Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN PERASMI HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

SK CHANGKAT TUALANG
Terima kasih saudara/saudari Pengacara Majlis
Bismillahir rahmanir rahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera.
1.Yang Berusaha Encik Ramlan Jafery bin Mat Johan, Guru Besar SK
Changkat Tualang,
2.Yang Berbahagia En Abdul Rahman bin Halid
YDP PIBG SK Changkat Tualang,
3.Yang Dihormati Encik Shamsudin bin Othman, Ketua Kampung
Changkat Tualang,
4. Barisan Penolong Kanan, Guru-guru, Barisan Ahli Jawatan Kuasa
PIBG
5. Yang Diraikan Para Penerima Anugerah, Para Ibu Bapa, dan Para
Pelajar Sekalian
1.

Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT

kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya bersama tuan-tuan dan


puan-puan pada hari yang penuh bermakna ini dalam Majlis Anugerah
Kecemerlangan Tahun 2016. Sebelum meneruskan ucapan, terlebih
dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana telah sudi menjemput saya ke majlis ini dan seterusnya
menyampaikan hadiah dan sijil kecemerlangan kepada penerima
anugerah.
2.

Majlis pada hari ini merupakan satu penjelmaan kesepaduan yang

akrab terjalin antara guru, pelajar, dan ibu bapa demi merealisasikan
aspirasi dan impian para pelajar untuk mencipta kecemerlangan.Oleh
itu, janganlah dilihat majlis ini sebagai suatu upacara dan keraian
semata-mata. Lebih daripada itu, acara pada pagi ini merupakan suatu

simbolik yang memaknakan kejayaan semua pihak, iaitu individu atau


entiti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, dengan disedari
atau tanpa disedari di sebalik jejak tapak kecemerlangan yang telah
dirintis oleh mereka. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah kepada seluruh warga SK Changkat Tualang iaitu
barisan pentadbir, guru-guru, para pelajar dan staf atas sokongan dan
usaha yang ditunjukkan dalam mencemerlangkan pelajar sama ada
dalam bidang akademik, kokurikulum serta kemenjadian pelajar pada
tahun 2016. Sebagai sebuah sekolah Luar Bandar, usaha untuk
mengangkasakan SK Changkat Tualang duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan sekolah yang baik merupakan misi utama pada
tahun 2016 ini. Maka hala tuju yang jelas perlu diberikan kepada
seluruh warga SK Changkat Tualang untuk kita sama-sama menjayakan
misi SK Changkat Tualang. Saya kira cabaran terbesar seluruh SK
Changkat Tualang adalah untuk mengekalkan kecemerlangan yang
telah diraih. Maka seharusnya semua warga SK Changkat Tualang
bersama-sama dengan para pentadbir hendaklah memastikan sekolah
ini terus berada di Band 2, dan cuba sedaya upaya untuk mencapai
kedudukan Band 1. Dan untuk memastikan SK Changkat Tualang untuk
mencapai Band 1 maka kecemerlangan akademik UPSR di samping
kecemerlangan kokurikulum juga mesti seiring.
Hadirin sekalian,
3.

Memetik kata-kata Ahli falsafah Yunani, Orang yang hidup

hanya dengan harapan dan menunggu tanpa usaha dan fikir, akan
mati kelaparan. Oleh itu, kepada para pelajar yang menjadi generasi
pewaris kepimpinan dan peneraju pembangunan negara, anda perlulah
mempunyai jiwa besar dengan lingkungan perspektif yang luas dan akal

budi yang waras untuk membuat sebarang pertimbangan hala tuju


kehidupan diri, bangsa dan negara. Ramai yang menganggap bahawa
kepujian akademik sama ada dalam bentuk ijazah atau diploma dan
sebagainya

menjadikan

seseorang

graduan

itu

orang

yang

berpengetahuan. Tanggapan seumpama ini bukanlah tepat sepenuhnya.


Malahan perkara ini akan menjadikan seseorang itu jumud dan beku,
seterusnya akan menjadi culas dan kerdil untuk mentransformasikan
dirinya ke arah yang lebih baik. Dalam hal ini, anak-anak pelajar
sekalian haruslah bijak membuat perancangan dan hala tuju mengenai
laluan akademik dan kerjaya pada masa akan datang. Insya-Allah
dengan kebijaksanaan dalam membuat pilihan ketika ini akan
melakarkan masa hadapan yang unggul. Untuk mencapai kejayaan dan
kecemerlangan selepas ini, anak-anak mestilah bersedia untuk
mencabar keupayaan sendiri dan berusaha di luar batas kemampuan
supaya cita-cita yang diimpikan dapat dipacu sebaik mungkin oleh azam
dan iltizam yang terbaik, ibarat kata orang tua-tua, hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih, dan yang bulat takkan datang bergolek, yang
pipih takkan datang melayang.
4.

Oleh itu, visi dan misi anak-anak sekalian perlulah mula difokuskan

untuk melihat lebih jauh daripada skop UPSR, PT3, SPM, STPM,
diploma atau Matrikulasi. Insan yang berjiwa besar sudah mampu
melihat siapa dirinya dan tempat dia berada 10 tahun akan datang.
Menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah,
memegang gelaran profesional atau menjawat jawatan penting dalam
bidang kerjaya atau menjadi usahawan berjaya. Itulah bayangan yang
perlu dijelmakan pada layar minda anda kini. Namun perlu diingat
bahawa kejayaan akademik semata-mata tidak menjamin kesejahteraan

dalam kehidupan ini. Pencapaian akademik ini perlu disulami dan diisi
juga dengan nilai moral, adab tertib, insaniah dan kerohanian.
Hadirin-hadirat yang dikasihi,
5.

Dunia pendidikan hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran.

Salah satu cabaran yang perlu digalas oleh semua pendidik adalah
untuk berfikir dan bertindak bagi mengekalkan dan meningkatkan
pencapaian berdasarkan tahap keberhasilan yang ditetapkan. Kejayaan
pengurusan sekolah mendepani cabaran ini sesungguhnya menjadi
ukuran kepada kecekapan dan keberkesanan mereka dalam mentadbir
dan

mengurus

sekolah.

Inilah

masa

yang

sesuai

untuk

kita

mempraktikkan kreativiti dan inovasi dalam menjalankan tugas dan


tanggungjawab.Saya percaya, kita pasti dapat mengharungi segala
cabaran yang bakal mendatang dengan adanya semangat dedikasi, sifat
tanggungjawab dan profesionalisme dalam kalangan pendidik.
6.

Bermula akhir tahun 2012, transformasi pendidikan mengorak

langkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya bertaraf dunia


dalam kelompok 1/3 terbaik di dunia melalui pelancaran Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025. Pelan
ini akan melalui 3 gelombang, 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid, 9
bidang keutamaan, dan 11 anjakan utama. Keberhasilan sistem ini nanti
akan menilai aspirasi murid dari segi, pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta
identiti nasional. Manakala 5 aspirasi sistem yang dihasratkan ialah
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan.

7.

Dalam hal ini, tugas yang menanti para pendidik SK Changkat

Tualang adalah untuk menjayakan aspirasi pendidikan dengan hasrat


bagi memenuhi agenda untuk meningkatkan mutu pendidikan negara
supaya bertaraf dunia dan boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara berpendidikan tinggi seperti China, Finland,
Korea dan Singapura. Pendidikan hari ini tidak bergantung menelaah
buku semata-mata tetapi sebaliknya murid perlu berfikir dalam aras yang
tinggi. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) membolehkan seseorang
murid berkeupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu. Oleh yang demikian, pendidikan hari ini sangat menekankan
KBAT, PISA (Programme for International Student Assessment) dan
TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) yang
tujuannyabagi mencapai standard antarabangsa. Insya-Allah, dengan
transformasi pendidikan hari ini akan melahirkan generasi pewaris
negara yang memiliki ciri-ciri yang unik, cemerlang secara tekal dan
berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa.
8.

Seiring dengan transformasi pendidikan era baharu ini seperti

mana yang digariskan dalam PPPM, semua SEKOLAH perlu bersiap


siaga mengorak langkah sederap untuk mendahului perubahan ini.
Cabaran dan persaingan dalam dunia pendidikan hari ini dilihat sebagai
suatu yang positif. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Hal
ini dapat dilihat berdasarkan keputusan UPSR 2016, memperlihatkan
hanya 4896 calon UPSR mencapai cemerlang 6A berbanding tahun
sebelumnya dimana pencapaian cemerlang 5A besar jurangnya. Namun
begitu, sebagai sebuah sekolah yang mempunyai guru yang gigih

mengajar semua warganya perlulah merealisasikan visi dan misi PPPM


iaitu peneraju pendidikan bertaraf dunia.
Sidang hadirin yang dihormati,
11.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

tahniah kepada para ibu bapa yang telah berjaya membesarkan,


mendidik dan membimbing anak tuan-tuan sebagai insan cemerlang
yang pastinya menjadi kebanggaan seisi keluarga. Begitu juga kepada
para guru, warga pendidik yang saya kira menjadi tulang belakang yang
cukup kuat dan hebat kepada kejayaan anak-anak ini. Oleh itu sebagai
tanda kasih sayang, penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru
sekalian dan ibu bapa, saya meminta semua penerima anugerah dan
hadirin sekalian untuk memberikan tepukan yang gemuruh buat
mereka.
12.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua

warga SK Changkat Tualang kerana telah berjaya mengadakan majlis


ini dengan penuh istiadat dan tertib. Marilah kita bersama-sama
memanjatkan doa mudah-mudahan Allah SWT akan terus melimpahkan
rahmat perlindungan dan naungan-Nya kepada kita agar kita dapat terus
iltizam dengan usaha murni ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini,
izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun :
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Kekal cemerlang sepanjang zaman

Di waktu pagi berlagu nazam


Girangnya rasa si anak dara
Warga SK Changkat Tualang teruskanlah azam
Binalah bangsa bangunkan negara

Akhir

sekali,

dengan

lafaz

suci:

Bismillahirrahmanirrahim saya

merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2016.

TEKS UCAPAN GURU BESAR


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
20 NOVEMBER 2016
SK CHANGKAT TUALANG, KOTA BHARU,
31610 GOPENG

Anda mungkin juga menyukai