Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2017

Program : PISMP Nama Pelajar :


Kod : EDU3083 Semester / Tahun : Semester 2 Tahun 4
Nama Kursus : Asas Ambilan : Jan 2014
Kepemimpinan Dan Kumpulan: Pendidikan Bahasa Malaysia (BMMB) dan Pendidikan Seni
Perkembangan Profesional Guru Visual (PSV)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Ulasan Kritis 3 Julai 2017 21 Julai 2017
2. Penulisan Akademik 4 Sept 2017 22 Sept 2017

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan konsep mengajar sebagai satu profesion dan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional (C2,
LO1, LO8, EM1).
2. Membincangkan dengan kritis isu-isu etika dan integriti guru dengan merujuk kepada kod etika, akauntibiliti
dan integriti guru (C4, LO3, LO8, CTPS1, EM1).
3. Menginterpretasi peranan guru sebagai pemimpin yang profesional berdasarkan peringkat-peringkat
perkembangan guru dengan menggunakan pelbagai sumber yang relevan (C5, A5, LO3, LO6, Lo8, CTPS2,
LL1, EM1).
4. Merangka pelan pembangunan diri dan kerjaya untuk menjadi seorang yang profesional dalam organisasi
pendidikan semasa (C6, LO3, LO6, LO8, CTPS3, LL2).

Kerja Kursus ini menilai hasil pembelajaran 2 dan 3 sahaja

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menulis ulasan kritis terhadap satu artikel jurnal tentang isu etika dan integriti guru.
2. Menghasilkan satu penulisan akademik yang dapat menginterpretasi peranan guru sebagai pemimpin yang
profesional berdasarkan peringkat-peringkat perkembangan guru dengan menggunakan pelbagai sumber
yang relevan.

Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan berikut:

1. ULASAN KRITIS (20%)

Membuat ulasan kritis terhadap satu artikel jurnal tentang isu etika dan integriti guru. Ulasan anda hendaklah
merangkumi aspek-aspek berikut:

a. Pengenalan:
- Nama penulis, tajuk dan penerangan ringkas tentang tajuk artikel berkenaan.
- Tujuan artikel dan ringkasan dapatan utama atau hujah yang dikemukakan.

nsa/Jun 2017

- Penilaian terhadap artikel berkenaan (secara ringkas).
b. Ringkasan:
- Ringkasan idea-idea utama dengan beberapa contoh untuk menyokong hujah-hujah yang
dikemukakan.
- Penerangan yang ringkas tentang tujuan artikel dan susunatur teks.
- Ringkasan bahagian rumusan artikel.
c. Kritikan:
- Perbincangan tentang kekuatan, kelemahan dan ciri-ciri penting dalam teks berdasarkan kriteria
tertentu dengan sokongan dari sumber lain.
d. Kesimpulan:
- Pernyataan semula pendapat anda tentang artikel berkenaan.
- Cadangan dan penjelasan tambahan tentang penilaian anda.
e. Rujukan:
- Senarai rujukan jika ada tambahan sumber lain.

Tugasan ini ditaksir berdasarkan Panduan Pemarkahan Ulasan Kritis. Sila rujuk kepada panduan tersebut untuk
penjelasan terperinci tentang aspek-aspek pentaksiran.

Arahan untuk Ulasan Kritis:


i. Panjang ulasan kritis adalah 1000 patah perkataan. Ia perlu ditaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau
1.5 baris.

ii. Rujukan tambahan untuk mengukuhkan hujah harus daripada pelbagai sumber seperti jurnal, buku
rujukan dan sumber laman sesawang (internet).

iii. Prosedur rujukan perlu mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association) (rujuk
LAMPIRAN A Contoh-contoh penulisan rujukan mengikut format APA).

iv. Ulasan kritis harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.

v. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

vi. Muka depan ulasan kritis harus merangkumi:

v Nama Pelajar
v Angka Giliran
v No. Kad Pengenalan (KPT)
v Kumpulan
v Nama dan Kod kursus : Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (EDU3083)
v Tajuk Ulasan Kritis: Ulasan Kritis Terhadap .. (tajuk artikel)
v Nama Pensyarah Akademik:
v Nama Penyelaras Kursus : Nur Salina Abdullah
v Tarikh Hantar : 21 Julai 2017

2. PENULISAN AKADEMIK (30%)

Guru sebagai pemimpin adalah pemimpin di dalam dan di luar bilik darjah, terlibat dan menjadi sebahagian dari
komuniti pelajar guru dan pemimpin guru, mempengaruhi orang lain untuk menambahbaik amalan pendidikan
(Katzenmeyer and Moller, 2001).

nsa/Jun 2017

Teachers who are leaders lead within and beyond the classroom, identify with and contribute to a community of
teacher learners and leaders, influence others toward improved educational practice (Katzenmeyer and Moller,
2001).

Berdasarkan pernyataan di atas, hasilkan satu penulisan akademik yang merangkumi aspek-aspek berikut:

a. Konsep guru sebagai pemimpin.


b. Peranan seorang pemimpin guru di sekolah.
c. Usaha-usaha anda untuk menjadi pemimpin guru.

Arahan untuk Penulisan Akademik:


i. Panjang penulisan akademik adalah 1600 patah perkataan. Ia perlu ditaip dengan saiz fon Arial 11, dan
langkau 1.5 baris.

ii. Rujukan harus daripada pelbagai sumber seperti jurnal, buku rujukan dan sumber laman sesawang
(internet).

iii. Prosedur rujukan perlu mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association) (rujuk
LAMPIRAN A Contoh-contoh penulisan rujukan mengikut format APA).

iv. Penulisan akademik harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.

v. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

vi. Muka depan penulisan akademik harus merangkumi:

v Nama Pelajar
v Angka Giliran
v No. Kad Pengenalan (KPT)
v Kumpulan
v Nama dan Kod kursus: Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (EDU3083)
v Tajuk Penulisan Akademik: GURU SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN YANG PROFESIONAL
v Nama Pensyarah Akademik:
v Nama Penyelaras Kursus : Nur Salina Abdullah
v Tarikh Hantar : 22 Sept 2017

VII. Tugasan ini ditaksir berdasarkan Panduan Pemarkahan Penulisan Akademik. Sila rujuk kepada panduan
tersebut untuk penjelasan terperinci tentang aspek-aspek pentaksiran.

nsa/Jun 2017

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

(NUR SALINA ABDULLAH) (SHANMUGA NATHAN a/l RAMASAMY)


Penyelaras Kursus EDU3083 Pakar Bidang EDU3083

Tarikh: Tarikh:

Disahkan oleh:

(GEORGE THOMAS)
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Kota Kinabalu

Tarikh:

nsa/Jun 2017

LAMPIRAN A

Contoh-contoh penulisan rujukan mengikut format APA:

i. Jurnal
DuFour,R. (2002). The learning-centred principal. Educational leadership, 59(8), 12-15.

ii. Artikel Jurnal dari Laman Sesawang


Brown, C., & Austin, D. (2009). Fatty acids, breastfeeding and autism spectrum disorder. E-journal of
Applied Psychology, 5(1), 49-52. Diakses dari http://ojs/lib.swin.edu.au/

iii. Laman Web


National Park Service. (2003, February 11). Abraham Lincoln Birthplace National Historic Site.
Diakses February 13, 2003, dari http://www.nps.gov/abli/

iv. Buku
Naisbitt, J. & Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London: Pan Books.

v. Artikel Dari Buku


Nickerson, R. (1987). Why teach thinking? In Baron, J. B. & Sternberg, R. J. (Eds). Teaching
Thinking skills: Theory and practice. New York: W. H. Freeman and Company, 27-37.

vi. Surat khabar


Holden, S. (1998, Mei 16). Frank Sinatra dies at 82: Matchless stylist of pop. The New York Times,
pp. Al, A22-A23.

nsa/Jun 2017

Anda mungkin juga menyukai