Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Secara amnya negara Malaysia diduduki pelbagai kaum dan etnik di seluruh
negara. Dasar pecah dan perintah zaman penjajahan barat suatu masa dahulu
bukan sahaja memberi impak yang besar terhadap ekonomi negara malah
melibatkan hubungan sosial antara kaum di Malaysia.

Namun itu tidak menjadikan alasan kaum di Malaysia untuk tidak mencapai
perpaduan di negara ini. Pendidikan bukan sahaja menjadi pelaburan sumber
manusia namun menjadi medan perpaduan oleh rakyat Malaysia.

Sudah menjadi kebiasaan apabila berubah tampuk kepimpinan maka


berubahlah dasar yang sedia ada serta sistemnya. Dulu perjuangan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan yang menjadikan PPSMI sebagai intipati teras di
dalamnya. Kini pada September 2012 dilancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 oleh Tan Sri Muhyidin Yasin yang menjadikan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah sebagai intipati terasnya. Dua sistem yang berbeza namun
matlamat tetap berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan.

Ini menjadikan guru permulaan harus sentiasa bersedia dalam menerima apa
jua dasar atau sistem baru yang dijalankan oleh KPM. Walaubagaimanapun sistem
yang sedia ada pasti ada kepincangannya. Namun ini bukan alasan untuk kita saling
mencari kesalahan mana-mana pihak. Ini merupakan peluang kita sebagai guru
permulaan, melihat semual kesediaan kita menerima dan melaksanakan sistem
yang dijalankan. Pihak sekolah turut membantu guru permulaan dalam menghadapi
liku kehidupan sebagai seorang guru. Tidak dilupakan pihak KPM seharusnya
mengkaji semula setiap cadangan penambahbaikan yang diutarakan oleh guru yang
melaksanakan dasar sedia ada.

Sikap toleransi dan bantu-membantu akan menjadikan profesionalisme guru


lebih teguh dan membentuk satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Kecekapan
guru dalam melaksanakan tugas difokuskan dalam PPPM yang baru di samping nilai
perpaduan perlu sentiasa dikekalkan. Dua aspek ini tidak akan pernah hilang dari
dulu sehingga sekarang kerana kecekapan dan perpaduan merupakan aspek yang
penting dalam menjadikan sistem pendidikan Malaysia lebih baik.

1
Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan, iaitu; akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasi ini
muncul daripada laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi
kandungannya masih relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1979) dan PIPP (2006-2010). Sekolah adalah barisan hadapan dan
peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan lima aspirasi
sistem pendidikan dapat dicapai.

2.0 Tugasan B : Aspirasi sistem di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) dirangka berlandaskan lima aspirasi yang juga dinyatakan dalam
PPM iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

2
Merujuk kepada aspirasi PPPM, bincangkan peranan yang boleh dilaksanakan oleh
kepimpinan sekolah untuk membantu guru permulaan mencapai aaspirasi
perpaduan dan kecekapan dalam PPPM

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan


menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor
pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan
terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga
pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid
dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.

Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab


dan menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak
yang maksimum.

Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap guru terutama dalam


guru permulaan bersedia untuk menydiakan dan memberikan setiap murid di
sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira
taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai
potensi masing-masing.

Seterusnya pihak sekolah bersedia membantu guru untuk berusaha


membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan
membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan menguruskan
tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku yang
tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang
akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .Penguasaan
tingkahlaku akan mempengaruhi kecerdasan kecekapan murid dalam perlaksanaan
pendidikan secara langsung atau tidak langsung (Zabidah ,2006)

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk


memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , pihak sekolah mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat
dan produktif . Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang

3
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau
separa sedar . Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu
bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu
mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan
bertindak dengan lebih yakin .

Seterusnya pada ada peringkat yang paling asas, adalah menjadi


tanggungjawab sekolah untuk memastikan setiap guru permulaan untuk membantu
setiap murid mempunyai kecekapan dalam keupayaan literasi dan numerasi.
Perkara ini amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang
asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam
masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird
memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.(Azman 2012)

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti


Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga
perlu digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran
dalam bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.

Selanjutnya,pihak sekolah perlu memberikan ruang dan kemudahan pada


seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan
dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya
bersama-sama pelajar di dalam kelas(Amir Hasan Dawi, 2002). Contohnya, di
Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta
adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini.
Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang
rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang
keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka
tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.

Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-


isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah :
seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan
perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di
peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah Negara (Awang Had
Salleh, 1980). Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan

4
kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji
dan dibincangkan dalam membentuk kecekapan pelajar dalam mengadaptasi dan
berdikari sesuai pada perkembangan semasa.

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan


mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi
telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak
cabaran kepada kita. Pihak sekolah berperanan daolam membantu guru serta
menyediakan kemudahan dalam melahirkan guru yang bersikap produktif, proaktif
dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak
mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju.

Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta


perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi
pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan
sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok
Soon Sang, 1996). Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang
dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan kecekapan
murid dalam mendapat pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.

Selain itu ,pihak sekolah perlu mendedahkan dan sentiasa memperingati guru
agar menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk
mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan
pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari
semasa ke semasa . Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan
profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir ,
2001 ) Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan
kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-
strategi pengajaran yang sesuai dalam perkembangan dan meningkatkan
kecekapan murid dalam memperolehi ilmu bukan sekadar dari pengajaran namun
nilai-nilai murni yang betul dan berketerampilan. .

Sehubungan dengan kehendak tersebut pihak sekolah hendaklah


mendedahkan guru untuk mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh
pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun

5
Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang
dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan
prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.
Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan,
maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada
budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

Akhir sekali ,pihak sekolah hendaklah bersedia membantu guru permulaan


dalam berfikir secara kreatif dan kritis . Individu yang terlibat dalam profesion
keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun
pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan
sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang
dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan
guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini
bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh
diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu
program (Sufean Hussin, 1993). Oleh yang demikian guru yang berfikiran kreatif dan
kritis membantu perkembangan murid dalam menghasil kan kecekapaan dalam
memperoleh maklumat dan pembelajaran melalui gaya pemikiran yang kreatif dan
kemahiran berfikir yang realistic dan sentiasa maju ke hadapan..

Dalam aspek perpaduan, pihak pentadbiran sekolah mampu membantu guru


permulaan dengan mendedahkan kepada guru permulaan empat dasar utama
kerajaan yang menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai agen perpaduan.
Antara dasarnya adalah, Dasar Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta
Bahasa Kebangsaan- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Sukan Alat Perpaduan

Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk


perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman
penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
dijalankan kini.

6
Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor
unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut
merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan, sistem
persekolahan yang sama bagi semua, bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantar utama, kurikulum yang sama, sukatan pelajaran yang seragam dan
peperiksaan yang seragam. Semua aspek ini perlu didedahkan agar guru permulaan
memahami dengan jelas intipati dasar sedia ada dalam pemupukan perpaduan. Tan
Sri Muhyiddin Yassin (2013) telah menyatakan bahawa kemajuan dan pembangunan
negara terletak pada keupayaan guru dalam menyatukan generasi muda dengan
menggalakkan mereka memupuk dan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam
kehidupan mereka.

Peranan guru juga memainkan peranan penting dalam menyuntik nilai-nilai


perpaduan dalam kalangan murid-murid. Pihak sekolah perlu menekankan elemen
perpaduan sebagai nilai untuk diterapkan dalam kelas. Sebagai contoh, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah sudah tentu melibatkan murid-murid secara
menyeluruh dan berkumpulan yang tidak mengira latar belakang murid mahupun
bangsa, agama murid tersebut. Guru sebagai fasilitator yang menggerakkan sesuatu
aktiviti di dalam mahupun di luar bilik darjah agar terjadinya pola interaksi sosial
dalam kalangan murid yang pelbagai bangsa. Di sini jelas dapat kelihatan terjalinnya
kerjasama serta ruang untuk perkongsian ilmu merentasi kaum jelas terbuka
sepanjang proses sesuatu pembelajaran. Secara tidak langsung, ini mewujudkan
nilai-nilai perpaduan walaupun mereka terdiri daripada kaum yang berbeza.

Selain itu pihak sekolah mampu membantu guru permulaan untuk mencapai
aspirasi perpaduan dengan menjadikan bahasa utama di sekolah bahasa Melayu
sebagai pengantar. Pihak sekolah seharusnya menitikberatkan penggunaan
bahasa yang betul di sekolah. Walaupun dialek asal merupakan kebanggan kita
namun ia tidak dapat menjadi medium perpaduan. Muhyidin Yasin (2015)
menyatakan bahawa kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan
peranan bahasa Melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu.

"Bagi memastikan arahan ini dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan berkaitan


Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya ketika melancarkan

7
sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, semalam.

Bahasa Melayu berkepentingan sebagai bahasa perpaduan kerana


ianyamenjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan
ProfesorDiraja Ungku Aziz (2008) dalam artikel Bahasa Melayu Mampu Mantapkan
PerpaduanKaum menegaskan, sistem pembelajaran amat penting untuk
mewujudkan perpaduannegara agar lebih mantap dan ampuh. "Kalau kita ada
sistem pembelajaran danpengajaran bahasa Melayu yang mudah tidak mustahil kita
dapat lahirkan pelajarberwawasan bagi mewujudkan perpaduan kaum," katanya.
Perihal ini adalah seiringdengan Laporan Abdul Razak 1956 juga menekankan
kepada matlamat pendidikanadalah untuk menyatukan dan menekankan kepada
perpaduan

Selain itu pihak sekolah seharusnya memberi ruang kepada guru


permulaan untuk mengendalikan sukan di sekolah. Sukan juga menjadi salah
satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-
mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat.
Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan
dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar
akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah
dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang
majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian (2012), sukan tidak pernah


mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh
menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa.
Sekiranya sukan Olimpik diadakan di Malaysia, saya percaya stadium akan dipenuhi
untuk memberikan sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei ataupun Khairul Anuar
mahupun Mohd. Azizulhasni Awang serta Pandelela Rinong, Noraseela Mohd.
Khalid, Nur Suryani Mohd. Taibi dan Peng Kean Yu. Malaysia diwakili oleh 30 atlet
dalam sembilan acara sukan di London 2012.

Tambahan kepada itu, beberapa usaha dan inisiatif yang boleh dijalankan
oleh pihak sekolah dalam membantu guru permulaan ini adalah memberi tunjuk
ajar dan bimbingan mengenai setiap aktiviti kokurikulum yang diadakan di

8
sekolah. Aktiviti seperti unit beruniform di mana diadakan kawad kaki yang melatih
disiplin pelajar keseragaman amat penting dalam berkawad kaki. Kemudian
perkhemahan hendaklah diadakan di satu tempat berkolaborasi bersama unit
beruniform sekolah lain. YDH Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari Pengarah Pengurusan
Polis Diraja Malaysia (PDRM), mewakili YDH Tan Sri Dato Seri Musa Dato' Hj.
Hassan, Ketua Polis Negara menyatakan "Dengan menyertai Kor Kadet Polis, ianya
mampu meningkatkan disiplin dan menanam sikap cintakan negara kepada
golongan remaja untuk menjadi insan yang berintegriti dan berguna kepada negara".

"Para remaja hendaklah bertekad daripada melakukan sebarang kesalahan


jenayah, dadah dan kesalahan trafik kerana negara meletakkan harapan yang tinggi
kepada mereka agar mereka menjadi insan yang mematuhi undang-undang,
bertatasusila dan beradab". Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan
Ke 12 melibatkan lebih 1,000 pelajar sekolah menengah dari seluruh negara
berlangsung di Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang dari
22 hingga 28 Jun 2008.

Aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh pihak sekolah juga membawa


kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana murid-murid dan guru-guru
bekerjasama membersihkan kawasan sekolah. Guru permulaan bukan sahaja
menjadi pengelola malah boleh bekerjasama dengan guru-guru yang lain. Pada
masa yang sama, mereka dapat berinteraksi semasa mereka dan mengenali rakan
yang tidak dikenali. Keadaan ini secara tidak langsung mewujudkan perpaduan dan
integrasi nasional antara murid dan guru. Seterusnya, di sekolah, guru permulaan
berpeluang menggunakan kemudahan-kemudahan yang tersedia oleh pihak
sekolah tanpa mengira kedudukan dan kaum yang berbeza. Contohnya,
kemmudahan pusat sumber diberikan kepada mereka tanpa mengambil kira latar
belakang kaum. Keadaaan ini terang menunjukkan bahawa perpaduan dan integrasi
nasional telah dipupuk dengan tidak mendiskriminasikan mengikut bangsa dan
agama untuk menggunakan pusat sumber.

Selain itu pihak sekolah seharusnya mengambil pendekatan untuk memberi


guru permulaan untuk mengelola apa-apa aktiviti kebudayaan di sekolah, seperti
sambutan Hari Raya, Sambutan Tahun Baru Cina, Gawai Dayak dan sebagainya. Ini

9
untuk mendedahkan kepada guru permulaan betapa sekolah menyanjung budaya
kaum setempat.

Melalui cara ini, setiap guru dapat mempelajari adat resam serta kepercayaan
kaum-kaum di Malaysia ini. Sekolah turut akan mengadakan persembahan tarian
tradisional yang daripada pelbagai kaum. Contohnya, tarian zapin, tarian kipas,
tarian singa dan tarian india. Di sini, guru permulaan sendiri boleh memakai pakaian
tarian tradisional kaum tertentu dan mempersembahkan tarian tradisional.
Tambahan pula, pihak sekolah juga mengadakan jamuan perayaan tersebut. Maka,
guru dan murid dapat mencuba makanan tradisional sesuatu kaum tersebut di
samping memahami budaya kaum berbeza daripadanya. Sedar tidak sedar, guru
tersebut akan secara langsung memahami perbezaan kaum bukanlah dari segi
perbezaan bahasanya dan pakaiannya sahaja, sebaliknya perbezaan dari aspek
makanannya juga.

Dalam mewujudkan perpaduan dan memperkukuhkan hubungan pelbagai


kaum di sekolah, turut melaksanakan satu program Sekolah Penyayang dengan
menekankan konsep Sekolahku Syurgaku dan Yang Tua Dihormati, Yang
Muda Disayangi dengan penyertaan bersama ibubapa murid-murid melalui
Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan guru yang
cinta kepada sekolah di samping membentuk peribadi murid yang suka menolong
dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan
kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa
murid-murid. Contohnya, di sekolah praktikum saya yang lepas, setiap pagi guru
bertugas di pintu sekolah akan menyambut kedatangan dan menyapa murid-murid
ke sekolah dengan mesra, tidak kira bangsa atau agama murid tersebut. Ini memberi
kesan dan contoh positif kepada guru permulaan serta murid-murid justeru dijadikan
contoh teladan dengan mengamalkan tabiat sapaan terhadap rakan-rakan yang
berbeza kaum.

Kesimpulannya banyak perkara serta peranan pihak sekolah yang boleh


dilakukan bagi membantu guru permulaan dalam mencapai aspirasi negara iaitu
kecekapan serta perpaduan.

10
3.0 Rumusan

Sudah menjadi kebiasaan atau adat sebagai seorang guru permulaan sudah
pasti banyak tugasan atau jawatan yang menanti di sekolah kelak. Namun itu tidak

11
menjadikan kita alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang
pendidik. Dengan dibebani tugas yang banyak bukan alasan untuk bangkit
berdemonstrasi kerana ia merupakan ujian bagi menguji kesediaan guru permulaan
di sekolah.

Semua pekerjaan mempunyai cabaran masing-masing. Pihak sekolah turut


memainkan peranan penting dalam membantu guru-guru permulaan. Konsep
menghormati orang tua dan menyayangi yang muda seharusnya diasimilasikan
dalam konsep kehidupan di sekolah. Pihak sekolah pula janganlah mengambil
kesempatan untuk menyerahkan seratus peratus tugasan di sekolah kepada guru
permulaan.

Fenomena yang acapkali berlaku di sekolah adalah guru permulaan kebanyakan


melaksanakan tugas yang banyak kemudian mereka yang mempunyai senioriti yang
tinggi akan membuat kritikan demi kritikan. Umpama Rumah siap pahat berbunyi.
Tidak dinafikan guru lama mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam mengajar
dan sudah lali dengan dunia pendidikan. Berlakunya situasi kritik dan menunding jari
mencari kesalahan tanpa memberi cadangan kepada penambahbaikan adalah sia-
sia. Mainkan peranan sebagai fasilitator guru novis dan menghasilkan jalan
penyelesaian.

Sekiranya guru sendiri tidak sefahaman, apatah lagi murid-murid yang belum
matang pemikirannya. Guru kencing berdiri murid belari-belari tanpa henti. Akhir
kata, guru novis harus mempunyai persediaan secukupnya dari aspek fizikal,
mental. rohani dan sosialisasi untuk menimba sebanyak mana pengalaman di
sekolah.

4.0 Rujukan

12
Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam
(2nd ed.). Selangor: Oxford Fajar

Hamidah. (n.d). Profesionalisme guru novis dalam pengajaran dan


pembelajaran.http://www.slideshare.net/HamidahBudi/profesionalisme-guru-novis-
dalam-pengajaran-dan- pembelajaran-pp?related. Diakses pada 3 Ogos 2015

Jemaah Nazir Sekolah (2000). Standard Tinggi Kualiti Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia. www.moe.gov.com. Diakses pada 3Ogos 2015.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2005) Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid


Untuk Perpaduan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2013-2025., www.moe.gov.com. Diakses pada 3 Ogos 2015.

Mohd. Thajudin Abd. Muthalib (1997) Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, East


View,.

Noriati, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Oxford fajar Sdn. Bhd : Selangor

Prof Madya Dr. Cheu Hock Tong , (2001) Pengajian Am Kertas 900/1, , Pustaka
Sarjana.

13

Anda mungkin juga menyukai