Anda di halaman 1dari 1

CONTOH JURNAL (Minggu kedua)

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

2/8
Minggu kedua
25 Julai 2014
Masalah pengurusan masa.

1. Masalah / Peristiwa
Hari ini (24 Julai 2014) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang
tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan
tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi
mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu .
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan
semasa melaporkan hasil perbincanan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat
menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud
kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa
yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a.)

Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa
dengan lebih sempurna.
Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah
dirancangkan .
Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi
masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang
masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam
masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama,
saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk
dibentangkan .
Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di sampingberbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

b.)

c.)

d.)

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang
baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah
dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : .............................................

Tandatangan : .............................................

Nama

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Anda mungkin juga menyukai