Anda di halaman 1dari 4

Cara-cara menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran

Setiap orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang dalam


peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak dating
dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang
bersungguh-sungguh.
Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan,
seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam
kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang
disampaikan oleh. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati
pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya,
apabila di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan
oleh guru. Oleh itu, sesuatu topic itu akan kekal dalam ingatan dan
minda kita.
Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan,
guru-guru akan member penekanan pada topic-topik yang sukar.
Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.
Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan.
Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita
lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalansoalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan
tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti
akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

Cara-cara menjadi Murid yang Cemerlang

Murid yang cemerlang ialah seseorang yang sentiasa cemerlang


dalam pelbagai segi seperti akademik, kokurikulum, tingkah laku dan
sebagainya. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi seorang murid yang
cemerlang.
Antara cara menjadi murid cemerlang ialah seseorang murid mesti
tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan
sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh. Dengan ini,
kita dapat memahami dan mengingati muridan yang disampaikan oleh
guru. Murid juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak
faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, murid
mesti mengulang kaji muridan dengan legih bersungguh-sungguh lagi.
Selain itu, murid juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi.
Murid mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan
sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah murid mempunyai jadual
belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar
tersebut. Pada masa lapang pula murid mesti melakukan aktiviti
berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi
menambahkan lagi pengetahuan mereka.
Jika murid ingin cemerlang dalam pelajaran, murid mestilah
sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Murid juga mesti
mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Murid mesti menerima
teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif.
Murid juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar murid juga
akan sentiasa disayangi dan diberkati.
Di
samping
itu,
murid
juga
perlu
aktif
dalam
aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika murid mengikuti
aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah murid yang menyertai aktiviti
kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat
menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat
pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu murid
semasa menjawab soalan peperiksaan.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjadi murid yang cemerlang. Kejayaan kita pasti akan
menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

Karangan Fakta: Kebaikan buah-buahan Tempatan


Negara kita kaya dengan hasil buah-buahan.Buah-buahan
tempatan ialah buah yang berasal dari negara kita. Buah-buahan
tempatan
banyak
terdapat
di
negara
kita
seperti
durian,langsat,rambutan manggis dan lain-lain.
Rakyat digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buahbuahan ini masih segar. Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari
ladang dan sebagainya. Berbanding dengan buah-buahan eksport,
buah-buahan tempatan lebih berzat kerana buah-buah tempatan tidak
perlu menjalani proses eksport yang memakan masa. Kandungan
vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tempatan masih
terpelihara.
Seterusnya, buah-buahan tempatan juga mudah didapati dan
dibeli terutama pada musim buah-buahan. Masyarakat boleh membeli
buah-buahan tempatan di gerai atau pasar raya. Tambahan pula,
sekiranya kita rajin bercucuk tanam terutama mereka yang tinggal di
kampung, buah-buahan seperti pisang dan betik hanya diperoleh di
belakang rumah sahaja.
Selain itu , buah-buahan tempatan juga harganya lebih murah
jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport. Harga buahbuahan import adalah dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga
buah-buahan tempatan. Aspek ini telah menarik perhatian rakyat yang
berpendapatan sederhana untuk memilih buah-buahan tempatan. Oleh
itu, kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian.
Di samping itu, dengan makan buah-buahan tempatan, kesihatan
kita lebih terjamin. Ini disebabkan buah-buahan tempatan tidak
mengandungi bahan pengawet yang mengandungi bahan kimia
berbahaya. Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal
disapu bahan pengawet supaya tahan lama. Oleh itu, kita dapat
mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan dan
sebagainya.
Kesimpulannya, makanlah buah-buahan tempatan. Banyak
kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita makan buah-buahan
hasil keluaran negara kita sendiri.

Kepentingan Semangat Kejiranan dalam Kehidupan Bermasyarakat


Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam
kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat.
Bak kata pepatah Jiran Sepakat Membawa Berkat menunjukkan
bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu
yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan kepada
masyarakat.
Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang
harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik
seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga
keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang
tenang dan aman. Contohnya, semasa aktiviti bergotong-royong,
masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain
dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur
denagn tebing dapat mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni.
Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan
sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan
sesebuah program. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan
cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat
bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing,
sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan
cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan
kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu
dan
mendirikan
khemah
untuk
para
tetamu.
Di
samping itu,
masyarakat
juga
boleh
memupuk
semangat perpaduan. Malaysia mempunyai berbilang kaum seperti
Melayu, Cina, India dan bangsa lain. Setiap kaum perlu mengetahui
adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan
isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan
perselisihan faham dan mengeratkan hubungan antara kaum.
Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah
kawasan itu selamat. Kejadian seperti mencuri, merompak dan
menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan. Masyarakat boleh
menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada
waktu malam. Oleh itu, kes jenayah dapat dikurangkan dan keselamatan
penduduk
terjamin.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang
diperoleh daripada semangat kejiranan. Kepentingan semangat
kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara.
Semangat kejiranan yang teguh menjamin keamanan dan keharmonian
negara seperti pepatah Jiran Sepakat Membawa Berkat.

Anda mungkin juga menyukai