dan tingkah laku.

Melalui rujukan buku

yang mengumpulkan soalan-soalan percubaan dan sebenar UPSR , saya


mendapati tajuk gerhana kerap ditanya di dalam peperiksaan. Ini bermakna
murid perlu benar benar menguasai tajuk ini.
Bagi tugasan pertama, saya perlu mengisi Borang Pemantauan Praktikum yang
mengandungi tarikh, masa, tahun dan kelas murid yang diajar tajuk pelajaran . Di samping itu
saya perlu mencadangkan nama Guru Pembimbing sepanjang tempoh praktikum dan saya telah
meminta Puan Musalmah Bt Alias sebagai pembimbing saya sepanjang sesi praktikum ini.
~2~

Reflektif Jurnal Amalan Profesional


Salleh @ Salahuddin

Nurul Asyikin Bt Ya

Beliau merupakan seorang guru yang telah lama mengajar subjek Sains hampir 10 tahun
walaupun beliau bukan asalnya major dalam subjek Sains ketika mendapat latihan ikhtisas
perguruan sebelum ini. Lalu saya segera mengisi borang maklumat praktikum di dalam portal
EPIC OUM. Puan Musalmah telah banyak membantu saya berkongsi idea, pendapat, teknik
pengajaran dan berkongsi pengalaman mengajar kerana murid tersebut pernah diajar oleh beliau
sebelum ini. Beliau telah membuat pencerapan kali pertama semasa saya mengajar mula
memasuki tajuk Gerhana. Pengajaran kali pertama ini saya tidak menggunakan apa-apa alat
bantu mengajar dan hanya bergantung kepada rujukan buku teks, pengalaman sedia ada murid
dan guru. Saya memaklumkan kepada murid bahawa saya pernah mengalami pengalaman
Gerhana Matahari sewaktu berumur 12 tahun kira-kira 18 tahun yang lalu. Namun kesemua
murid memberitahu mereka tidak pernah mengalami Gerhana Bulan atau Gerhana Matahari,
hanya sekadar mengikuti rancangan National Geographic, akhbar atau berita di televisyen sahaja.
Kesemua murid didapati mendapat markah yang kurang memuaskan apabila saya menguji
pengetahuan mereka melalui ujian pra. Soalan ujian pra ini terdiri daripada soalansoalan yang biasa ditanya dalam ujian dan peperiksaan yang berkaitan tajuk
Gerhana iaitu bahagian A (objektif) dan bahagian B (struktur). Tujuan ujian
pra ini adalah untuk mengesan atau mengenalpasti kelemahan murid dan
kesilapan dalam menjawab soalan. Saya mendapati bahawa 6 orang murid di
dalam kelas 6 Cerdik ini mendapat markah paling rendah. Saya telah
menjadikan 6 orang murid ini sebagai responden dalam kajian.

Alhamdulillah saya telah dapat merancang satu kit pembelajaran yang


diharap dapat membantu mengatasi murid tidak memahami tajuk Gerhana
dan berminat untuk belajar Sains iaitu Gerhana Smart Kit . Sesi kedua
praktikum saya telah membawa 6 responden tersebut untuk menjalani
aktiviti di dalam `Gerhana Smart Kit. Kesemua responden dapat memberi
kerjasama yang sangat baik,dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti
secara aktif, menunjukkan minat yang sangat mendalam serta telah berjaya
mendapat keputusan yang sangat baik selepas menjalani ujian pos di akhir
~3~

Reflektif Jurnal Amalan Profesional


Salleh @ Salahuddin

Nurul Asyikin Bt Ya

pdp. Pemantauan kedua telah dibuat oleh guru pembimbing dan beliau
sangat berpuas hati dengan perubahan yang positif di kalangan responden.
Saya berasa sangat bersyukur saya telah mendapat markah penuh
sepanjang sesi pemantauan dengan beliau. Borang Laporan Pemantauan
telah diisi oleh guru pembimbing dan terpaksa disahkan oleh Guru Penolong
Kanan Pentadbiran mewakili guru besar kerana beliau terpaksa menghadiri
mesyuarat

beberapa

hari.

Saya

tidak

mempunyai

masalah

untuk

menghantar secara online Borang Laporan Pemantauan tersebut.


Semasa menjalani sesi kedua tersebut saya telah meminta khidmat
EIO sekolah, Cik Nor Hayati untuk merakam perjalanan pengajaran saya
menggunakan Gerhana Smart Kit. Alhamdulillah saya tidak mengalami
masalah ketika membuat rakaman kerana telah belajar dari kesilapan rakanrakan satu pengajian kerana ramai di antara mereka membuat rakaman
terlalu lama sehingga ada yang merakam selama 40 minit. Ini membuatkan
file video terlalu besar untuk dimuat naik ke dalam portal EPIC dan ada yang
terpaksa membuat rakaman semula. Saya ada membuat soal jawab,
perbincangan dan berkongsi pengalaman dengan rakan melalui telefon, dan
kumpulan guru satu pengajian melalui facebook. Saya telah mencuba sendiri
menukarkan video rakaman saya dari MP4 kepada FLV iaitu dapat
mengecilkan file supaya mudah dimuat naik. Apa yang membuat saya
berasa agak terkilan adalah saya tidak dapat memuat naik keempat empat
video yang telah saya rakam kerana setiap video terdapat 4 bahan bantu
mengajar dalam Gerhana Smart Kit. Saya hanya dapat memuat naik satu
video sahaja kerana setiap video yang dimuatnaik tidak boleh melebihi
20MB. Saya telah bertanya kepada tutor EOS saya iaitu Puan Hajah Badrul
Muin tentang masalah itu dan bercadang untuk menghantar secara soft
copy video-video yang tidak dapat dimuatnaik tersebut secara bersemuka
dengan beliau dan beliau telah bersetuju. Di samping itu juga, saya juga ada
membantu rakan-rakan yang mengalami masalah mengecilkan file rakaman
video dan akhirnya saya berjaya menyelesaikan masalah rakan-rakan. Saya
~4~

Reflektif Jurnal Amalan Profesional


Salleh @ Salahuddin

Nurul Asyikin Bt Ya

bersyukur melalui masalah ini, sebenarnya mengajar saya erti kesabaran,


persahabatan, sentiasa berusaha, sentiasa terbuka hati untuk membantu
insan dalam kesusahan. Ini adalah kerana saya percaya, bahawa jika kita
selalu menolong orang dalam kesusahan, nescaya Tuhan akan sentiasa
memudahkan segala kerja dan urusan kita, Insya Allah
Selesai tugasan kedua, saya mula membuat tugasan ketiga iaitu Laporan Inovasi. Pada
mulanya saya mengalami masalah untuk memahami kehendak tugasan namun akhirnya berkat
perbincangan, pendapat, sumbangan idea dan pengalaman rakan-rakan satu kuliah alhamdulillah
saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Saya juga berpeluang untuk membuat
rujukan contoh-contoh laporan inovasi dan tesis tesis daripada pelajar-pelajar IPG dan OUM
sendiri. Secara tidak langsung saya telah belajar dan memahami apa itu kajian tindakan dan
keperluannya untuk mengatasi sesuatu masalah atau isu secara sistematik. Saya juga berasa
sangat bertuah dan bersyukur kerana suami saya sendiri iaitu Encik Asyraf Ridwan B Ali
merupakan seorang pensyarah di IPG Kampus Dato Razali Ismail telah banyak menyediakan
bahan rujukan, berkongsi pengalaman dan buah fikiran untuk saya jadikan panduan. Dari sini,
saya telah memahami bahawa tanggungjawab seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu,
tapi bertanggungjawab membuat kajian dan penambahbaikan dalam pdp seharian. Pengajaran
yang berinovasi bukan sahaja dapat mengubah pembelajaran menjadi lebih bermakna, malah
mampu mengubah tingkah laku murid ke arah lebih positif dan berjaya dalam peperiksaan. Ia
juga secara tidak langsung dapat membantu melancarkan tugas guru dan memberi motivasi
kepada guru untuk selalu merancang dan berusaha membuat persediaan mengajar yang terbaik
untuk anak didik.
Tugasan terakhir pula adalah membuat reflektif jurnal. Tugasan ini menghendaki saya
membuat refleksi semula tentang emosi dan perasaan yang wujud sepanjang membuat tugasan
pertama hingga keempat. Begitu juga dengan tugasan yang lain, dengan perbincangan dan
sumbangan idea rakan-rakan banyak menolong saya mendapatkan panduan dan pencerahan
untuk membuat sesuatu tugasan dengan lebih baik. Saya akui terdapat pelbagai emosi dan
perasaan negatif yang timbul sejak awal tugasan hinggalah ke akhir tugasan dek kerana
kekangan masa dan kelemahan diri. Perasaan sedih, kecewa, tertekan, gembira, bersyukur dan
berbangga bercampur gaul. Di akhir tugasan ini, saya sebenarnya berasa teramat bersyukur
~5~

Reflektif Jurnal Amalan Profesional


Salleh @ Salahuddin

Nurul Asyikin Bt Ya

kerana pihak OUM telah banyak membantu para pelajar memberi ruang waktu dan senggang
untuk setiap tugasan dan berusaha membantu kami memberi panduan dan bimbingan untuk
memahami kehendaki soalan. Ucapan terima kasih juga tidak dilupa kepada tutor EOS saya iaitu
Puan Hajah Badrul Muin dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan walau beliau sentisa berada
dalam keterbatasan waktu. Banyak perkara yang positif saya telah belajar antaranya pengurusan
masa, berusaha mendapatkan perbincangan dan muzakarah bersama rakan-rakan dan pensyarah
dan belajar sesuatu perkara yang baru seperti ilmu teknologi komputer dan internet.
Saya amat berharap saya dapat menjadikan segala pengalaman dalam menyiapkan
tugasan ini sebagai antara GURU terbaik untuk menjadikan saya sebagai seorang Pendidik
yang berdedikasi, berwawasan, berinovatif dan berusaha untuk mencapai kemenjadian anak
didik baik dari segi akhlak dan akalnya dalam kehidupan realiti, insya ALLAH.

~6~

Anda mungkin juga menyukai