Anda di halaman 1dari 10

GARIS PANDUAN AMALAN PENTERNAKAN AYAM PENELUR

YANG BAIK

[ Pengurusan ] [ Membangun Ladang dan Prasarana ] [ Makanan ] [ Ternakan ]


[ Pengurusan Ternakan & Peralatan ] [ Kesihatan Ternakan ] [ Sanitasi ] [ Kawalan
Makhluk Perosak ] [ Kawalan Pencemaran ] [ Kebajikan Ternakan & Pekerja ]

PENGENALAN

Globilisasi pasaran, perubahan nilai pengguna dan orang ramai terhadap produk,
kualiti alam dan kebajikan ternakan akan mengancam aktiviti perladangan dan
pengeluaran telur ayam. Kaedah perladangan yang dapat meningkatkan
dayasaing, perladangan yang mesra sosio-persekitaran, menjamin kesihatan
pengguna dan menjaga kebajikan ternakan dan pekerja perlu diterapkan untuk
jaminan pengeluaran dan pasaran yang berterusan. Perubahan ini perlu
dilakukan bagi mempastikan dayamaju pelaburan yang dibuat. Garis Panduan
Amalan Perladangan Ayam Penelur Yang Baik ini disediakan untuk memandu
pengusaha ayam penelur dalam meningkatkan kualiti pengurusan ladang ke arah
mewujudkan industri ayam penelur yang berkualiti, berdayasaing dan diyakini
oleh pengguna dan orang ramai.

1. PENGURUSAN

1.1
Kesihatan Pekerja

Menentukan semua pekerja mempunyai tahap


kesihatan yang baik. Program berkala pemeriksaan
1.2 kesihatan pekerja diaturkan

a) Tugas Pekerja
b)
c) Menyediakan senarai tugas setiap pekerja
Setiap pekerja ladang jelas tugas dan tanggungjawab
mereka
1.3 Menyelia tugas kakitangan/pekerja, mengenalpasti
kelemahan dan mengambil tindakan pembaikan
sewajarnya

Latihan

Menyediakan program latihan kepada pekerja dan


melaksanakan dari masa ke semasa

2. MEMBANGUN LADANG DAN PRASARANA

2.1 Lokasi
a) Lokasi tapak untuk membangunkan ladang tidak
termasuk dalam kawasan struktur perancangan
pembangunan daerah atau berhampiran dengan
kawasan yang berkemungkinan tinggi akan
dibangunkan untuk kepentingan awam
b) Lokasi yang mempunyai kemudahan dan prasarana
asas yang baik, sempurna dan mencukupi
(Perhubungan jalanraya/ jalan ladang, sistem saliran,
sumber bekalan elektrik dan sebagainya)
c) Lokasi yang mempunyai ventilasi yang baik .
d) Sekurangnya 0.5 kilometer jarak dari ladang unggas
yang terhampir bagi ladang reban jenis terbuka dan
sekurangnya 0.1 kilometer bagi ladang yang
menggunakan reban jenis tertutup.
e) Sekurangnya 0.20 kilometer dari kawasan
pembangunan seperti kawasan perbandaran,
perindustrian, pelancongan, penempatan awam dan
kemudahan awam jika membangunkan ladang jenis
reban terbuka. Bagi ladang jenis reban tertutup pula
sekurang-kurangnya 0.10 kilometer.
f) Ladang tidak dibangunkan berhampiran tasik, kolam
dan sebagainya yang selalu disinggahi oleh
"migratory birds"

2.2 Reban

a) Reban dibina di kawasan berasingan dari kawasan


premis-premis bukan pengeluaran dan dipagar
memisahkan antara keduanya
b) Reban tidak dibina terlalu dekat dengan jalan awam
yang sering digunakan oleh kenderaan mengangkut
ayam
c) Rekabentuk, ukuran, binaan reban dan bahan
digunakan membolehkan:

Ventilasi dalam reban yang optimum, selesa


dan tidak menjejaskan pertumbuhan dan
kesihatan

Ayam serta keselesaan dan kesihatan


pekerja

Kerja sucihama yang berkesan

Ventilasi reban :

a) Suhu dalam reban di bawah 30C (suhu optimum 22-


26C). Kadar kelembapan dalam reban kurang dari
70 peratus

Rekabentuk reban :

JENIS
PERKARA JENIS TERBUKA
TERTUTUP
tidak kurang dari tidak lebih dari
Lebar reban
10 meter 12 meter
Panjang tepi sekurang 15-20
sama
atap darjah

Panjang bergantung tidak lebih dari


reban kepada keperluan 500 meter

Orientasi memanjang reban sebaiknya mengarah


*timur-barat untuk mengurangkan kesan langsung
pancaran matahari ke atas ayam

a) Jarak antara reban sekurang-kurangnya sama


dengan lebar reban
b) Bahan binaan reban, sangkar dan reka-bentuknya
tidak mendedahkan ayam kepada kecederaan.
c) Bangunan atau pokok-pokok berhampiran reban tidak
menghalang peredaran udara bersih.
d) Membina pintu yang cukup untuk keselamatan
pekerja dan ayam semasa kecemasan bagi reban
jenis tertutup.
e) Bagi reban jenis tertutup seelok-eloknya dipasang alat
amaran kecemasan.

2.3 Pelan Ladang

a) Menyediakan pelan struktur ladang yang


menunjukkan jalan utama ke ladang , pembangunan
persekitaran seperti kampung, pekan dan sumber air
berhampiran.
b) Menyediakan pelan struktur yang menunjukkan
kedudukan reban-reban dan lain-lain prasarana
ladang.

3. MAKANAN

3.1 Makanan

a) Memperolehi bekalan makanan dari kilang makanan


yang menerapkan amalan pembuatan yang baik
(GMP) atau amalan yang diperakukan bersama oleh
Jabatan Perkhidmatan Haiwan
b) Pemantauan mutu dan kebersihan makan dibuat dari
masa ke semasa.
c) Menyimpan makanan di tempat yang mempunyai
ventilasi yang baik yang tidak mendedahkan makanan
mengalami kerosakan mutu atau pertumbuhan kulat..
d) Menyimpan makanan di tempat yang bersih, kalis
tikus dan burung.
e) Tidak menyimpan bahan-bahan racun di ruang premis
yang menyimpan makanan.
f) Makanan tidak disimpan lama.(tidak lebih dari satu
minggu) Bagi tempat simpanan makanan yang
berlantai simen atau tanah, makanan disimpan di atas
alas tinggi lebih kurang 15sm.

3.2 Air Minum

a) Menggunakan air dari sumber yang bersih atau air


yang telah dirawat terlebih dahulu dengan
menggunakan bahan seperti klorin dan lain-lain
bahan sanitiser yang diluluskan oleh kerajaan
b) Mengelakkan air minuman dari dicemari. AIr
minuman disimpan di dalam bekas yang tertutup dan
mudah dicuci.
c) Menggunakan bekas menyimpan air minum yang
tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat dari bahan
yang boleh menyebabkan keracunan.
d) Pemantauan kualiti air (pH, kandungan kimia, kuman,
logam) dari masa ke semasa.

4. TERNAKAN

4.1 Anak Ayam

a) Memperolehi anak ayam dari ladang baka atau


ladang penetasan yang diakreditasi oleh Jabatan
Perkhidmatan Haiwan atau yang mengamalkan
prosedur pengurusan yang diperakukan bersamaan
dengan syarat akreditasi
b) Melakukan kawalan mutu anak ayam semasa
penerimaan.
c) Sebaiknya anak ayam diperolehi dari induk yang
sama "flock" atau sama umur.
d) Anak ayam dari sumber berlainan tidak dipelihara di
dalam "flock" yang sama.

5. PENGURUSAN TERNAKAN DAN PERALATAN

5.1 Panduan Pengurusan

a) Menyediakan panduan pengurusan ladang termasuk


kaedah pengurusan ternakan, pemberian makanan
dan air minum, pengurusan reban, vaksinasi,
penggunaan dan penyelenggaraan peralatan,
pengurusan kesihatan ternakan dan lain-lain panduan
yang berkaitan
b) Meletakkan panduan ringkas pengurusan ladang di
setiap reban supaya mudah dilihat dan dirujuk oleh
pekerja

5.2 Kawalan dan Jaminan Kualiti

a) Mengamalkan pengurusan harian, penggunaan dan


penyelenggaraan kemudahan serta peralatan yang
dapat mempastikan pertumbuhan dan mutu ayam
yang baik, pengeluaran telur dan mutunya yang baik..
b) Mengamalkan pengurusan harian, penyelenggaraan
kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan
tidak menyebabkan pencemaran dan gangguan
kepada persekitaran serta perebakan penyakit.
c) Menyediakan program kepastian kualiti

5.3 Mengendali Ayam dan Telur

a) Memungut telur beberapa kali sehari


b) Menyimpan telur yang bersih berasingan dari yang
kotor dan pecah.
c) Segala peralatan dan kelengkapan yang berkaitan
dengan pengendalian telur dipastikan bersih.
Program penyelenggaraan peralatan disediakan.
d) Bilik menggred dan menyimpan telur sentiasa
dipastikan berkeadaan bersih. Ruang menggred telur
dicuci selepas selesai kerja pada hari berkenaan.
e) Menyimpan telur dengan posisi yang betul di tempat
yang bersih, bersuhu rendah dan ventilasi yang baik.

5.3
Rekod Ladang

Menyediakan rekod-rekod ladang yang lengkap


(rekod sumber anak ayam, sumber makanan,
kematian, singkiran, pemberian ubat, pemberian
vaksin, pengeluaran telur, gred telur dan lain-lain).
Rekod-rekod diselenggara dengan baik dan
dikemaskini dari masa ke semasa.

5.4 Memantau Prestasi

a) Menyediakan norma-norma petunjuk produktiviti


ladang sebagai panduan pengurusan menilai
kecekapan pengurusan ladang secara berterusan.
(index productivity)

6. KESIHATAN TERNAKAN

6.1 Program Keishatan

a) Menyediakan dokumen bertulis program kesihatan


ladang dan melaksanakannya dengan betul.
b) Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan
diawasi oleh perunding veterinar yang diiktiraf
c) Program kesihatan dinilai dan dikemaskini dari masa
ke semasa.

6.2 Kawalan Penyakit

a) Memantau status penyakit di ladang secara


berjadual. Menyimpan rekod pemantauan penyakit
dengan lengkap, teratur dan kemaskini.
b) Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle,
penyakit zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza
dan Vancomycin Resistant Enterococci dan penyakit
bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157,
Campylobacter, Lysteria),
c) Mengambil tindakan kawalan yang segera apabila
dikesan berlaku penyakit di dalam ladang.

6.3 Biosekuriti

a) Menyediakan dokumen bertulis langkah biosekuriti


dan melaksanakannya dengan betul.
b) Menyediakan prasarana biosekuriti yang lengkap dan
sempurna

Seluruh kawasan sempadan ladang dipagar


sekurang-kurangnya dengan 'chain link' dan
diselelenggara baik

Mewujudkan sistem kawalan keselamatan di


pintu masuk ke ladang

Menyediakan kemudahan sucihama


(pencelup tayar kenderaan dari jenis
berbumbung dan semburan, pencelup kaki,
tempat mandi/sembur hujan (mist spray).
Binaannya hendaklah dapat mempastikan
perlaksanaan kerja sucihama yang berkesan.

Menyediakan kemudahan yang menepati


keperluan biosekuriti kepada pelawat yang
perlu memasuki kawasan pengeluaran.

c) Menyediakan panduan perlaksanaan amalan


peraturan biosekuriti

Hanya satu laluan keluar-masuk kawasan


pengeluaran sahaja digunakan.

Mewujudkan sistem mengawal pergerakan


pekerja, pelawat, kenderaan, peralatan dan
barangan termasuk raga ayam, anak ayam
dan makanan keluar-masuk kawasan
pengeluaran dan antara reban yang
mempastikan mematuhi protokol biosekuriti
ditetapkan.

Membina reban jenis tertutup yang


memastikan udara yang disedut keluar dari
satu reban tidak mengarah terus ke reban
bersebelahan

d)
Peraturan biosekuriti ditampal di tempat-tempat
strategik di dalam ladang untuk diambil perhatian oleh
pekerja.

e) Keberkesanan perlaksanaan protokol biosekuriti


dipantau dan dinilai dari masa kesemasa dan
membuat pembaikan di mana perlu.

6.4 Ubatan, Racun dan Bahan Kimia

a) Mengguna, mengendali dan menyimpan ubat, racun


dan bahan kimia mengikut kaedah sebagaimana
diarah oleh pengeluarnya. Dos diguna, tempoh
penggunaan dan persekitaran menyimpannya
dipatuhi.
b) Hanya menyimpan ubat pada kuantiti yang dijangka
mencukupi untuk kegunaan sesuatu tempoh masa
sebelum tarikh lupusnya.
c) Mengguna hanya ubat, bahan kimia dan racun dari
jenis yang diluluskan oleh kerajaan.

6.5 Vaksin dan Program Pemvaksinan

a) Menyediakan dokumen bertulis program pemvaksinan


dan melaksanakannya dengan betul
b) Program pemvaksinan menggunakan vaksin dari jenis
yang sesuai.
c) Vaksin disimpan. dikendali dan diguna mengiukut
kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya.
d) Baki vaksin yang telah dighuna tidak digalak diguna
oleh kerajaan sahaja
e) Menggunakan vaksin dari jenis yang dilulus oleh
kerajaan sahaja.
f) Memantau keberkesanan pemvakasinan yang
dijalankan.

6.6 Sucihama

a) Reban disucihama dengan sempurna selepas setiap


pusingan pengeluaran, membiarkannya kosong untuk
tempoh yang sesuai (Tempoh yang dapat mematikan
pusingan pembiakan agen penyakit) sebelum
kumpulan ayam baru dibawa masuk.
b) Semua peralatan ladang disucihama sempurna
selepas setiap kali digunakan dan menyimpan di
tempat yang bersih dan kering sebelum diguna
semula.
c) Memantau keberkesanan kerja sucihama yang dibuat.

7. SANITASI

7.1 Kebersihan

a) Sentiasa menjaga bersih persekitaran ladang dan


premis.
b) Menyelenggara baik rumput dan tumbuhan di dalam
kawasan ladang.
c) Menyelenggara baik sistem saliran ladang.

7.2 Pelupusan Sisa Ladang

a) Melupuskan dengan segera ayam mati, sarap reban


dan sampah. Mengamalkan kaedah pelupusan yang
sempurna ( ditanam di dalam lubang dengan
kedalaman yang sesuai, di dalam lubang bertutup,
dibakar di tempat bertutup, dikompos).
b) Ayam mati dipungut dan dikendali dengan betul bagi
mengelakkan kemungkinan menjadi punca perebakan
penyakit.
c) Menentukan kaedah pelupusan ayam mati, sampah,
sarap dan lain-lain sisa ladang tidak mencemarkan
persekitaran dan kesejahteraan awam.
d) Menyediakan tempat khas pelupusan sisa ladang
jauh dari reban dan sumber air
8. KAWALAN MAKHLUK PEROSAK

8.1
Protokol Kawalan

Menyediakan secara bertulis dokumen kawalan dan


melaksanakannya dengan betul. Menilai
keberkesanan protokol dari masa ke semassa dan
diperbaiki jika perlu.

8.2 Binaan Reban dan Setor

a) Membina reban dan setor jenis kalis burung dan


sebaiknya juga kalis tikus.
b) Bahan binaan yang digunakan untuk mengawal
burung dari memasuki ke dalam reban dan setor, saiz
dan pemasangannya mempastikan burung tidak
boleh masuk ke dalam reban. Pemeriksaan berkala
dibuat untuk mementukan ianya sentiasa berkeadaan
baik.
c) Menentukan tidak ada tempat di dalam kawasan
ladang yang menarik tikus dan burung membuat
sarang.

8.3 Tumbuhan dan Pokok

a) Pokok-pokok yang menarik burung ke kawasan


ladang tidak digalakkan di tanam di sekeliling reban.
Dahan-dahan pokok yang ditanam berhampiran
dengan reban diselenggara baik.
b) Menyelenggara dengan baik tumbuhan dan rumput
dalam jarak 30 meter dari kawasan reban supaya
tidak melebihi 15 sentimeter bagi mengelakkan
menjadi tempat burung dan tikus bersarang atau
berlindung. Tiada tumbuhan dan rumput sekurang-
kurangnya dalam jarak 90 sm. di sekeliling reban.

8.4 Kawalan Tikus

Memantau infestasi tikus dari masa ke semasa dan


merekod dengan sempurna. Mengambil langkah
mempastikan indeks infestasi tikus tidak lebih dari
10. Mengambil langkah kawalan jika infestasi tikus
melebihi indeks ini.

9. KAWALAN PENCEMARAN

9.1 Kawalan Lalat

a) Mengambil langkah-langkah supaya tahap infestasi


lalat di ladang di paras minimum. Program kawalan
lalat diwujudkan dan melaksanakannya dengan betul.
b) Memantau infestasi lalat di semua peringkat
pemeliharaan secara berkala dan merekod dengan
lengkap indeks lalat (menggunakan Scuder fly grill)
mesti tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan
jika indeks infestasi melebihi indeks ini.
9.2 Kawalan Bau

a) Mempastikan langkah-langkah supaya tahap bau di


ladang yang terkawal dan tidak mengganggu
kesejahteraan persekitaran pada setiap masa.
b) Mengambil tindakan sewajarnya dengan segera
segala perkara yang boleh menjadi punca bau busuk
di ladang dan persekitaran.

9.3 Kawalan Habuk

Mempastikan udara yang disedut keluar dari reban


tertutup tidak mencemarkan udara dan menganggu
kawasan persekitaran.

9.4 Pencemaran Bunyi

Mempastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan


dan kelengkapan yang digunakan tidak menganggu
kesejahteraan awam di sekitar.

10. KEBAJIKAN TERNAKAN DAN PEKERJA

10.1Pengurusan Ternakan

Ayam bebas dari sebarang bentuk tekanan,


kecederaan dan ketidak selesaan sebaik tiba di
ladang dan sepanjang tempoh pemeliharaan,
penangkapan dan pengangkutan.

Ayam mendapat makanan dan air yang


berzat dan mencukupi

Sesuai dengan peringkat pembesaran


sepanjang masa

Mempastikan ayam mencukupi tempat


perlindungan dari cuaca yang memudaratkan
kesihatan

Suhu ruang pemeliharaan sesuai dan sekata


mengikut peringkat pembesaran ayam

Setiap ekor ayam mendapat luas ruang lantai


yang cukup dan sesuai dengan peringkat
pembesaran

Setiap ekor ayam mendapat luas ruang bekas


makanan dan minum cukup dan ketinggian
yang sesuai dengan peringkat pembesaran.

Menangkap ayam dengan cara yang tidak


mencederakannya
Mengangkut ayam menggunakan kenderaan
yang mempunyai sistem ventilasi yang baik

Menyediakan pelan kontigensi sekiranya


berlaku kerosakan kepada kenderaan yang
mengangkut ayam

10.2Pengurusan Ventilasi

Memantau paras gas ammonia, karbon monosida,


karbon dioksida, hidrogen sulfida dan oksigen di
dalam reban tertutup dari masa kesemasa bagi
mempastikan parasnya tidakj menjejaskan kesihatan
ayam dan pekerja. Paras gas hendaklah seperti
berikut:
Gas ammonia di bawah 20 ppm
Gas karbon
di bawah 40 ppm
monosida
Gas karbon
di bawah 0.3%
dioksida
Gas oksigen di atas 16%
Gas hidrogen
di bawah 5 ppm
sulfida

10.3Kemudahan Pekerja

a) Kemudahan perumahan pekerja dan kemudahan


untuk pekerja berehat dan mengambil makan/minum
disediakan pada jarak sekurang-kurangnya 15 meter
dari reban.
b) Menyediakan kemudahan tandas yang sempurna di
kawasan perumahan pekerja dan juga di dalam
ladang
c) Menyediakan pakaian dan keselamatan bagi pekerja
yang bekerja di tempat yang berisiko kemalangan
atau jangkitan yang tinggi

[ Menu Utama ]

Anda mungkin juga menyukai