Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA [EDU3101]

3.0 ANALISIS ELEMEN PENTING DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN


KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah


membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka kearah
pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur penting
yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para
pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia.

Unsur 1: Pendidikan Suatu Usaha Berterusan

Unsur yang pertama ialah Pendidikan Suatu Usaha Berterusan. Ungkapan


tuntutlah ilmu sampai keliang lahad merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai
bagi menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang
berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal
dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai
murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi.

Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya


pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya. Jadi,
pendidikan yang bermula dari awal kanak-kanak amatlah penting untuk membentuk
asas sahsiah kanak-kanak dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun.
Sahsiah yang dibentuk kemudiannya akan terus berkembang sepanjang tempoh
persekolahan. Apabila tamat persekolahan, setiap individu masih juga perlu untuk
meneruskan peningkatan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Oleh itu, proses
pendidikan yang berterusan ini mampu untuk membantu individu menyesuaikan diri
dengan pelbagai perubahan.

Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini
membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu
untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa
sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan merupakan satu
elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

6
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA [EDU3101]

Unsur 2: Memperkembang Potensi Individu

Perkembangan potensi individu pula bermaksud setiap individu telah pun


dianugerahkan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat,
potensi dan kebolehan ini sebenarnya dapat dicungkil, dipupuk atau dikembangkan
lagi bagi menyerlahkanya. Melalui interaksi sosial dengan orang lain atau peredaran
alam sekitar dapat menjelmakan bakat, potensi serta kebolehan seseorang individu.
Oleh sebab itu, setiap individu perlukan pendidikan kerana pendidikan boleh
memperkembangkan lagi bakat, potensi dan kebolehan mereka.

Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek,
jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh
diperkembangkan dan digilap.

Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat
diselesaikan dengan tepat. Setiap individu hendaklah mempunyai kemahiran 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa
berusaha untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan. Unsur intelek juga
merangkumi mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Bagi
memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negara, individu perlu untuk
berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan hubungan antara manusia


dengan penciptanya. Menyedari dan percaya kepada Tuhan adalah merupakan asas
pegangan kita sebagai manusia, di mana setiap agama meletakkan garis panduan
kita dalam menentukan akhlak yang tinggi agar tidak terpesong.

Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang
kepentingan kesihatan fizikal. Kemahiran kecergasan fizikal untuk memberi pelbagai
manfaat kepada masyarakat. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting
untuk kecerdasan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait
rapat.

Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku


yang baik. Unsur emosi pula ialah mempunyai emosi yang matang dan stabil serta
dapat memiliki dan memupuk perasaan kasih saying sesama insan. Mempunyai sifat
kekitaan dan perpaduan amatlah penting bagi mengeratkan serta mengukuhkan lagi

7
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA [EDU3101]

kekuatan masyarakat kita yang berbilang kaum dan bangsa.

Unsur 3: Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh Dan Bersepadu.

Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu pula ialah bakat,


potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya
perlu dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu
sama lain. Sekurang-kurangnya, perkembangan bakat, potensi serta kebolehan
mestilah merangkumi keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Perkembangan potensi individu telah membawa kepada perkembangan unsur ketiga
iaitu perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan
secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang
maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang
ada dalam diri individu tersebut.

Unsur 4: Insan Yang Seimbang Dan Harmonis

Unsur keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis. definisi seimbang
dan harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak
mulia, percaya dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram,
sihat tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang
seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah
diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Keempat-empat aspek tadi
perlulah seimbang untuk menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis
dengan diri dan juga orang lain. Individu seperti ini tidak akan mempunyai sebarang
masalah dalam menempuh apa juga cabaran kehidupan dan mampu menghadapi
serta menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik.

Unsur 5: Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan

Unsur seterusnya iaitu unsur kelima ialah kepercayaan dan kepatuhan


kepada tuhan. Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting
seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi adan alam dijadikan oleh
Pencipta, mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham

8
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA [EDU3101]

bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan
melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir
sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.

Unsur 6: Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ialah unsur seterusnya iaitu


unsur keenaam. Berilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah mereka yang
sentiasa bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama.
Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu
pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan
menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

Unsur 7: Rakyat Malaysia Yang Berketrampilan

Rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu
pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu
menjadi rakyat yang inovatif, berpandangan jauh serta berinisiatif. Selain itu, rakyat
yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang mempunyai kecekapan dan
kompetensi diri dalam melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan
sempurna berdasarkan kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak.

Unsur 8: Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan unsur yang seterusnya


dimana perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk menilai mana
satu yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan berfikiran jauh dalam
menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang
dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia. Rakyat Malaysia seharusnya mempunyai perwatakan diri yang baik dan
sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

9
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA [EDU3101]

Unsur 9: Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab

Seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab merupakan individu yang


mempunyai ciri- ciri seperti berikut: (1) boleh dipercayai, (2) menyedari bahawa
setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan
dengan baik, (3) menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap, (4)
mematuhi peraturan dan undang-undang negara, dan (5) berusaha untuk
meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Unsur 10: Rakyat Malaysia Yang Mampu Mencapai Kesejahteraan Diri

Rakyat Malaysia yang mampu mencapai kesejahteraan diri iaitu yang


berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai
tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang
baik dengan orang lain merupakan ciri-ciri bagi unsur kesepuluh. Kita sebagai rakyat
Malaysia perlu berfikiran waras dan berjiwa tenang bagi menghadapi cabaran hidup
yang semakin mencabar. Daya ketahanan yang kuat dan tinggi dari segi fizikal dan
mental perlu ada untuk menghadapi cabaran hidup.

Unsur 11: Rakyat Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap


Keharmonian Dan Kemakmuran Kepada Masyarakat, Agama, Dan Negara.
Unsur yang terakhir ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran kepada masyarakat, agama, dan negara.
Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu
pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai
nilai-nialai murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan. Perkara yang lebih
penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain
bagi memaksimakan pembangunan negara kita.

Setiap individu juga perlu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui
sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan bertolak ansur
bagi mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini.
Untuk memberi sumbangan terhadap keharmonian negara kita perlu berusaha untuk
memajukan ekonomi negara, mengekalkan kestabilan politik serta mematuhi
perlembagaan dan peraturan negara mengikut dasar-dasar yang ditetapkan. Rakyat

10
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA [EDU3101]

Malaysia hendaklah mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan


negara serta menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.

Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis,


pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan
dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam
pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan
2020.

11

Anda mungkin juga menyukai