Anda di halaman 1dari 7

TAMADUN INDIA: PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

PENDAHULUAN
Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam
setiap tamadun. Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak
memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dunia
seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik, senibina, bahasa dan
sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India telah
memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk
memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan
ilmu pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra
sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik,
zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para
sarjana sebagai elemen penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan
dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu, elemen agama juga
merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya

TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN

Tamadun Lembah Indus- tidak begitu ketara namun terdapat penemuan dan
elemen pendidikan seperti
perbandaran, hubungan dengan masyarakat luar dan lain-lain. Zaman Vedik-
Kecemerlangan empayar-empayar awal seperti Maurya, Gupta, Sangam,
Pallava dan Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah memiliki
teknologi besi kemudiannya memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu
seiring dengan perkembangan ajaran Hindu

Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera,


astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah
(Portugis, Belanda, Peranchis dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut
bahasa, sains dan teknologi moden.

SUMBER ILMU PENGETAHUAN INDIA


- Kitab-kitab Veda
- Tamadun Mesopotamia
- Tamadun Islam
- Tamadun China
- Tamadun Barat

Pencapaian
- Bidang Pendidikan
- Bidang sains
- Matematik
- Astronomi dan kalendar
- Fizik dan kimia
- Logam
- perubatan

- Bidang kesenian
- Muzik
- Tarian
- Drama
- Lukisan
- Bidang bahasa dan kesusasteraan
- Bidang seni bina

- Bidang Pendidikan
- Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab2 Veda
- Penubuhan universiti
- Zaman Islam; berkembang pesat semua golongan. Bertambah pusat
pendidikan.
- Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang

MATEMATIK

Sistem Angka
Sistem angka sifar(dikenali juga sebagai sunya). Mempelopori penggunaan
sistem nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd angka kosong
dalam sistem matematik hari ini. Pesat di zaman yang dikenali sebagai
sulvasutra (aturan tali). Aktiviti matematiknya berdasarkan aturan kiraan
tali. Matematik berkembang pada waktu ini kerana keperluan agama
(pemujaan dan pengorbananan). Diperkenalkan pada zaman Gupta.
Sebelum adanya konsep sifar hanya nombor positif sahaja yang diketahui.
Setelah nombor sifar ditemui wujudlah nombor negatif yang kita kenali
sekarang ini. Sifar atau kosong ini diwakili oleh titik yang dikenali sebagai
Pujyam. Konsep kosong juga dikenali sebagai Shukla dan Shubra. Orang Arab
kemudiannya memanggilnya Siphra atau sifr.

Geometri
Mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam senibina.
Digunakan secara meluas terutama dalam merangka mandala. Bentuk-
bentuk geometri juga telah digabungkan dengan bentuk tumbuhan dan
menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India. Aryabhata telah menulis dalam
Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata turut berjaya mengira
dengan tepat jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau juga
membuktikan bumi berputar di atas paksinya dan gerhana pula disebabkan
bayang bumi.

Algebra
Berkembang sejak abad ke 5 Masihi dan dikenali sebagai Ganitam (dari
perkataanBijaganitam). Orang Arab selepas kurun ke-13 telah mengkaji
tentang matematik India apabila mereka mula memasuki India. Mereka telah
memperkembangkan lagi ilmu matematik yang diperoleh dari sini yang
kemudiannya diberi nama Al-Jabar. Al bermaksud satu, Jabr pula
bermaksud penggabungan. Pada zaman pertembungan antara tamadun
Islam dengan barat, kaedah algebra ini telah disebarkan ke barat. Algebra
yang dikenali pada masa ini adalah dari al-Jabr yang dibangunkan orang
Arab dari Bijaganitam yang berasal dari India.

Sistem perpuluhan
Ada sarjana yang mengatakan ia adalah ciptaan orang Arab tetapi dakwaan
ini disangkal kerana orang Arab menamakannya sebagai Hindisat (seni
India). Jadi kemungkinan melalui hubungan dagangan yang kukuh antara
India dan Timur Tengah telah memungkinkan orang Arab mempelajari seni
matematik dari orang India.

Trigonometri
trigonometri (sinus, kosinus dan kotangen) yang dibangunkan pada kurun ke
15 dianggap contoh pertama bagi siri kuasa (selain siri geometri).
Trigonometri dimajukan apabila kiraan satu-satu sudut menggunakan
kaedah separuh dan ia kekal hingga hari ini. Kaedah ini dikembnagkan
dalam kitab Aryabhatiya yang ditulis oleh Aryabhata dan kitab
Pancasiddahta karya Varamahira.

LOGAM
Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi)
di Delhi (berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5M. Ia merupakan
sebatang besi 7 meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Berat
menara ini dianggarkan 6 tan dan sehingga sekarang tidak terjejas.
Keupayaan melebur logam ini juga menjadikan perkembangan pesat dalam
pembuatan duit-duit syiling yang telah digunakan sekurang-kurangnya sejak
abad ke 8 SM.

IRON PILLAR OF DELHI

FIZIK DAN KIMIA


Ia ada kaitan dengan teologi dan agama. Alam semesta dipercayai
mengandungi lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Hampir
semua aliran agama di India percaya unsur-unsur alam kecuali angkasa
adalah bercirikan atom.

Dunia mempunyai 5 elemen asas: Bumi, Api , Udara, air dan gelombang.
Lima (5) elemen tersebut mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia
contohnya, bumi dikaitkan dengan bau, udara dengan perasaan, api dengan
pandangan, air dengan rasa dan gelombang dengan bunyi/pendengaran.
Mengikut falsafah Vaisheshika, atom yang wujud dalam kehidupan boleh
dipisah-pisahkan. Sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yang lebih
besar apabila ia berada dalam air berbanding di udara kerana densiti atom
dalam air lebih tinggi dari di udara.

Kimia: Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian dan


pewarna. Juga pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk
mengubah dan menjadikan logam besi kepada emas seperti yang dilakukan
di Eropah. Orang India buat ubat untuk hidup lama, racun dan antidotnya.
Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan garam
logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan
penyulingan. Mereka juga dipercayai mencipta ubat bedil.

ASTRONOMI DAN KALENDAR


Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung
dengan tepat ukur lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku
Panchasiddhantika atau lima aliran astronomi yang menjadi bahan rujukan di
sekolah-sekolah. Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu bahagian
utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada
zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan.
Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Orang India
berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet-planet
tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan
dan kemudian 2 lagi iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada
arah bertentangan 180 darjah. 27 bintang (nakshatra) ditemui dan
mempercayai bintang dan planet ini mempengaruhi kehidupan manusia.
Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan astrologi.

Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti
matahari yang merupakan pusat kepada sistem solar. Pada abad ke-7 M,
Brahmagupta telah berjaya menganggarkan jarak di antara bumi dan
matahari iaitu sejauh 5000 Yojanas. Satu Yojanas bersamaan dengan 7.2 km.
Anggaran yang dibuat beliau ini hampir menyamai jarak sebenar iaitu
kurang 36000 km. Pada zaman Gupta lagi mereka telah menyedari tentang
adanya medan graviti dan mengetahui bahawa dunia ini adalah berbentuk
sfera.

Brahmagupta pada kurun ke-7 M menyatakan yang semua jasad akan jatuh
ke arah bumi kerana secara semulajadinya bumi akan menarik apa sahaja
jasad. Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh Barat dengan kemunculan
ahli sains barat seperti Sir Isaac Newton yang mengenengahkan teori
gravitinya Aryabhatta telah memperkenalkan teori Heliocentric yang
kemudiannya dikembangkan oleh Copernicus lebih seribu tahun kemudian.

Barat tidak begitu tertarik dengan idea Aryabhatta tentang matahari sebagai
sumber kepada cahaya bulan sehinggalah dibuktikan oleh Copernicus dan
Galileo. Bukti ketinggian ilmu matematik dan astronomi India terpapar
dengan terbinanya Universiti Nalanda yang merupakan antara universiti
yang terawal di dunia yang menarik ramai sarjana dari seluruh dunia seperti
dari Greek, Parsi dan China.
PERUBATAN
Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir.
Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui
amalan yoga, reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang ,
telah wujud sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan India seperti Caraka
(kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf
dengan Hippocrates dan Galen

BIDANG KESENIAN
Muzik: Terdapat empat kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha
(dram), ghana (solid/ideophone) dan susira (angin). Berbeza India Utara dan
India Selatan. India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka

Tarian: Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki,
tangan muka, perasaan.
Drama: Antara yang terkenal drama Sakuntala

Lukisan: Dinding istana, ruang dalaman rumah golongan kaya, kuil.


Pengaruh dari epik klasik Ramayana dan Mahabrata

BIDANG SENI BINA


Merangkupi binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling. Zaman Maurya, seni bina
dan seni ukir berkembang maju. Tiang Asoka adalah antara kemegahan
senibina/ukir India. Zaman Gupta: seni bina lebih cemerlang. Zaman Islam:
gabungan unsur Parsi dan Hindu berkembang

BAHASA DAN KESUSASTERAAN


Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750 loghat
tapi 14 sahaja jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan.
Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dan lain-lain. Bahasa Indo-Arya:
Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa Dravida: Telegu, Tamil,
Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu, bahasa Inggeris.

KESUSASTERAAN
Terdapat kesusasteraan Indo-Arya, kesusasteraan Vedik, kesusasteraan Epik
dan lain-lain

KESIMPULAN
Kemajuan dalam tamadun India tidak dinafikan mempengaruhi
perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi moden Perkembangan dan
kemajuannya juga hasil pengaruh dari Tamadun Islam, China dan Yunani
Kemajuan dalam sains kini memperlihatkan India juga adalah antara negara
penting dunia yang memajukan sains angkasa, nuklear, persenjataan
teknologi maklumat dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai