Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI PENTAKSIRAN

Pentaksiran didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan


seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga
merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran
seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran akan
dijalankan secara berterusan.

Pentaksiran Dalam Pendidikan merupakan khusus yang penting bagi setiap


mahasiswa perguruan. Khusus ini amat diperlukan untuk menganalisis dan menginterpretasi
data murid-murid. Setiap data yang dikumpul akan direkodkan dan dianalisis untuk
menentukan tahap pemahaman dan perkembangan murid terhadap pembelajaran.
Pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan
oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka (Dunn, 1991). Pentaksiran sebagai
pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai
kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan
untuk memperbaiki pelajar.

1.2 TUJUAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran autentik ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pentaksiran prestasi,
pemerhatian guru, persidangan, pentaksiran kendiri, pentaksiran rakan sebaya dan
pentaksiran kerja kursus atau folio. Dalam tugasan ini, saya telah memilih alat pentaksiran
autentik jenis pentaksiran prestasi. Hal ini kerana pentaksiran prestasi sesuai untuk
dilaksanakan dalam aktiviti yang dilaksanakan semasa saya menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS). Kesimpulannya, pentaksiran autentik jenis prestasi dapat
merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang
ada dalam dunia sebenar.

Melalui alat ini, saya melaksanakan satu aktiviti untuk mentafsir sikap, tingkah laku dan
tindakan pelajar semasa proses pembelajaran yang berlaku. Instrumen yang diperlukan bagi
pentaksiran prestasi ialah senarai semak dan skala kedudukan iaitu berpandukan rubrik
pemarkahan yang ditetapkan. Dalam pentaksiran prestasi, murid ditaksir berasaskan proses
penglibatan mereka dalam menyiapkan tugasan tersebut.

2
1.3 MAKLUMAT SEKOLAH

Sekolah yang dipilih untuk melaksanakan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah


(PBS) pada kali ini, saya, Muhamad Ali Muryid bin Mohd Hamzah dan Mohd Izzat bin
Ibrahim telah memilih sekolah di kawasan persekitaran saya iaitu Sekolah Kebangsaan
Chuping, Perlis. Sekolah yang dipilih ialah sekolah kawasan pendalaman gred A yang
mengandungi seramai 286 orang murid dan 44 orang guru dan staf secara kesuluruhannya.
Sekolah ini terletak di kawasan kampung, berhampiran dengan Kem Askar Oran dan
bersebelahan dengan bukit batu kapur iaitu Bukit Chuping. Bagi menilai prestasi murid, saya
telah memilih subjek Matematik Tahun 4 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 dan
mendapatkan data serta maklumat peperiksaan daripada Puan Noraishah binti Mat Yusoh
iaitu guru panitia Matematik merangkap Setiausaha Peperiksaan Sekolah Kebangsaan
Chuping.

Gambar di atas adalah saya bersama rakan seperjuagan di padang SK Chuping.

Gambar di atas adalah pintu pagar utama SK Chuping.

3
2.0 MAKLUMAT PENTAKSIRAN

2.1 STATSITIK ASAS

Statistik asas adalah min, mod, median, dan sisihan piawai. Ia melibatkan proses
menganalisis dan menginterpretasi data-data mentah ini. Proses ini dapat membantu guru
untuk merumus data-data mentah yang banyak kepada bentuk yang mudah difahami. Hasil
analisis statistik ke atas data mentah tersebut dapat membantu mentafsir pencapaian murid
dan menyediakan laporan prestasi murid.

Seramai 15 orang murid kelas 4 Amanah bagi subjek Matematik (jadual 1.1.1) telah
dipilih untuk dianalisis skor markah meraka. Murid-murid adalah dipilih secara rawak.
Markah yang diperoleh melalui ujian di sekolah dikenali sebagai skor mentah atau data
mentah. Skor atau data mentah yang tidak terkumpul (jadual 1.1.2) adalah skor yang
dikumpul sebelum melakukan Jadual Taburan Kekerapan (jadual 1.1.3). Jadual Taburan
Kekerapan perlu dibuat bagi memudahkan proses analisis data. Jadual ini merupakan
susunan skor-skor mentah yang disusun secara menaik atau menurun dengan dinyatakan
kekerapannya dalam sesuatu jadual.

Bil NAMA MURID M3

M G

1 SUMAYYAH BINTI ABD WAHAB 43 D

2 HARITH ISKANDAR BIN MASLAN 42 D

3 MUHAMMAD MUSTAQIM BIN ZAKARIA 30 E

4 MUHAMMAD UZAID BIN SAHRANI 35 E

5 KHAIRINA SYARDINI BINTI KAMARUL KHAIRY 37 E

6 AIN HANANI BINTI AZMI 27 E

7 NUR AINI BINTI ZAINOL 29 E

8 NUR ASYIQAH BINTI KHAIRIL NIZZAR 17 E

9 MUHAMMAD NUR AFIQ JAZIMIN BIN ISMAIL 20 E

10 MUHAMMAD AMIR FAHMI BIN MOHD SHAZLEE 22 E

11 MEGAT IMAN NURHAKIM BIN MEGAT ANUAR 19 E

4
12 MUHAMMAD ARIFF DANIEL BIN MOHD JASRULNIRWAN 22 E

13 MUHAMMAD ADIF IZZATBIN RUSLIZAN 19 E

14 MUHAMMAD AIDIEL ROZAIMIE BIN ROSLAN 15 E

15 IZHAR MUHAMMAD BIN ISMAIL 40 D

Jadual 2.1.1

43 42 30 35 37 27 29 17 20
22 19 22 19 15 40

Jadual 2.1.2

Skor Mentah (x) Gundalan Kekerapan

15 / 1

17 / 1

19 // 2

20 / 1

22 // 2

27 / 1

29 / 1

30 / 1

35 / 1

37 / 1

Jadual 40 / 1 2.1.3

42 / 1

43 / 1

Jumlah 15 15 5
3.0 DATA STATISTIK

3.1 MIN

Min adalah purata markah yang diperolehi oleh murid dalam sesuatu ujian. Min
menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan perbandingan. Min juga berguna
semasa mengira sisihan piawai dan skor sisihan piawai, skor Z dan juga skor T. Rumus min
untuk skor-skor tidak terkumpul ialah:



Min, =

= 43+42+30+35+37+27+29+17+20+22+19+22+19+15+40
15

= 41715

= 27.8

Berdasarkan nilai min yang diperoleh, saya dapat mentafsirkan bahawa purata
markah yang diperoleh oleh 15 orang murid dari kelas 4 Amanah dalam matapelajaran
Matematik bagi peperiksaan pertengahan tahun tersebut adalah 27.8. Hal ini menunjukkan
bahawa purata pencapaian murid di dalam kelas tersebut adalah sangat tidak memuaskan.

3.2 MOD

Mod pula adalah nilai yang mempunyai kekerapan terbanyak. Nilai mod boleh
diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau menurun.
Jika dilihat pada skor markah Matematik bagi kelas 4 Amanah ini, nilai mod adalah:

6
15, 17, 19, 19, 20, 22, 22, 27, 29, 30, 35, 37, 40, 42, 43

Oleh itu, berdasarkan data yang telah disusun, saya telah mendapati bahawa
taburan bagi skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod tersebut adalah 19 dan juga
22. Hasil daripada nilai mod yang saya perolehi tersebut, adalah dapat dinyatakan di sini
bahawa 5 orang murid telah mendapat markah antara 19 hingga 22. Perkara tersebut
secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa aras soalan yang telah dijawab oleh
mereka adalah tinggi memandangkan mereka adalah murid daripada kelas 4 Amanah.
Namun begitu, kemungkinan juga murid kurang menguasai kemahiran-kemahiran yang
telah diajar oleh guru mereka. Hal ini juga menunjukkan kebanyakan murid memiliki aras
pemikiran yang sama.

3.3 MEDIAN

Median pula adalah nilai yang terletak di kedudukan tengah skor-skor yang telah
disusun secara menaik atau menurun. Untuk median bagi skor murid kelas 4 Amanah bagi
matapelajaran Matematik untuk peperiksaan pertengahan tahun adalah:

15, 17, 19, 19, 20, 22, 22, 27, 29, 30, 35, 37, 40, 42, 43

Oleh itu, median bagi peperiksaan akhir tahun untuk matapelajaran Matematik bagi
kelas 4 Amanah adalah 27. Median yang telah dapat itu menunjukkan bahawa nilainya
begitu rendah bagi murid-murid yang berada pada kelas hadapan. Pelbagai kemungkinan
dapat ditafsirkan di sini.

3.4 SISIHAN PIAWAI

7
Seterusnya pula adalah sisihan piawai. Sisihan piawai ini adalah satu jenis purata
yang digunakan bagi melihat kecenderungan memusat bagi sesuatu set skor dan lazimnya

Skor ( ) ( ) ( ( ) 2

15 15 27.8 = -12.8 (-12.8) = 163.84

17 17 27.8 = -10.8 (-10.8) = 116.64

19 19 27.8 = -8.8 (-8.8) = 77.44

19 19 27.8 = -8.8 (-8.8) = 77.44

20 20 27.8 = -7.8 (-7.8) = 60.84

22 22 27.8 = -5.8 (-5.8) = 33.64

22 22 27.8 = -5.8 (-5.8) = 33.64

27 27 27.8 = -0.8 (-0.8) = 0.64

29 29 27.8 = 1.2 (1.2) = 1.44

30 30 27.8 = 2.2 (2.2) = 4.84

35 35 27.8 = 7.2 (7.2) = 51.84

37 37 27.8 = 9.2 (9.2) = 84.64

40 40 27.8 = 12.2 (12.2) = 148.84

42 42 27.8 = 14.2 (14.2) = 201.64

43 43 27.8 = 15.2 (15.2) = 231.04

1288.40
Jadual 2.2.1

bagi set skor yang terkumpul. Langkah kerja bagi mendapatkan sisihan piawai bagi kelas 4
Amanah adalah seperti Jadual 2.2.1.

Aplikasi rumus, =
( 2)

= 1288.40
15

8
85.89

= 9.27

Di sini dapat dinyatakan bahawa sekiranya nilai sisihan piawai ialah 10, maka
sebaran skor itu adalah normal. Dalam pengiraan sisihan piawai, ia pasti akan berlaku dua
perkara iaitu nilai kurang daripada 10 atau nilai melebihi daripada 10. Sekiranya nilai sisihan
piawai bernilai kurang daripada 10, maka taburan skor itu adalah terkelompok sekitar min
bagi set skor tersebut. Hal ini dipanggil homogene di mana prestasi antara murid adalah
hampir sama antara satu sama lain. Manakala, bagi nilai sisihan piawai yang melebihi 10,
skor antara murid-murid yang menduduki peperiksaan itu adalah tersebar atau berserakan.
Hal ini dipanggil heterogen yang bermaksud pencapaian antara murid adalah tidak begitu
sama.

Berdasarkan kepada pengiraan yang saya lakukan ke atas skor murid bagi kelas 4
Amanah, nilai sisihan piawai yang saya perolehi adalah 9.27. Sementara itu, nilai min bagi
skor murid-murid ini adalah 27.8. Sehubungan dengan itu, adalah dapat saya tafsirkankan
bahawa sebaran skor murid-murid di dalam kelas tersebut adalah normal. Hal ini kerana
terdapat 8 murid mendapat skor di bawah min dan 7 murid mendapat skor di atas min
biarpun skor yang diraih masing-masing kurang memuaskan.

3.5 JADUAL TERKUMPUL KEKERAPAN

KELAS INTERVAL KEKERAPAN HAD SELA KELAS

90 - 100 0 89.5 100.5

80 - 89 0 79.5 89.5

70 - 79 0 69.5 79.5

60 - 69 0 59.5 69.5

50 - 59 0 49.5 59.5

40 - 49 3 39.5 49.5

30 - 39 3 29.5 39.5

20 - 29 5 19.5 29.5

9
10 - 19 4 9.5 19.5

0-9 0 0.5 9.5

Jadual 2.6.1

Graf Kekerapan Kelas 4 Amanah


16

14

12

10

8
Kekerapan
6

0
9.5 19.5 29.5 39.5 49.5 59.5 69.5 79.5 89.5 100.5

Skor

Melalui graf di atas, hasil menunjukkan kekerapan yang paling tinggi ialah pada skor
29.5 iaitu sebanyak 5 kekerapan. Kedua-dua skor ini memiliki nilai dan tahap kekerapan
yang sama. Manakala kekerapan kedua yang tertinggi ialah pada skor 19.5 iaitu sebanyak 4
kekerapan. Akhir sekali ialah skor 39.5 dan 49.5 iaitu masing-masing sebanyak 3 kekerapan.
Nilai skor yang selebihnya adalah kosong. Hal ini kerana skor ini tidak memiliki tahap
kekerapan. Secara keseluruhannya, graf menunjukkan tahap skor yang rendah adalah
kekerapan yang paling tinggi.
Kesimpulannya, para pelajar dari kelas 4 Amanah masih lagi berada pada tahap
yang lemah dalam penguasaan matapelajaran Matematik ini berdasarkan ujian peperiksaan
pertengahan tahun 2016. Murid-murid perlu diberi lebih perhatian untuk meningkatkan lagi
prestasi mereka dalam menguasai subjek Matematik ini kerana kedudukan pencapaian
mereka amat tidak memberangsangkan. Guru-guru perlu membimbing murid-murid 4
Amanah sehingga berjaya memahami dan menguasai subjek ini serta mencapai objektif
pembelajaran dan dapat membaiki prestasi peperiksaan yang lepas.

10
4.0 PELAPORAN

4.1 DEFINISI DAN TUJUAN PELAPORAN

Melapor adalah sesuatu proses penyampaian maklumat penilaian dari masa ke


masa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid.
Maklumat untuk tujuan pelaporan boleh diperoleh daripada rekod penilaian seperti rekod
profil murid, rekod prestasi, rekod mengajar guru dan sebagainya. Pelaporan seperti ini
perlu dilakukan selalu untuk disampaikan kepada pihak yang ingin, mengetahui tentang
kemajuan, kelemahan dan bakat seseorang murid. Ibu bapa dan pihak lain seperti Jabatan
Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah, agensi swasta dan awam memerlukan
maklumat ini untuk kepentingan masing-masing.

Tujuan pelaporan dibuat adalah untuk pihak atasan membuat keputusan yang wajar
dari segi penempatan pelajar dalam pelbagai aliran pembelajaran seperti Sains, Sastera
dan Perkaunan. Pelaporan dibuat juga dengan tujuan untuk membolehkan guru mengambil
tindakan susulan iaitu menentukan sama ada seseorang pelajar perlu diberi aktiviti
pemulihan ataupun pengayaan. Pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan murid-murid
boleh dilaporkan supaya tindakan susulan boleh dilaksanakan.

4.2 FUNGSI PELAPORAN

4.2.1 GURU

Berdasarkan data yang diperolehi, kelas ini terdiri daripada murid-murid yang yang
mempunyai pencapaian yang berbeza antara satu sama lain. Namun begitu, pencapaian
kesuluruhan murid 4 Amanah sangat tidak memberangsangkan dan memuaskan. Oleh itu
guru boleh melakukan pelaporan dengan data-data tersebut bagi membolehkan guru
mengambil tindakan susulan iaitu menentukan sama ada seseorang murid itu perlu diberi
aktiviti pemulihan ataupun pengayaan. Tindakan susulan tersebut haruslah dijalankan
berdasarkan segala maklumat yang diperolehi daripada penilaian. Tindakan susulan harus
dalam bentuk pengukuhan, pemulihan dan pengayaan.

Selain itu, pelaporan juga boleh digunakan oleh guru untuk menilai kembali
pengajaran mereka. Hal ini kerana, melihat kepada keputusan murid kelas 4 Amanah di
mana tiada seorang pun memperoleh pencapaian yang memberangsangkan,
berkemungkinan disebabkan oleh pengajaran guru yang kurang menarik, membosankan
ataupun sukar untuk difahami. Justeru itu, guru hendaklah menilai kembali teknik
pengajaran yang digunakan dan mengaplikasikan sesuatu teknik berlainan yang lebih
mudah difahami serta menarik minat pelajar untuk memahami kemahiran Matematik.

11
4.2.2 IBU DAN BAPA

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, yakni anjakan ke-9


iaitu berkerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Hal ini
bermakna penglibatan ibu bapa dengan pihak sekolah hendaklah secara menyeluruh. Oleh
itu, pelaporan adalah salah satu perkara penting bagi melihat pencapaian anak-anak
mereka. Seorang guru boleh menyampaikan laporan pencapaian murid kepada ibu bapa
dengan pelbagai cara seperti menubuhkan satu group Whatsapp antara ibu bapa, guru-
guru dan guru besar sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan satu
perjumpaan khas dengan ibu bapa bagi memberikan dan menunjukkan laporan pencapaian
murid. Hal sebegini adalah lebih baik kerana guru-guru boleh bersemuka dengan ibu bapa
murid dan melaporkan tahap pencapaian pembelajaran dan sebagainya.

Melihat kepada pencapaian Matematik murid kelas 4 Amanah, jelas sekali bahawa
ibu bapa hendaklah memberikan lebih tumpuan kepada anak-anak mereka. Hal ini boleh
dilakukan oleh ibu bapa dengan membeli buku latihan tambahan dan buku rujukan untuk
anak-anak mereka supaya mereka dapat mengulangkaji matapelajaran Matematik dengan
lebih mendalam. Selain itu, ibu bapa juga bolehlah menghantar anak-anak mereka ke kelas
tambahan seperti tuisyen, untuk menjelaskan lagi apa yang anak-anak mereka telah pelajari
di sekolah.

4.2.3 PENGURUSAN SEKOLAH

Laporan penilaian digunakan oleh pihak sekolah untuk mengetahui kekuatan dan
kelemahan murid-murid dalam semua mata pelajaran. Pelaporan juga diperlukan oleh pihak
sekolah kerana mereka hendaklah menyimpan rekod-rekod murid untuk dinilai dan
menentukan tahap pencapaian sekolah. Hasil penilaian ini dapat mendorong guru untuk
mengajar lebih baik, membantu guru untuk menentukan strategi pengajaran yang lebih
tepat, dan mendorong sekolah agar menyediakan fasiliti pembelajaran dengan lebih baik.
Pelaporan ini hendaklah merangkupi dalam semua aspek untuk semua pelajaran. Maklumat
yang diperlukan adalah kemahiran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid-
murid. Guru memerlukan maklumat yang spesifik untuk kelas yang diajar, sedangkan pihak
sekolah memerlukan maklumat yang umum untuk semua kelas dalam satu sekolah.

4.2.4 MURID

Pelaporan untuk pelajar pula ialah dapat merangsang konsep kendiri melalui peluang
berkongsi pencapaian dan kemajuan pembelajaran bersama guru dalam satu persekitaran
positif. Selain itu, proses ini dapat melibatkan pelajar secara langsung dalam pentaksiran
dan membolehkan mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Pelajar

12
tersebut boleh membaiki dan tingkatkan tahap pencapaian diri mereka sendiri setelah
diberitahu tentang keputusan pelaporan mereka seperti mengulang kaji subjek yang mereka
lemah, membuat latihan lebih, bertanya kepada guru dan sebagainya.

4.3 CARA PENYAMPAIAN PELAPORAN

4.3.1 IBU DAN BAPA

Guru kelas atau guru yang berkenaan boleh menyampaikan pelaporan kepada pihak
ibu bapa tentang anak mereka dengan pelbagai cara pada masa kini. Antaranya ialah
pelaporan ini boleh disampaikan semasa hari terbuka sekolah di mana ibu bapa pelajar
datang ke sekolah untuk mengambil kad laporan pelajar. Selain itu, guru boleh membuat
perjumpaan murni bersama ibu bapa pelajar tersebut pada bila-bila masa. Malah, pelaporan
ini juga boleh disampaikan melalui online di mana guru menggunakan email atau aplikasi
yang moden pada zaman ini.

4.3.2 GURU DAN PIHAK SEKOLAH

Penyampaian pelaporan kepada pihak guru sendiri pula boleh dilakukan melalui
mesyuarat anatara guru-guru matapelajaran atau guru panitia. Selain itu, guru juga boleh
membuat perjumpaan murni sesame sendiri untuk memberi tahu tentang pelaporan pelajar
mereka itu. Guru dapat merekodkan keputusan pelaporan anak murid mereka sendiri
setelah menerima pelaporan itu. Guru berkenaan juga boleh bersemuka dengan pihak
sekolah itu sendiri untuk menyampaikan dan melapor pelaporan pelajar pada waktu yang
sesuai dan ditetapkan di pejabat sekolah.

4.3.3 PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)

Bagi penyampaian pelaporan kepada PPD pula, guru perlu membuat laporan yang
rasmi dan hantarkan kepada pihak PPD tersebut. Penghantaran laporan ini boleh dilakukan
melalui online iaitu hantar melalui email atau aplikasi yang di sediakan oleh pihak PPD dan
hantar secara manual iaitu pergi ke pejabat PPD tersebut dan hantarkan kepada pegawai
yang bertugas.

4.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAPORAN

Pelbagai faktor yang mempengaruhi pelaporan pelajar ini, anataranya ialah bahan
bantu mengajar (BBM) dari guru itu sendiri. Mungkin BBM yang disediakan kurang sesuai
dan tidak berkesan terhadap pelajar berkenaan kerana tidak sampai kepada tahap dan
kemahiran pelajar tersebut. Selain itu, faktor silibus pelajaran yang lama dan baru. Guru
mengajar pelajar berkenaan dengan silibus pelajaran yang lama dan tidak di kemaskini

13
menyebabkan pelajar tersebut ketinggalan ilmu baharu yang telah dirancang oleh KPM
sekali gus menjejaskan keputusan peperiksaan pelajar berkenaan.

Seterusnya, faktor perkakasan pelajaran yang tidak cukup dan kurang lengkap.
Contoh perkakasan berkenaan seperti LCD Projector yang telah rosak atau tiada di dalam
kelas, kekurangan computer untuk pelajar menggunakannya, tiada capaian internet di
sekolah, kerosakan dan kekurangan peralatan dan perkakasan alat uji kaji di dalam makmal
sains, peralatan di dalam kelas yang rosak seperti kerusi, meja, kipas, papan hitam dan
sebagainya. Hal ini demikian akan memberi impak kepada pelajar yang berkenaan kerana
mereka tidak dapat menuntut ilmu dengan sepenuh perhatian mereka dan pembelajaran itu
tidak sampai sepenuhnya kepada pelajar tersebut. Guru juga gagal mengajar pelajarnya
dengan cara yang efektif dan berkesan dimana guru hanya menggunakan proses chalk and
talk sahaja tanpa meransang minda pelajar tersebut. Pelajar tersebut akan kebosanan dan
tidak tertarik untuk belajar dan tidak dahagakan ilmu.

Disamping itu, faktor yang berkait rapat adalah faktor semulajadi seperti gangguan
haiwan, bencana alam dan iklim persekitaran sekolah. Kawasan sekolah juga memainkan
peranan yang penting juga kerana ia memberi kesan yang besar kepada pelajar seperti
sesebuah sekolah yang berada di kawasan pedalaman, ia terdedah dengan ancaman
binatang buas di dalam hutan, haiwan berbisa, dan serangan binatang buas. Pelajar
tersebut perlu sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling kerana kerap kali berlaku kes
pelajar diserang dengan haiwan liar dan berbisa. Kehadiran pelajar berkenaan akan terjejas
dek kerana masalah ini. Selain itu, terdapat beberapa kawasan sekolah yang mempunyai
iklim yang panas dan sejuk sudah tentu tidak selesa untuk pelajar-pelajar ini pergi hadirkan
diri ke sekolah. Musim dan iklim di Malaysia sudah sekian maklum sentiasa berubah-ubah
dan tidak menentu sekali gus memberi implikasi terhadap kehadiran pelajar ini ke sekolah
kerana kesihatan mereka sudah terjejas. Akhir sekali, faktor bencana alam iaitu kawasan
sekolah yang berada di kawasan merbahaya seperti kawasan banjir, gempa bumi, kemarau
dan sebagainya. Faktor ini tidak dapat dielakkan lagi kerana ia suka untuk di tangani dek
kerana berlakunya kejadian ini tanpa diduga oleh kita. Dengan berlakunya kesemua faktor di
atas, keputusan dan hasil pelaporan pelajar mungkin akan merosot dan terjejas selain dari
masalah pembelajaran pelajar itu sendiri.

14
5.0 KESIMPULAN

Pentaksiran prestasi merupakan satu kaedah yang berpotensi memainkan peranan


penting dalam pendidikan murid-murid. la boleh diubahsuai mengikut keperluan program
dan juga individu murid. la memberikan gambaran perkembangan dan kemajuan murid
secara lebih menyeluruh dan mendalam, dan secara tidak langsung mengubah fokus
penilaian kepada aspek positif pelajar, bukan aspek negatif atau kekurangan. Ia memenuhi
kebanyakan fungsi dan objektif penilaian. Ia mengintegrasikan pengajaran dan penilaian.
Akhir sekali, pentaksiran prestasi berpotensi menggabungkan usaha pendidikan guru dan
ibu bapa dan meningkatkan komunikasi positif antara guru, kanak-kanak dan ibu bapa ke
arah pendidikan yang lebih bersepadu dalam semua aspek.

Akhir sekali penilaian autentik merujuk kepada bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bilik darjah setiap hari (Pert,
1990). Ia juga suatu yang realistik dan sesuai dari segi pengajaran. Oleh hal itu, pentaksiran
prestasi kepada pelajar secara berkala dapat membimbing dan memotivasikan murid untuk
berubah ke arah yang lebih baik. Penilaian autentik merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri (Grace, 1992). Ia
melibatkan penilaian yang dilakukan secara berterusan. Ia juga membawa implikasi murid-
murid diberikan peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada
pada mereka dalam cara yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka dan tidak
terhad kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja.

15

Anda mungkin juga menyukai