Anda di halaman 1dari 4

KONSEP

Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia
pendidikan khususnya dalam bidang pendidikan pemulihan. Segala keputusan yang
dibuat dalam pendidikan pemulihan berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan
melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh seseorang murid itu. Bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap kebolahan murid, guru memerlukan maklumat yangt dikumpul melalui
pelbagai cara pengujia atau kaedah lain. Apabila pengajaran dan langkah-langkah yang
dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan
pengajarannya.

Pentaksiran dalam konteks pemulihan khas didefinisikan sebagai satu proses


mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan. Dalam konteks konsep pula,
pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

PENGETAHUAN OPERASI

KEMAHIRAN DAPAT
PRODUK PROSES
NILAI HASIL

PENTAKSIRAN

PERTIMBANGAN BUKTI
PENGHAKIMA MAKLUMAT
PENCAPAIAN PRESTASI
N
PENDIDIKAN TOPIK
Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor, dan
menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar. Pentaksiran
bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran selain mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran
dan pembelajaran sekaligus memperbaiki cara penyampaian pengajaran dan
pembelajaran seseorang guru kepada murid. Pentaksiran ini juga dapat memudahkan
seorang guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

PENTAKSIRAN

OBJEKTIF PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN AKTIVITI


PEMBELAJARAN

Setelah masalah dapat dikenal pasti, murid akan ditempatkan di kelas pemulihan
untuk mengikuti program yang dirancang oleh guru. Dalam melaksanakan program ini,
guru harus bijak memilih strategi pemulihan yang sesuai dengan darjah keseriusan
yang dialami oleh murid berkenaan. Selain itu, guru perlu menentukan alatan kajian
yang sesuai bagi melaksnakan ujian-ujian pengenalpastian/saringan terhadap murid
yang dikenal pasti dengan menggunakan prosedur tertentu seperti ujian pengamatan
dan ujian diagnostik melalui ujian-ujian binaan guru dan ujian-ujian lain yang difikirkan
sesuai.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar


seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) serta Kubiszyn dan Borich
(1996), namun, pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan
yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan, dan pentafsiran maklumat
yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pillihan keputusan berasaskan pada objektif
pendidikan.
KEPENTINGAN
Dalam pemulihan khas terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat oleh guru dan ahli
professional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid-murid yang
mengalami masalah dalam pembelajaran. Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya
pengajaran dan perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan
masalah dalam pembelajaran yang mereka hadapi.

Pentaksiran ini amat penting dalam membuat penilaian terhadap murid-murid


pemulihan. Antara kepentingannya adalah, untuk pengenalpastian masalah. Dengan
membuat pentaksiran keatas pelajar, guru dapat mengesan sama ada pelajar dapat
menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira. Guru juga dapat mengesen punca
kelemahan dan kekuatan pelajar. Dengan maklumat-maklumat sebegini, tugas guru
lebih mudah untuk membuat perancangan dalam menyediakan rancangan pengajaran
keatas murid tersebut.

Selain itu, pentaksiran ini juga penting dalam mengenalpasti penempatan yang
sesuai keatas murid. Contohnya, guru dapat mengetahui tahap pencapaian murid untuk
penempatan kelas seperti ke kelas perdana, dan kelas khas pemulihan. Penempatan
yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka mendapat
pendidikan yang khusus.

Kepentingan pentaksiran seterusnya adalah dalam pemilihan strategi pemulihan.


Cotohnya, seorang guru dapat menyediakan strategi P&P yang berkesan seperti
menggunakan BBM yang menarik supaya murid lebih mudah menguasai kemahiran.
Selain itu, guru dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Individu lebih awal iaitu
sebelum pengajaran dijalankan dan boleh menetapkan objektif pengajaran. Dengan
adanya persediaan seperti ini, guru dapat menggunakan strategi seperti melukis
gambar, mendengar muzik untuk belajar bahasa. Apabila mereka telah diajar sesuatu,
perkara tersebut harus sentiasa berulang-ulang supaya mereka senang untuk
mengingat kembali kemahiran yang telah dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai