Anda di halaman 1dari 2

Slide 24

Kajian David Hargreaves :

Menghuraikan punca kegagalan persekolahan atau perbezaan pencapaian

murid sekolah:
Sebenarnya punca kegagalan persekolahan dan perbezaan pencapaian pelajar amat berkait rapat dengan
interaksi. apabila satu-satu pihak tidak kira sama ada ibubapa, pihak pentadbiran sekolah, guru atau
pelajar tidak berfungsi dengan betul, maka wujudlah konflik.

Konflik terjadi apabila interaksi tidak

berlaku dalam keadaan yang sesuai atau bertepatan dengan permasalahan.

Proses penyampaian ilmu pengetahuan.

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru
tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti
sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.
Konsep yang digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu
pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan
tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru
berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa,
malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan
tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.
Pandangan dan sikap guru.
Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama
murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya
pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.

Slide 25
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu
segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan
perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir.
Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif,
tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran. Dalam
sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga
daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid
seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Tanggungjawab untuk mencorakkan interaksi
bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.

Slide 27
Saya sangat setuju dengan pendapat ini,
Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan
budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan
fizikal, sosial dan rohani manusia termasuklah kualiti pembelajaran . Sekiranya interaksi antara pelajar
dengan pelajar dalam suasana negative maka hasilnya adalah negative.Guru sebagai golongan dominan
yang menggunakan pendekatan dominasi dalam interaksi akan menghasilkan pelajar yang pasif dan minat
untuk belajar akan semakin berkurangan.

Tiada keruh yang tidak boleh dijernihkan,tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, dimana ada kemahuan
disitu ada jalansemoga kita semua menjadi guru yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai