Anda di halaman 1dari 6

JUL401 / 2

JUL401TG1
BAHASA MALAYSIA IV
BAHASA MALAYSIA IV
Academic Session 2016/2017
TUGASAN TG1

Name

TAN LIH FENG

Matric No.

JP/9697/15

IC No.

870824025454

Regional Centre

Alor Setar

Phone No.

House :
H/P: 016 472 3337

870824025454

NOTE :
1. Please use this form as the FRONT COVER of your assignment.
AS : Please use blue colour cover
LR : Please use yellow colour cover
2. Complete all details.
3. Without the barcode, your assignment cannot be recorded by the computer
system.

TUGASAN 1 JUL 401- KARANGAN

NAMA PENUH

: TAN LIH FENG

MATRIK

: JP/9697/15

NO. K/P

: 870824-02-5454

***Penting: Sebelum hantar, pastikan bahagian depan file e-tugasan Tugasan 1 JUL 401 (1 file sahaja)
mengandungi muka surat ini dan soalan kefahaman bacaan.
Panduan Umum Karangan:
I

II

Pengenalan -1 perenggan
Penyataan Umum Tajuk/Idea Inti
Penjelasan tentang Idea Inti
Fokus perbincangan
Isi ( 5-6 isi utama) 5/6 perenggan

III

Setiap isi seharusnya terdapat:


Ayat Topik
Ayat Sokongan
Ayat Sokongan
AYat Sokongan
Ayat Penutup
Kesimpulan 1 perenggan
Rumusan tentang Idea Inti
Komen Keseluruhan
Penegasan Sikap/Harapan

Tajuk Karangan (Contoh)


Perbezaan agama, kepercayaan, dan adat resam sesuatu kaum tidak seharusnya menjadi
penghalang proses pembentukan rakyat Malaysia yang bersatu padu. Berikah hujahan anda.

Mulakan penulisan karangan anda di sini (double spacing)..............................................................


.....................................................................................................................................................................................
...................................................................

Panjang: (500-600 patah Perkataan)


.
Kefahaman Bacaan
Mulakan jawapan anda di sini (double spacing)..............................................................
.....................................................................................................................................................................................
...................................................................

Panjang: (50-60 patah perkataan)

Gejala stres dalam masyarakat kita kini sudah mencapai tahap yang
membimbangkan. Bersetujukah anda dengan pernyataan ini ?

Pada umumnya, setiap orang pernah mengalami perasaan tertekan atau


mengalami ketegangan yang dalam bahasa popularnya dikenal dengan istilah stres.
Stres terjadi pada setiap saat terhadap seseorang tanpa mengira batasan usia, jenis
kelamin, pekerjaan, ataupun status sosial seseorang. Stres dapat menimbulkan
Psychoneurosis seperti nafas pendek, otot leher tegang, sakit ulu hati, pening
kepala, gangguan pencernaan dan sebagainya. Kebelakangan ini, saya bersetuju
gejala stres telah mencapai tahap yang membimbangkan.

Beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak dengan desakan masa
mengakibatkan kita sentiasa melakukan pekerjaan dalam suasana yang tidak begitu
selesa dan had masa yang terhad. Situasi yang lebih parah apabila kita sentiasa
bekerja dengan bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat penghargaan yang
sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat. Kebosanan terhadap
tanggungjawab menjalankan tugas mengakibatkan produktiviti kerja menurun dan
kia dibebani dengan pengurusan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan
keupayaan sebenar. Dalam keadaan tertentu ia akan mengakibatkan stres kepada
kita, tambahan lagi apabila kita sukar untuk mengurus masa dengan baik.

Selain itu, suasana persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang boleh
menyumbang kepada stres. Suasana seperti kesesakan, salah satu contoh yang
paling jelas apabila kita memandu di jalan raya dengan suasana yang sedemikian
menyebabkan berlakunya kelewatan, lebih-lebih lagi apabila kita perlu ke destinasi
dengan cepat. Suasana bising yang berlaku sama ada di rumah atau di tempat
kerja juga boleh mengakibatkan stres. Persekitaran tempat kerja yang tidak
sistematik juga sering menimbulkan stres dalam kalangan kita.

Di samping itu, kesempurnaan melakukan sesuatu adalah di mana-mana kita


menetapkan standard yang terlalu tinggi dan mustahil untuk dicapai. Sebagai
contoh, seseorang yang ingin memiliki sesuatu benda seperti kereta yang berjenama
Ferrari tetapi tidak mempunyai keupayaan kewangan yang stabil menyebabkan
seseorang itu berada dalam keadaan stres dan resah sehingga mewujudkan
perasaan kecewa, serba salah kerana cita-cita yang sukar dicapai. Hal ini demikian,
akan menyebabkan seseorang itu dalam keadaan stres.

Gejala stres yang majoritinya berpunca daripada amalan pemakanan dan


gaya hidup banyak melanda masyarakat di peringkat usia 25 hingga 45 tahun.
Dalam mengharungi dunia kehidupan yang semakin mencabar,aspek pemakanan
jarang diberikan perhatian yang khususnya dalam kalangan masyarakat. Kehidupan
yang padat dan tugasan yang perlu diselesaikan menjadikan mereka mengabaikan
jadual makan yang sempurna. Menurut Dr.Azahari Rosman (1992) menyifatkan
bahawa makanan adalah punca kepada segala jenis penyakit. Apabila tubuh
mengalami masalah kesihatan, seseorang itu akan mudah mengalami tekanan
emosi. Amalan pemakanan yang tidak teratur akan menyebabkan kelesuan,
kepenatan dan berlanjutan kepada masalah stres.

Seterusnya, gejala stres yang berpunca daripada keluarga yang bermasalah


paling kerap dihadapi oleh individu. Ada juga individu yang mengalami stres kerana
berasa diri terabai daripada kasih sayang keluarga kerana ibu bapa sibuk bekerja.
Kebanyakan ibu bapa tidak mampu menangani atau melayan anak mereka mengikut
pertumbuhan usia remaja. Mereka lebih suka mengenakan kawalan dan peraturan
untuk menyekat kebebasan individu. Hasilnya individu atau anak-anak mereka akan
mengalami tekanan emosi dan mengundang kepada stres.

Kesimpulannya, gejala stres telah sampai ke tahap yang membimbangkan.


Stres telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sehari-hari dan boleh
mempengaruhi kita melalui pelbagai faktor. Oleh itu, kita haruslah mengikut panduan
menangani gejala stres agar mereka lebih bersikap rasional dan matang dalam
menghadapi segala pemasalahan hidup.

Panjang : ( 507 patah perkataan)

Kefahaman Bacaan
Era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat dikatakan mampu
mempercepat usaha memperkasakan dan memasyarakatkan Bahasa Melayu.
Sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?
Era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat dapat memperkasakan dan
memasyaratkatkan Bahasa Melayu melalui penyelidikan dan penyebaran kepada
masyarakat. Berdasarkan kajian, setiap penggunaan bahasa dalam pelbagai bidang
perlu diketengahkan supaya masyarakat dapat mempraktikkan ragam bahasa yang

pelbagai. Selain itu, ancaman gelombang globalisasi dan kemajuan teknologi


maklumat harus dipandang sebagai langkah yang positif ataupun anjakan paradigm
terhadap Bahasa Melayu.

Panjang : (56 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai