Anda di halaman 1dari 10

Kaunseling, Bimbingan dan Psikoterapi

Dr Sapora Sipon Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


-PENGENALAN
Perbezaan definisi kaunseling yang wujud di antara penulis tidak membataskan matlamat utamanya
iaitu membantu individu atau klien untuk menjalani kehidupan yang lebih baik melalui satu
perhubungan yang profesional di antara kaunselor dengan klien.Apabila membicarakan mengenai
kaunseling, sub-tajuk seperti kaunseling, kaunseling individu, definisi, ciri-cirinya, perbezaan antara
perhubungan membantu lain seperti psikoterapi dan bimbingan akan dibincangkan.
-DEFINISI KAUNSELING
Pelbagai definisi kaunseling wujud. Bagaimanapun, kesemua definisi adalah bermatlamatkan ingin
membantu individu menjalani kehidupan yang lebih baik dan berkesan untuknya.Jones (2004)
menjelaskan istilah kaunseling mempunyai pelbagai makna. Pertama, ia melibatkan individu yang
menerima kaunseling. Dimensi seterusnya ialah sebagai satu perhubungan,intervensi,satu proses
psikologikal dan mempunyai matlamatnya.Kottler & Brown (2000) mendefinisikan kaunseling sebagai
satu profesion yang mempunyai sejarah dan set standad dan berbeza dari disiplin lain seperti kerja
sosial, psikologi dan psikatri. Kaunseling juga merupakan satu aktiviti yang dibentuk untuk individu
yang berfungsi secara normal dan yang mengalami masalah perkembangan dan penyesuaian. Ia adalah
satu perhubungan sama ada dalam bentuk kelompok, keluarga atau individu yang bertujuan untuk
meningkatkan kepercayaan, keselamatan dan perubahan. Mengikut mereka lagi,kaunseling bersifat
multidimensional dan mengendalikan perasaan dan tingkah laku individu sama ada pada waktu lepas,
sekarang dan masa hadapan.Patterson (1995) mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaktif
melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor dengan klien yang mengarah kepada perubahan
klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan.Mereka juga
menjelaskan perubahan dalam kaunseling juga melibatkan kebolehan berdaya tindak ke atas situasi
semasa untuk memaksimakan peluang dan meminimakan keadaan yang merosakkan.Secara
ringkasnya, kaunseling perlu menghasilkan tingkah laku yang bebas dan bertanggungjawab di pihak
klien diiringi dengan kebolehan memahami dan mengurus emosi.Sementara itu, Hansen, Rosenberg &
Cramer (1994)mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses membantu individu untuk mengenali diri
dan persekitarannya, dan cara untuk menggerakkan peranan dan hubungan mereka. George &
Christiani(1990) menjelaskan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan
oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan
menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.American Counseling Association (ACA, 1995) pula
mendefinisikan kaunseling sebagai satu aplikasi kesihatan mental berdasarkan prinsip-prinisp
psikologikal atau perkembangan manusia melalui kognitif, afektif, tingkah laku dalam bentuk
intervensi ataustrategi secara sistematik yang berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi
atau perkembangan kerjaya dan juga patologi.Good (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman
(2002)mendefinisikan kaunseling sebagai bantuan dalam menyelesaikan masalah peribadi individu
yang dilakukan oleh pembantu yang benar- benar berpengetahuan dan berkebolehan sehinggalah
seseorang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik.

Pepinsky & Pepinsky (1954) telah menyatakan kaunselingadalah satu proses yang membabitkan
interaksi antara seorang kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulit dengan
tujuan membantu klien mengubah tingkah lakunya sehinggalah resolusi yang diambilnya memuaskan
kehendaknya.Beliau juga menekankan agar sesi kaunseling dijalankan dalam suasana tertutup, sulit,
tidak dilihat dan tidak didengari oleh orang lain.Dustin dan George (1977) pula mengatakan kaunseling
ialah suatu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku penyesuaian dan
mengurangkan tingkah laku salah penyesuaian.Cottle (1973) mendefinisikan kaunseling sebagai satu
proses psikologikal di mana seorang yang profesional membantu seorang klien yang normal untuk
meneroka dan memahami tingkah laku supaya pemilihan tingkah laku di masa akan datang boleh
dilakukan terutama sekali dari aspek pendidikan dan vokasional. Pemilihan ini adalah berdasarkan
persepsi diri klien termasuk matlamat dan nilai.Matlamat dan nilai ini akan mempengaruhi bagaimana
individu bertingkah laku ke atas diri dan persekitaran. Patterson & Welfel (1994) berpendapat
kaunseling adalah satu proses interaktif yang bercirikan satu perhubungan yang unik di antara
kaunselor dengan klien yang menyumbang kepada perubahan dalam diri klien seperti tingkah laku,
mempercayai, keupayaan untuk berdaya tindak. Oleh itu, kaunseling perlu menghasilkan tingkah laku
klien yang bebas dan bertanggungjawab diikuti dengan kebolehan memahami dan mengurus emosi
yang negatif.Burks dan Stefflre (1979) pula merujuk kaunseling sebagai satu perhubungan profesional
antara seorang kaunselor terlatih dengan klien. Perhubungan ini biasanya bersifat bersemuka person-toperson, walaupun kadang-kadangkala ia melibatkan lebih daripada dua orang.Perhubungan ini dibentuk
untuk membantu klien memahami dan dapat menyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya,
dan mempelajari bagaimana mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan
bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang bersifat emosional dan interpersonal.Arbuckle
(1975) mentafsirkan kaunseling individu sebagai proses menolong individu melihat siapa dirinya yang
sebenar, apa yang dimiliki dan apa pula yang tidak dimiliki serta apa yang boleh dan yang tidak boleh
dicapainya.Patterson (1973) menjelaskan beberapa ciri yang bukan dianggap sebagai kaunseling;
1.kaunseling bukanlah memberi maklumat walaupun maklumat boleh diperolehi
2.kaunseling bukanlah memberi nasihat
3.kaunseling bukanlah mempengaruhi sikap, kepercayaan dan tingkah laku melalui usaha memujuk dan
mengancam
4.kaunseling bukanlah menemuduga walaupun proses temuduga berlaku.Penulis tempatan seperti
Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1995) merumuskan, kaunseling itu
sebagai proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan
alam sekelilingnya. Tan Chee Yee(1987) pula menyatakan kaunseling merupakan satu proses
bersemuka face to face contact di antara kaunselor dan klien.
Tujuan pertemuan itu ialah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat keputusan
menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi
oleh klien atas keputusannya itu.

Zainal Abidin Ahmad (2002) menjelaskan kaunseling sebagai satu perbincangan antara seorang
kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan
memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi
sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.
-DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU
Gibson dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu perhubungan satu dengan
satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada beberapa aspek penyesuaian klien,
perkembangan dan keperluan membuat keputusan. Prosess ini melibatkan satu perhubungan dan ciri
komunikasi di mana klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan
memulakan perubahan. Kecekapan kaunselor memungkinan perubahan positif berlaku. Kemahiran
kaunselor dan pengetahuan menyediakan satu rangka kerja dan arah yang memaksimakan potensi klien
ke arah hasil yang positif.Rogers (dlm Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas
kepada pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam kaunseling individu iaitu
terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal. Pihak pertama ialah klien yang berada
dalam keadaan tidak tenteram, risau yang menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal.
Pihak kedua ialah kaunselor yang tenang dalam hubungan itu.Kaunselor mengalami pengalaman
empati dan faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang mengenai pengalaman dengan
klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor dengan klien melalui sifat empati, faham-memahami
dan penerimaan positif tanpa syarat sekurang-kurangnya telah mencapai sesuatu keberkesanan
kaunseling.Zuraidah Abdul Rahman (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman, 2002)
mentakrifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seorang klien
mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti
penerimaan klien secara tulen, saling hormat-menghormati dan penekanan terhadap keperluankeperluan serta perasaan klien. Manakala itu, Shertzer dan Stone (1986) menegaskan kaunseling
individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam
sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkahlaku masa hadapan
klien.Kamaruzaman Jamal (dlm Abdul Halim Othman, 1999) mendefinisikan kaunseling individu
sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelesaikan
satu konflik, atau pertentangan yang belum diselesaikan. Sementara itu, Muhd Mansur Abdullah (1993)
mendapati kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara
dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu
situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya,membuat perubahan, menukar
sikap, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.Secara
rumusannya, kaunseling individu merupakan satu pertemuan seorang kaunselor dengan seorang klien
untuk mengadakan satu proses perhubungan atau interaksi profesional dan memusatkan tumpuan
kepada aspek-aspek penyesuaian dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan pembuat keputusan
terbaik dari alternatif-alternatif yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan
komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman melalui penerokaan
kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan alternatif penyelesaian. Tujuan akhir kaunseling

individu diberikan ialah mengharapkan klien dapat memenuhi keperluan diri dan persekitarannya dan
pada masa yang sama melalui perubahan yang dilakukan.
-CIRI-CIRI KAUNSELING INDIVIDU
Bagi memahami bidang kaunseling secara keseluruhan, pengetahuan tentang ciri-ciri kaunseling
individu itu sendiri haruslah difahami.
(a) Kaunselor sebaiknya menghormati kejujuran klien yang datang meminta pertolongan. Klien
berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan persoalan bukanlah perkara yang mudah dan dianggap
remeh. Kemungkinan sebelum itu, klien berkonflik dengan dirinya untuk membuat keputusan untuk
meminta bantuan atau sebaliknya.
(b) Menjadi tugas kaunselor untuk memberi kefahaman kepada klien tentang matlamat serta limitasi
kaunseling supaya tidak timbul salah tanggapan atau persepsi yang meleset.
(c)Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan mengundurkan diri jika tidak
berupaya menangani keperluan klien dengan mencadangkan perkhidmatan profesional lain yang lebih
dominan dan signifikan dengan konflik yang dialami oleh klien.
(d) Kaunselor harus sentiasa menyedari limitasi dan menghormati etika untuk menyakinkan klien
bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan di samping klien bebas memberi maklumat
serta memilih alternatif yang difikirkan dapat membantu kaunselor untuk membantunya.
(e) Jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau keselamatan diri dan orang lain, maka
adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan kepada pihak tertentu atau dirujuk kepada pihak
pihak yang berkaitan dengan mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional lain yang lebih
berpengalaman.
(f) Kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah rahsia.
Bagaimanapun, jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau kesihatan diri sendiri atau orang
lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan hal itu kepada pihak- pihak yang
tertentu atau dirujuk kepada perkhidmatan yang sesuai.
(g) Sebagai seorang yang profesional, kaunselor berhak meminta pandangan dan nasihat daripada
professional lain dengan tujuan menjelajah beberapa kemungkinan memberi pertolongan yang berkesan
kepada kliennya.
Stewart et al (1978) mengatakan terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam
kaunseling individu. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut;
(a)Kerahsiaan
Dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik kaunseling hendaklah jauh
daripada gangguan kebisingan dan gangguan orang lain seperti bunyi telefon dan gangguan suara
bising. Ini bertujuan untuk melindungi rahsia klien kerana perbincangan antara kaunselor dengan klien
adalah sulit.

(b)Wujud status yang sama antara kaunselor dengan klien.


Kaunselor hendaklah peka kepada perkara yang mungkin mencetus persepsi perbezaan status antara
kaunselor dengan klien. Contohnya, duduk di kerusi yang lebih tinggi daripada klien atau duduk di
belakang meja yang besar.
(c)Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru
Seringkali dalam kaunseling, dalam masa setengah jam yang pertama, kaunselor tidak akan dapat
menangkap apa persoalan sebenar yang diceritakan oleh klien. Oleh itu, kaunselor hendaklah sabar
untuk memberi masa kepada klien menyesuaikan diri dan masuk kepada perbincangan sebenar tanpa
tergesa-gesa.
(d)Bilik kaunseling yang bersesuaian
Kaunseling dilakukan dalam bilik yang bersesuaian. Bilik kaunseling seboleh-bolehnya tidak
digunakan untuk tujuan lain. Ini penting untuk menyakinkan klien tentang kaunseling yang diberikan
dan imej profesion kaunseling itu.
(e)Suasana perbincangan adalah menenangkan
Perbincangan antara kaunselor dengan klien sentiasa berlaku dalam keadaan yang menenangkan.
Perbincangan yang boleh menimbulkan perasaan segan klien perlulah dielakkan berlaku.Kaunselor
juga hendaklah merancang dan mengawal masa kaunseling.
American Counseling Association (dlm Smith, 2001) menjelaskan ciri-ciri kaunseling individu sebagai;
Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi, kerjaya dan persoalan
patologikal
Kaunseling dilaksanakan oleh individu yang boleh berfungsi dengan baik dan juga mereka yang
mempunyai masalah yang lebih serius
Kaunseling adalah berdasarkan teori
Kaunseling adalah satu proses yang bersifat perkembangan atau intervensi.
-DEFINISI BIMBINGAN
Bimbingan adalah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan
kepada kehidupan
mereka. Contohnya ialah seperti memilih gaya hidup yang diingini.Gladding (2003) menjelaskaan
perbezaan ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan berfokus kepada membantu
individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai. Sementara itu,kaunseling perlu berfokus
kepada membantu klien untuk berubah.Kebanyakan tugas-tugas bimbingan di peringkat awal berlaku
disekolah dan juga pusat kerjaya di mana seorang yang lebih dewasa dan matang.

-DEFINISI PSIKOTERAPI
Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan
intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani recovery of
adequancy(Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat analitikal
menekankan bahawa
a.peristiwa lepas lebih daripada peristiwa sekarang,
b.celik akal lebih daripada perubahan,
c.peranan ahli terapi sebagai pakar.
Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu perhubungan yang lebih lama iaitu
sebanyak (20-40sesi) atau selama enam bulan hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada
perubahan yang rekonstruktif jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa
pendek (8 hingga 12 sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan. Psikoterapi juga dilihat sebagai
perkhidmatan yang lebih bersifat inpatient.
Bagaimanapun, dewasa ini, perbezaan di antara psikoterapi dan kaunseling agak sukar ditentukan.
Terdapat teori kaunseling yang dirujuk sebagai ahli terapi dan boleh digunakan dalam seting kaunseling
dan terapi.
-PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI.
Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara psikoterapi dengan
kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-dua kaunseling dan
psikoterapi adalah proses memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak
menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai
kedalam tugas-tugas kaunselor. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi
dan kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan antara
kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif, kaunseling bertujuan untuk
mempertingkatkan kebajikan individu dan juga perkembangan psikologikal. Individu dilihat sebagai
menjelaskan proses perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan dalam
kehidupan.Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya dan
menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan promotional bertujuan
menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu untuk bersifat tidak bergantung dan
mermpunyai arah dalam kehidupan.Kaunseling adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari
orientasi masalah.Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum.
Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah dan klien
menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari perkembangan
psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat debilitaing dan menghalang kejayaan
kehidupan. Psikoterapi memerlukan lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan
kecelaruan neurotik.Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi focus kepada perubahan
personaliti sementara kaunseling memberi focus membantu individu untuk menggunakan kekuatan

yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih baik.Corsini (1995) berpendapat bahawa
perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza
secara kuantitatif. Ahli terapi lebih banyak mendengar,kurang memberi nasihat dan penerangan.
Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang lebih berat dari klien
dalam kaunseling.BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan
psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan keperluan memberi
penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya mendengar secara sistematik dan mendengar
apa yang dikomunikasikan. Ia juga membentuk keupayaan membantu diri dan
bertanggungjawab.Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991)
menggunakan istilah kaunseling dan psikoterapi secara silih berganti.
-PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN KAUNSELING KELOMPOK.
Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang sama tetapi cara
penggendalian yang berbeza. Di antaranya ialah seperti berikut;
(a).Dalam kaunseling individu , proses terapuitik terhad antarakaunselor dan klien sahaja manakala
dalam kaunseling kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu.
(b).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan di
antara satu sama lain sementara dalam kaunseling individu pertolongan diberikan oleh kaunselor
sahaja.
(c).Dalam kaunseling kelompok kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan boleh diambil alih
oleh ahli-ahli kelompok manakala dalam kaunseling individu fungsi kaunselor tidak berubah.
(d).Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu, namun dalam
kaunseling kelompok agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam.
(e).Dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor, tetapi bagi kaunseling
kelompok peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga daripada kaunselor.
(f).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang selamat manakala
dalam kaunseling individu kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu sahaja ini akan
memberikan perasaan selamat kepadanya.
(g).Dalam kaunseling kelompok perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli dan kaunselor
manakala dalam kaunseling individu pengalaman dikongsi di antara kaunselor dengan seorang klien
sahaja.Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kaunseling individu dengan
kaunseling kelompok. Hubungan terapuitik dalam kaunseling individu terhad kepada kaunselor dengan
seorang klien sahaja manakala hubungan terapuitik berlaku antara kaunselor dengan beberapa orang
individu dalam kaunseling kelompok.Dalam kaunseling individu, proses pertolongan hanya diterima
daripada kaunselor sahaja. Dalam kaunseling kelompok, proses pertolongan boleh datang daripada
kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima pertolongan antara satu
sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi kaunselor adalah tetap,iaitu membantu klien memahami

diri dan menyelesai masalah. Dalam kaunseling kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua
kelompok kepada ahli.
Suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah terbentuk dalam kaunseling individu
kerana hanya terdapat seorang klien dengan seorang kaunselor. Sebaliknya, dalam kaunseling
kelompok, suasana tenang, mesra dan kepercayaan sukar dibentuk kerana ramai ahli yang terlibat.
Dalam kaunseling individu, respons hanya terdapat daripada kaunselor dan tumpuan perhatian
kaunselor diberi sepenuhnya kepada seorang klien sahaja. Oleh itu, perasaan selamat juga lebih mudah
terbina. Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons daripada kaunselor dan ahli-ahli
lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan kaunselor juga terbahagi kepada ahli-ahli yang ramai
tersebut. Keadaan ini membuatkan peserta lebih mudah merasa terancam dan kurang selamat kerana
mereka terpaksa berkongsi dengan ramai orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat diberikan sepenuhnya
kepada setiap ahli.Dalam kaunseling individu, klien kurang berpeluang untuk mempelajari kemahiran
perhubungan jika dibandingkan dengan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien dalam kaunseling
individu kurang berpeluang mempelajari cara memerhati dan memahami tingkahlaku orang lain
memandangkan terdapat hanya dua orangsahaja dalam perhubungan kaunseling individu.Dalam
kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti
bagaimana memberi perhatian, berempati, meneroka, mendengar secara aktif dan meminta penjelasan.
Ahli-ahli dalam kaunseling kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan
membantu mereka bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat mempelajari cara memerhati dan memahami
tingkah laku individu-individu lain.
-RUMUSAN
Kaunseling individu merupakan satu proses bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien dalam
suasana yang kondusif dan fasilitatif dengan tujuan untuk mengubah tingkah laku klien. Kaunseling
individu mempunyai ciri-ciri tertentu seperti kaunselor perlu menghormati keikhlasan klien, klien
memberi kefahaman mengenai matlamat dan limitasi kaunseling dan juga syarat kaunseling.Selain
daripada itu, kaunselor perlu menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya serta mengundur diri
sekiranya beliau mendapati beliau tidak berupaya menangani persoalan klien. Kaunseling individu juga
terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya ialah kaunseling akademik, kaunseling kerjaya dan
kaunseling peribadi.Dalam melaksanakan kaunseling, kaunselor perlu mewujudkan suasana kaunseling
yang teraputik dan kondusif. Antara faktor-faktor yang dapat mewujudkan situasi perhubungan
fasilitatif, kaunselor perlu mengurangkan kewujudan tekanan dalam proses kaunseling, meningkatkan
keupayaan dalam penerimaan keesahan permasalahan klien, membantu memperjelaskan maksud
kepada klien,meningkatkan pengetahuan kesahan perasaan, mempunyai sifat toleransi dalam konflik
serta mempunyai penerimaan terhadap klien.

RUJUKAN
Abdul Halim Othman (1999). Kaunseling untuk kesejahteraan Insan. Satu pengalaman di
Malaysia
. Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah
American Counselling Association (1995). Code of Ethics and standards for practice.
Alexandria,VA: Author.Arbuckle, D.S (1975). Counseling and Psychotherapy. Boston: Allyn and
Bacon.
BPS Division of Clinical Psychology (1979). Report of the writing Party on the psychological
therapists. Leicester. British Psychological Societies.
Brown, J.A.& Pate,R.H. (1983). Being a counselor: Directions and challenges.Brooks/Cole Pub.Co
(Monterey. Calif).
Burks, H.M., & Stefflre, B. (1979). Theories of counseling (3 rd ed). New York:McGraw Hill.
Capuzzi, D., & Gross, D.R. (1991). Introduction to the counselling profession (2 nd ed).
Needham Heights: Allyn & Bacon.Casey, J.M. (1996). Gail. F. Farwell. A developmentalist who
lives his ideas.The school counselor,43, 134-180.
Corey.C. (1991). Theory and Practice of Counseling and psychotherapy (4 th edn).
Pacific Grove:CA Brooks/Cole.Corsini,R.J. (1995). Introduction. In R.J Corsini and D.Wessing (eds).
CurrentPsychotherapies (5th edn).
Itasca:Peacock.pp 1-14Dustin, R. & George, R. (1977). Action Counselling For Behaviour Change
(2nd ed).
Granton. Caroll Press.Capuzzi,D. & Gross,D.R (1995). Counselling and psychotherapy.
Englewood Cliffs.Cottle (1973). Beginning Counseling Practicum.
Grune & Straton: New York.George, R.I & Christiani,T.S (1981). Theory, methods and process of
psychotherapies.
New Jersey: Prentice Hall.Gibson, R.L. & Mitchell, M.H.(2003). Introduction to counseling and
guidance.Upper Saddle River.New Jersey.
Gladding, S.T (2004). Counseling: A comprehensive profession. Prentice Hall. Upper Saddle River.
Hansen, J.C., Rossenberg, R.H., & Cramer, S.H (1994).Counseling: Theory and process (5 th ed).
Boston: Allyn & Bacon.Patterson, C.H. (1973). Theories of counseling and psychotheraphy.

New York:Harper & Row.Patterson,L.E. & Welfel, E.R. ( 1994).The counseling process (4 th ed).
Brooks/ColePublishing Company. Pacific Grove. California.
Pepinsky, H.B., & Pepinsky, P. (1954).
Counselling, theory and practice
. New York:Ronald Press.Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1995).
Kaunseling individu, apa dan bagaimana
. Shah Alam.Mohd Mansur Abdullah (1993).
Proses kaunseling
. Kuala Lumpur: DBP.Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman (2002).
Pengantar Kaunseling
. PrenticeHall: Petaling Jaya.Shetrzer,B., & Stone,S.C. (1986).
Fundamentals of counseling
. Boston. HoughtonMifflin.Smith,H (2001). Professional identity for counselors. In D.C. Locke, J.E.
Myers, &E.L. Hers (Eds).
The handbook of counseling
(pp 569-579). Thousand Oaks: CA:Sage.Stewart, N.R., Winborn,B.B., Burks, H.M., Johnson,R.R., &
Englekes, J.R. (1978).
Systematic Counseling
. Prentice Hall. Inc. Englewood Cliffs, New Jersey.Tan Chee Yee (1987).
Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Rendah danMenengah. Kuala Lumpur
. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Truax,C.B & Carkhuff,R.R. (1967). Toward effective Counseling and
Psychotherapy.Chicago,IL:Aldine.Tyler,L. (1961). The work of the counselor (2
nd
edn). New York:Appleton.CenturyCrofts.Zainal Abdin Ahmad & Wan Abdul Kader Wan Ahmad
(2004).
Modul Bimbingandan Kaunseling
. University Terbuka Malaysia

Anda mungkin juga menyukai