Anda di halaman 1dari 52

ETIKA DAN LEGAL ISU DALAM KAUNSELING KELOMPOK

1- PENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK

Kaunseling Kelompok adalah satu proses antara individu (interpersonal process)


yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli atau klien yang
meneroka diri serta situasi yang dialami. Jadi proses ini menekankan pemikiran yang
sedar, dari segi perasaan dan kelakuan. Tujuan kaunseling kelompok ini adalah
untuk memperbaiki tingkah laku klien yang tidak mengikut norma-norma kehidupan
yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah. Mengikut Corey (1990),
kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta memulih . Hansen et. al (1976),
tujuan mencegah klien dari mengulangi tingkahlaku yang tidak diingini daripada
berterusan. Dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut
menjadi serius. Tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami
masalah yang serius di mana kaunseling kelompok merupakan satu proses
intervensi untuk menukar kelakuan .
Kaunseling kelompok berorientasikan masalah yang spesifik, sama ada masalah itu
masalah pembelajaran, kerjaya, sosial atau emosi. Isi dan fokus perbincangan
dalam kelompok sebahagain besarnya ditentukan oleh klien yang terdiri daripada
individu yang normal (dapat berfungsi dengan sepenuhnya). Masalah-masalah yang
sering di bawa ke dalam kelompok ialah berkaitan dengan tugas perkembangan
dalam hidup seharian. Fungsi kaunseling kelompok ini serta klien adalah memberi
sokongan dan empati yang diperlukan untuk menimbulkan suasana yang selamat
dan menyembuh yang membawa kepada kepercayaan ahli berkongsi maklumat dan
perasaan ke arah menimbulkan celik akal, membaiki sikap serta perlakuan.

Teoriteori kaunseling kelompok adalah guidelines yang digunakan supaya proses


kaunseling yang dijalankan mendatangkan hasil yang baik atau efektif. Hansen et al
(1976), each theory proposes a process whereby the counselor and group can
participate in the process of changing the members behavior.Dalam menjalankan
sesi, kaunselor perlulah mematuhi beberapa etika demi matlamat yang hendak
dicapai.

2- DEFINISI ETIKA KAUNSELING KELOMPOK

Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat
resam, kebiasaan dan budi pekerti. Dengan kata lain etika merupakan sesuatu yang
berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum, tatasusila atau
tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan dengan tradisi,
norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang masyarakat. Peraturan
masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan itu juga bersifat konkrit serta
ditetapkan oleh autoriti dalam sesebuah masyarakat.

Menurut Kamus Dewan DBP (Edisi Ketiga, 2002), etika adalah prinsip atau nilai
akhlak yang menjadi pegangan seseorang atau dengan kata lain garis panduan
yang harus dipatuhi oleh seseorang semasa menjalankan tugas mereka.

Etika (dalam Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) adalah disiplin falsafah yang memberi
perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang
mewajarkan kelakuan persaorangan serta antara individu. Durkheim (1961) pula
menyatakan bahawa etika terdiri daripada suatu sistem peraturan yang telah
ditentukan terlebih dahulu tentang bagaimana seseorang itu mesti bertindak dalam
situasi tertentu.

Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian


profesional serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah.
Menurut Othman Mohamed (1999), kod etika merupakan tatasusila yang
menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis yang dijalankan oleh ahli
sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan satu praktis
profesional.

Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di
antara satu dengan yang lain, iaitu ;
1) pola hidup am atau suatu cara hidup
2) set peraturan tingkah laku atau kod moral
3) tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.
Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji
tingkah laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku
(bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan
masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilai yang baik di dalam

sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika dianggap penting bai
membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.

3- KEPENTINGAN ETIKA KAUNSELING KELOMPOK

Setiap profesion yang melibatkan interaksi antara individu, memerlukan satu bentuk
peraturan atau etika yang tersendiri bagi keperluan ahli-ahlinya. Begitu juga di dalam
kaunseling kelompok, etika memainkan peranan yang penting sebagai satu garis
panduan atau peraturan untuk menjaga profesionalisma kaunselor, kepentingan ahli
kelompok serta perjalanan kelompok itu sendiri.

Pandangan yang diberikan oleh Swanson & Van Hoose (1977) yang menyatakan,
Standard or code of ethics are designed to protect the public and also to give
guidelines to practitioner so that difficulty with the law may be avoided by the person
who follow the profesions code, menguatkan lagi fakta di atas.

Di antara-antara kepentingan-kepentingan itu ialah;

1) memberi perlindungan kepada ahli dalam profesion kaunseling daripada sebarang


tindakan yang boleh menyebabkan public condemnation( penghinaan
masyarakat).

2) Memberi perlindungan kepada klien daripada sebarang tindakan atau layanan


yang tidak profesional, atau kecuaian pihak kaunselor.

3) Sebagai pengukur kepada self-regulation dalam profesion itu sendiri.

4) Melindungi kaunselor daripada tindakan undang-undang sekiranya berlaku


perkara-perkara yang tidak diingini bukan disebabkan oleh kesalahan kaunselor itu
sendiri.

5) Mempertingkatkan keberkesanan diri melalui perkongsian pengetahuan dan


kemahiran selaras dengan tuntutan dan kesedaran pihak klien berkaitan hak mereka
dalam undang-undang.

4- ETIKA DALAM KAUNSELING KELOMPOK


4.1- Pandangan Tokoh-Tokoh:

Etika kelompok diolah mengikut keperluan sesuatu kelompok. Menurut Gazda


(1977), adalah penting bagi ketua kelompok untuk mengolah satu model bagi
mencapai perubahan tingkah laku. Tambah beliau lagi, bila sesi dirakamkan ahli
patut diberitahu yang mereka boleh memberhentikan rakaman bila-bila masa jika
mereka merasakan ini menyekat penglibatan mereka.

Bagi Feignberg (1977) pula, etika dalam kaunseling kelompok di mana ketua
kelompok harus mempunyai latihan yang cukup dalam teori dan prosedur kelompok.
Mereka juga harus sedar tentang kepelbagaian kesan yang mungkin timbul daripada
prosedur dan proses kelompok.

Memberikan pandangannya, Bindrim (1977) menyatakan menjadi satu polisi yang


wajar jika ketua meminta ahli menandatangani satu perjanjian yang memerlukan
mereka bersetuju supaya tidak berbincang atau menulis tentang perkara-perkara
yang berlaku dalam kelompok atau mendedahkan identiti ahli lain.

4.2- Kelayakan Pemimpin Kelompok:

Pemimpin kelompok mestilah mempunyai kelayakan profesional serta pengalaman


yang diperlukan sesuai mengikut kelompok yang mereka pimpin. Pemimpin
seharusnya seorang yang teraputik, cekap dan berkesan serta bersedia untuk
dicabar dan diuji untuk mendapatkan kepercayaan.

Pemimpin kelompok juga mesti mempunyai fokus yang jelas terhadap tujuan dan
matlamat kelompok, memilih kaedah-kaedah yang sesuai dan mampu
mengendalikan aktiviti-aktiviti sepanjang perjalanan kelompok bagi mencapai tujuan
dan matlamat sesuatu kelompok itu.

Pemimpin kelompok mestilah bijak mengendalikan kelompok. Seandainya terdapat


sebarang bentuk pertentangan di dalam kelompok, contohnya desakan kelompok
yang bercanggah dengan kehendak ahli-ahl lain, pemimpin perlulah peka dan
bertindak bijak mengatasi isu tersebut. Seandainya ada ahli yang menjadi sasaran di
dalam kelompok, pemimpin haruslah berani campur tangan.

Sebagai pemimpin kelompok, perlulah turut melakukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan


oleh ahli-ahli kelompok sebagai sokongan kepada kelompok untuk melakukan
perkara itu dengan penuh yakin dan berani. Pemimpin juga harus faham tentang
nilai-nilai dalam kelompok dan sedar bahawa nilai-nilai itu adalah selaras dengan
etika profesionnya.
Etika dalam kaunseling kelompok juga melibatkan tanggungjawab yang dituntut
daripada seorang ahli profesional seperti kaunselor atau pemimpin kepada
kelompok yang spesifik seperti orang-orang yang memerlukan bantuan atau sesuatu
khidmat dari pemimpin tersebut. Menjadi tanggungjawab pemimpin kelompok untuk
memaklumkan kepada bakal ahli kelompok tentang prosedur dan matlamat
kelompok, peraturan kelompok, teknik-teknik yang akan digunakan, harapan ahli,
risiko psikologikal dan faktor lain yang boleh mempengaruhi mereka dalam membuat
keputusan untuk melibatkan diri dengan kelompok.

Ahli kelompok seharusnya bersedia mentafsirkan pembelajaran mereka dalam


kelompok dengan kehidupan seharian mereka dan menggunakannya dengan
berkesan. Jesteru itu etika kaunseling kelompok berkait rapat dengan prinsip-prinsip
akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan.
Semasa sesi perjanjian dijalankan satu perjanjian bertulis perlu dimenterai antara
ahli dengan kaunselor. Prosedur ini penting kerana melindungi hak-hak ahli dan juga
kaunselor.

Pemimpin kelompok seharusnya berusaha menggendalikan sesi kelompok dan


seterusnya menilai kesan bagi kelompok pimpinannya. Proses susulan di dalam
kelompok adalah penting kerana ia merupakan satu aspek akauntabiliti pemimpin
kelompok. Melalui proses ini juga akan mendorong ahli kelompok untuk meneruskan
tingkah laku positif yang mereka pelajari dalam kelompok setelah mengetahui
adanya proses susulan setelah tamat sesi kelompok.

Akhirnya, pemimpin kelompok perlu berwaspada dengan tanda-tanda kelemahan


psikologikal ahli kelompok seperti ahli menangis sepanjang masa berada di dalam
kelompok, ahli seperti dalam keadaan celaru serta tertekan (berada dalam dunianya
yang tersendiri), ahli berdiam diri sepanjang masa dalam kelompok dan tanda-tanda
psikologikal lain. Ini menandakan penglibatan mereka di dalam kelompok harus di
tamatkan.

Adalah tidak beretika mengamalkan kaunseling tanpa persediaan yang rapi


American Group Psychotherapy Association dan Association for Specialists in Group
Work (ASGW), menggariskan secara terperinci, piawaian terbaik bagi latihan yang
diperlukan oleh kaunselor.

4.3- Kerahsiaan:

Kerahsiaan merupakan salah satu etika di dalam kelompok yang perlu


dititikberatkan. Ahli-ahli perlu mendapat makluman tentang kerahsiaan di dalam
kelompok, seawal waktu penstrukturan, semasa sesi berjalan dan apabila kelompok
berakhir. Maklumat kelompok tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak
melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan kelompok demi kebaikan
kelompok sendiri.

Selain daripada itu identiti setiap ahli dalam kelompok hendaklah dirahsiakan dan
menjadi tanggungjawab ke atas semua ahli (Kod Etika Kaunselor, 2005)

5- ISU-ISU DALAM KAUNSELING KELOMPOK

Proses kaunseling kelompok akan menjadi lebih bermakna dan sangat berkesan
sekiranya proses tersebut dapat berjalan mengikut nilai, norma dan tingkah laku
yang diterima dalam persekitaran masyarakat. Peterson (1970). Satu Sistem etika
adalah menjadi panduan berdasarkan nilai-nilai yang biasa dipegang dan dihargai
oleh masyarakat. Kaunseling kelompok juga dapat membantu ahli mencapai
matlamat dan tujuan yang telah digariskan bersama dengan ahli kelompok dalam
menentukan hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai dalam persetujuan
bersama.

Namun walaubagaimanapun terdapat halangan-halangan yang menyebabkan


proses ini tidak dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan. Ini adalah disebabkan
isu-isu yang wujud dalam kaunseling kelompok yang boleh memberi kesan yang
buruk atau pengalaman yang ngeri terhadap ahli sekaligus mencemar nilai
kepercayaan dan penerimaan ahli terhadap kaunseling kelompok.

Selain itu juga isu-isu yang wujud dalam kaunseling kelompok akan memberi kesan
yang lebih mendalam kerana bukan seorang ahli yang akan mengalami trauma atau
tekanan tetapi ramai, kerana jumlah ahli dalam kelompok adalah lebih daripada satu.
Maka sudah tentu akan memburukkan lagi pandangan masyarakat terhadap
kaunseling kelompok serta menghilangkan nilai kepercayaan masyarakat terhadap
kaunseling kelompok.

5.1- Pemimpin Kelompok:

Antara isu-isu yang terdapat dalam kelompok ialah isu melibatkan kepimpinan. Isu
ini secara keseluruhannya melibatkan tahap kredibiliti yang dimiliki oleh pemimpin
atau kaunselor yang bertindak sebagai ketua atau penggerak utama dalam proses
kaunseling kelompok. Tidak kira apa jenis kelompok yang dipimpin, apa pendekatan
yang digunakan atau apa gaya kepimpinan yang dilaksanakan dalam kaunseling
kelompok, kejayaan kelompok sangat bergantung kepada pemimpin yang mengetuai
kelompok tersebut.

Terdapat pelbagai permasalahan atau persoalan yang ditimbulkan tentang


pemimipin kelompok sama ada dari segi latihan yang diperoleh, kelayakan yang
dimiliki, kecekapan dan pengalaman pemimpin dalam menerajui sesuatu kelompok.
Disamping itu juga isu kepimpinan ini mengukur tahap kemampuan pemimpin dalam
menguasai masalah yang diketengahkan dalam kelompok.

Ini antara isu yang dikaitkan dengan pemimpin dalam kelompok. Adalah menjadi
tanggungjawab pemimpin dalam memimpin ahli kelompok mencapai matlamat yang
telah dipersetujui bersama tanpa wujud perkara yang bercanggah dengan nilai dan
norma persekitaran masyarakat. Rosenbaum (1972). Bakal ketua perlu diberitahu
tentang beberapa jenis kelompok dalam proses pengajaran yang formal dan perlu
mendapat peluang untuk mengolah teori sendiri yang rasional dan praktikal.

5.2- Keahlian Kelompok:

Selain itu juga isu keahlian dalam kelompok merupakan sesuatu yang perlu dititi
beratkan. Ini kerana kejayaan kelompok dalam mencapai matlamatnya sangat
bergantung kepada ahli-ahli yang terlibat dalam sesuatu kelompok. Ini menunjukkan
pemilihan ahli dalam kelompok mestilah mengikut klasifikasi jenis kelompok yang
hendak dilaksanakan dan kaedah kepimpinan yang akan digunakan oleh pemimpin
dalam mengendalikan kelompok tersebut.

Bagi menentukan pemilihan ahli kelompok adakah menjadi tanggungjawab


pemimpin untuk membuat pemilihan ahli kelompok. Tidak kira apa jenis kelompok
yang hendak ditubuhkan, pemilihan ahli mesti mengikut klasifikasi jenis kelompok
yang hendak dikendalikan oleh pemimpin . The American Psychological Association
(APA) dalam Guidelines for Psychologists Conducting Growth Group (1973)
mencadangkan Satu temu bual menapis peserta harus dijalankan oleh ketua
kelompok sebelum individu diterima menjadi ahli. Adalah menjadi tanggungjawab
ketua menapis dan menolak mereka yang memikirkan bahawa pengalaman
kelompok tidak sesuai bagi mereka. Cadangan ini dipersetujui oleh Gazda (1977)
dan menambah, proses menapis patut diolah untuk memastikan peserta faham apa
yang diharapkan daripada mereka dan menerima yang mungkin menikmati faedah
yang lebih daripada pengalaman kelompok. Yalom (1975) menyatakan, jika
penapisan pemilihan ahli kelompok tidak dijalankan dengan teliti, ahli itu boleh
meninggalkan kelompok dengan perasaan hampa dan tawar hati. Yalom
menerangkan bahawa lebih mudah mengenal pasti individu yang sesuai.

Maka jelas tanggungjawab terhadap ketua untuk memilih ahli bagi sesuatu
penubuhan sesuatu kelompok bertujuan mengelakkan berlakunya konflik sesama
ahli menyebabkan proses atau sesi tidak dapat dijalankan dan wujud gangguangangguan yang menyebabkan timbulnya isu dalam kelompok sekaligus menyekat

proses kelompok. Ahli juga perlu dinyatakan kenapa dan mengapa pemilihan ahli
perlu dilakukan sebelum kelompok ditubuhkan.

5.3- Kerahsiaan Kelompok:

Kerahsiaan merupakan faktor yang perlu dititikberatkan dan perlu diberi penjelasan
yang terperinci atau mendalam kepada ahli kelompok semasa peringkat
penstrukturan dilakukan. Ini kerana kerahsiaan dalam kaunseling kelompok sangat
sukar untuk dikawal kerana jumlah ahli yang ramai, sudah tentunya pemimpin tidak
dapat memberi jaminan terhadap kerahsiaan dalam pelaksanaan kelompok. Olsen
(1971) menyatakan Ketua kelompok boleh menjamin kerahsiaan untuk dirinya
sahaja, dia mesti memberitahu ahli tentang tanggungjawab mereka menghormati
rahsia yang telah dibincangkan. Dia juga harus menyedarkan ahli bahawa dia tidak
boleh menjamin kerahsiaan ahli lain dalam hal ini.

Isu kerahsiaan ini sangat sensitif, oleh itu pemimpin perlu membincangkan secara
khusus kepada ahli tentang kerahsiaan yang perlu dititikberatkan dan perlu jujur
untuk tidak berlakunya kebocoran hal-hal peribadi, hal-hal yang sensitif mengenai
seseorang ahli dalam kelompok. Disarankan kepada pemimpin setiap kali berakhir
pertemuan ataupun sesi, pemimpin perlu memberi penegasan atau penekanan
terhadap ahli tentang prinsip kerahsiaan dalam kelompok.

Corey, Corey dan Callanan (1984). Bagi kaunselor walaupun aspek kerahsiaan ini
telah diberitahu pada awal kelompok, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor
untuk mengingatkan ahli tentang prinsip kerahsiaan ini dari masa ke semasa.

5.4- Penilaian Kelompok

Isu yang ada dalam kaunseling kelompok ialah penilaian dan tindakan susulan
Pemimpin perlu memberi penekanan terhadap tindakan susulan selepas tamat sesi
kaunseling kelompok. Pemimpin boleh melaksanakan tindakan susulan ini selepas
sebulan atau tiga bulan selepas sesi tamat. Ini bertujuan untuk membincangkan
tentang kesan kaunseling kelompok dan hasil yang diperoleh dalam kelompok.

Melalui sesi susulan ini pemimpin dapat gambaran yang sebenar dan dapat melihat
sendiri sama ada ahli-ahli dapat menggunakan pengalaman dan pengajaran yang
dilalui dalam kelompok. Selain itu juga ahli dapat meluah serta berkongsi
pengalaman yang telah dilalui untuk sama-sama mendapat maklum balas dan
pengukuhan selepas meninggalkan sesi kelompok.

Tempoh ini ahli digalakkan membuat pendedahan kendiri yang mendalam. Namun
menjadi tanggungjawab pemimpin untuk mengajar dan menerangkan kaedah
pendedahan kendiri yang perlu dilakukan oleh ahli. Pemimpin jangan terlalu
mendesak untuk ahli mendedahkan hal-hal yang agak sulit sebelum mereka
bersedia. Jika tidak ahli akan menarik diri dengan perasaan malu kerana telah
menceritakan lebih dari yang sepatutnya.

6- CONTOH-CONTOH KES

Kes 1:

Olympia-Jabatan Kesihatan menahan seorang kaunselor Preston Carbery yang


memiliki license of Mental Health(CLH 00006880) di atas kesalahan melakukan
hubungan seksual semasa mengendalikan kaunseling. Carbery disabitkan
kesalahan pada 7 September 2005 di Steven County Supervisor Court dengan
melakukan 3 kali perkosaan ke atas kliennya. Carbery didapati tidak dapat menjadi
seorang kaunselor yang baik, dan beliau yang masih mempunyai kontrak dengan
Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan
kaunseling kesihatan kepada kliennya.

Tuduhan ini menyatakan Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua
orang klien perempuan semasa mengadakan perkihmatan kaunseling. Carbery juga

didapati bersalah kerana cuba menakutkan kliennya dengan mengugut sekiranya


kejadian tersebut dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial, Carbery akan
mengancam anak-anak kliennya. Carbery mempunyai 20 hari untuk memberikan
maklum balas di atas tuduhan tersebut.

Daripada kes tersebut, didapati kaunselor telah menyalahi etikanya sebagai seorang
kaunselor yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod Etika Kaunselor 2005,
batasan seksual , bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan.
Contohnya, kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Justeru
itu, gangguan seksual akan menyebabkan ahli-ahli kelompok tidak selamat dan
kebolehpercayaannya terhadap kaunselor tergugat.

Kes 2:

Seorang kaunselor pembimbing didapati bersalah kerana mengadakan seks dengan


kliennya yang berusia 16 tahun. Jenniffer Villacrusis disabitkan kesalahan minggu
lepas, kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai kaunselor dan secara tidak
langsung melanggar etika seorang kaunselor. Menurut laporan polis, beliau dan
pelajar melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya,Hugesville Junior High School
dan di rumah kediamannya. East Lycony School Superintendent Dave Price,
mengesahkan Villacrusis telah digantung bekerja pada hari Selasa, dan kes ini akan
didengar pada 22 Januari di bilik mesyuarat. Ahli mesyuarat akan membuat
keputusan sama ada beliau akan terus atau berhenti daripada kerjaya sebagai
seorang kaunselor. Polis turut mengesahkan satu penyiasatan terhadap remaja
tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Villacrusis tidak memberikan kerjasama.
Penyiasatan ini bermula minggu lepas selepas Villacrusis mendapatkan
perkhidmatan hospital dan memberitahu kepada seorang jururawat bahawa dia telah
dirogol dan tidak mahu membuat laporan polis.

Kes 3:

Olympia- Jabatan Kesihatan Negeri Washington telah menahan James F. Durham


seorang kaunselor yang juga mempunyai banyak kepakaran professional dalam
mengendalikan bahan kimia . Beliau ditahan diatas tuduhan penyalahgunaan kuasa

dan penyalahgunaan dadah. Tindakan disiplin dikenali sebagai pergantungan tanpa


perbincanganbermaksud Durham yang mempunyai sijil CP 828 dan berdaftar
sebagai RC11842, didapati tidak dibenarkan bekerja sebagai seorang kaunselor dan
juga pakar mengendalikan bahan kimia sehinggalah kes beliau dibicarakan semula.

Durham mempunyai 20 hari untuk memberikan respond diatas tuduhan tersebut.


Durham ditahan di atas berurusan dengan kumpulan kecil untuk tujuan yang tidak
bermoral pada 3 June 2001.Perbicaraan beliau dijadualkan pada 18 Oktober 2001.
sebelum ini Durham didapati banyak melakukan perbuatan tidak bermoral dan masih
berhubungan dengan pesalah-pesalah juvana untuk urusan peribadi. Penyiasat
yang ditugaskan daripada Jabatan Kesihatan mendapati Durham gagal
menunjukkan kesalahan jenayah di kawasan Yakima dan King. semasa
permohananya sebagai pakar penggunaan bahan kimia . Rekod jenayah Durham
sebelum ini mengandungi rompakan berbahaya pada tahun 1978 dan kejadian
jenayah kredibilitinya pada Mac 2000.

Merujuk kepada kes ini pula, kaunselor didapati melanggar etika serta
menghilangkan kepercayaan kelompok terhadap kewibawaan kaunselor. Oleh itu.
Dengan tertubuhnya, Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998, dengan ini
mengesahkan bahawa sebarang salahlaku , maka secara automatiknya, jawatan
kaunselor akan digantung sehinggalah kes tersebut dibicarakan.

Kesimpulan daripada kes-kes di atas, dapat mengukuhkan lagi bahawa wujud isuisu yang berlaku dalam kaunseling kelompok yang mengganggu proses ataupun
sesi dari berjalan dengan lancar mengikut kaedah yang sebenarnya. Namun isu-isu
ini dapat dielakkan jika pemimpin yang mengendalikan kelompok mempunyai etika
yang telus.

7- PENUTUP

Seorang kaunselor kelompok akan dihadapi dengan maklumat yang banyak, hasil
dari proses berkelompok. Ia memerlukan satu rangka untuk menyusun maklumat
tersebut supaya membawa makna yang senang difahami, untuk membantu ahli
menangani masalah yang di hadapi. Dengan itu, teori akan membantu kaunselor
menyusun, memahami, melihat perkembangan proses kaunseling supaya dapat
mencapai matlamat yang ditujui.

Selain itu, kaunseling kelompok dapat membentuk peluang-peluang keemasan yang


berlanjutan kepada klien bagi memperkembangan hubungan biasa dan positif
dengan orang lain, Secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada ahli-ahli
kelompok. Jesteru itu mematuhi etika amat penting dalam setiap kaunseling
kelompok yang dijalankan. Etika akan membantu proses kaunseling kelompok itu
sama ada berjalan lancar atau tidak. Mematuhi etika sedikit sebanyak akan
mengurangkan isu-isu yang akan timbul dalam kaunseling kelompok nanti.

Dengan tertubuhnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 dan sebuah Lembaga
Kebangsaan ia dapat mengawal dan menyelia amalan kaunseling di Malaysia. Ini
sekaligus dapat meningkatkan taraf profesional kaunseling di Malaysia.

8- BIBLIOGRAFI

Corey, G,. (1990). Theory and Practice of Group Counseling, Brooks/Cole Publishing
Company, Pacific Grove, California.

Douglas, T. (1991). A Hand Book of Common Group Work Problems,


Tavistock/Routledge, London and new York.

Gazda, M.G, (Editor). 1982. Basic Approaches to Group Psychotherapy and Group
Counseling. Chales C Thomas, USA.

Gazda, M.G, (1976). Theories and Methods of Group Counseling in The Schools.
Chales C Thomas, USA.

Ida Hartina Ahmed Tharbe. (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, (2002). Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kursus Diploma
Perguruan Semester 3&4. Subang Jaya Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Muhd. Mansur Abdullah, (2000), Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah. Petaling
Jaya. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin, (1996). Pengantar Kaunseling.
Kuala Lumpur: DBP.

Mohamad Fadzil Che Din & Rashidah Omar. (2002). Pengantar Bimbingan dan
Kaunseling. Mc Graw-Hill Education: Kuala Lumpur.

Nordin Kardi & Mohamad Fadzil Che Din. (2003). Falsafah, Prinsip & Etika
Kaunseling: UPM. Selangor.

Othman Mohamad. (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling.


UPM: Serdang. Selangor.

Ramlan Hamzah, Lily Mastura Harun, PHD (2006). Bimbingan dan Kaunseling Untuk
Pra Sarjana Muda dan KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Shaffer, John B. P, and Galinsky, M. David (1989). Models of Group Therapy,


Prentice Hall, Eagle Wood Cliffs, New Jersey.

The News Station, Guidance Counselor suspended daripada


http://www.wnep.com/Global/story.asp?S=5881320

Washington State Department of Health, Stevens County counselor charged with


sexual misconduct and suspended daripada http://www.doh.gov/publicat/2005news/05-140.htm.

Washington State Department of Health, State suspends Yakima County for


corruption and drug abuse. daripada http://www.doh.gov/publicat/2001- news/01106.htm

Zuraidah Abd. Rahman, (2004). Pengenalan Kaunseling Kelompok. Selangor. IBS


Buku Sdn. Bhd.
Posted by kaunseling at 5:46 PM 3 comments:

ISU-ISU DALAM KELOMPOK KAUNSELING

1.0 PENGENALAN

Sesi kaunseling kelompok akan lebih berkesan dan berjaya jika tujuan, matlamat
dan proses kaunseling kelompok itu jelas dan difahami oleh ahli kelompok. Peranan
Ketua Kelompok atau Pemimpin kelompok amat penting dan mampu mempengaruhi
keberkesanan sesuatu kelompok kaunseling. Keberkesanan sesuatu kelompok
kaunseling bermula di peringkat pemilihan ahli kelompok untuk mempastikan semua
ahli boleh menerima peraturan dan etika kelompok. Gandingan kedua-dua pihak
iaitu pemimpin kelompok dan ahli-ahli yang faham etika dan peraturan kelompok
akan membantu ke arah pencapaian matlamat sesi kaunseling kelompok. Kelompok
kaunseling adalah bebas untuk berkembang tetapi masih bergantung kepada jenis
masalah atau isu yang dibincangkan. Namun ia perlu mengambil kira aspek-aspek
nilai, norma serta budaya masyarakat setempat.

Di sinilah letaknya peranan pemimpin kelompok untuk mempastikan semua ahli


kelompok dapat menerima persetujuan ini dan pada masa yang sama berusaha
dengan sedaya upaya untuk mencapai matlamat sesi kaunseling kelompok yang
dijalankan. Pemimpin kelompok juga berperanan penting untuk menentukan ahli-ahli
kelompok berjaya mencapai hasrat pemulihan diri mereka. Ahli-ahli kelompok juga
berjaya melakukan perubahan tingkah laku mereka ke arah yang lebih positif setelah
selesai menjalani sesi kelompok kaunseling.
Secara semulajadinya manusia lebih bersedia bersama dalam kumpulan atau
kelompok dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi. Melalui
kelompok, seseorang individu dapat mencapai matlamat sendiri dengan berkongsi
idea yang inovatif dan produktif (McClure, 1990). Manusia mungkin tidak dapat
meneruskan kehidupan atau terus berkembang tanpa penglibatan kelompok atau
kumpulan. Dalam usaha menjadikan kelompok kaunseling lebih berkesan, pemimpin
kelompok perlu sedar tentang kekuatan dan potensi sesebuah kelompok. Pemimpin
kelompok perlu merancang lebih awal dan sentiasa peka kepada tahap-tahap
perkembangan kelompok. Pemimpin kelompok yang mempunyai pengetahuan
mampu mengesan tahap perkembangan kelompok berkenaan. Di samping itu juga,
pemimpin kelompok boleh memanafaatkan kemahiran yang ada untuk membantu
perkembangan kelompok dengan lancar dan berkesan (Gladding, 1994).
Hakikatnya, perancangan yang rapi dan intervensi yang strategik akan menjamin
kejayaan sesebuah kelompok kaunseling.

2.0 ISU-ISU BERKAITAN KEPIMPINAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK


Dalam kertas kerja ini kami membahagikan isu-isu berkaitan kepimpinan dalam
kelompok tersebut kepada 3 bahagian iaitu isu-isu sebelum permulaan kelompok
(initial stages), isu-isu semasa proses kelompok (progressing stages) dan isu-isu
selepas kelompok (closing stages).

2.1 Isu-isu sebelum permulaan kelompok (Initial Stages)


2.1.1 Persediaan Pemimpin Kelompok
Selain itu pemimpin kelompok juga perlu bersedia untuk menjadi pemimpin
kelompok lebih-lebih lagi persediaan dari segi psikologikal. Antara persediaan yang
perlu ditanya bagi seorang pemimpin kelompok ialah :
1. Adakah saya sudah bersedia untuk mengendalikan sebuah kelompok?
2. Adakah saya mahu kendalikan kelompok?
3. Apakah perasaan yang saya sedang alami dalam hidup?
4. Adakah saya seorang yang yakin dengan kemampuan profesional saya?
5. Adakah saya percaya kepada proses kelompok?
Persoalan-persoalan tersebut adalah merupakan isu yang perlu ditangani oleh
seseorang pemimpin apabila ingin memulakan sesuatu kelompok. Ia akan dapat
membantu pemimpin menilai sejauh mana persediaan mereka untuk memimpin
sesebuah kelompok. Corey (1985) menyatakan sebagai persediaan, pemimpin
harus memikirkan beberapa perkara mengenai kelompok iaitu jenis kelompok, tujuan
dan matlamat kelompok, masa dan tempat kelompok, apa yang ahli jangkakan dari
kelompok, garis panduan untuk menentukan siapakah yang sesuai untuk menyertai
kelompok dan yuran yang dikenakan. Oleh yang demikian pemimpin kelompok
memainkan peranan untuk merancang perjalanan kelompok dengan sebaik
mungkin.
Yaqub (2001) menyatakan dalam pendekatan kelompok Islam persediaan pemimpin
memainkan peranan penting dalam menggerakkan kelompok. Antara persediaan
yang perlu dilakukan oleh pemimpin yang mengendalikan kelompok Islam ialah
pemimpin harus memastikan hari-hari, masa dan tempat kelompok dijalankan,
ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada semua ahli bagi memudahkan
ahli berkumpul tepat pada waktunya. Selain itu pemimpin juga bertanggungjawab
menyediakan bahan aktiviti untuk kelompok berbentuk arahan-arahan kerja sebagai
latihan bagi memdidik dan membiasakan setiap ahli memikul tanggungjawab.
Pemimpin juga perlu menyediakan bahan-bahan rujukan yang sesuai dan fakta-fakta
yang tepat kepada ahli kelompok, ini adalah bagi memudahkan ahli kelompok
membuat rujukan yang tepat dan betul. Di samping itu pemimpin kelompok juga
perlu menyediakan isi kandungan perjalanan kelompok mengikut sukatan dan
arahan-arahan yang jelas kepada ahli-ahli kelompok.

2.1.2 Tapisan (Screening) dan hak ahli

Menurut ACA (1995), pemimpin kelompok harus menapis ahli mereka yang bakal
sertai kelompok setakat mana yang boleh. Individu yang ingin menjadi ahli kelompok
perlu ditapis bagi mengelakkan risiko sepanjang berada dalam kelompok. Dalam
proses tapisan ini pemimpin kelompok terlebih dahulu perlu tahu siapa yang patut
menjadi ahli kelompok. Ahli-ahli kelompok boleh ditapis dengan beberapa cara iaitu :
1. Kenalpasti kesesuaian ahli dengan tujuan kelompok ditubuhkan.
2. Kenalpasti dari mana ahli-ahli kelompok datang. Contohnya hospital, banduan,
ahli masyarakat, sekolah dan sebagainya.
3. Tentukan samada ahli datang secara sukarela atau dirujuk.
4. Tentukan komposisi kelompok mengikut gender, umur, tahap kelulusan akademik
dan sebagainya.
Dalam peringkat tapisan ini pemimpin kelompok harus memilih ahli yang mempunyai
keperluan dan tujuan yang sehaluan dengan tujuan kelompok. Ini bagi mengelakkan
timbul konflik dan halangan semasa proses kelompok dan juga supaya ahli yang
menyertai kelompok tidak mengalami sebarang risiko dan kebajikan mereka tidak
diabaikan.
Pemimpin kelompok juga perlu mengenalpasti kesediaan individu untuk menjadi ahli
kelompok. Ini adalah bagi mengelakkan penentangan (resistance) yang berpunca
daripada ketidakfahaman proses kelompok dan salah faham mengenai tujuan
kelompok. Seseorang pemimpin perlu jelas tentang pengharapan ahli terhadap
kelompok dan pemimpin juga perlu menjelaskan tujuan kelompok, prosedur
kelompok, kebaikan dan risiko menyertai kelompok. Antara risiko yang perlu
diketahui oleh ahli apabila menyertai kelompok ialah :
1. Ahli mungkin mengalami gangguan ke atas kehidupannya apabila menyertai
kelompok.
2. Ahli sering dikehendaki terbuka dan ini boleh merupakan perlanggaran privacy.
3. Tekanan dari kelompok contohnya dalam merubah sikap dan pemikiran.
4. Masalah scape goating iaitu mencari salah pada seseorang dalam kelompok
tersebut.
5. Perbincangan dalam kelompok tidak terjamin kerahsiaannya.
6. Kemungkinan kecederaan fizikal kerana penglibatan dalam aktiviti kelompok.
7. Risiko psikologikal contohnya jika ada ahli yang memberitahu ingin bunuh diri
kemungkinan akan memberi kesan psikologikal kepada ahli kelompok.

Pemimpin kelompok juga perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan termaklum


dengan ahli-ahli kelompok (informed consent) samada datang secara sukarela atau
dirujuk.
Selain itu hak-hak ahli kelompok yang perlu diambil kira oleh pemimpin kelompok
ialah berkaitan ahli meninggalkan kelompok. Ahli-ahli adalah bebas meninggalkan
kelompok namun perlu dimaklumkan apa prosedur yang perlu dilakukan sebelum
meninggalkan kelompok. Setiap ahli yang ingin meninggalkan kelompok perlu
mendapat persetujuan ahli-ahli kelompok yang lain. Yalom (1995) menyatakan
seseorang boleh meninggalkan kelompok atas persetujuan ahli kelompok yang lain.
Beberapa sebab ahli bertindak meninggalkan kelompok iaitu :
1. Tekanan
2. Berpindah
3. Penyakit
Ahli-ahli kelompok berhak mengeluarkan ahli dari kelompok jika ahli tersebut boleh
mengancam keselamatan dan membahayakan ahli-ahli yang lain. Dalam keadaan
ini pemimpin harus menangani situasi ini dengan sebaik mungkin bagi menjamin
keputusan yang dibuat adalah beretika dan tidak menganiayai mana-mana pihak.

2.1.3 Kelayakan dan Kemampuan Pemimpin Kelompok (Kaunselor)


Kemampuan dan kelayakan kaunselor yang memainkan peranan sebagai ketua
kelompok atau pemimpin kelompok kaunseling tidak lepas dari menjadi persoalan
kepada pengamal kaunseling di Malaysia. Perkembangan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di Malaysia menyaksikan pelbagai pihak sama ada secara individu
atau kumpulan tertentu mula mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan
menolong ini. Individu dan kumpulan yang muncul atas jenama konsultan dan pakar
motivasi bercambah dengan pesat menawarkan berbagai perkhidmatan yang
melibatkan individu dan juga kelompok orang ramai.
Iklan-iklan perkhidmatan mereka sering kelihatan saban waktu cuti persekolahan
dan telah menarik minat orang ramai terutamanya ibubapa yang inginkan anak
mereka cemerlang. Persoalan yang timbul ialah bagaimana golongan ini boleh
menjalankan aktiviti-aktiviti mereka dengan sewenang-wenangnya? Malah, ketua
kelompok yang tidak terlatih dalam bidang pengendalian kelompok kaunseling juga
menjalankan sesi terapi keluarga. Nilai-nilai yang dititikberatkan oleh golongan ini
ialah pendedahan emosi dan konfrantasi yang mendalam. Manakala aktiviti susulan
untuk mengesan tahap keberkesanan kelompok tidak dilakukan langsung. Keadaan
ini akan menyebabkan berlakunya masalah yang tidak selesai atau unfinished
bussiness di kalangan ahli kelompok. Kesan yang lebih buruk lagi akan melanda
ahli-ahli dalam kelompok kaunseling kerana bilangan mereka ramai.

Mengikut AMFT (American Mariage & Family Therapy) 1991, seorang kaunselor
yang menjadi pemimpin kelompok kaunseling tidak boleh membuat penilaian atau
diagnosis dalam kes-kes psikosis, merawat dan memberi nasihat tentang masalah
yang di luar kemampuan dan kecekapan yang diikhtiraf.
Manakala menurut ACA (American Counseling Associattion) 1995, kaunselor atau
pemimpin kelompok kaunseling hanya boleh mempraktikkan kemahiran dan latihan
yang setara dengan kelayakannya.
Menurut Zuraidah (1996), terdapat ketua kelompok atau pemimpin kelompok yang
tidak terlatih tetapi mengendalikan terapi keluarga malah menggunakan hipnosis
terhadap ahli kelompok. Kepakaran mengendalikan kelompok kaunseling tidak akan
mencapai matlamat jika pemimpin kelompok hanya bersandarkan kepada ijazah
yang di perolehi semata-mata. Pengendalian kelompok kaunseling berkesan adalah
berdasarkan kepada latihan dan sejauh mana pengalaman seseorang pemimpin
kelompok.
Jacobs, Harvill dan Masson (1994) menyenaraikan jenis-jenis kelayakan dan
pengalaman yang perlu ada pada pemimpin kelompok ialah :
1. Mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan teori-toeri kaunseling.
2. Berpengalaman dengan individu.
3. Berpengalaman menjalani dan mengendalikan kelompok.
4. Mempunyai kemahiran merancang dan mengatur.
5. Berpengetahuan berkaitan topik yang dibincangkan
6. Mampu memahami konflik dan dilema asas manusia.
Kelayakan dan pengalaman ini akan banyak membantu pemimpin untuk
menggerakkan kelompok dengan memainkan fungsinya dengan berkesan.
Begitu juga seorang pemimpin perlu tahu akan limitasi bidang kepakarannya.
Limitasi adalah merupakan batas-batas kemampuan dan keyakinan yang mampu
dilakukan berdasarkan pengalaman dan kelayakan yang ada pada seseorang
pemimpin.

2.1.4 Isu Co-leader


Seorang pemimpin kelompok juga perlu memikirkan sama ada ingin menjalankan
kelompok itu secara berseorangan atau dengan dibantu oleh seorang pembantu.
Penggunaan co-leader ini ada unsur-unsur pro dan kontranya.

Bagi pemimpin yang ingin dibantu oleh co-leader maka kelompok tersebut telah
mendapat kelebihan dari segi kepakaran dan tenaga. Contohnya jika pemimpin tidak
dapat hadir pembantu pemimpin boleh mengambil alih peranan pemimpin dan
dengan itu proses kelompok tetap akan berjalan tanpa adanya kekangan dan
sebagai. Jacobs, Mason & Harvill (2002) menyatakan memimpin kelompok dengan
lebih dari seorang pemimpin akan memberi banyak kelebihan terutamanya kepada
pemimpin yang baru. Co-leader boleh menyumbangkan idea-idea tambahan untuk
merancang dan menjadikan kelompok lebih efektif.
Namun beberapa kelemahan apabila ada co-leader ialah kemungkinan berlaku
percanggahan cara dan pendekatan dalam memimpin kelompok. Ini kerana coleader mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dengan pemimpin terhadap
kelompok.
Oleh yang demikian pemilihan co-leader perlu berhati-hati agar pemilihannya sesuai
dengan tujuan dan hala tuju kelompok.

2.2 Isu-isu Semasa Proses Kelompok Berjalan (Progressing Stages)


2.2.1 Gaya Kepimpinan Pemimpin Kelompok
Gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh seseorang pemimpin kelompok menjadi
faktor penting kepada keberkesanan kaunseling kelompok. Di antara gaya
kepimpinan umum ialah gaya autokratik, demokratik, dan laissez-faire (bebas).
Pemimpin kelompok sebagai individu yang normal telah terdidik dengan pandangan
dan gaya berfikir tersendiri. Begitu juga dengan gaya kepimpinan seorang pemimpin
kelompok.
Pemimpin yang mengamalkan gaya autokratik akan cenderung menggunakan
pertimbangan sendiri dalam menentukan proses kelompok. Biasanya mereka
bersifat mengarah, memberi nasihat, melakukan pentaksiran secara aktif,
memonopoli perbincangan dalam kelompok dari aspek komunikasi, keputusan dan
sebagainya. Pemimpin yang memiliki gaya ini mempunyai karisma dan berpengaruh
serta mereka akan menjadi ikutan kepada ahli kerana mereka mampu memberikan
arahan dengan berkesan.
Bagi pemimpin kelompok yang mengamalkan gaya demokratik pula mereka percaya
bahawa setiap ahli mampu bergerak sendiri dan dapat menyumbang secara aktif
kepada perjalanan kelompok. Pemimpin jenis ini biasanya tidak bersifat mengarah
tetapi lebih kepada bentuk kerjasama dalam apa sahaja tindakan dan keputusan
yang dibuat dalam kelompok. Pemimpin yang memiliki gaya ini akan dapat
menerapkan rasa seronok dan rasa dihargai dalam kalangan ahli kelompok.
Seterusnya gaya kepimpinan laissez faire pula lebih kepada pemimpin membiarkan
kelompok bergerak dengan sendiri. Pemimpin gaya ini memberi sepenuhnya

tanggungjawab merancang, mengendali, menjalankan aktiviti dan membuat


keputusan tanpa bantuan pemimpin. Akibatnya kelompok yang wujud tidak
mempunyai struktur yang jelas dan peranan pemimpin tiada langsung. Kemugkinan
yang berlaku, kelompok ini akan wujud ahli-ahli yang mendominasi kelompok dan
ada juga ahli yang tidak aktif langsung.
Sesungguhnya gaya kepimpinan dalam kelompok mendatangkan kesan kepada ahli
kelompok, namun jika gaya tersebut digabungkan mengikut kesesuaian masa, jenis
kelompok, teori yang digunakan dan hasil yang diingini maka ia akan dapat
menghasilkan kelompok yang dinamik dan efektif.

2.2.2 Personaliti Pemimpin Kelompok


Pemimpin kelompok yang berkesan sudah semestinya harus mempunyai personaliti
yang mampu menarik penghormatan dan kepercayaan setiap ahli kelompok.
Menurut Corey (2002), pemimpin adalah orang yang paling signifikan dalam
memastikan sama ada kelompok itu berjaya atau gagal. Dalam hal ini Corey
menyatakan personaliti seseorang pemimpin memainkan peranan penting untuk
menjayakan sesuatu kelompok. Antara ciri-ciri personaliti pemimpin yang perlu ialah
berani, bersedia sebagai model, mengambil berat, percaya dengan proses
kelompok, terbuka, kuasa peribadi, stamina, kesedaran kendiri, unsur humor,
terbuka, presence, bersedia untuk dikritik, sensitif pada kepelbagaian budaya,
berkemahuan untuk belajar pengalaman baru, dan komitmen yang tinggi.
Jacobs (2001) menyatakan personaliti yang perlu ada pada pemimpin ialah
mengambil berat, terbuka, fleksibel, bersemangat, objektif, dipercayai, jujur,
kekuatan, sabar dan sensitif, suka pada manusia, selesa untuk memimpin, yakin
untuk memimpin dan empati.
Kottler (1994) pemimpin yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri peribadi seperti
boleh dipercayai dan boleh menyimpan rahsia, memiliki keyakinan diri, menerima diri
sendiri dan bersikap terbuka, berani mengambil risiko, kreatif, memiliki disiplin diri
yang tinggi, bersemangat, bebas daripada perasaan negatif, memiliki perasaan
belas kasihan, memiliki sifat humor, berkarisma, memiliki kelenturan, sensitif pada
kepelbagaian individu dan budaya serta mesra dan terbuka.
Sementara itu dalam pendekatan Islam personaliti pemimpin kelompok adalah
begitu dititik beratkan. Personaliti seorang pemimpin Islam harus mempunyai sifatsifat dan ciri-ciri kenabian. Dengan adanya sifat kenabian itu seseorang pemimpin
boleh memainkan peranan yang berkesan. Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang
pemimpin ialah sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah
(bijaksana).
Mohamed Sharif (1998) telah membincangkan sifat-sifat utama yang perlu ada pada
seorang pemimpin Islam ialah beriman dan bertakwa kepada Allah, jujur dan ikhlas,

benar (sidiq), berani, adil, pemurah dan ramah, sabar dan tenang, beradab dan
berakhlak, percakapan yang baik, tidak munafik dan menepati janji.
1. Beriman dan bertakwa kepada Allah
Beriman dan bertakwa kepada Allah adalah merupakan asas peribadi yang mampu
membentuk personaliti mulia seseorang manusia. Dengan iman dan taqwa yang
teguh seseorang pemimpin akan mempunyai keyakinan yang teguh dalam
menjalankan proses tolong bantu.

2. Jujur dan Ikhlas


Jujur dan ikhlas bermaksud bertutur atau memberitahu atau membuat sesuatu
dengan sebenarnya. Islam begitu mengambil berat soal kejujuran dan keikhlasan
tidak kira dari segi pertuturan, pemikiran dan perlakuan. Seseorang itu perlu jujur
pada diri sendiri dan juga kepada ahli-ahli dalam kelompoknya.

3. Benar (Sidiq)
Sifat pemimpin juga harus benar dalam percakapan dan perbuatan. Benar dalam
percakapan ialah berterus terang dan tidak menokok tambah apa saja yang
didengari.

4. Berani
Berani iaitu berani kerana Allah dan berani kerana hak. Sebagai pemimpin harus
ada keberanian untuk menegakkan yang hak dan menentang yang batil. Dalam
kelompok kemungkinan akan timbul percanggahan nilai, moral dan pemikiran. Oleh
sebagai pemimpin Islam harus berani untuk menyatakan yang hak mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.

5. Adil
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pemimpin dituntut berlaku adil
dalam berbicara, mengambil tindakan dan membuat keputusan. Sikap dan
personaliti pemimpin yang adil menjadikan ahli kelompok berasa puas hati, dihargai
dan dihormati.

6. Pemurah dan ramah

Sifat pemurah dan ramah adalah intipati kepada membina perhubungan yang jelekit.
Seorang pemimpin yang pemurah dan ramah iaitu kaya dengan senyuman, air muka
yang manis, tutur kata yang lembut dan sopan akan membuatkan ahli kelompok
rasa dihargai.
7. Sabar dan tenang
Seorang pemimpin yang memiliki sifat ini akan dapat mengawal emosi dan keadaan
jika timbulnya sebarang masalah, ketegangan dan konflik. Sifat sabar dan tenang
mampu mengawal seseorang itu bertindak diluar batasan dan mampu untuk
merancang sebarang tindakan dengan penuh hikmah.

8. Adab dan akhlak


Adab dan akhlak yang baik akan dapat membina pergaulan yang yang baik. Bagi
seseorang yang beradab dan berakhlak ialah mereka tidak berdendam, boleh
memaafkan kesalahan orang lain dan menghormati orang lain. Adab dan akhlak
pemimpin dalam kelompok akan dapat menjalin ukhuwah yang mesra dengan ahliahli kelompok.

9. Percakapan yang baik


Sebagai pemimpin Islam percakapan yang baik adalah melambang keperibadian
dan personaliti seseorang inidividu. Ini kerana melalui percakapan boleh menarik
hati orang yang mendengar serta dapat menimbulkan interaksi yang mesra dan
harmoni.

10. Tidak Munafik


Munafik ialah seseorang yang suka berbohong iaitu banyak berpura-pura dan
hipokrit. Seorang pemimpin dalam Islam adalah merupakan model yang paling
berkesan dan ahli-ahli kelompok akan menilai setiap perkataan dan perbuatan
seseorang pemimpin itu lebih-lebih lagi masyarakat kita yang terkenal dengan
budaya ketimuran.

11. Menepati Janji


Islam amat menitik beratkan soal menepati janji. Janji adalah satu lafaz yang perlu
lahir dari hati suci bersih untuk melaksanakannya. Dalam pengendalian kelompok
seseorang pemimpin perlu menepati sebarang janji yang telah dilafazkan contohnya
dari segi ketepatan masa perjumpaan, tindakan dan sebagainya.

2.2.3 Isu Kerahsiaan


Menurut Gladding, (2003) kerahsiaan adalah hak ahli mendedahkan pemikiran,
perasaan dan maklumat peribadi kepada pemimpin dan ahli kelompok yang lain dan
mengharapkan supaya maklumat itu tidak didedahkan kepada individu lain di luar
kelompok. Semua ahli kelompok mengharapkan kelompok ini memberi peluang
untuk berkongsi masalah dan yakin masalah ini tidak akan dikongsi oleh orang lain,
melainkan ia menggugat keselamatan dan kesejahteraan individu ataupun orang
ramai (Gazda dan rakan-rakan 2001).
Menurut Jacobs, Masson dan Harvill, (2002) terdapat dua isu berkenaan kerahsian
iaitu pemimpin kelompok perlu bertanggungjawab untuk menyimpan kerahsiaan isu
kelompok dan pemimpin kelompok tidak mempunyai sepenuh jaminan dalam
memastikan ahli kelompok untuk merahsiakan isu yang dibincangkan. Kerahsiaan
adalah berasaskan kepercayaan ahli kepada pemimpin dan ahli kelompok yang lain.
Adalah penting bagi menekankan etika kerahsiaan kepada semua ahli kelompok
yang berpotensi (Corey dan Callanan, 1998). Mereka diharapkan menjaga
kerahsiaan sebagai cara bagi mewujudkan kepercayaan, kejelekitan dan
perkembangan dalam kelompok. Dari segi kerahsiaan ini terdapat tiga isu utama
yang sering ditekankan :
Pemimpin mempunyai tanggugjawab etika bagi memastikan etika dan kerahsiaan
bahan dan maklumat kelompok.
Pemimpin kekurangan kawalan atas kerahsiaan bahan dan maklumat yang
dibincang dalam kelompok.
Ahli perlu diberi kesedaran berkaitan kepentingan menjaga kerahsiaan sesi
walaupun mereka tidak tertakluk sepenuhnya kepada etika kerahsiaan.
Pemimpin kelompok perlu menjamin kerahsiaan daripada semua pihak luaran
kecuali apabila pendedahan diperlukan daripada segi undang-undang iaitu
melibatkan bahaya yang jelas dan nyata kepada keselamatan ahli ataupun orang
lain. Pemimpin kelompok tidak dapat menjamin kerahsiaan penuh kerana ahli
kelompok bebas berbincang dengan sesiapa saja di luar sesi walaupun telah dibuat
penstrukturan.
Corey (1990) mencadangkan cara yang terbaik bagi menggelakkan pembocoran
rahsia adalah dengan membincangkan isu yang timbul di dalam kelompok sekiranya
perlu. Pemimpin kelompok perlu peka dalam isu kerahsiaan ini dan jika mengesyaki
ahli melanggar etika kerahsiaan maka tugas pemimpin kelompok adalah membawa
isu ini ke dalam kelompok.

Walaupun pemimpin kelompok dapat menjanjikan dan menjamin kerahsiaan antara


ahli, ini belum tentu dapat memastikan ahli kelompok berkongsi isu kelompok
dengan orang lain (Gazda dan rakan-rakan, 2001).
Dalam konteks ini pemimpin kelompok perlu peka dan melaksanakan perstrukturan
yang jelas untuk memastikan kerahsiaan ini dapat dilaksanakan dengan sebaikbaiknya oleh ahli. Tugas pemimpin kelompok bukan sahaja untuk memastikan
tanggungjawab kerahsiaan ini dilaksanakan, malah perlu peka untuk membawa isu
kerahsiaan ini ke dalam kelompok jikalau dirasakan ahli kelompok melanggar etika
kerahsiaan. Pemimipin kelompok perlu mewujudkan suasana kerahsiaan ini sentiasa
dititikberatkan untuk menjamin kepercayaan bagi setiap ahli.
Di dalam Islam telah menekan bahawa setiap individu perlu menjaga rahsia ataupun
keaiban saudara-mara dan sahabatnya. Ini secara tidak langsung dapat memberi
satu panduan dan ikutan kepada pemimpin mahupun ahli kelompok untuk sentiasa
menjaga etika kerahsiaan kelompok.

2.2.4 Isu Malpractice atau Salah Amalan


Isu malpractice ataupun salah amalan ini perlu diambil perhatian oleh semua
pemimpin kelompok. Menurut Corey (2004) pemimpin kelompok perlu mengamalkan
kod dan etika yang telah ditetapkan dan perlu mematuhi piawai yang sah. Tindakan
undang-undang dapat dikenakan ke atas pemimpin kelompok sekiranya ahli
melaporkan mereka mengalami kecederaan fizikal, trauma emosi, kemudaratan
psikologi ataupun kewangan akibat daripada penyertaan dalam pengalaman
kelompok ( Shaffer dan Galinsky, 1989; Swenson, 1977). Saman salah amalan boleh
dikenakan ke atas pemimpin kelompok sekiranya mereka melanggar peruntukan
etika kolompok.
Cara terbaik untuk menjaga pemimpin kelompok daripada salah amalan ialah
dengan mengambil tindakan pencegahan iaitu tidak melaksanakan sesuatu tindakan
yang melampaui kecekapan (Corey, 2004). Gladding (2003) telah menyenaraikan
beberapa garis panduan untuk memastikan pemimpin kelompok tidak melakukan
malpractice iaitu :
Mematuhi setiap kod etika yang ditetapkan oleh badan profesional
Melakukan tapisan supaya dapat menggelakan ahli yang berpotensi
mendatangkan masalah
Hanya mengamalkan teori dan teknik yang berdasarkan kemampuan, latihan dan
teknik yang dimiliki sahaja.
Meluangkan masa pada permulaan sesi pertama bagi membincangkan peraturan
kelompok dan tanggungjawab ahli kelompok.

Mendapatkan inform consent daripada klien ataupun ibu bapa klien sekiranya
klien masih minor.
Menjalani penyeliaan secara berterusan semasa menjalankan kelompok.
Mematuhi syarat bayaran perkhidmatan dan amalan penyimpanan rekod yang
ditetapkan undang-undang.
Memperkasakan ahli bagi memantau, menilai dan bertanggung- jawab atas
perkembangan diri sendiri.
Menyedarkan ahli berkaitan kepentingan menjaga kerahsiaan dan situasi hak
kerahsiaan boleh dimansuhkan.
Sentiasa mengikuti perkembangan kajian, teori dan teknik amalan dalam bidang
kepakaran masing-masing.

Untuk menggelakkan pemimpin kelompok melakukan salah amalan ialah dengan


mengekalkan kemunasabahan, kelaziman dan latihan yang berhemat (Corey, 2004).
Menurut Swenson (1997) terdapat 3 jenis salah amal yang sering berlaku iaitu :
Memberi perkhidmatan yang tidak cekap dan berkesan sedangkan bayaran yang
dikenakan mahal.
Gagal melindungi orang lain daripada klien.
Pencabulan hak peribadi klien seperti berkait dengan seks ataupun mengganggu
hak privasy klien.

Isu salah amalan ini perlu dielakkan oleh pemimpin kelompok kerana ianya bukan
sahaja memudaratkan pemimpin kelompok tetapi ahli kelompok juga akan menerima
musibahnya. Pemimpin kelompok perlu mematuhi setiap peraturan dan kod etika
yang telah ditetapkan oleh piawaian yang disahkan untuk menjamin proses
kelompok ini berjalan dengan lancar. Penguasaan kecekapan juga memainkan
peranan penting untuk menggelakkan salah amalan ini berlaku.

2.2.5 Isu Dwi Hubungan antara pemimpin kelompok dengan ahli


Gazda dan rakan-rakan, (2001) menyatakan terdapat beberapa yang akan
menyebabkan delima etika :
1. Pemimpin kelompok berkemungkinan akan membangunkan kelompok baru dan
ada diantara ahli mempunyai kaitan ataupun hubungan dengan pemimpin kelompok.

Seperti contohnya pemimpin kelompok pernah bekerja bersama-sama ahli sperti


guru dan pelajar ataupun teman sekerja dan sebagainya. Ini berkemungkinan akan
menyebabkan konflik.
2. Selepas kaunseling kelompok bermula, konflik akan berlaku apabila ahli dan
pemimpin kelompok saling mengenali antara satu sama lain. Dalam sesetengah
situasi contohnya ketua kelompok telah menyedari bahawa di dalam kumpulannya
terdapat bekas pasangan kliennya yang telah mengikuti kaunseling individu. Ini akan
menyebabkan isu dwi hubungan berlaku antara pemimpin dengan ahli kelompoknya.
3. Tarikan fizikal juga berkemungkinan akan berlaku antara pemimpin dan ahli
kelompoknya. Ini akan mewujudkan masalah kesaksamaan dan keadilan antara ahli
dan pemimpin kelompok.
4. Isu dwi hubungan juga berlaku apabila pemimpin mempunyai 2 fungsi kepada
kliennya iaitu sebagai pemimpin kelompok di dalam kelompok dan sebagai
kaunselor di dalam kaunseling individu.
Menurut Neukrug, Miliken dan Walden (2001), walaupun sesetengahdwi hubungan
tidak dapt dielakkan dan nampak seolah-olah tidak membahayakan, semua jenis dwi
hubungan ini mempunyai risiko dan potensi bagi membahayakan kerana kelemahan
dan ketidakseimbangan kuasa antara kaunselor dan kliennya.
Pemimpin kelompok mempunyai tugas dan tanggungjawab memastikan hubungan
yang terapeutik tidak terjejas sekiranya wujud sebarang dwi hubungan yang tidak
dapat dielakkan. Pemimpin perlu dapat mengawal situasi dan keadaan untuk
mewujudkan satu kelompok yang betul-betul bebas daripada konflik yang bakal
timbul apabila terdapat isu dwi hubungan ini.

2.2.6 Membuat keputusan yang beretika


Dalam isu pemimpin membuat keputusan yang beretika ini ada 6 prinsip yang
berkaitan iaitu :
1. Non-malifecence iaitu apabila ahli meninggalkan kelompok ianya tidak
menganiaya ahli kelompok yang lain.
2. Benificence iaitu jika seseorang ahli dikeluarkan sejauh mana ia mendatangkan
kebaikan kepada ahli kelompok yang lain.
3. Fidelity yang merujuk kepada kesetiaan dan tanggungjawab samaada pemimpin
mahupun ahli terhadap kelompok.
4. Autonomi iaitu kebebasan ahli membuat keputusan.
5. Keadilan iaitu layanan sama rata untuk semua ahli.

6. Veracity iaitu kejujuran terhadap ahli kelompok. Ini penting bagi mengekalkan
hubungan baik dan keterbukaan ahli pada pengalaman kelompok.
Pemimpin harus mendapatkan kerjasama dari semua ahli kelompok bagi
memastikan tiada perlanggaran undang-undang berlaku sepanjang sesi kelompok.
Swenson (1997) memberi empat garis panduan bagi memastikan pemimpin itu
bertindak secara etika iaitu :
1. Kejujuran peribadi dan profesional ahli
2. Bertindak bagi kepentingan ahli
3. Bertindak tanpa niat jahat atau kepentingan peribadi
4. Sama ada pemimpin dapat membuktikan tindakan adalah penilaian terbaik
berkaitan apa yang sepatutnya dilakukan berdasarkan panduan terkini profesion.

2.2.7 Isu nilai dan silang budaya


Setiap individu mempunyai nilai dan budaya yang berbeza. Dalam kaunseling
memang tidak dapat dielak bahawa sistem nilai pemimpin akan sedikit sebanyak
mempengaruhi pandangan pemimpin mengenai matlamat kelompok dan jenis
pendekatan yang digunakan. Konflik nilai akan timbul apabila ahli kelompok datang
dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza dari segi budaya tahap
sosioekonomi, perbezaan umur dan gender, sistem kepercayaan, etnik dan agama
yang berbeza.
Nilai agama adalah merupakan salah satu punca berlakunya konflik nilai dalam
kelompok. Konflik timbul apabila ada ahli yang membicarakan soal gay, lesbian,
persetubuhan haram, penagihan alkohol, pengguguran dan sebagainya. Dalam
keadaan ini pemimpin kelompok harus bijak menangani konflik nilai dalam
kaunseling (Strupp, 1980 & Simon, 1978).
Kebanyakan kelompok yang dibentuk adalah dari populasi yang pelbagai. Oleh yang
demikian apabila seseorang pemimpin berada dalam kelompok dari populasi yang
pelbagai, maka mereka perlu sensitif untuk melakukan pengubahsuaian dari segi
konsep dan teknik intervensi bagi menyesuaikannya dengan kepelbagaian
kelompok. Apa yang penting ialah pemimpin perlu bersedia untuk bekerja dalam
kerangka kelompok pelbagai budaya (Han & Vasquez, 2000).
Dalam masyarakat Malaysia pendekatan kaunseling pelbagai budaya khususnya
dalam perjalanan sesebuah kelompok adalah penting memandangkan negara ini
terdiri dari pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya.
Oleh yang demikian seorang pemimpin kelompok harus tahu tentang kepercayaan
dan sikap sesuatu etnik supaya mereka tiada bias dan sedar tentang kepelbagaian
ahli kelompok. Di samping itu pemimpin kelompok perlu ada pengetahuan

bagaimana asumsi nilai beberapa teori dan pendekatan mungkin akan bertindak
dengan nilai-nilai kelompok etnik yang berlainan budaya. Pemimpin kelompok juga
perlu sedar akan metod yang membantu culture-specific. Oleh itu pemimpin
kelompok harus berupaya menggunakan kepelbagaian gaya kepimpinan yang
kongruen dengan sistem nilai kelompok-kelompok etnik yang berbeza.

2.2.8 Pendedahan Kendiri


Seseorang pemimpin akan mengalami konflik sama ada perlu atau tidak untuk
membuat pendedahan kendiri. Pemimpin menghadapi dilema sejauhmanakah
pendedahan kendiri yang perlu mereka lakukan. Ada sesetengah pemimpin hanya
membuat pendedahan kendiri seminima yang mungkin bagi mengekalkan jarak
diantara dirinya dengan ahli. Keadaan ini akan menyebabkan pemimpin sukar untuk
melahirkan perasaan mereka kepada ahli dan kelompok dan ini akan menghadkan
intervensi mereka dalam kelompok.
Menurut Corey (1985), adakalanya pemimpin mengambil sikap hanya melakukan
sedikit pendedahan kendiri. Mereka berlindung disebalik keprofesionalan mereka
dan takut jika dilihat tidak profesional atau hilang hormat dari ahli kelompok.
Menurutnya lagi jika pemimpin berhasrat untuk berkongsi sesuatu yang peribadi ia
seharusnya dilakukan setelah memikirkan kebaikan dan keburukan kepada ahli atau
untuk menggalakkan ahli supaya membuat pendedahan kendiri yang sama.

2.2.9 Kesan Nilai Pemimpin Kepada Kelompok


Kebiasaannya nilai yang dipegang oleh seseorang pemimpin akan banyak
mempengaruhi kelompok. Dalam kes ini menurut Corey (1985) dua isu penting iaitu
imposing value dan exposing value. Imposing value ialah pemimpin dilihat tidak
menghormati integriti ahli seolah-olah ahli-ahli tidak ada nilai sendiri untuk bertindak,
manakala exposing value pula ialah pemimpin membenarkan ahli mencabar dirinya
tanpa rasa bersalah jika ahli-ahli tidak menerima nilai pemimpin.
Oleh itu pemimpin perlu menggunakan kemahirannya untuk menggerakkan ahliahlinya mencari nilai sendiri dan tidak mengharapkan orang lain menentukan untuk
mereka.

2.2.9 Membuat Rujukan


Apabila seseorang pemimpin merasakan tidak mampu untuk membantu mana-mana
ahli maka mereka perlu merujukkan ahli tersebut kepada orang yang lebih pakar.
Contohnya pemimpin tiada kemahiran berkaitan lesbian maka kes tersebut perlu
dirujuk kepada orang yang ada kemahiran dalam mengendalikan kes tersebut.

Dalam hal ini seseorang pemimpin itu perlu merujuk ahlinya jika ada sebab-sebab
berikut iaitu :
i) Timbul konflik antara pemimpin dan ahli dan ia tidak dapat diselesaikan.
Contohnya pemimpin telah jatuh hati pada ahlinya.
ii) Ahli didapati tidak sesuai menjalani sesi kelompok tetapi lebih sesuai menjalani
kaunseling individu dan pemimpin tidak menjalankan sesi individu maka pemimpin
perlu merujuk ahli tersebut kepada orang yang menjalankan sesi individu.
iii) Ahli tidak memerlukan sesi kelompok tetapi perlu kepada bantuan pihak berkuasa
dan badan sokongan lain seperti kes jenayah dan sebagainya.
iv) Pemimpin berasa dirinya tidak mampu menolong atau membantu ahlinya.
Oleh itu dalam membuat rujukan itu pemimpin perlu mendapatkan persetujuan ahli
tersebut terlebih dahulu dan sebarang keputusan adalah terletak di tangan ahli.
Pemimpin kelompok juga perlu menilai sumber rujukan yang berpotensi dan
sebaiknya menghubungi sumber tersebut bagi menentukan kesediaan dan
kesesuaian memberi khidmat kepada ahli.

2.3 Isu-isu Selepas Kelompok (Closing Stages)


2.3.1 Penamatan Sesi kelompok
Kelompok adalah koleksi inidividu. Apabila kelompok berakhir ahli-ahli akan pergi
dengan maklumat baru, kepercayaan baru, pandangan hidup (world view) yang
baru, tingkahlaku baru dan sudah ada keputusan yang ingin diambil tentang sesuatu
perkara. Tahap penamatan adalah tahap penting dalam sesuatu sesi kelompok.
Pada tahap ini pemimpin kelompok harus bijak untuk menamatkan kelompok supaya
tidak timbul isu-isu berbangkit dalam kalangan ahli kelompok. Penamatan sesuatu
kelompok juga akan meninggalkan kesan kehilangan kepada ahli. Jika isu rasa
kehilangan ini tidak diatasi maka ia akan memberi kesan kepada proses teraputik
yang telah berlaku sepanjang proses kelompok.
Bagi menamatkan sesuatu sesi kelompok dengan jayanya pemimpin harus galakkan
ahli kelompok untuk berkongsi perasaan sepanjang sesi berlangsung, ini boleh
meningkatkan kejelekitan (cohesiveness) sesama ahli kelompok. Perkongsian
perasaan ini adalah untuk mendengar perasaan ahli jika ada ahli yang tidak berpuas
hati dengan kelompok.
Isu yang penting pada tahap penamatan ini juga ialah tentang pembiaran
(abandonment) iaitu selepas kelompok tamat ahli-ahli dibiarkan tanpa ada susulan.
Pemimpin kelompok harus membuat tindakan susulan kepada semua ahli kelompok.
Ini bagi menjaga kebajikan ahli-ahli klien dan terus memberikan bantuan dan
sokongan kepada ahli-ahli kelompok. Ia juga dapat memberikan pemimpin maklum

balas berkaitan keberkesanan kelompok daripada ahli selepas ahli keluar dan
menjalani kehidupan biasa. Oleh itu pemimpin dapat menilai keberkesanan
kepimpinannya dan dapat membuat penambahbaikan sekiranya perlu.

3.0 Kesimpulan
Kepimpinan dalam kelompok memainkan peranan yang besar untuk menjayakan
sesebuah kelompok. Pelbagai cara,gaya dan pendekatan yang digunakan oleh
pemimpin kelompok untuk menjayakan kelompok yang dipimpinnya. Isu-isu yang
dibincangkan dan diketengahkan dalam kertas kerja ini boleh memberikan kesan ke
atas sama ada berjaya atau gagal. Oleh itu seorang pemimpin perlu bertindak
dengan sebaik mungkin supaya mereka mampu mengendalikan kelompok dengan
berkesan dan mencapai matlamatnya.
Rujukan
Gazda G. M., Ginter E. J., & Horne A. M. (2001). Group Counseling and Group
Therapy: Theory and Application. Needham Heights, MA: A Pearson Education
Company.

Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mohamed Sharif b Mustafa (1998). Jurnal Pendidikan UTM. JLd 4 bil 1 hal 19-30.
Skudai: Penerbit UTM.

Zuraidah A.R.(1996). Pengenalan Kaunseling Kelompok. Petaling Jaya: IBS Buku


Sdn. Bhd.
Posted by kaunseling at 5:41 PM No comments:

JENIS-JENIS KELOMPOK KAUNSELING

1.0 Pengenalan

Kaunseling kelompok boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Jenis kaunseling


kelompok ini dibahagikan bergantung kepada tujuan kelompok itu dibentuk, saiz
kelompok, jangka masa kelompok itu berjalan, tanggungjawab pemimpin, tahap
keseriusan masalah, kecekapan dan ketrampilan pemimpin dan kandungan
perbincangan kelompok (Mahler, 1971). Corey (2000) mengklasifikasikan kelompok
kepada kelompok psikoterapi, psikopembelajaran, kelompok bantu diri, kelompok
brief dan kelompok orientasi tugas.
Keseluruhannya kelompok kaunseling boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama
iaitu:
1. Kelompok berdasarkan perawatan
2. Kelompok berdasarkan populasi tertentu

2.0 Jenis-jenis Kelompok

2.1. Kelompok berdasarkan perawatan


Kelompok yang dibentuk berdasarkan perawatan atau dipanggil juga kelompok
pemulihan atau pendidikan dibahagikan kepada beberapa jenis yang utama iaitu :
1. Kelompok tugasan
2. Kelompok Psikoterapi
3. Kelompok Perkembangan ataupun pengalaman
4. Kelompok kaunseling ataupun teraputik
5. Kelompok Bantu diri
6. Kelompok Bimbingan

Kelompok Tugasan
Kelompok tugasan adalah merupakan kelompok yang dibentuk dengan tujuan untuk
mencapai sesuatu matlamat yang telah disasarkan. Kelompok jenis ini adalah
memfokuskan pencapaian tugasan bagi kumpulan dan tidak menfokus kepada
pencapaian individu. Menurut Association for Specialist in Group Work (ASGW,
2000) kelompok tugasan mempromosi pencapaian tugasan kumpulan yang cekap
dan berkesan di kalangan individu yang dikumpul bagi melaksanakan tugas itu.

Kelompok ini tidak berfokus untuk mengubah individu sebaliknya penekanan adalah
kepada pencapaian dalam melaksanakan sesuatu tugas yang telah diberikan.
Proses dalam kelompok berlaku dengan penumpuan diberikan untuk menyelesaikan
masalah mengikut tugasan kelompok. Ahli kelompok memberikan sepenuh perhatian
kepada tugasan yang ditetapkan, brainstorming dilakukan bagi memikirkan pelan
tindakan dan kata sepakat harus dicapai bagi melaksanakan pelan tindakan yang
telah dibincangkan. Kejayaan kelompok tugasan ini banyak bergantung kepada
sejauh mana dinamiknya kelompok itu. Pemimpin kelompok memainkan peranan
penting untuk membina kelompok yang dinamik tersebut. Oleh itu pemimpin
kelompok harus menggunakan kemahiran teraputiknya untuk membina
kepercayaan, kerjasama dan kejelekitan dalam kalangan ahli kelompok bagi
menggerakkan kelompok menjadi kelompok yang proaktif dan produktif. Setelah
tahap kejelekitan telah wujud maka ia akan menarik komitmen, penglibatan dan
sokongan setiap ahli kelompok.
Namun demikian terdapat beberapa kelemahan dalam pengendalian kelompok jenis
ini iaitu:
1. Ahli tidak jelas dengan peranan dan tujuan kelompok.
Ahli-ahli kelompok mungkin ada yang tidak jelas peranan mereka dan tujuan berada
dalam kelompok. Oleh itu mereka tidak dapat memberikan komitmen yang
sepenuhnya semasa berada dalam kelompok.
2. Ahli yang pasif
Oleh kerana ada ahli tidak jelas maka mereka akan lebih banyak berdiam diri dalam
kelompok. Ahli yang pasif juga disebabkan mungkin adal dalam kalangan mereka
yang tidak pernah mengikuti sesi kelompok dan apabila berada dalam kelompok
mereka merasa tidak selesa dan sukar untuk memberikan kerjasama kepada ahliahli lain dalam kelompok.
Oleh yang demikian Hulse-Killacky, Killacky & Donigian (2000) dalam Ida (2006),
telah menggariskan beberapa andaian untuk memastikan kelompok tugasan
berfungsi dengan lebih baik iaitu :
1. Tujuan kelompok jelas kepada semua ahli.
2. Proses dan kandungan kelompok adalah seimbang.
3. Sistem kelompok yang mengandungi pemimpin ahli dikenal pasti serta diperakui.
4. Masa yang mencukupi diambil bagi membina budaya dan pembelajaran berkaitan
satu sama lain.
5. Etika kerjasama dan rasa hormat diperkembangkan dan disemai.
6. Konflik dikenal pasti.

7. Maklum balas diberikan.


8. Pemimpin memberi tumpuan kepada isu di sini dan kini
9. Ahli adalah merupakan sumber yang aktif.
10. Ahli mempelajari cara bagi ahli yang berkesan dan berpengaruh.
11. Pemimpin mempamerkan set kemahiran yang ditetapkan bagi membantu ahli
menangani isu tugas dan hubungan kemanusiaan.
12. Ahli dan pemimpin mengambil masa bagi mengimbas apa yang berlaku
sepanjang sesi.
Andaian-andaian di atas jika dapat dipenuhi akan dapat memastikan kelompok
berfungsi dengan baik.

Kelompok Psikoterapi
Kelompok Psikoterapi adalah merupakan satu pendekatan kaunseling yang bersifat
merawat dan memulihkan. Ia memberi tumpuan kepada ahli yang mengalami
gangguan psikologi yang kronik bagi memperbetulkan emosi dan tingkah laku
binormal sehingga menyebabkan disfungsi diri. Matlamat utama kelompok ini adalah
perubahan personaliti individu sama ada kecil atau besar. Oleh kerana ia melibatkan
perubahan personality maka proses kelompok psikoterapi ini mengambil masa yang
agak panjang. Kelompok jenis ini berbeza dengan kelompok jenis lain kerana klien
atau ahli kelompok terdiri daripada mereka yang mengalami gangguan mental,
kecelaruan serius, kebimbangan kronik, depresi, kecelaruan identity, anxiety dan
sebagainya. Klien dalam kelompok ini harus menepati diagnosis dalam Diagnostic
Statistical Manual of Mental Disorder (DSMIV).
Pemimpin kelompok ini juga berbeza dengan kelompok yang lain kerana ia
melibatkan professional terlatih dalam pelbagai bidang perubatan dan kesihatan
mental. Biasanya pemimpin kelompok jenis ini terdiri daripada ahli psikiatri ataupun
ahli psikologi yang terlatih dan berlesen. Kelompok ini biasa dijalankan di hospital,
pusat kesihatan mental dan melalui program pesakit luar. Dalam suasana seperti
hospital pemimpin kelompok dapat memantau perkembangan pesakit setiap hari.
Apabila pesakit beransur pulih mereka dikehendaki menjalani sesi kelompok
seminggu sekali melalui program rawatan pesakit luar.
Dalam kelompok ini biasanya kes-kes adalah berisiko tinggi. Oleh yang demikian
menjalankan sesi dalam kelompok ini begitu mencabar, ini kerana pemimpin
kelompok tidak dapat menjangka dengan tepat apa yang akan berlaku. Di samping
itu juga ahli-ahli kemungkinan tidak mempunyai masalah yang sama, dan ini
menyukarkan pemimpin kelompok untuk menggunakan pendekatan rawatan yang

sesuai untuk semua ahli kelompok. Oleh yang demikian pemimpin yang memimpin
kelompok jenis ini memerlukan kemahiran yang tinggi dan struktur yang jelas.

Kelompok Perkembangan dan pengalaman


Kelompok jenis ini adalah bertujuan membantu individu-individu yang sihat dari segi
psikologinya. Kelompok jenis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kelompok
latihan atau T-Group, kelompok pertembungan dan kelompok marathon.

1. Kelompok Latihan atau T-Group


Kelompok latihan atau T-Group adalah berorientasikan latihan bagi
memperkembangkan sensitivity dan kemahiran interpersonal klien. Ahli belajar
berkaitan diri sendiri dan orang lain. Ahli-ahli bebas menentukan apa yang mereka
mahu pelajari dan mereka boleh menguji perlakuan mereka, menganalisa maklumat
dan membuat keputusan.

2. Kelompok Pertembungan
Kelompok pertembungan pula adalah bermula dari kelompok latihan dan ia
berasaskan penyelesaian masalah. Namun ianya menggabungkan peluang supaya
dapat berkembang dalam setting yang berbeza. Dalam kelompok ini ahli akan
diproses untuk menjadi setulen yang mungkin melalui kaedah konfrantasi dan ini
akan menjadikan keadaan kelompok lebih intensif dan emosional. Keadaan ini akan
mewujudkan kurang selesa kepada ahli dalam kelompok dan ini memerlukan
pemimpin kelompok bijak untuk menggunakan kemahiran-kemahiran mereka.

3. Kelompok Maraton
Kelompok ini adalah merupakan jenis kelompok yang bercirikan perjalanan sesi
yang agak panjang sehingga berminggu-minggu. Perjalanan sesi yang panjang ini
adalah bagi membina hubungan yang efektif melalui interaksi yang mendalam. Ahli
kelompok akan menjalankan aktiviti bersama sepanjang hari sehingga tempoh
kelompok tamat.
Antara ciri-ciri kelompok perkembangan adalah menekankan kepada:
1. Pembelajaran secara tindakan berbanding hanya berbincang berkaitan sesuatu
isu.

2. Keutamaan diberi kepada pengalaman secara langsung hasil daripada


peningkatan kesedaran dan tindakan.
3. Interaksi antara ahli amat digalakkan bagi memberi ahli peluang dan berani
mengambil risiko serta mampu menjadi setulen yang mungkin.
4. Menurut Johnson & Johnson, 2000 ahli diberi latihan berstruktur sehingga
kemahiran baru itu menjadi sebahagian dari fungsi formal seseorang individu.

Kelompok Kaunseling atau Teraputik


Kelompok kaunseling adalah merupakan kelompok yang dibentuk bagi mewakili
keadaan sebenar sebaik mungkin. Dalam kelompok ini, ahli-ahli akan memainkan
peranan untuk membantu ahli yang mengalami masalah. Kelompok ini lebih
berorientasikan masalah ataupun penyelesaian masalah, bersifat memulihkan dan
mampu menghalang masalah yang bakal berlaku.
Menurut Zuraidah, 1989 kaunseling kelompok ialah satu pendekatan yang boleh
digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan yang berkesan kepada
individu yang normal yang menghadapi masalah-masalah seharian yang biasa
dalam satu jangka waktu yang sama.
Fokus utama kaunseling kelompok adalah membantu individu menerokai dan
mengkonfrantasi ketidakpuasan yang dilalui oleh mereka. Ahli-ahli yang mengalami
masalah akan dibantu mencari jalan dan melaksanakan strategi bagi menyelesaikan
masalah tersebut. Pemimpin kelompok harus cuba menyediakan suasana yang
teraputik bagi memberi keselesaan, rasa selamat dan penuh kepercayaan bagi
membolehkan setiap individu menilai diri-sendiri, meningkatkan perkembangan diri
dan dapat berhubung dengan orang lain dengan lebih berkesan.
Jumlah ahli kelompok adalah sekitar 6 hingga 12 orang dan keahlian adalah
heterogeneous atau pelbagai. Ini adalah bagi mempertingkatkan sumber dalam
kelompok. Dengan sumber yang pelbagai ini akan meningkatkan motivasi dan minat
kelompok untuk kekal. Ahli-ahli dalam kelompok ini perlu bersikap terbuka dan
fleksibel. Kelompok kaunseling menggunakan potensi ahli bagi memahami diri
sendiri, merancang, mengubah dan melaksanakan pelan tindakan yang dirancang
dalam kelompok.

Kelompok Bantu Diri


Kelompok ini berbeza dengan kelompok kaunseling. Ianya tidak memerlukan
pemimpin yang pakar kerana setiap ahli memainkan peranan untuk berkongsi
pengalaman-pengalaman mereka, memberikan sokongan emosi dan social antara
satu sama lain. Fungsi utama kelompok ini adalah sebagai system sokongan kepada

setiap ahli dan ahli dengan bantuan kumpulan bertanggungjawab kepada dirinya
dan juga sebarang keputusan yang dibuat. Ciri-ciri kelompok ini juga ialah ahli
adalah homogeneous, ahli bertindak sebagai agen sokongan dan bantuan dan
sekiranya ada pemimpin dalam kelompok itu ia lebih bertindak sebagai fisilitator dan
kebiasaannya pemimpin dilantik dalam kalangan ahli kelompok itu sendiri (Ida,
2006).Contoh kelompok bantu diri adalah kelompok untuk penagihan dadah,
ketagihan alcohol, pesakit kanser, kurang upaya dan lain-lain.
Terdapat beberapa kelemahan dalam kelompok ini iaitu dari segi peranan pemimpin
yang kurang jelas, ini kerana pemimpin dilantik dalam kalangan ahli kelompok dan
bertindak hanya sebagai fasilitator sahaja. Selain itu timbul persoalan sejauhmana
keberkesanan kelompok kerana ahli hanya berkongsi pengalaman bukannya
kepakaran dan pengalaman itu mungkin tidak sesuai bagi ahli yang lain kerana
setiap individu berbeza latar belakang, pendidikan dan sebagainya. Ahli juga
mungkin hanya meluahkan emosi dan tekanan yang dihadapi tanpa membantu ahli
lain dan ini akan mewujudkan kebergantungan kepada kelompok.

Kelompok Bimbingan
Kelompok bimbingan kebiasaannya banyak dijalankan di sekolah-sekolah dalam
proses membimbing para pelajar. Ianya lebih berkisar kepada menyampaikan
maklumat dan tidak melibatkan penerokaan yang mendalam. Dalam kelompok ini
Thompson & Poppen (1979) menyatakan focus dan kandungan kelompok bimbingan
di sekolah adalah perkembangan konsep kendiri, disiplin kendiri pelajar, hubungan
rakan sebaya, hubungan interpersonal dengan individu lain, kemahiran belajar,
perkembangan kerjaya dan mengembangkan suasana perkembangan yang efektif.
Trotzer (1980) dalam Ida (2006) menyatakan bahawa kelompok bimbingan
membekalkan maklumat dan kemahiran yang berguna secara peribadi dan
menggalakkan hubungan interpersonal, perbincangan dan perkongsian demi
membantu ahli kelompok memahami diri, perkembangan dan dunia mereka.
Ida (2006) membahagikan kelompok bimbingan kepada 2 jenis iaitu:
1. Kelompok Bimbingan besar
2. Kelompok bimbingan kecil
Kelompok bimbingan besar mampu menjangkau berpuluh-puluh peserta bergantung
kepada keupayaan fasilitator yang menguruskan kelompok tersebut. Biasanya cara
yang digunakan adalah seperti ceramah, tayangan video, forum dan lain-lain.
Kelompok ini sangat menjimatkan masa kerana pemimpin kelompok dapat
menyampaikan maklumat kepada khalayak yang besar dalam jangkamasa yang
singkat. Namun terdapat kelemahan iaitu pemimpin atau fasilitator sukar untuk
mengesan keberkesanan penyampaian maklumat tersebut.

Manakala kelompok bimbingan kecil pula hanya melibatkan 8 hingga 12 orang ahli
pada setiap masa. Oleh yang demikian sesuatu isu dapat dibincangkan dengan lebih
mendalam dan kebiasaannya tumpuan dalam kelompok ini lebih kepada
perbincangan berbanding pembentangan oleh fasilitator atau pemimpin.

2. Kelompok Berdasarkan Populasi Tertentu


Kaunseling kelompok berdasarkan populasi tertentu boleh dibahagikan kepada :
1. Kelompok kaunseling untuk kanak-kanak
2. Kelompok kaunseling untuk remaja
3. Kelompok kaunseling untuk pelajar
4. Kelompok kaunseling untuk orang tua

1. Kaunseling kelompok untuk kanak-kanak


Kelompok ini tertumpu kepada pencegahan atau pemulihan. Kaunseling kelompok
ini digunakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak
meluahkan perasaan mereka tentang masalah dan konflik yang mereka hadapi.
Kebiasaannya terdapat kanak-kanak yang agresif iaitu suka bergaduh, susah untuk
bergaul, panas baran, kurang perhatian dirumah, kelesuan dan keadaan diri yang
terabai. Oleh yang demikian kanak-kanak yang mangalami masalah emosi dan
tingkahlaku yang serius ini dibantu dengan diberi pemulihan awal untuk membantu
mereka secara psikologi untuk menghadapi segala perkembangan hidup dengan
lebih berkesan dan kanak-kanak ini dibantu bagi mengubah tingkahlaku mereka kea
rah yang tingkahlaku normal.

2. Kaunseling kelompok untuk remaja


Ketika menempuhi zaman remaja individu akan merasa kesunyian dan menghadapi
kesukaran dalam membuat pilihan dan keputusan. Ini kerana pada zaman ini remaja
masih lagi mencari-cari identiti diri mereka. Melalui kaunseling kelompok remaja
dibantu dengan memberi ruang kepada mereka untuk meluahkan konflik-konflik
perasaan yang dihadapi, keraguan kepada kebolehan diri dan menyedari semua
keadaan tersebut dikongsi bersama dengan rakan remaja yang lain. Dalam
kelompok mereka belajar untuk berinteraksi dengan rakan remaja yang lain dan
mereka mendapat faedah dari contoh interaksi mereka dengan pemimpin kelompok
yang biasanya dikendalikan oleh kaunselor, bahkan mereka belajar untuk
meluahkan keprihatinan mereka dan bagaimana pendapat mereka didengari. Dalam

konteks ini remaja belajar untuk membantu orang lain untuk mencapai
persefahaman dan penerimaan diri.

3. Kaunseling kelompok untuk pelajar


Kaunseling kelompok ini biasanya digunakan di sekolah, kolej dan juga universiti. Ia
juga dikenali dengan panggilan home rome dan sebagainya. Kelompok ini
digunakan sebagai medan kepada pelajar yang menghadapi masalah
perkembangan sosial dan emosi seperti masalah pemilihan kerjaya, hubungan
antara rakan sebaya, krisis identiti, perasaan dipinggirkan dan sebagainya.

4. Kaunseling kelompok untuk orang tua


Apabila menjejaki usia tua maka akan timbul perasaan kesunyian dan rasa
terpinggir. Kaunseling kelompok ini lebih tertumpu kepada bagaimana untuk
mencegah kesunyian dan menawarkan galakkan yang penting ketika mereka
mencari makna kehidupan sebenar supaya mereka dapat melalui kehidupan yang
lebih bermakna. Melalui kaunseling kelompok ini golongan tua harus sedar bahawa
banyak benda yang boleh dilakukan apabila mereka berjaya membuang tanggapan
negatif seperti rasa terpinggir dan rasa tidak berguna kepada membina rasa hormat,
rasa tulus dan rasa sempurna.

3.0 Kesimpulan
Terdapat dua jenis kaunseling kelompok yang telah dikategorikan. Kaunseling
kelompok tersebut bergerak dengan tujuan dan matlamat yang berbeza bergantung
kepada tujuan kelompok itu mula-mula dibentuk.

4.0 Rujukan

Corey, G. (2000). Theory & Practice of Group Counseling. (5th Ed). California:
Brooks/ Cole Publishing Company.

Hulse-Killacky, D., Killacky, J. & Donigian, J. (2000). Making Task Group Work In
Your World. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Ida Hartina Ahmed Tharbe. (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur:
Pts Publications.

Johnson, D. W. & Johnson, J. P (2000). Joining Together: Group Theories and Group
Skills. Needham Heights: Allyn and Bacon.

Mahler, M. S. (1971). A Study of the separation and individuation process: The


Psychoanalytic Study of the Child. New York: Quadrangle.

Thompson, C. L. & Poppen, W. A (1979). Guidence Activities for Counselors and


Teachers. Monterey, CA: Brooks/ Cole.

Zuraidah A.R.(1989). Pengenalan Kaunseling Kelompok. Petaling Jaya: IBS Buku


Sdn. Bhd.
Posted by kaunseling at 5:39 PM No comments:
KAUNSELING KELOMPOK

1.0 Pengenalan
Kaunseling kelompok telah memperlihatkan potensi yang besar dalam membantu
individu dalam bilangan yang besar. Menjadi lumrah manusia hidup dalam satu
komuniti masyarakat. Perasaan saling memerlukan antara satu sama lain wujud
sejak dilahirkan lagi. Ini kerana setiap manusia saling perlu-memerlukan antara satu
sama lain. Dalam institusi pendidikan keberkesanan intervensi kelompok telah
terbukti. Menurut Corey (1995), kaunseling kelompok boleh membantu bilangan
pelajar yang lebih besar di institusi pendidikan.

2.0 Definisi Kelompok Kaunseling dan Kaunseling Kelompok

Menurut Websters Third New World International Dictionary kelompok didefinisikan


sebagai:
...a number of individuals bound together by a community of interest, purpose or
function.

Johnson and Johnson (1991) pula berpendapat kelompok adalah:

..a collection of two or more individuals, who meet in face to face interaction,
independently, with the awareness that each belongs to the group and for the
purpose of achieving mutually agreed-upon goals

Gadza (1978) mendefinisikan kelompok sebagai:

group work refers to the dynamic interaction between collections of individuals for
prevention or remediation of difficulties or for the enhancement of personal growth/
enrichment through the interaction of those who meet together for a commonly
agreed on purpose and at prearranged times.

Kaunseling
Kaunseling pula adalah satu proses tolong bantu bagi menyesuaikan diri dengan
kehidupan seharian. Rogers (1961) mendefinisikan kaunseling sebagai:

..counseling is a relaxed, safe, and facilitative relationship in which an incongruent,


disorganized and troubled person moves towards becoming open, integrated, secure
and fully functioning.

Cottle (1973) pula berpendapat:

..counseling is the psychological by which a professional person helps a relatively


normal client to explore, understand and accept behavior so that future behavioral
choices can be made particularly those of an educational or vocational nature.

Gibson dan Mitchell (1986), mentakrifkan kaunseling sebagai :

satu proses dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan hal-hal seharian
mengenai perkembangan dan memperbaiki perkembangan itu sama ada pembaikan
terhadap tingkahlaku, perhubungan peribadi, nilai-nilai dan pemilihan kerjayanya di
samping membina kemahiran-kemahiran dalam bidang berkaitan.

Brammer and Shostrom (1960) pula mendefinisikan kaunseling sebagai:

a one to one relationship between counselor and client which focuses on rational
planning, problem solving, decision making and situational pressures as related to
the clients daily living).

Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang
individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu
sama lain. Ia melibatkan proses perhubungan individu dalam kumpulan secara
dinamik tentang tingkahlaku dan pemikiran. Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi
yang mana ahli-ahli dalam kelompok berkongsi masalah peribadi bersama rakan
sebaya dan kaunselor.
Hansen, Warner dan Smith (1980) menghuraikan kaunseling kelompok sebagai satu
perhubungan di antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli-ahli.
Mereka menilai diri dan keadaan dalam usaha mengubah sikap dan kelakuan.
Fokusnya adalah pada pencegahan dan rawatan. Kaunseling pencegahan
menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah rumit. Carl
Rogers (1970) mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan
dan pemulihan proses yang mana setiap orang dirasionalkan mengikut kehendak
ramai.
Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan antara individu secara
berkelompok yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang

mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut
adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan.

Ohlsen, Horne and Lawe (1988) menyatakan kaunseling kelompok sebagai:

..a helping process that provides the opportunity for counseless to identify goals of
change to develop skills necessary to archieve those goals and to practice those
skills within a safe and structure setting.

Menurut Gadza, Duncan and Meadows (1967) :

..group counseling is a dynamic interpersonal process focusing on conscious


thought and behavior and involving the therapy functions of permissiveness,
orientations to reality, catharsis and mutual trust, caring, understanding, acceptance
and support. The therapy functions are created and nurtured in a small group
through the sharing of personal concerns with ones peers and the counselors. The
group counselees are basically normal individuals with various concerns which are
not debilitating to the extent requiring extensive personality change. The group
counselees may utilize the group interaction to increase understanding and
acceptance of value and goals and to learn and unlearn certain attitudes and
behaviors.

Gladding (1995) mendefinisikan kaunseling kelompok ialah dua orang atau lebih
yang berkumpul bersama untuk tujuan beberapa interaksi yang telah dirancang.
Pemimpin membentuk kumpulan untuk membincangkan atau membuat keputusan
tentang sesuatu perkara, meneroka masalah peribadi atau untuk menyiapkan tugas
khusus untuk mencapai matlamat yang spesifik.
Berdasarkan definisi-definisi di atas dapat dirumuskan bahawa kaunseling kelompok
adalah satu proses interaksi antara individu yang dinamik dan melibatkan seorang
kaunselor terlatih yang berperanan sebagai pemimpin dengan beberapa orang ahli
yang ingin menerokai diri sendiri serta keadaan yang dialami dalam usaha
mengubah sikap untuk memperoleh penyesuaian dan perkembangan diri.
Kaunseling kelompok mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu dari segi jenis kelompok,
matlamat kelompok, tahap-tahap perkembangan dalam kelompok, peranan ahli-ahli
dalam kelompok dan ia juga ada kelebihan dan terdapat juga limitasi dalam
pengendalian kaunseling kelompok.

Kaunseling kelompok melibatkan ahli yang ramai. Oleh yang demikian setiap ahli
mempunyai peranan masing-masing. Kaunselor adalah merupakan pemimpin
kelompok yang mana berperanan untuk menggerakkan kelompok kearah matlamat
yang ingin dicapai dalam kelompok.
Dari segi jenis kelompok terdapat pelbagai jenis kelompok dan ianya bergantung
kepada tujuan kelompok itu dibentuk. Antara jenis kelompok ialah kelompok
bimbingan, kelompok kaunseling, kelompok T dan kelompok psikoterapi.

3.0 Matlamat Kaunseling Kelompok


Dalam kelompok ia mempunyai matlamat tertentu. Secara umumnya tujuan atau
matlamat kaunseling kelompok adalah untuk memperbaiki sikap serta perlakuan
klien yang tidak berkesan atau yang tidak mendatangkan faedah. Corey (1995)
berpendapat kaunseling kelompok mempunyai tujuan untuk pencegahan dan
pemulihan. Hansen (1976) menjelaskan tujuan mencegah adalah supaya klien dapat
mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi serius
manakala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah
yang serius dan kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk
mengubah tingkahlaku. Corey (1995) berpendapat adalah baik sekiranya setiap ahli
kelompok dapat membuat matlamat khusus dalam kelompok. Beberapa matlamat
umum yang dikongsi bersama ahli kelompok ialah :
1. Belajar mempercayai diri sendiri dan orang lain
2. Memperoleh pengetahuan tentang diri sendiri dan membentuk keunikan identity
diri.
3. Mengenalpasti kesamaan tentang keperluan dan masalah ahli dengan itu
berusaha mewujudkan perasaan kesejagatan
4. Meningkatkan penerimaan, keyakinan dan hormat diri supaya dapat melihat diri
dari perspektif yang baru.
5. Mencari alternative dalam menangani isu perkembangan dalam hidup dan
mengatasi konflik tertentu.
6. Meningkatkan arah diri, outonomi dan bertanggungjawab terhadap diri dan orang
lain.
7. Menyedari hak membuat pilihan secara bijaksana.

4.0 Kelebihan Kaunseling Kelompok

Kaunseling kelompok mempunyai kelebihan tertentu. Antara kelebihan kaunseling


kelompok ialah:
1. Kaunseling kelompok lebih menjimatkan masa dan usaha. Tidak banyak klien
yang dapat dibantu oleh kaunselor melalui kaunseling individu. Dengan membentuk
program kelompok yang baik seseorang kaunselor kelompok dapat membantu ahli
menjelaskan nilai atau menyelesaikan masalah di samping melayan ahli yang
memerlukan tumpuan individu. Pendekatan ini sesuai digunakan di institusi yang
mempunyai kekangan masa dan kemudahan seperti sekolah, penjara dan pusat
kesihatan mental.
2. Kehadiran ahli yang ramai dapat memainkan peranan sebagai sumber dalam
berkongsi maklumat, menyumbangkan pelbagai pandangan atau meneroka nilai
peribadi individu yang lain. Pandangan dan pendapat yang berbeza dapat
menjadikan sesuatu pengalaman itu lebih menarik dan lebih rapat dan berkait
dengan realiti hidup.
3. Ahli kelompok dapat memberikan sokongan yang lebih luas berbanding dengan
kaunseling individu terutama sekali untuk masalah yang berkaitan dengan konflik
antara perseorangan. Ahli dalam kelompok berpeluang menyelesaikan masalah itu
dalam setting sosial yang berstruktur. Mereka dapat mencuba dan melatih
tingkahlaku baru dan memperoleh sokongan dan maklumbalas daripada ahli yang
lain.
4. Ahli kelompok dapat meletakkan masalah mereka dalam perspektif dan
memahami persamaan atau perbezaan masalahnya dengan masalah orang lain.

Proses kaunseling kelompok mempunyai kesesuaian kepada individu seperti


berikut :
1. Mereka yang rasa malu atau agresif apabila berinteraksi dengan orang lain.
2. Mereka yang suka membantah atau mengakur kepada jangkaan sosial
3. Mereka yang sukar mendapat kawan atau menjalin hubungan yang lama dengan
kawan dan perlu mempelajari kemahiran bersosial dan berkomunikasi.
4. Mereka yang perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain untuk mencapai
keperluan merasai dirinya dipunyai dan diterima.
5. Mereka yang perlu mempelajari menghormati dan memahami sifat manusia yang
berbeza-beza.
Namun kaunseling kelompok tidak sesuai kepada golongan berikut:

1. Mereka yang mangalami konflik peribadi atau konflik antara perseorangan yang
terlalu peribadi untuk dikongsi bersama.
2. Mereka yang mempunyai rahsia yang tidak dapat dikongsi bersama untuk
menjaga nama baik klien atau orang lain.
3. Mereka yang terlalu takut berinteraksi sosial dengan orang lain.
4. Mereka yang mempunyai pengalaman traumatic dalam kelompok.
5. Mereka yang tiada kawalan diri dalam situasi berkelompok
6. Mereka yang tidak faham dan sedar tentang perasaan sendiri sehingga dia
merasa terumbang-ambing dan tidak tahu bagaimana berkongsi perasaan dan
pengalaman dengan orang lain.

5.0 Limitasi Kaunseling Kelompok


Walaupun banyak kelebihan dalam kaunseling kelompok namun ia juga ada limitasi
atau batasannya. Menurut Shertzer dan Stone (1974) antara limitasi ialah:
1. Ada ahli yang tidak sesuai untuk kaunseling kelompok kerana ia lebih sesuai
untuk mendapatkan bantuan individu sebelum mereka dapat berfungsi dengan baik
dalam kelompok. Ahli ini mungkin rasa tidak selamat dan tidak terdaya apabila
berada dalam kelompok tanpa mengalami proses individu terlebih dahulu.
2. Selain itu ada juga ahli yang sukar untuk membina kepercayaan terhadap ahli
lain. Dengan itu mereka tidak menimbulkan isu berkaitan sikap, perasaan, nilai dan
tingkahlaku yang mereka merasakan tidak akan diterima oleh ahli lain dalam
kelompok.
3. Perkembangan kelompok tersekat oleh isu yang memerlukan masa yang lama
untuk ditangani bersama. Keadaan ini menyebabkan tumpuan ke atas ahli yang lain
semakin kurang.
4. Peranan pemimpin dalam kelompok tidak luas dan lebih kompleks kerana ahli
yang ramai.

6.0 Kesimpulan

Sesungguhnya kaunseling kelompok adalah merupakan satu medium yang begitu


praktikal dalam proses membantu setiap klien mencapai kehendak diri kea rah
menjadi yang lebih baik. Kaunseling kelompok merupakan agen pencegahan atau
pengubatan kepada seseorang individu. Melalui kaunseling kelompok akan
membantu seseorang individu dan ahli lain mengalami proses memperbaiki
tingkahlaku.
Menurut Mahler (1971) melalui kelompok mereka bukan sahaja bekerjasama secara
berpasukan malah mereka juga merasai apa yang dirasai oleh ahli dalam kelompok
tersebut.

7.0 Rujukan

Brammer, L. M., & Shostrom, E. L. (1960). Therapeutic Psychology. Englewood


Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Corey, G. (1995). Theory and Practice of Group Counseling (4th Ed). Pacific Grove,
CA: Brooks/ Cole Publishing Company.

Gazda, G. M., Duncan, J. A. Meadows, M. E. (1967). Group Counseling and Group


Procedures- Report of a Survey. Counselor Education and Supervision.

Gazda, G. M. (1989). Group Counseling : A Developmental Approach (4th Ed).


Boston, MA: Allyn and Bacon.

Gibson, R. L. & Mitchell, M. H. (1986). Introduction to Counseling and Guidence (2nd


Ed). NY: Macmilan Publishing Company.

Gladding, S. T. (1995). Group Work. A Counseling Speciality (2nd Ed). Englewood


Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Hansen, J. C., Warner, R. W. & Smith, E. J. (1980). Group Counseling. Theory and
Process (2nd Ed). Chicago: Rand McNally.
Johnson, D.W., & Johnson, F. P. (1991). Joining Together (4th Ed). Englewood Cliffs,
NJ. Prentice Hall.

Mahler, M. S. (1971). A Study of the separation and individuation process: The


Psychoanalytic Study of the Child. New York: Quadrangle.

Ohlsen, M. M., Horne, A. M. & Lawe, C. F. (1988). Group Counseling (3rd Ed). New
York: Holt, Rinehart & Winston.

Rogers, C. (1961). On Becoming A Person: A Place of the Person In The World.


Boston: Houghton Mifflin Inc.

Rogers, C. (1967). Carl Rogers On Encounter Groups. New York: Harper & Row.

Shertzer, B. & Stone, S. (1974). Fundamental of Counseling (2nd Ed). Boston:


Houghton Mifflin Inc.
Posted by kaunseling at 5:33 PM No comments:

KESIHATAN MENTAL

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering
mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah
kurang tepat.

Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:

* Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
* Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan
persekitarannya.
* Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan
yang timbul dari kehidupan harian.

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif

Terhadap diri sendiri

* Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.


* Berupaya mengawal perasaan.
* Sanggup menerima kegagalan.
* Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
* Menghargai diri sendiri.

Terhadap orang lain

* Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.


* Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
* Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.

* Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.

Terhadap cabaran

* Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.


* Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
* Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
* Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah
harian.

10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif

* Menerima kenyataan diri secara realistik.


* Mengendali masa dengan baik (time management)
* Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
* Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang
lain.
* Menjaga kesihatan fizikal.
* Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
* Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
* Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
* Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
* Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional
sekiranya perlu.

Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:

* Perasaan rendah diri.

* Tekanan dalam hidup.


* Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
* Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia,
penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
* Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
* Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah
(penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
* Peningkatan risiko penyakit mental.

Anda mungkin juga menyukai