Anda di halaman 1dari 5

Kuasa dan Politik Dalam Pendidikan

June 29, 2009 By Kulanzsalleh 1 Comment


Sering kali kita mendengar di sana-sini orang memperkatakan tentang politik. Tidak kira pelbagai peringkat penutur dan pelbagai pandangan
mengenai pengertiannya. Ahli politik memperkatakan tentang makna politik bagi mereka, semetara pihak yang lain pula mengujarkan tentang
kuasa politik yang disalah guna oleh sesetengah pihak. Para guru sedang aktif dalam politik negara, sedangkan pelajarnya leka berpolitik dengan
rakan di luar sekolah. Sang bapa sibuk berpolitik di luar rumah, sedangkan si ibu sedang asyik berpolitik dengan jiran tetangga. Lihatlah betapa
besarnya pengaruh politik ini dalam kehidupan kita. Setiap orang memang tidak dapat lari daripadanya.
Walaubagaimanapun saya bukanlah hendak menghuraikan panjang lebar tentang politik negara. Apatah lagi untuk mencampuri bidang tersebut.
Bukan kerana tidak berminat atau menyerahkan bulat-bulat kepada orang tertentu untuk menguruskannya, tetapi hanya belum sampai masanya
saya terlibat dalam arena tersebut. Ini kerana masih banyak selok-belok politik yang belum saya ketahui. Bahkan politik di rumah dan di tempat
kerja juga perlu saya uruskan. Justeru, saya hanya ingin berkongsi bidang politik ini dengan mereka yang seangkatan dengan saya, iaitu kuasa dan
politik dalam pendidikan.
Dalam bidang pendidikan, khususnya sesebuah sekolah, kuasa adalah milik pentadbir dan guru-guru kanan dalam herarki pentadbiran. Pihak
pengurusan sekolah mempunyai sumber kuasa dalam hal tertentu yang menyebabkan arahan dan dominasi politik mereka dipatuhi. Dominasi
politik dalam konteks ini adalah berupa kuasa yang mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan, menentukan budaya pengurusan dan
komunikasi dalam organisasi. Dalam hal ini, kuasa dan politik dalam pendidikan amat penting dalam membuat keputusan, aktiviti, sistem dan iklim
sekolah berkenaan. Kuasa dan politik dapat mendominasikan sistem dan peraturan sesebuah sekolah yang akan memangkin kelancaran pengurusan
sesebuah sekolah. Bahkan ia juga menjadi penentu aras dalam menentukan sama ada berkesan atau tidak pengurusan di sekolah berkenaan. Secara
analoginya, sebuah sekolah yang berkesan adalah disebabkan amalan kuasa dan politik yang positif dan sebaliknya sekolah yang kurang atau tidak
berkesan pula adalah disebabkan amalan kuasa dan politik yang negatif oleh pentadbirnya.
Kuasa dan politik dalam pentadbiran sekolah adalah merangkumi kuasa dan autoriti pihak pengurusan yang mencakupi sumber kuasa mereka yang
menyebabkan mereka dapat mempengaruhi kakitangan bawahan untuk berkerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Begitu juga amalan
politik yang positif sudah tentu akan menjadi pemangkin kepada kejayaan amalan kuasa tersebut dan seterusnya membawa kepada pencapaian
matlamat dan wawasan sekolah yang telah ditetapkan. Justeru, kuasa dan politik sangat penting dalam mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah.
Namun demikian, kuasa dan politik adalah bergantung dengan penerimaan kakitangan sekolah. Ini telah dijelaskan oleh Griffith (1984) dalam
Zaidatol Akmaliah Lope Phie (2000) yang menganggap kuasa dan politik sangat penting dalam mempengaruhi hubungan manusia. Kejayaan dalam
hubungan tersebut bergantung kepada hubungan dua hala di antara pentadbir dan orang di bawah pentadbiran mereka. Hubungan yang baik akan
dapat membantu kelancaran pentadbiran manakala hubungan yang menolak atau negatif sudah pasti akan menggagalkan segala usaha yang telah
dirancang.
Sebagai contoh, kita fokuskan pandangan pada situasi di sekolah-sekolah. Organisasi tersebut terdiri daripada guru-guru, kakitangan am, ibu bapa,
pelajar, peraturan, lembaga sekolah, iklim, budaya dan juga autoriti profesionnya sendiri. Justeru, adakah pentadbir dapat menggunakan kuasanya
tanpa penglibatan daripada seluruh oraganisasi terlibat. Mungkin ada yang menjawab ya dengan alasan pentadbir boleh menggunakan kuasa
autokratiknya, tetapi adakah hasil yang diperoleh sama seperti yang diharapkan? Sudah tentu tidak. Pentadbir tidak akan mampu bertindak
sendirian jika pengikutnya tidak bersetuju dengannya dan tidak rela dipengaruhi. Maka dengan itu, dapatlah dirumuskan bahawa kuasa sebenar
dalam politik di sekolah atau institusi pendidikan adalah diukur berdasarkan sejauh mana pentadbir dapat memaksimumkan penglibatan atau
penerimaan kakitangannya secara sukarela terhadap kepimpinan beliau, bukannya diukur berdasarkan betapa hebatnya pentadbir mengarah
kakitangannya secara paksa.
Bagaimanakah pula pentadbir dapat memaksimumkan penglibatan kakitangannya (secara sukarela) dalam politik pendidikan yang dimaksudkan.
Jawapannya adalah bergantung kepada gaya kepimpinan dan bagaimana pentadbir melaksanakan kuasa mereka.
Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang boleh diamalkan oleh pentabir, iaitu:
1. Kepimpinan Demokratik (Democratic Leadership)
Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada
musyawarah. Dia sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu
keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing. Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan
bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di samping
itu, dia juga menekankan konsep perkongsian tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa.
2. Kepimpinan Autokratik (Autocratic Leadership)
Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada
arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang
bawahannya, tetapi oleh kerana mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah dan mereka tidak
kreatif serta tidak mempunyai inisiatif. Stail kepimpinan autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses
membuat keputusan yang tepat.
3. Kepimpinan Lepas-Bebas (Laizssez-Faire Leadership)
Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri
langsung. Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa yang diperlukan
hanyalah matlamat yang telah dipersetujui tercapai. Selain itu, pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga
tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan
yang jelas, maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk dikawal.
Ketiga-tiga gaya kepimpinan di atas adalah penentu kepada bentuk kuasa dan juga penjalanan politik dalam pentadbiran di sekolah. Oleh itu
terpulanglah kepada para pentadbir gaya kepimpinan yang mana jadi amalan mereka selama ini. Sebagai rumusannya, memang tidak ada satupun
jenis kepimpinan yang terbaik kerana aplikasi gaya kepimpinan itu juga bergantuk kepada amalan kerja dan sikap individu dalam sesebuah
organisasi.
Cuma apa yang dapat diperkatakan di sini, semua pentadbir seharusnya dapat menghindarkan diri daripada menjalankan kuasa dan politik yang
berunsurkan kepentingan diri sendiri. Ini kerana amalan seumpama itu akan melunturkan sikap saling mempercayai di antara satu sama lain yang
akhirnya meruntuhkan sistem politik organisasi yang cuba dibangunkan. Wallahualam..
http://kulanzsalleh.com/kuasa-dan-politik/
79
Politik Dalaman Sekolah dan Impaknya Kepada Sekolah: Satu Penerokaan
Nor Azmawati Abdul Rahman,
Nordin Abd Razak,
Mohammad Zohir Ahmad
Hazri Jamil
Pendahuluan
Kejayaan sesebuah organisasi seperti sekolah banyak bergantung kepada tanggungjawab dan komitmen guru. Komitmen guru dipercayai menjadi
faktor yang paling kritikal dalam menentukan keberkesanan sesebuah sekolah (Nir, 2002) dan seterusnya menentukan kejayaan sistem pendidikan
dan persekolahan. Tambahan pula, komitmen guru adalah sangat berkait rapat dengan prestasi kerja guru (Tsui & Cheng, 1999) dan sangat
mempengaruhi serta memainkan peranan penting dalam pencapaian murid (Park, 2005; Riehl & Sipple, 1996). Komitmen guru bergantung kepada
faktor persekitaran dalaman sekolah seperti kualiti kehidupan kerja guru. Salah satu dimensi kualiti kehidupan kerja guru ialah keperluan politik
yang merujuk kepada sejauh mana keadaan dalaman organisasi sekolah dapat memenuhi keperluan politik guru, iaitu: demokrasi dan autonomi,
kepercayaan dan kejujuran rakan sekerja dan keadilan (Nor Azmawati Abdul Rahman, 2009). Kewujudan politik dalaman sekolah
berpotensi untuk mempengaruhi kualiti kehidupan kerja guru dan seterusnya komitmen guru. Makalah ini akan membincang tentang kewujudan
politik dalaman sekolah dan impaknya kepada sekolah lebih-lebih lagi kepada komitmen kerja guru.

Kualiti Kehidupan Kerja Guru dan Politik Dalaman Sekolah


Kualiti kehidupan kerja guru merupakan elemen yang sangat penting dalammemastikan
keperluan hidup guru sebagai pekerja dan individu dipenuhi oleh organisasi sekolah. Kualiti kehidupan kerja guru yang baik lebih berperanan
dalam memberikan motivasi dan kepuasan kerja guru di sekolah berbanding ganjaran ektrinsik dan intrinsik (Mohd Othman Yussoff, 1996; Mohd
Roodzi Aziz, 1997). Holt (1998) menghuraikan kualiti kehidupan kerja sebagai satu konsep cara persekitaran kerja itu menjadi bermakna kepada
pekerja sehingga mereka bermotivasi untuk melaksanakan tugas dan mencapai kepuasan kerja. Manakala bagi Yuosuf (1996) kualiti kehidupan
kerja merupakan satu frasa generik yang melindungi perasaan pekerja untuk setiap dimensi kerja termasuk ekonomi, ganjaran serta faedah,
keselamatan pekerjaan, suasana kerja, organisasi, hubungan interpersonal dan penilaian intrinsik. Fitzsimmons (2002) pula,mendefinisikan kualiti
kehidupan kerja sebagai suatu keadaan atau kriteria kerja yang dapat membina motivasi, semangat, kualiti dan kepuasan kerja para pekerjanya.
Secara umumnya dapat dikatakan bahawa kualiti kehidupan kerja adalah satu konstruk yang komprehensif bertujuan untuk membangunkan diri
individu (pekerja) yang melibatkan kebaikan dan kesejahteraan pekerja seperti memberikan pengalaman kerja yang
bermanfaat, memenuhi keperluan peribadi pekerja sebagai individu serta mengelakkan
tekanan dan kesan-kesan negatif akibat kerja. Berkaitan dengan kualiti kerja guru di sekolah, Nordin Abdul Razak et al. (2009 in-progress)
mengoperasionalkan kualiti kehidupan kerja sebagai keupayaan organisasi sekolah dan persekitaran kerja di sekolah yang dapat membina dan
memenuhi keperluan-keperluan guru yang diukur dengan 4 keperluan iaitu keperluan psikologi, keperluan sosial, keperluan politik dan keperluan
ekonomi. Keperluan politik berkait rapat dengan politik dalaman organisasi sekolah.

Manakala politik dalaman organisasi adalah tingkah laku politik yang berlaku di dalam
persekitaran dalaman sesebuah organisasi seperti sekolah yang juga merupakan sebuah entiti organisasi (Katz & Kahn, 1978). Pfeffer dan Group
(1992) pula mentakrifkan politik organisasi sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh seseorang untuk memperolehi, meningkat dan
menggunakan kuasa serta sumber-sumber lain untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang diutamakan dalam sebarang situasi dan keadaan.
Menurut Cropanzano (1995), aktiviti politik dalaman organisasi merupakan tindakan mempengaruhi orang lain untuk memperoleh kuasa bagi
mencapai objektif peribadi walaupun terpaksa mempergunakan orang lain. Politik dalaman organisasi juga dilihat sebagai satu percubaan
mempengaruhi orang lain di dalam organisasi untuk mencapai tujuan peribadi (Rusinah, Sabariah, Suhaimi & Ramayah, 2003). Sementara itu,
Mintzberg (1983) melihat politik dalaman organisasi sebagai
alat dominasi sosial yang digunakan oleh individu atau kumpulan untuk mencengkam pihak lain dalam organisasi yang sama. Moorhead dan
Griffin (1992) mengaitkan konsep politik sebagai kuasa atau gelagat seseorang untuk mendapatkan, memantapkan dan menggunakan kuasa untuk
memperoleh sumber yang diingini.

Kini politik dalaman organisasi semakin subur wujud dan menular ke dalam setiap organisasi terutamanya organisasi yang mempunyai sumber-
sumber yang terhad (Rusinah et al., 2003). Menurut Rusinah et al. lagi, apabila organisasi menghadkan sumber atau kekurangan sumber dari yang
sepatutnya, para pekerja mula melaksanakan taktik atau tingkah laku politik untuk menjaga keperluan dan kepentingan sumber asal serta berusaha
mengekalkan status-quomereka. Politik dalaman organisasi ini bertambah buruk lagi dengan kekurangan peraturan dan undang-undang organisasi
serta pengurus-pengurus organisasi yang lemah dan tidak profesional dalam membuat keputusan. Keputusan-keputusan penting organisasi dibuat
secara kabur dan sangat bergantung atas budi bicara serta kepentingan diri tanpa pertimbangan yang
sewajarnya berdasarkan peraturan dan undang-undang organisasi.

Dalam makalah ini, politik dalaman sekolah dimaksudkan sebagai satu percubaan tingkah laku atau lisan ahli organisasi sekolah sama ada secara
individu atau berkumpulan yang berstrategik untuk mempengaruhi dan mempergunakan warga sekolah yang lain terutamanya guru-guru demi
menjaga kepentingan peribadi, melindungi sumber dan mengekalkan status quo atau jawatan yang disandang.

Kewujudan Politik Dalaman Organisasi Sekolah


Sebagai sebuah organisasi, sekolah juga tidak dapat lari dan terdedah kepada elemen-elemen dalaman organisasi yang membawa kepada
kewujudan politik dalaman sekolah. Sekolah mengalami proses dan aktiviti yang biasa berlaku dalam sesebuah organisasi seperti penurunan kuasa,
pembahagian tugas dan tanggungjawab, pengagihan sumber, proses membuat keputusan, penyeliaan dan juga perhubungan atau interaksi antara
ahli organisasi (Abdul Shukor Abdullah, 1991). Sebagai sebuah entiti sosial, sekolah mempunyai sumber yang terhad untuk ahli-ahlinya seperti
perjawatan hakiki, kenaikan pangkat, pergerakan gaji dan juga mobiliti sosial. Keadaan ini membawa kepada persaingan antara ahli-ahli organisasi
(khususnya guru-guru) yang mempunyai kehendak dan keperluan peribadi tersendiri yang perlu dipenuhi sebagai individu.

Dalam usaha mendapatkan sumber yang terhad, penglibatan dalam pengagihan kuasa,
keutamaan peranan dalam proses membuat keputusan penting organisasi, mengelakkan birokrasi dalam hierarki, mendapatkan kepercayaan
daripada kumpulan pentadbir, pengurangan tugas dan sebagainya demi kepentingan dan keselesaan peribadi tanpa disedari telah menimbulkan
konflik antara ahli organisasi sekolah. Konflik dalaman organisasi sekolah diburukkan lagi dengan sikap keengganan memahami dan bertoleransi
yang berpunca daripada kematangan emosi yang rendah (Rusinah et al., 2003). Konflik yang wujud dalam organisasi sekolah ini merupakan antara
faktor-faktor yang akhirnya membawa kepada aktiviti politik dalaman organisasi.

Terdapat beberapa konflik yang berlaku dalam organisasi dan konflik-konflik ini menjadi
faktor kepada aktiviti politik yang membawa kepada perlakuan taktik-taktik politik dalam
organisasi. Pfeffer (1981) menjangkakan aktiviti politik sering berlaku di bawah tiga keadaan, iaitu: (i) konflik dalam mencapai matlamat, strategi
dan sumber, (ii) konflik dalam proses membuat keputusan penting untuk organisasi, dan (iii) konflik dalam pembahagian kuasa antara ahli
organisasi. Robbins (1996) pula memberikan lima faktor asas kepada berlakunya aktiviti politik dalam sesebuah organisasi iaitu kekaburan
matlamat, kekurangan sumber, perubahan teknologi dan persekitaran, keputusan yang tidak diprogramkan dan perubahan organisasi. Allen,
Madison, Porter, Renwick dan Mayes (1979) pula telah mengenalpasti beberapa taktik politik dalam aktiviti politik yang biasanya dilakukan di
dalam organisasi, iaitu: (i) mengawal
perolehan sumber maklumat daripada disebarkan kepada ahli organisasi yang lain;
(ii) berusaha membina sokongan daripada pihak atasan yang lebih berkuasa; (iii) cuba merapat dan menyesuaikan diri dengan pihak yang lebih
berkuasa; (iv) berusaha membina tanggapan pihak atasan yang menyenangkan untuk dirinya dan membina tanggapan yang tidak menyenangkan
pihak atasan kepada ahli organisasi yang lain; dan seterusnya (v) menyalah atau menyerang pihak lain.

Konflik dan perlakuan taktik-taktik politik dalam organisasi boleh juga dilihat dalam konteks sekolah. Konflik yang berlaku lebih kepada konflik
antara pihak pengurusan sekolah dengan guru. Konflik juga boleh berlaku dalam kalangan pihak pengurusan tertinggi sekolah misalnya antara
Pengetua/Guru Besar dengan Penolong-Penolong Kanan; konflik antara pihak pengurusan tertinggi sekolah dengan guru-guru kanan mata pelajaran
(yang juga dikategorikan sebagai sebahagian daripada pihak pengurusan sekolah); dan konflik antara kelompok-kelompok guru tertentu misalnya
antara guru-guru senior dengan guru-guru yang baru dan juga mungkin konflik antara guru yang berlainan bidang atau disiplin. Di sekolah, konflik
boleh berlaku keadaan seperti yang dinyatakan oleh Pfeffer (1981). Manakala taktik politik dalam aktiviti politik yang biasanya berlaku di dalam
organisasi seperti yang dikemukakan oleh \Allen, Madison, Porter, Renwick dan Mayes (1979) juga boleh berlaku di sekolah.

Politik dalaman sekolah boleh memberikan impak atau implikasi positif dan juga negatif sama ada terhadap individu atau organisasi. Menurut
Vigoda (2000), politik dalaman organisasi merupakan satu proses sosial yang biasa dan mempunyai impak pro dan kontra. Vigoda berpendapat
politik dalaman organisasi mungkin berperanan untuk memberikan manfaat kepada pekerja seperti meningkatkan kedudukan dan kejayaan atau
menyebabkan ketidakfungsian pekerjaan seperti menimbulkan kerugian, kehilangan kuasa dan perasaan negatif terhadap orang lain. Robbins
(1996) menegaskan bahawa politik dalaman organisasi merupakan aktiviti yang tidak
diperlukan sebagai sebahagian daripada peranan formal individu dalam organisasi kerana aktiviti tersebut mempengaruhi pengagihan sumber,
peluang, kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam organisasi. Politik dalaman organisasi atau sekolah boleh memberikan impak atau implikasi
positif dan juga negatif sama ada terhadap individu atau organisasi. Dalam hal ini, Robbins (1996) telah menyatakan kesan positif politik dalaman
organisasi, antaranya, ialah: (i) politik dalaman organisasi dapat memperbetulkan kelemahan dan ketidakfungsian sistem; (ii) dapat memastikan
ahli organisasi yang paling berpengaruh menjadi pemimpin organisasi; (iii) dapat membolehkan organisasi mendedahkan halangan yang dihadapi
melalui
sistem pengaruh yang sah; (iv) dapat memastikan setiap isu atau permasalahan diperdebatkan dengan mendalam; dan (v) akhirnya dapat
memudahkan laluan bagi membolehkan pengurus organisasi membuat keputusan. Bagi Kumar dan Ghadially (1989), antara hasil positif politik
dalaman organisasi adalah kemajuan kerjaya, kenaikan pangkat dan status, meningkatkan daya saingan dan posisi, memiliki kuasa dan kedudukan,
dapat melakukan perubahan yang strategik, mencapai tujuan organisasi dan peribadi, kejayaan mengimplementasikan polisi-polisi baru organisasi,
kejayaan pengurusan dan meningkatkan ekspresi kendiri.

Meskipun politik dalaman organisasi memberi kesan yang positif, namun secara umumnya, politik dalaman dianggap sebagai suatu perkara yang
tidak baik, tidak adil, tidak sihat dan tidak diperlukan di tempat kerja. Politik dalaman organisasi cenderung mempunyai perspektif negatif yang
menumpu kepada tingkah laku manusia yang tidak baik seperti memanipulasi orang lain demi kepentingan diri (Feris & King, 1996; Ganz &
Muray, 1980). Beberapa kajian yang telah dilakukan membuktikan politik organisasi mempunyai hubungan atau kesan negatif terhadap pengurusan
sumber tenaga kerja, memanipulasi keputusan organisasi dan menganggu komunikasi antara rakan sekerja (Drory, 1993), prestasi kerja yang
menurun dan ketidaktelusan dalam membuat keputusan organisasi (Eisenhardt & Bourgeois, 1988) dan tingkahlaku yang kadang-kadang
melampaui batas (Liden & Mitchell, 1988). Hasil dari penyelidikan-penyelidikan yang telah dilakukan terhadap persepsi politik dalaman organisasi
menunjukkan bahawa politik dalaman organisasi menyebabkan persekitaran dalaman kerja gagal untuk berfungsi (Parker et al., 1995).

Rusinah et al. (2003) mengenal pasti beberapa hasil negatif daripada kajian-kajian politik dalaman organisasi yang telah dilakukan oleh para
pengkaji sebelum ini dan antaranya ialah menambahkan tekanan dan ketidakpuasan kerja, menurunkan tahap komitmen pekerja terhadap
organisasi, prestasi kerja yang semakin menyusut, mewujudkan halangan dalam komunikasi ahli-ahli organisasi dan akhirnya menambahkan niat
untuk berhenti kerja. Vigoda dan Kapun (2005) dalam kajian mereka Perceptions of politics and perceived performance in public and
private organisationsmenunjukkan bahawa politik organisasi merupakan salah satu faktor yang berpotensi untuk mempengaruhi prestasi kerja
pekerja sama ada dalam organisasi awam mahupun swasta.

Dapatan-dapatan ini memberikan justifikasi potensi politik dalaman organisasi dalam


mempengaruhi hasil, prestasi dan mutu kerja pekerja serta cenderung untuk mempengaruhi hal pengurusan organisasi seperti dalam membuat
keputusan, kenaikan pangkat dan juga pemberian ganjaran. Politik dalaman organisasi juga dilihat memberi kesan buruk terhadap produktiviti dan
prestasi kerja pada peringkat individu dan organisasi (Vigoda, 2000). Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang dilakukan tentang kewujudan
kepada politik dalaman organisasi masih lagi kurang terutamanya yang menyelidiki politik dalaman sekolah. Kajian yang dilakukan oleh Rusinah
et al., (2003) yang meneliti faktor yang mempengaruhi politik dalaman organisasi pendidikan di Malaysia iaitu Factor Associated Perception of
organizational politic in the
government higher education institutions.Hasil dapatan ini secara tidak langsung menunjukkan politik dalaman organisasi menganggu tingkah
laku pekerja organisasi dan persekitaran kerja menjadi negatif. Kajian Nor Azmawati Abdul Rahman (2009)
menunjukkan bahawa semakin tinggi politik dalaman yang wujud dalam sekolah maka semakin rendah atau menurun kualiti kehidupan kerja guru
di sekolah.
Politik Dalaman Sekolah (PDS) mempunyai dua dimensi iaitu dimensi Politik Pentadbir dan politik dalam kalangan guru iaitu Politik Guru (Nor
Azmawati Abdul Rahman, 2009). Politik Pentadbir adalah taktik dan aktiviti politik yang dilakukan oleh kumpulan pentadbir dalam organisasi
sekolah seperti guru besar dan guru-guru penolong kanan (iaitu pentadbiran, hal ehwal murid dan ko-kurikulum). Sementara itu, Politik dalam
kalangan guru pula adalah tingkahlaku dan taktik politik guru-guru untuk mengelakkan
konflik dengan pentadbir sekolah dan dengan guru-guru.
Dapatan kajian juga menunjukkan politik dalaman sekolah yang melibatkan politik dalam kalangan pentadbir sekolah adalah lebih tinggi daripada
politik dalam kalangan guru-guru.

Hasil daripada dapatan kajian-kajian yang telah dijalankan tentang kesan-kesan kewujudan politik dalaman organisasi yang lebih menampakkan
keburukan berbanding memberi kebaikan kepada individu mahupun organisasi. Justeru, tingkah laku politik organisasi dan fenomena politik
dalaman organisasi ini perlulah dielakkan dan dikaji faktor-faktor yang mendorong kewujudannya.

Penutup
Politik dalaman organisasi sekolah wujud dan memberikan kesan positif dan negatif kepada sekolah. Jika diuruskan dengan baik berdasarkan
perspektif yang sihat dan positif dengan mengambil kira peraturan dan undang-undang yang ada serta keikhlasan dalam bekerja, politik dalaman
sekolah dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada kelicinan pengurusan dan pencapaian sekolah. Namun yang banyak berlaku ialah politik
dalaman sekolah lebih memberi kesan negatif berbanding dengan kesan positif kepada ahli organisasi iaitu guru. Hal ini berkait dengan perspektif
negatif yang melihat politik sebagai tingkah laku manusia yang tidak baik seperti memanipulasi orang lain demi kepentingan diri. Pentadbir
sekolah sebagai pihak yang berautoriti dilihat menggunakan pengaruh dan kuasa yang ada pada mereka dalam mengurus perjalanan sekolah.
Dapatan kajian yang menunjukkan politik dalam kalangan pentadbir sekolah adalah lebih ketara berbanding dengan politik dalam kalangan guru
menunjukkan pengaruh dan kuasa pentadbir sekolah. Namun kajian yang
mendalam dan menyeluruh tentang politik dalaman organisasi sekolah dan impaknya kepada sekolah adalah perlu dalam mengungkai persoalan
yang berkaitan

Ciri tengah model politik.

Model politik memeluk/mengamalkan teori2 yang mencirikan membuat keputusan sebagaimana proses tawar-menawar. Mereka menganggap
bahawa organisasi adalah arena politik yang anggotanya melibatkan diri dalam aktiviti politik dalam mengejar kepentingan mereka. Analisis
memberi tumpuan kepada pengagihan kuasa dan pengaruh dalam organisasi dan di tawar-menawar dan rundingan antara kumpulan
berkepentingan. Konflik dianggap sebagai endemik dalam organisasi dan pengurusan adalah menjurus ke arah peraturan tingkah laku politik.
Takrif dicadangkan di bawah menggabungkan elemen utama pendekatan ini : Model politik menganggap bahawa dalam dasar organisasi dan
keputusan yang muncul melalui proses perundingan dan tawar-menawar. Kumpulan-kumpulan kepentingan membangun dan membentuk perikatan
dalam usaha mencapai objektif dasar tertentu. Konflik dilihat sebagai satu fenomena semula jadi dan kuasa terakru kepada pakatan dominan dan
bukannya memelihara pemimpin formal.

Politik cenderung dianggap sebagai keprihatinan kerajaan pusat dan tempatan dan dikaitkan kukuh dengan parti-parti politik yang bersaing untuk
undi kami pada pilihan raya umum, tempatan dan Eropah. Ia amat berguna untuk melonggarkan identiti berhampiran ini di antara kerajaan dan
politik sebelum mendapatkan memohon metafora politik kepada institusi pendidikan. Politik negara dan tempatan kuat mempengaruhi persekitaran
di mana sekolah-sekolah dan kolej beroperasi. Kerajaan pusat menentukan watak meluas sistem pendidikan dan ini tidak dapat tidak disokong oleh
pandangan politik parti majoriti. Pendidikan 1988 Akta Pembaharuan, sebagai contoh, dengan penekanan terhadap sekolah sendiri urusan bersaing
untuk pelanggan, mempunyai asal-usul dalam falsafah Parti Konservatif bahawa prinsip-prinsip pasaran berfungsi untuk meningkatkan prestasi.
Politik tempatan telah menjadi kurang berpengaruh sejak Akta 1988 yang memperuntukkan banyak tanggungjawab bekas LEA kepada kerajaan
pusat atau kepada institusi pendidikan. Walau bagaimanapun, LEA mengekalkan kuasa untuk menentukan kedudukan pembiayaan kebanyakan
sekolah melalui kawalan ke atas formula LMS. Elemen formula, dan pemberat mereka, merupakan hasil daripada pertimbangan politik parti
majoriti, dalam batasan-batasan yang ditetapkan dalam undang-undang. Walaupun kerajaan pusat dan tempatan menentukan rangka kerja yang luas
untuk pendidikan, model politik terpakai bagi sekolah, kolej dan organisasi lain seperti banyak kerana ia berkaitan dengan parti-parti politik:

Saya mengambil sekolah, bersama-sama dengan hampir semua organisasi sosial lain yang akan terbelah dengan konflik sebenar atau berpotensi di
antara ahli; menjadi kurang diselaraskan; menjadi ideologi yang pelbagai. Saya mengambil ia menjadi penting bahawa jika kita ingin memahami
sifat sekolah sebagai; organisasi, kita perlu mencapai beberapa memahami konflik ini, (Ball, 1987, ms. 19) Kaitan model politik kepada institusi
pendidikan diakui oleh kedua-dua ahli akademik dan pengamal. Dalam pendidikan perspektif ini sering dirujuk sebagai 'micropolitics. Glatter
(1982, ms. 16) mendakwa bahawa micropolitics adalah 'perspektif yang penting': Bahasa kuasa, pakatan, arena, pertandingan, tawar-menawar,
rundingan, minat, kekaburan dan sebagainya seolah-olah sangat membantu dalam retorik membezakan dari realiti ... dalam menarik perhatian
kepada maksud yang berbeza yang individu yang berbeza, kumpulan dan institusi mempunyai dan pelbagai cara mereka mula mencapai mereka. . .
. pendekatan yang boleh meluas diistilahkan perspektif micropolitical adalah penting untuk memahami pentadbiran dan pengurusan pendidikan.

Baldridge (. 1971, ms 19-20) menjalankan penyelidikan di universiti-universiti di Amerika Syarikat dan membuat kesimpulan bahawa model
politik, daripada perspektif formal atau keserakanan, terbaik ditangkap realiti kehidupan dalam pendidikan tinggi:
Apabila kita melihat proses yang kompleks dan dinamik yang meletup di kampus moden hari ini, kita lihat tidak tegar, aspek formal birokrasi
mahupun elemen konsensus mengarahkan tenang yang collegiums akademik. Sebaliknya . . . [kumpulan-kumpulan kepentingan] muncul. . .
Kumpulan-kumpulan ini menyuarakan kepentingan mereka dalam pelbagai cara, membawa tekanan kepada proses membuat keputusan dari mana-
mana beberapa sudut. . . Kuasa dan pengaruh, sekali dinyatakan, melalui satu proses yang kompleks sehingga dasar adalah
berbentuk, membentuk semula dan palsu keluar atau tuntutan bersaing pelbagai kumpulan.
Model politik mungkin hanya sebagai sah bagi sekolah-sekolah dan melanjutkan pelajaran kerana mereka adalah untuk universiti.

Model politik mempunyai ciri-ciri utama yang berikut:


1. Mereka cenderung untuk memberi tumpuan kepada aktiviti kumpulan dan bukannya institusi secara keseluruhan. Penekanan adalah pada unit
asas (Becher dan Kogan, 1992) tidak peringkat sekolah atau kolej. Interaksi antara kumpulan adalah di tengah-tengah pendekatan politik manakala
model formal dan keserakanan menekankan tahap institusi itu; 'TheUnit asas analisis politik tradisional adalah sub kumpulan. . . unit asas
perspektif tidak terlibat dalam politik adalah keseluruhan sistem '(Bacharach dan Lawler, 1980) Dalam pendidikan banyak pusat-pusat analisis
politik mengenai pengaruh jabatan akademik. Marland (. 1982, ms 122-3) merujuk kepada 'kuasa politik ketua-ketua jabatan dan deprecates
pendekatan keratan mereka ke sekolah membuat dasar: Status dan harga diri daripada ketua-ketua jabatan seolah-olah akan meningkatkan sempit
pandangan dan menurun jika mereka membangunkan wawasan yang lebih luas. Bagi ahli contoh sebuah jabatan tertakluk mendadak akan
mengkritik kepala mereka jabatan jika dia atau dia tidak menolak unremittingly untuk kepentingan diri yang jabatan. Oleh itu, ketua pasukan yang
baik dirasai oleh pasukan sebagai seorang yang menuntut bulat-bulat, dengan penuh megah, dan konsisten untuk guru-guru, lebih banyak ruang,
lebih banyak wang, peralatan yang lebih, lebih banyak bilik, lebih murid-murid, kumpulan-kumpulan kecil, dan, di atas semua, lebih banyak masa
murid.
Ball (. 1987, ms 221) merujuk kepada 'politik yg berkenaan dgn Baron' dan membincangkan sifat konflik antara pemimpin kumpulan kecil: 'Di
zaman pertengahan, konflik baron Inggeris pada dasarnya berkaitan dengan dua perkara: kekayaan dan kuasa. Di sekolah yang kebimbangan dan
kepentingan baron akademik dan pastoral pada dasarnya yang sama: peruntukan daripada bajet. . . dan pengaruh ke atas dasar-dasar sekolah.
'Pursaill (1976) merujuk kepada peranan politik ketua-ketua jabatan dalam pendidikan lanjutan di dalam tahun 1970-an. Beliau mengatakan
bahawa struktur kolej cenderung untuk menjadi 'feudal' dengan ketua-ketua jabatan melaksanakan 'hak-hak berkenaan dgn Baron. Walaupun
organisasi kolej cenderung untuk menjadi lebih pelbagai pada 1990-an (lihat Bab 3, p.32), pengurus pertengahan masih bersaing untuk sumber dan
kuasa melalui proses dasarnya politik.

2. model Politik prihatin dengan kepentingan dan kumpulan berkepentingan. Individu dianggap mempunyai pelbagai kepentingan yang mereka
mengejar dalam organisasi. Hoyle (. 1986, ms 128) membezakan antara kepentingan peribadi dan profesional: kepentingan Profesional. . . pusat
komitmen untuk kurikulum tertentu, sukatan pelajaran, cara kumpulan murid, kaedah pengajaran, dan lain-lain. . . kepentingan profesional menjadi
sebahagian daripada proses micropolitical mengikut strategi yang digunakan untuk melanjutkan mereka. Kepentingan peribadi memberi tumpuan
kepada isu-isu seperti status, kenaikan pangkat dan syarat-syarat kerja 'Hoyle (1982, ms 89.) Mata kepada pembangunan kumpulan berkepentingan
sebagai satu cara utama mencari dan mencapai matlamat individu: Minat dikejar oleh individu tetapi kerap mereka yang paling berkesan
dilaksanakan secara kerjasama dengan orang lain yang berkongsi kepentingan bersama. Sebahagian daripada ini mungkin mempunyai sifat-sifat
kumpulan dalam bahawa mereka adalah agak lama bertahan dan Nave tahap perpaduan, tetapi yang lain. . . akan menjadi persatuan longgar
individu yang bekerjasama hanya jarang apabila minat yang sama datang ke hadapan.

Kumpulan berkepentingan yang lebih kekal, seperti jabatan, adalah yang padu kerana nilai dan kepercayaan bersama. Individu-individu dalam
kumpulan itu mempunyai sikap yang sama terhadap banyak isu-isu utama dalam sekolah-sekolah dan kolej. Walau bagaimanapun, terdapat
perbezaan dalam matlamat dan nilai antara kumpulan berkepentingan, yang membawa kepada pemecahan bukannya perpaduan organisasi.
Mengenai isu-isu tertentu, kumpulan boleh membentuk pakatan untuk mendesak supaya dasar-dasar yang mencerminkan kepentingan bersama
mereka. Kerjasama ini mungkin bersifat sementara, Pembubaran apabila objektif tertentu telah dicapai, manakala kumpulan-kumpulan kepentingan
sendiri sering mempunyai kepentingan kekal.

3. model politik menekankan kelaziman konflik dalam organisasi. Kumpulan berkepentingan mencapai objektif bebas mereka yang
boleh bezakan dengan ketara dengan matlamat subunit lain dalam institusi dan membawa kepada konflik di antara mereka: "Pemimpin itu, sebagai
salah satu yang bertanggungjawab untuk matlamat keseluruhan organisasi, perlu sedar nilai-nilai yang berbeza dan kepentingan yang pada akar
konflik dalam organisasi (Wilkinson, 1987, ms. 60). Satu ciri penting perspektif politik adalah pandangan bahawa konflik adalah ciri biasa
organisasi. Model Collegial mempunyai berat sebelah keharmonian yang kuat dan kemungkinan perbezaan pendapat diabaikan atau diambil dari
sini. Dalam Sebaliknya, Baldridge et al. (1978, ms 35.) Perhatian konflik di institusi pendidikan kerana kedua-duanya tidak dapat dielakkan dan
selamat datang: 'Dalam, sistem sosial berpecah-belah yang dinamik, konflik adalah semula jadi dan tidak semestinya gejala pecahan dalam
komuniti akademik. Malah, konflik adalah satu faktor penting dalam menggalakkan perubahan organisasi sihat 'Adalah penting untuk membezakan
antara bentuk yang membina dan membinasakan konflik.; ia boleh menjadi positif dan bukannya unsur negatif dalam organisasi.

4. model politik menganggap bahawa matlamat-matlamat organisasi yang tidak stabil, tidak jelas dan dipertandingkan. Individu, kumpulan
berkepentingan dan gabungan mempunyai tujuan mereka sendiri dan bertindak ke arah pencapaian mereka. Matlamat boleh dipertikaikan dan
kemudian menjadi elemen penting dalam konflik di antara kumpulan. subunit tertentu berjaya dalam menetapkan matlamat mereka sebagai objektif
institusi manakala kepentingan lain berusaha untuk menggantikan maksud rasmi dengan objektif mereka sendiri. Cyert (1975, ms. 28)
membincangkan sifat percanggahan pendapat antara kumpulan berkepentingan dan institusi.

Anda mungkin juga menyukai