Anda di halaman 1dari 26

1

FAKULTI PEMBANGUNAN DAN SUMBER MANUSIA


KBC 3013 PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

TUGASAN INDIVIDU

KAJIAN KES

NAMA : N0RFAMILA A/P HARUN


NO. MATRIK : D20101037257
PROGRAM : PENDIDIKAN KHAS (AT10)
SEMESTER : SEMESTER 2
SESI : 2010/2011

NAMA PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN

SENARAI KANDUNGAN
Perkara
1.0 Pengenalan

Halaman
3

1.1 Definisi Pintar Cerdas

1.2 Definisi Berbakat

2.0 Pintar Cerdas

3.0 Teori Berdasarkan Pintar Cerdas

5-7

4.0 Latar belakang Keluarga

12 - 14

5.0 Perkembangan dari segi fizikal, dan emosi

15 - 18

Sosial serta kognitif


6.0 Penilaian berdasarkan senarai semak

19 -21

7.0 Cadangan

21 - 22

8.0 Penutup

23

1.0 PENGENALAN

Istilah pintar cerdas dan berbakat bukan lagi suatu perkara yang baru kita dengar
dalam negar ini, kerana Negara kita sudah menlancarkan program untuk kanak kanak
yang pintar cerdas iaitu seperti MENSA dan permata Pintar di UKM Bangi untuk
meningkatkan serta menyediakan program yang sesuai bagi kanak kanak ini. Menurut,
Persekutuan Amerika Syarikat menyatakan maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada
kanak kanak atau belia yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinngi dari segi
bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai
bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka ini memerlukan
aktiviti atau perkhidmatan yang lain daripada lain atau keistimewa yang tidak dapat
diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

Sesetengah pihak beranggapan

bahawa mendapat keputusan yang cemerlang

adalah ciri utama untuk menyatakan bahawa seseorang itu adalah pintar cerdas.
Contohnya, mereka mendapat keputusan semua gred A dalam peperiksaan awam seperti
UPSR, PMR dan SPM. Pintar cerdas adalah satu anugerah yang tidak ternilai kepada
seseorang dari segi memiliki kelebihan kognitif dan juga bakat yang tersendiri contohnya
dari segi kesenian, atau muzik.

Berbakat pula bermaksud keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk


menjadi cemerlang dalam bidang bidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau
bukan akademik. Seseorang itu dianggap berbakat dalam bidang bidang tertentu apabila
dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut. Kadang kadang pencapaiannya
dalam bidang tersebut belum terbukti cemerlang atau keupayaan menggunakan minda
untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa
dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gagasan.

1.1 DEFINISI PINTAR CERDAS

Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, pintar cerdas bermaksud cekap, pandai,
banyak bercakap ,cerdik licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Manakala,
pandai pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Selain itu, Persekutuan memberi maksud
kanak kanak pintar cerdas dan berbakat adalah mereka yang dikenalpasti sercara
semulajadi kemampuan luar biasa dan berkebolehan yang tinngi dalam melakukan sesuatu.
Kanak kanak ini memerlukan program pendidikan yang berbeza . Individu yang dikatakan
pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi
segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Stanford Binet (1916), orang
pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford - Binet Test
telah memberikan definisinpintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu
memahami, membuat pertimbangan serta penaakulan yang baik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), berbakat bermaksud mempunyai


kebolehan semulajadi. Menurut Renzulli (1986), kepintaran adalah satu tingkah laku yang
perlu dikembangkan dan bukan secara semulajadi walaupun individu itu mempunyai skor IQ
yang tinggi iaitu dalam model beliau yang dinamakan The Ring Conception of Giftedness
atau Triat Model. Pintar cerdas dapat dilihat sebagai satu konsep yang mempunyai
dimensi dinamik yang terdiri daripada interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan
intelek umum yang atas purata, aras yang tinngi dalam tanggungjawab keoada tugas dan
aras kreativiti yang tinggi.

1.1 DEFINISI BERBAKAT

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (1997), berbakat bermaksud mempunyai kebolehan
semulajadi. Konsep Piirtos melihat bakat sebagai satu keperibadian, proses dan hasil
dalam bidang tertentu yang dipengaruhi oleh genetik dan persekitaran iaitu rumah,sekolah,
masyarakat, budaya dan jantina serta peluang. Bakat lahir dari naluri asas manusia untuk

menghasilkan sesuatu yang baru.Bakat tidak hanya bertumpu pada kecerdasan minda atau
kemahiran seni seseorang, tetapi dalam semua bidang (1999).

Pada tahun 1994, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikatm dalam laporannya yang
bertajuk Kecemerlangan Kebangsaan: Kes Bakat Rakyat Amerika mendefinisikan kanak
kanak cemerlang adalah kanak kanak yang mempamerkan potensi yang tinngi dalam
menyelesaikan sesuatu jika dibandingkan dengan umur, pengalaman dan persekitaran
mereka. Mereka memperlihatkan keupayaan yang tinggi dari segi intelektual, kreatif dalam
bidang seni, keupayaan memimpin atau cemerlang dalam bidang akademik.

1.2 DEFINISI KREATIF

Kreatif berasal dari bahasa latin creare yang bermaksud membuat. Manakala dalam
bahasa greek ianya membawa makna memenuhi. Menurut Samson dan Vernon (1996),
Kreativiti adalah sesuatu misteri yang fenomena semulajadi, Gowen (1972), pula
menyatakan teori teori peribadi dan persekitaran yang relative dengan amalan
pengasuhan anak. Ensiklopedia Malaysian (1996), kreativiti adalah kemampuan mencipta
atau menghasilkan sesuatu. Mcnerney dan Mcnerney (1994), mendefinisikan kreativiti
sebagai yang menarik, menekankan sifat- sifat personaliti, ada juga yang memeberi
penekanan kepada pemikiran dan juga menekan kepada hasil usaha kriteria kreativiti.

2.0 PINTAR CERDAS


2.1 MENGENALPASTI PINTAR CERDAS
Salah satu untuk mengenalpasti kanak kanak pintar cerdas adalah melalui pelaksaan
ujian kecerdasan terhadap mereka.Biasanya tahap skor kanak adalah sebanyak 120 dan
keatas.

2.2 CIRI CIRI PINTAR CERDAS


1. Mempunyai pengetahuan tatabahasa yang lebih baik daripada umur kronologinya
2. Mempunyai daya ingatan yang tinggi.
3. Mempunyai banyak kegemaran, hobi dan minat mengumpul sesuatu yang unik.
4. Memiliki keinginan dan minat yang tinggi terhadap sesuatu yang telah lama berlaku
5. Mempunyai motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang diminatikan dan
kurang berminat dalam aktiviti lain.
6. Mempunyai keupayaan berfikir aras tinggi dan mampu berfikir tentang abstrak.
7. Menggemari aktiviti yang kompleks dan ada cabaran.
8. Selalu yakin terhadap diri sendiri, berpegang teguh kepada apa yang mereka percayai.
9. Konsep kendiri yang positif, yakin dan optimistik.
10. Melakukan kerja dengan teliti
11. Mereka selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai
topik serta mampu mengingati semula dengan cepat.
12. Kebanyakan mereka dapat membaca sebelum umur 5 tahun.
13. Boleh menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran
berfikir yang tinggi.
14. Mereka kurang tidur berbanding dengan rakan sebaya mereka tetapi mereka masih
mampu mempunyai tenaga untuk meneruskan kehidupan.
15. Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa apabila sesuatu perkara tidak
dapat dilakukan dengan sempurna.
16. Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku.
17. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu sama ada baik atau buruk dan boleh
mencipta cerita yang bagus serta menyatakan segala kebimbangannya.

18. Mereka sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku. Contohnya, mudah kecewa
walaupun dalam hal hal yang kecil tetapi boleh mangalir air mata apabila melihat matahari
terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana simpati
terhadap haiwan.
19. Bersedia menyesuaikan diri dalam situasi baru, pemikiran dan tindakan fleksibel serta
tidak mudah terganggu jika keadaan biasa diubah atau berubah.
20. Memberi kerjasama kepada guru dan rakan sekelas
21. Mudah untuk menyesuaikan diri bersama rakan rakannya dan tidak suka berkelahi.

3.0 TEORI BERDASARKAN PINTAR CERDAS


3.1 TEORI RENZULLI
Teori kecerdasan lain yang diperolehi

secara

meluas adalah Teori Renzulli.

Modelnya, yang juga dikenali sebagai model bakat tiga cincin (Three-Ring Model of
Giftedness) yang banyak digunapakai di Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara
lain. Renzulli menyatakan bahawa manusia terbahagi kepada tiga ciri-ciri; kebolehan yang
lebih tinggi daripada purata, komitmen dan kreativiti.
Renzulli berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai atau
berkebolehan membangunkan ciri-ciri ini dan mengaplikasikan ia ke dalam bidang yang
berpotensi.

Penguasaan terhadap salah satu ciri-ciri tidak menggambarkan bakat itu.

Sebaliknya, interaksi antara ketiga-tiga ciri-ciri menyediakan ramuan untuk melahirkan insan
kreatif dan produktif. Setiap cirri cirri seperti komitmen dan kreativiti akan menyumbang
kepada bakat itu yang terbahagi kepada dua bidang iaitu bidang umum seperti matematik,
seni visual, sains fizikal, undang undang ,seni bahasa, agama, muzik, sains hayat dan
seni pergerakan.
Bidang khusus pula yang terdiri daripada astronomi, koleografi, penerbit filem, kimia
dan penyajak. Ciri-ciri pertama ialah kebolehan superior. Renzulli mencadangkan bahawa
kebolehan superior ini tidak semestinya bermaksud kepintaran yang tinggi. Tetapi, beliau
mencadangkan ia harus dipandang daripada perspektif intelligence quotients (IQ).

Seterusnya, komitmen. Komitmen di sini bermaksud bahawa kesungguhan


seseorang individu itu melakukan tugasan dalam bidang spesifik secara berterusan. Ciri-ciri
seterusnya kreativiti. Ini bermaksud cara berfikir yang berbeza daripada orang lain, baru dan
keaslian idea. Walaubagaimanapun, Renzulli menegaskan bahawa keseimbang ketiga-tiga
ciri-ciri ini perlu.

3.2 TEORI MODEL KEBERBAKATAN DAN BAKAT (GAGNES MODEL OF GIFTEDNESS


AND TALENT)
Ahli psikologi Kanada, Francoy Gagne telah mencadangkan model teorikal bakat. Beliau
mencadangkan bahawa bakat ialah interaksi antara aplitud dan pemangkin interpersonal
dan persekitaran. Beliau telah menggariskan bahawa individu ini lahir dengan bakat
semulajadi ataupun bakat yang tidak digarap atau dilatih. Individu boleh mempunyai bakat
semulajadi dalam akademik, teknikal, artistic, interpersonal dan bidang sukan. Sebaliknya,
beliau menerangkan bahawa bakat ialah aplitud dalam pencapaian mereka dalam bidang
ini. Antara domain bakat utama ialah intelektual, kreatif, sosioaffektif, dan psikomotor.

Gagne menegaskan bahawa domain aplitud keberbakatan berkembang melalui


proses pembangunan menjadi bakat. Proses ini dirangsang dengan dua jenis pemangkin;
pemangkin intrapersonal dan pemangkin persekitaran. Antara domain aplitud ataupun bakat
semulajadi ini ialah intelektual. Ciri-ciri intelektual adalah mahir dalam penaakulan induktif
dan deduktif, memori, pemerhatian dan andaian. Selain itu, domain yang lain ialah kreatif.
Ini digambarkan melalui ciri-ciri keaslian, idea baru, berinovasi dan humor. Domain yang
seterusnya ialah sosioaffektif. Antara ciri-cirinya ialah kepimpinan, impati dan mempunyai
kesedaran diri. Seterusnya, domain psikomotor yang ditunjukkan dengan ciri-ciri kekuatan,
koordinasi,refleks, ketahanan dan kelenturan.

Bakat semulajadi ini berkembang menjadi bakat melalui proses pembangunan yang
mengandungi proses pembelajaran, latihan dan pratikal. Proses ini antaranya seperti
pembelajaran secara formal ataupun tidak formal. Proses ini boleh dibantu atau dibantutkan
oleh pemangkin. Antara jenis pemangkin ialah pemangkin intrapersonal dan pemangkin

persekitaran.
sendiri.

Pemangkin intrapersonal ialah pemangkin daripada dalaman individu itu

Pemangkin persekitaran pula daripada faktor luaran individu itu. Pemangkin

intrapersonal ialah pemangkin daripada dalaman individu itu sendiri.

Pemangkin intrapersonal pula terbahagi kepada empat bahagian; fizikal, motivasi,


kehendak, pengurusan diri, dan keperibadian. Fizikal bermaksud bentuk tubuh badan,
kecacatan ataupun kesihatan. Seterusnya ialah motivasi seperti keperluan, nilai ataupun
minat.

Manakala kehendak pula seperti daya tumpuan dan ketekunan. Personaliti pula

seperti tingkahlaku, sifat-sifat dan kekurangan upaya. Pemangkin intrapersonal ini


memainkan peranan penting dalam mengasah bakat ini. Sebaliknya, pemangkin ini juga
boleh membantutkan lagi proses mengasah bakat.

Pemangkin seterusnya ialah persekitaran. Pemangkin persekitaran ialah seperti


pesekitaran sekeliling, individu, inisiatif dan peristiwa. Persekitaran sekeliling ialah seperti
fizikal, budaya,

sosial dan kekeluargaan. Individu juga memainkan peranan seperti ibu

bapa, guru-guru, rakan sebaya dan mentor. Inisiatif pula seperti mengikuti aktiviti tertentu,
kursus dan program. Peristiwa pula merujuk kepada pertemuan, anugerah dan kemalangan.
Setelah melalui proses pembangunan ataupun mengasah bakat, barulah bakat semulajadi
ini menjadi kemahiran yang telah dikembangkan. Antara kemahiran-kemahiran ini dalam
akademik, permainan strategi, teknologi, seni, sosial, perniagaan, dan sukan.

10

PIRAMID PEMBENTUKAN BAKAT PIIRTO (PIIRTO PYRAMID OF TALENT


DEVELOPMENT)

11

Firto menerangkan bahawa pembangunan bakat bermula dengan aspek genetik.


Plomin (1997) menunjukkan bahawa apabila kita menjadi dewasa, genetik yang diturunkan
akan menjadi lebih dominan. Menurut teori ini juga, persekitaran awal kanak-kanak lebih
penting semasa kita kanak-kanak berbanding apabila kita dewasa. Aspek kedua yang
ditekankan oleh Piirto adalah aspek emosi. Aspek seperti personaliti adalah perlu dan
penting untuk pembangunan pembesaran. Piirto menyedari daripada kajiannya bahawa
setiap individu berjaya mempunyai persamaan dalam atribut personaliti.

Aspek afektif atau emosi diperlukan untuk sesorang individu itu untuk berjaya dan
sesetengah trait atau kesabaran dan lain-lain boleh dibangunkan dalam individu itu. Wiggins
(1996) menyatakan bahawa bidang psikologi personaliti dalam domain psikologi telah
menemui kebolehan personaliti yang dipanggil big five. Ini diterangkan sebagai perbezaan
individu sebagai terma extraversion, keramahan, sifat berhati-hati, kestabilan emosi dan
keterbukaan pengalaman. Personaliti ini penting dalam membantu pembentukan bakat.
Individu dewasa yang mencapai kejayaan mempunyai banyak ciri-ciri yang tersenarai.
Atribut personaliti ini merupakan aspek penting dalam pembangunan bakat. Antara atribut
personaliti ialah kreativiti, imaginasi, intuisi, keterbukaan, kesempurnaan, kegigihan,
ketahanan mental, berani mengambil risiko, disiplin, dan lain-lain.

Aspek yang seterusnya ialah aspek kognitif. Di dalam aspek ini ialah aspek-aspek
seperti IQ. Individu yang mendapat markah yang tinggi dalam ujian IQ dianggap berbeza
kerana kebolehannya menyelesaikan masalah yang jarang diketengahkan. Aspek
seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Kebanyakan bakat itu diramal daripada tingkahlaku
ramalan. (predictive behaviours). Bakat ini ditunjukkan secara domain dan dianggap bernilai
oleh masyarakat. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni visual, music,
kesusasteraan, lakonan, tarian, sukan, rekaan, matematik, sains, dan sebagainya. Aspek
yang seterusnya ialah aspek persekitaran yang digambarkan dengan matahari. Terdapat
lima matahari pertama sekali ialah rumah (home).

Rumah penting dalam menyediakan suasana yang positif dan mengasuh kanakkanak itu. Seterusnya ialah komuniti dan budaya (cummunity and culture) yang memainkan
peranan dalam menyediakan institusi pendidikan yang bersesuaian dan menyediakan
sokongan kepada rumah dan sekolah. Seterusnya ialah sekolah. Sekolah ialah faktor
penting khususnya mengesan bakat dan menyediakan situasi dan pengalaman kepada

12

kanak-kanak. Matahari seterusnya ialah jantina dan peluang. Kehadiran ataupun ketiadaan
matahari boleh melakukan perbezaan sama ada bakat dapat dibentuk ataupun tidak.

4.0 LATAR BELAKANG RESPONDEN


4.1. PROFIL RESPONDEN

Nama

: Zuriana A/P Law Wau Kong

Umur

: 17 Tahun

Alamat

: N0 57, Blok A Kampung RPS Runchang, 26700 Muadzam Shah,


Pahang Darul Makmur

Hobi

: Menonton televisyen dan membaca buku

Cita cita : Doktor


Sekolah

: Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan, Pekan, Pahang ( Tingkatan 1 3) dan


Sekolah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur,( Tingkatan 4 sehingga sekarang)

Aliran

: Sains Tulen

Bil Adik Beradik: Anak ke 3 daripada 6


Pencapaian Akademik: UPSR - 4A1B, PMR -7A
Kelebihan : Menguasai mata pelajaran matematik dan sains dengan baik dan cemerlang.

13

4.2 LATAR BELAKANG KELUARGA

Nama Ayah

: Law Wau Kong

Umur

: 62 Tahun

Pekerjaan

: Sendiri

Pendapatan

: 500 sebulan

Nama Ibu

: Ramlah A/P Song Heng

Umur

: 45 Tahun

Pekerjaan

: Suri rumah

4.3 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN RESPONDEN

Latar belakang pendidikan respondan dapat dilihat di sekolah rendah lagi apabila dia mula
bersekolah di sekelah rendah Kebangsaan Runchang ( SKRU) dari darjah 1 sampai darjah
6. Kemudian dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan sehingga tingkatan 3
dan dia telah mendapat tawaran untuk menyambungkan pelajarannya ke sekolah Sains
Seri Puteri di Kuala Lumpur. Dia mempunyai ciri ciri kepimpinan berbanding rakan
perempuannya

yang lain semasa berada di sekolah rendah.

. Responden pernah

memegang jawatan ketua kelas semasa di darjah 6 dan responden juga pernah menjadi
penolong ketua pegawas sekolah. Kelebihan yang ketara dalam diri respondan adalah dia
lebih kepada memilki kecerdasan logik matematik.

4.4 Sejarah kelahiran respondan


Menurut ibunya, respondan adalah sama seperti kanak kanak lain juga .Dari segi fixikal
pula, dia juga normal dan tidak mempunyai sebarang kecacatan sejak lahir. Menurut ibunya,
responden juga mengalami tahap tahap perkembangan kanak kanak yang normal seperti
kanak- kanak lain.

14

4. 5 Ciri ciri responden

Ciri responden
Seorang yang pendiam

Penerangan
Responden seorang yang pendiam ketika berada dalam
kelas dan komunikasi yang kurang semasa berda di
sekolah.

Tumpuan yang tinggi

Tumpuan yang diberikan semasa guru mengajar amat


tinggi dan mudah cepat memahami apa yang guru
sampaikan.

Ciri pemimpin

Ciri ini dapat dlihat apabila responden pernah menjadi


ketua kelas semasa di tahun 6 dan menjadi pengawas
pusat sumber sekolah semasa di tingkatan 3 dan 4.

Sangat sensitif

Responden akan menangis apabila sesuatu barang atau


permainan yang diingini tidak dapat sewaktu dia masih
kecil.

Seorang yang berkeyakinan

Responden percaya bahawa sesorang itu perlu berusaha

tinggi

dahulu untuk mendapat kejayaan dalam hidup .Sebagai


contohnya, usaha yang responden lakukan untuk
mendapat 7A dalam PMR menjadi kenyataan.

Bertanggungjawab

Tanggungjawab responden tunjukan apabila dia sentiasa


menjalankan tugas sebagai pengawas pusat sumber
berdasarkan jadual yang ditetapkan dan sentiasa
menyiapkan tugasan yang telah diberiakn oleh gurunya.
Sekiranya, ada sebarang kesulitan dalam pelajaran
responden akan bertanya kepada guru atau merujuk
buku rujukan sahaja.

Kematangan

Kematangan dapat dilihat daripada fizikalnya yang


menampakan responden seorang yang berpikiran matang
dan cara responden bercakap dengan saya mengenai
untuk dia mengejar cita cita yang tinggi dan masa depan
dengan penuh dedikasi seolah olah saya bercakap
dengan orang yang dewasa.

15

5.0 Faktor - faktor pemilihan responden


5.1 Perkembangan kognitif

Teori kognitif didasarkan pada asumsi bahawa kemampuan kognitif merupakan sesuatu
yang fundamental dan yang membimbing tingkah laku anak. Dengan kemampuan kognitif
ini, maka anak dipandang sebagai individu yang secara aktif membangun sendiri
pengetahuan mereka tentang dunia. Kesediaan kognitif berkaitan dengan kefahaman,
pemikiran, dan penaakulan yang dibawa oleh

seseorang bersamanya ke dalam situasi

pembelajaran yang baru. Pada peringkat rendah, kesediaan kognitif termasuk kebolehan
mengamati dan menyedari akan idea-idea, memahami, mengekalkan, dan mengingati
kembali dengan mudah dan berkesan.

Salah satu faktor saya memilih pelajar ini sebagai responden kerana saya mendapati
bahawa responden mempunyai kebolehan intelek yang khusus. Kebolehan intelek khusus
juga berkaitan rapat dengan ciri kedua untuk mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas iaitu
mereka mempunyai kecenderungan akademik yang khusus walaupun pada umum fizikal
baru setahun jagung. Lazimnya, kanak-kanak belum membuat pengkhususan minat mereka
pada peringkat pra-formal.

Kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek khusus ini biasanya akan


menumpukan ke arah sesuatu bidang sahaja. Sebagai contohnya, responden saya hanya
berminat dalam subjek matematik sahaja. Responden juga responden lebih suka berkaitan
angka dn mudah untuk memahami subjek berbanding subjek subjek lain. Respondan juga
menyatakan bahawa dia tidak berkebolahan dalam seni lukisan.

Menurut, teori kepelbagaian iaitu kecerdasan logik matematik . Matematik adalah


ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Kecerdasan matematik melibatkan
individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini. Sebenarnya kajian perkembangan kanakkanak oleh Piaget dan Inhelder (1969), tahap perkembangan terawal sekarang yang kita
panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek
konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam
gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang banyak
mengandungi objek lain yang tidak dikenali.

16

Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam
bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah
yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan
mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Selain itu, respondan juga
meminati subjek sains , menurutnya, dia lebih suka untuk meneroka alam semester dan
mengkaji sesuatu yang bakal terjadi.

Selain itu, repsondan juga mengatakan bahawa dia sememangnya tidak lari gari sifat
cepat bosan dan kurang meminati bidang penghafalan dan pembacaan bahan lisan
contohnya mata pelajaran sejarah yang memerlukan penghafalan.

Sebaliknya, mereka

lebih meminati eksperimen, dan mencipta kaedah baru dalam sebarang tugasan tambahan
lagi selaras dengan cita- citanya

yang ingin menjadi seorang doktor pada masa akan

datang.

5.2 Perkembangan fizikal


Dari segi perkembangan fizikal, kanak kanak pintar cerdas tidak begitu ketara jika
dibanding dengan kanak- kanak biasa. Stanley Hall (1904) berpendapat perkembanagan
seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan
bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and
stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku
semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa
apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat.

Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut,


remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.mMereka mempunyai
perkembangan

tubuh

badan

yang

sama

dan

normal

seperti

kanak

kanak

biasa.Responden mempunyai ketinggian 154 cm dan mempunyai berat badan 50 kg.


Respondan menyatakan bahawa dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, namun, dia

17

hanya akan rapat dengan rakannya yang memahami dia dan mereka boleh berkongsi minat
bersama. Responden tidak mengalami sebarang kecacatan dari segi fizikal.

5.3 Perkembangan sosial

Perkembangan

sosial

kanak-kanak

merupakan

satu

proses

perkembangan

yang

membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh
diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social
melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku
social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan
sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi
yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan
kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya.

Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang
mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan
berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat
sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanakkanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan
orang lain. Dari segi sosial pula, responden juga kurang suka aktiviti

yang melibatkan

bersosial kerana dia seorang yang pendiam. Ketika berada dalam kelas pula, responden
jarang bertanya kepada guru, dia hanya menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru
mengajar dan jika terdapat

keraguan tenetang pengajaran tersebut, dia akan mencari

maklumat dalam buku rujukan.

5.4 Perkembangan emosi


Emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud untuk
keluar atau satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu
keadaan yang memberi makna kepada dirinya . Ditakrifkan sebagai tindak balas atau
kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

18

Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku
seseorang manusia (Lefrancois,2001) Menurut Santock ( 1998 ), mendefinasikan emosi
sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi (
physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata
seperti

senyum.

Teori Perkembangan Psikososial Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia


sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat
mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik individu dikatakan perlu
menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.

Dari segi emosi, responden adalah seorang yang sukar

untuk memarahi seseorang,

namun, apabila dia berasa marah, dia akan marah dengan penuh perasaan.
Responden juga seorang yang mudah bersimpati, contonhnya, dia pernah berasa kasihan
apabila melihat seorang tua yang buta berjalan di pekan.

6.0

Penilaian berdasarkan senarai semak

SENARAI SEMAK
Tandakan Ya atau Tidak sekiranya anak/murid-murid anda mempunyai ciri-ciri yang
disenaraikan di bawah.

Bil.

Ciri-ciri

Mudah mengingati sesuatu nama


tempat ,orang dan juga nombor.
Gemar bertanya pelbagai soalan
mengenai bagaimana sesuatu itu
berfungsi.
Mempunyai kumpulan seperti
kumpulan belajar dan sebagainya
sendiri
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

ya
Tidak

Ya

Ya

19

Tidak senang duduk ,gemar


melakukan gerakan seperti
menggoyangkan kaki apabila duduk
lama di satu satu tempat
Mampu mengaitkan sesuatu sebab
dan akibat bagi perkara tertentu .

Tidak

Ya

Tumpuan yang lama dalam satu


bidang yang diminati.
Suka mengetahui sesuatu perkara
dengan lebih mendalam.

Ya

Memberi perhatian yang teliti tentang


sesuatu perkara .

Ya

10

Pencapaian akademik sentiasa


meningkat

Ya

11

Sukar menerima pendapat orang lain

Tidak

12

Kreatif dan inovatif

Tidak

13

Mempunyai daya kepimpinan yang


tinggi

14

16

Boleh bergaul dengan orang yang


Ya
lebih tua denganya dengan lebih baik
Mempunyai perbendaharaan kata yang Tidak
baik .
Menerima informasi dengan pantas
Ya

17

Keupayaan imaginasi yang tinggi

Tidak

18

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

Tidak

19

Sangat sensitif dari segi emosi dan


emosi tingkah laku

Tidak

20

Kebolehan menyelesaikan masalah

Ya

21

Sangat teliti dan mementingkan


kesempurnaan.

Ya

22

Sangat menitikberatkan hal-hal


keadilan

Ya

23

Memberi arahan dengan jelas dan


berkesan

Tidak

24

Bertanya soalan provokasi, mencabar


ibu bapa , guru dan orang lain.

Tidak

15

Ya

Ya

20

25

26

Bertindak dengan spontan secara


intuisi

Tidak

Belajar dengan cepat, mudah


memahami dan kurang pengulangan
sesuatu subjek.
Suka dalam bidang pengetahuan

Ya

Mampu belajar melebihi orang lain


dalam bidang tertentu
Berupaya menunjukkan perspektif
yang luas dalam sesuatu subjek.
Fasih dalam mengeluarkan dan
menghuraikan idea-idea

Ya

Ya

27
28
29
30

Ya
Ya

Berdasarkan kepada senarai semak diatas dapat kita lihat bahawa responden ini lebih
mendalami bahagian pengiraan

atau subjek

matematik. Responden kurang untuk

berinteraksi dengan guru semasa berada di dalam kelas kerana responden sudah memberi
tumpuan yang tinggi. Selain itu, dari segi pergaulan pula, responden boleh mengingati
sesuatu nama,tempat, orang dan dan juga nombor, sebagai contohnya subjek sejarah dan
matematik.

Seterusnya, responden juga akan memberikan tumpuan yang lama dalam


matapelajaran yang disukai seperti matematik dan sains. Hal ini menyebabkan pencapaian
akademik responden mengalami peningkatan. Walaupun begitu, responden tetap seorang
individu yang memerlukan didikan disiplin yang betul sungguhpun beliau sangat bijak dalam
bidang yang diminati. Oleh itu, dapt dikelaskan bahawa responden saya adalah seorang
yang memiliki kecerdasn logik dalam subjek matematik.

Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Kecerdasan
matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini. Sebenarnya kajian
perkembangan kanak-kanak oleh Piaget dan Inhelder (1969), tahap perkembangan terawal

21

sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan
pelbagai jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti
objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang
banyak mengandungi objek lain yang tidak dikenali.

Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang
dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan
masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai,
menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara.

7.0 Cadangan

Pertandingan kuiz Matematik di sekolah


Guru mestilah mencari inisiatif atau langkah yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan
mereka dengan menganjurkan pertandingan kuiz matematik diantara murid murid yang
dikenalpasti dan meningkatkan lagi potensi dalam bidang tersebut. Hal ini demikian dapat
membantu

pelajar

ini

mengetahui

secara

mendalam tentang

bidang

matematik.

Pertandingan ini juga boleh dilakukan dengan membuka peluang pertandingan kepada
pelajar yang bijak dalam matematik sahaja supaya mereka tidak berasa bosan untuk
bertanding. Pertandingan seperti ini boleh dilaksanakan sekurang kurangnya dua kali
setahun di sekolah.

22

Program Mentor atau Role Model


Kaedah in paling sesuai dilakukan terhadap kanak kanak atau pelajar pintar yang selalu
memerlukan sokongan serta dorongan daripada orang yang mereka sukai. Hal ini demikian
kerana mereka boleh berkongsi masalah dan berkongsi pendapat berkaitan apa sahaja
dengan mentor atau role model mereka untuk memudahkan mereka menjalani kehidupan
dengan lebih baik. Guru matematik atau pensyarah matematik boleh dijadikan mentor
kepada responden saya supaya responden boleh membaiki kesilapan dalam ilmu
matematik.

Aktiviti perkemahan di sekolah


Aktiviti ini sesuai dilaksanakan kepada kanak kanak ini supaya dapat mengatasi maslah
kekurangan kawan dalam kalangan kanak- kanak yang pintar cerdas . Menurut Sullivan,
kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini
membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai
kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada
pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana
kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Aktivit ini
memerlukan mereka bekerja secara berkumpulan dalam melakukan pelbagai aktiviti seperti
semasa aktiviti memasang khemah, memasak, kawad kaki, ice breaking dan sebagainya.
Aktiviti aktiviti sepeprti ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemahiran sosial dan
iktana persahabtan diantara pelajar ini sama ada dengan kawan yang mempunyai minata
yang sama ataupun berlainan minat.

23

8.0 Penutup

Kesimpulannya, pintar cerdas adalah salah satu golongan atau kelompok yang mempunyai
kelebihan yang tidak ternilai di dunia. Mereka mempunyai bakat dan kelebihan dalam
bidang bidang tertentu sama ada muzik, tarian mahupun, matapelajaran yang khusus.
Mereka mempunyai sifat yang boleh dikatakan berlainan iaitu seperti mempunyai
penumpuan yang lama dalan sesuatu perkara, mempunyai ciri kepimpinan, mempunyai
matlamat yang tinggi serta boleh mengingati nama, tempat dan nombor dengan baik.

Walaubagaimanapun, kecerdasan yang dimiliki meraka haruslah dikekalkan atau


ditambah lagi supaya mereka boleh berjaya pada masa akan datang. Sekiranya, meraka
mengalami kegagalan, maka kelebihan mereka adalah sia- sia sahaja.
Oleh itu, sebagai guru kita haruslah berusaha dan berganding bahu

untuk membaiki

kesilapan dan membantu meningkatkan kelebihan yang dimilki mereka supaya mereka
boleh menerajui masa depan negara dengan cemerlang.

24

Bibliografi

Education the intelligent child by sere brikoff of MENSA (1990)

Designing services and programs for high ability learners ( 2006)


Jeanne H. Purcell dan Rebecca D. Eckert

Mendidik anak genius , (2006), Hamidah Sulaiman dan Farrah Dina Yusof

Pengenalan Pendidikan khas, Open Universiti Malaysia (2006) , Prof. Dr. Ansary Ahmed,
Prof. Dr. Mansor Fadzil .

Www. Freenels.com, frusental

WWW.personal .ashland ,Piirto pyramid, The piirto Pyramid of Talent Development

http://www.wicked.org.nz/r/gifted/reading/theory/renzulli_e.php

25

26

Anda mungkin juga menyukai