Lempar Cakara Assig
Lempar Cakara Assig
SEJARAH
1
PERKEMBANGAN MASA KINI
Kini lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam
kebanyakan perjumpaan sukan olahraga, termasuk di peringkat sekolah. Acara ini
disertai oleh lelaki dan juga wanita, tetapi cakera yang lebih kecil dan lebih ringan
digunakan oleh wanita. Begitu juga dengan penggunaan cakeradi peringkat sekolah.
Jenis cakera ini adalah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap
penganjur sesuatu kejohanan olahraga, walau di mana-mana kejohanan diadakan.
Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan mudah dilakukan oleh sesiapa
sahaja. Bagaimanapun, sebenarnya sukan lempar cakera tidaklah semudah
dijangkakan. Mungkin ada antara mereka yang baru menceburkan diri dalam acara
ini mampu melakukan lemparan yang agak jauh, tetapi dari segi teknik atau cara
melakukan lemparan mungkin tidak betul atau kurang tepat. Untuk mendapatkan
teknik lemparan yang betuk dan mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh,
seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan berpandukan tunjuk ajar dan
bimbingan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman.
2
dilakukan telah melebihi 74 meter dan jarak ini dipercayai tidak akan kekal lama,
seperti yang terjadi pada acara-acara lontaran dan lompatan yang lainnya.
Di Negara kita, jika dibandingkan dengan jarak yang dicapai oleh peserta-
peserta dunia, masih terlalu jauh. Bagaimanapun, lemparan terbaik yang dicapai
iaitu 47.38m mungkin akan diperbaiki pada masa akan datang. Begitu juga dengan
jarak yang diperoleh oleh pesertrta wanita, sama ada diperingkat dunia mahupun
kebangsaan.
3
PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA
Tujuan utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa
jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter
dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini adalah mengarahkan cakera ke kawasan
sector yang bersudut 40 darjah di hadapan bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan ritma yang
seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil
perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.
Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan
sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika
ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk bulan
punama apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera
akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat
digerakan secara memotong udara akan kuarng rintangan udara dan mungkin terus
terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
Ketika memberi demostrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi
badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan bahagian
badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan
bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera.
4
KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA
Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka menjalani
latihna melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, guru
hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika
menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa
panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera.
(a) Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan oleh guru.
(b) Pelajar menuggu gilirannya di tempat yang dianggap selamat dan tidak menunggu
di keliling atau berhampiran bulatan lemparan atau di mana pelajar lain membuat
percubaan.
(c) Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada
sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau hadapannya dalam kawasan pendaratan
ketika dia memulakan lemparannnya.
(d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu semua melempar, semua memungut jika
latihan berkumpulan diamalkan oleh pelajar.
(e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh
pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membaling cakera kepada peserta yan menunggu
gilirannya.
Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
5
Setiap acara padang memerlukan peralatan dan kawasan khusus untuk
membolehkan acara ini dijalankan. Peralatan ini direka dan dibentuk selari dengan
keperluan jenis acara serta peraturan yang disyaratkan oleh IAAF. Dengan adanya
peralatan kawasan khusus ini, dapat membezakan sesuatu acara lontaran atau
lompatan dengan yang lain. Kita bincangkan setiap peralatan yang diperlukan untuk
acara lempar cakera ini.
i. CAKERA
Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang
menyerupai kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin.
Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan
piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera
juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah, asalkan
bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati
berat yang ditetapkan.
Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan
berat cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk
wanita. Begitu juga dengan cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera
mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:
Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas
untuk peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang
6
membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan
bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling.
Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atau bahan
lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hhendaklah rata dan ukuran pada saiz
bulatan ini ialah 2.5m pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2
bahagian yang sama besar. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah
terdiri daripada garisan lebih kurang 5mm, manakala garisan bulatannya harus
sekurang-kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5cm
lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-
dua belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau
bahan lain yang sesuai.
7
terhad. Bagi peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang,
manakala, bagi peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai
100m. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.
8
Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-
kadang negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan. Ini mungkin kerana
teknik lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik
memusingkan badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang
tidak sepatutnya. Alas an lain mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak
dekat untuk dipasangkan kurungan keselamatan ini. Bagaimanapun, adalah lebih
baik jika pagar ini dipasang, biarpun pertandingan hanya pada peringkat sekolah.
v) Pita pengukur
9
Alat yang digunakan ialah pita pengukur.pegawai pertandingan akan mengukur
setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan.ukuran jarak
ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan
kawasan lemparan,walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan lemparan
itu.Bagaimanapun dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga peringkat antara-
bangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pengunnaan
pita pengukur. Dengan demikian, setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih
cepat dan tepat.
Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan
diperlukan untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan
sama ada lemparan itu batal ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada
garisan bulatan lemparan, atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau
cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring
keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera
di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak
yang dicapai oleh peserta.
10
2. Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang, mereka akan diberikan tiga
lemparan dan lapan peserta yang mempunyai lemparan paling jauh akan
memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga
lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang
peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam percubaan
seorang, dan lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan
menentukan pemenang keseluruhan.
5. Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan
hendaklah bermula daripada kedudukan statik.
8. Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh
setiap peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak
lemparan sebelumnya.
11
10. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan
atau pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau
lemparannya
11. Sekiranya terdapat keputusan seri, semakan akan dibuat pada jarak kedua
terbaik bagi setiap peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan
setiap peserta berkenaan melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang
mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan tambahan dikira pemenang.
14. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang
ditetapkan untuk acara ini.
12
Rajah 1.6: Pergerakan lengkap lempar cakera
13
Latihan ansur maju
Latihan 1
Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika
melepaskannya.
(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit
(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat,
jangan menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini.
(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan
cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan.
Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari
tengah dan telunjuk.
Latihan 2
14
Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.
(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan.
Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.
(b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan.
Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.
(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan
kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.
Latihan 3
15
(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit.
Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kearah lawan
jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.
(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan
memusingkan badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan
pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju.
(nota): Pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan
lemparan dan tanpa memegang cakera.
Latihan 4
Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.
16
(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan
dan hayunakan cakera.
(b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan
badan ke depan bulatan.
(c) Apabila cakera sampai kearah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika lemparan,
pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.
Kaedah melakukan
lemparan
17
Mungkin ada daripada kita yang menganggap bahawa melempar cakera adalah
suatu yang mudah, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil
bahagian dalam acara ini. Perkara yang penting ialah mendapatkan jarak paling jauh
bagi menentukan pemenang dalam sesuatu pertandingan. Bagaimanapun,
anggapan ini tidaklah benar, kerana dalam melakukan lemparan cakera ini, cara
atau kaedah melakukannya, adalah penting. Kaedah yang betul dan cara yang
sempurna akan menghasilkan jarak lemparan yang diharapkan. Begitu juga jika
seseorang itu membuat lemparan sesuka hati tanpa mengikut kaedah yang betul
tentu tidak akan memperoleh jarak yang diharapkan.
Satu lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan
tegap atau bertubuh sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara
ini. Sebenarnya hal ini tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh
peserta tetapi penggunaan teknik dan cara yang betul oleh seseorang pesrta. Ini
bererti saiz tubuh seseorang tidak menjamin jarak lemparan yang dibuat.
Ada dua aspek penting dalam teknik atau cara melakukan lemparan dalam
acara lempar cakera ini, iaitu cara memegang cakera dan cara membuat lemparan.
Kedua-dua aspek ini harus dimahirkan oleh setiap peserta lempar cakera sama ada
pada peringkat rendah ataupun tinggi dan sama ada lelaki ataupun wanita.
18
Rajah 1.7 : Cara
19
CARA MEMEGANG CAKERA
Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat, iaitu mereka mestilah
boleh menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut
sudut layangan yang betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada
mudah terjatuh sebelum lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah
memilih gaya atau cara pengangan yang sesuai dan selesa mengikut kemampuan
tangannya.
CARA PEGANGAN 1
Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangna peserta pada
permukaan cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian
berlogam pada bahagian tengahnya. Cakera dipegang hanya dibengkokkan
mencengkam pada segi cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan
cakera untuk memberikan pengawalan. Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera
hendaklah pada jarak yang sama antara satu dengan lain. Bagi memastikan
pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa, peserta boleh
menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dan kebelakang, sambil
jari-jari cuba mendapatkan cengkaman terbaik pada cakera itu. Selepas itu peserta
bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan
beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera dan
bukan pada jarak lemparan.
20
CARA PEGANGAN 2
Pegangan cakera cara ini kelihatan hamper sama dengan cara pegangan
yang pertama tadi. Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada
sisi cakera. Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada
permukaan cakera dengan menutup terus bahagian berlogam pada bahagian
tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan seolah-olah bercantum, manakala jari
manis dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya secara
keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya
tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah
menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dan kebelakang beberapa kali, dan
diikuti dengan lemparan dekat beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan
pegangan yang selesa dengan cara ini.
CARA PEGANGAN 3
Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari yang pendek mungkin menjadi
masalah kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun
dengan pegangan cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah cara pegangan yang
mempunyai jari yang sagak pendek. Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak
tangannya pada cakera, dengan menutup dua pertiga sahaja daripada bahagian
berlogam pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari memegang pada
sekeliling atau sampai logam cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong
oleh sebahagian lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang
cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara
kedua di atas.
Bagi memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selasa, peserta bolehlah
menghayun-hayunkan tangannya ke hadapan dan kebelakang beberapa kali diikuti
dengan melakukan lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan pegangan cara
ini.
Dalam apa-apa cara pegangan sakali pun, yang penting ialah cara itu
hendaklah selesa dan kemas bagi peserta itu. Jika pegangan itu sudah selesa,
21
mudahlah bagi peserta membuat lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta
berkenaan memberikan perhatian kepada cara melakukan lemparan pula.
Rajah 1.8 : Teknik lemparan berdiri pusing Rangkaian satu setengah putaran
22
TEKNIK LEMPARAN
Teknik berdiri tetap atau satik adalah sesuai bagi mereka yang baru
menceburkan diri dalam acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik
ini. Teknik berdiri juga banyak digunakan oleh waniat. Dalam kebanyakkan
perjumpaan olahraga pringkat sekolah, hamper semua peserta menggunakan teknik
lemparan ini. Teknik ini memenag mudah kerana tidak banyak pergerakan kaki dan
hayunan atau pusingan tangan diperlukan. Yang perlu dilakukan hanyalah peserta
berdiri di kawasan lemparan pada kedudukan sedia dengan membongkokkan sedikit
badannya. Tangan yang memegang cakera dihayun-hayunkan beberapa kali ke
hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan sedikit momentum atau pergerakan
awal. Peserta akan melemparka cakera setelah betul-betul sudah bersedia untuk
berbuat demikian, tanpa memusingkan kaki atau badannya.
Teknik lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak
digunakan pada peringkat sekolah atau oleh wanita. Untuk memahirkan diri dengan
cara ini latihan berterusan yang banyak diperlukan. Tidak dapat dinafikan teknik
lemparan ini mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh dan lebih menarik ditonton,
tetapi bukanlah mudah untuk melakukan teknik ini. Hanya latihan yang bersistem
dan ditambah dengan usaah sendiri mampu melahirkan pelempar cakera
menggunakan tekni ini. Kebanyakan peserta lempar cakera wanita di Negara kita,
masih belum dapat memahirkan diri dengan lemparan teknik pusing ini. Begitu juga
23
dengan sebilangan besar peserta lelaki khususnya pada peringkat sekolah juga
masih belum dapat menggunakan teknik lemparan ini.
Setelah peserta itu berpuas hati dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan
tangan, peserta kini sudah bersedia untuk melakukan lemparan.
Aturan berikut boleh dijadikan penduan dalam melakukan lempara gaya statik ini.
24
Pergerakan ini dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan untuk
lemparan yang baik.
1. Teknik ini mudah dipelajari dan peserta dapat memahirkan diri dalam
masa yang singkat.
4. Atlit tidak perlu melakukan pergerakan badan serta hayunan tangan yang
banyak, yang jarak lemparannya belum tentu lagi memuaskan hati atau
tidak.
25
5. Kemungkinan mendapat kecederaan adalah berkurangan atau tidak
membahayakan.
2. Biasanya teknik ini tidak dapat menjamin lemparan yang jauh disebabkan
ketiadaan lonjakan badan dan hayunan tangan.
26
TEKNIK LEMPARAN BERDIRI
PUSING
Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang
kawasan lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera.
Biasanya dalam lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 pusingan
sebelum membuat lemparan. Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari
segi mentalnya, yakni menumpukan penuh konsentrasi terhadap acara ini.
27
3. Peserta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan
persediaan terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki
hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan baru,
mengikut pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya bergerakan ini
berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan bersama cakera.
Seterusnya hayunan bertukar dalam pergerakan yang lancer lagi licin
kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta hendaklah
memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan bagi
mendapatkan pengawalan yang rapi terhadap pergerakan badan, peserta
hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang rendah.
28
a. Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan
peserta berdiri di atas kaki kanan secara menjengket.
b. Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan
kaki daripada terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar
dari bulatan itu.
1. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan
berkesan menerusi pusingan badan, dan cakera dapat dilempar dengan kuat
dan jarak yang lebih jauh.
29
KEBURUKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING
1. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang
diperlukan.
2. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh
merugikan lemparan yang dibuat.
4. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan didri sendiri atau orang lain.
30