Anda di halaman 1dari 1

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL


PROGRAM SAINS SUKAN

Penulisan Sintesis TC 30203 PSIKOLOGI SUKAN GUNAAN


Penulisan sintesis bertujuan menggabungkan maklumat daripada beberapa sumber dengan pendapat
penulis. Sesuatu sintesis yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Melaporkan maklumat dengan mengunakan frasa dan ayat penulis


Disusun atur agar pembaca dapat melihat perkaitan di antara sumber-sumber yang
berbeza
Membantu pembaca memahami bahan bacaan dengan lebih mendalam.

Tugasan
Dapatkan 2 artikel yang berunsurkan kajian yang berkaitan dengan kursus yang diikuti yang
diterbitkan selepas 2000. Baca dan hasilkan sebuah sintesis berpandukan kerangka di bawah.

Format Penulisan
1. Pengenalan
Menyatakan fokus sintesis anda.

Mengenalkan teks yang bakal disintesis:


i. Memberikan tajuk sumber ( Format penulisan sumber Gaya APA)
ii. Nama setiap penulis
iii. Maklumat latarbelakang topik am yang menjadi fokus penulisan

2. Isi
Disusun atur mengikut:
i. Tema
ii. Kesamaan
iii. Aspek Topik

Penting: Penyusun aturan bergantung kepada bahan-bahan yang disintesis. Penyusun


aturan yang baik dapat menarik minat pembaca dan menunjukkan tahap pengetahuan
dan pemikiran penulis.

Teknik Penulisan
i. Menulis merupakan satu media komunikasi. Penulisan yang baik dapat menarik
minat pembaca dan memimpin pembaca dalam memahami apa yang ingin
disampaikan oleh penulis.

ii. Pada amnya, penyusun aturan penulisan adalah dalam bentuk perenggan.
Setiap perenggan memerlukan satu ayat topik yang memaklumkan
kepada pembaca mengenai isi perenggan tersebut.
Mengandungi maklumat lebih daripada satu sumber.
Menyatakan sumber maklumat (in text citations).
Menyatakan perbezaan dan kesamaan antara sumber-sumber;
menjadikan hasil penulisan yang berkualiti dan informatif.
3. Kesimpulan

Mengingatkan pembaca tentang tema yang difokus dalam penulisan dan perkaitannya
dengan topik.
Cadangan arah penyelidikan di masa hadapan.
Ulasan penulis.

Sumber
Jamison, S. 2006. Drew University on-line resources for writers: Synthesis writing,
http://www.users.drew.edu/sjamieso/Synthesis.htm

Anda mungkin juga menyukai