Anda di halaman 1dari 4

PENCEGAHAN KEHAMILAN MENGIKUT ISLAM

Islam membenarkan pencegahan kehamilan dalam keadaan tertentu yang dibenarkan oleh syarak tetapi
tidak membenarkan pengguguran anak kecuali bila ia membahayakan nyawa ibu.
Asas perbincangan:
1.Maksud kehamilan mengikut syarak.
2.Kaedah perancang kehamilan yang dibenarkan.
3.Alasan yang dibenarkan oleh syara
A.MAKSUD KEHAMILAN MENGIKUT SYARAK
Maksud kehamilan dari segi Ilmi (saintifik)- apabila air mani di masukkan ke dalam vagina, sperma
masuk ke dalam uterus(rahim) kemudian pergi ke tiub fallopian untuk mencari ovum(telur). Hanya satu
telur akan disenyawakan dengan sperma di tiub fallopian. Ovum yang telah disenyawakan akan ke
uterus dan di tanam di dinding uterus. Proses ini di sebut sebagai implantation.
Untuk menentukan bermulanya kehamilan dari segi syara , terdapat 3 persoalan yang perlu dijawab.
I.Adakah apabila air mani masuk ke dalam uterus ATAU
II.Adakah bila mana berlakunya persenyawaan ovum dengan sperma di tiub fallopian ATAU
III.Adakah bila mana tertanamnya ovum yang telah disenyawakan di dalam uterus.
Mengikut syara ketiga-tiga perkara diatas perlu ada bagi menentukan kehamilan telah berlaku.
Perkara I dan II tanpa yang ke III bukanlah maksud kehamilan mengikut syara.
Dalil Al-Quran: Al-Muminuun; 12 14
Ayat 12: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah.
Ayat13: Kami jadikan saripati itu air mani (yang di simpan/Nutfah) dalam tempat yang kukuh(rahim).
Ayat 14: Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan
segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami
jadikan sebungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha
Sucilah Allah Pencipta Yang Paling Baik.
Ayat-ayat ini menerangkan kejadian yang berlaku pada 4 bulan pertama kehamilan berlaku. Janin akan
mengalami 5 peringkat secara beransur-ansur dengan nama-nama yang berlainan.
Nutfah bermaksud air mani yang telah masuk kedalam rahim kemudian berlakunya persenyawaan dan
disimpan di dalam rahim.
alaqah bermaksud segumpal darah.

Mudhghoh bermaksud segumpal daging.


izoma bermaksud tulang belulang
Yaksu lahman bermaksud tulang belulang dibungkus dengan daging.
Allah juga menerangkan kehamilan dalam surah Mariam ayat ke 22, surah Luqman ayat ke 14, surah AlAhqaaf ayat ke 15.
Di dalam bahasa Arab, Haml bermaksud membawa (to carry), adalah sangat jelas bahawa wanita
membawa janin di dalam rahim dan bukannya di tiub fallopian. Oleh itu kehamilan bermula apabila
proses implantation berlaku dan bukannya sebelum itu.
Walaupun kandungan di tiub fallopian boleh berlaku(kandungan luar rahim), ia bukanlah kandungan
yang normal dan janin tidak dapat membesar dan pembedahan perlu untuk membuangnya supaya
nyawa ibu tidak terancam.
Jadi pencegahan kehamilan yang dibenarkan syara adalah apa-apa kaedah perancang keluarga yang
berbalik (yang tidak kekal reversible) berlaku sebelum proses implantation. Apabila ia berlaku selepas
implantation, maka ia dinamakan sebagai pengguguran yang diharamkan oleh syara.
B.KAEDAH PERANCANG KEHAMILAN YANG DIBENARKAN
1.Pil perancang menghalang pengeluaran ovum daripada ovary dengan cara mengubah paras
hormone. Kaedah ini dibenarkan .
Bagaimana dengan `morning after pill ? Boleh ke ? OK jika sebelum implantation berlaku (e.g. if taken
less than 72 hours after inter course)
2.Depo-Provera (injection setiap 3 bulan) konsep sama seperti pil perancang. Dibenarkan.
3.Intrauterine Devices (IUCD) IUCD mencegah kehamilan dengan dua cara (1) mencegah
persenyawaan ovum dan (2) mencegah `implantation . Jika mengikut definisi kehamilan (mencegah
sebelum proses implantation), kaedah IUCD dibenarkan.
4.Barrier Devices ia menghalang sperma masuk ke uterus; contoh kondom bagi lelaki, ataupun
melindungi cervix (pangkal rahim) menggunakan `diaphragm, `cervical cap atau `vaginal sponge.
Penggunaan ubat/krim bagi membunuh sperma sebelum sampai ke ovum juga dibenarkan.
5.Abstinence during fertile period tidak melakukan hubungan kelamin ketika subur. Dibenarkan.
6.Withdrawal (Coitus interruptus) bermaksud mengeluarkan air mani diluar rahim.
Dibenarkan. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir Rodiallahu-anhu berkata kami mengamalkan `azal
dizaman rasulullah dan ketika Al-Quran diturunkan Hadis al-Bukhari dan Muslim.
Dalam versi hadis yang lain, daripada Muslim Kami mengamalkan `azal ketika zaman Rasulullullah dan
beliau mengetahuinya tetapi beliau tidak menghalangnya.
7.Sterilization (pemandulan) untuk lelaki, vasectomy iaitu ikat tiub bagi menghalang pengeluaran
sperma dan untuk wanita `tubal ligation ikat/klip tiub fallopian untuk menghalang ovum dikeluarkan.
??? isu `reversibility ; kadar `reversibility adalah rendah dan ia tidak dibenarkan

C.ALASAN YANG DIBENARKAN OLEH SYARA


Petikan dari jawapan oleh Dr Yusof Al-Qardawi dan Muhammad Saleh Al-Munajid.
Nabi Muhammad meminta umatnya berkahwin dan memperbanyakkan umat. Ia adalah objektif utama
perkahwinan.
Islam juga menekankan pentingnya mendidik anak-anak bagi menjadi insan berguna dan menjadi
pemimpin di masa hadapan. `Parenting memerlukan usaha dan perhatian bersungguh-sungguh
daripada ibubapa. Sabda Nabi s.a.w orang beriman yang kuat adalah lebih baik dari yang lemah.
Islam membenarkan untuk `perancang keluarga dengan alas an yang kukuh :
1.Jika kehamilan ataupun bersalin boleh menyebabkan nyawa ibu terancam. Kriteria ini bergantung
kepada bukti saintifik dan juga pendapat ahli perubatan yang ikhlas.
Surah Al-Baqarah, ayat 195 .... dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam
kebinasaan..
Surah An-Nisa, ayat 29 . dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah Maha
Penyayang kepadamu
2.Jika takut bahawa beban memelihara anak menyebabkan urusan keluarga terjejas sehingga kita
membuat perkara yang haram kerananya
Surah Al-Baqarah, ayat 185 .... Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menkehendaki
kesukaran bagimu
3.Jika takut bahawa kehamilan menyebabkan bayi yang baru lahir terganggu penyusuannya. Istilah
bahasa Arab ialah `Ghellah. Hadis nabi dari Abu Dawud : Do not kill your children secretly, for Gheelah
overtakes the rider and throws him from the horse.
Namun begitu, nabi tidaklah menghalang hubungan kelamin dengan ibu yang menyusukan anak. Kerana
beliau menyedari bahawa orang-orang Farsi dan Rom melakukan perkara tersebut tanpa
membahayakan nyawa bayi yang baru lahir; juga kerana takut menjadikan kesulitan kepada pihak bapa
disebabkan tempoh penyusuan yg lama (2 tahun)
4.Tidak menggunakan kaedah perancang kehamilan yang kekal (permanent) ataupun yang
menyebabkan kemandulan. Adalah dibenarkan untuk secara sementara seperti untuk melambatkan
kehamilan, cth 2 tahun atau selepas menyusukan anak 2 tahun.
5.Tidak menggunakan kaedah perancang kehamilan yang membahayakan kesihatan.
Fatwa oleh Mufti Ibrahim Desai
Pencegahan kehamilan dibenarkan atas alasan kukuh mengikut syarah. Pencegahan secara berbalik
(reversible contraception) dan permanent (kekal) mempunyai hujah berbeza.
Reversible contraception dibenarkan jika
1.Keadaan fizikal wanita yang lemah
2.Sakit
3.Isteri ingin menjaga kecantikannya / bentuk badan untuk suami (??? ijtihad mufti)
4.Pasangan dalam perjalanan yang jauh

5.Keadaan politik yang tidak stabil; cth anak-anak dipisahkan secara paksa daripada keluarga seperti di
Negara komunis
6.Pasangan ingin bercerai dalam jangkamasa terdekat
7.Isteri adalah orang yang tidak bermoral.
Alasan yang tidak valid dari segi syarak
1.Alasan untuk menahan nafsu seks yang tinggi/terlibat dalam seks bebas juga tidak dibenarkan.
2.Kemiskinan dan takut kepada kemiskinan adalah alasan yang tidak kukuh. Dalil Al-Quran, There is not
a living creature, but its sustenance is the responsibility of Allah
Surah Al-Israa, ayat 31 Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan.
Kamilah yang akan member rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh
mereka adalah suatu dosa yang besar
Surah Al Anaam ayat 151, ..dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu kerana kamu
takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.
Walaupun asbabun nuzul turunnya ayat-ayat di atas bagi menggambarkan tindakan kejam masyarakat
jahiliyah membunuh bayi mereka dan halangan dari berbuat demikian (tafsir ibnu kathir, volume 3, pg
55) , tetapi Ayat ini boleh di aplikasikan bagi menghalang pencegahan kehamilan disebabkan takut
kerana kemiskinan. Kaedah ini dinamakan `Dalaalatun Nass suatu kesimpulan yang diambil dari teks
Al-Quran: yakni kaedah yang dibenarkan dalam prinsip keadilan Islam (Usul Fiqh)
Pencegahan kehamilan kekal (Permanent contraception)
Hanya dibenarkan jika nyawa ibu dalam bahaya ataupun tahap kesihatannya menurun teruk jika
perancang kehamilan kekal tidak dibuat

Anda mungkin juga menyukai