Anda di halaman 1dari 9

7 Kaedah (Adab-adab)

Salafus Soleh Dengan


Nas-Nas Mutashabihat
al-Imam Hujjat al-Islam al-Mujaddid
Abu Hamid Muhammad al-Ghazali
al-Shafie al-Ashari (505H)
Kitab: Iljam al-Awam an Ilm al-Kalam
Abdullaah Jalil
Universiti Sain Islam Malaysia (USIM)
www.penuntutilmu.com

Pendahuluan
Imam al-Ghazali telah menggariskan panduan
yang sangat jelas dan mantap bagi orang awam
khasnya dalam beradab dengan nas-nas
mutashabihat agar tidak tergelincir dari hakikat
pegangan generasi Salafus Soleh di dalam
kitabnya Iljam al-Awam an Ilm al-Kalam.
Kitab Iljam al-Awam adalah kitab terakhir yang
ditulis oleh beliau di dalam bidang aqidah bagi
mempertahankan manhaj ASWJ Al-Ashairah di
dalam perkara ini.
Kitab ini ditulis bagi menolak dakwaan golongan
Hashwiyyah (Mujassimah/Mushabbihah) yang
mengambil
makna-makna
zahir
nas-nas
Mutashabihat sehingga mereka menyifatkan
Allah dengan sifat-sifat anggota dan jisim tetapi
menyangka bahawa mereka berpegang dengan
pegangan Salafus Soleh.
www.penuntutilmu.com

Imam al-Ghazali berkata di awal kitab ini:

Amma ba'd (Adapun selepas tu):


sesungguhnya engkau telah bertanya kepadaku semoga Allah memberi petunjuk kepadamu tentang khabar-khabar (al-Quran dan al-Sunnah)
yang boleh membawa kepada sangkaan Tashbih
kepada orang-orang yang lemah dan jahil dari
kalangan al-Hashwiyyah yang sesat apabila mereka
mengiktiqadkan pada Allah dan sifat-sifatNya
dengan sesuatu yang Maha Tinggi lagi Maha Qudus
(Suci) Dia daripadanya seperti rupa, tangan, kaki,
turun, berpindah, duduk di atas Arash dan tetap di
atasnya dan apa yang seumpamanya lantaran
mereka mengambil makna-makna zahir khabarkhabar (al-Quran dan al-Sunnah), dan (dalam masa
yang sama) mereka menyangka bahawa apa yang
mereka i'tiqadkan adalah mereka i'tiqad para
Salaf......
www.penuntutilmu.com

Berikut adalah tujuh (7)


prinsip yang telah
ditakhrijkan oleh beliau
berdasarkan al-Quran dan alSunnah serta amalan dan
perkataan para Salafus Soleh
berkenaan hal ini.

www.penuntutilmu.com

Imam al-Ghazali:
7 Kaedah (Adab-adab)
Salafus Soleh Dengan
Nas-Nas Mutashabihat
1 al-Taqdis
Mensucikan Allah daripada
(Mentaqdiskan) jismiyyah (sifat-sifat jisim) dan
perkara-perkara yang berkaitan

dengannya.
2 al-Tasdiq
Beriman dengan sabdaan Nabi
(Membenarkan) dan apa yang Baginda sabdakan
adalah haq; dan Baginda dalam

sabdaan Baginda adalah benar; dan


apa yang Baginda katakan adalah
benar dalam bentuk yang Baginda
katakan dan maksudkan.
3 al-Itiraf bi al-Ajz Hendaklah seseorang itu mengakui
(Mengiktiraf
dan mengiktiraf bahawa
kelemahan)
pengetahuan maksud hakikat
sebenar adalah di luar

kemampuannya; dan pengetahuan
maksud hakikat sebenar itu
bukanlah tanggungjawab dan
pekerjaannya (tidak diperintah oleh
www.penuntutilmu.com
5
Shara untuk mengetahuinya).

Imam al-Ghazali:
7 Kaedah (Adab-adab)
Salafus Soleh Dengan
Nas-Nas Mutashabihat
4

al-Sukut
Tidak bertanyakan makna sebenarnya
(Berdiam diri) dan tidak mendalami maknanya; dan
hendaklah dia tahu bahawa

pertanyaannya mengenai maknanya


adalah bidah; dan pendalaman
maknanya boleh membahayakan
agamanya; dan dia boleh terjebak
dalam kekufuran oleh sebab itu.
al-Imsak
Tidak menukar bentuk nas-nas
(Menahan) mutashabihat tersebut dengan
ditambah dan dikurangkan

sebahagiannya; atau dikumpulkan


atau diasingkan; dan tidak
menukarkannya
(menterjemahkannya) ke bahasa yang
lain ; bahkan nas-nas (al-Quran dan
hadis) tersebut tidak dibaca melainkan
dengan bentuk, lafaz dan ibarat
(susunan) yang asal.
www.penuntutilmu.com

Imam al-Ghazali:
7 Kaedah (Adab-adab)
Salafus Soleh Dengan
Nas-Nas Mutashabihat
6

al-Kaff
(Menegah)

al-Taslim li ahlih
(Menyerahkan
kepada yang
ahli)

Menegahkan dirinya daripada


menyelidik dan memikir
tentangnya.

Kalaulah seseorang itu tidak mampu


memahami nas-nas tersebut kerana
kelemahan dirinya, hendaklah dia
tidak mengitiqad yang demikian
(kelemahan) kepada Rasulullah ,
para anbiya, siddiqin dan awliya.

www.penuntutilmu.com

Nas Arab

www.penuntutilmu.com

Sedikit Ulasan
Pada pandangan penulis, huraian al-Imam alGhazali adalah huraian yang terbaik dalam
menggambarkan kaedah dan adab-adab para
Salafus Soleh apabila mereka berdepan dengan
nas-nas Mutashabihat. Ia adalah karamah
manawiyyah yang dikurniakan Allah kepada beliau.
7 kaedah ini adalah merupakan hakikat pegangan
para Salafus Soleh yang perlu dipegang dengan
kukuh oleh masyarakat awam agar mereka tidak
tergelincir ke dalam fitnah-fitnah ahli-ahli bidah alHashwiyyah yang masih wujud sehingga hari ini.
Akhir kata, marilah kita sama-sama membaca alFatihah dengan niat sebagai hadiah kepada imam
kesayangan kita al-Imam al-Ghazali - dan semoga
Allah mengurniakan kita limpahan kurniaan yang
telah Dia kurniakan kepada al-Imam al-Ghazali agar
kita terus berada di atas jalan Ahli Sunnah dan
Jamaah (al-Ashairah dan al-Maturidiyyah) sehingga
bertemu-Nya. Amin.
www.penuntutilmu.com

Anda mungkin juga menyukai