Anda di halaman 1dari 11

https://adiospunk.wordpress.

com/puisi/sidang-ruh/

Kassim Ahmad Sidang Ruh

Sidang Ruh
I
perlu sesuatu di perhitungkan kembali

hari ini kita dewasa

tanpa tuhan tanpa impian

karena besok mungkin terlalu lewat

bagi kiamat yang telah ditangguhkan.

bukan aku sinis

kau jangan mengatheis

beritaku dari mereka yang lupa bagaimana untuk hidup

maka demikian perlu katakata

supaya maut kita bukan karena bisu.

kalau kau percaya kepada manusia sejahtera

jangan kau bergembira mengikut hidup

(karena kemenangan)

kalau kau percaya kepada manusia bebas

jangan kau berkata mengikut hukum

(kerena taatsetia)

karena tidak ada hukum yang akan berlaku


(namun digubal dalam pi bi bi)

yang tidak berpelembagaan di hati.

II
sudah datang berita paling kejam

bagi mereka yang lagi hidup karena bisa berharap

dunia ini penjara

nasi kita akan cukup di sorga

diatas belakang Dajjal

telah diperdagangkan hidup

gelak dan hilai bukan karena bahagia

gelak dan hilai karena papa.

Akan bersidang segala ruh

anakmu hari ini makan apa

nasi atau beer

ketawanya palsu tangisnya tanpa suara

III
nanti akan padamlah dengan sendiri

lampu dari menara tinggi

karena dibawahnya orang kian mabuk

dan Tuhan sudah mati.

Kassim Ahmad

Petaling Jaya , 1960


( Dipetik dari : Kemarau Di Lembah ,1967 , m/s 73-74)

Saudara sinaran berhad

SYED HUSSEIN WILL STOP KASSIM FROM B... MUKHRIZ OFFENDS PRESIDENT FIDEL
CASTR...

TUHAN SUDAH MATI

(Untuk Anwar Ibrahim)

Lama dahulu sebuah sajak Kassim Ahmad "Sidang Roh" yang di baris akhirnya
mengatakan "Tuhan Sudah Mati" telah menggemparkan masyarakat Islam dan
menimbulkan berbagai-bagai tuduhan terhadapnya dan kebetulan ketika itu Kassim
di ketahui sebagai seorang pejuang sosialis Marxist.
Diperturunkan kiriman sajak ini dari seorang pengunjung yang mahukan sajak ini
ditujukan kepada Anwar Ibrahim, Pemimpin Besar Pakatan Rakyat dan di bawah
sekali pengertian yang diberikan oleh seorang lagi pengunjung terhadap sajak ini.
SIDANG ROH

Sudah datang berita paling kejam


bagi mereka yang lagi hidup karena bisa berharap
dunia ini penjara
nasi kita akan cukup di sorga
di atas belakang Dajjal
telah diperdagangkan hidup
gelak dan hilai bukan karena bahagia
gelak dan hilai karena papa.

Akan bersidang segala roh


anakmu hari ini makan apa
nasi atau beer
ketawanya palsu tangisnya tanpa suara

Nanti akan padamlah dengan sendiri


lampu dari menara tinggi
karena di bawahnya orang kian mabuk
dan Tuhan sudah mati.
Apa yang saya faham, sajak ini adalah menceritakan mengenai manusia, bukan
Tuhan. Baris akhir kerana di bawahnya orang kian mabuk, dan Tuhan sudah mati.
Ia membawa pengertian manusia sudah tidak ada pegangan agama lagi.
Manusia jenis ini, Kassim cuba gambarkan bahawa tidak ada pegangan agama lagi
dalam dirinya, hidupnya. Manusia yang dimaksudkan Kassim ini adalah manusia
durjana. Hidup bebas sebebas-bebasnya tanpa ada asas agama dan pegangan
Islam. Tuhan Sudah Matibukan merujuk kepada Allah SWT. Tuhan Sudah Mati
menggambarkan sudah tidak ada kepercayaan agama lagi dalam diri manusia itu. -
MZA[image error]

View more on Zainuddin Maidin's website

1 like Like 0 comments flag

Published on July 03, 2012 23:10 124 views

No comments have been added yet.

post a comment
Zainuddin Maidin's Blog

Zainuddin Maidin's profile

4 followers

Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author (yet), but he does have a blog, so here
are some recent posts imported from his feed.

delete edit this post


https://ms.wikipedia.org/wiki/Kassim_Ahmad

Kassim Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr Kassim Ahmad merupakan ahli politik sosialis di Malaysia dan terkenal kerana gerakan 'anti
hadis'.

Isi kandungan

1 Keluarga

2 Pendidikan

3 Kerjaya

4 Politik

5 Hang Jebat adalah hero Melayu

6 Tahanan ISA

7 Anti Hadis

8 Hasil karya

9 Rujukan

Keluarga
Anaknya Aida pernah belajar di Penang Free School 1979 dan menjadi guru di Sekolah
Menengah Teknik Nibong Tebal. Beliau dan isterinya Sharifah Fawziah Bt. Syed Yussoff tinggal
di Persiran Kulim Golf. Kulim Golf & Country Resort, Kulim, Kedah. Beliau berasal dari
Hutang Kampong, Langgar, Kedah. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Bandar Baharu,
Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan Universiti Malaya di Singapura. Berkerja dengan
Dewan Bahasa dan Pustaka, di Young Road, Kuala Lumpur dan kemudian ditawarkan menjadi
pensyarah di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London. Oleh sebab
tarikan politik, beliau menolak tawaran bekerja tetap dengan SOAS. Kembali ke Malaysia,
beliau bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Abdullah Munshi, Pulau Pinang sambil aktif
dalam Parti Rakyat Malay yang diketui oleh Ahmad Boestaman. Selepas peristiwa berdarah Mei
13, beliau bekerja sebagai guru dan penterjemah bebas sehingga belau berpindah ke Kulim pada
31 Ogos, 2007.
Pendidikan
Beliau berasal dari Kulim, Kedah tapi bekerja di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau
belajar di Universiti Malaya,Singapura dan aktif dalam University Socialist Club.Disertasi beliau
bertajuk 'Perwatakan Hang Tuah' pada 1950-an mencabar persepsi tradisional Melayu bahawa
Hang Tuah seorang hero.

Beliau dan Hassan Ahmad antara 13 mahasiswa UM Singapura yang menentang cara pengajaran
dan sistem pengajian Melayu di universiti ketika itu. Malah pernah berucap bagi pihak kumpulan
13 menyeru supaya diwujudkan suatu sistem pengajian terbuka.[1]

Beliau melalui puisi dan kegiatan sastera, menggesa masyarakat yang tertindas sangat
memerlukan pembelaan. Tokoh lain yang sealiran ialah Usman Awang, Baha Zain, Kemala, Ali
Ahmad, Nik Mohammad Zain, Alis Murni, Yahya Ismail, Mohd Affandi Hassan dan Abdul
Ghafar Ibrahim yang menghasilkan puisi Telok Gong (1967), Suara Tujuh (1973), Kemarau Di
Lembah (1967) dan Keranda 152.

Kerjaya
Beliau pernah menjadi pegawai penyelidik DBP dan menyusun buku Hikayat Hang Tuah.
Selepas itu bertugas sebagai pensysrah di School of Oriental and African Studies, Universiti
London, London.

Politik
Beliau memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia bersama Syed Hussin Ali selama 18 tahun.
Kemudian beliau menyertai UMNO.Tindakannya turut dikesali oleh penulis dan penyair Usman
Awang (Tongkat Warrant). Kassim Ahmad pernah percaya bahawa pemimpin Vietnam Utara, Ho
Chi Minh boleh menjadi contoh seorang pemimpin sosialis yang baik di Asia.

Beliau pernah melawat makam Karl Marx di London.Beliau juga bergambar semasa ditahan di
bawah ISA pada 3 November 1976. Gambar pembebasan dan tahanan pada 30 Julai 1981 dan
gambar bersama Presiden Iraq,Saddam Hussein.

Hang Jebat adalah hero Melayu


Kassim Ahmad berani menentang arus apabila mengemukakan dakwaan bahawa Hang Jebat
seorang hero orang Melayu, bukannya Hang Tuah, sungguhpun Hang Jebat membunuh ramai
rakyat Melaka yang tidak berdosa.

Tahanan ISA
Beliau ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama lima tahun (1976-1981) kerana
dikaitkan dengan perjuangan sosialis/ komunis. Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu
ialah Tan Sri Ghazali Shafie dan Perdana Menteri Malaysia ialah Hussein Onn. Beliau ditangkap
pada 2.30 pagi pada 3 November 1976 di rumahnya di Petaling Jaya. Syed Husin Ali telahpun
ditangkap pada 1974 .

Selepas Barisan Sosialis dibubarkan dan ramainya pemimpinnya dihumban ke dalam


penjara ,Parti Sosialis Rakyat Malaysia ditubuhkan dan beliau menjadi Ketua 1 bagi mengisi
kekosongan (1965-1980). Tahun-tahun tersebut dianggap sebagai kebangkitan komunis kedua
seperti meletupkan Tugu Negara dan membunuh Ketua Polis Perak 1975.

Beliau dibebaskan menjelang Hari raya Haji pada 30 Julai 1981 ketika Dr Mahathir Mohamad
menjadi Perdana Menteri Malaysia (15 Julai 1981). Dr Mahathir telah membebaskan tahanan
ISA .Dr Mahathir adalah sahabat beliau dan pernah menulis kata pengantar bagi buku-
bukunya .Semua pengalaman itu dicatat dalam buku 'Universiti Kedua - Kisah Tahanan di
Bawah ISA' selepas beliau keluar dari penjara. Buku ini diterbitkan oleh Media Intelek pada 1
Jun 1983.

Pada 1979, dalam [[1]] Kassim Ahmad mempertahankan ISA berdasarkan ayat Quran, 18: 60-82.
Maksudnya kemudaratan kecil boleh mencegah kemudaratann yang lebih besar.

Anti Hadis
Gerakan Anti Hadis dianggap dipelopori oleh Dr Kassim Ahmad dan dibantu oleh Osman Ali
pada 1985. Beliau terpengaruh dengan Dr Rashad Khalifa lalu menulis buku kontroversi 'Hadis :
Satu Penilaian Semula'. Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan Muzakarah
Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. Selepas itu beliau menubuhkan pertubuhan Jemaah
Quran Malaysia tetapi pendaftarannya ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Selepas banyak berdebat dengan pelbagai pihak berwibawa, akhirnya beliau menulis buku
bertajuk 'Hadis : Jawapan Kepada Pengkritik'. Beliau sebenarnya mengkritik penggunaan hadis
sebagai sumber perundangan Islam.

Hasil karya
Beliau banyak menulis rencana berhubung sastera Islam dan berdebat dengan Shahnon Ahmad
juga sasterawan Negara dari Kedah.

Hikayat Hang Tuah - diusahakan oleh Kassim Ahmad semasa menjadi


pegawai penyelidik DBP.

Characterisation in Hikayat Hang Tuah - 1966 diterbitkan oleh DBP.

Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah (1973)

Universiti Kedua (1983) oleh Media Intelek

Quo Vadis Bangsaku ?


Hadis: Satu Penilaian Semula (1986) -Buku menyebabkan beliau dicap anti
hadis.

Hadis : Jawapan Kepada Pengkritik (1992)

Polemik Sastera Islam - ditulis bersama Shahnon Ahmad.

Kemarau di Lembah - Kumpulan sajak pertama diterbitkan oleh Saudaran


Sinaan Bhd., Pulau Pinang, 1967

Mencari Jalan Pulang Daripada Sosialisme Kepada Islam

Sajak 'Pengembara Dalam Perjalanan' (1978)

Jalan Ke Parlimen - sajak yang menyindir ahli parlimen Malaysia pada 1960-an
yang tidak membela nasib rakyat marhaen.

Lamumba Mati - sajak yang mempertikaikan kuasa imperialis seperti Amerika


Syarikat.[2]

Kassim Ahmad

Essays and commentaries from Malaysia's foremost thinker and philosopher

Thursday, October 29, 2015


PEGANGAN TAUHID

PEGANGAN TAUHID
Oleh: Kassim Ahmad
30 Oktober, 2015
Darul_hikmah333@yahoo.com.my
Satu hadis sahih menyatakan bahawa
sembahyang tiang agama. Oleh yang demikian,
kebanyakan orang Islam di Malaysia berlumba-
lumba untuk sembahyang. Tetapi sedikit
pengetahuan tentang Quran akan menunjukkan
bahawa dalam Surah Al-Maaun (107) Tuhan
mengutuk orang yang bersembahyang. Kutukan ini
nyata kerana bagi orang-orang ini sembahyang
satu ritual semata-mata; tidak ada kena-mengena
dengan aspek-aspek kehidupan yang lain, seperti
politik, ekonomi, sosial, undang-undang dan
falsafah.
Dengan perkataan lain, tanpa pegangan
tauhid, segala perbuatan kita batal. Mengapakah
pegangan tauhid itu penting?
Tauhid bermakna kepercayaan kepada Tuhan
Yang Esa. Tuhan Yang Esa membawa implikasi
kesatuan kehidupan dan kesatuan undang-undang
alamiah. Semua manusia berasal dari satu nafs
atau diri. Kemudian dia berkembang menjadi dua
dan banyak, bertebar ke seluruh dunia, menjadi
pelbagai bangsa dan agama.
Agama Tuhan itu satu saja, monoteisme,
beriman kepada Tuhan Yang Esa, Islam, tunduk dan
sembah Tuhan Yang Satu.
Satu kajian sejarah akan memberitahu kita
bahawa semua agama Tuhan yang dibawa oleh
semua nabi lagi rasul dari Adam, selepas kira-kira
tiga ratus tahun, bertukar balik menjadi
poletiesma. Demikian telah terjadi kepada semua
agama. Demikian juga telah terjadi kepada agama
Islam yang dilengkap dan disempurnakan oleh Nabi
Muhammad (penyudah segala nabi, khatamanal-
nabiyyin). Islam Nabi Muhammad telah berpecah
kepada puak Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan puak
Syiah. Mereka yang membuat puak dalam agama
tidak diiktiraf oleh Nabi Muhammad sebagai
pengikut beliau.
Mengapakah perkara ini berlaku? Dalam diri
manusia ada dua dorongan yang senantiasa
berlawan. Satu dorongan ke atas untuk meningkat
maju. Kita kata ini dorongan malaikat. Satu lagi
dorongan ke bawah untuk meruntun kita jatuh. Kita
kata ini dorongan syaitan. Jadi, seperti kata
seorang ahli falsafah sosial, kemajuan manusia
bukan mengikut satu garis, tetapi banyak garis.
Jadi, kemajuan manusia mengikut jamakgaris,
bukan tunggalgaris, kadang-kadang meningkat
naik, kadang-kadang merosot turun. Tetapi pada
keseluruhannya meningkat maju. Dua peperangan
dunia menunjukkan rosotan yang besar. Namun
demikian, tamadun manusia mekar dan jatuh,
mekar dan jatuh, silih-berganti. Sekarang manusia
di ambang pendudukan Angkasa Lepas dan di
ambang sebuah dunia yang adil.
Tuhan telah memberi tahu kepada kita dalam
Quran bahawa kebnyakan manusia tdak beriman,
dan di antara sedikit yang beriman ini tidak
beriman kecuali dengan menyengutukan Tuhan!
Ini menunjukkan bahwa bilangan sedikit yang
beriman ini pun cukup untuk membawa manusia
ke mercu kejayaan. Kekuatan tidak terletak pada
bilangan ramai. Kekuatan terletak pada kebenaran.

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia.


Lama web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

http://kassimahmad.blogspot.co.id/

Anda mungkin juga menyukai