Anda di halaman 1dari 20

Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

KURSUS PENGURUSAN PEDAGOGI


BESTARI
UNTUK
PENOLONG KANAN

MODUL 2

UNSUR-UNSUR
BESTARI

AHLI PANEL

TN.HJ.YUSOF OSMAN - MPTI


TN. HJ. ZAINUDDIN OTHMAN - MPIK
EN. FAHAROL RAZI SHAARI - IPDA

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2003

2-1
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

MODUL 2 : UNSUR-UNSUR BESTARI

OBJEKTIF
Peserta dapat
1. Meningkatkan kefahaman dan kemahiran untuk mengenalpasti
dan mengkategorikan unsur-unsur Bestari

2. Menggunakan kemahiran ini untuk membantu tugas-tugas


pemantauan

MASA : 2 jam

AKTIVITI : 2.0 Mengenalpasti unsur-unsur Bestari dalam Pengajaran dan


Pembelajaran berdasarkan senario Sekolah Bestari

Prosedur Bahan/Sumber Catatan

1. Setiap peserta dikehendaki Lampiran P2.1 Setiap peserta dibekalkan


mencari pasangan masing- Lampiran P2.2 Lampiran P2.1 atau Lampiran
masing. Setiap pasangan akan P2.2
mendapat 2 lampiran iaitu
Lampiran P2.1 dan Lampiran
P2. 2

2. Seorang membuat Lampiran P2.1


dan pasangannya membuat
Lampiran P2.2 secara individu.
Selepas itu peserta menukarkan
lampiran dengan pasangan
masing-masing. Bincangkan
jawapan.

3. Sepasang peserta diminta Transparensi


mencatatkan jawapan pada ( Lampiran P2.1
transparensi yang disediakan dan P2.2)
untuk pembentangan.

4. Fasilitator membuat rumusan. Lampiran F2.1


Lampiran F2.2

2-2
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Prosedur Bahan/Sumber Catatan

5. Peserta dibahagikan kepada Gunting Kategori-kategori yang


beberapa kumpulan kecil Gam diberi mungkin berlainan
yang mengandungi 4 -5 orang Kertas Sebak atau melebihi daripada apa
peserta . Setiap kumpulan diberi yang dicadangkan dalam
2 lampiran mengandungi : Buku Panduan Perlaksanaan
Kurikulum KDP 12 minggu
a. Pernyataan unsur-unsur Lampiran P2.3 Latihan Guru Bestari.
bestari. Terima jawapan dan buat
b. Tajuk-tajuk Unsur Bestari Lampiran P2.4 penyelarasan pada langkah
10.

6. Edarkan Lampiran P2.5 kepada Lampiran P2.5


peserta dan minta peserta Arahan kerja yang perlu
mengkategorikan keratan dilakukan oleh peserta
mengikut tajuk-tajuk berikut boleh didapati di Lampiran
secara terperinci: P2.3 dan P2.4
Ciri-ciri Pelajar
Jenis-jenis Pembelajaran Lampiran P2.3 dicetak
Strategi Pengajaran & sebelah sahaja
Pembelajaran Lampiran P2.4 dicetak
Kemahiran Generik sebelah sahaja dengan
menggunakan kertas warna

Kertas Warna
7. Peserta menampalkan jawapan
Kertas Sebak
pada kertas sebak dan membuat
Gam
penilaian rakan sebaya.

8. Fasilitator menayangkan
Lampiran F2.3
trasparensi menggunakan
Lampiran F2.3.

9. Refleksi : Perlukah semua unsur


bestari disebatikan dalam satu
sesi pengajaran dan
pembelajaran? Mengapa?

Jangkakan perbincangan
10. Penutup: Fasilitator atau perdebatan tentang
Lampiran F2.4
menayangkan Unsur-unsur jawapan. Jawapan yang
Bestari menggunakan munasabah boleh diterima
Powerpoint/transparensi. dengan justifikasi. Kaitkan
( Lampiran F2.4) cadangan jawapan dengan
jawapan yang diberi oleh

2-3
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Prosedur Bahan/Sumber Catatan


peserta.

Lampiran P2-1
Arahan: Baca petikan di bawah dan buat tugasan berikut:
1. Kenalpasti dan gariskan unsur-unsur bestari.
2. Namakan unsur-unsur bestari tersebut.

Sehari bersama murid bestari Kategori unsur-unsur


bestari
Nama saya Zainab. Saya pelajar tahun 5. Pagi ini, saya
dan rakan saya datang awal ke sekolah untuk
mengemaskini halaman sekolah kami yang terdapat di
World Wide Web. Kami berkesempatan menjawab soalan
yang diajukan oleh pelajar dari Oxford tentang jenis
pakaian pelajar Malaysia.

Kemudian, sewaktu kelas Kemanusiaan, kami mempelajari


budaya lain dengan cara bertukar-tukar E-Mel dengan
pelajar dari bahagian lain di dunia melalui internet. Guru
kami En. Muhamad, mengarahkan kami supaya menyimpan
pesanan e-mel bagi menyediakan portfolio pembelajaran
untuk dikongsi dengan pelajar di kelas lain. Beliau juga
menggalakkan kami membincangkan portfolio sama ada
dengan beliau, antara kami sendiri atau dengan ibu bapa.
Saya memilih untuk meminta ibu bapa saya menyemak
portfolio saya terlebih dahulu sebelum meyerahkannya
kepada cikgu Muhamad.

Hari ini, kami mencuba modul sains yang berlainan.


Beberapa orang pelajar telah bercadang untuk
mempelajari Modul Sains yang sama di bawah bimbingan
cikgu Ibrahim. Mula-mula cikgu Ibrahim memastikan
setiap pelajar dalam kelas mempunyai modul untuk
dipelajari sama ada secara individu atau berkumpulan.
Kemudian beliau datang pada kumpulan saya dan bertanya
bagaimana kami menerangkan kepada makhluk asing dari
planet lain apabila diajukan dengan soalan`Bagaimanakah
pokok tumbuh?`. Kami menonton filem fotografi langkau
masa yang menunjukkan bagaimana benih tumbuh menjadi
pokok. Betapa menakjubkan benih kecil boleh menjadi
pokok angsana. Saya dan rakan-rakan saya telah
memikirkan banyak jawapan bagi soalan makhluk asing

2-4
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

itu. Kami membentangkan jawapan kami dalam bentuk


lagu sajak, pergerakan kreatif lukisan dan dialog.
Semasa kami sibuk dengan modul tahap lima, rakan karip
saya Nordiana mempelajari modul yang lebih tinggi. Tiga
rakan saya yang lain membuat kajian kesan serangga ke
atas tumbuhan. Saya jangka mereka telah bersedia untuk
menduduki penilaian tahap sembilan.

Minggu lepas Cik Azah, guru muzik kami, telah mengajar


kami cara menghasilkan bunyi dengan menggunakan
barangan dapur. Beliau juga menunjukkan bagaimana
badan kita boleh menghasilkan bunyi. Contohnya, semasa
kita berdengkur, hentak kaki, tepuk tangan, petik jari
dan tepuk peha. Hari ini kami menyatukan semua bunyi
bagi menghasilkan gubahan muzik yang diberi nama, "
Muzik Bunyi". Kemudian Cik Azah membantu kami
merekod muzik bagi koleksi diskograf untuk simpanan
dalam portfolio kami. Selepas itu Cik Azah memberi kuiz
ringkas sebelum memberi modul yang berlainan untuk
kami pelajari. Enam pelajar telah diberi modul tahap
sepuluh. Kebanyakan daripada kami diberi modul tujuh.
Cik Azah meminta dua rakan saya membuat satu lagi
modul enam bersamanya.

Rakan saya Imran, tidak dapat hadir ke sekolah hari ini


kerana tergeliat kakinya. Doktor menasihatinya supaya
berehat di rumah. Guru kami menyatakan bahawa Imran
dapat menyiapkan kerjanya walaupun tercedera. Imran
telah menghantar kerjanya yang telah siap melalui e-mel.

Semasa ibu bapa saya menjemput saya pulang dari


sekolah, banyak perkara yang ingin saya
sampaikan kepada mereka. Ibu saya kata, En.
Bakar telah menghantar laporan kemajuan
bulanan saya melalui e-mel. Ibu gembira
kerana saya seronok di sekolah. Ayah seperti
biasa, hanya tersenyum. Ini menunjukkan
beliau turut gembira dengan kemajuan saya.
Saya tidak sabar menunggu esok untuk
memberitahu rakan saya betapa gembiranya
ibu dan ayah saya.

2-5
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Lampiran P2-2
Arahan: Baca petikan di bawah dan buat tugasan berikut:
1. Kenalpasti dan gariskan unsur-unsur bestari.
2. Namakan unsur-unsur bestari tersebut.

Sehari bersama guru bestari Kategori unsur-unsur


bestari
Nama saya Idris dan saya mengajar di sebuah
sekolah bestari. Hari ini, seperti biasa, saya akan
menggunakan kad bestari saya untuk mencatat
kehadiran saya. Apabila loceng sekolah berbunyi,
saya menyemak kehadiran pelajar saya dengan
menggunakan komputer dalam bilik guru. Semua
pelajar saya hadir, jadi saya tidak perlu menalifon
atau mengirim e-mel kepada ibu bapa mereka untuk
bertanya tentang anak mereka.

Pagi tadi, saya ke pusat sumber guru untuk


menyemak rekod penilaian kemajuan pelajar saya
minggu ini. Pelajar saya telah mencadangkan tugasan
dan kerja yang mereka ingin buat pada minggu
hadapan. Saya merakamkan persetujuan saya bagi
kebanyakan pelajar, dan memberi cadangan
tambahan kepada pelajar saya yang lain. Rakan
sejawatan saya memberitahu ada beberapa orang
pelajar saya yang meluangkan terlalu banyak masa
berbincang dengan pelajar berkenaan, dan mereka
berjanji akan menumpukan masa tambahan kepada
tugasan yang lain sebaik selesai projek sains.

Seorang pelajar saya Fatimah, tidak dapat


menyiapkan tugasan kerana sakit. Dia bercadang
agar dibenarkan membuat perjanjian pembelajaran
bagi menghasilkan dua kali ganda bilangan tugasan
sebagai ganti. Setelah berbincang tentang jadual
dan bahan sumber, kami membuat keputusan tentang

2-6
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

kandungan perjanjian. Ibu Fatimah telah menalifon


saya untuk membincangkan kemajuan anaknya.
Setelah ditandatangan perjajian, saya mengirim
salinan perjanjian dan cadangan saya kepada ibu
Fatimah melalui e-mel. Saya bersyukur kerana
teknologi membebaskan saya untuk meluangkan lebih
masa bersama pelajar saya, mengenali mereka
dengan lebih baik dan memahami keprihatinan,
harapan, dan cita-cita mereka.

Sebelum rehat kedua hari ini, kelas bahasa Inggeris


saya berkomunikasi melalui internet dengan penulis
buku kanak-kanak. Pelajar saya menghabiskan sejam
`berbual ` dengan lima belas orang penulis, dan
mengemukakan soalan yang telah mereka sediakan
semalam. Setelah saya memberi gred portfolio
pembelajaran pelajar , saya pergi ke pusat sumber
guru untuk mengimbas portfolio pelajar saya supaya
dapat dihantar ke unit pengumpulan penilaian di
Lembaga Peperiksaan.

Selepas waktu sekolah, saya dan rakan sejawatan


saya bertemu di pusat sumber untuk menggunakan
internet bagi mengumpul , menganalisis dan
menggunakan maklumat daripada perpustakaan dan
universiti di seluruh dunia. Ini untuk
memperkembangkan pengkalan data guru dan
pelajar. Saya sedang mengembangkan pengkalan data
bagi pertunjukan pentas kanak-kanak abad ke-20.
Sekumpulan guru yang lain juga berada di sana dan
mereka sedang menghasilkan pukal aktiviti kontrak
bersama rakan sejawat lain di seluruh dunia. Mereka
bertungkus lumus menyediakan pukal interaktif
tentang `perjalanan melalui sistem suria `, yang
menggunakan simulasi komputer dan realiti bagi
mengajar KBKK dalam matematik.

Dalam perjalanan balik ke rumah saya masih ingat


betapa bimbangnya saya semasa Kementerian
Pendidikan mula memperkenalkan teknologi ke dalam
sekolah. Dulu saya ingat saya buta teknologi dan
saya takut saya akan dianggap tidak berguna lagi.
Sekarang saya sedar bahawa teknologi maju telah
membebaskan saya daripada tugasan remeh, dan
menjadikan pekerjaan lebih bermakna.

2-7
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

LAMPIRAN P2-3

1. Pelajar menyempurnakan satu tugasan berpandukan


modul mengikut tahap yang sesuai

2. Pelajar mengakses internet untuk mendapatkan maklumat

3. Pelajar dapat menyatakan kebaikan, kelemahan dan


aspek menarik tentang persembahan rakannya

4. Pelajar menjawab soalan peperiksaan secara formal

5. Pelajar memberi jawapan yang bercapah

6. Pelajar menyemak hasil kerja sendiri

7. Pelajar membuat persembahan berdasarkan minat


dan kecenderungan mereka

2-8
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

8. Pelajar berkongsi maklumat yang dicari sendiri dan


meminta guru memberi komen serta bimbingan

9. Pelajar mengumpulkan hasil kerja di dalam fail


untuk diperiksa

10. Pelajar dapat menjelaskan cara menyelesaikan


masalah

11. Pelajar memerhati dan meneliti persembahan rakan

12. Pelajar merujuk kepada ensaiklopedia di pusat


sumber

13. Pelajar membuat perjanjian dengan guru untuk


menyelesaikan sesuatu pembelajaran.

14. Pelajar membanding dan membeza menggunakan


borang pengurusan grafik

Arahan kepada peserta kursus


Potong keratan di atas dan padankan dengan tajuk unsur-unsur bestari
mengikut kesesuaian secara terperinci.

2-9
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Lampiran P2-4

CIRI-CIRI JENIS-JENIS
PELAJAR PEMBELAJARAN

STRATEGI KEMAHIRAN
PENGAJARAN & GENERIK
PEMBELAJARAN

Arahan kepada fasilitator

Buat lampiran ini dalam kertas warna.

Arahan kepada peserta kursus

Potong lampiran tajuk Unsur-Unsur Bestari dan tampalkan pada kertas sebak /
kad manila.

2-10
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Lampiran F2-1
Cadangan Jawapan

Jenis-jenis
Kem.Generik Pembelajaran (PBP)
Sehari bersama murid bestari
(TMK)

Nama saya Zainab. Saya pelajar tahun 3. Pagi ini, saya dan rakan saya
datang awal ke sekolah untuk mengemaskini halaman sekolah kami yang terdapat
di World Wide Web. Kami berkesempatan menjawab soalan yang diajukan oleh
pelajar di Oxford tentang jenis pakaian pelajar Malaysia.
Kem.Generik Kem.Generik
(TMK) (TMK)
Kemudian, sewaktu kelas Kemanusiaan, kami mempelajari budaya lain dengan cara
bertukar-tukar E-Mel dengan pelajar dari bahagian lain di dunia melalui internet.
Guru kami En. Muhamad, mengarahkan kami supaya menyimpan pesanan e-mel bagi
menyediakan portfolio pembelajaran untuk dikongsi dengan pelajar di kelas lain.
Beliau juga menggalakkan kami membincangkan portfolio sama ada dengan beliau,
antara kami sendiri atau dengan ibu bapa. Saya memilih untuk meminta ibu bapa
saya menyemak portfolio saya terlebih dahulu sebelum meyerahkannya kepada
Jenis-jenis
cikgu Muhamad. Pembelajaran (PBI)
Kem. Generik
Hari
(KMMini, kami mencuba modul sains yang berlainan. Beberapa orang pelajar telah
portfolio)
bercadang untuk mempelajari Modul Sains yang sama di bawah bimbingan cikgu
Kem. Generik
Ibrahim. Mula-mula cikgu Ibrahim memastikan setiap pelajar dalam kelas
(Fasilitator)
mempunyai modul untuk dipelajari sama ada secara individu atau berkumpulan.
Kemudian beliau datang pada kumpulan saya dan bertanya bagaimana kami
menerangkan kepada makhluk asing dari planet lain apabila diajukan dengan
soalan`Bagaimanakah pokok tumbuh?`. Kami menonton filem fotografi langkau
masa yang menunjukkan bagaimana benih tumbuh menjadi pokok. Betapa
menakjubkan benih kecil boleh menjadi pokok angsana. Saya
Strategi P & Pdan rakan-rakan saya
(KMD)
telah memikirkan banyak jawapan bagi soalan makhluk asing itu. Kami
membentangkan jawapan kami dalam bentuk lagu, sajak, pergerakan kreatif
lukisan dan dialog. Semasa kami sibuk dengan modul tahap lima, rakan karib saya
Nordiana mempelajari modul yang lebih tinggi. Tiga rakan saya yang lain membuat
Ciri-ciri Pelajar
(Kecerdasan
kajian kesan serangga ke atas tumbuhan. Saya jangka mereka Pelbagai) telah bersedia
untuk menduduki
Jenis-jenis penilaian tahap sembilan.
Pembelajaran
(Berdaya
Minggu lepas Cikfikir)
Azah, guru muzik kami, telah mengajar kami cara menghasilkan
bunyi dengan menggunakan barangan dapur. Beliau juga menunjukkan bagaimana
badan kita boleh menghasilkan bunyi. Contohnya, semasa kita berdengkur, hentak
Kem. Generik
kaki, tepuk tangan, petik jari danGenerik
Kem. tepuk peha. Hari ini kami menyatukan semua
(KMM)
(Fasilitator)
bunyi bagi menghasilkan gubahan muzik yang diberi nama, " Muzik Bunyi".
Kemudian Cik Azah membantu kami merekod muzik bagi koleksi diskograf untuk
simpanan dalam portfolio kami. Selepas itu Cik Azah memberi kuiz ringkas
sebelum memberi modul yang berlainan untuk kami pelajari. Enam pelajar telah

2-11
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

diberi modul tahap sepuluh. Kebanyakan daripada kami diberi modul tujuh. Cik
Azah meminta dua rakan saya membuat satu lagi modul enam bersamanya.

Jenis-jenis Pembelajaran (PBI)


Rakan saya Imran, tidak dapat hadir ke sekolah hari ini kerana tergeliat kakinya.
Doktor menasihatinya supaya berehat di rumah. Guru kami menyatakan bahawa
Imran dapat menyiapkan kerjanya walaupun tercedera. Imran telah menghantar
kerjanya yang telah siap melalui e-mel.
Kem. Generik (TMK)

Semasa ibu bapa saya menjemput saya pulang dari sekolah, banyak perkara yang
ingin saya sampaikan kepada mereka. Ibu saya kata, En. Bakar telah menghantar
laporan kemajuan bulanan saya melalui e-mel. Ibu gembira kerana saya seronok di
sekolah. Ayah seperti biasa, hanya tersenyum. Ini menunjukkan beliau turut
gembira dengan kemajuan saya. Saya tidak sabar menunggu esok untuk
memberitahu rakan saya betapa gembiranya ibu dan ayah saya.

2-12
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Lampiran F2-2
Cadangan jawapan.

Sehari bersama guru bestari

Nama saya Idris dan saya mengajar di sebuah sekolah bestari. Hari ini, seperti
biasa, saya akan menggunakan kad bestari saya untuk mencatat kehadiran saya.
Apabila loceng sekolah berbunyi, saya menyemak kehadiran pelajar saya dengan
menggunakan komputer dalam bilik guru. Semua pelajar saya hadir, jadi saya
tidak perlu menelefon atau mengirim e-mel kepada ibu bapaKem.
Jenis-jenis mereka
Generikuntuk
bertanya tentang anak mereka. Pembelajaran (PBP)) (KMM)

Pagi tadi, saya ke pusat sumber guru untuk menyemak rekod penilaian kemajuan
pelajar saya minggu ini. Pelajar saya telah mencadangkan tugasan dan kerja yang
mereka ingin buat pada minggu hadapan. Saya merakamkan persetujuan saya bagi
kebanyakan
Kem. Generik pelajar, dan memberi cadangan tambahan kepada pelajar saya yang
lain.(Fasilitator)
Rakan sejawatan saya memberitahu ada beberapa orang pelajar saya yang
meluangkan terlalu banyak masa berbincang dengan pelajar berkenaan, dan
mereka berjanji akan menumpukan masa tambahan kepada tugasan yang lain
sebaik selesai projek sains. Strategi P&P
Kem. Generik (KMM) (Koperatif &
Kolaboratif)
Seorang pelajar saya Fatimah, tidak dapat menyiapkan tugasan kerana sakit. Dia
bercadang agar dibenarkan membuat perjanjian pembelajaran bagi menghasilkan
dua kali ganda bilangan tugasan sebagai ganti. Setelah berbincang tentang jadual
dan bahan sumber, kami membuat keputusan tentang kandungan perjanjian. Ibu
Fatimah telah menelefon saya untuk membincangkan kemajuan anaknya. Setelah
ditandatangan perjanjian, saya mengirim salinan perjanjian dan cadangan saya
kepada ibu Fatimah melalui e-mel. Saya bersyukur kerana teknologi membebaskan
saya untuk meluangkan lebih masa bersama pelajar saya, mengenali mereka
dengan lebih baik dan memahami keprihatinan, harapan, dan cita-cita mereka.
Kem. Generik (TMK)
Sebelum rehat kedua hari ini, kelas Bahasa Inggeris saya berkomunikasi melalui
internet dengan penulis buku kanak-kanak. Pelajar saya menghabiskan sejam
`berbual ` dengan lima belas orang penulis, dan mengemukakan soalan yang telah
Strategi P&P
mereka sediakan semalam.Kem.
Setelah saya memberi gred portfolio
Generik pembelajaran
(Konteks Luar)
(KMM)
pelajar , saya pergi ke pusat sumber guru untuk mengimbas portfolio pelajar saya
supaya dapat dihantar ke unit pengumpulan penilaian di Lembaga Peperiksaan.

2-13
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Selepas waktu sekolah, saya dan rakan sejawatan saya bertemu dipusat sumber
untuk menggunakan internet bagi mengumpul , menganalisis dan menggunakan
maklumat daripada perpustakaan dan universiti di seluruh dunia. Ini untuk
memperkembangkan pengkalan data guru dan pelajar. Saya sedang
mengembangkan pengkalan data bagi pertunjukan pentas kanak-kanak abad ke-
20. Sekumpulan guru yang lain juga berada di sana dan mereka sedang
menghasilkan pukal aktiviti kontrak bersama rakan sejawat lain di seluruh dunia.
Mereka bertungkus lumus menyediakan pukal intraktif tentang Kem.`perjalanan
Generik
(Fasilitator)
melalui sistem suria `, yang menggunakan simulasi komputer dan realiti bagi
mengajar KBKK dalam matematik.

Dalam perjalanan balik ke rumah saya masih ingat betapa bimbangnya saya
semasa Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan teknologi ke dalam
sekolah. Dulu saya ingat saya buta teknologi dan saya takut saya akan dianggap
tidak berguna lagi. Sekarang saya sedar bahawa teknologi maju telah
membebaskan saya daripada tugasan remeh, dan menjadikan pekerjaan lebih
bermakna.

Kem. Generik
(Fasilitator)

2-14
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

CADANGAN JAWAPAN Lampiran F2-3

Kenalpasti dan tandakan () kemahiran generik yang terkandung dalam aktiviti


berikut.

AKTIVITI CP JP SPP KG

1. Pelajar menyempurnakan satu


tugasan berpandukan modul
PBI/
mengikut tahap yang sesuai PKK

2. Pelajar akses internet untuk


mendapatkan maklumat
PBI/ PAK TMK/KOM

3. Pelajar dapat menyatakan


kebaikan, kelemahan dan aspek
MI/ PBP KMM/
menarik tentang persembahan INTERPE KENDIRI
RSONAL
rakannya

4. Pelajar menjawab soalan


peperiksaan secara formal
KMM/
UJIAN
5. Pelajar memberi jawapan yang
bercapah
PBF KBF/
METAKO
GNITIF
6. Pelajar menyemak hasil kerja
sendiri
PBP KMM/
KENDIRI
7. Pelajar membuat persembahan
berdasarkan minat dan
MI/ PBI/
kecenderungan mereka INTRAPE PTK
RSONAL

8. Pelajar berkongsi maklumat yang


dicari sendiri dan meminta guru
PBP KOOP/ KF/
memberi komen serta bimbingan KOLA FEEDBAC
K

9. Pelajar mengumpulkan hasil kerja


di dalam fail untuk diperiksa
KMM/
FOLIO
10. Pelajar dapat menjelaskan cara
KBF/
menyelesaikan masalah KRITIS
11. Pelajar memerhati dan meneliti
persembahan rakan
MI/ KMM/
INTERPE PEMERHA
RSONAL TIAN

2-15
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

AKTIVITI CP JP SPP KG

12. Pelajar merujuk kepada


ensaiklopedia di pusat sumber
PBP KB/
PEROLEH
MAKLUM
AT

13. Pelajar membuat perjanjian


dengan guru untuk menyelesaikan
PBI/ KMM/
sesuatu pembelajaran. PTK KONTRAK

14. Pelajar membanding dan membeza


menggunakan borang pengurusan
KBF/
grafik KRITIS

CP - Ciri-ciri Pelajar
JP - Jenis-jenis Pembelajaran
SPP- Strategi Pengajaran Pembelajaran
KG - Kemahiran Generik

2-16
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Lampiran P2-5

CIRI-CIRI PELAJAR

Gaya Pembelajaran
Persekitaran (Environment)
Emosi (Emotional)
Sosiologi (Sociological)
Fizikal (Physical)
Psikologi (Physocolgy)

Kecerdasan Pelbagai (MI)


Linguistik (Verbal/Linguistics)
Muzik (Musical/Rhythmic)
Kinestetik (Bodily-kinesthetic)
Interpersonal
Intrapersonal
Ruang (Visual-Spatial)
Logik (Logical/Mathematical)
Kerohanian (Spiritual)
Naturalistik (Naturalitic)

JENIS PEMBELAJARAN

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (PBP)


Pembelajaran Bersifat Individu (PBI)
Pembelajaran Masteri (PM)
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK)
Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)
Pembelajaran Berfikrah (PBF)
Pembelajaran Berbantukan Teknologi (PBT)

2-17
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Lampiran P2.5
STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Direktif
Pemerhatian
Mediatif
Generatif
Koperatif dan Kolaboratif
Konteks Luar
Metakognitif
Kontekstual
Kajian Masa Depan

KEMAHIRAN GENERIK

A. KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI
Penggunaan TMK dalam
Pengajaran: Persembahan Demonstrasi
Pembelajaran:
Tutorial
Penerokaan
Aplikasi
Komunikasi
Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

B. KEMAHIRAN MENILAI & MENTAKSIR (KMM)


Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
Penilaian Portfolio
Penilaian Kendiri
Penilaian Melalui Pemerhatian
Penilaian Projek

2-18
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Ujian

Lampiran P2-5

C. KEMAHIRAN BERFIKIR (KBF)


Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir
Alat-Alat Berfikir
Metakognitif
Penyebatian Kemahiran Berfikir

D. KEMAHIRAN BELAJAR (KB)


Pemerolehan Maklumat
Memproses Maklumat
Membuat Laporan

E. KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN (KF)

Penyoalan (Questioning)
Percontohan (Modeling)
Memberi Maklum Balas (Feedback)
Pengarahan (Instructing)
Penstrukturan Kognitif (Cognitive Structuring)
Memberi Perhatian (Attending)
Renungan (Reflecting)
Memberi Fokus (Focusing)
Penentuan Tema (Thematising)
Mencabar (Challenging)
Pendedahan (Disclosing)
Penentuan Matlamat (Goal Setting)
Menjejak (Trailing)

2-19
Pengurusan Pedagogi Bestari Unsur-Unsur Bestari

Lampiran F2-4

SENARAI BAHAN KURSUS YANG


DIPERLUKAN UNTUK MODUL 2

UNSUR-UNSUR BESTARI

Bahan Bilangan

Gunting 10 bilah

Gam 10 botol

Kertas Sebak 10 keping


Lampiran P2.1 35 helai

Lampiran P2.2 35 helai

Lampiran P2.3 12 helai

Lampiran P2.4 12 helai (kertas warna)

Lampiran P2.5 70 helai

Lampiran P2.1 2 helai transparensi fotostat

Lampiran P2.2 2 helai transparensi fotostat

Makluman :

1. Lampiran P 2.3 dicetak sebelah sahaja kerana kertas akan dipotong


2. Lampiran P 2.4 dicetak sebelah sahaja kerana kertas akan dipotong
(kertas warna)

2-20

Anda mungkin juga menyukai