Anda di halaman 1dari 4

Perancangan Akademik

JMK 222
FIKSYEN INDONESIA
MODEN
Sidang Akademik 2016/2017
KELAS SIDANG VIDEO
Sidang Video

Tarikh

Jam

Perjumpaan 1
Perjumpaan 2
Perjumpaan 3
Perjumpaan 4
Perjumpaan 5
Perjumpaan 6

(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang
Akademik 2016/2017 yang telah dimuat naik dalam portal)

- -

JMK 222 - FIKSYEN INDONESIA MODEN


PENGURUS KURSUS: PUAN SINAWATI BINTI ZIAN
1.

KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting karyakarya fiksyen dari Indonesia. Teks pilihan berkenaan akan meliputi novel dan
cerpen yang terkemuka dan dikenali di Asia Tenggara. Perbincangan
mengenainya akan menyentuh aspek-aspek penting yang memberi impak
terhadap perkembangan fiksyen di Indonesia dan kaitannya dengan di
Malaysia.

2.

KELAS SIDANG VIDEO

Tiga kelas (1 kelas rakaman) sidang video akan diadakan sebelum Kursus
Intensif dan dua slot akan diadakan selepas Kursus Intensif.
Pertemuan Pertama:

Pengenalan membincangkan sejarah


perkembangan Kesusasteraan Indonesia Moden.

Pertemuan Kedua:

Tokoh-tokoh Sasterawan Indonesia

Pertemuan Ketiga:

Gadis Pantai dan analisis

Pertemuan Keempat:

Jepun: Negerinya Hiroko dan analisis.

Pertemuan Kelima:

Cerpen Pilihan dan analisis.

Pertemuan Keenam:

Ulangkaji dan membicarakan peperiksaan akhir.

3.

KURSUS INTENSIF

Kursus Intensif akan diadakan tiap-tiap tahun, di kampus induk USM.


Kursus Intensif untuk tahun ini akan bermula pertengahan bulan Januari
awal bulan Februari 2016.
Anda wajib menghadirkan diri pada masa Kursus Intensif mengikut
rancangan pengajian anda. Tujuan Kursus Intensif selain untuk bertemu
muka dengan pensyarah dan rakan-rakan sekursus, juga bertujuan untuk
mendedahkan anda kepada mode pembelajaran bersemuka di pusat
pengajian tinggi. Kesempatan ini harus digunakan sebaik-baiknya untuk
berbincang di antara teman-teman sekursus dan pensyarah. Jika ada
sebarang kemuskilan tentang kursus anda, atau anda kurang faham
mengenai sesuatu aspek, inilah masanya untuk mendapat penjelasan.
Anda juga dapat menggunakan peluang ini untuk membuat rujukan di
Perpustakaan USM, peluang yang anda harus gunakan sebaik-baiknya. Di

- -

samping itu anda akan berpeluang merasakan


mahasiswa kerana anda akan tinggal di kampus.

4.

kehidupan

seorang

ASAS PENILAIAN

Asas penilaian adalah dari tugasan dan peperiksaan akhir. Pembahagian


peratusannya adalah seperti berikut:

5.

Tugasan

20%

Peperiksaan Berterusan

20%

Peperiksaan Akhir

60%

TUGASAN

Anda wajib membuat 1 tugasan. Panjangnya di antara 1,800 - 2,000


perkataan atau 15 20 halaman. Tarikh akhir penyerahan tugasan ialah
pada 1 Mac 2017.
Tugasan yang diterima lewat dari tarikh yang telah ditetapkan tidak akan
dilayan.

6.

TAJUK TUGASAN

Pilih dan jawab SATU soalan sahaja.


1.

Pilih mana-mana 2 buah novel nukilan N.H Dini, bincangkan tentang


isu-isu pendidikan yang terdapat di dalam novel- novel tersebut.

2.

Pilih sekurang-kurangnya dua buah novel yang memaparkan semangat


anti penjajahan yang cuba digambarkan secara tersirat oleh penulis di
Indonesia.

3.

Bincangkan dan bandingkan sumbangan dan peranan


sasterawan angkatan 66 dengan sasterawan era 2000.

7.

RUJUKAN

3 tokoh

Rangkuti, B. 1963. Pramoedya Ananta Toer dan Kerja Seninya. Jakarta:


Gunung Agung.

Jassin, H.B. 1983. Pengarang Indonesia dan Dunianya. Jakarta: PT


Gramedia.

- -

__________________. 1962. Kesusasteraan Indonesia III. Jakarta: PT


Pembangunan.
Umar Junus. Perkembangan Novel-Novel Indonesia. KL: Universiti Malaya.

8.

TEKS WAJIB
1.

Hamka (1976).
1976.

Di bawah Lindungan Kaabah.

2.

Nh. Dini (2000). Jepun: Negerinya Hiroko.


Pustaka Utama.

3.

Satyagraha Hoerip (1982) Jakarta-Antologi 30 cerpen Indonesia,


Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

5.

Pramoedya Ananta Toer(1988). Garis Pantai.


Wira Karya.

Pengurus Kursus: Puan Sinawati


sinarwt@yahoo.com

- oooOooo -

- -

Kuala Lumpur:

Jakarta: Gramedia

Kuala Lumpur:

Anda mungkin juga menyukai