Anda di halaman 1dari 6

Ketika masih kecil, kita dijaga dengan penuh kasih sayang.

Disuapnya makan,
dicium berkali-kali. Masuk tadika, ibu dan ayahlah yang paling turut melayan
kehendak kita. Nak beg ada gambar Upin Ipin, dibelinya kita. Nak pencil box gambar
BoboiBoy, dibelinya juga.
Masuk Darjah 1, ibu ayahlah yang setia menunggu kita di luar bilik darjah.
Memerhatikan sambil tersenyum dengan harapan senyuman tersebut dalam
mengurangkan gelodak di jiwa kita. Balik dari sekolah, dihidangkan terus dengan
makanan kegemaran kita dan malamnya pula, didodoikan kita supaya tidur awal
untuk bangun keesokkan paginya.
Masuk sekolah menengah, ibu bapa sering cuba untuk mendekati kita. Tapi kita
selalu cuba menyalahtafsirkan semuanya itu sebab kita anggap kawan kita adalah
terbaik ketika itu. Bergaduh dengan ibubapa takpe, asalkan dengan kawan tidak.
Sampai begitu sekali ye?
Melangkah ke alam universiti pula, jauh dari keluarga. Semakin hari, kita baru tahu
betapa tingginya nilai keluarga dalam hidup kita. Sampai satu tahap, kita pasti akan
menelefon mereka dan bertanya khabar berita mereka sebab kita nak tahu apa
perkembangan terkini mereka. Dan aku percaya, kalau kita cakap kita nak pulang ke
rumah pada hujung minggu, ibu ayahlah yang paling gembira sekali kan? :')

Habis universiti, kita melangkah ke alam pekerjaan. Masa kita bersama ibu ayah pun
semakin terhad. Kalau pulang ke rumah pun, hanya sekejap sahaja kerana tuntutan
kerja yang terpaksa kita kejar. Lalu, semasa kita masuk ke dalam kereta untuk
pulang ke ibu kota, berapa ramai yang sedar yang air muka ibu bapa kita pasti
berubah kerana terlalu rindukan kita untuk berdamping dengan mereka lebih lama?

Sampai satu masa, kita akan terima satu panggilan. Panggilan yang paling kita tak
sangka. Panggilan yang pasti diakhiri dengan tangisan. Panggilan yang pasti akan
menyebabkan kita teringat dengan ibu bapa kita. Dan yang paling mengharukan, kita
sendiri tidak ingat, bila kali terakhir kita bercakap dan berjumpa dengan ibu bapa kita.
Sedih bukan? Panggilan itu ; Ibu bapa kita sudah tiada. Apa yang dirasakan ketika
itu?

Dan kita mula sedar, atas kepala ibu dan ayah kita yang dulunya hitam berkilat, kini
sudah bertukar putih dan menipis. Kulit yang dulunya tegang dan cantik, kini sudah
bertukar kedut seribu dan kurus melidi. Jalannya dulu yang penuh dengan gagah
dan lemah lembut, kini berjalan dengan menggigil-gigil dan terbongkok-bongkok.
Melihat raut wajah ibu bapa kita untuk terakhir kali, pasti akan meruntun hati sesiapa
sahaja. Siapa yang tidak sedih bukan? Orang yang paling dekat dengan kita, yang
menjaga kita dari kecil sehingga besar, akhiranya pergi meninggalkan kita buat
selama-lamanya. Hanya kenangan sahaja yang mampu bermain dalam minda
Bila kali terakhir kita suap ibu bapa kita makan? Bila kali terakhir kita teman ibu bapa
kita pergi klinik? Bila kali terakhir kita teman ibu ayah kita pergi jalan-jalan? Bila kali
terakhir kita makan satu meja dengan ibu ayah kita? Bila kali terakhir kita teman mak
ayah kita pergi beli barang-barang dapur? dan bila kali terakhir kita cium dan peluk
ibu ayah kita?

Sedih bukan? Tapi itulah realitinya. Kita tak mampu melawan takdir yang sudah
ditetapkan oleh Allah swt. Tapi apa yang kita mampu buat adalah berusaha untuk
memperbaiki hubungan kita dengan ibu bapa kita. Cuba untuk menjaga hari mereka,
cuba untuk dekat dengan diri mereka.

Bayangkan satu hari nanti, bila kita membuat panggilan yang selalu menghubungkan
mak ayah kita, nombor itu sudah tiada dalam perkhidmatan kerana kita tahu, ibu
bapa kita sudah menyambut panggilan dari Allah swt

Ingatlah Kepada Ibumu


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja aku dekati ibu
Bila nak bergesel aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ibu
Bila merajuk yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon Ibu
Bila seronok orang pertama aku nak beritahu Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ibuuuuuuuuuuuuu!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok aku cari pasanganku
Bila sedih aku cari Ibu
Bila berjaya aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti aku bawa pasanganku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu aku ingat pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku

Bila..bila aku akan talipon pasanganku


Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Ibu

Setiap deras degupan jantungku


Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

Aku masih ingat


dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat


dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja
aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman
aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh
aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna
aku masih ingat.
aku masih ingat.
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu
ibu..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu

Ibu
Kamulah segalanya bagiku
Kamulah ratu hatiku
Yang menjagaku sejak
Aku mengenali duniaku ini

Yang mencegahku dari kesalahanku


Yang mendidikku dengan
Penuh kasih sayangmu
Kamulah lambang cintaku
Ayah
Kamu bagai semut bekerja keras
Kamu bagai lebah mencari madu
Kamu inginkan aku
Bagai rama-rama berterbang kebebasan
Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran
Janganlah degil, ikut perintah
Itulah kata-katamu Ayah
Kamu berkorban demi anakmu
Kamu bersusah payah demi anakmu
Kamu mencari nafkah yang halal
Semuanya untuk keselesaanku
Mengetepikan perkara yang nahi
Mengetepikan dunia bermukah
Mengetepikan dunia kebebasan
Pesanan Ibu dan Ayah sentiasa diingati
Tidak terlepas dari ingatanku
Ibu
Ayah
Aku menghargai segala pengorbananmu
Akan ku balas jasamu yang indah itu
Janji manis ku pada mu

Anda mungkin juga menyukai